suk aneka

10
KERTAS KERJA KARNIVAL SUKANEKA DAN PERMAINAN TRADISIONAL 2009 TADIKA HALIMATUS SAADIAH IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM SELANGOR DENGAN KERJASAMA PISMK-OUM PRASEKOLAH 1.0 PENGENALAN Karnival Sukaneka dan Permainan Tradisional ini merupakan aktiviti sukan tahunan bagi Tadika Halimatus Saadiah. Ia akan menjadi suatu pemangkin dalam pembentukan individu yang cergas lagi cerdas melalui aktiviti-aktiviti sukan yang teramat penting dalam proses tumbesaran dan perkembangan kemahiran fizikal murid. Sukaneka ini juga akan melibatkan pelajar-pelajar PISMK-OUM kursus prasekolah sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana bagi mereka memenuhi salah satu keperluan dalam tugasan kursus mereka. 2.0 MATLAMAT Matlamat utama Karnival Sukaneka dan Permainan Tradisional ini adalah untuk mengetengahkan potensi diri kanak-kanak dalam bidang sukan. Menerusi aktiviti sukan, kanak-kanak akan dapat menunjukkan kemahiran dan kemampuan fizikal mereka dengan sepenuhnya. Selain itu, semasa aktiviti sukan juga, kanak-kanak akan didedahkan dengan semangat kesukanan seperti semangat berpasukan, tidak mudah berputus asa dan berusaha untuk menang. Aktiviti Karnival Sukaneka dan Permainan Tradisional ini juga

Upload: vijaya-letchumi-ganaisan

Post on 02-Jul-2015

1.266 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Suk Aneka

KERTAS KERJA KARNIVAL SUKANEKA DAN PERMAINAN TRADISIONAL 2009

TADIKA HALIMATUS SAADIAH

IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM SELANGOR

DENGAN KERJASAMA PISMK-OUM PRASEKOLAH

1.0 PENGENALAN

Karnival Sukaneka dan Permainan Tradisional ini merupakan aktiviti sukan tahunan

bagi Tadika Halimatus Saadiah. Ia akan menjadi suatu pemangkin dalam pembentukan

individu yang cergas lagi cerdas melalui aktiviti-aktiviti sukan yang teramat penting

dalam proses tumbesaran dan perkembangan kemahiran fizikal murid. Sukaneka ini

juga akan melibatkan pelajar-pelajar PISMK-OUM kursus prasekolah sebagai Ahli

Jawatankuasa Pelaksana bagi mereka memenuhi salah satu keperluan dalam tugasan

kursus mereka.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama Karnival Sukaneka dan Permainan Tradisional ini adalah untuk

mengetengahkan potensi diri kanak-kanak dalam bidang sukan. Menerusi aktiviti sukan,

kanak-kanak akan dapat menunjukkan kemahiran dan kemampuan fizikal mereka

dengan sepenuhnya. Selain itu, semasa aktiviti sukan juga, kanak-kanak akan

didedahkan dengan semangat kesukanan seperti semangat berpasukan, tidak mudah

berputus asa dan berusaha untuk menang. Aktiviti Karnival Sukaneka dan Permainan

Tradisional ini juga adalah merupakan sebahagian keperluan untuk para pelajar

PISMK-OUM kursus prasekolah memenuhi kehendak tugasan kursus HBPS4203

Perkembangan Fizikal dan Pembelajaran Kanak-Kanak mereka disamping dapat

memberikan pendedahan kepada mereka tentang proses pengendalian aktiviti-aktiviti

seperti Hari Sukan di sekolah nanti.

Page 2: Suk Aneka

3.0 OBJEKTIF

Objektif Karnival Sukaneka dan Permainan Tradisional adalah seperti berikut :

i. Kanak-kanak akan menunjukkan potensi diri dengan lebih yakin dan berusaha dalam

mencapai sesuatu matlamat. ( 2.3.2 ).

ii. Kanak-kanak akan menggunakan keseluruhan anggota badan dalam melakukan acara

sukan yang dipertandingkan. ( 2.4.3 )

iii. Membentuk personaliti kanak-kanak yang mantap seperti mempunyai daya saing untuk

menang, tidak mudah putus asa, bekerjasama, menghormati rakan-rakan sebaya,

bersungguh-sungguh dan sebagainya.( 3.1.4, 3.2.4, 4.1.2 )

iv. Kanak-kanak dapat mengenali dan bermain beberapa jenis permainan tradisional. (5.4.1

)

v. Memenuhi keperluan tugasan kursus HBPS4203 Perkembangan Fizikal dan

Pembelajaran Kanak-Kanak pelajar PISMK-OUM kursus Prasekolah.

vi. Merapatkan hubungan silaturrahim di antara pihak ibu bapa dengan warga pengurusan

Tadika Halimatus Saadiah.

4.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 28 Mac 2009

Masa : 8.00 pagi – 12.00 tgh/hr

Tempat : Padang Kampus Pendidikan Islam Selangor

5.0 PESERTA

i. Murid-murid Tadika Halimatus Saadiah.

ii. AJK Pengurusan Tadika

Page 3: Suk Aneka

iii. Ibu bapa murid.

iv. Pelajar PISMK-OUM.

6.0 ATURCARA PROGRAM

MASA AKTIVITI

7.30 – 8.00 pagi Pendaftaran

8.00 – 8.20 pagi Perbarisan rumah sukan

8.20 – 8.30 pagi Ucapan alu-aluan oleh Penyelaras Tadika Halimatus Saadiah

8.30 – 10.30 pagi Acara sukan bermula

10.30 – 11.00 pagi Jamuan

11.00 – 12.00 tgh/hr Acara Penyampaian Hadiah dan Perasmian Penutupan oleh

Pengarah IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor

7.0 AHLI JAWATANKUASA

AJK PENGURUSAN TADIKA

Penaung : Tn. Hj. Amin bin Mohd Rashid

Penasihat : Dr. Azma binti Mahmood

Penyelaras : Pn. Amali binti Ibrahim

Page 4: Suk Aneka

Setiausaha : Pn. Norliah binti Kasim

Bendahari : Pn. Roziah binti Mohd Saidi

AJK PELAKSANA PISMK-OUM PRASEKOLAH

Pengarah Program : Abdul Hadi bin Ahmad Sazili

Setiausaha : Nur Syakira binti Mohd Rahim

Bendahari : Siti Nurus Saadah binti Zakaria

SENARAI BIDANG TUGAS AJK PELAKSANA

JAWATANKUASA BIDANG TUGASAJK Sambutan / Pendaftaran :

i. Abdul Hadi bin Ahmad Sazili

ii. Dzulhakim bin Baharom

iii. Siti Husna binti Yahya

iv. Siti Raudzoh binti Hussin

1. Menyediakan borang kehadiran murid dan borang penyertaan acara ibu bapa

2. Menyambut kehadiran tetamu VIP dan ibu bapa

3. Mengiringi tetamu VIP ke pentas utama

4. Mengedarkan brosur

5. Mendaftarkan kehadiran murid-murid

6. Mendaftarkan nama ibu bapa yang ingin menyertai acara

AJK Pembukaan & Penutupan :

i. Abdul Hadi bin Ahmad Sazili

ii. Dzulhakim bin Baharom

iii. Siti Husna binti Yahya

iv. Siti Raudzoh binti Hussin

1. Menyediakan teks ucapan untuk penyelaras Tadika dan Pengarah IPGM

2. Menjadi pengacara dan pemudahcara majlis

3. Memastikan kelancaran acara perbarisan

4. Memastikan kelancaran sepenuhnya program

AJK Peralatan :

vi. Ahmad Fikri bin Zulkifli

1. Menyenaraikan peralatan yang diperlukan bagi setiap permainan

Page 5: Suk Aneka

vii. Mustakim bin Ahmad

viii. Faezah Hanim binti Mansor

vi. Suwarnambigai Nair a/p Vasu

v. Ain Naziha binti Abdul Majid@Ahmad

2. Menyediakan peralatan yang lengkap

3. Menyelenggarakan peralatan selepas tamat acara permainan

AJK Acara Permainan & Kehakiman :

vii. Ahmad Fikri bin Zulkifli

viii. Mustakim bin Ahmad

ix. Faezah Hanim binti Mansor

x. Ain Naziha binti Abdul Majid@Ahmad

xi. Suwarnambigai Nair a/p Vasu

1. Meneliti peraturan setiap permainan.

2. Memberi taklimat peraturan kepada peserta dan pengadil

3. Memastikan acara permainan dijalankan mengikut masa yang ditetapkan

4. Menyediakan borang keputusan

5. Menjadi pengadil untuk permainanAJK Siaraya :

iv. Syed Muhamad Zaki bin Syed Ahmad

al-Yahya

v. Tengku Budiman bin Tengku Mohd Ali

vi. Nur Syakira binti Mohd Rahim

1. Menyediakan bunting

2. Menyediakan Sistem Siaraya yang lengkap dan berfungsi

3. Menyediakan tag AJK dan guru rumah

4. Menyediakan kamera, kamera video dan lagu-lagu yang sesuai sepanjang program

5. Mendokumentasi programAJK Persiapan Tempat, Kebersihan &

Keselamatan:

iv. Syed Muhamad Zaki bin Syed Ahmad

al-Yahya

v. Tengku Budiman bin Tengku Mohd Ali

vi. Nur Syakira binti Mohd Rahim

1. Menyediakan meja hadiah dan meja urusetia

2. Menyediakan dekorasi tempat dan gelanggang

3. Menyediakan kerusi VIP

4. Menyediakan Peti Pertolongan CemasAJK Jamuan :

i. Juliea Rushena binti Adenan

ii. Abu Shaznee bin Abu Samah

iii. Siti Nurus Saadah binti Zakaria

iv. Teoh Yin Han

1. Menentukan menu dan menempah makanan

2. Menghidang makanan

3. Menyediakan minuman ringan

4. Memastikan kebersihan tempat jamuan

Page 6: Suk Aneka

sebelum dan selepas jamuanAJK Hadiah & Cenderamata :

v. Juliea Rushena binti Adenan

vi. Abu Shaznee bin Abu Samah

iii. Siti Nurus Saadah binti Zakaria

vii. Teoh Yin Han

1. Menyenaraikan bilangan hadiah mengikut kategori permainan

2. Menyediakan cenderamata VIP

3. Membungkus hadiah (pembelian hadiah dijalankan oleh AJK Pengurusan Tadika)

4. Menyusun hadiah mengikut kategori acara

5. Memastikan acara penyampaian hadiah berjalan lancar

8.0 ACARA

Aktiviti untuk kanak-kanak Prasekolah

Berkumpulan :

i. Sepatu Tempurung

ii. Tarik Upih

iii. Lompat Getah

iv. Rakit Darat

v. Ikan & Nelayan

Aktiviti untuk kanak-kanak terbuka

Bil Acara Kategori

1. Kutip gula-gula 1 – 4 tahun

Page 7: Suk Aneka

2. Tiup belon dan pecahkan 5 – 6 tahun

3. Cari gula-gula dalam tepung 7 – 9 tahun

4. Pancing botol 10 – 12 tahun

Aktiviti untuk Ibu dan Bapa

Bapa : Cari Barang

Ibu : Musical Chair

Berpasangan Ibu dan Bapa : Kepit belon

Aktiviti Keluarga

i. Perlumbaan Sukaneka

Aktiviti Terbuka

Lelaki : Pijak Belon

Perempuan : Cabut Ekor Musang

Aktiviti untuk AJK Pengurusan, para pensyarah dan staf sokongan

i. Gigit epal gantung

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN

BIL. PERKARA KIRAAN JUMLAH

1. PERALATAN RM 200.00

Page 8: Suk Aneka

2. JAMUAN 100 orang x RM 3.00 RM 300.00

3. CENDERAMATA RM 50.00

4. HADIAH RM 500.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 1050.00

10.0 PENUTUP

Dengan adanya Hari Sukaneka, kebolehan dan potensi kanak-kanak dalam bidang

sukan akan dapat ditonjolkan. Ibubapa juga akan dapat lebih memahami minat dan

kebolehan anak melalui aktiviti ini. Diharapkan dengan sukaneka ini akan dapat

menanamkan minat dalam diri kanak-kanak untuk bidang sukan dan menggalakkan

mereka untuk berjaya dalam bidang ini di masa hadapan, Insyaallah. Di samping itu,

Hari Sukaneka ini juga akan dapat merapatkan lagi hubungan di antara pihak ibubapa,

AJK Pengurusan Tadika, para pensyarah Prasekolah dan pelajar-pelajar PISMK OUM

PRASEKOLAH. Diharapkan juga pendedahan kepada pelajar PISMK-OUM tentang

pengendalian Hari Sukaneka ini akan dapat membawa manfaat kepada mereka di

masa hadapan.