sumbangan manfaat wakaf terhadap pembangunan ummah di

17
2 nd INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (IRMIC 2015) LANGKAWI, 26 – 27 AUGUST 2015 1 SUMBANGAN MANFAAT WAKAF TERHADAP PEMBANGUNAN UMMAH DI MALAYSIA: SATU ANALISIS DALAM PENGURUSAN JOHOR CORPORATION (JCORP)-WAQAF AN-NUR CORPORATION BERHAD (WANCORP) Hisham Sabri 1 , Khairil Faizal Khairi 2 , Mohamad Yazis Ali Basah 3 , Nurhidayah Laili 4 , Muhamad Ridhwan Abd. Aziz 5 , Nurhidayah Damiron 6 [email protected] 1 , [email protected] 2 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 1,2,3,4,5,6 ABSTRAK Johor Corporation (JCorp) adalah merupakan sebuah entiti korporat yang memberikan sumbangan besar terhadap pembangunan wakaf korporat. Ia juga mampu memberikan impak positif kepada domain tanggungjawab sosial korporat (CSR) khususnya aspek pembangunan harta wakaf. Walau bagaimanapun, wakaf korporat yang aktif dipraktikkan oleh JCorp mengundang beberapa persoalan oleh sesetengah masyarakat berkaitan halatuju manfaat dan hasil saham syarikat yang mana sebahagian hasilnya diperuntukkan untuk pengurusan perbadanan JCorp yang berperanan sebagai pewakaf terhadap saham-saham tersebut. Sehubungan itu, kertas kerja ini akan mengenal pasti bagaimana sumbangan manfaat atau hasil saham wakaf yang diurustadbir oleh WanCorp sebagai mutawalli/nazir dalam menguruskan saham-saham wakaf JCorp. Ia juga akan membincangkan tentang isu berkaitan pematuhan syariah dalam mendapatkan hak daripada manfaat wakaf. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan wakaf korporat yang dipraktikkan oleh JCorp adalah sangat berguna dalam membangunkan kesejahteraan ekonomi ummah. Kata Kunci: JCorp, wakaf korporat, WanCorp, manfaat wakaf.

Upload: truongnga

Post on 11-Dec-2016

266 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: sumbangan manfaat wakaf terhadap pembangunan ummah di

2nd

INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (IRMIC 2015) LANGKAWI, 26 – 27 AUGUST 2015

1

SUMBANGAN MANFAAT WAKAF TERHADAP PEMBANGUNAN UMMAH DI

MALAYSIA: SATU ANALISIS DALAM PENGURUSAN JOHOR

CORPORATION (JCORP)-WAQAF AN-NUR CORPORATION BERHAD

(WANCORP)

Hisham Sabri1, Khairil Faizal Khairi

2, Mohamad Yazis Ali Basah

3, Nurhidayah Laili

4,

Muhamad Ridhwan Abd. Aziz5, Nurhidayah Damiron

6

[email protected], [email protected]

2

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)1,2,3,4,5,6

ABSTRAK

Johor Corporation (JCorp) adalah merupakan sebuah entiti korporat yang

memberikan sumbangan besar terhadap pembangunan wakaf korporat. Ia juga

mampu memberikan impak positif kepada domain tanggungjawab sosial korporat

(CSR) khususnya aspek pembangunan harta wakaf. Walau bagaimanapun, wakaf

korporat yang aktif dipraktikkan oleh JCorp mengundang beberapa persoalan oleh

sesetengah masyarakat berkaitan halatuju manfaat dan hasil saham syarikat yang

mana sebahagian hasilnya diperuntukkan untuk pengurusan perbadanan JCorp yang

berperanan sebagai pewakaf terhadap saham-saham tersebut. Sehubungan itu,

kertas kerja ini akan mengenal pasti bagaimana sumbangan manfaat atau hasil

saham wakaf yang diurustadbir oleh WanCorp sebagai mutawalli/nazir dalam

menguruskan saham-saham wakaf JCorp. Ia juga akan membincangkan tentang isu

berkaitan pematuhan syariah dalam mendapatkan hak daripada manfaat wakaf.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan wakaf korporat yang

dipraktikkan oleh JCorp adalah sangat berguna dalam membangunkan

kesejahteraan ekonomi ummah.

Kata Kunci: JCorp, wakaf korporat, WanCorp, manfaat wakaf.

Page 2: sumbangan manfaat wakaf terhadap pembangunan ummah di

2nd

INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (IRMIC 2015) LANGKAWI, 26 – 27 AUGUST 2015

2

1.0 PENGENALAN DAN TINJAUAN LITERATUR

Amalan wakaf merupakan salah satu amal jariah yang sangat dituntut dalam Islam. Ia

adalah suatu amal soleh dimana pahala yang dikurniakan berterusan bagi pelakunya

(pewakaf) selagi harta atau ain yang diwakafkan itu kekal atau dimanfaatkan selama-

lamanya. Atas dasar itulah, Allah SWT telah mensyariatkan, dan menjadikan wakaf

sebagai salah satu agenda tabarru’ bagi sesiapa yang mahu mendampingkan diri

kepadaNya.

Harta wakaf merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada pemegangnya

bagi memastikan tujuan dan hasrat asal pewakaf terlaksana. Pemegang amanah

seharusnya dapat mengurus, mentadbir dan membangunkan semula harta-harta wakaf

bagi tujuan meningkatkan nilai aset berkenaan. Laporan kewangan juga harus dilakukan

setiap tahun bagi aliran kewangan harta wakaf agar pengurusannya kelihatan lebih telus

dan mampu berlaku adil dalam kerangka sosio ekonomi umat Islam.

Selain itu, wakaf juga dilihat sebagai salah satu kepada punca kewangan Islam.

Pendekatan Majlis Agama Islam Negeri untuk menambahkan harta-harta wakaf melalui

instrument-instrumen wakaf terkini seperti wakaf saham, wakaf tunai, wakaf korporat,

saham wakaf dan sebagainya sememangnya amat digalakkan untuk faedah dan kebajikan

ummah. Harta wakaf ini kemudiannya harus diuruskan dengan cekap, dibangunkan

berlandaskan hukum syarak atau digunakan mengikut tujuan wakaf. Tambahan pula,

bidang kuasa pentadbiran wakaf di Malaysia adalah tertakluk di bawah pentadbiran

Majlis Agama Islam setiap negeri. Pendekatan ini merupakan satu langkah yang amat

tepat dimana institusi wakaf dapat diurustadbir secara tersusun dan holistik dibawah

pengawasan Majlis Agama Islam Negeri (Nik Mustapha Nik Hassan, 1999). 1

Harta wakaf merupakan sesuatu yang sangat bernilai, namun, jika ia tidak diuruskan

dengan teratur dan sistematik akan menyebabkan berlakunya susut nilai terhadap aset

1 Aidi Ahmi, Mohd Herry Mohd Nasir & Mohd Hisham Mohd Sharif. 2005. E-Wakaf : Ke Arah

Pengurusan Wakaf Yang Lebih Sistematik. Seminar Kebangsaan Ke Arah Pembangunan E-Malaysia :

Merapatkan Jurang Komuniti Dengan Teknologi Maklumat 6-7 Disember, Putrajaya. hlmn 2.

Page 3: sumbangan manfaat wakaf terhadap pembangunan ummah di

2nd

INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (IRMIC 2015) LANGKAWI, 26 – 27 AUGUST 2015

3

berkenaan.2 Kefahaman konsep wakaf hanya membataskan kepada harta tidak alih seperti

tanah dan wakaf khas menyebabkan pembangunan harta wakaf kurang efisien. Agihan

manfaat wakaf memerlukan satu sistem pengurusan yang sangat sistematik bagi

memastikan kehendak pewakaf dapat ditunaikan. Ia juga membuktikan bahawa wakaf

mampu memartabatkan ekonomi umat Islam sejagat melalui agihan manfaat yang telus

dan amanah. Pengurusan wakaf korporat yang sistematik mampu memberikan impak

yang signifikan dalam memartabatkan institusi wakaf di Malaysia. Bahkan, melalui

kemajuan yang terhasil dari projek wakaf korporat akan memberikan kesedaran pada

masyarakat dan menarik minat mereka untuk cenderung ke arah meneruskan amalan

berwakaf ini.

2.0 DEFINISI DAN PENSYARIATAN WAKAF

2.1 Definisi Wakaf Dari Perspektif Fiqh

Menurut tafsiran para fuqaha, sadaqah jariyah diertikan sebagai memberikan sesuatu

harta semasa hidupnya dan penggunaannya kekal untuk selama-lamanya.3 Dari segi

bahasa, wakaf berasal dari perkataan arab wakafa yang bermaksud menahan (al-habs)

dan menegah (al-man') 4. Secara teknikal, wakaf bermaksud penahanan harta seseorang

untuk menggunakan hasilnya secara berkekalan demi memenuhi keperluan tertentu

bergantung kepada pilihan dan syarat-syarat yang dibuat oleh al-waqif atau orang yang

memiliki harta. Ia pula tidak boleh disyaratkan bagi mendapat pulangan keuntungan

tertentu5. Menurut Imam Mohammad Khatib al-Syarbiniy definisi wakaf ialah menahan

sesuatu barangan yang boleh dipergunakan dengan mengekalkan bentuk fizikalnya

mengikut peraturan-peraturan yang telah dibenarkankan oleh syarak6.

2 Ahmad Zaki Abd Latiff, Abdul Halim Ramli, Che Zuina Ismail & dll, 2006. Pengurusan Harta Wakaf

Dan Potensinya Kearah Kemajuan Pendidikan Islam Di Malaysia. UiTM : Shah Alam. hlmn 2. 3 Hj. Abd Shakor bin Borham. 2011. Pelaksanaan Pembangunan Wakaf Korporat Johor Corporation

Berhad (Jcorp): Satu Tinjauan. International Conference on Humanities 2011. Hlmn 2. 4 Ibn Manzur : Muhammad Ibn Mukarram. 1990. Lisan al-Arab. Beirut: Dar Sadr. Jilid 9. Hlmn 359

5 Encyclopedia of Muamalat. 2010. Terbitan Bank Muamalat Malaysia Berhad. Hlmn 112.

6 Al-Sharbiniyy, Mohammad Khatib. 1933. Mughni Al-Muhtaj. Kaherah: Maktabah Al-Halabi. Jilid 2.

Hlmn 376.

Page 4: sumbangan manfaat wakaf terhadap pembangunan ummah di

2nd

INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (IRMIC 2015) LANGKAWI, 26 – 27 AUGUST 2015

4

2.2 Definisi Wakaf Korporat

Wakaf korporat pula merujuk kepada suatu aspek pengurusan harta-harta wakaf yang

berbentuk harta alih seperti wang tunai, saham syarikat dan dividen saham yang diurus

tadbir secara penuh oleh entiti korporat ataupun secara kerjasama di antara syarikat

korporat dan pihak berkuasa wakaf. Di antara elemen penting bagi struktur wakaf

korporat adalah aset wakaf yang berbentuk harta alih, manakala pemegang amanah wakaf

iaitu syarikat korporat yang merupakan mutawwali dan juga penerima harta7.

Berdasarkan definisi di atas dapat difahami bahawa apabila seseorang menderma

hartanya sebagai wakaf, maka ia akan menjadi hak milik Allah selama-lamanya dan tidak

boleh diniagakan. Pada masa yang sama, manfaat wakaf boleh digunakan oleh umat

Islam dan masyarakat setempat secara berkekalan. Disamping itu, mereka juga boleh

mendapat manfaat daripada harta wakaf tanpa ada tempoh yang tertentu dan mengikut

segala aspek pematuhan syariah yang telah ditetapkan8.

2.3 Dalil Pensyariatan Wakaf

Dalil pertama

Firman Allah SWT :

9

“Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan

siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka

7 Asharaf Mohd Ramli2 & Abdullaah Jalil 2012.”Model Perbankan Wakaf Korporat: Analisa Wakaf

Selangor Muamalat”. Universiti Sains Islam Malaysia. Hlmn 8. 8 Faizah Ismail. 2006. Asas-asas Muamalat Dalam Islam. Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala

Lumpur. Hlmn 56. 9 Al-Quran. Al-Baqarah. 2 : 274

Page 5: sumbangan manfaat wakaf terhadap pembangunan ummah di

2nd

INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (IRMIC 2015) LANGKAWI, 26 – 27 AUGUST 2015

5

dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka,

serta mereka pula tidak akan berdukacita”.

Dalil Kedua

Dari Abu Hurairah r.a :

10

“Dari abu Hurairah setelah kebangkitan Nabi SAW, Umar bin Al-Khattab telahpun

bersedekah. Nabi SAW bersabda : Khalid telah menahan (mewakafkan) haiwan

tunggangan dan peralatan perangnya demi kepentingan jihad di jalan Allah.”

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah bersifat kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis eksploratori.

Peringkat pertama dilaksanakan dengan pengumpulan maklumat menerusi kajian

perpustakaan yang merangkumi hasil rujukan daripada jurnal, tesis, buku, laporan

tahunan syarikat, kertas kerja seminar, laman sesawang dan artikel majalah termasuklah

keratan akhbar media tempatan. Peringkat kedua pula, sesi temu bual bersama pihak

MAIJ dan WANCorp dibuat bagi mendapatkan maklumat kajian secara terperinci.

Hasilnya, keseluruhan maklumat dianalisis dan penilaian berbentuk eksploratori dibuat

bagi menyusun dan mempersembahkan hasil kajian bagi memenuhi objektif yang telah

dinyatakan.

10

Jamaluddin Abdullah Bin Yusuf Az-Zailai’i. 1995. Nasabu Ar-Rayah Fi Takhrij Ahadith Al-Hidayah.

Darul Hadith : Kaherah. Juzuk 4. Kitab Al-Waqf. Bab waqf al-kira’ wa al-silah fi sabilillah. Hlmn 409.

Page 6: sumbangan manfaat wakaf terhadap pembangunan ummah di

2nd

INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (IRMIC 2015) LANGKAWI, 26 – 27 AUGUST 2015

6

4.0 MANFAAT WAKAF DISALURKAN UNTUK PENGURUSAN BADAN

WAKAF KORPORAT JCORP

Johor Corporation (JCorp) adalah merupakan syarikat yang mempunyai pelbagai jenis

perniagan. Sektor yang diceburi pula meliputi penjagaan kesihatan, perladangan, industri

makanan dan lain-lain lagi. Namun, pihak pengurusan JCorp telah mengorak langkah ke

hadapan dalam membangunkan struktur ekonomi Islam melalui pendekatan instrumen

wakaf. Selain berperanan membangunkan harta wakaf melalui saham-sahamnya, ia juga

turut menjadikan sebahagian daripada keuntungan saham wakaf tersebut sebagai

pusingan modal pelaburan wakaf.

Namun begitu, terdapat perbahasan di kalangan ulamak berkaitan keharusan pewakaf

mengambil manfaat daripada harta wakaf tersebut. Isu ini turut dibincangkan dalam

pengurusan JCorp khususnya dalam proses “agihan semula manfaat” dimana JCorp telah

menerima 70% daripada keseluruhan hasil manfaat wakaf korporat.

Terdapat beberapa hadith yang menjadi sandaran dalam menjelaskan perkara ini

sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab Sahih Bukhary dan Muslim :

Umar r.a. telah mendapat sebidang tanah di Khaibar lalu dia datang kepada Nabi

Muhammad s.a.w untuk mendapatkan pandangan baginda s.a.w tentang tanah tersebut,

maka katanya yang bermaksud:

"Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mendapat sebidang tanah di Khaibar, di mana aku

tidak mendapat harta yang lebih berharga bagiku selain daripadanya, (sedangkan aku

bercita-cita untuk mendampingkan diri kepada Allah S.W.T.) apakah yang hendak

engkau perintahkan kepadaku dengannya?"

Maka sabda Rasulullah s.a.w kepadanya yang bermaksud:

"Jika engkau mahu, tahanlah (bekukan) tanah itu, dan sedekahkan manfaatnya."

Maka Umar r.a pun sedekahkan manfaatnya dengan meletakkan beberapa syarat

seperti tanah (mauquf) itu tidak boleh dijualbeli, tidak dihibahkan (beri) dan tidak

Page 7: sumbangan manfaat wakaf terhadap pembangunan ummah di

2nd

INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (IRMIC 2015) LANGKAWI, 26 – 27 AUGUST 2015

7

diwariskan (dipusaka), tanah itu juga akan diwakafkan ke atas fakir miskin, kaum

kerabat, memerdekakan hamba sahaya, fisabilillah, ibnissabil dan para tetamu serta tidak

ada halangan bagi orang yang menguruskan (yang diberi kuasa menjaganya iaitu Nazir)

untuk mengambil upah sebahagian darinya dengan cara yang wajar dan tidak menjadikan

tanah itu seperti miliknya sendiri.11

Imam al-Qurthubi juga menyatakan keharusan pewakaf untuk mengambil manfaat

hasil daripada harta wakaf yang diwakafkan. Beliau mengatakan bahawa sudah menjadi

kebiasaan (adat) apabila seorang amil turut mengambil manfaat daripada hasil wakaf.

Namun, sekiranya pewakaf (waqif) telah mensyaratkan bahawa pihak yang

menguruskan harta wakaf (amil) tidak boleh mengambil sebarang hasil dari hasil wakaf,

maka dalam keadaan ini, amil tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang manfaat dari

hasil wakaf.

Umar r.a telah menyatakan bahawa tidak berdosa bagi pihak yang mengurus harta

wakaf untuk makan dari hasil wakaf tersebut. Oleh itu, mereka yang ingin menjadikan

sesuatu harta itu menjadi hak milik Allah (wakaf), mereka juga turut diharuskan untuk

mengambil manfaat terhadap hasil harta tersebut. Namun begitu, terdapat dua pandangan

berkenaan kadar hasil yang boleh diambil oleh amil tersebut, pandangan pertama

mengatakan sekadar memenuhi keperluan dirinya, manakala pandangan kedua

mengatakan sekadar berpatutan dengan tugasnya sebagai pengelola harta wakaf.12

Selain itu, terdapat pendapat lain juga yang menyatakan keharusan bagi nazir untuk

mengambil hasil dari harta wakaf dengan sewajarnya sekadar memenuhi keperluan tanpa

menjadikannya sebagai hak milik.13 Mengambil sebahagian dari manfaat harta wakaf itu

sah bagi nazir sekiranya pewakaf tidak meletakkan sebarang syarat yang boleh

melarangnya daripada berbuat demikian. Justeru, jika pewakaf mewakafkan masjid, tanah

11

Abi Abdullah Muhammad b. Ismail al-Bukhary. 2002. Kitab Sahih Bukhary. Dar Ibn Kathir : Damsyiq.

Kitab As-Syurut. Bil hadis : 2737. Hlmn 675. 12

Ahmad b. Ali b. Hajr Al-Asqalani. 2001. Fath Al-Bari Syarhu Sahih Bukhari. Juzu’ 5. Kitab Al-Wasiat.

Bab adakah pewakaf boleh bermanfaat dengan harta wakafannya. Hlmn 450. 13

Abdullah b. Abdul Rahman b. Soleh Ali Basam. 2006. Taisir Al-Allam Syarhu ‘umdah Al-Ahkam.

Maktabah At-Tabiin : Kaherah. Hlmn 536.

Page 8: sumbangan manfaat wakaf terhadap pembangunan ummah di

2nd

INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (IRMIC 2015) LANGKAWI, 26 – 27 AUGUST 2015

8

perkuburan atau sekolah, pewakaf berhak mendapatkan sebahagian daripada manfaat

harta tersebut sebagaimana orang lain yang berhak mengambil manfaat daripadanya.14

Hadith Uthman r.a, katanya :

Sesungguhnya Nabi s.a.w sampai di Madinah, dalam keadaan tiada air yang boleh

diminum melainkan air Perigi Raumah. Lalu baginda bersabda: “Siapakah yang mahu

membeli Perigi Raumah, dan mewakafkannya sehingga dia meletakkan timbanya di

telaga itu bersama timba-timba orang Islam, dengan ganjaran yang lebih baik baginya

daripada perigi itu di dalam syurga?” Lalu aku (Saidina Uthman r.a) pun membelinya

dengan harta milikku sepenuhnya.

Hadis ini menunjukkan bahawa amalan wakaf telah pun aktif dilaksanakan sejak

zaman baginda Rasulullah s.a.w lagi. Ia juga turut menjelaskan bahawa pewakaf boleh

mengambil manfaat daripada harta yang diwakafkan. Ini dapat difahami apabila baginda

s.a.w mengizinkan Saidina Uthman r.a meletakkan timbanya bersama timba orang islam

yang lain ke atas perigi yang telah diwakafkan.

4.1 Jcorp Sebagai Pewakaf Dan Nazir

Johor Corporation (JCorp) merupakan sebuah syarikat korporat yang mengamalkan

konsep wakaf korporat dengan mewakafkan saham anak syarikatnya (pewakaf) di

samping bertindak sebagai nazir melalui perjanjian serah kuasa bersama Majlis Agama

Islam Johor (MAIJ). Berdasarkan perbahasan ulamak berkaitan keharusan pewakaf dan

nazir untuk menerima manfaat wakaf telah membuktikan bahawa amalan wakaf korporat

JCorp adalah menepati ruh perundangan syariah. Tambahan pula, JCorp yang berperanan

sebagai pewakaf tidak pernah meletakkan syarat yang boleh melarang nazir untuk

mengambil sebahagian dari hasil saham wakaf korporat. Selain itu, perlantikan JCorp

14

Syeikh Mansur b. Yunus b. Idris Al-Buhrati. 2003. Kasyaf Al-Qina’ ‘an Matan Al-Iqna’. Juzu’ satu. Dar

Alim Al-Kitab : Riyadh. Hlmn 2038.

Page 9: sumbangan manfaat wakaf terhadap pembangunan ummah di

2nd

INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (IRMIC 2015) LANGKAWI, 26 – 27 AUGUST 2015

9

sebagai nazir juga telah dilaksanakan secara rasmi oleh Majlis Agama Islam Johor yang

merupakan pemegang amanah tunggal bagi harta wakaf negeri.15

Amalan wakaf korporat yang dilaksanakan Johor Corporation mampu mencontohi

amalan yang dilaksanakan semasa Kerajaan Uthmaniyyah sebagaimana dijelaskan oleh

Cizakca iaitu satu sampel wakaf wang yang dibuat oleh El-Hac Sulayman El-Hac, di

mana beliau mewakafkan sebanyak 70,000 dirham perak yang dibuat pada tahun 1513.

El-Hac mewakafkan sebanyak 30,000 dirham untuk digunakan bagi pembinaan sekolah

dan baki sebanyak 40,000 dirham dijadikan modal untuk dilaburkan iaitu dengan cara

dipinjamkan kepada pihak yang berminat dengan pulangan keuntungan sebanyak 10

peratus setahun atas kontrak murabahah. Hasil keuntungan yang diperoleh dibelanjakan

untuk perkara yang ditetapkan iaitu:16

a) 3 dirham gaji guru sekolah

b) 1 dirham kepada pembantunya

c) 1 dirham kepada orang yang membaca al-Quran

d) 2 dirham kepada nazir wakaf

Hasil kajian beliau mendapati bahawa kebanyakan hasil keuntungan dari wakaf wang

semasa Kerajaan Uthmaniyyah digunakan untuk perbelanjaan perbelanjaan pentadbiran

wakaf, pendidikan, makanan, keluarga pewakaf, institusi keadilan, perbelanjaan untuk

penyelenggaraan harta wakaf, masjid, sewa, keagamaan, sosial, cukai dan nazir wakaf.

Oleh itu, berdasarkan hadis dan contoh amalan wakaf pada zaman terdahulu, ia sudah

cukup memberi penjelasan berkenaan keharusan pewakaf dan nazir wakaf untuk

menggunakan sebahagian dari hasil manfaat wakaf, bukan bertujuan untuk mengaut

keuntungan bahkan untuk menstabilkan aspek ekonomi di dalam pengurusan harta wakaf

itu sendiri.

15

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003. Bahagian VI. Fasal 89. 16

Asmak Ab Rahman. 2009. Jurnal Syariah : Peranan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam

dan Aplikasinya di Malaysia. Hlmn 134.

Page 10: sumbangan manfaat wakaf terhadap pembangunan ummah di

2nd

INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (IRMIC 2015) LANGKAWI, 26 – 27 AUGUST 2015

10

5.0 SUMBANGAN DAN AGIHAN MANFAAT WAKAF SAHAM JCORP

SETAKAT 2013

Manfaat harta wakaf merupakan input yang terdiri daripada dividen tahunan bagi saham

enam anak syarikat JCorp. Ia diperolehi menerusi sumbangan di atas penyertaan keahlian

WANCorp yang dikenali sebagai wakaf tunai dan dividen pelaburan semula.

Keseluruhan manfaat dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan peratus agihan yang

berbeza selari dengan hujjah wakaf yang dipersetujui iaitu 70%, 25%, dan 5%.

Berdasarkan amalan wakaf korporat JCorp, 75% keuntungan saham atau manfaat

wakaf yang diperolehi akan dilaburkan semula sebagai modal pelaburan wakaf saham

bagi anak syarikat JCorp, manakala baki 25% akan diagihkan kepada fisabilillah dan 5%

yang lain akan disalurkan terus kepada MAIJ untuk digunakan bagi keperluan umum.

Kesepakatan bersama dalam perkara ini telah dimeterai oleh JCorp dan MAIJ dalam

surat hujjah wakaf Tiram Travel Sdn. Bhd. Kaedah 7(2) bertarikh 11 Julai 2005

bersamaan 4 Jamadilakhir 1426 hijrah yang telah ditandatangani oleh JCorp dan MAIJ.17

“Dengan manfaat keuntungan 100% daripada syarikat Tiram travel Sdn. Bhd. Yang

diwakafkan dibahagikan 70% kepada JCorp, 25% kepada wakaf an-Nur Berhad dan 5%

kepada MAIJ. Kemudian daripada itu keuntungan 70% JCorp, sekiranya dilaburkan

maka keuntungannya akan disumbangkan mengikut pertimbangan dan kebijaksanaan

pihak pengurusan wakaf an-Nur Berhad.”

Sehingga 31 Disember 2013, agihan manfaat 70% yang merupakan dana pelaburan

semula adalah berjumlah RM36.27 juta dan telah dilaburkan simpanan tetap di institusi

kewangan yang berlandaskan syariah. Keuntungan dari pelaburan bagi tahun 2013 adalah

berjumlah RM421,418.71. Jumlah keseluruhan keuntungan dari pelaburan yang telah

diterima sehingga 31 Disember 2013 berjumlah RM1,017,696.86. Manakala manfaat

sebanyak 5% bagi tahun 2013 yang berjumlah RM2,590,206.36 telah disalurkan kepada

Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). Sedangkan manfaat sebanyak 25% pula

17

Mohd Ali Muhamad Don.2011.Academic Journal UiTM Johor : Wakaf Korporat oleh JOHOR

CORPORATION BERHAD : Amalan dan Beberapa Isu Pelaksanaan. Universiti Teknologi MARA

Cawangan Johor : Johor Bharu.Hlmn 236.

Page 11: sumbangan manfaat wakaf terhadap pembangunan ummah di

2nd

INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (IRMIC 2015) LANGKAWI, 26 – 27 AUGUST 2015

11

diperuntukkan untuk kebajikan yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh Januari hingga

Disember 2013 untuk tiga perkara berikut :

1) Kebajikan dan Amal

2) Pembangunan Insan, Modal pendidikan & Keusahawanan

3) Projek Khas

Bagi Kebajikan Dan Amal, terdapat beberapa pecahan pelaksanaan yang dijalankan

antaranya ialah, berkaitan kesihatan yang mana pihak WANCorp telah mewujudkan

mesin dialisis kepada KWAN Taman Bukit Tiram yang berjumlah RM263,650.00. Selain

itu, sebanyak RM99,644.96 telah diperuntukkan untuk aktiviti mengimarah masjid/surau,

antara aktiviti yang dijalankan ialah Operasi Masjid An-Nur, Larkin Sentral

(RM55.404.96), Maulidur Rasul (RM43,240.00) dan Program Jalinan Kasih 2013 di

Surau At-Taubah, Bandar Baru Kangkar Pulai (RM1,000.00).

Selain itu, WANCorp juga terlibat dalam pembinaan masjid dan surau dan telah

memperuntukkan sebanyak RM262,798.29 untuk tujuan ini. Antara yang dilaksanakan

ialah pembinaan dan penyelenggaraan masjid dan surau (RM245,798.29),

penyelenggaraan mengecat masjid (RM11,000.00), dan pemasangan karpet di masjid dan

sekolah (RM6,000.00).

WANCorp juga telah memperuntukkan sebanyak RM544,338.79 untuk aktiviti yang

melibatkan masyarakat umum, anak-anak yatim dan lain-lain CSR. WANCorp telah

menjalankan banyak aktiviti dan program yang berskala besar dan kecil. Antara aktiviti

yang melibatkan jumlah yang besar ialah Program As-Sajadah Kulim (Malaysia) Berhad

(RM100,000.00), Kenderaan Pelbagai Guna (Van) Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN

Semerah, Batu pahat (RM69,528.79), Program Jelajah Maulidur Rasul-Gabungan Badan

Bukan Kerajaan (NGO) Melayu (RM62,000.00) dan Majlis Gabungan Badan Bukan

Kerajaan (NGO) Melayu Negeri Johor (RM60,000).

Bagi Pembangunan Insan, Modal Pendidikan & Keusahawanan, WANCorp telah

memperuntukkan sebanyak RM1,607,187.93 bagi menjayakan matlamat ini. Antara

aktiviti yang dijalankan ialah Program Tunas Didik Siswazah Alumni Bistari & Projek

Tuisyen (RM1,599,368.57), ‘Seed-Corn Research Fund-MARSAH (100,000.00),

Page 12: sumbangan manfaat wakaf terhadap pembangunan ummah di

2nd

INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (IRMIC 2015) LANGKAWI, 26 – 27 AUGUST 2015

12

Program Wakaf Komuniti Pusat Jahitan (RM55,575.01), Bantuan Modal Usahawan Agen

Umrah dan Haji (RM43,500.00) dan banyak lagi.

Bagi Projek Khas pula, WANCorp telah memperuntukkan sebanyak RM751,335.70

untuk melancarkan beberapa projek seperti Tabung Tijarah Ramadhan (RM50,000.00),

Bridge Wakaf (RM253,095.00), Program Kemasyarakatan Bulan Sabit Merah Malaysia

(RM12,100.00), Tabung Banjir Negeri Johor (RM100,000.00) dan Bantuan Mangsa

Banjir di Kuantan (RM30,600.00). Melalui semua peruntukan ini menjadikan jumlah

keseluruhan yang telah diuruskan oleh WANCorp berpandukan pengagihan manfaat

dividen untuk tahun 2013 adalah sebanyak RM3,512,515.97).18

Dengan jumlah agihan manfaat yang diperolehi sehingga 2013, JCorp telah berjaya

membuktikan kewibawaannya sebagai pengurus tadbir wakaf yang cekap dan cemerlang.

Jelas, wakaf saham JCorp yang dikelolai WANCorp telah banyak membantu umat Islam

dari pelbagai aspek kehidupan. Konsep wakaf yang digunakan menjanjikan sumbangan

yang berterusan terhadap masyarakat dan menjadikan ia semakin berkembang lantas

menjadi benteng kepada pembangunan masyarakat Islam khususnya.

Kaedah pelaksanaan wakaf korporat ini wujud dalam dua bentuk iaitu wakaf saham

dan wakaf musytarak . Wakaf musytarak yang dimaksudkan ialah sebagaimana yang

terkandung di dalam Enakmen Wakaf Melaka 2005 di bawah seksyen 919, wakaf

musytarak bermaksud penyatuan beberapa wakaf termasuklah wakaf yang diwujudkan

melalui istibdal dan saham wakaf. Elemen wakaf musytarak inilah yang membolehkan

para pekerja JCorp untuk menerima pengagihan manfaat selain masyarakat umum20

kerana wakaf musytarak di halakan sebahagian manfaatnya Kepada Ahli Keluarga Dan

Sebahagian Yang Lain Untuk Masyarakat Umum.

18

Laporan Tahunan 2013. Waqaf An-Nur Corporation Berhad. hh 14-17. 19

Enakmen Wakaf (Negeri Melaka) 2005. Bahagian II, Seksyen 9 (2)(a) 20

Nurul Asyikin Mahmood & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai. 2013. Potensi Wakaf Korporat Kepada

Pemilikan Ekuiti Muslim : Kajian di Wakaf An-Nur Corporation. Prosiding Perkem VIII,Jilid I. ISSN :

2231-962X. Hlmn 389

Page 13: sumbangan manfaat wakaf terhadap pembangunan ummah di

2nd

INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (IRMIC 2015) LANGKAWI, 26 – 27 AUGUST 2015

13

5.1 Kesan Wakaf Korporat Terhadap Pembangunan Sosio Ekonomi

Ummah

Dalam tempoh 9 tahun, JCorp sudah membuktikan bagaimana saham-saham itu dapat

dikembangkan seterusnya dimanfaatkan oleh masyarakat Islam melalui keuntungan

dividen yang diistilahkan sebagai Kebajikan Am. Dana Kebajikan Am itu diagihkan

mengikut garis panduan melalui tiga kategori utama, iaitu Kebajikan dan Amal,

Pembangunan Insan dan Modal Insan dan juga Projek-projek Khas yang tidak dapat

dinafikan lagi bahawa ianya memberi faedah kepada umat Islam secara umumnya.

Harta wakaf merupakan harta milik Allah. Manusia pula bertindak sebagai khalifah

menjadi pemegang amanah terhadap harta-harta wakaf tersebut bagi memakmurkan serta

memeliharanya untuk kemaslahatan ummah. Pemilikan kekal ini melarang sebarang

transaksi pindah milik dilakukan oleh mana-mana pihak. Justeru, saham yang telah

diwakafkan oleh JCorp itu merupakan saham milik umat Islam. Pemilikan saham ini

seperti pemilikan kuasa, pertambahannya juga menyebabkan kuasa makin meningkat

untuk membentuk ekonomi acuan Islam.

Secara keseluruhannya, program-program yang dilaksanakan oleh JCorp lebih bersifat

menyeluruh kerana melibatkan setiap daerah disamping memberi perhatian kepada

golongan memerlukan dan generasi muda. Pengisian program yang diadakan lebih

berunsurkan pemuafakatan, mendidik serta menyuburkan nilai keprihatinan dan kasih

sayang. Kesemuanya dilaksanakan dengan menyentuh aspek kesihatan, keilmuan,

keagamaan dan ekonomi.

Dari aspek kesihatan JCorp beroperasi melalui penubuhan KPJ Healthcare dengan

menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi, menggunakan teknologi perubatan

yang inovatif dan pakar runding perubatan yang berpengalaman. Kelebihan ini telah

menjadikan KPJ Healthcare sebuah pusat kesihatan yang menjadi pilihan utama rakyat.

KPJ Healthcare menerima pertambahan pesakit saban hari. Hal ini mampu membuktikan

bahawa rakyat lebih yakin dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KPJ Healthcare.

Selain itu, KPJ Healthcare juga menjadi pembekal terkemuka perkhidmatan penjagaan

kesihatan swasta di Malaysia, KPJ Healthcare gigih berusaha bagi memastikan misinya

Page 14: sumbangan manfaat wakaf terhadap pembangunan ummah di

2nd

INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (IRMIC 2015) LANGKAWI, 26 – 27 AUGUST 2015

14

menyalurkan perkhidmatan kesihatan berkualiti pada umat keseluruhannya berhasil.

Melalui klinik Wakaf Annur

JCorp juga tidak ketinggalan menyumbang dalam pembangunan insaniah melalui

pendidikan dan keagamaan ummah sejagat. Dengan pelbagai sumber dana yang ada,

JCorp mampu membiayai pelbagai program pendidikan dan menjadi penyumbang dana

bagi pembiayaan pengurusan sekolah-sekolah agama telah membuka peluang pada para

pelajar dan setiap lapisan masyarakat untuk menimba ilmu dan melibatkan diri dalam

segala aktiviti kemasyarakatan.

Pembinaan masjid, surau, aktiviti keagamaan jelas membuktikan betapa JCorp telah

membantu segenap masyarakat dengan pelbagai usaha bagi meningkatkan kerohanian

disamping penjanaan berterusan dari pihak pengurusan. Membuka peluang pada generasi

muda dan golongan yang memerlukan untuk terlibat sama dalam aktiviti keusahawanan

bagi menyara kehidupan. Projek yang seumpama ini mampu menyumbang kepada

penambahan peluang pekerjaan seterusnya meningkatkan tahap ekonomi negara pada

masa hadapan. Kesan daripada itu, kewujudan wakaf korporat sebenarnya dapat

menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur dan manfaat kepada msyarakat tanpa

mengira asal usul dan taraf hidup.

6.0 KESIMPULAN

Wakaf dikategorikan sebagai salah satu sumber kewangan Islam yang produktif.

Walaupun dahulunya wakaf dilihat hanya tertumpu pada sektor hartanah, tanah

perkuburan, sekolah agama, masjid dan surau, namun, dewasa ini telah wujud

konglomerat-konglomerat Islam yang berpandangan jauh. Masa depan gagasan wakaf

yang diterajui oleh ahli korporat ini telah mewujudkan idea-idea dan inovasi sepertimana

yang telah dieksploratori oleh Johor Corporation. Perubahan seperti ini mampu melakar

kegemilangan ketamadunan umat Islam dari pelbagai aspek kehidupan. Bahkan ia

merupakan saranan baginda Rasulullah s.a.w dalam mengembangkan amalan dan produk

wakaf dalam mendepani era globalisasi.

Page 15: sumbangan manfaat wakaf terhadap pembangunan ummah di

2nd

INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (IRMIC 2015) LANGKAWI, 26 – 27 AUGUST 2015

15

Walaubagaimanapun, dalam usaha melontarkan idea-idea dan membentuk pelbagai

model wakaf korporat, gagasan wakaf memerlukan sistem pengurusan yang tersusun dan

sistematik bagi memastikan ia dapat memberi impak positif kepada masyarakat. Justeru,

pengurusan yang telus dan berintegriti perlu dititikberatkan supaya agihan manfaat dapat

dilaksanakan secara efisien dan sistematik. Ia juga bagi mengelakkan dari salahlaku

urustadbir harta wakaf yang akan merugikan umat Islam seluruhnya.

Ekonomi umat Islam dapat diperkukuhkan melalui instrumen wakaf korporat. Perkara ini

boleh direalisasikan oleh semua sektor korporat secara kolektif dan tersusun.

Perancangan yang menyeluruh dalam membangunkan infrastruktur berlandaskan wakaf

boleh dilakukan khususnya seperti pembinaan bangunan-bangunan sekolah, universiti,

hospital, pusat membeli belah, pusat komersial dan projek pembangunan usahawan

wakaf.

Oleh itu, sumbangan JCorp dalam merancakkan agenda wakaf di Malaysia boleh

dijadikan ikutan kepada konglomerat Islam yang lain. Ini disebabkan pembangunan

ummah adalah satu tuntutan fardu kifayah untuk semua umat Islam. Maka, seharusnya

setiap individu muslim mahupun organisasi Islam bersedia mengorak langkah

melaksanakan tanggungjawab sosial melalui instrumen wakaf. Ia juga bertujuan bagi

menghidupkan ruh wakaf di Malaysia seiring dengan pembangunan wakaf di negara lain

seperti Turki, Singapura dan lain-lain lagi.

Page 16: sumbangan manfaat wakaf terhadap pembangunan ummah di

2nd

INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (IRMIC 2015) LANGKAWI, 26 – 27 AUGUST 2015

16

RUJUKAN

Abdullah b. Abdul Rahman b. Soleh Ali Basam. 2006. Taisir Al-Allam Syarhu ‘umdah

Al-Ahkam. Maktabah At-Tabiin : Kaherah.

Abi Abdullah Muhammad b. Ismail al-Bukhary. 2002. Kitab Sahih Bukhary. Dar Ibn

Kathir : Damsyiq. Kitab As-Syurut. Bil hadis : 2737.

Ahmad b. Ali b. Hajr Al-Asqalani. 2001. Fath Al-Bari Syarhu Sahih Bukhari. Juzu’ 5.

Kitab Al-Wasiat. Bab adakah pewakaf boleh bermanfaat dengan harta

wakafannya.

Ahmad Zaki Abd Latiff, Abdul Halim Ramli, Che Zuina Ismail & dll, 2006. Pengurusan

Harta Wakaf Dan Potensinya Kearah Kemajuan Pendidikan Islam Di Malaysia.

UiTM : Shah Alam.

Aidi Ahmi, Mohd Herry Mohd Nasir & Mohd Hisham Mohd Sharif. 2005. E-Wakaf : Ke

Arah Pengurusan Wakaf Yang Lebih Sistematik. Seminar Kebangsaan Ke Arah

Pembangunan E-Malaysia : Merapatkan Jurang Komuniti Dengan Teknologi

Maklumat 6-7 Disember, Putrajaya.

Al-Sharbiniyy, Mohammad Khatib. 1352H/1933M. Mughni Al-Muhtaj. Kaherah:

Maktabah Al-Halabi. Jilid 2.

Asharaf Mohd Ramli2 & Abdullaah Jalil 2012.” Model Perbankan Wakaf Korporat:

Analisa Wakaf Selangor Muamalat”. Universiti Sains Islam Malaysia.

Asmak Ab Rahman. 2009. Jurnal Syariah : Peranan Wakaf dalam Pembangunan

Ekonomi Umat Islam dan Aplikasinya di Malaysia, Jilid 17, Bil 1.

Encyclopedia of Muamalat. 2010. Terbitan Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Faizah Ismail. 2006. Asas-asas Muamalat Dalam Islam. Terbitan Dewan Bahasa Dan

Pustaka: Kuala Lumpur.

Page 17: sumbangan manfaat wakaf terhadap pembangunan ummah di

2nd

INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (IRMIC 2015) LANGKAWI, 26 – 27 AUGUST 2015

17

Hj. Abd Shakor bin Borham. 2011. Pelaksanaan Pembangunan Wakaf Korporat Johor

Corporation Berhad (Jcorp): Satu Tinjauan. International Conference on

Humanities 2011.

Ibn Manzur : Muhammad Ibn Mukarram. 1990. Lisan al-Arab. Beirut: Dar Sadr. Jilid 9.

Jamaluddin Abdullah Bin Yusuf Az-Zailai’i. 1995. Nasabu Ar-Rayah Fi Takhrij Ahadith

Al-Hidayah. Darul Hadith : Kaherah. Juzuk 4. Kitab Al-Waqf. Bab waqf al-kira’

wa al-silah fi sabilillah.

Laporan Tahunan Wakaf An-Nur Corporation Berhad 2013. Terbitan WANCorp: Johor

Bharu.

Mohd Ali Muhamad Don.2011.Academic Journal UiTM Johor : “Wakaf Korporat oleh

JOHOR CORPORATION BERHAD : Amalan dan beberapa isu pelaksanaan.”

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor : Johor Bharu.

Nurul Asyikin Mahmood & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai. 2013. Potensi Wakaf

Korporat Kepada Pemilikan Ekuiti Muslim : Kajian di Wakaf An-Nur

Corporation. Prosiding Perkem VIII, Jilid I. ISSN : 2231-962X.

Syeikh Mansur b. Yunus b. Idris Al-Buhrati. 2003. Kasyaf Al-Qina’ ‘an Matan Al-Iqna’.

Juzu’ satu. Dar Alim Al-Kitab : Riyadh.