sumbangan che su dan keluarga kepada

25
SUMBANGAN CHE SU DAN KELUARGA KEPADA PEMBANGUNAN PERUSAHAAN BATIK DI KELANTAN NIK YUSNITA NIK AHMED SARJANA SASTERA PENGAJIAN WARISAN 2015

Upload: trinhkiet

Post on 12-Jan-2017

253 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUMBANGAN CHE SU DAN KELUARGA KEPADA

SUMBANGAN CHE SU DAN KELUARGA KEPADA

PEMBANGUNAN PERUSAHAAN BATIK DI

KELANTAN

NIK YUSNITA NIK AHMED

SARJANA SASTERA PENGAJIAN WARISAN

2015

Page 2: SUMBANGAN CHE SU DAN KELUARGA KEPADA

Sumbangan Che Su Dan Keluarga Kepada Pembangunan

Perusahaan Batik Di Kelantan

Oleh

Nik Yusnita Nik Ahmed

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat

memperolehi Ijazah Sarjana Sastera

Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

2015

Page 3: SUMBANGAN CHE SU DAN KELUARGA KEPADA

PERAKUAN TESIS

Saya dengan ini memperakukan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil

penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan untuk ijazah tinggi kepada mana-

mana Universiti atau Institusi.

TERBUKA Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah

keras atau akses terbuka dalam talian (teks penuh)

SEKATAN Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah

keras atau dalam talian (teks penuh) bagi tempoh yang

diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah.

Dari tarikh hingga

SULIT (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi

1972)*

TERHAD (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh

organisasi di mana penyelidikan dijalankan)*

Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut.

1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan.

2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat

salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian.

860511-29-5278 PROF. MADYA NAJIB BIN MD NOR

Nombor Kad Pengenalan

Tarikh: JULAI 2015

Nama Penyelia Utama

Tarikh: JULAI 2015

i

Page 4: SUMBANGAN CHE SU DAN KELUARGA KEPADA

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat

dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan sahabat baginda yang

dikasihi. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan taufik dan hidayah-Nya telah

memberi kekuatan dan keyakinan kepada pengkaji untuk menyiapkan tesis dalam bentuk

yang sedemikian.

Penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Prof. Madya Mohd. Najib Nor

selaku penyelia utama di atas tunjuk ajar, bantuan, dan galakan berterusan yang diberikan

kepada pengkaji dari mula tesis ini dirangka sehingga disiapkan. Ucapan penghargaan yang

tidak terhinnga juga kepada Tuan Haji Kamaruzzaman, Pengurus Samasa Batik selaku

responden utama yang banyak membantu menyalurkan maklumat sehingga selesai

penulisan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kedua ibu bapa dan keluarga tercinta yang

banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tesis ini. Selain

itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada teman-teman seangkatan yang banyak

memberi bantuan dan sokongan. Akhir sekali, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih

kepada semua pihak yang turut memberi sumbangan dalam apa-apa juga bentuk, sama ada

secara langsung atau secara tidak langsung kepada saya dalam menyiapkan tesis ini.

Sekalung Penghargaan Untuk Semua:

Nik Yusnita Nik Ahmed

Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan

Universiti Malaysia Kelantan.

ii

Page 5: SUMBANGAN CHE SU DAN KELUARGA KEPADA

SENARAI KANDUNGAN

HALAMAN

PERAKUAN TESIS i

PENGHARGAAN ii

SENARAI KANDUNGAN iii

SENARAI RAJAH viii

ABSTRAK x

ABSTRACT xi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.1.1 Sejarah batik 3

1.1.2 Perkembangan batik di Malaysia

1.1.3 Seni batik 7

1.1.3.1 Batik terap/ batik blok 8

1.1.3. 1 (a) Proses Menerap 9

1.1.4 Jenis-jenis batik 9

1.1.4.1 Batik ikat celup 10

1.1.4.2 Batik cop/terap 11

1.1.4.3 Batik tulis 13

1.1.4.4 Batik skrin 15

iii

Page 6: SUMBANGAN CHE SU DAN KELUARGA KEPADA

1.1.5 Permulaan batik Kelantan oleh Che Su 15

1.2 Latar Belakang Kajian 18

1.3 Pendekatan Teori 19

1.4 Pernyataan Masalah 21

1.5 Persoalan Kajian 22

1.6 Objektif Kajian 23

1.7 Kepentingan Kajian 24

1.8 Skop Kajian 25

1.9 Kaedah Kajian 26

1.10 Definisi Konsep 26

1.11 Struktur tesis 27

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 29

2.2 Beberapa Kajian Terdahulu 29

2.2.1 Perusahaan Batik 29

2.2.2 Asal Usul Batik 34

2.2.3 Perkembangan Corak Batik dan Jenis-jenis nya 36

2.3 Kesimpulan 41

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 42

3.2 Reka Bentuk Kajian 43

3.3 Kaedah Kajian 45

iv

Page 7: SUMBANGAN CHE SU DAN KELUARGA KEPADA

3.3.1 Kaedah Kepustakaan 45

3.3.2 Kaedah Lapangan 46

3.3.2.1 Kaedah temubual 46

3.3.2.2 Kaedah pemerhatian 47

3.4 Prosedur Kajian 48

3.5 Kesimpulan 48

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Analisis Data 49

4.1.1 Sejarah perusahaan kreatif batik : permulaan Che Su 49

4.1.2 Pembukaan pasaran baru: kesinambungan pencetus kepada

industri kreatif dari Che Su bin Ishak 52

4.1.2.1 Syarikat Mohammad Yusof & Co 53

4.1.2.2 Syarikat Samasa Batik Sdn. Bhd. 59

4.1.2.3 Samasa Panca Kimia Sdn. Bhd 64

4.1.2.4 Syarikat Alias Batek 65

4.1.2.5 Samasa Enterprise 67

4.1.2.6 Syarikat Mofaz Cars Sdn Bhd 68

4.1.3 Memperkenalkan cara produksi baru dan penemuan bahan mentah yang baru :

Pembaikan Kualiti Batik Dengan Penghasilan Corak dan Teknik Terbaru

(pengekalan batik Che Su sehingga ke hari ini) 71

4.1.4 Sumbangan permulaan perusahaan batik Haji Che Su

Kepada masyarakat 79

v

Page 8: SUMBANGAN CHE SU DAN KELUARGA KEPADA

4.1.4.1 Pembangunan tenaga kerja 79

4.1.4.2 Menyatupadukan keluarga Che Su dan masyarakat setempat 82

4.1.4.3 Usaha ke arah pengekalan warisan 84

4.1.4.4 Menjadi pemimpin dalam kalangan pengusaha-pengusaha batik 84

4.1.5 Kesan atau impak dari semangat keusahawanan keluarga

Che Su kepada masyarakat dan ekonomi Negara 85

4.1.6 Cabaran yang dihadapi oleh Haji Che Su dan keluarga 87

4.1.7 Peranan Kerajaan dalam pembangunan Usahawan Haji Che Su dan keluarga 90

4.1.7.1 Agensi Pelancongan Malaysia Cawangan Kelantan 91

4.1.7.2 Muzium Kelantan 91

4.1.7.3 Kraftangan Malaysia 92

4.2 Dapatan kajian 95

4.2.1 Dapatan kajian: Sifat-sifat keusahawanan yang terdapat

pada Haji Che Su bin Ishak dan keluarga. 95

4.2.1.1 Kepimpinan 95

4.2.1.2 Inovasi 96

4.2.1.2(a) Mencipta mesin basuh 97

4.2.1.2(b) Meja cetakan batik (printing table) 97

4.2.1.2(c) Glising Machine 98

4.2.1.3 Sanggup mengambil risiko 98

vi

Page 9: SUMBANGAN CHE SU DAN KELUARGA KEPADA

4.2.2 Dapatan kajian: falsafah pemikiran usahawan 99

4.2.2.1 Che Su bin Ishak 99

4.2.2.2 Anak-anak Che Su bin Ishak 99

4.2.2.3 Cucu Che Su bin Ishak 100

4.2.2.4 Cicit Che Su bin Ishak 101

4.2.3 Dapatan kajian: pengekalan batik warisan Che Su 102

4.2.4 Dapatan kajian: Isu dan masalah 103

4.3 Kesimpulan 104

BAB 5 : PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Perbincangan 106

5.1.1 Penggunaan batik secara kreatif 115

5.2 Cadangan 118

5.3 Kesimpulan 121

RUJUKAN 125

LAMPIRAN A 131

LAMPIRAN B 141

vii

Page 10: SUMBANGAN CHE SU DAN KELUARGA KEPADA

SENARAI RAJAH

HALAMAN

Rajah 1.1: Teknik menerap/cop batik. 13

Rajah 1.2: Alat mencanting 14

Rajah 1.3 : Theory Schumpeter 21

Rajah 1.4 : Pembahagian bab kajian 28

Rajah 4.1: Susur Masa Pembangunan Keusahawanan Keluarga Che Su 53

Rajah 4.2 Carta struktur Organisasi Syarikat Mohammad Yusoff & Co 56

Rajah 4.3: Kilang Samasa Batik 60

Rajah 4.4: Mencanting batik (batik tulis) 61

Rajah 4.5: Batik skrin (blok skrin) 62

Rajah 4.6: Syarikat Alias Batek & Trading 66

Rajah 4.7: Samasa Enterprise 68

Rajah 4.8: Mofaz Car 71

Rajah 4.9: batik ‘rainbow’ 75

Rajah 4.10: Lilin (bewarna) 77

Rajah 4.11: Contoh penggunaan lilin bewarna 77

viii

Page 11: SUMBANGAN CHE SU DAN KELUARGA KEPADA

Rajah 4.12: Pewarna yang telah diadun 78

Rajah 4.13: Crockmeter- Penguji ketahanan gosokan 94

Rajah 5.1: Cenderamata (kain bercorak batik) 116

Rajah 5.2: Beg tangan dan kipas tangan 116

Rajah 5.3: Contoh lukisan yang bercorak batik 117

ix

Page 12: SUMBANGAN CHE SU DAN KELUARGA KEPADA

Sumbangan Che Su dan Keluarga Kepada Pembangunan Perusahaan Batik di

Kelantan

ABSTRAK

Batik merupakan tekstil utama bagi Masyarakat Melayu dari dahulu sehingga ke hari ini.

Kajian terhadap industri batik yang bertahan lebih 100 tahun dahulu pada tahun 2011,

menggambarkan bahawa batik boleh diterima umum dari semasa ke semasa dan

perkembangannya sentiasa mengikut arus globalisasi. Kajian yang dijalankan lebih

tertumpu terhadap pengasas batik di Kelantan iaitu Haji Che Su bin Ishak yang masih ramai

tidak mengetahui mengenai pelopor batik di Kelantan khasnya dan di Malaysia amnya ini.

Che Su dan keluarga dipilih dalam kajian ini adalah kerana beliau merupakan orang yang

pertama memperkenalkan batik di Kelantan. Wawancara bersama pewaris Che Su untuk

mendapatkan maklumat mengenai sejarah diri beliau terutamanya ketika penglibatan awal

dalam perusahaan batik sehingga kepada pewarisnya sekarang. Batik merupakan salah satu

industri kreatif yang mampu menjana pendapatan ekonomi dalam Negara. Manakala, Haji

Che Su merupakan salah seorang pengusaha yang kreatif pada waktu tersebut, kerana

mampu menzahirkan pelbagai jenis corak batik tanpa bantuan alatan teknologi yang

canggih seperti yang terdapat pada hari ini. Sumbangan beliau dalam dunia batik banyak

memberi peluang pekerjaan kepada seluruh keluarga pembatik di Kelantan khasnya. Kajian

ini telah membuktikan bahawa perindustrian batik yang dijalankan sejak tahun 1911, masih

bertahan sehingga ke hari ini dan legasi perniagaan beliau telah dipimpin oleh pewarisnya

sehingga ke generasi yang keempat, sekaligus kepada perkembangan kepada dunia batik

selepas kemunculan perusahaan-perusahaan batik lain dalam negara. Seterusnya, melalui

perusahaan batik yang dijalankan, mereka melakukan inovasi apabila turut

mempelbagaikan kegiatan perusahaan dan kebanyakan daripada mereka bergiat aktif dalam

bidang keusahawan.

x

Page 13: SUMBANGAN CHE SU DAN KELUARGA KEPADA

The Contribution Of Development Batik Industry In Kelantan By Che Su And Family

ABSTRACT

Batik is a major textile in Malay community from the past until today. Research

study of batik industry that was survived over then 100 years ago in 2011, represented that

batik can be accepted from time to during and always in accordance with the globalization

development. This study is focused on the founder of batik in Kelantan haji che su bin

ishak who was unknowing the pioneered of batik particularly in Kelantan and generally in

Malaysia. Che Su and families in this study were selected because he was the first person

to introduced batik in Kelantan. An interview the Che Su’s heir for gain a information

about his personal history especially during the early involvement in the batik entrepreneur

to his successor up currently. Batik is the one of the creative industries that can revenue

generate for country economic. Whereas, haji che su is an creative entrepreneur who is at

times, as capable expressing a wide range of batik without a aid sophisticated technology

tools as existed today. His contribution to the world of batik made many job opportunities

for the whole batik family players especially batik in Kelantan. This study has shown that

industrial batik conducted since 1911, retain survives to his this day and the legacy of his

business had been led by his successors up to fourth generation, also to the development of

batik world after the emerged batik companies in industry. Hereafter, through the batik’s

entrepreneur, they innovated as also diversity the business activities and many of them are

actively involved in entrepreneurship.

xi

Page 14: SUMBANGAN CHE SU DAN KELUARGA KEPADA

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Usahawan menurut pandangan Schumpeter (1934), sebagai individu yang

melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan organisasinya sendiri.

Manakala, istilah keusahawanan pula menurut Histrich dan Peter (2005), keusahawanan

ialah proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan yang dicipta individu untuk

menanggung risiko besar dalam ‘equity’ masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan

nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia merangkumi proses mencipta sesuatu

yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha serta risiko-risiko seperti kewangan,

psikologi dan sosial. Selain itu juga menerima manfaat dari segi kewangan, kepuasan

pribadi dan kebebasan.

Pengusaha batik adalah bermaksud seseorang yang menceburkan diri dalam

perusahaan batik sebagai fokus perniagaan, mengembang dan mempertahankan daya

maju perniagaan yang telah diterokai. Faktor yang telah menarik seseorang untuk

memulakan keusahawanan ialah kerana merebut peluang persekitaran yang ada di

1

Page 15: SUMBANGAN CHE SU DAN KELUARGA KEPADA

depan mata dan akan memberi keuntungan. Kemudian pengusaha ini akan melihat

peluang ini sebagai satu sumber rezeki dan berkhidmat untuk mengisi keperluan dan

kehendak masyarakat. Seterusnya juga ialah faktor psikologi seperti kecenderungan

terhadap pencapaian yang cemerlang.Batik merupakan salah satu industri kreatif

Negara dan pengusaha-pengusaha batik merupakan seorang usahawan yang kreatif

kerana berjaya menzahirkan corak yang menarik dan unik pada sehelai kain yang

dinamakan kain batik.

Industri kreatif merupakan industri yang melibatkan kreativiti individu,

keterampilan dan bakat yang mempunyai potensi menjana kekayaan serta mencipta

peluang pekerjaan melalui penggalakan dan eksploitasi harta intelek. Melalui

penggemblengan dan penghasilan kebolehan dan bakat individu atau berkumpulan

berasaskan kreativiti, inovasi dan teknologi yang menjurus kepada sumber keberhasilan

ekonomi dan pendapatan tinggi kepada Negara dengan memberi penekanan kepada

aspek karya dan hak cipta intelek selaras dengan budaya dan nilai-nilai murni

kepelbagaian kaum di Malaysia. (Portal laman Dasar Industri Kreatif Negara).

Kreativiti merupakan salah satu perkara terpenting untuk menjadikan seorang usahawan

yang berjaya(Robert D. Histrich, 2010).

Manakala, batik ialah menulis titik-titik tulisan, bunga-bunga ataupun lain-lain

motif pada permukaan kain. Motif-motif batik sentiasa berubah-ubah mengikut

peredaran zaman. Berasal daripada perkataan Indonesia ‘amba’ yang bermaksud

menulis, dan bahasa Melayu ‘titik’ yang digabungkan menjadi ‘batik’.Menulis titik-titik

2

Page 16: SUMBANGAN CHE SU DAN KELUARGA KEPADA

yang menyerupai bunga-bunga dan lain-lain motif kecil di atas permukaan kain putih.

Seterusnya, teknik untuk menghasilkan motif-motif akan bergantung kepada zaman dan

ruang (Abdullah Mohamed, 1990). Batik juga dibuat melalui proses penggunaan lilin

yang dititik di atas kain putih melalui proses menerap atau mengecop,melukis dan

mencorak. Manakala, dalam kamus dewan, istilah batik ialah kain yang bercorak,

dilukis atau diterap dengan lilin dan dicelup. Batik adalah sebagai tekstil tradisional

yang terawal digunakan oleh orang Melayu. Sifatnya yang fleksibel sering sahaja

digunakan secara menyeluruh samada dalam majlis-majlis formal ataupun untuk

kegunaan santai.

1.1.1 ejarah batik

Batik digunakan sejak awal lagi apabila kain kapas yang bercorak itu digunakan

oleh pembesar dan juga orang biasa tanpa mengira kedudukan dalam masyarakat

yang berbentuk feudal. Pembesar-pembesar negeri berkemampuan untuk membuat

sarung batik sutera dalam perkarangan istana, atau menempahnya daripada luar.

Dalam kronika abad ke 15 dalam sejarah Melayu dinyatakan Sultan Melaka begitu

terpesona oleh seri corak pada kain daripada benua Kalinga sehingga baginda

menyuruh Pegawai Setianya Hang Nadim ke India untuk membawa balik sebanyak

40 jenis kain, 40 kaki panjang bagi setiap satu dan setiap helai kain itu mempunyai

40 motif bunga.

3

Page 17: SUMBANGAN CHE SU DAN KELUARGA KEPADA

Batik yang terawal di bawa di Tanah Melayu ialah batik pelangi iaitu sejak tahun

1770 an lagi. Manakala, usaha membuat batik mula diperkenalkan di Kelantan pada

abad ke 20 iaitu Pada tahun 1911. Di Tanah Melayu kebanyakan kilang-kilang batik

yang bergiat aktif pada masa itu banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

(Petikan di Perpustakaan Negara Malaysia). Selain itu, menurut Munsyi Abdullah,

masyarakat Kelantan telah mengenali kain-kain seperti batik Jawa dan kain Bugis

dari awal abad ke 19 lagi. Batik Melayu yang terdapat di kedua-dua negeri ini

dipengaruhi langsung dari Jawa dengan menghasilkan batik yang ditiru daripada

batik Jawa dan juga batik Siam. Namun begitu, pada asasnya, kain batik yang

dihasilkan di Semenanjung Malaysia ialah hasil usaha dan inovasi penduduk

semenanjung Malaysia sendiri, serta tidak dinafikan ada juga batik yang ditiru dari

Indonesia. Batik Jawa merupakan batik yang dibawa dari Indonesia dan kemasukan

batik Jawa ke Semenanjung Malaysia disebabkan adanya hubungan antara

Semenanjung Malaysia dengan Indonesia ( Pauziah, 1983).

1.1.2 Perkembangan batik di Malaysia

Namun begitu, perkembangan batik dari setahun ke setahun telah meningkat

menyebabkan kewujudan lebih ramai pengusaha batik yang baru. Hal ini kerana,

bantuan daripada pihak kerajaan kepada pengusaha-pengusaha industri batik, seperti

4

Page 18: SUMBANGAN CHE SU DAN KELUARGA KEPADA

kebelakangan ini, industri batik mendapat tempat yang menggalakkan di pasaran

samaada pasaran tempatan mahupun pasaran luar kerana pengusaha-pengusaha

batik sekarang sudah mempunyai peluang untuk memasarkan produk batik tersebut.

Arahan yang dikenakan ke atas penjawat awam untuk memakai pakaian batik pada

setiap hari Khamis telah menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk membantu

usahawan batik dan menggalakkan lagi masyarakat menggunakan batik sekaligus

menyumbang kepada ekonomi penggiat-penggiat batik Negara. Perhatian yang

cukup tinggi ini selaras dengan kesedaran umum mengenai peranan dan sumbangan

perusahaan kecil kepada pembangunan ekonomi Negara secara keseluruhannya.

Pada tahun 1970-an, industri batik di Malaysia diterajui oleh Lembaga

Kraftangan Malaysia (LKM) dan telah ditukar kepada Perbadanan Kemajuan

Kraftangan Malaysia. Manakala, melalui bidang pendidikan juga turut ikut serta

dalam memajukan industri batik apabila Institut Teknologi Mara telah membuka

bidang reka corak tekstil kepada pelajar-pelajarnya. Di samping itu, Batik Malaysia

Berhad (BMB) adalah satu badan yang berperanan dan mempromosikan batik-batik

di dalam dan luar Negara. Menurut Jasman dan Siti Razimah (1996) pada tahun 70-

an juga Malaysia banyak mendirikan batik kecil-kecilan untuk tujuan pembangunan

dalam industri ini. Kemudian, batik terus berkembang di negeri-negeri lain selain

Kelantan dan Terengganu.

Selain itu, Perbadanan kraftangan juga mempromosikan batik kepada

pelancong-pelancong samaada daripada dalam Negara mahupun luar Negara.

5

Page 19: SUMBANGAN CHE SU DAN KELUARGA KEPADA

Antara promosi batik yang telah di usahakan oleh pihak kraftangan ialah

mengadakan hari Kraf Kebangsaan pada setiap tahun, bagi mempromosikan batik

dan kraf yang lain yang telah diusahakan oleh usahawan kraf dan membawa sekali

usahawan batik negeri Kelantan ke seluruh Malaysia. Hal ini sekaligus dapat

membantu penggiat batik dan produk kraf yang lain dalam meningkat jualan

mereka.

Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan di bawah unit kajian teknologi

mengorak langkah menjalankan penyelidikan kearah menggalakkan penggunaan

‘natural dye’ atau penggunaan pewarna dari alam semulajadi dalam penggunaan

batik oleh pembatik-pembatik di Malaysia atau di Negeri Kelantan khasnya. Bahan

semulajadi merupakan bahan alternatif di dalam proses pembantikan bagi

menggantikan pewarnaan sintetik yang diperbuat daripada bahan kimia. Hal ini

adalah untuk memastikan bahan –bahan dalam pembuatan batik kearah menjaga dan

mencintai alam sekitar daripada bahan-bahan kimia yang merosakkan. Antara bahan

semulajadi yang digunakan untuk dijadikan pewarna ialah daripada tumbuh-

tumbuhan yang terdiri daripada daun, bunga, akar, kulit dan sebagainya. Antara

tumbuhan tersebut ialah daun kari, manggis, sentul, rambai dan rambutan.

Menurut Encik Juhari bin Azmi, Timbalan Pengarah Perbadanan Kemajuan

Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan, Negeri Kelantan merupakan negeri yang

terbesar kepada pengeluaran batik di Malaysia dan dipanggil ‘Home of Batik’.

Manakala, di Kota Bharu merupakan tempat paling ramai yang terlibat dalam

6

Page 20: SUMBANGAN CHE SU DAN KELUARGA KEPADA

perusahaan batik di Kelantan (Juhari Azmi, temubual, September 2012). Malah

bukan sahaja pengusaha, kedai-kedai yang menjual batik juga banyak terdapat di

kompleks membeli belah. Samada kedai persendirian yang menjual batik secara

terus, mahupun tempat-tempat seperti Plaza Tok Guru, Pasar Besar Siti Khadijah,

Plaza Tuan Padang, Wakaf Che Yeh dan banyak lagi. Seterusnya, menurut Puan

Bazilah binti Abdul Razak, dari Bahagian Usahawan dan Pembangunan Kraftangan

Kelantan, jumlah pembatik yang berdaftar di seluruh negeri Kelantan setakat

Disember tahun 2012 ialah sebanyak 346 orang. Manakala pengusaha batik di

sekitar Kota Bharu, ialah sebanyak 303 orang. Ini menunjukkan hampir keseluruhan

pengusaha batik beroperasi sekitar Kota Bharu. Hal ini kerana Kota Bharu sebagai

tempat permulaan kepada industri batik di Kelantan oleh Haji Che Su, dan pada

keadaan sekarang merupakan tempat tumpuan pelancong samada pelancong

tempatan ataupun pelancong luar Negara(Bazilah Razak, temubual, Februari 2012).

1.1.3 Seni Batik

Seni batik merupakan kaedah reka corak pada permukaan tekstil yang

diasaskan dengan menggunakan lilin sebagai penghadang kepada aplikasi pewarna.

Lilin digunakan sebagai agen pemisah warna yang dilukis atau diterap ke atas

permukaan tekstil. Seterusnya, warna sebagai pencelop atau mengaplikasi kepada

tekstil sama ada melalui kaedah celupan ataupun menggunakan lukis. Seni batik

7

Page 21: SUMBANGAN CHE SU DAN KELUARGA KEPADA

adalah unik dan istimewa kerana setiap helaian batik yang dihasilkan akan

melahirkan perbezaan walaupun menggunakan blok cop dan warna yang sama.

Keunikan setiap helai ini lebih terserlah dalam seni batik tulis.Penjenisan batik

bergantung kepada teknik penghasilan seperti :-

1.1.3.1 Batik terap/ batik blok

Batik terap menggunakan teknik cop iaitu aplikasi lilin dengan blok cop dan

pewarnaan secara celupan ke dalam pewarna. Kaedah ini digunakan untuk

menghasilkan batik sarung dan batik lepas yang sangat popular dalam kegunaan

harian bagi masyarakat Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kaedah celupan

hanya menjadikan warna lebih sekata dan datar walaupun terapan dan celupan

ulangan boleh dibuat untuk mendapatkan warna akhir yang lebih banyak. Kaedah

ini menjadikan proses pengeluaran batik terap dengan lebih cepat untuk permintaan

pasaran.

Kepingan-kepingan logam pada peringkat awal yang diambil daripada tin-

tin kosong yang terbuang akan dipotong untuk membuat blok cop dan menghasilkan

corak-corak batik. Kepingan logam ini akan dibentuk dan dipateri menurut garis

lakaran yang disediakan oleh pereka blok cop. Blok asas ini kemudiannya

dilekatkan pada kepingan bingkai papan dan dipasangkan tangkainya. Sepasang

(satu set) blok mengandungi beberapa bahagian yang merujuk kepada anatomi kain

8

Page 22: SUMBANGAN CHE SU DAN KELUARGA KEPADA

batik, terutamanya kain batik sarung. Penerap kadangkala mengambil bahagian-

bahagian berasingan daripada satu pasang untuk membentuk corak yang berbeza.

Blok yang telah siap ini akan menghasilkan satu kerja seni yang halus dan cantik.

1.1.3.1(a) Proses menerap

Proses ini memerlukan blok-blok cop dan akan dicelup ke dalam lilin cair

yang panas dan akan diterapkan ke atas kain dan akan menghasilkan corak yang

telah dibentuk mengikut acuan. Terapan lilin akan menjadi reka corak dan tekstur

kraf tekstil ianya bergantung kepada pencelupan warna akhir bagi menghasilkan

batik, terapan dan celupan dibuat berulang-ulang sebelum ianya direbus dalam air

yang mendidih bagi membuang lilin, dijemur kering dan dibuat penggredan mutu

untuk pasaran. Kerja secara kolektif bagi menghasilkan terap batik ialah tukang

pencelup warna, tukang terap, tukang jemur, pembuat blok, tukang celur dan tukang

pemantau mutu (quality grader).

1.1.4 Jenis-jenis batik

Teknik-teknik yang terdapat dalam pembuatan batik adalah pelbagai di

antaranya ialah, batik ikat celup, batik cop/terap, batik tulis dan batik skrin. Teknik

9

Page 23: SUMBANGAN CHE SU DAN KELUARGA KEPADA

ini memberi kesan yang berlainan dan menghasilkan corak yang pelbagai sekaligus

dapat memberi banyak pilihan kepada penggemar batik. Antaranya:

1.1.4.1 Batik ikat celup

Batik pelangi merupakan satu jenis tekstil yang terkenal di Alam Melayu

sejak abad ke-13 dan sangat istimewa bagi masyarakat Melayu pada masa itu.

Teknik ini dipercayai diambil daripada India yang dikenali ‘bhadana’. Ilham

coraknya yang diambil daripada corak pelangi yang dihasilkan melalui teknik khas

iaitu teknik ikat dan celup kain. Keindahan kain ini bagi masyarakat Melayu dahulu

dapat digambarkan oleh Siti Zainon dalam penulisannya pada tahun 1995. Teknik

khas yang telah memberi kesan percikan dan menghasilkan kain pelangi yang

berwarna warni dan saling berlapis.

Hasil penggunaan warna asli telah memberi perkembangan positif yang

begitu meluas sekali. Kain pelangi juga disebut sebagai kain ‘raway’ kerana jenis

kain ini diperkenalkan oleh tukang tenun Boyan di Singapura. Teknik ini

diperkenalkan sebelum terdapatnya bahan cetak atau blok batik. Kaedah yang

digunakan ini hampir sama dengan kaedah pengeluaran kain Punjab di India.

Tekstil jenis ini dihasilkan dengan teknik meninggalkan kesan tritik yang

berbentuk bunga-bunga kecil seperti kesan batik lilin. Ragam hiasnya diselangi

10

Page 24: SUMBANGAN CHE SU DAN KELUARGA KEPADA

corak seperti pelangi. Teknik menghasilkan pelangi merupakan lanjutan dari proses

mengikat dan mencelup benang dalam teknik tenun ikat.

Bahan asas yang kebiasaannya digunakan ialah kain dasar putih, tali

pengikat, benang atau getah pengikat (rubber band) dan bahan pencelup atau

pewarna. Proses membuat bentuk motif bukan melalui terapan lilin atau melukis ke

atas kain, sebaliknya terdapat teknik tersendiri iaitu dengan cara mengikat dengan

tali, getah atau dijelujur, sembah dan juga menjahit bertujuan mereka corak dan

menyekat warna dari merebak ke bahagian lain. Seterusnya, hasil yang diperolehi

corak yang seakan-akan pelangi manakala cara menjahit, menyembat dan jelujur

akan menghasilkan kesan tritik.

1.1.4.2 Batik cop/terap

Di Malaysia amnya, dan di Kelantan khususnya menggunakan teknik batik

blok adalah teknik yang paling awal sekali dicipta. Acuan yang digunakan dengan

mengukir corak di atas kayu yang telah dibentuk dengan menerapkan sejenis

pewarna hitam. Teknik awal ini juga dikenali sebagai ‘terap hitam’. Corak-corak

acuan kayu lebih kemas dan halus buatannya. Selain itu, acuan khas digunakan

untuk menerapkan lilin pada sarung di bahagian kepala kain, kapit kain, badan kain

dan kaki kain.

11

Page 25: SUMBANGAN CHE SU DAN KELUARGA KEPADA

Ilham motif batik blok kebiasaannya diadaptasi daripada tumbuh-tumbuhan

flora dan fauna. Peranan alam semulajadi adalah amat penting dalam menghasilkan

sesuatu corak batik pada masa itu. Corak flora dipilih daripada bahagian-bahagian

tumbuhan yang ditiru berasaskan unsur bunga-bungaan yang terdapat dari

tumbuhan alam khatulistiwa. Gubahan motif dan corak direka secara realistik,

abstrak dan stilisasi dalam bentuk geometri dan organik, terutamanya apabila orang

Melayu menerima Islam sebagai cara hidup mereka.

Idea penghasilan motif atau corak diilham daripada flora dan fauna. Antara

motif flora ialah, corak pucuk rebung, bunga cempaka, bunga tampuk manggis,

pohon ara, bunga mangga, bunga kenanga dan daun keladi. Manakala, motif fauna

atau haiwan yang popular ialah ayam dan jaring ikan yang juga dikenali corak teluk

berantai. Batik blok ini juga dikenali dengan batik pukul dan batik terap dan

merupakan seni kraf buatan tangan tradisional yang terkenal di Malaysia sekaligus

melambangkan hasil kerja tangan masyarakat tempatan yang mempunyai mutu

ciptaan dan rekacoraknya yang tinggi.

Teknik ini adalah sebahagian daripada keistimewaan masyarakat Melayu

Kelantan terutamanya dalam menghasilkan motif dari teknologi ukiran kayu

Melayu. Ukiran kayu yang terbentuk bercorak flora dan fauna ini menggambarkan

sifat kreatif yang ada pada pengusaha batik seperti Che Su, sehingga dapat

diterjemahkan ke atas kain yang dapat menghasilkan corak yang begitu menarik.

12