surat makluman thn 6 2014.doc

24
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KENANGA JKR 5203, Jalan Kacung, Tampoi 81200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim Kod Sekolah : JBA 1037 Email Sekolah : [email protected] Tel : 07- 2323569 __________________________________________________________________ _____________ Ruj.Kami : JBA1037/3 Tarikh : 20 Februari 2014 Kepada, Guru Besar, Sekolah Agama _____________________ Tuan, PELEPASAN MENGHADIRI SEKOLAH AGAMA BAGI PROGRAM MOTIVASI UPSR, SIRI 1 2014 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK. Seri Kenanga akan menganjurkan Kem Motivasi UPSR, Siri 1 2014 bagi murid-murid Tahun 6 seperti ketetapan berikut : Tarikh : 20 -21 Februari 2014 Masa : 2.00 p.m Tempat : Sek. Keb. Seri Kenanga 3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon pelepasan Sekolah Agama bagi murid-murid tersebut menghadiri Kem Motivasi ini pada hari Khamis, 20 Februari 2014. Kerjasama dan keperihatinan tuan dalam perkara ini amat dihargai. Sekian, terima Kasih.

Upload: qnazcky

Post on 06-Nov-2015

259 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

_______________________________________________________________________________

Ruj.Kami : JBA1037/3 Tarikh : 20 Februari 2014Kepada,

Guru Besar,

Sekolah Agama _____________________

Tuan,

PELEPASAN MENGHADIRI SEKOLAH AGAMA BAGI PROGRAM MOTIVASI UPSR, SIRI 1 2014

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK. Seri Kenanga akan menganjurkan Kem Motivasi UPSR, Siri 1 2014 bagi murid-murid Tahun 6 seperti ketetapan berikut :

Tarikh:20 -21 Februari 2014

Masa

:2.00 p.m

Tempat :Sek. Keb. Seri Kenanga

3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon pelepasan Sekolah Agama bagi murid-murid tersebut menghadiri Kem Motivasi ini pada hari Khamis, 20 Februari 2014.

Kerjasama dan keperihatinan tuan dalam perkara ini amat dihargai.Sekian, terima Kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

..............................................

(NORPISAH BT IBRAHIM)

GURU BESAR,

SK SERI KENANGATuan/Puan,

MESYUARAT GURU-GURU TAHUN 6

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut:

Tarikh :3 Mac 2014

Hari :Selasa

Masa :10.40 pagi

Tempa :Bilik Bestari

3.Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

3.1Ucapan Guru Besar

3.2Pembentangan oleh Guru Kelas 6 Arif, 6 Bestari dan 6 Cemerlang berkaitan :

3.2.1analisa keseluruhan peperiksaan Pra UPPM 1

3.3.2jumlah murid yang near miss cemerlang

3.3Pembentangan oleh guru-guru matapelajaran berkaitan :

3.3.1masalah /situasi murid-murid

3.3.2cadangan penyelesaian/program yang dilaksanakan

3.3.3sasaran jumlah murid yang lulus UPPM 1

4.Hal-hal lain

5.Penutup

Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menurut perintah,

(NORPISAH BT IBRAHIM)

GURU BESAR,

SEK. KEB. SERI KENANGARuj.Kami : JBA1037/4 Tarikh : 9 MAC 2014Ibubapa/Penjaga

Murid-murid Tahun 6

Tuan,

KELAS TAMBAHAN CUTI SEKOLAH TAHUN 6 2014

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, pihak sekolah akan mengadakan kelas tambahan untuk

murid-murid Tahun 6 pada cuti sekolah ini.

3. Kelas tambahan yang dijalankan pada hari berikut :

i. Jumaat (21 Mac 2014) 8.00 a.m - 11.30 a.m

ii. Sabtu (22 Mac 2014) 8.00 a.m 11.30 a.m

(Jadual dilampirkan dan sebarang perubahan akan dimaklumkan)

4. Pihak sekolah memohon agar tuan puan memastikan kehadiran dan menguruskan

kenderaan datang dan balik anak-anak tuan/puan mengikut jadual yang diberi.

Sekian, untuk makluman dan tindakan tuan/puan. Terima Kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(NORPISAH BT IBRAHIM)

GURU BESAR,

SEK. KEB. SERI KENANGA

Ruj.Kami : JBA1037/5Tarikh : 7 April 2014Kepada,

Ibubapa / Penjaga Murid-murid Tahun 6,SK. Seri Kenanga, Johor Bahru.Tuan / Puan,

PERJUMPAAN SIRI KE-2 IBUBAPA / PENJAGA MURID TAHUN 6, 2014 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini akan menganjurkan program tersebut sebagaimana ketetapan berikut : Tarikh : 13 April 2014 (Ahad)Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Sek. Keb Seri Kenanga

3. Sehubungan itu, pihak sekolah amat berharap agar tuan/puan ibu bapa / penjaga murid Tahun 6 sekolah ini dapat meluangkan masa hadir bersama-sama dalam majlis tersebut bagi membincangkan prestasi anak-anak serta sasaran hala tuju mereka dalam Peperiksaan UPSR 2014 ini. Kehadiran tuan / puan ibu bapa / penjaga juga diharapkan agar dapat meningkatkan lagi motivasi diri anak-anak dalam mengharungi cabaran menjelangnya peperiksaan besar ini.

Kerjasama, perhatian dan kehadiran tuan / puan amat diharapkan agar program ini berjaya mencapai matlamatnya.Sekian, terima Kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(NORPISAH BT IBRAHIM)

Guru Besar,

SK. Seri Kenangas.k.1. Yang DiPertua PIBG SK. Seri Kenanga,

Kami : Ruj JBA1037/6 Tarikh : 13 April 2014Kepada,

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),

Sek. Keb. Seri Kenanga

Johor Bahru.Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN MINUMAN DAN MAKANAN IBUBAPA MURID TAHUN 6

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah Seri Kenanga akan mengadakan Program Perjumpaan Ibu Bapa / Penjaga Murid Tahun 6 Siri Ke-2 pada ketetapan yang berikut :-

Tarikh

:13 April (AHAD)

Masa

:8.30pagi 12.00 tengah hari

Tempat:Dewan Sek. Keb. Seri Kenanga

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon sumbangan daripada PIBG dengan anggaran kos seperti berikut :-

Air dan makanan:RM 3.00 / seorangX90 orang

Jumlah

:RM 270.00 ( Dua Ratus Tujuh Puluh Ringgit )

4. Kerjasama, perhatian dan sumbangan pihak tuan ini amat diharapkan agar program ini berjaya mencapai matlamatnya.Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

Kami : Ruj JBA1037/7 Tarikh : 13 April 2014Kepada,

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),

Sek. Keb. Seri Kenanga

Johor Bahru.Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN PEMBELIAN SET SOALAN UNTUK MURID TAHUN 6

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah ingin membeli DUA set soalan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon sumbangan daripada PIBG dengan anggaran kos seperti berikut :-Buku terbitanKuantitiHarga seunitJumlah

1. Info Didik :

B.Melayu

B.Inggeris

Matematik

Sains35 buah

35 buah

35 buah

35 buahRM 4.20

RM 4.20

RM 4.20

RM 4.20RM 147.00

RM 147.00

RM 147.00

RM 147.00

JUMLAH RM 588.00

Buku terbitanKuantitiHarga seunitJumlah

2. Sasbadi :

B.Melayu 1 & 2

B.Inggeris 1 & 2

Matematik 1 & 2

Sains 1 & 270 buah

70 buah

70 buah

70 buahRM 2.50

RM 2.50

RM 2.50

RM 2.50RM 175.00

RM 175.00

RM 175.00

RM 175.00

JUMLAH RM 700.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 1288.00

4. Kerjasama, perhatian dan sumbangan pihak tuan ini amat diharapkan agar dapat meningkatkan prestasi diri anak-anak sebagai persediaan menjelangnya peperiksaan UPSR nanti. Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

(NORPISAH BT IBRAHIM)

Guru Besar,

SK. Seri Kenanga

s.k.1. Yang DiPertua PIBG SK. Seri Kenanga,

Ruj.Kami : JBA1037/8 Tarikh : 21 April 2014Kepada,Ibubapa/Penjaga

Tuan/Puan,

PROGRAM MOTIVASI PERDANA KECEMERLANGAN PELAJAR UPSR 2014 MURID GALUSDengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berdasarkan surat yang dikemukakan oleh PPD kepada pihak sekolah, menyatakan bahawa program tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :Tarikh : 26 April 2014 (Sabtu)

Tempat : N 24, Bilik Kuliah 7, 8 dan 9, UTM, Skudai

Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang (Pendaftaran : 7.30 pagi)

Pengangkutan : Pergi dan balik diuruskan oleh ibubapa

Pakaian : Uniform sekolah yang lengkap dan kemas3. Sehubungan dengan itu, sebarang pertanyaan mengenai program di atas boleh berhubung dengan Puan Salmah bt Mohd Raseli di talian 012-7579811 selaku guru pengiring dalam program tersebut.4. Kerjasama tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(NORPISAH BT IBRAHIM)

Guru Besar,

SK. Seri Kenanga

Ruj.Kami : JBA1037/9 Tarikh : 21 April 2014Kepada,

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),

Sek. Keb. Seri Kenanga

Johor Bahru.Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN PEMBAYARAN PROGRAM MOTIVASI PERDANA KECEMERLANGAN PELAJAR UPSR 2014 MURID GALUS

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berdasarkan surat yang dikemukakan oleh PPD Johor Bahru kepada pihak sekolah, 8 orang murid telah dipilih sebagai peserta program tersebut yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :Tarikh : 26 April 2014 (Sabtu)

Tempat : N 24, Bilik Kuliah 7, 8 dan 9, UTM, Skudai

Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang 3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon sumbangan daripada PIBG untuk menjelaskan bayaran yang dikenakan untuk program di atas kepada 8 orang murid tersebut sebanyak RM 120.00

(RM 15.00 bagi setiap peserta).4. Kerjasama, perhatian dan sumbangan pihak tuan ini amat diharapkan agar dapat meningkatkan kecemerlangan diri anak-anak sebagai persediaan menjelangnya peperiksaan UPSR nanti. Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

(NORPISAH BT IBRAHIM)

Guru Besar,

SK. Seri Kenanga

s.k.1. Yang DiPertua PIBG SK. Seri Kenanga,

Ruj.Kami : JBA1037/10 Tarikh : 23 April 2014Ibubapa/Penjaga

Murid-murid Tahun 6

Tuan/Puan,

BAYARAN SET SOALAN UPSR UNTUK MURID-MURID TAHUN 6, 2014

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, pihak Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG) telah bersetuju dengan cadangan pihak sekolah semasa Perjumpaan IbuBapa Siri Ke-2 yang lalu supaya ibubapa membayar RM 14.00 (empat belas ringgit sahaja) bagi set soalan UPSR yang akan dibeli oleh pihak sekolah untuk kegunaan murid-murid Tahun 6.3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan boleh membuat pembayaran melalui GURU KELAS anak tuan/puan sebelum 30 April 2014.4. Kerjasama, perhatian dan sumbangan pihak tuan/puan ini amat diharapkan agar dapat meningkatkan prestasi diri anak-anak sebagai persediaan menjelangnya peperiksaan UPSR nanti. Sekian,

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(NORPISAH BT IBRAHIM)

Guru Besar,

SK. Seri Kenanga

s.k.1. Yang DiPertua PIBG SK. Seri Kenanga,

Ruj.Kami : JBA1037/11 Tarikh : 28 April 2014Kepada,

Ibubapa/Penjaga

Tuan/Puan,

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI, KEDAH

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, pihak sekolah akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi sebagai salah satu program selepas UPSR. Butiran berkaitan lawatan ini adalah seperti berikut :

Tarikh : 26 - 29 September 2014

Bayaran : RM350 seorang.

(termasuk tambang bas, penginapan, tiket masuk ke

Under WaterWorld dan Makam Mahsuri, 2x

sarapan pagi, 1x makan tengah hari dan 2x makan

malam dan 2 helai tshirt untuk lawatan).

Cara Bayaran : Secara ansuran dibenarkan dengan minimum

bayaran RM 50 ATAU RM 100 perlu jelaskan akhir bayaran 2

minggu sebelum bertolak ke Pulau Langkawi.

: Bayaran boleh diserahkan kepada Puan Salmah Bt

Mohd Raseli seberapa segera untuk tempahan awal.

3. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada tuan/puan dan untuk maklumat lanjut boleh berurusan dengan Puan Salmah (012-7579811).

Sekian,

Saya yang menurut perintah,

.........................................

NORPISAH BT IBRAHIM

GURU BESAR, SK SERI KENANGA.............................................................................................................................................................................Kepada yang berkenaan,

Saya penjaga kepada........................................................................... kelas..............

bersetuju untuk membenarkan anak saya mengikuti program lawatan ke Pulau Langkawi yang dianjurkan oleh pihak tuan.Di sini saya sertakan wang bayaran sebanyak RM...................sebagai wang pendahuluan.

Sekian,

Yang Benar,

............................................Ruj.Kami : JBA1037/12 Tarikh : 27 OGOS 2014Kepada,

Guru Besar,

Sekolah Agama _____________________

Tuan,

PERMOHONAN PELEPASAN MENGHADIRI SEKOLAH AGAMA

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK. Seri Kenanga akan mengadakan program kecemerlangan bagi calon UPSR seperti ketetapan berikut :

Program:Pecutan Akhir Upsr (Kelas kuarantin)

Tarikh:1 Sept - 4 Sept 2014

Masa

:7.20 a.m - 4.30 p.m

Tempat :Sek. Keb. Seri Kenanga

3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon pelepasan Sekolah Agama untuk

AINA NURAIYANI BT MOHD JAUJINI kelas 4 Muslim bagi menghadiri kelas yang diadakan selama EMPAT hari tersebut.

Kerjasama dan keperihatinan tuan dalam perkara ini amat dihargai.Sekian, terima Kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

..............................................

(NORPISAH BT IBRAHIM)

GURU BESAR,

SK SERI KENANGARuj. Kami : JBA1037/02/07/(90)

Tarikh : 17 OGOS 2014Pengarah Pelajaran Negeri,

Jabatan Pelajaran Negeri Johor,

Wisma Pendidikan,Jalan Tun Abdul Razak,

80604 Johor Bahru,

Johor Darul Takzim

(u/p Unit Perhubungan dan Pendaftaran)

Tuan,

PERMOHONAN MELANCONG PERATURAN (MELANCONG SEKOLAH) 1957Adalah saya dengan segala hormatnya memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk melancong/lawatan sebagaimana di bawah ini :-

Tarikh

:31 Oktober - 3 November 2014

Masa

:4.00 a.m

Tempat:Pulau Langkawi, Kedah Dan Bukit Bendera, Pulau Pinang

Ketua Rombongan:Puan Salmah bt Mohd Raseli

2. Bersama-sama ini disertakan butir-butir yang dikehendaki untuk tujuan di atas.

Sekian , terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

s.k.

1. Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ)

2. Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru (PPD)

3. Fail Lawatan

4. PIBG

Ruj. Kami : JBA1037/02/07/(90)

Tarikh : 20 Oktober 2014Kepada,Pihak Pengurusan Under Water World,

Pulau Langkawi,

Kedah.Tuan/Puan,

SEBUTHARGA TIKET MASUK BAGI PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah berminat untuk membuat lawatan sambil belajar ke UnderWater World sebagai salah satu program selepas UPSR. Butiran berkaitan lawatan ini adalah seperti berikut :Tarikh : 1 November 2014

Masa : 10.00 pagi

Bil. Murid : 24 orang

Bil. Guru : 13 orang

Ketua Rombongan : Puan Salmah bt Mohd Raseli

No. Telefon

: 012-7579811

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami sangat berharap pihak tuan dapat memberikan respons bagi permohonan di atas seberapa segera.Kerjasama yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian,

Saya yang menurut perintah,

Ruj.Kami : JBA1037/02/07/(16) Tarikh : 25 Disember 2014

Kepada,

Ibubapa / Penjaga Murid-murid Tahun 6,

SK. Seri Kenanga, Johor Bahru.Tuan / Puan,

PENDAFTARAN DAN PERJUMPAAN IBUBAPA / PENJAGA MURID TAHUN 6, 2015 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini akan menganjurkan program tersebut sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 30 Disember 2015 (Selasa)

Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Sek. Keb Seri Kenanga

3. Sehubungan itu, pihak sekolah amat berharap agar tuan/puan ibu bapa / penjaga murid Tahun 6 sekolah ini dapat meluangkan masa hadir bersama-sama dalam majlis tersebut bagi membincangkan program dan dana yang diperuntukkan untuk persediaan murid-murid menghadapi UPSR pada tahun 2015 ini.Kerjasama, perhatian dan kehadiran tuan / puan amat diharapkan agar program ini berjaya mencapai matlamatnya.Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(NORPISAH BT IBRAHIM)

Guru Besar,

SK. Seri Kenanga

s.k.1. Yang DiPertua PIBG SK. Seri Kenanga,

Ruj.Kami : JBA1037/02/07/(16)Tarikh : 26 Jan 2015

Ibubapa/Penjaga,

Murid-murid Tahun 6,

SK Seri Kenanga.

Tuan/Puan,

KELAS TAMBAHAN TAHUN 6 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan memulakan kelas tambahan bagi murid-murid Tahun 6 mulai bulan Februari 2014 sebagaimana ketetapan berikut:

2.1 Kelas tambahan selepas : Ahad ( 1.10 p.m 2.10 p.m )waktu persekolahan Isnin ( 12.40 p.m 1.40 p.m )

Selasa ( 1.40 p.m 2.40 p.m )

Khamis ( 12.40 p.m 1.40 p.m)

(Kelas akan bermula pada 1 Februari 2015 )

2.2 Kelas Tambahan Hari Jumaat : 8.00 pg 11.30 pg(Kelas akan bermula pada 6 Februari 2015 minggu 1) *Jadual dilampirkan bersama dan sebarang perubahan akan dimaklumkan*

3. Pihak sekolah amat berharap agar tuan/puan dapat memastikan kehadiran anak jagaan tuan/puan pada setiap sesi kelas tambahan tersebut. Tuan/puan juga diharapkan agar dapat menguruskan kenderaan datang dan balik anak jagaan tuan/puan mengikut jadual yang diberi.

4. Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan dalam perkara ini amat diharapkan demi peningkatan prestasi anak jagaan tuan/puan.

Sekian, terima Kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

..............................................

(NORPISAH BT IBRAHIM)

GURU BESAR,

SK SERI KENANGA

Ruj.Kami : JBA1037/18 Tarikh : 5 Mei 2015Kepada,Ibubapa/Penjaga

Tuan/Puan,

PROGRAM SEMINAR DIDIK RAKYAT UPSR 2015 ANJURAN BERSAMA BANK RAKYAT DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JOHOR BAHRUDengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berdasarkan surat yang dikemukakan oleh PPD kepada pihak sekolah, menyatakan bahawa program tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :Tarikh : 9 Mei 2015 (Sabtu)

Tempat : Dewan Sekolah Tun Fatimah

Masa : 7.00 pagi hingga 5.30 petang (Pendaftaran : 7.00 pagi)

Pengangkutan : Pergi dan balik diuruskan oleh ibubapa

Pakaian : Uniform sekolah yang lengkap dan kemas dan membawa peralatan

tulis3. Sehubungan dengan itu, sebarang pertanyaan mengenai program di atas boleh berhubung dengan Puan Salmah bt Mohd Raseli di talian 012-7579811 selaku guru pengiring dalam program tersebut.

4. Kerjasama tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,Ruj.Kami : JBA1037/19

Tarikh : 25 Mei 2015

Ibubapa/Penjaga

Murid-murid Tahun 6

Tuan/puan,

KELAS TAMBAHAN CUTI SEKOLAH TAHUN 6, 2015

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan, hasil perbincangan bersama ibubapa/penjaga murid Tahun 6, semasa Program Motivasi Kecemerlangan UPSR yang lalu di Savana Hill Resort telah bersetuju bahawa kelas tambahan pada cuti sekolah ini diadakan selama 2 hari seperti ketetapan berikut :

2.1 Jumaat (29 Mei 2015) 8.00 a.m - 4.00 p.m

2.2 Sabtu (30 Mei 2015) 8.00 a.m - 3.30 p.m

(Jadual dilampirkan dan sebarang perubahan akan dimaklumkan)

3. Sehubungan itu juga, pihak sekolah meminta ibubapa membuat bayaran sebanyak RM7.00 kepada guru kelas anak masing-masing untuk menampung kos makan tengahari yang akan diuruskan oleh pihak sekolah. Minuman (air kotak) telah disumbangkan oleh salah seorang guru Tahun 6. Walau bagaimanapun, murid-murid digalakkan membawa air minuman sendiri.

4. Sekiranya tuan/puan ingin menyumbang lebih dari apa yang ditetapkan juga amat dialu-alukan. Sumbangan berupa makanan juga boleh diberi dan diserahkan kepada Puan Salmah bt Mohd Raseli selaku Penyelaras Program Sekolah Tahun 6.

5. Pihak sekolah memohon agar tuan/ puan dapat memastikan kehadiran dan menguruskan kenderaan datang dan balik anak-anak tuan/puan mengikut jadual yang diberi.

Kerjasama dan keperihatinan tuan/puan dalam perkara ini amat diharapkan.Sekian, terima Kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,