surat kajian thn 4.pdf
TRANSCRIPT
-
7/23/2019 Surat Kajian Thn 4.pdf
1/2
Tel: 044704344
Fax: 044703319
Emel:
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BALING SIK
Batu 42, Jalan Kulim Baling
09100 BALING
KEDAH DARUL AMAN.
MENERAJUI TRANSFORMASI
Ruj. Kami:PPSB 60/002/119/Jld 2 (50)
Tarikh: 11 November 2015
Pengetua Sekolah Model Khas Baling
Tuan Guru Besar Semua Sekolah Rendah Daerah Baling Sik
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
KAJIAN PRESTASI PELAJAR TAHUN 4 DALAM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 UNTUK SUBJEK
BAHASA INGGERIS
Adalah dimaklumkan pihak PPD Baling Sik sedang mengadakan kajian tersebut untuk mengetahui
secara lebih jelas prestasi pelajar-pelajar tahun 4 dalam menjawab soalan berformat baru UPSR.
Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui secara lebih terperinci kelemahan-kelemahan pelajar
sekaligus mencari penyelesaian terbaik untuk mengatasinya.
2. Sehubungan itu, pihak kami memohon kerjasama pihak tuan dan guru-guru berkaitan untuk
menyediakan data-data yang diperlukan dalam kajian ini. Bersama-sama surat ini dilampirkan tiga
jenis borang untuk diambil tindakan oleh pihak tuan.
3. Semua dokumen yang siap diisi, hendaklah dihantar kembali ke pejabat kami atas nama En.Anuar bin Ahmad, Pegawai SISC+ Bahasa Inggeris Rendah PPDBS pada atau sebelum 19 November
2015. Dokumen tersebut juga boleh dihantar secara email ke alamat [email protected].
Untuk pertanyaan dan maklumat lebih lanjut, beliau boleh dihubungi melalui talian 019 4244564.
3. Semoga di dalam tindakan pihak tuan.
Sekian. Terima kasih
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG
Saya yang menurut perintah,
(HJ. MOHD FAUDZI BIN ABD. HAMID)
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Baling Sik
-
7/23/2019 Surat Kajian Thn 4.pdf
2/2
Tel: 044704344
Fax: 044703319
Emel:
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BALING SIK
Batu 42, Jalan Kulim Baling
09100 BALING
KEDAH DARUL AMAN.
MENERAJUI TRANSFORMASI