cabaran penaungan dan sumbangan dalam … pik hae(24 pages).pdf · cabaran penaungan dan sumbangan...

24
CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI KUCHING SARAWAK HONG PIK HAE Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2007

Upload: dangtuyen

Post on 04-Feb-2018

243 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM … PIK HAE(24 pages).pdf · CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI KUCHING SARAWAK HONG PIK HAE Projek ini

CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM

MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI KUCHING

SARAWAK

HONG PIK HAE

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni

Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

Page 2: CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM … PIK HAE(24 pages).pdf · CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI KUCHING SARAWAK HONG PIK HAE Projek ini

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Catatan: *Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

* Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/

organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan

sebagai SULIT atau TERHAD

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

JUDUL: CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM

MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI

KUCHING SARAWAK.

SESI PENGAJIAN : 2004/2007

Saya HONG PIK HAE

Mengaku membenarkan tesis/Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan data Kandungan Tempatan

4. Pusat Khimat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis/laporan ini sebagai pertukaran bahan antara institusi pengajian

tinggi

5. * sila tandakan

SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah

keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di

dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang telah

ditentukan oleh Organisasi/ badan

di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia

Tarikh: Tarikh:

Alamat Tetap:

P.O.Box 557,

96507 Bintangor,

Sarawak.

Page 3: CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM … PIK HAE(24 pages).pdf · CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI KUCHING SARAWAK HONG PIK HAE Projek ini

PENGESAHAN

Projek bertajuk “Cabaran Penaungan dan Sumbangan Dalam

Membangunkan Muzium Sejarah Cina Di Kuching Sarawak” telah

disediakan oleh Hong Pik Hae dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan

dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan

dengan Kepujian (Pengurusan Seni).

Diterima untuk diperiksa oleh:

(Puan Rahah Binti Haji Hasan)

Tarikh:

Page 4: CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM … PIK HAE(24 pages).pdf · CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI KUCHING SARAWAK HONG PIK HAE Projek ini

I

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa tiada bahagian dalam penyelidikan ini telah digunakan sebagai

bahan sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan sama ada kepada universiti ini

atau institusi pengajian tinggi yang lain.

(HONG PIK HAE)

No. Matrik: 13565

Page 5: CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM … PIK HAE(24 pages).pdf · CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI KUCHING SARAWAK HONG PIK HAE Projek ini

II

PENGHARGAAN

Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua orang. Saya telah berjaya menyiapkan

kajian ini iaitu bertajuk “Cabaran Penaungan dan Sumbangan Dalam Membangunkan

Muzium Sejarah Cina di Kuching Sarawak”. Penyelidikan saya turut menggunakan

informasi yang diperolehi di Jabatan Muzium Sarawak. Kerjasama yang bersepadu

diterima di kalangan kakitangan di sana menjadikan penyelidikan ini berjaya ke

penghujungnya.

Saya mengambil kesempatan yang ada di sini untuk mengucapkan jutaan terima

kasih kepada semua pensyarah program Pengurusan Seni yang telah banyak membantu dan

memberi tunjuk ajar kepada saya untuk membuat kajian ini. Terutamanya kepada

supervisor saya iaitu Puan Rahah Binti Haji Hasan. Beliau telah banyak memberi tunjuk

ajar kepada saya untukmembuat kajian ini. Di samping itu, tidak lupa juga kepada Puan

Noria Tugang, Puan Qistina Donna Lee, Cik Ema Shuhaida dan juga Miss Karen Samy.

Terima kasih kerana sudi memberi tunjuk ajar dan membantu saya untuk menyiapkan

kajian ini.

Tidak lupa juga kepada Encik Tazuddin Mohtar selaku Penolong Pengarah Etnologi

Jabatan Muzium Sarawak, Dr. Charles Leh selaku Penolong Pengarah Zoologi Jabatan

Muzium Sarawak, Encik Ipoi Datan selaku Penolong Pengarah Arkeologi, Encik Zakaria

Bojeng selaku Penolong Pengarah Pameran dari Bahagian Pameran, Encik

Page 6: CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM … PIK HAE(24 pages).pdf · CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI KUCHING SARAWAK HONG PIK HAE Projek ini

III

Salihin selaku Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan, Puan Rahmah Enche Yusop dan

Encik Paul Phang Joon Mui. Terima kasih kerana memberi kerjasama, sudi memberi

maklumat dan memberi tunjuk ajar kepada saya untuk membuat kajian ini.

Seterusnya sekalung terima kasih kepada orang kuat di belakang saya yang banyak

memberikan dorongan dan sokongan untuk saya terus berusaha mengakhiri penyelidikan

ini. Mereka yang dimaksudkan ialah ahli keluarga terutamanya pada ibu bapa saya serta

rakan-rakan saya.

Akhir sekali, terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak

langsung dalam membantu saya menjalankan penyelidikan tahun akhir ini. Tanpa mereka

semua, sudah pasti penyelidikan ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya. Terima kasih.

Page 7: CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM … PIK HAE(24 pages).pdf · CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI KUCHING SARAWAK HONG PIK HAE Projek ini

IV

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Pengakuan I

Penghargaan II - III

Isi Kandungan IV - XI

Abstrak XII

Abstract XIII

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.1.1 Sejarah Sarawak 1 - 7

1.1.2 Sejarah Kuching 8 - 14

1.1.3 Penghijrahan Orang Cina Ke Kuching 15- 17

1.1.4 Sejarah Penubuhan JabatanMuzium Sarawak 18- 20

1.1.5 Carta Organisasi Jabatan Muzium Sarawak 21- 23

1.1.6 Sejarah Penubuhan Muzium Sejarah Cina 24- 28

1.2 Definisi 29- 31

1.3 Objektif Kajian 32- 33

1.4 Hipotesis 34

1.5 Skop Kajian 35

1.6 Permasalahan Kajian 36- 37

Page 8: CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM … PIK HAE(24 pages).pdf · CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI KUCHING SARAWAK HONG PIK HAE Projek ini

V

1.7 Kepentingan Kajian 38- 39

1.8 Kesimpulan 40

BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN

2. 1 Pengenalan 41-42

2.2 Kaitan Muzium Dari Segi Maksud 42- 43

2.3 Moore,K, (1997). Persatuan Muzium. United Kingdom, 1984. 44

2.4 Kevin Moore, (1999). Management In Museums. London: The

Athlone Press. 45

2.5 Kaitan Muzium Dengan Pembelajaran 46

2.6 Kaitan Muzium Dari Segi Budaya 47

2.7 Timonthy Ambrose, (1987). Managing New Museums: A Guide To

Good Practice.British: Scottish Museums Council County House 20-22

Torphichen Street. 48- 52

2.8 Chang, P. F. (1999). Legends and History of Sarawak. Sarawak:

Lee Ming Press Co 52- 54

2.9 Ensimal. (1993). Sarawak 30 Tahun Merdeka: Cemerlang Dalam

Politik Pembangunan. Kuala Lumpur 55- 57

2.10 Jacqueline Palmer. (1954). Going To Museums. London: Phoenix

House Ltd. 58- 60

Page 9: CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM … PIK HAE(24 pages).pdf · CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI KUCHING SARAWAK HONG PIK HAE Projek ini

VI

2.11 Sejarah Bangunan: Muzium Sejarah Cina Kuching [pamplet].

Sarawak: Jabatan Muzium. 61- 63

2.12 Muzium Sarawak. Sejarah, Peranan dan Perkembangannya.

Sarawak: Jabatan Muzium Sarawak. 64- 65

2.13 Lee , Y. L. (1964). The Chinese In Sarawak. The Sarawak Museum

Journal, vol. xl Nos. 23-24. 516-512 66- 68

2.14 James C. Jackson, M. A, Ph. D. (1976). Sarawak: Penduduk

Dan Petempatan. London: Universiti of London Press Ltd. St

Paul’s House, Warwick Lane. 69- 72

2.15 Lee, Y. L. (1970). Population and Settlement In Sarawak.

Singapure: Asia Pacific Press Pte Ltd. 73- 75

2.16 Tan, C. Y. Sejarah Orang Cina di Kuching 1840-1860. Sarawak. 76- 78

2.17 Sarawak Museum. (1995). Historical Buildings, Monuments And

Sites in Sarawak. Sarawak: Jabatan Muzium Sarawak 79- 80

2.18 Kesimpulan 81

Page 10: CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM … PIK HAE(24 pages).pdf · CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI KUCHING SARAWAK HONG PIK HAE Projek ini

VII

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 82- 83

3.2 Lokasi Kajian 84

3.3 Sumber Data 85- 86

3.3.1 Data Primer 87- 88

3.3.2 Data Sekunder 89- 90

3.4 Populasi 91- 93

3.5 Instrumen Kajian 94- 95

3.6 Limitasi Kajian 96- 97

3.7 Rumusan dan Kesimpulan 98

Page 11: CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM … PIK HAE(24 pages).pdf · CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI KUCHING SARAWAK HONG PIK HAE Projek ini

VIII

BAB 4 ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 99- 100

4.2 Analisa Temuramah dengan Encik Tazuddin Mohtar.

4.2.1 Sejarah Penubuhan Bangunan Muzium Sejarah Cina 101-102

4.2.2 Tujuan Penubuhan Muzium Sejarah Cina. 103-106

4.2.3 Asal-usul penubuhan Muzium Sejarah Cina. 107-113

4.2.4 Misi Muzium Sejarah Cina. 114

4.2.5 Analisa Penaungan Muzium Sejarah Cina. 115-116

4.2.6 Analisa Idea Penubuhan Muzium Sejarah Cina. 117-118

4.2.7 Analisa Data Berkaitan Dengan Penglibatan Masyarakat Cina

Dan Persatuan Cina Dalam Membangunkan Muzium Sejarah

Cina. 119-121

4.2.8 Analisa Adakah Jabatan Muzium Sarawak Menghadapi

Cabaran Dalam Mendapatkan Bahan Pameran. 122-123

4.2.9 Analisa Cabaran Yang Dihadapi Oleh Jabatan Muzium

Sarawak Dalam Membangunkan Muzium Sejarah Cina. 124- 126

4.2.10 Analisa Cabaran Lain Yang Dihadapi Oleh Jabatan

Muzium Sarawak Dalam Membangunkan Muzium

Sejarah Cina. 127- 130

4.2.11 Analisa Adakah Masalah Budjet Dan Lokasi Menjadi

Cabaran Kepada Muzium Sejarah Cina. 131- 132

Page 12: CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM … PIK HAE(24 pages).pdf · CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI KUCHING SARAWAK HONG PIK HAE Projek ini

IX

4.2.12 Analisa Adakah Jabatan Muzium Sarawak Mempunyai

Pakar Sendiri Atau Mengupah Juru Perunding Dalam

Membangunkan Muzium Sejarah Cina. 133-135

4.2.13 Analisa Sumbangan Yang Diberikan Oleh Masyrakat

Cina Dan Persatuan Cina Terhadap Muzium Sejarah

Cina Di Kuching Sarawak. 136-138

4.2.14 Analisa Bagaimana Muzium Sejarah Cina Memain

Peranan Dalam Mewujudkan Masyarakat Yang Berbilang

Kaum Di Kuching. 139-141

4.3 Kesimpulan 142-143

Page 13: CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM … PIK HAE(24 pages).pdf · CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI KUCHING SARAWAK HONG PIK HAE Projek ini

X

BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 144- 145

5.2 Rumusan 146 -148

5.3 Cadangan

5.3.1 Mewujudkan Polisi Untuk Mencari Penaung. 149-151

5.3.2 Masyarakat Cina Harus Memberikan Kerjasama Dan

Sokongan Yang Lebih Banyak Terhadap Muzium

Sejarah Cina. 152-153

5.3.3 Mendapatkan Lebih Banyak Sumbangan Bahan

Pameran. 154-155

5.3.4 Mendapatkan Bangunan Yang Lebih Besar dan Koleksi

Yang Menyeluruh dan Mantap 156-158

5.4 Cadangan Kepada Pengkaji Akan Datang 159

5.5 Kesimpulan 160-161

Page 14: CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM … PIK HAE(24 pages).pdf · CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI KUCHING SARAWAK HONG PIK HAE Projek ini

XI

Bibliografi

Lampiran 1

Lampiran 2

Page 15: CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM … PIK HAE(24 pages).pdf · CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI KUCHING SARAWAK HONG PIK HAE Projek ini

XII

ABSTRAK

Muzium Sejarah Cina merupakan sebuah muzium yang memainkan peranan penting dalam

pengumpulan sejarah, asal-usul masyarakat Cina serta lambang sosiobudaya masyarakat Cina

di Sarawak. Kajian ini adalah untuk mengkaji cabaran yang dihadapi oleh penaung serta

sumbangan yang diberikan dalam membangunkan Muzium Sejarah Cina di Kuching Sarawak.

Tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan sama ada penglibatan penaung dalam

Muzium Sejarah Cina.

Page 16: CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM … PIK HAE(24 pages).pdf · CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI KUCHING SARAWAK HONG PIK HAE Projek ini

XIII

ABSTRACT

The Chinese History Museum plays an important role in the collection of information on the

history, origins and culture of the Chinese Community in Sarawak. This research aims to study

and understand the Challenges faced by donors and patrons in their efforts to establish the

Chinese History Museum in Kuching, Sarawak.

Page 17: CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM … PIK HAE(24 pages).pdf · CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI KUCHING SARAWAK HONG PIK HAE Projek ini

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

Dalam bab ini pengkaji akan menerangkan tajuk penyelidikan yang

dikaji oleh pengkaji. Pengkaji akan membuat kajian tentang cabaran penaungan

dan sumbangan dalam membangunkan Muzium Sejarah Cina di Kuching

Sarawak. Dalam kajian tersebut pengkaji akan mengkaji samada Muzium

Sejarah Cina ada penaung atau sebaliknya. Selepas membuat penyelidikan

menurut Encik Tazuddin Mohtar menyatakan bahawa Muzium Sejarah Cina

tidak ada penaung. Muzium Sejarah Cina cuma ada penaja dan ia di bawah

jagaan Jabatan Muzium Sarawak.

1.1.1 SEJARAH SARAWAK

Setiap negeri mesti adanya sejarah tersendiri. Begitu juga dengan

negeri Sarawak. Sejarah awal Negeri Sarawak tidak dapat dipastikan dengan

lebih tepat tetapi dari catatan-catatan yang ada, negeri di sebelah utara Pulau

Borneo sudah menjadi tempat persinggahan bagi pedagang dari luar sejak kira-

kira 1,200 tahun lalu.

Pedagang-pedagang dari India dan China telah bersinggah dan

berdagang di kawasan ini dengan membawa barangan mereka seperti sutera,

Page 18: CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM … PIK HAE(24 pages).pdf · CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI KUCHING SARAWAK HONG PIK HAE Projek ini

2

alat tembikar, minyak dan lain-lain barangan untuk membuat pertukaran

dengan barang-barang dari Sarawak seperti tanduk badak, telur penyu, sarang

burung, kapur barus dan hasil-hasil hutan.

Delta sungai Sarawak terus menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari

India dan China hingga pada abad ke-13. Agama Islam telah bertapak di

kawasan Sarawak dengan melalui pedagang-pedagang dan Sarawak juga telah

menjadi tumpuan persinggahan bagi pedagang-pedagang asing yang datang ke

rantau sebelah sini.

Kedudukan yang penting pada ketika itu telah menjadi tumpuan

pengembara Eropah sehinggalah kedatangan James Brooke seorang berbangsa

Inggeris pada 11 Ogos 1839 di Kuala Sarawak dan kini dikenali sebagai

Santubong. Kedatangan James Brooke di Sarawak untuk menemui Sultan

Brunei kerana pada ketika itu Sarawak adalah di bawah kekuasaan

Kesultanan Brunei.

( Sila rujuk kepada gambar 1). Bantuan James Brooke kepada Raja Muda

Hashim telah menyebabkan Inggeris dapat bertapak di Sarawak dengan

perjanjian Sultan Brunei menjadikan Brooke sebagai “Raja” dan diberikan

kawasan seluas 18,00 kilometer persegi dari Tanjung Datu hinggalah ke

Sungai Samarahan. (Sila rujuk kepada gambar 2). Maka, dengan perjanjian itu

James Brooke dari England pun telah menjadi Raja di Sarawak.

Page 19: CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM … PIK HAE(24 pages).pdf · CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI KUCHING SARAWAK HONG PIK HAE Projek ini

3

Selama hampir suku abad James Brooke dan orang-orangnya

berhempas pulas untuk mnghapuskan lanun di laut dan kegiatan memotong

kepala tetapi kegiatan memotong kepala tidak dapat dihapuskan sama sekali

hinggalah abad ke-19 ianya masih wujud pada masa tersebut.

Pada usia 60 tahun, James Brooke telah pulang ke England pada

tahun 1868 dan Sarawak telah diserahkan kepada Charles Anthoni Johnson

iaitu anak saudara James Brooke dan Sarawak disahkan dalam kawasan

jajahan dan lindungan daripada British pada 1888. (Sila rujuk kepada gambar

3).

Pada 1917 tempat Charles Anthoni Johnson Brooke telah diganti oleh

Charles Vyner Brooke yang merupakan orang terakhir dari dinasti Raja Brooke

di Sarawak. (Sila rujuk kepada gambar 4). Dalam tahun 1941, perlembangaan

baru telah dirangka oleh Raja Brooke ke-3 untuk menamatkan kuasanya bagi

memberi laluan untuk negeri Sarawak berdiri sendiri tetapi tidak dapat

dilaksanakan kerana berlakunya Perang Dunia ke-2 dan Jepun telah menduduki

Sarawak.

Apabila Jepun menyerah kalah kepada Inggeris, Charles Vyner

Brooke pulang semula ke Sarawak dan dalam tahun 1946 bila Brooke

meninggal dunia Sarawak menjadi satu lagi tanah jajahan Inggeris.

Page 20: CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM … PIK HAE(24 pages).pdf · CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI KUCHING SARAWAK HONG PIK HAE Projek ini

4

Penyerahan kuasa kepada pihak berkuasa di London telah

menyebabkan kemarahan kepada anak tempatan Sarawak dan bantahan terbuka

oleh Kesatuan Kebangsaan Melayu menjadikan penganjuran tunjuk perasaan

memprotes penyerahan Sarawak sebagai jajahan Inggeris oleh Raja brooke.

Tindakan tersebut telah melanggar perlembagaan tanpa berunding terlebih

dahulu.

Anak-anak pribumi tidak setuju negerinya dijadikan jajahan takluk

Inggeris dan semangat kebangsaan tumbuh sedikit demi sedikit untuk

mengetepikan kuasa penjajah Inggeris. Semangat inilah telah mengubah aliran

sejarah Sarawak bila negeri itu mencapai kemerdekaan dan menjadikan negara

berdaulat. (Sumber: Sarawak 30 tahun Merdeka, m/s 1-8)

Page 21: CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM … PIK HAE(24 pages).pdf · CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI KUCHING SARAWAK HONG PIK HAE Projek ini

5

Gambar 1

Rajah Pemerintah Brooke Pertama - James Brooke.

Page 22: CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM … PIK HAE(24 pages).pdf · CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI KUCHING SARAWAK HONG PIK HAE Projek ini

6

Gambar 2

Rajah Pemerintah Booke Yang Kedua – Charles Brooke.

Gambar 2a: Gambar Charles Brooke Yang Terdapat Dalam Kertas

Wang.

Page 23: CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM … PIK HAE(24 pages).pdf · CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI KUCHING SARAWAK HONG PIK HAE Projek ini

7

Gambar 3

Rajah Pemerintah Brooke Yang Ketiga – Charles Vyner Brooke.

Gambar 3a Gambar 3b

Wajah Charles Vyner Brooke “Tea Party Hosted For Charles

dalam “Postage” Vyner Brooke”

Page 24: CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM … PIK HAE(24 pages).pdf · CABARAN PENAUNGAN DAN SUMBANGAN DALAM MEMBANGUNKAN MUZIUM SEJARAH CINA DI KUCHING SARAWAK HONG PIK HAE Projek ini

8

1.1.2 SEJARAH KUCHING

Pada peringkat awal nama bagi Bandar Kuching ialah “Sarawak”

yang berasal dari nama Sungai Sarawak. Nama “Sarawak” ditukar kepada

Kuching pada tahun 1872 dengan bermaksud kucing dalam bahasa Melayu.

Menurut buku yang lain menyatakan bahawa “Kuching was known as

Sarawak, a hundred and fifty years ago. Then the word, Proper, was added

to Sarawak, thus Sarawak Proper, so as to distinguish it from the larger

Sarawak which, in 1841, consisted of only the area between Tanjung Datu and

the Samarahan River. History has it that Kuching was so - named after a

tidal stream called Sungai Kuching or Cat River that ran between the

Chinese Chamber of Commerce and the Tua Pek Kong Temple. Believed to

be a wild cat’s haunt, Sungai Kuching also happened to be in the Bukit

Mata Kuching area where there was an abundance of a local fruit, Mata

Kuching or cat’s eyes. . (Sumber: A Brief History Of Kuching, m/s 3).

Jarak di antara Bandar Kuching dengan Muara Sungai Sarawak

(Kuala Tebas) ialah 20 batu. Kuching diasaskan oleh Pengiran Mahkota pada

awal abad ke-19. (Sumber: Population and Settlement In Sarawak, m/s 226).

Ibu negeri ini terletak di kedua-dua belah tebing sungai Sarawak di mana

bukti-bukti kecil muncul dari kawasan paya dikelilingnya dan kira-kira lapan

belas batu dari laut, ia adalah bandar yang lama. Bila James Brooke tiba di

Kuching, Kuching hanya merupakan satu tempat yang mempunyai beberapa

buah rumah kayu beratap nipah sahaja dan penduduknya mungkin dalam