sumbangan projek sekolah

2
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK BANDAR EASTER Felda Bukit Easter, 81907 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. No.Tel:07-8926462 Ruj. Kami : JBA3047/ PIBG / 01(06) Tarikh : 23 NOVEMBER 2015 Kepada, Pengurus Besar FELDA Wilayah Johor Bahru Pejabat FELDA Wilayah Johor Bahru Johor Tuan, Memohon Peruntukan Projek Keceriaan SK Bandar Easter Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan membuat projek keceriaan sekolah seperti berikut: 1. Memasang mozek dan menukar pintu surau SK Bandar Easter 2. Mengganti tingkap nako kepada tingkap slaiding dewan SK Bandar Easter 3. Membesarkan pentas dan memasang tirai belakang pentas 4. Menambah dan menyambung susur gajah yang telah sedia ada. 3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik tuan untuk memberikan sumbangan bagi projek tersebut. Sumbangan boleh disalurkan atas nama Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) No akaun 01069010021871 Bank Islam. Bersama ini dilampirkan kertas kerja untuk projek tersebut untuk rujukan pihak tuan.

Upload: mohd-sobirin-mohd-azehar

Post on 01-Feb-2016

264 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Projek sekolah memang banyak. Dalam surat ini ada terdapat 3 buah projek sekolah yang besar yang melibatkan kos beribu-ribu ringgit. Boleh dijadikan rujukan jika berminat.

TRANSCRIPT

Page 1: sumbangan projek sekolah

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK BANDAR EASTER Felda Bukit Easter, 81907 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. No.Tel:07-8926462

Ruj. Kami : JBA3047/ PIBG / 01(06) Tarikh : 23 NOVEMBER 2015

Kepada,

Pengurus BesarFELDA Wilayah Johor BahruPejabat FELDA Wilayah Johor BahruJohor

Tuan,

Memohon Peruntukan Projek Keceriaan SK Bandar Easter

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan membuat projek keceriaan sekolah seperti berikut:

1. Memasang mozek dan menukar pintu surau SK Bandar Easter 2. Mengganti tingkap nako kepada tingkap slaiding dewan SK Bandar Easter 3. Membesarkan pentas dan memasang tirai belakang pentas 4. Menambah dan menyambung susur gajah yang telah sedia ada.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik tuan untuk memberikan sumbangan bagi projek tersebut. Sumbangan boleh disalurkan atas nama Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) No akaun 01069010021871 Bank Islam. Bersama ini dilampirkan kertas kerja untuk projek tersebut untuk rujukan pihak tuan.

4. Kami amat berharap permohonan ini mendapat pertimbangan pihak tuan kerana kami tidak mempunyai sumber kewangan yang khusus untuk menjayakan projek tersebut. Semoga apa yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

Page 2: sumbangan projek sekolah