pusat tuisyen didikan genius program bahasa malaysia ...€¦ · apatah lagi yang boleh aku buat...

20
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Modul PT3 SM 107 Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 02-Oct-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Apatah lagi yang boleh aku buat jika bukan cara ini. (b) Penegasan di kedua-dua bahagian subjek dan predikat ayat:

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Modul PT3

SM 107

Nama : _____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Apatah lagi yang boleh aku buat jika bukan cara ini. (b) Penegasan di kedua-dua bahagian subjek dan predikat ayat:

Format Bahasa Melayu PT3

Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)

Bahagian A: (20%)

20 Soalan aneka pilihan

a. Sistem bahasa

b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)

Bahagian B: (25%)

Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)

Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%)

Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)

Bahagian C: (15%)

Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada

2)

Kertas 2 : 40% (1 jam)

Bahagian A: (10%)

Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)

Bahagian B: (30%)

Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Apatah lagi yang boleh aku buat jika bukan cara ini. (b) Penegasan di kedua-dua bahagian subjek dan predikat ayat:

Sistem Bahasa

Bahagian A

A. Penggolongan Kata

Kata Penegas

Kata penegas atau partikel berfungsi sebagai penegasan kepada bahagian-

bahagian tertentu dalam ayat.

Terbahagi kepada dua jenis:

(a) Penegasan predikat ayat

Berfungsi ketika berlaku proses pendepanan predikat dalarn ayat songsang.

Contoh: -kah, -tah, -lah

Contoh ayat:

Apakah yang kamu bawa itu?

Mengapalah kamu degil sangat.

Itulah rumah idamanku selama ini.

Begitulah keadaannya sekarang.

Apatah lagi yang boleh aku buat jika bukan cara ini.

(b) Penegasan di kedua-dua bahagian subjek dan predikat ayat:

Digunakan secara bebas di mana-mana bahagian ayat.

Contoh: juga, jua, pun, sahaja, lagi, memang

Contoh ayat:

Saya juga berasa sedih seperti kamu.

Hanya 16 orang yang hadir semalam.

Lukisan ini mahal lagi menawan.

Laily memang suka bergurau.

Soalan:

A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling

sesuai.

1. daya kita untuk membantunya.

A. Apa

B. Apatah

C. Apakah

D. Bagaimana

2. Kereta itu cantik dan berpadanan pula dengan harganya.

A. jua

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Apatah lagi yang boleh aku buat jika bukan cara ini. (b) Penegasan di kedua-dua bahagian subjek dan predikat ayat:

B. juga

C. hanya

D. memang

3. Barangan yang kami jual berpatutan harganya terjamin mutunya.

A. pun

B. lagi

C. lantas

D. hanya

4. kapal mewah yang akan kita naiki semasa percutian nanti.

A. Itulah

B. Inikah

C. Itukah

D. Di situkah

5. sebahagian kecil daripada peserta seminar yang memahami segala

topik yang dibincangkan tadi.

A. Lagi

B. Juga

C. Hanya

D. Sahaja

6. dia datang ke sini sebelum ini?

A. Pernah

B. Apakah

C. Bolehkah

D. Pernahkah

7. Saya sendiri tidak tahu dia dapat menyelesaikan masalah itu.

A. apakah

B. bagaimana

C. mengapakah

D. bagaimanatah

8. Angkat semua barang itu ke dalam rumah almari pakaian ini.

A. pun

B. lagi

C. juga

D. hanya

9. Tiada sesiapa yang bersetuju dengan cadangan awak itu.

A. jua

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Apatah lagi yang boleh aku buat jika bukan cara ini. (b) Penegasan di kedua-dua bahagian subjek dan predikat ayat:

B. pun

C. juga

D. sahaja

10. Sudah kini bahawa penyakit itu ada kaitan dengan unggas-unggas

tersebut.

A. pastilah

B. pastikah

C. terbuktilah

D. terbuktikah

B. Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai

kesalahan dalam penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan

sama ada A, B, C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika

tiada kesalahan.

1. Apa dia tidak sedar bahawa tindakannya itu akan menyebabkan kerugian?

A B C

Tiada kesalahan.

D

2. Hanya empat orang daripada 15 orang peserta yang gagal dalam ujian itu.

A B C

Tiada kesalahan.

D

3. Itu rumah yang saya ceritakan kepada kamu tempoh hari. Tiada kesalahan.

A B C D

4. Ibunya memang seorang suri rumah tangga yang rajin. Tiada kesalahan.

A B C D

5. Bagaimanakah saya hendak pergi ke rumah kamu jika kereta saya rosak?

A B C

Tiada kesalahan.

D

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Apatah lagi yang boleh aku buat jika bukan cara ini. (b) Penegasan di kedua-dua bahagian subjek dan predikat ayat:

B. Penggunaan Kata Dalam Ayat

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

1. I Encik Norhan cukup bangga dengan pencapaian anaknya dalam pelajaran.

II Rumah yang hendak disewakannya itu cukup dengan perabotnya sekali.

III Tidak cukup dengan memarahinya, budak kecil itu dipukul pula oleh bapa

tirinya.

IV Budak-budak yang belum cukup umur dilarang memasuki pusat hiburan itu.

A. I, II, dan III

B. I, III, dan IV

C. II, III, dan IV

D. I, II, III, dan IV

2. I Loh melahirkan rasa terkejutnya apabila melihat pipi Ho yang semakin berisi.

II Semenjak tinggal di bandar, tubuhnya yang berisi sudah semakin susut.

III Selain buku, beg itu berisi dengan alat tulis.

IV Kalau dadanya tidak berisi, Tuah tidak berani mencabar pendekar itu.

A. II dan III

B. I, II, dan III

C. II, III, dan IV

D. I, II, III, dan IV

C. Memilih Frasa Yang Betul

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai

kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandai sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandai D jika

tiada kesalahan.

1. Longkang yang dipenuhi pelbagai sampah sarap itu berbau busuk dan kotor airnya.

A. dipenuhkan pelbagai sampah sarap

B. dipenuhi pelbagai sampah

C. memenuhi pelbagai sampah sarap

D. dipenuhi pelbagai sampah sarap

2. Encik Boon mengisi begnya dengan alat-alat tulisnya dan buku-buku nota para

pelajarnya.

A. mengisikan begnya

B. mengisi di dalam begnya

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Apatah lagi yang boleh aku buat jika bukan cara ini. (b) Penegasan di kedua-dua bahagian subjek dan predikat ayat:

C. mengisikan ke dalam begnya

D. mengisi begnya

3. Wang yang disedekahkan oleh saya kepada anak yatim itu ialah wang tabungan

bulanan saya.

A. disedekah oleh saya

B. saya sedekahkan

C. saya sedekah

D. disedekahkan oleh saya

D. Memilih Ayat Yang Betul

Pilih ayat-ayat yang betul.

1. I Ungging enggan meminjamkan basikalnya kepada adiknya. II Bilik pameran itu dipenuhi perabot-perabot seperti katil, almari, dan kerusi meja. III Adik terkena renjatan elektrik kerana memicit suis lampu yang rosak. IV Dia masih belum memulangkan buku yang dipinjamnya kepada rakannya semula. A. I dan II

B. I dan IV

C. I, II, dan III

D. I, II, dan IV

2. I Laki-laki yang berpakaian serba-serbi hitam itu berjalan gopoh-gapah ke arah

saya. II Sejak diusir oleh ibu dan bapa angkatnya, dia tidak pernah pulang ke

kampungnya lagi. III Putera yang dikatakan sial itu diserahkan baginda kepada seorang nenek

kebayan. IV Selepas selesai sembahyang Zuhur, barulah kami makan tengah hari. A. I dan IV

B. II dan III

C. I, II, dan III

D. II, III, dan IV

3. I Sambil mengetap-ngetap bibir, Cikgu Abu memandang muka pelajar itu ke atas

dan bawah. II Berhubung perkara itu, beliau berjanji akan menyelesaikannya secepat

mungkin. III Stesen-stesen kereta api yang disinggahi kereta api itu lengang sahaja. IV Leong tidak akan ke mana-mana esok kerana dia ditugasi bapanya menjaga

kedai.

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Apatah lagi yang boleh aku buat jika bukan cara ini. (b) Penegasan di kedua-dua bahagian subjek dan predikat ayat:

A. I dan II

B. III dan IV

C. I, II dan III

D. I, II dan IV

E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang

paling hampir dengan ayat tang dicetak tebal.

1. Sumarni bercita-cita untuk menjejakkan kaki ke menara gading tetapi cita-

citanya itu tidak kesampaian lantaran kemiskinan keluarganya.

A. Kemiskinan telah menghalang Sumarni sekeluarga yang bercita-cita untuk

belajar di universiti.

B. Cita-cita Sumarni untuk menuntut di universiti tidak kesampaian kerana

keluarganya miskin.

C. Disebabkan kemisikinan keluarganya, Sumarni bercita-cita untuk belajar

sampai ke universiti.

D. Oleh sebab cita-citanya tidak kesampaian, Sumarni berusaha menjejakkan

kakinya di universiti.

2. Kejayaannya memperoleh keputusan peperiksaan yang lebih baik daripada

peperiksaan yang lepas disebabkan perubahan sikapnya terhadap pelajaran.

A. Perubahan sikapnya terhadap pelajaran memungkinkan dia beroleh

keputusan yang lebih baik pada peperiksaan kali ini.

B. Kejayaannya memperoleh keputusan peperiksaan yang lebih baik daripada

yang lalu didorong oleh sikapnya yang berubah.

C. Keputusan peperiksaan yang diperolehnya berubah daripada peperiksaan

yang lalu disebabkan kejayaan sikapnya terhadap pelajaran.

D. Dengan mengubah sikapnya terhadap pelajaran, keputusan peperiksaan yang

diperolehnya pada kali ini lebih baik daripada yang lepas.

3. Pernikahan itu sangat besar ertinya kepada pemuda itu, apatah lagi dia sudah

sekian lama hidup sendirian.

A. Oleh sebab pemuda itu memang telah lama keseorangan, perkahwinan itu

amat bermakna kepadanya.

B. Erti perkahwinan itu kepada orang yang lama hidup bersendirian seperti

pemuda itu sangat besar.

C. Perkahwinan itu mempunyai makna yang tersendiri, khususnya kepada pemuda

yang telah begitu lama keseorangan itu.

D. Perkahwinan itu membolehkan pemuda itu mengetahui betapa besar erti

bersendirian dengan begitu lama.

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Apatah lagi yang boleh aku buat jika bukan cara ini. (b) Penegasan di kedua-dua bahagian subjek dan predikat ayat:

F. Peribahasa

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

1. Apabila mendapat berita tentang kematian suaminya, Adila meraung sekuat-kuat

hatinya. Sehari sebelum itu, dia mendapat berita tentang kematian adiknya dalam

nahas kapal terbang di Taipei.

Keadaan Adila itu umpama

A. orang mengantuk disorongkan bantal

B. mendapat durian runtuh

C. sudah jatuh ditimpa tangga

D. ringan tulang berat perut

2. Setelah kaya-raya Leman tidak lagi mengingati jasa kawan-kawannya yang sering

membantunya ketika dia susah dan merempat dahulu.

Perbuatan ini ibarat

A. bagai our dengan tebing

B. bagai kacang lupakan kulit

C. harapkan pagar, pagar makan padi

D. orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

3. Sebagai perajurit, saya rela mati di medan perang daripada menyerah diri.

Sikap ini diibaratkan

A. ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu

B. pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri

C. biar putih tulang, jangan putih mata

D. alang-alang mandi biar basah

( / )

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Apatah lagi yang boleh aku buat jika bukan cara ini. (b) Penegasan di kedua-dua bahagian subjek dan predikat ayat:

Bahagian B:

1 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan

kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak

perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan tatabahasa:

Kata tugas

Ayat

Istilah

Imbuhan

Hukum DM

Ayat Jenis Kesalahan

Tatabahasa

(i) Raziq merasa sungguh gembira kerana dapat menimba

ilmu daripada seorang pakar masakan yang terkenal.

(ii) Azamawati mencuci ikkan-ikan air tawar itu

menggunakan air asam jawa untuk menghilangkan bau

tengik.

(iii) “Himpunan majalah-majalah lama itu akan disimpan di

dalam kotak sebelum dijual,” kata Cikgu Ramli kepada Shila

dan Murni.

(iv) Anak perempuan Puan Rosnani yang berusia lima bulan

itu sangat jelita.

( /8)

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Apatah lagi yang boleh aku buat jika bukan cara ini. (b) Penegasan di kedua-dua bahagian subjek dan predikat ayat:

2 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan

betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan ejaan:

Kata majmuk

BA BM

Vokal (a e i o u)

Tanda baca (Aa / “ ” / - )

Imbuhan (gg & kk)

Ayat Jenis Kesalahan

Ejaan

(i) Beberapa orang peserta sedang mendengar penerangan

tentang cara-cara menconteng batik daripada usahawan muda

itu

(ii) Abang Kamal dan rakan-rakannya akan menyertai

ekspedisi motorsikal berkuasa tinggi pada hujung bulan ini.

(iii) Seni muzik gabus menjadi bukti kepada teori kedatangan

Islam dari Semenanjung Tanah Arab,” kata pensyarah itu.

( /3)

3. Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.

Teknik : Kenal pasti :

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Apatah lagi yang boleh aku buat jika bukan cara ini. (b) Penegasan di kedua-dua bahagian subjek dan predikat ayat:

Subjek : Ali / Saya / Mereka

Kata kerja : membaca

Objek : buku itu

Frasa sendi / hubung : di bilik

2. Tukar kedudukan subjek dan objek. Frasa sendi / hubung kekal di belakang

Nota : Subjek (orang) pihak pertama (saya & kami) dan kedua (kamu dan kalian)

tidak boleh guna “di…oleh”

Contoh : Saya membaca buku itu di bilik

Buku itu saya baca.

Hanya subjek pihak ketiga (dia & nama orang) guna “di…oleh”

Mereka membaca buku itu di bilik

Buku itu dibaca oleh mereka di bilik.

Latihan :

(i) Puan Wafa merendam pakaian yang kotor itu di dalam baldi.

_____________________________________________________________________

(ii) Saya baru sahaja meminjam basikal itu daripada Pak Abu.

_____________________________________________________________________

(iii) Doktor gigi akan mencabut gigi Nazrin yang bergoyang itu.

_____________________________________________________________________

(iv) Pihak penaja telah mengadakan sesi uji bakat di Dewan Mestika semalam.

_____________________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Apatah lagi yang boleh aku buat jika bukan cara ini. (b) Penegasan di kedua-dua bahagian subjek dan predikat ayat:

(v) Badri dan ayahnya sedang menebang pohon-pohon buluh dibelakang rumah.

_____________________________________________________________________

( /10)

4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai

dengan gambar tersebut.

( /4)

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Apatah lagi yang boleh aku buat jika bukan cara ini. (b) Penegasan di kedua-dua bahagian subjek dan predikat ayat:

Penulisan :

A. Ringkasan (15%)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis suatu ringkasan tentang kebaikan

menggunnakan internet dalam pendidikan .

Dalam mengadaptasi kemudahan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran

di sekolah, masih ada tanggapan negatif yang mengatakan internet hanya sebagai

menambahkan koleksi sahabat pena di kalangan pelajar. Malahan internet diberikan

gambaran yang buruk-buruk seperti kegiatan melayari laman web pornografi. Jika masyarakat

memikirkan internet dari sudut negatif sahaja, maka pengaplikasian internet dalam proses pengajaran

dan pembelajaran tidak akan berkesan.

Jika diteliti kelebihan internet secara mendalam, tanggapan di atas meleset sama sekali. Internet

sebenarnya mampu menyediakan pelbagai sumber maklumat dan khidmat pendidikan yang bersifat

luas dan berharga. Kini bukan lagi satu khayalan apabila pelajar dan guru dengan mudah dapat

melawat dan masuk ke perpustakaan seluruh dunia untuk pelbagai tujuan seperti

mendapatkan sumber-sumber penyelidikan, mempertingkatkan penguasaan bahasa asing dan

mengetahui keunikan pelbagai budaya di dunia.

Kini sudah terdapat perpustakaan elektronik dalam internet yang dapat membantu

para pelajar dan guru membuat tugasan penyelidikan mereka. Perpustakaan itu akan menyediakan

sebuah pintu masuk yang bersifat maya untuk membolehkan penggunanya mengakses pelbagai

sumber maklumat yang turut diperkaya dengan unsur-unsur multimedia seperti teks, gambar,

bunyi dan video. Teknologi internet juga mampu menyediakan kemudahan kepada para guru

dan pelajar untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti seperti pembangunan laman web di

setiap sekolah. Laman web boleh dijadikan sebagai saluran yang berkesan untuk mewartakan segala

kegiatan yang dilaksanakan di sekolah kepada para pelajar dan guru sekolah tersebut. Di

camping itu, laman web juga boleh diakses oleh para pelajar dan guru atau pihak lain yang berminat.

Sebagai sebuah rangkaian yang bersifat global, internet membolehkan sekolah -

sekolah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti pendidikan seperti projek penyelidikan.

Salah satu bidang penyelidikan atau eksperimen yang sesuai dilaksanakan menggunakan

internet ialah penggunaan fungsi suara dan video. Hasil daripada penyelidikan ini bolehlah

digunakan di persekitaran sekolah atau disebarkan melalui rangkaian sidang video antara sekolah-

sekolah di seluruh negara.

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Apatah lagi yang boleh aku buat jika bukan cara ini. (b) Penegasan di kedua-dua bahagian subjek dan predikat ayat:

B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit

Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis sebuah karangan pendek. Panjang

karangan anda antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Isi :

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Apatah lagi yang boleh aku buat jika bukan cara ini. (b) Penegasan di kedua-dua bahagian subjek dan predikat ayat:

C. Karangan Umum (30%)

Karangan Jenis Syarahan

Panduan Menulis Karangan Syarahan

1. Karangan jenis syarahan atau dikenal juga sebagai pidato merupakan karangan

berformat.

2. Berikut adalah format yang perlu diikuti apabila menulis karangan jenis ini.

(a) Kata alu-aluan kepada para hadirin. Kata-kata ini mestilah mengikut

pangkat seperti Yang Mulia, Yang Berhormat, Yang Berbahagia, Yang

dihormati, dan lain-lain.

(b) Kata-kata penghadapan diselang-selikan antara satu atau dua perenggan.

Antara kata-kata penghadapan yang biasa digunakan ialah, Hadirin yang

dihormati, Hadirin dan hadirat sekalian, Tuan-tuan dan puan-puan,

Saudara-saudari, dan lain-lain. Penulisannya hendaklah dimulakan

betul-betul di sebelah kiri dan selepas dilangkau satu baris daripada isi

sebelumnya.

3. Kandungan syarahan terbahagi kepada tiga, iaitu :

(a) Pendahuluan – Berisi kata alu-aluan.

(b) Isi – Memuatkan perkara-perkara penting yang hendak disampaikan

(berdasarkan tajuk yang diberi). Berikan definisi tajuk dan setiap fakta

mestilah dihuraikan dan ada contoh yang sesuai. Isi perlu diselang-seli

dengan kata-kata penghadapan seperti Tuan-tuan dan puan-puan, Hadirin

yang dihormati sekalian, dan sebagainya.

(c) Penutup – Memuatkan kesimpulan, ucapan maaf dan terima kasih.

4. Dalam peperiksaan, karangan jenis ini lazimnya dikemukakan dalam bentuk

pertandingan. Oleh hal yang demikian, anda perlu memberi kata-kata pujian

kepada hakim yang mengadilinya, seperti Tuan Hakim yang arif lagi bijaksana

atau yang sama maksud dengannya.

5. Untuk menulis syarahan yang bermutu, anda mestilah mengemukakan isi yang

bernas, tepat, dan jelas.

Gunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Anda boleh juga menyelitkan

jenaka yang sopan atau kata-kata kiasan untuk menghindarkan perasaan jemu para

pendengar.

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Apatah lagi yang boleh aku buat jika bukan cara ini. (b) Penegasan di kedua-dua bahagian subjek dan predikat ayat:

Contoh:

Anda telah mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan pada peringkat negeri.

Tajuk syarahan anda ialah “Ke Arah Memupuk Tabiat Menabung dalam Kalangan

Remaja”. Tulis syarahan tersebut selengkapnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang adil lagi bijaksana,

tuan-tuan dan puan-puan, serta hadirin yang dihormati. Tajuk syarahan saya pada hari

ini ialah "Ke Arah Memupuk Tabiat Menabung dalam Kalangan Remaja".

Tuan-tuan dan puan-puan,

Menabung merupakan tabiat yang harus dipupuk dalam kalangan anak-anak

sejak mereka kecil lagi ibarat "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Hal ini

disebabkan oleh menabung remaja akan banyak memperoleh faedah. Antaranya

mereka dapat menggunakan wang tabungan tersebut untuk melanjutkan pelajaran di

peringkat yang lebih tinggi atau pada waktu keeemasan.

Ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak. Mereka perlu

menjadi idola kepada anak-anak untuk menabung. Oleh itu, ibu bapa perlu

menyediakan sebuah tabung yang menarik bentuknya supaya anak-anak dapat

memasukkan baki wang saku sekolah pada setiap hari. Kemudian, ibu bapa hendaklah

membawa anak-anak ke bank supaya anak-anak menyimpan wang tersebut dengan

eara yang lebih selamat.

Hadirin yang dihormati,

Kerajaan telah mewujudkan Skim Pelaburan Nasional untuk menggalakkan

masyarakat membuat pelaburan dengan cara yang paling selamat. Contohnya melalui

program Amanah Saham Wawasan, kerajaan berusaha menarik para remaja di negara

kita agar melabur secara berdikit-dikit bertepatan dengan pepatah "sedikit-sedikit

lamalama menjadi bukit". Pegawai-pegawai pelaburan ditugaskan memberi ceramah

di sekolah-sekolah seluruh negara dan memilih penyanyi terkenal sebagai jurucakap

program tersebut.

Dalam hal ini, pihak bank dan institusi kewangan di negara kita turut

memainkan peranan. Pelbagai promosi dan program melabur dijalankan oleh pihak

bank untuk menarik perhatian penyimpan muda. Contohnya Bank Simpanan Nasional

dan Tabung Haji telah melaksanakan skim galakan simpanan untuk penyimpan muda.

Penyimpan yang paling banyak menabung akan diberi hadiah dan ganjaran berupa

wang tunai.

Selain itu, pihak sekolah melalui Kelab Kewangan boleh menganjurkan

ceramah tentang cara pengurusan wang secara selamat. Pegawai bank yang tinggal

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Apatah lagi yang boleh aku buat jika bukan cara ini. (b) Penegasan di kedua-dua bahagian subjek dan predikat ayat:

berdekatan dengan sekolah diminta untuk memberi penerangan tentang perancangan

berbelanja, keperluan berbelanja, dan faedah menabung. Dengan cara demikian murid

akan mendapat pendedahan tentang pengurusan kewangan yang lebih selamat dan

akan timbul minat suka menabung untuk kebaikan masa depan mereka.

Sebelum mengundur diri, dapat saya simpulkan bahawa kejayaan dalam usaha

memupuk minat menabung dalam kalangan remaja umpama menyediakan payung

sebelum hujan dan melibatkan semua pihak seperti ibu bapa, pihak kerajaan, pihak

sekolah, dan institusi kewangan. Sekian, terima kasih.

LATIHAN

1. Dalam MingguBahasa sekolah anda, anda telah mewakili kelas anda untuk

meyampaikan syarahan yang bertajuk “Faedah Mengumpul Setem”

2. Anda telah menyertai pertandingan syarahan peringka daerah anjuran Persatuan

Pengguna. Tajuk syarahan anda ialah "Pengguna Berhemah Asas Kesejahteraan

Negara".

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Apatah lagi yang boleh aku buat jika bukan cara ini. (b) Penegasan di kedua-dua bahagian subjek dan predikat ayat:
Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Apatah lagi yang boleh aku buat jika bukan cara ini. (b) Penegasan di kedua-dua bahagian subjek dan predikat ayat:

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my