persepsi pelajar institusi pengajian tinggi …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian...

30
PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM TERHADAP PERANAN HARTA WAKAF DALAM PEMBANGUNAN UMMAH : SATU KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI UTM SITI FATIMAH BINTI AB HAMID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lamkien

Post on 15-May-2018

290 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

TERHADAP PERANAN HARTA WAKAF DALAM PEMBANGUNAN

UMMAH : SATU KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI UTM

SITI FATIMAH BINTI AB HAMID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM TERHADAP PERANAN HARTA WAKAF DALAM PEMBANGUNAN UMMAH :

SATU KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI UTM

SESI PENGAJIAN : 2008 / 2009 SAYA : SITI FATIMAH BINTI AB HAMID

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD _______________________ _________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

ALAMAT TETAP : SAYED MAHUSSAIN BIN SAYED AHMAD LOT 1585, KAMPUNG JAL KECHIK, Nama Penyelia 16210 TUMPAT, KELANTAN.

Tarikh : 12 November 2008 Tarikh : 12 November 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

i

PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

TERHADAP PERANAN HARTA WAKAF DALAM PEMBANGUNAN

UMMAH : SATU KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI UTM

SITI FATIMAH BINTI AB HAMID

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER, 2008

Page 4: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Islam (Pengajian Islam)”

Tandatangan : ....................................................................

Nama Penyelia : UST SAYED MAHUSSAIN BIN SAYED AHMAD

Tarikh : NOVEMBER, 2008

Page 5: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

iii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : .

Nama Penulis : SITI FATIMAH BINTI AB HAMID

Tarikh : NOVEMBER, 2008

Page 6: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

iv

DEDIKASI

Khas Buat:

Bonda & Ayahanda Yang Disayangi

Siti Ramlah Binti Jusoh & Ab Hamid Bin Minal

Terima Kasih Yang Tidak Terhingga, Pengorbanan, Dorongan Dan

Sokonganmu Yang Telah Membakar Semangat Perjuanganku,

Tidak Akan Kulupakan Hingga Akhir Hayatku,

Insyaallah...Akan Kubalas Segala Jasa-Jasamu...

Untuk Suami Tercinta...

Muhd Hakim Hailwani Bin Abdul Aziz

Terima Kasih Yang Tidak Terhingga Di Atas Kasih Sayang Yang Diberikan..

Pengorbanan Dan Doronganmu Tidak Kulupakan..

Untuk Adik-Adikku..

Kalian semua adalah harapanku….

Didiklah diri menjadi insan yang soleh dan solehah…

Buat Penyelia Yang Dikagumi

Ustaz Sayed Mahussain Bin Sayed Ahmad

Syukran Jazilan Di Atas Tunjuk Ajarmu Dan Ilmu Berguna Yang Diberikan..

Semoga Allah Membalas Segala Jasa Dan Bakti Yang Dicurahkan..

Buat Pensyarah-Pensyarah PPIPS Dan Fakulti Pendidikan Yang Disanjungi

Terima Kasih Atas Bimbingan Dan Didikan Yang Diberikan..

Nasihat Dan Teguran Kalian Akan Ku Jadikan Pedoman

Buat Bekalan Di Masa Hadapan..

Sahabat-Sahabat Seperjuanganku..

Kerana Ilmu Kita Bertemu, Kerana Perkenalan Persahabatan Terjalin

Semoga Persahabatan Kita Berkekalan Dan Mewangi Selamanya

Semoga Kejayaan Milik Kita Bersama..

Terima Kasih Atas Segalanya......

Page 7: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

v

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan Rasulullah s.a.w.,

ahli keluarga Baginda, para sahabat, tabi’in, tabi’- tabi’in serta seluruh umat Islam

sekalian. Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah

kurnia dan izin-Nya, laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan dengan

sempurna.

Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat penyelia

yang disegani, Ustaz Sayed Mahussain Bin Sayed Ahmad atas segala nasihat,

dorongan dan bimbingan serta tunjuk ajar yang telah diberikan di sepanjang proses

menyiapkan laporan PSM ini. Kesediaan beliau meluangkan masa juga menjadi

pendorong kepada penyelidik untuk terus berusaha ke arah melengkapkan projek ini.

Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah Pusat

Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial (PPIPS) atas tunjuk ajar yang diberikan

selama ini. Terima kasih juga kepada kakitangan Fakulti Pendidikan, UTM,

Perpustakaan Sultanah Zanariah dan Perpustakaan Utama, UM atas segala bantuan

yang diberikan sepanjang penyelidik mendapatkan bahan rujukan.

Tidak lupa juga buat sahabat-sahabat tahun akhir Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Pengajian Islam) sesi 2008/2009, terima kasih atas segala bantuan,

sumbangan, kerjasama dan sokongan dalam usaha menyiapkan projek ini.

Akhir kata, saya berbesar hati untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam

menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Semoga apa yang dilaksanakan ini

mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Amin.

Wassalam.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

vi

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk mengetahui persepsi pelajar Fakulti Pendidikan

bagi Program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap harta

wakaf dan peranannya dalam pembangunan ummah dan pembangunan tanah wakaf

dalam aspek perkembangan ekonomi umat Islam di Malaysia. Pemilihan sampel

secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 58 pelajar telah dipilih sebagai

responden. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dan set soal selidik yang

mengandungi 36 soalan telah diedarkan kepada responden serta dianalisis secara

diskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Perisian Statistical

Package For Social Science (SPSS) Versi 12.0 digunakan untuk menganalisis data.

Dapatan data dipersembahkan dalam bentuk jadual. Nilai kebolehpercayaan soal

selidik ini ialah a = 0.876. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan

persepsi pelajar SPI terhadap konsep harta wakaf berada pada tahap tinggi iaitu 4.11.

Diikuti persepsi pelajar SPI terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan

ummah berada pada tahap tinggi iaitu 4.07. Kemudian, kefahaman pelajar SPI

terhadap pembangunan tanah wakaf dalam aspek perkembangan ekonomi umat Islam

di Malaysia berada pada tahap tinggi iaitu 3.85. Sebagai maklum balas kepada kajian

yang telah dilakukan, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada

beberapa pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji. Kajian

lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

vii

ABSTRACT

This study was conducted by Education Faculty student's undergoing Degree

Programme Science and Education (Islamic Learning) on Wakaf Properties and its

role in the ummah development and development on Wakaf Properties for Islamic

economic development in Malaysia. The random sampling technique was applied

and 58 students was chosen as respondents. This study was conducted by quantitative

method and a sets of questionnaires contains 36 questions were distributed to the

respondents. A descriptive analysis was used to get frequency value, percentage and

mean. Statistical's Software Package For Social Science (SPSS) Version 12.0 was

applied to analyse the data, which was presented in tabular form. Reliability value of

this questionnaire stood at 0.876. In conclusion, the maximum value on the concept

of Wakaf Properties based on Student SPI is 4.11 while the SPI maximum value for

role of Wakaf Properties stood at 4.07. On the other hand, the student’s

understanding about Wakaf Properties in aspect of Islamic economy development

increased up to level 3.85. As responding to the investigation, the researcher would

give some suggestions for relevant autorities to take an action, and the further

research should be suggest to the future study.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

viii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

SENARAI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 10

1.4 Objektif Kajian 11

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 12

1.7 Skop Kajian 13

1.8 Definisi Istilah 13

1.8.1 Persepsi 14

1.8.2 Pelajar SPI 14

Page 11: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

ix

1.8.3 Harta Wakaf 14

1.8.4 Pembangunan Ummah 15

1.9 Kesimpulan 15

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Definisi Harta 17

2.2.1 Definisi Harta dari Sudut Bahasa 17

2.2.2 Definisi Harta dari Sudut Istilah 17

2.2.3 Pembahagian Harta 18

2.3 Definisi Wakaf 21

2.3.1 Definisi Wakaf dari Sudut Bahasa 21

2.3.2 Definisi Wakaf dari Sudut Istilah 22

2.3.3 Definisi Wakaf menurut Empat Mazhab 23

2.3.3.1 Mazhab As-Syafie 23

2.3.3.2 Mazhab Hanafi 24

2.3.3.3 Mazhab Hanbali 26

2.3.3.4 Mazhab Maliki 27

2.4 Dalil Pensyariatan Wakaf 28

2.4.1 Dalil dari Al-Quran 28

2.4.2 Dalil dari As-Sunnah 30

2.5 Rukun Wakaf 34

2.5.1 Pewakaf 34

2.5.1.1 Baligh, Berakal dan Merdeka 34

2.5.1.2 Berkelayakan untuk Bersedekah 34

2.5.1.3 Dilakukan dengan Kemahuannya 36

2.5.2 Harta yang Diwakafkan (mauquf) 36

2.5.2.1 Hendaklah ia Suatu Benda yang

Tertentu 36

2.5.2.2 Hendaklah ia Dimiliki oleh

Orang yang Berwakaf 37

Page 12: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

x

2.5.2.3 Hendaklah ia boleh Digunakan

Selama-lamanya 37

2.5.2.4 Hendaklah ia Halal 38

2.5.3 Penerima Wakaf 38

2.5.3.1 Penerima Khusus sama ada

Seorang ataupun Lebih 38

2.5.3.2 Penerima tidak Khusus 39

2.5.4 Akad Wakaf (ucapan orang yang

berwakaf) 40

2.5.4.1 Jenis Lafaz Akad 40

2.5.4.2 Syarat-syarat Lafaz Wakaf 41

2.6 Syarat-syarat Wakaf 42

2.7 Jenis-jenis Wakaf 43

2.7.1 Wakaf Zurri (wakaf khas) 43

2.7.2 Wakaf Khairi (wakaf am) 44

2.8 Hukum Wakaf 44

2.9 Hikmah Pensyariatan Wakaf 45

2.10 Perbezaan Wakaf dengan Sedekah Biasa 47

2.11 Peranan Harta Wakaf 47

2.11.1 Dari Sudut Agama 47

2.11.2 Dari Sudut Sosial 51

2.11.3 Dari Sudut Ekonomi 55

2.11.3.1 Taburan Tanah Wakaf

Negeri-Negeri 58

2.12 Kajian Lepas 66

2.13 Kesimpulan 71

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 72

3.2 Reka Bentuk Kajian 72

3.3 Lokasi Kajian 73

3.4 Populasi Kajian dan Sampel Kajian 73

Page 13: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

xi

3.5 Instrumen Kajian 75

3.6 Kajian Rintis 77

3.7 Prosedur Kajian 78

3.8 Analisis Kajian 79

3.9 Kesimpulan 79

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 80

4.2 Analisis Data Bahagian A 81

4.2.1 Jantina Responden 81

4.2.2 Umur Responden 82

4.2.3 Tahun Pengajian Responden 82

4.2.4 Penginapan Responden 83

4.2.5 Sekolah Terdahulu Responden 83

4.2.6 Tahap Pendidikan Tertinggi Responden 84

4.3 Analisis Data Bahagian B 85

4.3.1 Analisis Data Berkaitan Persepsi Pelajar

SPI Terhadap Harta Wakaf 85

4.3.2 Analisis Data Berkaitan Persepsi Pelajar

SPI Terhadap Peranan Harta Wakaf

Dalam Pembangunan Ummah 90

4.3.3 Analisis Data Berkaitan Kefahaman Pelajar

SPI Terhadap Pembangunan Tanah

Wakaf Dalam Aspek Perkembangan

Ekonomi Umat Islam Di Malaysia 95

4.4 Analisis Pecahan Konstrak 101

4.4.1 Dapatan Keseluruhan Bagi Item Bahagian Satu 101

4.4.2 Dapatan Keseluruhan Bagi Item Bahagian Dua 102

4.4.3 Dapatan Keseluruhan Bagi Item Bahagian Tiga 103

4.5 Kesimpulan 104

Page 14: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

xii

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 105

5.2 Perbincangan 106

5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 106

5.2.2 Perbincangan Item Soalan Bagi Setiap Objektif 108

5.2.2.1 Objektif I 108

5.2.2.2 Objektif II 112

5.2.2.3 Objektif III 117

5.3 Rumusan 120

5.3.1 Persepsi Pelajar SPI Terhadap Konsep

Harta Wakaf 121

5.3.2 Persepsi Pelajar SPI Terhadap Peranan

Harta Wakaf Dalam Pembangunan Ummah 121

5.3.3 Kefahaman Pelajar SPI Terhadap

Pembangunan Tanah Wakaf Dalam Aspek

Perkembangan Ekonomi Umat Islam

Di Malaysia 122

5.4 Cadangan 123

5.4.1 Institusi Pengajian Tinggi 123

5.4.2 Pusat Pengajian Islam dan

Pembangunan Sosial (PPIPS) 124

5.4.5 Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) 124

5.5 Kajian Lanjutan 124

5.6 Kesimpulan 125

BIBLIOGRAFI 126

LAMPIRAN 132

Page 15: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

Jadual 2.1 Taburan Hartanah Wakaf Johor 59

Jadual 2.2 Taburan Hartanah Wakaf Melaka 60

Jadual 2.3 Taburan Hartanah Wakaf Perak 61

Jadual 2.4 Taburan Hartanah Wakaf Pulau Pinang 62

Jadual 3.1 Jumlah Populasi dan Responden 74

Jadual 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 75

Jadual 3.3 Skala Likert 76

Jadual 3.4 Klasifikasi Item Mengikut Persoalan Kajian 76

Jadual 3.5 Klasifikasi Item Mengikut Nilai Positif dan Negatif 77

Jadual 3.6 Peringkat Mata Nilai 79

Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 81

Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 82

Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian 82

Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Penginapan 83

Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Sekolah Terdahulu 83

Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan

Tertinggi 84

Jadual 4.7 Taburan Skor Bagi Item 1 85

Jadual 4.8 Taburan Skor Bagi Item 2 86

Jadual 4.9 Taburan Skor Bagi Item 3 86

Jadual 4.10 Taburan Skor Bagi Item 4 87

Jadual 4.11 Taburan Skor Bagi Item 5 87

Jadual 4.12 Taburan Skor Bagi Item 6 88

Jadual 4.13 Taburan Skor Bagi Item 7 88

Page 16: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

xiv

Jadual 4.14 Taburan Skor Bagi Item 8 89

Jadual 4.15 Taburan Skor Bagi Item 9 89

Jadual 4.16 Taburan Skor Bagi Item 10 90

Jadual 4.17 Taburan Skor Bagi Item 11 90

Jadual 4.18 Taburan Skor Bagi Item 12 91

Jadual 4.19 Taburan Skor Bagi Item 13 91

Jadual 4.20 Taburan Skor Bagi Item 14 92

Jadual 4.21 Taburan Skor Bagi Item 15 92

Jadual 4.22 Taburan Skor Bagi Item 16 93

Jadual 4.23 Taburan Skor Bagi Item 17 93

Jadual 4.24 Taburan Skor Bagi Item 18 94

Jadual 4.25 Taburan Skor Bagi Item 19 94

Jadual 4.26 Taburan Skor Bagi Item 20 95

Jadual 4.27 Taburan Skor Bagi Item 21 95

Jadual 4.28 Taburan Skor Bagi Item 22 96

Jadual 4.29 Taburan Skor Bagi Item 23 96

Jadual 4.30 Taburan Skor Bagi Item 24 97

Jadual 4.31 Taburan Skor Bagi Item 25 97

Jadual 4.32 Taburan Skor Bagi Item 26 98

Jadual 4.33 Taburan Skor Bagi Item 27 98

Jadual 4.34 Taburan Skor Bagi Item 28 99

Jadual 4.35 Taburan Skor Bagi Item 29 99

Jadual 4.36 Taburan Skor Bagi Item 30 100

Jadual 4.37 Dapatan Keseluruhan Bagi Item Bahagian Satu 101

Jadual 4.38 Dapatan Keseluruhan Bagi Item Bahagian Dua 102

Jadual 4.39 Dapatan Keseluruhan Bagi Item Bahagian Tiga 103

Page 17: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

xv

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN

% - Peratus

* - Item Negatif

Cet - Cetakan

Ed - Edisi

et.al - Dan lain-lain

JAIN - Jabatan Agama Islam Negeri

Jld - Jilid

JWZH - Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji

K11 - Kolej 11

K16 - Kolej 16

K17 - Kolej 17

K9 - Kolej 9

KDSE - Kolej Datin Seri Endon

KRP - Kolej Rahman Putra

KTDI - Kolej Tun Doktor Ismail

KTF - Kolej Tun Fatimah

KTHO - Kolej Tun Husain Onn

n - Sebahagian Responden

SBP - Sekolah Berasrama penuh

Sdn. Bhd - Sendirian Berhad

SMA - Sekolah Menengah Agama

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Pengajian Islam

SPSS - Statistical Package For Social Science

STS - Sangat Tidak Setuju

Page 18: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

xvi

TS - Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

UIA - Universiti Islam Antarabangsa

UM - Universiti Malaya

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Borang Soal Selidik 132

B Surat Kebenaran Fakulti

Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia 138

Page 20: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kehidupan di dunia merupakan jambatan menuju akhirat yang bersifat kekal

untuk selama-lamanya. Sebagai manusia beriman hendaklah mencari sebanyak

mungkin bekalan yang berbentuk amal ibadat dan seterusnya berperanan sebagai

khalifah yang bertanggungjawab memakmurkan bumi. Sebagaimana firman Allah

s.w.t :

آفره وال رض فمن آفر فعليههو الذي جعلكم خالئف في األ

الكافرين يزيدمقتا وال آفرهم عند ربهم إاليزيد الكافرين

خساراآفرهم إال

Maksudnya: “Dialah yang menjadikan kamu orang-orang yang

berkuasa di muka bumi silih berganti; oleh itu sesiapa yang kufur

ingkar maka balasan kufurnya itu akan menimpa dirinya sendiri;

Page 21: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

2

dan orang-orang yang kafir, kufurnya tidak menambahkan mereka

di sisi Tuhan mereka melainkan kemurkaan dan kehinaan; dan juga

orang-orang yang kafir itu, kufurnya tidak menambahkan mereka

melainkan kerugian jua.”

(Surah al-Faatir 35 : 39)

Allah s.w.t telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian yang

mempunyai akal fikiran, roh, jasad, hati, perasaan serta nafsu untuk menunaikan

amanah dan tanggungjawab. Oleh itu, Allah s.w.t telah menyediakan pelbagai

ciptaanNya di dunia ini yang terdiri daripada harta benda dan makhluk sama ada di

bumi, di udara atau di dasar laut. Semuanya untuk kemudahan dan kepentingan umat

manusia. Segala kurniaan Allah s.w.t ini hendaklah digunakan menurut lunas-lunas

Islam. Sebagaimana manusia diberi hak untuk memiliki harta, mengumpulkannya,

mengembangkannya dan menggunakannya, tetapi mereka hendaklah dipandu dan

dikawal oleh undang-undang Islam. Walaupun demikian, pemilik hakiki harta

tersebut adalah Allah s.w.t dan manusia hanyalah pemegang amanah dan

pentadbirnya sahaja ( Ghazali bin Haji Abd. Rahman, 2004).

Amalan kebajikan merupakan satu bentuk ibadat yang sangat digalakkan oleh

Islam. Amalan tersebut terdapat dalam pelbagai jenis seperti berjihad di jalan Allah

s.w.t, tolong-menolong, bersedekah (dengan membelanjakan harta di jalan Allah

s.w.t), berdakwah (mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan

kemungkaran) dan sebagainya. Allah s.w.t menjanjikan ganjaran yang besar bagi

hambaNya yang melakukan amalan kebajikan sebagaimana yang terkandung dalam

firman Allah s.w.t :

Page 22: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

3

حبة أنبتت سبع مثل الذين ينفقون أموالهم في سبيل الله آمثل

والله يضاعف لمن يشاء والله آل سنبلة مئة حبةسنابل في

واسع عليم

Maksudnya: “Bandingan (derma) orang-orang yang

membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti biji

benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu

pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah s.w.t akan

melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan

Allah s.w.t maha luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu

pengetahuanNya.”

(Surah al-Baqarah 2 : 261)

Firman Allah s.w.t :

يا أيها الذين آمنوا ارآعوا واسجدوا واعبدوا ربكم وافعلوا

الخير لعلكم تفلحون

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, ruku'lah serta

sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada

Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-

amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).”

(Surah al-Hajj 22 : 77)

Antara amalan kebajikan yang sangat dituntut oleh syara’ ialah amalan

berwakaf. Ia adalah bertujuan peribadatan dan kebajikan serta salah satu cara untuk

Page 23: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

4

mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Wakaf juga termasuk dalam amal kebajikan

yang pahalanya tidak akan terputus-putus yang diberikan oleh Allah s.w.t, selama

barang yang diwakafkan itu masih digunakan oleh orang ramai dan dimanfaatkan

oleh mereka.

Terdapat pelbagai jenis harta yang boleh diwakafkan untuk kepentingan umat

Islam. Harta yang hendak diwakafkan mestilah boleh memberi manfaat kepada

sesiapa yang menggunakannya. Ini bermakna, pewakaf tidak dibenarkan

mewakafkan harta yang tidak dapat memberi faedah kepada pengguna seperti

mewakafkan sepasang pakaian yang telah terkoyak yang tidak dapat digunakan lagi,

barang yang telah rosak, barang atau makanan yang haram dan seumpamanya.

Wakaf tersebut adalah tidak sah di sisi syara’. Antara harta yang boleh diwakafkan

ialah masjid, surau, bangunan, perpustakaan, hospital, rumah, tanah, perkuburan,

sejadah, buku-buku ilmiah dan sebagainya.

Harta kekayaan merupakan satu perkara yang amat penting di sisi Islam.

Dalam konteks ekonomi, harta atau modal adalah faktor pengeluaran yang mampu

bertambah jika sekiranya digunakan dengan cara yang betul. Oleh sebab itu Islam

menggalakkan umatNya supaya mewakafkan sebahagian daripada harta yang

dimiliki ke jalan Allah s.w.t. Amalan wakaf ini antara lainnya menunjukkan bahawa

harta itu tidak boleh dihabiskan, tetapi hendaklah dilaburkan dan hasilnya digunakan

untuk manfaat umat manusia. Salah satu cara dilaburkan ialah untuk kegunaan

masyarakat. Memandangkan kepada kepentingan amalan wakaf ini, adalah menjadi

tanggungjawab kepada semua umat Islam membangunkannya. Ia mampu memberi

sumbangan besar ke arah pembangunan ekonomi dan sosial umat Islam yang lebih

baik.

Page 24: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

5

1.2 Latar Belakang Masalah

Harta wakaf adalah harta amanah orang Islam yang disebut dengan jelas di

bawah Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri bahawa Majlis Agama

Islam adalah satu-satunya pemegang amanah bagi semua wakaf sama ada wakaf khas

atau wakaf am (Siti Mashitoh Mahamood, 2008).

Amalan wakaf ini telah lama dipraktikkan dan menjadi sebahagian kehidupan

masyarakat Islam semenjak kemasukan Islam ke rantau ini lagi. Kemasukan Islam

dan perkembangannya ke rantau ini telah menyemarakkan lagi sifat pemurah di

kalangan masyarakat Islam yang nyata amat terpuji. Kesan-kesan amalan wakaf

orang-orang terdahulu yang masih dapat kita lihat hingga ke hari ini antaranya ialah

tapak dan Masjid Kampung Hulu di Melaka, Masjid Sultan Abu Bakar di Johor,

Masjid Kampung Laut di Kelantan, sebahagian buku-buku di perpustakaan UKM

dan sebagainya (Baharuddin Sayin, Asmak Hj. Ali & S. Salahudin Suyurno, 2006a).

Lazimnya wakaf ketika itu berlaku secara lisan dengan disaksikan oleh

beberapa orang yang amanah. Pengurusannya begitu mudah dan masyarakat akur

dengan hukum-hakam yang bersangkutan dengan wakaf. Mana-mana harta dan hasil

wakaf khas akan digunakan untuk wakaf khas dan mana-mana wakaf am serta

hasilnya akan digunakan untuk kebajikan Islam secara umum. Jarang sekali berlaku

salah faham, pencerobohan, pecah amanah atau tuntutan kembali harta wakaf oleh

ahli waris sekalipun amalan ini dilakukan secara lisan. Pemegang amanah yang

dilantik dan ditugaskan sebagai pengurus biasanya terdiri daripada mereka yang

mempunyai sifat amanah dan disegani oleh masyarakat setempat seperti alim

ulamak, imam, ketua kampung, penghulu dan sebagainya (Baharuddin Sayin, et.al,

2006a).

Terdapat sesetengah daripada harta wakaf telah didaftarkan atas mereka

sebagai pemegang amanah. Tidak kurang jumlahnya harta-harta wakaf yang

Page 25: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

6

langsung tidak didaftarkan sebagai wakaf, sebaliknya masih kekal atas nama

pewakaf. Ada juga antara harta wakaf yang direkodkan oleh pemegang amanah

sebagai harta wakaf tetapi nama pewakaf masih tercatit pada surat hak milik.

Berlakunya keadaan ini adalah disebabkan ketiadaan undang-undang atau sistem

yang mewajibkan agar semua harta wakaf dapat didaftarkan sebagai wakaf. Di

samping itu, sikap sesetengah pemegang amanah yang tidak peka ketika itu untuk

mendaftarkan atau membuat catitan untuk tujuan rekod peringatan tentang harta-

harta yang telahpun diwakafkan. Keadaan sedemikian berlarutan sehingga

tertubuhnya Majlis Agama Islam Negeri-negeri (Baharuddin Sayin, et.al, 2006a).

Terdapat belbagai jenis dan bentuk harta wakaf yang boleh dibangunkan atau

dimajukan bagi kepentingan umat Islam untuk menikmati manfaatnya. Ia mampu

membela nasib golongan yang kurang bernasib baik. Harta wakaf yang dimaksudkan

adalah seperti pembinaan hospital, perpustakaan, masjid, surau, tanah, pakaian dan

sebagainya. Antara harta wakaf yang menjadi perhatian dalam kajian ini ialah tanah.

Menurut Kamus Dewan (2002), tanah membawa maksud lapisan bumi yang di atas

sekali. Ia merupakan harta yang turun temurun dari satu generasi ke satu generasi

yang lain. Malah, ia diperlukan oleh manusia untuk pelbagai kegunaan seperti untuk

mendirikan rumah, bangunan, bercucuk tanam dan seumpamanya. Ini bertepatan

dengan pendapat Fadilah Mohd. Taufek & Kamsiah Hj Sirat (1987), bahawa tanah

adalah keperluan asasi kepada manusia dimana ia diperlukan untuk apa jua jenis

kegiatan.

Tanah merupakan harta yang sangat bernilai dan besar faedahnya kepada

sesiapa sahaja yang mampu membangunkannya atau menghidupkannya dengan cara

yang betul. Pengkaji melihat tanah mempunyai faedah yang besar dalam tiga aspek

iaitu dari segi agama, ekonomi dan sosial umat Islam. Yang mana harta tanah ini

mampu mendekatkan diri seseorang pewakaf kepada Allah s.w.t. Ia juga dapat

memberi pulangan yang besar dari sudut ekonomi umat Islam sekiranya tanah

tersebut dibangunkan dengan pelbagai aktiviti ekonomi, contohnya dengan

menjadikan tanah tersebut sebagai tanah pertanian, perladangan, perkilangan dan

seumpamanya. Manakala dari sudut sosialnya, pengkaji melihat ia dapat

Page 26: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

7

mengeratkan silaturrahim, mengikis sifat sombong dan bangga diri dengan harta

yang dimiliki dan seumpamanya di kalangan umat Islam.

Walaupun kita sedari, bahawa amalan wakaf tersebut dapat memberi belbagai

kesan positif kepada pewakaf dan penerima wakaf, namun harta wakaf yang ada

pada hari ini ada sebahagiannya tidak dimajukan untuk pembangunan yang

mendatangkan manfaat kepada umat Islam. Begitu juga sering kali timbul pelbagai

isu dan masalah apabila harta wakaf ingin dibangunkan seperti dihalang oleh

pemegang amanah harta wakaf dan sebagainya. Ini disebabkan kurang kefahaman

tentang konsep wakaf itu sendiri dengan mempersoalkan bagaimana cara dan bentuk

ia dibangunkan atau dimajukan. Permasalahan-permasalahan inilah yang menjadi

penghalang kepada pelaksanaan pembangunan harta wakaf yang ada di Malaysia

khususnya.

Isu tentang pengurusan pelaburan wakaf di negara kita banyak dibincangkan

dan sehingga kini belum ada satu mekanisma yang sesuai untuk mengembangkan

harta wakaf ini. Wakaf adalah aset penting dalam membangunkan umat Islam bukan

sahaja dari sudut keagamaan dan sosial malah juga membabitkan pembangunan

sumber ekonomi. Masih terdapat 36,000 hektar tanah wakaf di seluruh negara yang

boleh dibangunkan secara komersial dan diberi tambah nilai agar hasilnya dapat

digunakan sebaik mungkin untuk kepentingan umat Islam bersama (Berita Harian, 11

Jun 2007).

Menurut Nik Mohd Zain Nik Yusof (1989), Timbalan Ketua Pengarah Tanah

& Galian Persekutuan, terdapat tanah-tanah wakaf yang diletak di bawah jagaan

Yang di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri-Negeri.

Kebanyakan negeri tidak mengetahui dengan tepat akan kedudukan tanah-tanah

berkenaan oleh kerana tidak mempunyai rekod-rekod yang dikemaskini.

Page 27: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

8

Pembinaan Menara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

yang dibangunkan atas tanah wakaf milik majlis itu di kawasan segi tiga emas Jalan

Perak, Kuala Lumpur membuka dimensi baru bagi pembangunan tanah-tanah wakaf

di Malaysia. Idea penubuhan ini dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk

Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 27 Mac 2004, negara bakal menyaksikan

pelbagai projek komersial dibangunkan di atas tanah-tanah wakaf untuk

kemaslahatan umat. Tugas itu dipikul oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JWZH)

(Utusan Malaysia, 6 Julai 2007). Ia sekaligus mengikis tanggapan adat dalam

masyarakat bahawa tanah wakaf hanya boleh dibangunkan untuk membina masjid,

surau, perkuburan dan rumah anak-anak yatim.

Menurut Dr. Ahmad Hidayat Buang, Pengarah Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya, tidak semestinya wakaf harta dibangunkan untuk masjid dan

surau. Ia boleh digunakan untuk tujuan lain seperti bangunan atau kompleks

perniagaan asalkan ia bermatlamat kebaikan untuk umat (Utusan Malaysia, 19 Jun

2007).

Malah, beliau berpendapat ada beberapa sebab mengapa pembangunan tanah

wakaf ini sukar. Antaranya tanah wakaf itu berselerak. Kajian di Melaka mendapati

tanah tersebut kadang-kadang terletak di tepi jalan, tepi rumah dengan saiz yang agak

kecil iaitu kira-kira 0.2 hektar. Yang kedua, ia melibatkan masalah hukum. Kalau

mengikut mazhab Syafie, kita tidak boleh mengubah niat pewakaf. Kalau pewakaf

kata hendak membina masjid, hanya itu yang boleh dibuat. Masalah ketiga ialah dari

segi perundangan. Kadang-kadang tanah terlibat berstatus tanah pertanian. Jadi untuk

menukar status ini memakan masa yang panjang selain ada yang tidak boleh dipecah

milik (Utusan Malaysia, 19 Jun 2007).

Menurut Abu Bakar Manat (2007) kebanyakan tanah wakaf terletak di lokasi

yang kurang strategik, tidak ekonomik dan tidak begitu berpotensi untuk dimajukan.

Namun begitu, ada juga tanah wakaf yang begitu strategik dan terletak di pusat

bandar tetapi masih tidak dibangunkan. Menurut Hasnol Zam Zam Ahmad (2007)

Page 28: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

9

pula, menyatakan kedudukan sebahagian besar tanah-tanah wakaf di luar kawasan

bandar, pusat pertumbuhan atau koridor pembangunan menjadikan tanah-tanah

wakaf seperti terpenjara. Cabaran utama yang perlu diatasi adalah membebaskan

tanah-tanah wakaf tersebut daripada terus terpenjara. Selagi tanah-tanah wakaf

tersebut tidak dapat dibebaskan, selagi itulah institusi wakaf tidak akan mendapat

manfaat sebenar yang diharapkan.

Selain itu, isu wakaf sering dikaitkan dengan tapak masjid dan tanah

perkuburan, walaupun konsep wakaf dalam Islam lebih luas. Malah, umat Islam

digalakkan mewakafkan wang tunai dan saham sebagai suatu ibadat kerana ia lebih

praktikal dengan keadaan semasa. Wakaf dalam bentuk itu lebih mudah disalurkan

kepada mereka yang layak berbanding tanah yang memerlukan modal untuk

dimajukan. Keadaan ini menyebabkan banyak tanah wakaf di seluruh negara gagal

dimajukan kerana Majlis Agama Islam Negeri tiada modal membangunkan tanah itu

(Berita Harian, 30 Mei 2007).

Tanah wakaf tidak dimajukan untuk tujuan pembangunan. Hal ini berlaku

kerana masih ada halangan menyekat kelancaran usaha membangunkan tanah ke

tahap optimum termasuk isu berkaitan perundangan, pendaftaran pemilikan dan

ketiadaan maklumat lengkap tentang harta wakaf (Berita Harian, 30 Mei 2007).

Masalah perundangan yang berkaitan dengan tanah wakaf, masalah penyusunan

semula struktur organisasi pentadbiran wakaf dan yang penting ialah mewujudkan

rekod maklumat hartanah wakaf berpusat perlu diselesaikan segera (Berita Harian,

11 Jun 2007).

Wakaf hanya dilaksanakan secara lisan. Pewakaf tidak menyempurnakan

proses pindah milik yang diperlukan khususnya berkaitan dengan tanah dan

bangunan. Apa yang berlaku adalah nama pewakaf masih kekal di dalam suratan hak

milik hartanya sehingga dia meninggal dunia. Justeru, pihak waris akan menuntutnya

sebagai harta peninggalan si mati memandangkan tiada bukti yang jelas mengenai

wakaf yang dibuat oleh pewakaf ketika hidupnya (Berita Harian, 4 September 2006).

Page 29: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

10

Isu-isu yang telah dinyatakan merupakan isu yang berkisar dalam Majlis

Agama Islam Negeri, tetapi tidak sampai kepada pengetahuan masyarakat. Yang

mana kebanyakan masyarakat tidak didedahkan dengan permasalahan sebenar yang

berlaku berkaitan harta wakaf

1.3 Pernyataan Masalah

Melalui latar belakang masalah tersebut. Jelaslah kepada kita bahawa masih

lagi terdapat isu-isu yang berkaitan dengan tanah wakaf yang terbiar tanpa

dimanfaatkan dan diusahakan bagi kepentingan umat Islam. Selain itu, timbulnya

kesulitan dalam pentadbiran harta wakaf seperti kekurangan modal untuk

membangunkannya oleh Majlis Agama Islam Negeri. Ada juga kes-kes yang terikat

dengan undang-undang tanah, seperti menukar status tanah dan tanah yang tidak

boleh dipecah milik. Masyarakat hari ini tidak memahami tentang konsep dan

peranan harta wakaf. Begitu juga dengan pelajar Institusi Pengajian Tinggi hari ini

tidak memahami tentang konsep dan peranan harta wakaf.

Oleh kerana tidak terdapat banyak kajian dibuat, maka kajian ini dilakukan

untuk mengetahui apakah persepsi dan tahap kefahaman pelajar Institusi Pengajian

Tinggi Awam khususnya pelajar Program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam) UTM, Skudai, Johor tentang konsep dan peranan harta wakaf

dalam pembangunan ummah.

Page 30: PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI …€¦ · i persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah : satu kajian terhadap

11

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut :

1.3.1 Untuk mengetahui persepsi pelajar Program Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan (Pengajian Islam) UTM terhadap konsep harta wakaf.

1.3.2 Untuk mengetahui persepsi pelajar Program Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan (Pengajian Islam) UTM terhadap peranan harta wakaf dalam

pembangunan ummah.

1.3.3 Untuk mengetahui kefahaman pelajar Program Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan (Pengajian Islam) UTM terhadap pembangunan tanah wakaf

dalam aspek perkembangan ekonomi umat Islam di Malaysia.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah persepsi pelajar Program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam) UTM terhadap konsep harta wakaf ?

1.5.2 Apakah persepsi pelajar Program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam) UTM terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan

ummah ?