su kurikulum

Upload: mohammad-haziq-bin-mahmood

Post on 09-Mar-2016

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat

TRANSCRIPT

MINITSULITMESYUARAT DIALOG PRESTASIBIL 1/ 2015BIL 1/2014 (KALI KE-1) TARIKH: 15/ 01/ 2015

Tarikh : 15 Januari 2015 Masa : 9.00 Pagi Tempat : Bilik Gerakan SK Batu Puteh, Kinabatangan

KEHADIRANBilNamaJawatan

1.En Megat Alias bin Megat MudaGuru Besar SKBP

2.Pn Ludmilla Formentera bin AbdullahPK1 SKBP

3.Mohgammad Haziq bin MahmoodSetiausaha

4.En Abd Gani bin OtungGuru Bahasa Melayu I

5.Pn Sainah binti LamitGuru Bahasa Melayu II

6.Pn Rosminah binti NyambongGuru Bahasa Inggeris

7.Pn Siti Nurul Hidayah binti RoslanGuru Matematik

MINITSULITMESYUARAT DIALOG PRESTASIBIL 1/ 2015BIL 2/2015 (KALI KE-1) TARIKH: 15/ 01/ 2015

BILPERKARA/ISUTANGGUNGJAWABSTATUS TINDAKAN

1.ALUAN PENGERUSIMesyuarat dimulakan dengan ucapan En Megat Alias bin Megat Muda. Beliau mengalu ngalukan kedatangan semua guru dan berharap guru- guru meberikan komitmen 100% dalam meningkatkan kecemerlangan.i. Prestasi Murid tahun lepasTuan guru besar menyatakan prestasi Gred Purata sekolah menurun pada tahun 2014 adalah kerana terdapat bilangan murid yang mendapat gred E terlalu ramai. Tuan guru besar menetapkan pada tahun ini murid perlu mengelakkan daripada mendapat gred E. Sifar E adalah sasaran utama.

Semua guru

Mesyuarat mengambil maklum

ii. Puan Ludmilla meminta semua guru tahun 6 mewujudkan fail headcount bagi memudahkan guru- guru mengalisis keputusan murid. Ujian TOV adalah diambil daripada ujian diagnostic yang telah dijalankan.

Semua guru subjekTelah dilaksanakan

2.Harapan dan sasaran semua guru i. Tuan guru besar meminta semua guru menyenaraikan program dan aktiviti dan perlu diselaraskan secara bersama bagi memantapkan perlaksanaan kecemerlangan sekolah.ii. Tuan guru besar menyatakan bahawa program tidak perlu banyak sebaliknya program perlulah di fokuskan hanya kepada program yang berkesan.

Semua guru

Telah dilaksanakan dalam mesyuarat.

3.Mengenalpasti punca/ masalah dan perancangani. En Gani menyatakan masalah utama perlaksanaan pada tsn yang dihadapi.ahun lepas adalah tidak teratur menyebabkan murid tidak dapat fokus kepada latihan yang diberi.ii. Perancangan sekolah juga bercanggah dengan perancangan dari pihak PPD.iii. Beliau juga mencadangkan agar perjalanan latihan pada tahun ini berfokus dan dapat dibincangkan perkembangan murid pada setiap masa.iv. En Mohammad Haziq member cadangan bahawa latihan perlulah dilakukan secara topical dan dihabiskan sehingga bulan 5 sahaja bagi mengenalpasti topik yang murid lemah.v. Puan Rosminah mencadangkan bagi subjek bahasa peril dilaksanakan mengikut bahagian dalam soalan kerana tidak ada subtopik bagi subjek bahasa.vi. Pn Siti Hidayah menyatakan bahawa guru tahun 6 terlalu dibebankan dengan tugas- tugas lain. Beliau meminta agar semua guru- guru tahun 6 dikurangkan tugas- tugas lain.vii. Pn Ludmilla Formentera menyatakan agar semua guru- guru mengenalpasti murid- murid yang lemah, sederhana dan cemerlang agar dapat dibentuk kumpulan pelajar bagi kelas tambahan mengikut prestasi.viii. En Gani member cadangan agar pihak pentadbir dapat menyediakan takwim bagi sekolah dan daerah agar perancangan sekolah menjadi lebih teratur.

Semua guru

Pentadbir SKBP

Semua guru subjek/ panitia

Dalam perangcangan

Akan dilaksanakan

Dilaksanakan dalam mesyuarat

4.PERINCIAN PERLAKSANAAN KELAS TAMBAHAN i Semua guru bersetuju agar kelas tambahan akan bermula pada bulan 2 dengan mengajar semula topic bagi mengulangkaji semua topic tahun 4 dan 5.Ii Bulan Mac semua guru- guru perlu menyelesaikan semua topic bagi tahun 4. Seterusnya bulan April semua guru perlu melaksanakan ulangkaji tahun 5, dan Mei semua guru menghabiskan topic tahun 6.Iii Guru perlu membuat pengulangan bagi topic yang sukar berdasarkan keputusan murid.Iv Bagi bulan 6 dan 7 guru akan menyediakan soalan contoh UPSR bagi menyesuaikan murid dengan bentuk- bentuk soalan.

Semua guru

Telah dilaksanakan

5.Penangguhan Mesyuarat Mesyuarat ditangguhakan pada pukul 1.18 petang.Semua ahli mengambil maklum

Disediakan oleh : Disemak oleh :

..

..

MOHAMMAD HAZIQ BIN MAHMOOD PN LUDMILLA FORMENTERA

PENYELARAS KURIKULUM PENOLONG KANAN KURIKULUM

SK BATU PUTEH, KINABATANGAN SK BATU PUTEH, KINABATANGAN

TARIKH : TARIKH :

Disahkan oleh :

..

EN. MEGAT ALIAS BIN MEGAT MUDA,

GURU BESAR

SK BATU PUTEH, KINABATANGAN

TARIKH :

MINITSULITMESYUARAT DIALOG PRESTASIBIL 2/ 2015BIL 2/2015 (KALI KE-2) TARIKH: 09/ 03/ 2015

Tarikh : 09 Mac 2015 Masa : 11.00 Pagi Tempat : Bilik Gerakan SK Batu Puteh, Kinabatangan

KEHADIRANBilNamaJawatan

1.En Megat Alias bin Megat MudaGuru Besar SKBP

2.Pn Ludmilla Formentera bin AbdullahPK1 SKBP

3.Mohgammad Haziq bin MahmoodSetiausaha

4.En Abd Gani bin OtungGuru Bahasa Melayu I

5.Pn Sainah binti LamitGuru Bahasa Melayu II

6.Pn Rosminah binti NyambongGuru Bahasa Inggeris

7.Pn Siti Nurul Hidayah binti RoslanGuru Matematik

8.Pn Jaleha MarabanGuru Matematik

9.En Herrman bin KadilGuru Sains

MINITSULITMESYUARAT DIALOG PRESTASIBIL 2/ 2015BIL 2/2015 (KALI KE-2)TARIKH: 09/ 03/ 2015

BILPERKARA/ISUTANGGUNGJAWABSTATUS TINDAKAN

1.ALUAN PENGERUSI i Tuan Guru besar mengalu- alukan kehadiran guru-guru ke dalam mesyuarat. Ii Tuan guru besar mengingatkan tentang fail headcount dikemaskini kerana kemungkinan akan dipantau dalam masa terdekat. Iii Tuan guru besar meminta semua guru tahun 6 agar dapat menyenaraikan program UPSR pada tahun ini dan member sedikit penerangan kepada beliau tentang perlaksanaan yang ingin dilakukan. Iv Semua guru tahun 6 diminta untuk menyenaraikan berapakah sasaran pelajar 5A dan memastikan KPI PPD dapat di capai. KPI PPD bagi Gred Purata Sekolah ialah 2.46.

Semua guru subjekMesyuarat mengambil maklum

2.TENTATIF MESYUARATI Masalah kehadiran murid. En Gani menyatakan kehadiran pelajar perlu digalakkan dan bagi mengelakkan prestasi murid menurun. PK HEM perlu mengambil langkah member surat amaran kepada pelajar/ murid yang bermasalah. Pn Nurul Hidayah memberi cadangan agar surat amaran dapat diberikan kepada semua gur kelas agar masalah kehadiran dapat dibendung dengan berkesan. En Megat Alias menyatakan bahawa kehadiran yang meruncing di peringkat laporan PPD adalah dari kelas 6 bestari iaitu sebanyak 95%.

II Ujian dan Peperiksaan Ujian peperiksaan pertengahan semester akan diadakan pada hujung bulan Mac dan pengisian SAPS perlu dilengkapkan pada 3 April 2015. (Pn. Ludmilla Formentera). En Herman Kadil menyatakan bahawa TOV bagi kelas pelajar tahun 6 adalah diambil pada ujian terbaru diagnostik yang dijalankan pada bulan februari. Satu jawatankuasa penggubal soalan perlu dirangka bagi memudahkan guru memperbanykakkan soalan yang sesuai untuk murid dan soalan perlulah diletakkan semula ke dalam fail bank soalan. Pn Ludmilla menyatakan bawa subjek teras perlu bermesyuarat seminggu selepas ujian dijalankan bagi memastikan prestasi murid terus meningkat. Head count perlu dibuat oleh semua panitia bermula tahun 4, 5 dan 6.iii KPI UPSR PPD Ustaz Megat menyatakan KPI PPD bagi setiap subjek adalah seperti berikut:

BM Kefahaman (2.29) dengan bilangan A 10 orang, B:14; C: 18; D: 2 dan E:0.

BM Penulisan (2.29) dengan bilangan A: 8; B: 18; C: 17; D: 2 dan E:0.

BI dengan bilangan A: 4; B: 13; C: 24; D:2; dan E: 2.

MT (2.49) dengan bilangan A: 8; B: 13; C:24; D: 2 dan E: 0.

SN (2.58) dengan bilangan A: 6; B:13; C:22; D: 2 dan E:2. Semua guru dimaklumkan agar berusaha untuk mendapatkan KPI yang lebih baik dari apa yang telah disasarkan oleh PPD.

PK HEM

Pn Kasniah

Semua guru menyediakan kertas soalan

Guru tahun 6

PK Kurikulum

Semua ketua Panitia

Semua guru tahun 6

Telah diwujudkan oleh pembantu tadbir

Dalam perlaksanaan

Dalam perlaksanaan

Akan dilaksanakan

Akan dilaksanakan

Akan dilaksanakan

Dalam perlaksanaan

3.Penangguhan Mesyuarat Mesyuarat ditangguhakan pada pukul 1.25 petang.Semua ahli mengambil maklum

Disediakan oleh : Disemak oleh :

..

..

MOHAMMAD HAZIQ BIN MAHMOOD PN LUDMILLA FORMENTERA

PENYELARAS KURIKULUM PENOLONG KANAN KURIKULUM

SK BATU PUTEH, KINABATANGAN SK BATU PUTEH, KINABATANGAN

TARIKH : TARIKH :

Disahkan oleh :

..

EN. MEGAT ALIAS BIN MEGAT MUDA,

GURU BESAR

SK BATU PUTEH, KINABATANGAN

MINITSULITMESYUARAT DIALOG PRESTASIBIL 3/ 2015BIL 3/2015 (KALI KE-3) TARIKH: 27/06/2015

Tarikh : 23 Jun 2015 Masa : 10.00 Pagi Tempat : Bilik Gerakan SK Batu Puteh, Kinabatangan

KEHADIRANBilNamaJawatan

1.En Megat Alias bin Megat MudaGuru Besar SKBP

2.Pn Ludmilla Formentera bin AbdullahPK1 SKBP

3.Mohgammad Haziq bin MahmoodSetiausaha

4.En Abd Gani bin OtungGuru Bahasa Melayu I

5.Pn Sainah binti LamitGuru Bahasa Melayu II

6.Pn Rosminah binti NyambongGuru Bahasa Inggeris

7.Pn Siti Nurul Hidayah binti RoslanGuru Matematik

MINITSULITMESYUARAT DIALOG PRESTASIBIL 3/ 2015BIL 3/2015 (KALI KE-3) TARIKH: 27/ 06/ 2015

BILPERKARA/ISUTANGGUNGJAWABSTATUS TINDAKAN

1.ALUAN PENGERUSIMesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pn Ludmilla Formentera kepada semua guru tahun 6 dan guru-guru yang terlibat. i. HeadcountPuan Ludmilla menjelaskan bahawa semua panitia perlu menyediakan headcount bagi matapelajaran masingmasing bagi mengenalpasti kelemahan murid dan tahap murid patut dikategorikan mengikut kumpulan.Semua guru

Mesyuarat mengambil maklum

ii. Post MortemPuan Ludmilla mengarahkan guru memberi post mortem bagi setiap subjek secara kasar bagi mengenalpasti murid-murid yang boleh mencapai lulus dan bilangan murid bagi setiap subjek.iii. IntervensiPn Ludmilla meminta guru merancang program intervensi bagi setiap murid bagi memastikan GPS sekolah dapat ditingkatkan. Pn Ludmilla menegaskan GPS yang perlu dicapai bagi tahun 2015 adalah 2.46.Semua guru subjekTelah dilaksanakan

2.Post Mortemi. En Abdul Gani bin Otung (Guru Bahasa Melayu)En Abdul Gani menyatakan bahawa hanya dua sahaja murid yang agak sukar untuk lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu iaitu Syazwan dan Sheila. En. Ghani menyatakan bahawa murid ini terlalu tegar kerana sukar memahami soalan atau pernyataan.ii. Pn. Rosminah bt Nyambong (Guru Bahasa Inggeris)Pn Rosminah menyatakan bahawa keadaan murid agak sukar untuk mencapai GPS dan akan beruasaha sekeras mungkin bagi memastikan murid sekurang-kurangnya lulus.iii. Pn Siti Nurul HidayahGuru Matematik)Pn Siti Nurul Hidayah menyarankan agar semua guru- guru perlu dilibatkan secara kumpulan kecil bagi kumpulan matematik kerana keputusan matematik adalah membimbangkan kerana hanya 6 orang murid yang lulus.iv. En. Mohammad Haziq bin Mahmood(Guru Sains) Guru Sains menyatakan bahawa seramai 25 orang adalah murid yang boleh lulus dan murid yang selebihnya perlu diberi kelas intensif yang akan diadakan pada waktu malam.

Semua guru

Telah dilaksanakan dalam mesyuarat.

3.Mengenalpasti punca/ masalah dan perancangani. Prestasi GPS.En Mohammad Haziq menyatakan sekurang-kurangnya seramai 23 orang murid perlu mendapat lulus bagi membolehkan murid mencapai GPS 2.46. Semua guru perlu memastikan siapakah murid-murid yang boleh merealisasikan impian ini. En Ghani menyarankan agar guru-guru tahun 6 tidak dilibatkan dengan pelbagai aktiviti yang boleh menganggu focus dan tumpuan kerja bagi mencapai GPS yang diharapkan.Semua guru bersetuju dan menetapkan seramai 25 orang murid diletakkan dalam kelas A bagi memastikan 23 atau lebih murid dapat lulu semua matapelajaran. En Mohammad Haziq merancang dan menetapkan bahawa semua murid perlu ditentukan 25 orang dalam bulan Jun hingga Julai bagi memastikan kelemahan murid dapat dikesan awal.Semua guru perlu merancang program yang perlu dilaksanakan bagi setiap kumpulan yang telah ditetapkan iaitu kumpulan lemah, sederhana dan cemerlang.

Semua guru

Semua guru subjek/ panitia

Telah dilaksanakan

Dilaksanakan dalam mesyuarat

4.Penangguhan Mesyuarat Mesyuarat ditangguhakan pada pukul 11.30 pagi.Semua ahli mengambil maklum

Disediakan oleh : Disemak oleh :

..

..

MOHAMMAD HAZIQ BIN MAHMOOD PN LUDMILLA FORMENTERA

PENYELARAS KURIKULUM PENOLONG KANAN KURIKULUM

SK BATU PUTEH, KINABATANGAN SK BATU PUTEH, KINABATANGAN

TARIKH : TARIKH :

Disahkan oleh :

..

EN. MEGAT ALIAS BIN MEGAT MUDA,

GURU BESAR

SK BATU PUTEH, KINABATANGAN

TARIKH :

MINITSULITMESYUARAT DIALOG PRESTASIBIL 4/ 2015BIL 4/2015 (KALI KE-4) TARIKH: 29/07/2015

Tarikh : 29 Julai 2015 Masa : 11.00 Pagi Tempat : Bilik Gerakan SK Batu Puteh, Kinabatangan

KEHADIRANBilNamaJawatan

1.En Megat Alias bin Megat MudaGuru Besar SKBP

2.Pn Ludmilla Formentera bin AbdullahPK1 SKBP

3.Mohgammad Haziq bin MahmoodSetiausaha

4.En Abd Gani bin OtungGuru Bahasa Melayu I

5.Pn Sainah binti LamitGuru Bahasa Melayu II

6.Pn Rosminah binti NyambongGuru Bahasa Inggeris

7.Pn Siti Nurul Hidayah binti RoslanGuru Matematik

MINITSULITMESYUARAT DIALOG PRESTASIBIL 4/ 2015BIL 4/2015 (KALI KE-4) TARIKH: 29/ 07/ 2015

BILPERKARA/ISUTANGGUNGJAWABSTATUS TINDAKAN

1.ALUAN PENGERUSIUstaz Megat menyampaikan sedikit ucapan alu- aluan kepada semua guru yang hadir dan mengucapkan terima kasih atas peningkatan prestasi murid dari masa ke semasa.Ustaz Megat juga amat berharap semua guruyang terlibat dapat memberikan sehabis baik usaha dan tenaga dalam mengejap peningkatan GPS bagi tahun hadapan.

Semua guru

Mesyuarat mengambil maklum

2.Post Mortemkasar bagi mengenalpasti murid-murid yang boleh mencapai lulus dan bilangan murid bagi setiap subjek.iv. IntervensiPn Ludmilla meminta guru merancang program intervensi bagi setiap murid bagi memastikan GPS sekolah dapat ditingkatkan. Pn Ludmilla menegaskan GPS yang perlu dicapai bagi tahun 2015 adalah 2.46.

Semua guru subjekTelah dilaksanakan

2.Post Mortem1. Pn Ludmilla Formentera memberi sedikit kata- kata tentang prestasi terbaru murid-murid kepada semua hadirin.

2. Laporan Bahasa MelayuMurid boleh mencapai prestasi yang baik dalam subjek Bahasa Melayu dan GPS meningkat berbanding ujian yang diadakan pada bulan Jun.3. Laporan Bahasa InggerisMasih terdapat lagi murid yang lemah dalam membuat ayat. Murid boleh menguasai bahagian B dengan baik dan GPS meningkat dari masa ke semasa.4. MatematikUjian matematik dijalankan secara kerap dengan membahagikan murid kepada 8 kumpulan yang dipimpin oleh guru- guru yang telah ditugaskan. DIdapati bahawa program ini adalah sangat berkesan dan GPS meningkat dengan cemerlang.5. SainsDalam matapelajaran Sains seramai 26 orang telah lulus dan telah melebihi GPS subjek Sains yang telah di tetapkan. Guru Sains menyatakan bahawa kelas intensif malam yang telah dipecahkan mengikut bulan memberi impak positif yang memberangsangkan. Pn Ludmilla menyatakan bahawa semua murid telah dikenalpasti mengikut kumpulan di awal bulan Jun dan murid yang berpotensi lulus telah diberi perhatian lebih.Semua guru

En Abdul Gani Otung

Pn Rosminah binti Nyambong

Pn Siti Nurul Hidayah binti Roslan

En. Mohammad Haziq bin MahmoodAhli mesyuarat mengambil maklum

3.Mengenalpasti punca/ masalah dan perancangan1. Program bersepadu peningkatan Prestasi 2015

Pn Ludmilla Formentera meminta semua guru-guru yang terlibat meneruskan usaha dalam meningkatkan prestasi murid kerana GPS 2.46 masih belum tercapai. Adalah didapati laporan diperingkat PPD bahawa sekolah Batu Puteh terletak kedua terkahir daripada hamper 30 buah sekolah dalam daerah Kinabatangan.Semua guru diarah menyediakan plan masing- masing dan meneruskan usha meningkatkan prestasi SK Batu Puteh.

2. Langkah PerlaksanaanPn. Siti Nurul Hidayah menyarankan semua guru mengambil inisiatif menggunakan perancangan yang sedia ada memandangkan semua program yang telah dilaksanakan didapati berkesan.En Abdul Gani menyatakan bahawa semua guru perlu mengambil langkah mengadakan kelas dengan lebih kerap kepada pelajar yang mempunyai potensi yang baik untuk lulus.3. Perancangan 2016Pn Rosminah Nyambong mencadangkan bahawa perlaksanaan program UPSR perlu dilaksanakan lebih awal iaitu di tahun 5 bagi mengelakkan peristiwa bangau oh bangau.En Mohammad Haziq bin Mahmood mencadangkan di unit kurikulum mengadakan program carnival subjek bagi meningkatkan daya saing dan minat murid terhadap subjek teras.En Abdul Gani menyarankan agar guru tahun 6 tidak terlibat dalam aktiviti kokum tetapi menggunakan masa kokum untuk kelas tambahan bagi menambah masa interaksi murid, subjek dengan guru.En Mohammad Haziq memberikan cadangan agar pecahan murid kepada kumpulan kecil 6-7 orang murid dengan melibatkan semua guru adalah sesuai bagi semua subjek. Program ini perlu dikekalkan dan dilaksanakan di tahun hadapan.

Semua guru

Semua guru subjek/ panitia

Semua gur subjek dan Panitia

Mesyuarat mengambil maklum

Telah dilaksanakan

Akan dilaksanakan pada 2016

4.Penangguhan Mesyuarat Mesyuarat ditangguhakan pada pukul 12.30 tengahari.Semua ahli mengambil maklum

Disediakan oleh : Disemak oleh :

..

..

MOHAMMAD HAZIQ BIN MAHMOOD PN LUDMILLA FORMENTERA

PENYELARAS KURIKULUM PENOLONG KANAN KURIKULUM

SK BATU PUTEH, KINABATANGAN SK BATU PUTEH, KINABATANGAN

TARIKH : TARIKH :

Disahkan oleh :

..

EN. MEGAT ALIAS BIN MEGAT MUDA,

GURU BESAR

SK BATU PUTEH, KINABATANGAN

TARIKH :

MINITSULITMESYUARAT DIALOG PRESTASIBIL 1/ 2016BIL 1/2016 (KALI KE-1) TARIKH: 05/ 01/ 2016

Tarikh : 5 Januari 2016 Masa : 10.30-12.00 tengahari Tempat : Bilik Guru Besar SK Batu Puteh, Kinabatangan

KEHADIRANBilNamaJawatan

1.En Noh bin FuadGuru Besar SKBP

2.Pn Ludmilla Formentera bin AbdullahPK1 SKBP

3.Mohammad Haziq bin MahmoodSetiausaha

4.En Abd Gani bin OtungGuru Bahasa Melayu I

5.Pn Sainah binti LamitGuru Bahasa Melayu II

6.Pn Rosminah binti NyambongGuru Bahasa Inggeris

MINITSULITMESYUARAT DIALOG PRESTASIBIL 1/ 2016BIL 1/2016 (KALI KE-1) TARIKH: 05/ 01/ 2016

BILPERKARA/ISUTANGGUNGJAWABSTATUS TINDAKAN

1.ALUAN PENGERUSIEn Abdul Rauf bin Noh member kata alu-aluan kepada semua guru yang hadir dan menyatakan hasrat untuk bersuai kenal dengan semua guru-guru tahun 6 yang terlibat. En Abdul Rauf bin Noh juga menyatakan hasrat mahu berkongsi idea tentang strategi perlaksanaan untuk UPSR pada tahun 2016 dan berharap semua guru dapat memberikan pandangan masing-masing. Beliau juga berhasrat meningkatkan pencapaian akademik bagi tahun 2016 dengan kerjasama semua guru.Semua guru

Mesyuarat mengambil maklum

ii. Puan Ludmilla memberi sedikit penerangan dan pengenalan kepada guru besar tentang kedudukan dan situasi sekolah pada UPSR tahun 2015. Beliau juga menyatakan strategi yang telah dilaksanakan sepanjang tahun lepas dan didapati pada tahun ini SKBPK meningkat kadar GPS kepada yang lebih baik berbanding di tahun 2014.

Semua guru subjekTelah dilaksanakan

2.Harapan dan sasaran semua guru i. Semua guru sebulat suara berganding bahu supaya pada tahun ini semua guru yang boleh memberi sumbangan dapat dilibatkan dengan kelas tambahan bagi meningkatkan tahap keberkesanan penyerapan ilmu di kalangan murid.

ii. Semua guru tahun 6 akan menjalankan aktiviti kelas tambahan sepanjang aktiviti kokum yang dijalankan pada hari sabtu berlangsung.

Semua guru

Guru tahun 6 dan guru-guru yang terlibat.

Akan dilaksanakan bermula awal Februari.

akan dilaksanakan seawal Februari

3.Mengenalpasti punca/ masalah dan perancangani. Pn. Ludmilla menyatakan kelas tambahan akan terus berlangsung seperti biasa dengan melibatkan lebih ramai guru dalam menyumbang kepada peningkatan akademik.ii. Pn Jaleha Maraban berpendapat satu modul dapat digunakan mengikut subjek agar semua guru tahun 6 tidak terbeban dalam menyediakan bahan kepada murid setiap kali kelas tambahan berlangsung. iii. En. Nuh menyatakan bahawa satu ujian pengasingan kelas perlu dijalankan bagi memastikan murid yang lemah dan murid yang berpotensi lulus.iv. En nuh juga menyatakan agar satu jawatankuasa membuat soalan dan menyediakan bahan perlu dirangka bagi memudahkan guru tahun 6. v. En Nuh juga mengarahkan agar semua guru-guru subjek menyediakan fail panitia dengan headcount masing-masing bagi memudahkan guru mencari kelemahan murid dan merangka program bagi setiap kelompok pelajar. Selain daripada itu juga beliau menyatakan setiap murid itu dapat dianalasis dengan baik oleh guru subjek dengan menggunakan headcount.vi. Ujian bulanan juga perlu dilaksanakan bagi melihat perkembangan setiap murid.vii. En Nuh juga member cadangan semua guru subjek dapat menyediakan satu fail perancangan untuk dibentangkan dalam dialog prestasi. Program intervensi bagi setiap kumpulan perlu dirangka bagi membantu murid di setiap kelompok.viii. Pencerapan PdP juga akan dilakukan dengan lebih kerap bagi semua guru bagi meningkatkan komitken guru terhadap tugas masingmasing di kelas. ix. En Nuh juga mengharapkan agar ibu-bapa dapat dilibatkan dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik murid.

Pn Ludmilla Formentera.

Pihak Pentadbir bahagian kurikulum

Semua guru tahun 6

Semua guru

Semua Panitia

Semua guru tahun 6

Semua Panitia

Pentadbir

Pn Ludmilla

Akan dilaksanakan

Akan dilaksanakan

Telah dilaksanakan

Dalam perancangan

Akan dilaksanakan

Akan dilaksanakan sepanjang tahun

Akan dilaksanakan

Dilaksanakan sepanjang tahun

Awal Februari

4.PERINCIAN STRATEGI PERLAKSANAAN PROGRAMi. En. Abdul Gani mencadangkan agar kelas tambahan dapat melibatkan semua guru lantaran daripada kesan program matematik yang dilaksanakan pada tahun lepas memberi impak yang besar kepada subjek tersebut. ii. En. Abdul Gani juga menyatakan program yang dijalankan pada hari sabtu iaitu aktiviti kokum boleh diganti dengan kelas tambahan untuk tahun 6.iii. En. Abdul Gani menyatakan bahawa program untuk calon UPSR 2017 perlu dijalankan di tahun ini bagi memudahkan murid dikenalpasti dan strategi susulan dapat dirangka.iv. En Nuh mencadangkan agar intervensi bagi setiap murid mengikut kumpulan perlu dirangka terutama bagi murid yang berada di tahap 2. Headcount pula perlu disetiapkan oleh setiap guru subjek masing-masing.v. Tuan Guru Besar juga menyatakan bahawa imbuhan dalam bentuk wang akan diberikan kepada murid-murid yang mendapat keputusan yang bagus. vi. Modul bagi program UPSR akan ditentukan oleh guru masing-masing bagi memastikan setiap buku adalah sesuai mengikut aras murid dan perkembangan terkini pendidikan.vii. En Mohammad Haziq bin Mahmood menyatakan program motivasi pada tahun lepas tidak dapat dilaksanakan dan program-program motivasi yang telah dilaksanakan pada tahuntahun lepas tidak menepati cirri-ciri motivasi yang sebanar bagi calon UPSR. Motivasi memerlukan perubahan sikap guru dan pengisian untuk motivasi perlu dirangka dengan baik untuk mempengaruhi sikap murid. viii. En Nuh meminta Pn Ludmilla dan Mohammad Haziq untuk menetapkan tarikh perjumpaan murid, ibu-bapa dan guru.

Puan Ludmilla

Guru Panitia

Pentadbir

Guru Panitia

PK HEM

Akan dilaksanakan

5.Penangguhan Mesyuarat Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.10 tengahari.Semua ahli mengambil maklum

Disediakan oleh : Disemak oleh :

..

..

MOHAMMAD HAZIQ BIN MAHMOOD PN LUDMILLA FORMENTERA

PENYELARAS KURIKULUM PENOLONG KANAN KURIKULUM

SK BATU PUTEH, KINABATANGAN SK BATU PUTEH, KINABATANGAN

TARIKH : TARIKH :

Disahkan oleh :

..

EN. NUH BIN FUAD,

GURU BESAR

SK BATU PUTEH, KINABATANGAN

TARIKH :