subjek & predikat

19
Cikgu Zaleha Ahmad@PVPS

Upload: sekolah-rendah-park-view

Post on 26-May-2015

14.481 views

Category:

Education


27 download

DESCRIPTION

Mengenalpasti Frasa Di Dalam AyatRumus ayat

TRANSCRIPT

Page 1: Subjek & Predikat

Cikgu Zaleha Ahmad@PVPS

Page 2: Subjek & Predikat

1) Ialah watak / benda utama

2) Mesti terdiri daripada Kata Nama ( Frasa Nama)

Kucing makan tikus.Rumah itu terbakarRohani belajar di makmal komputer.

Page 3: Subjek & Predikat

1) Cerita mengenai watak / benda

Kucing makan tikus.Rumah itu terbakarRohani belajar di makmal komputer.

Page 4: Subjek & Predikat

Peringatan !

itu / ini

Selepas itu atau ini - semua frasa / perkataan ialah predikat.

Pak Mat dan anaknya itu tinggal di Punggol.

Rumah yang berwarna merah ini kepunyaan Sani.

Amir, Roni dan budak lelaki yang berbangsa India itu bersahabat baik.

Page 5: Subjek & Predikat

Peringatan !

sedang

Sebelum sedang -semua frasa/perkataan ialah subjek .

Kamal dan Din sedang bermain di padang.

Budak lelaki itu sedang menari di atas pentas.

Angin sedang bertiup dengan kencangnya.

Page 6: Subjek & Predikat

1)Pekebun menanam sayur

2)Nenek saya yang sudah tua menyanyi di dapur.

3)Lori yang sarat dengan muatan itu terbalik di simpang.

4)Kumar ialah seorang doktor.

5)Kawan saya datang ke rumah.

6)Kucing hitam itu dilanggar oleh sebuah van.

CAMKAN SUBJEK

Page 7: Subjek & Predikat

1) Kami dapat mengumpulkan banyak maklumat.

2) Singapura telah menarik ramai pedagang.

3) Saudagar-saudagar itu berasal dari India.

4) Dagangan dari China dan Indonesia dibawa ke

Singapura.

5) Pelabuhan di sungai ini dipindahkan ke

pelabuhan yang baharu.

CAMKAN PREDIKAT

Page 8: Subjek & Predikat

Kucing makan tikus.Rumah itu terbakarRohani belajar di makmal komputer.

AYAT TUNGGAL – 4 rumus

FRASA NAMA

+

FRASA KERJA

1 Digabungkan dengan Kata Kerja ( perbuatan)

Page 9: Subjek & Predikat

Norlin seorang jururawat.Rohani cikgu saya.

AYAT TUNGGAL – 4 rumus

FRASA NAMA

+

FRASA NAMA

2 Digabungkan dengan Frasa Nama/ Kata Nama.

Page 10: Subjek & Predikat

Kereta itu mahal dan berhawa dingin. Cikgu Siti peramah dan baik hati.Ibu saya cantik dan penyayang. Jalan raya lecak dan licin.

AYAT TUNGGAL – 4 rumus

FRASA NAMA

+

FRASA ADJEKTIF / SIFAT

3 Digabungkan dengan Kata Sifat ( keadaan)

Page 11: Subjek & Predikat

Datuk Ali di hospital. Hadiah ini untuk adik kesayangan saya. Aini ke sekolah. Surat ini daripada peminat Ruffedge.

AYAT TUNGGAL – 4 rumus

FRASA NAMA

+

FRASA SENDI

4 Digabungkan dengan Frasa Sendi/ Kata Sendi

Page 12: Subjek & Predikat

Pekebun menanam sayur. ( Fn + ____ )

Nenek saya yang sudah tua menyanyi di dapur.

( Fn + ____ ) Lori yang sarat dengan muatan itu

terbalik disimpang. ( Fn + ____ )

Kumar ialah seorang doktor. ( Fn + ____ )

Kawan saya datang ke rumah. ( Fn + ____ )

Kucing hitam itu dilanggar oleh sebuah van.

( Fn + ____ )

CAMKAN RUMUS-RUMUS

Page 13: Subjek & Predikat

Kami dapat mengumpulkan banyak maklumat.

( Fn + ____ )

Singapura telah menarik ramai pedagang.( Fn + ____ )

Saudagar-saudagar itu berasal dari India.( Fn + ____ )

Dagangan dari China dan Indonesia dibawa ke

Singapura.( Fn + ____ )

Pelabuhan di sungai ini dipindahkan ke pelabuhan yang baharu. ( Fn + ____ )

CAMKAN RUMUS

Page 14: Subjek & Predikat

Kucing makan tikus.Rumah itu terbakar

Kucing yang manja itu makan tikus.Rumah kepunyaan nenek itu terbakar.

Semasa meluaskan subjek pastikan kelasnya tidak berubah.

Page 15: Subjek & Predikat

Kucing makan tikus.Rumah itu terbakar

Kucing makan tikus di dalam almari.Rumah itu terbakar semalam.

Semasa meluaskan predikat pastikan kelasnya tidak berubah.

Page 16: Subjek & Predikat

Pekebun menanam sayur_____________________________________

Nenek saya yang sudah tua menyanyi di dapur.

_____________________________________

Lori yang sarat dengan muatan itu terbalik di

simpang.______________________________________

Kumar ialah seorang doktor.______________________________________

LUASKAN SUBJEK

Page 17: Subjek & Predikat

Kami dapat mengumpulkan banyak maklumat.

____________________________________________________________________________

Singapura telah menarik ramai pedagang.____________________________________________________________________________Saudagar-saudagar itu berasal dari India.____________________________________________________________________________Dagangan dari China dan Indonesia

dibawa ke Singapura.____________________________________________________________________________

LUASKAN PREDIKAT

Page 18: Subjek & Predikat

QUIZ-QUIZ TRADE

Page 19: Subjek & Predikat

LATIHAN PENGUKUHAN

Lengkapkan Lembaran Kerja Subjek & Predikat.Tugasan Harus Dihantar

Esok