susunankedudukan jemputan(protokol) documents/kursusbengkel/susunan... · mana benda yang disusun...

65
Susunan Kedudukan Jemputan(Protokol) oleh Yang Mulia Awang Razali bin Haji Badar [Penolong KananYang Di-Pertua Adat Istiadat Negara] Jabatan Adat Istiadat Negara SusunanKedudukan Jemputan

Upload: votram

Post on 06-Mar-2019

267 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

SusunanKedudukanJemputan(Protokol)

olehYang Mulia

Awang Razali bin Haji Badar[Penolong KananYang Di-Pertua Adat Istiadat Negara]

J a b a t a nA d a t

I s t i a d a tN e g a r a

SusunanKedudukanJ e m p u t a n

Pengenalan

Dalam konteks Jabatan Adat IstiadatNegara, Perkataan “Susunan KedudukanJemputan” merupakan tiga perkataan atautiga elemen yang berbeza pengertian,namun ketiga tiga elemen ini mempunyaiperanan penting dan mempunyai maknayang berkesinambungan.

Susunan

Makna "susunan" didalam konteks"Susunan kedudukan Jemputan" ialah manamana benda yang disusun mengikut aturansusunan selayaknya

Kedudukan pengertian "kedudukan" yang mana maksudnya di

dalam konteks “Susunan Kedudukan Jemputan" ialahmana-mana kedudukan yang diberikan kepadaseseorang kerana atas Jawatan atau khas batang tubuhyang dikurniakan dari masa kesemasa dan disusunkedudukannya mengikut keutamaan ke atas jawatanyang dijawat atau khas batang tubuh yang dikurniakan.

Jemputan

Pengertian Jemputan dalam Konteks“Susunan Kedudukan Jemputan” pula bermaksud orang-orang yang dijemput / diundang untuk menghadiri sesuatu majlis rasmi yang bersifat kenegaraan atau majlis beristiadat.

SUSUNAN KEDUDUKAN JEMPUTAN (PROTOKOL)

Susunan duduk para jemputan yang menghadiri majlis-majlis rasmi negara dan majlis yang beristiadat yang biasadiamalkan di Negara Brunei Darussalam.

Susunan kedudukan jemputan adalah mengambil kirasusunan darjat, keturunan, status dan pangkat.

Penyusunan tempat duduk adalah mengikut peraturankebiasaan dan adat yang telah berjalan sekian lama danakan sentiasa dikemaskini (disesuaikan) mengikutperkembangan dan perubahan semasa mengikutkesesuaiannya.

Protokol

Protokol di dalam konteks Jabatan AdatIstiadat Negara, pula bermaksud peraturanatau disiplin yang dijadikan sebagaipetunjuk yang mesti dipatuhi kerana iatelah diterima pakai di Negara BruneiDarussalam dan telah menjadi resam dinegara ini.

PROTOKOLApa yang dapat difahami dengan Protokol…?Kenapa perlunya Protokol..?1. Peraturan atau etika yang telah ditetapkan

dan harus diikuti.2. Memberi penghormatan kepada tetamu

kehormat dan para jemputan3. Menjaga Imej Tetamu Kehormat4. Dapat mencerminkan kreativiti, kredibiliti dan

keupayaan sesebuah agensi dalam mengadakansesebuah majlis.

5. Memberi suasana keharmonian6. Kesempurnaan Majlis

SENARAI PROTOKOL

Senarai Protokol disusun oleh Jabatan Adat IstiadatNegara berdasarkan kepada kategori dan statuspemegangnya.

Mengikut hasil keputusan mesyuarat Majlis MesyuaratJawatankuasa Adat Istiadat dan MesyuaratJawatankuasa Khas bagi Susunan Kedudukan Pegawai-Pegawai Kerajan dalam Perkhidmatan Awam bagiMajlis-Majlis Rasmi Kerajaan dan Beristiadat yang telahdiperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha MuliaPaduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal BolkiahMu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam.

dua kategori yang ada didalam buku garispanduan “Susunan Senarai protokol" iaituOrang-Orang kenamaan dan BukanOrang-Orang Kenamaan.

Kedudukan orang-orang kenamaandipecahkan dua kategori iaitu orangkenamaan berstatus "Dais" dan bukan "Dais".

Bil SENARAI PROTOKOL

1 KERABAT DIRAJA

2 PENGIRAN-PENGIRAN CHETERIA (DAIS )

3 CUCU AL-MARHUM

4 KEDUDUKAN KURNIA KHAS

Jumlah bilangan 1 hingga 4 adalah DAIS 15 PENASIHAT KHAS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA DAN MENTERI DI JABATAN

PERDANA MENTERI6 YANG DI-PERTUA MAJLIS MESYUARAT NEGARA

7 MENTERI KABINET

8 MUFTI KERAJAAN [ Bertaraf Menteri ]

9 SETIAUSAHA SULIT DAN LAILA RAHSIA KDYMM [ Bertaraf Menteri ]10 PEGUAM NEGARA [ Bertaraf Menteri ]

11 KETUA HAKIM SYARI’E

12 KETUA HAKIM

12 SEBAHAGIAN MAJLIS MESYUARAT DIRAJA

14 TIMBALAN MENTERI KABINET

15 SEBAHAGIAN AHLI MAJLIS MENGANGKAT RAJA

16 KEDUDUKAN ISTIMEWA

17 SEBAHAGIAN AHLI MAJLIS UGAMA ISLAM

18 PENGERUSI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

19 HAKIM-HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH

20 HAKIM-HAKIM MAHKAMAH TINGGI

21 JURUTULIS MAJLIS MESYUARAT

22 JURUAUDIT AGONG

23 KEDUDUKAN KHAS

Jumlah bilangan 5 hingga 23 adalah DAIS 11

Bil SENARAI PROTOKOL

24 DUTA BESAR/ PERSURUHANJAYA TINGGI LUAR NEGERI

25 SENARAI DUTA/PESURUHJAYA TINGGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG TIDAK MENETAP

26 SEBAHAGIAN AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGARA

27 SETIAUSAHA-SETIAUSAHA TETAP

28 PENGARAH URUSAN AMBD [ Bertaraf Setiausaha Tetap ]

29 PEGAWAI-PEGAWAI KANAN BETANGGA GAJI $18,000

30 PEMERINTAH ABDB DAN PESURUHJAYA POLIS DIRAJA YANG BERSARA

31 NAIB CANSELOR UNIVERSITI-UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

32 TIMBALAN PENGERUSI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

33 SEBAHAGIAN AHLI LEMBAGA PENGARAH YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

34 TIMB SUS DAN LAILA RAHSIA KDYMM DAN SUS LAILA RAHSIA DYTM PG MUDA MAHKOTA

35 TIMBALAN PEMERINTAH ABDB/TIMBALAN PESURUHJAYA POLIS DIRAJA BRUNEI/PEMERINTAH ANGKATAN TENTERA DAN ANGKATAN TENTERA BERSAMA

36 TIMBALAN SETIAUSAHA-SETIAUSAHA TETAP

37 PEGUAMCARA NEGARA [ Bertaraf Setiausaha Tetap ]

38 TIMBALAN KETUA PENGGERAK DI JABATAN PERDANA MENTERI [ Bertaraf SetiausahaTetap ]

KAEDAH PENYUSUNAN KEDUDUKAN

Kaedah Penyusunan Kekanan Kaedah Penyusunan Berselang Kaedah Penyusunan Melurus

Kaedah Penyusunan Kekanan

Penyusunan ini meletakkan orang-orang kenamaan yang lebihutama di kanan bahu tetamu kehormat hingga penghujungsebelah kanan

Kemudian baharulah di sambung oleh orang-orang kenamaanlain di sebelah kiri bahu tetamu kehormat hingga penghujungsebelah kiri

910 1 221 2 3 4 5678

Kaedah Penyusunan Berselang

Penyusunan ini meletakkan orang-orang kenamaanyang lebih utama di kanan bahu tetamu kehormatKemudian di sambung di sebelah kiri bahu tetamukehormat dan balik ke kanan dan ke kiri sehinggapenghujung orang kenamaan

1 2214 56 78 210 3 9

Kaedah Penyusunan Melurus

1

2

3

4

5

6

Kedudukan orang kenamaanyang lebih utama di letakkanberdekatan kedudukan GOH

GOH

Para jemputan akan duduk mengikutSusunan dan tempat yang telah ditetapkandengan mengambil kira aspek-aspektertentu yang mana akan mempengaruhiformat dalam menentukan susunantempat duduk para jemputan dalamsesuatu majlis seperti :-

a) Kategori orang yang dijemputb) Tempat mengadakan majlisc) Bentuk majlis

Bentuk Majlis

A. BERKERUSI Teater (Menghadap Pentas) Pentas Meja Bulat (Santap / Jamuan) Meja Panjang (Santap / Jamuan) Bergambar

B. DUDUK BERSILA Majlis Beristiadat Majlis Keagamaan

C. BERDIRI Mengalu-alukan keberangkatan KDYMM keluar negeri Majlis Perasmian Bergambar

SUSUNAN KEDUDUKAN MENGHADAP PENTAS

P E N T A S

Keutamaan bermula daripada kanan Tetamu Kehormat sama adabersebalahan, beriringan atau bertentangan

Keutamaan bermula dari kanan Tetamu Kehormat dan seterusnya. Keutamaan bermula dari kanan Tetamu Kehormat diikuti dengan kiri, balik

ke kanan dan kemudian kiri.

SUSUNAN KEDUDUKAN DI ATAS PENTAS

PENTAS

S u s u n a n K e d u d u k a n M e j a B u l a tM e n g h a d a p P e n t a s

MejaUtama

2 1

4 3

123

45

67

1

2

86

4

57 3

1

264

8

3

57

Susunan Kedudukan Meja BulatMembelakangi Pentas

MejaUtama

1 2

1

1 1

2

5

3

4

76

8 9

2

8

6

4

5 37

9

2

3

4

5

6

7

8

9

Susunan Kedudukan Meja Bulat Menghadap PentasJemputan Bersama Isteri

MejaUtama

2 1

2

12

1

21

Susunan Kedudukan Meja Bulat MembelakangiPentas Jemputan Bersama Isteri

MejaUtama

1

1 2

12

21

2

Susunan Kedudukan Meja Panjang

MEJA UTAMA

1 221 22 2 4 6 8 10

1 2 1

75

3

46 2153

7

2

46

5 1379

Susunan Meja Panjang Jemputan Bersama Isteri

MEJA UTAMA

122 2

1 2

12

21

1

S u s u n a n ke d u d u k a n B e r g a m b a r

213 45 6

7911 8 10 12

A]Senario :-Tetamu Kehormat ialah Menteri di Jabatan Perdana MenteriPengerusi ialah Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri 1

Kedudukan Tetamu Kehormat di tengah-tengah Pengerusi di sebelah kiri tetamu kehormat sekiranya terdapat orang

kenamaan yang lebih utama daripada kedudukannya. Walaubagaimanapun, pengerusi boleh didudukan sebelah kanan

Tetamu Kehormat sekiranya tidak ada orang kenamaan yang lebihutama daripada kedudukannya.

Orang kenamaan yang lebih utama didudukan di barisan hadapan

SUSUNAN KEDUDUKAN JEMPUTAN (DUDUK BERSILA)MAJLIS KHATAM AL-QURAN / MAJLIS DIKIR MAULUD DI ISTANA NURUL IMAN

SEKIAN TERIMA KASIH

22 October 2018

TATATERTIB DI MAJLIS-MAJLIS BERADAT ISTIADAT

olehYang Mulia

Awang Razali bin Haji Badar[Penolong Kanan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara]

Adat Istiadat merupakan peraturan hidup yang mempunyai susunan-susunan yang mengaturkan kehidupan bermasyarakat sehari-hari sepertihormat kepada orang tua, ibu-bapa, pemedulian terhadap sanak-saudaradan jiran tetangga baik semasa menghadapi masa kesukaan mahupunmasa kedukaan.

Adat istiadat juga adalah merupakan keperluan yang dihajati dan perludipatuhi oleh masyarakat agar ia sentiasa hidup segar dan berkembangmenurut keadaan selaras dengan perumpamaan kita ‘Adat MengandungAdab’.

Adat itu boleh dikekalkan dan diberi toleransi asalkan adat itu tidakbercanggah dengan hukum-hukum agama Islam. Walaubagaimanapun,kadar ketahanan atau kehilangan sesuatu adat tergantung kepadamasyarakat itu sendiri dalam menyakinkan yang adat itu lebihmenguntungkan kepada mereka.

Dalam masyarakat kita orang Brunei yang hidup bersaudara, bertetanggadan bermasyarakat, kita perlu memiliki nilai-nilai adat yang telahmenjadi resam atau kebiasaan yang diamalkan dan dihormati olehbangsa dan keturunan kita sejak turun-temurun lagi. Tanpa adanya adat,kita tentu akan menjadi masyarakat yang tidak kukuh kerana mudahdipengaruhi oleh mana-mana kebiasaan yang akan meruntuhkan ciri-cirihidup kita.

Orang-orang Brunei mempunyai peribadi yang tinggi serta beradab, danbertatatertib menggambarkan bahawa kita adalah dari keturunan-keturunan dan purih yang baik. Dari adab dan ketertiban itu, orang lainboleh membuat sukat-sukat serta menilai kebolehan dan keariban kita,yang mana kita layak menerima dan memikul tanggungjawab, sertasanggup melaksanakan kewajipan yang diamanahkan.

Apabila kita berada dalam satu majlis atau kumpulan seharusnya kitamempunyai rasa tanggungjawab supaya tidak akan bersikap ‘keluaran’,umpama rusa masuk kampung.

Dalam majlis beradat yang diamalkan dan dihormati, kehadiranseseorang ke dalam majlis tetap menggambarkan bahawa orang Bruneisesungguhnya penuh hormatkan adat yang disulami dengan sopan-santun, bertingkah-laku yang baik, berperibahasa serta keolahan yanglemah-lembut. Perkara ini dapat dilihat ketika seseorang itu menghadirimajlis.

1. Asas Penentuan Susunan Duduk Dalam Majlis

Setiap manusia berbeza antara satu sama lain masing-masing dengankeistimewaan dan kebolehan mereka. Keistimewaan dan kebolehan itusecara logiknya memerlukan pengiktirafan masyarakat. Salah satupengiktirafan itu ialah susunan kedudukan yang bersesuaian dengankeadaanya supaya keistemewaan itu dapat menghasilkan sesuatukemudahan dan faedah yang akan dinikmati dengan sebaik-baiknya.

Penentuan susunan duduk dalam majlis yang diamalkan turun-temurunadalah berasaskan kebisaian pandangan mata yang mengandungikemajlisan, bersopan-santun dan bertatatertib, hormat-menghormatiyang semua ini bersendikan ugama Islam dan adat kebruneian yangmenjadi teras bangsa yang menggambarkan keadaan masyarakat dankeaslian peribadi orang Brunei atas prinsip, “yang tua dituakan” iaituyang tertua di atas dan yang termuda di bawah menurut ketentuanistilah yang diaturkan dalam istiadat yang disesuaikan dengan keadaandan zaman tanpa merombak keasliannya.

Susunan kedudukan ini perlu diberikan kepada seseorang yang ditugaskanbertanggungjawab terhadap bangsa, negara dan perkara-perkara yangberkaitan dengannya kerana susunan kedudukan ini akanmemperlihatkan taraf seseorang itu seimbang dengan tugas-tugas dankewajipannya.

Untuk mendapatkan penyesuaian sesuatu kedudukan serta memeliharaadat istiadat itu memerlukan pengkajian yang teliti, denganberpandukan asas-asas penentuan yang bukan hanya dipandang darisesuatu sudut saja, tetapi adalah berpandukan kepada pandanganseluruh dunia yang bersesuaian dengan Negara Brunei Darussalam.Perkara ini perlu, memandangkan kesukaran dan kesulitan sesuatu usahayang dijalankan untuk mencapai keseimbangan yang patut diselaraskanuntuk menyesuaikan sesuatu bahagian dengan keutamaannya tanpamerosakkan peribadi masing-masing. Seseorang yang melaksanakan tugasyang terpenting dalam pentadbiran negara memerlukan keutamaandalam keseimbangan susun atur demi kebajikan dan faedah bangsa dannegara.

Pelaksanaan peraturan dalam sesuatu istiadat yang lalu dan undang-undang yang telah diluluskan adalah dijadikan garispandu dan sandaranuntuk menentukan penyusunan kedudukan ini.

Semenjak pemerintahan Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam,Sultan Brunei yang ke-26, memandangkan pada masa itu orang-orangyang dikurniai gelaran sedikit bilangannya, maka Pengiran-PengiranPeranakan yang dulunya diaturkan duduk di Surau telah diaturkan dudukdi atas Peningkah Lapau.

Begitu pula halnya dengan orang-orang yang dikurniai kedudukan yangpenting dalam pentadbiran British pada tahun 1906, peraturanpentadbiran berubah perlahan-lahan dan penyusunan kedudukan bagipegawai-pegawai yang menjalankan pentadbiran negeri disesuaikandengan nilai dan tanggungjawab masing-masing yang berasaskan ilmupengetahuan, kebolehan, kebijaksanaan, kemahiran dan lain-lain supayaseimbang kedudukannya dengan tarafnya, sepertimana disentuh dalamPerlembagaan tahun 1959, manakala bagi Majlis Diraja, susunan dudukadalah menurut istiadat Brunei Asli.

Di zaman Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,Sultan Brunei yang ke-28 dalam Istiadat Duduk Berkerusi, susunan dudukini pernah diaturkan berasingan iaitu di sebelah kanan Pembesar Dirajatermasuk Pengiran-Pengiran Peranakan dan di sebelah kiri PembesarKerajaan termasuk Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan.

Manakala zaman pemerintahan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddinWaddaulah, Sultan Brunei ke-29. Peraturan duduk bersebelahan inidiluaskan lagi kepada Istiadat Duduk Bersila dengan mengaturkan disebelah kanan untuk Sultan, Keluarga Diraja, Pembesar Diraja danPengiran-Pengiran Peranakan. Di sebelah kiri pula diuntukkan bagisebahagian dari Pembesar Kerajaan yang tertentu menurut susunankeutamaan dari segi jawatan-jawatan yang diaturkan oleh Perlembagaan1959, kemudian baru disambung oleh Pengiran-Pengiran Peranakan danPehin-Pehin Manteri berchiri.

Tempat-tempat untuk mengadakan majlis itu ada berbagai-bagaibentuknya mengikut keadaan. Jika di rumah-rumah persendirian ianyaakan mengikut ketetapan oleh yang empunya rumah tersebut. Menurutadat, ruang jamuan atau dewan itu akan mempunyai panggilan yangsama iaitu ‘atas’ dan ‘bawah’ (lihat Diagram “A”). Atas ialah di pisok(di hujung ke dalam) dan bawah ialah bahagian permulaan masuk.

Pada kelazimannya menurut adat laki-laki akan duduk bersila manakalaperempuan akan duduk bertempoh dalam majlis. Para jemputan atautetamu akan duduk mengikut jarak duduk yang berpatutan, sebab dibuatdemikian adalah disediakan untuk orang yang lebih tinggi tarafnyaapabila ia datang dan mengambil tempatnya.

Sebelum masuk ke dalam ruang jamuan atau dewan perhatikanperkara-perkara berikut:

i. Perhatikan di mana ATAS dan di mana BAWAH.

ii. Perhatikan siapa sudah berada dan duduk dalam ruang jamuan ataudewan tersebut.

iii. Pastikan tempat duduk yang ditentukan bagi kita sendiri, jika kurangpasti tanya kepada yang empunya majlis tersebut.

iv. Jika terdapat susunan kedudukan itu bertindih-tindih, pastikandengan yang empunya majlis, sehingga susunan duduk itu betulbarulah kita masuk di tempat duduk yang ditentukan.

v. Para jemputan di ruang majlis akan duduk mengikut taraf susunandarjat dan keturunan masing-masing oleh diri orang itu sendiri.

vi. Yang sedarjat atau setaraf akan duduk bersebarangan atauberhadapan dan berselang-seli, sekiranya tidak sama dengan orang-orang disebarang maka dia akan mendudukan dirinya bawah sedikitdari barisan (banjaran) orang yang bersebarangan dengannya itutidak tetap bertentangan, kecuali jika ia duduk sebaris dengannya,hendaklah dia duduk di sebelah bawah orang yang terkanan darinya.

BAWAH

ATAS

2. Adat Bersopan-Santun Di Majlis Beradat

Apabila dalam majlis-majlis beradat yang diamalkan, kehadiranseseorang dalam majlis menurut kelaziman adat akan tetapmenggambarkan bahawa orang-orang Brunei sangatkan hormatkan adatdan bersopan-santun, iaitu:-

2.1 Pakaian Seragam Dalam Majlis-Majlis Beristiadat

Jika menghadiri majlis, memakailah pakaian yang ditetapkan oleh majlistersebut. Jika dalam kad jemputan itu menyebut jenis pakaian, rujukdulu kepada yang menguruskan majlis, jangan sampai memakai pakaianyang tidak sama dengan orang lain. Terdapat juga di dalam majlis-majlistertentu ditetapkan pakaian seperti berikut:-

i. Pakaian waktu siang ialah pakaian cara Melayu sepengadak Hitamiaitu baju dan seluar hitam, sinjang hitam, songkok hitam dankasut hitam bagi orang Melayu Brunei dan pakaian Lounge Suitwarna hitam atau kehitam-hitaman atau kelabu bagi bangsa-bangsalain.

ii. Pakaian waktu malam ialah pakaian cara Melayu sepengadak putihialah baju dan seluar putih, sinjang putih, songkok hitam dan kasuthitam bagi orang Melayu Brunei dan pakaian Lounge Suit warnahitam atau kehitam-hitaman atau kelabu bagi bangsa-bangsa lain.

iii. Dinner Jacket dan Lounge Suit warna hitam, kehitam-hitaman ataukelabu berseluar hitam dan ada juga majlis yang hanyamenetapkan pakaian tanpa memilih warna bagi orang-orang Melayudan Lounge Suite bagi bangsa-bangsa lain.

Dalam kesempatan ini ada diantara para jemputan mengambilkesempatan jika dilihatnya dalam jemputan itu ada menyebut pakaianLounge Suit maka mereka akan memakai Lounge Suit tanpa meneliti akankemajlisannya dan memadankan diri iaitu bagi orang-orang Melayumestilah memakai cara Melayu seperti yang disebutkan di atas.

3. Cara Menghantar dan Menerima Surat Jemputan

3.1 Menghantar Surat Jemputan dan Memanggil-Manggil

Dari zaman dahulu sehinggalah selepas perang dunia kedua, surat-suratjemputan dihantar oleh seorang yang menjadi utusan. Orang yangmenjadi utusan ini adalah orang yang tahu berbahasa dalam danberadat, kerana ada diantaranya orang-orang yang dijemput itu terdiridaripada Pengiran-Pengiran Peranakan dan Pehin-Pehin.

Oleh kerana zaman itu kebanyakan penduduk-penduduk Brunei tinggal diKampung Ayer, maka menghantar surat itu menggunakan perahu danbeberapa orang pekayuhnya. Penghantar surat akan duduk di tengah-tengah perahu yang dialas dengan tikar. Surat jemputan itu akandihantar ke rumah-rumah orang yang dijemput dengan berpakaian kemasiaitu cara Melayu. Demikian juga halnya dengan memanggil-manggil danmenjemput dengan memberi tahu saja (panggilan mulut), panggilan atauundangan akan disampaikan oleh orang yang menjadi utusan kepadaorang-orang yang dijemput.

3.2 Menerima Kedatangan Penghantar Surat Jemputan

Bagi orang yang dijemput, setiba sahaja penghantar surat jemputan kerumah mereka, tuan rumah itu akan mempersilakan masuk ke dalambilik atau ruang yang sempurna dan dipersilakan duduk di atas tikar.Sesudah penghantar surat jemputan itu duduk dengan tertib danberbual-bual seketika, barulah ia menyampaikan maksudnya denganmemberikan surat jemputan tersebut.

Pada kebiasaannya penghantar surat jemputan ini akan diberikan jamuanringan bersama-sama dengan pekayuh-pekayuhnya oleh tuan rumah tadi.Selesai saja menikmati jamuan barulah utusan tadi bermohon untukmeneruskan pekerjaannya sehingga selesai.

4. Mengangkat Hidangan Dan Pengangkat-Ngangkat

Apabila sesudah majlis itu selesai, maka jamuan pun dibawa masuk dandiatur menurut yang ditentukan. Jamuan itu diatur empat orangsetalam.

Pengangkat-ngangkat hidangan ini akan berpakaian cara Melayu,bersamping dan bersongkok. Apabila masuk ke dalam, pengangkat-ngangkat itu akan duduk bertinggung mengatur jamuan. Jamuantersebut diatur bermula dari se belah atas menuju ke bawah. Dalammasa mengatur jamuan, kebanyakan pengangkat-ngangkat itu akanmengadap ke sebelah atas manakala belakangnya ke sebelah bawah iaitumenyarimban (cara duduk serong). Sekali-sekala pengangkat-ngangkatitu membelakangi tetamu seperti membetulkan aturan-aturan hidanganyang salah susunannya, selepas itu ia akan berundur dan memalingkanbadannya semula. Begitulah keadaannya sehingga hidangan itu diatursampai ke hujung barulah ia keluar.

5. Menikmati Jamuan atau Hidangan

Sesudah hidangan itu terhampar bersusun dengan sempurna, tuan rumahatau orang yang diwakilkan masuk ke dalam majlis lalu menjunjungPengiran-Pengiran, mempersilakan Pehin-Pehin dan Awang-Awang sertatetamu-tetamu yang lain untuk menikmati jamuan.

Dalam menikmati jamuan, apabila kepala majlis atau orang yang kanandalam majlis tersebut berhenti makan atau minum, kita hendaklah jugaberhenti, begitu juga sebaliknya apabila kepala majlis atau orang yangkanan dalam majlis tersebut masih makan atau minum kita tidak bolehberhenti makan atau minum. Kepala majlis atau orang yang kanan ituakan memerhatikan majlis tersebut, jika para jemputan yang lain masihmakan atau minum kepala majlis atau orang yang kanan itu akanmeneruskan makan atau minum dengan perlahan-lahan bagimembolehkan para jemputan itu menikmati dengan sempurna.

Setelah siap tetamu-tetamu menikmati jamuan kepala majlis atau siapayang kanan akan berucap, meminta tuan rumah atau orang yangdiwakilkan masuk sekali lagi. Tuan rumah akan masuk ke dalam majlisdengan tertib duduk bersila di dalam majlis seterusnyamenyembahkan/menyampaikan penghargaannya di atas kesudian yanghadir ke majlis tersebut serta menyembahkan/mengucapkan terimakasih.

6. Keluar dari Majlis

Sesudah itu tuan rumah atau orang yang diwakilkan keluar dari majlis,barulah tetamu-tetamu yang hadir berdiri dari tempat duduknya lalukeluar dari dalam ruang majlis. Cara keluar dari dalam ruang majlis inijuga menurut susunan, siapa yang duduk di atas akan keluar dulu,barulah diikuti oleh jemputan yang lain-lain, kerana ini adalah menjadiadat dan peraturan yang kita warisi atas dasar hormat kepada orang-orang kenamaan dan orang-orang yang dituakan.

WASSALAM