stress semakin menjadi-jadi. tenangkanlah hati

19

Upload: nizartwork-hashim

Post on 24-Jun-2015

1.516 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

Dari dulu sampai sekarang, manusia menggunakan pelbagai cara & kaedah menangani stress. Yang nyata stress makin menjadi-jadi.

TRANSCRIPT

Page 1: Stress Semakin Menjadi-Jadi. Tenangkanlah Hati
Page 2: Stress Semakin Menjadi-Jadi. Tenangkanlah Hati

Ada yang hilang seketika, datang kembali.Ada yang hilang buat selama-lamanya.Ada tekanan disahut sebagai cabaran.

Ada tekanan seperti kebiasaan..

Ada yang mengatakan “No pressure…

then there is no pleasure”

Ngapa ada pula yang rasa hendak terbalik dunia ini rasanya..

MasyaAllah..

Page 3: Stress Semakin Menjadi-Jadi. Tenangkanlah Hati

Dari dahulu sampai sekarang,

dan masa akan datang, manusia

guna pelbagai kaedah dan cara..

…menguruskan stress

Page 4: Stress Semakin Menjadi-Jadi. Tenangkanlah Hati

Apakah mungkin belum bertemu dengan ‘buku’Nya

Yang dijumpa hanyalah kulit.

Isinya jauh entah di mana..

Apakah mungkin salah buku yang dicari, digali,

dibeli ?

Page 5: Stress Semakin Menjadi-Jadi. Tenangkanlah Hati

Semakin dicari dan digali untuk menyelesaikannya

Bertambah pusing pula caranya

Stress dari sekati, kini dah berguni..

Page 6: Stress Semakin Menjadi-Jadi. Tenangkanlah Hati

Dulu bujang, kini berkeluarga,

Rumah kecik, macam kuih semperit.

Katanya dulu “Perit, stress tinggal berhimpit-himpit.”

Page 7: Stress Semakin Menjadi-Jadi. Tenangkanlah Hati

Rezeki digali, makin bertambah. Rumah pula bercambah-cambah.

Siap jaga, pintu gate besi..termasuk juga CCTV, supaya digeruni perompak, pencapek mahupun pencuri.

Selesainya sedikit, bertambahnya ada.Tidur malam, payah juga hendak lena.

Walau rumah makin selesa,stress payah nak hilang juga.

Page 8: Stress Semakin Menjadi-Jadi. Tenangkanlah Hati

Kalau dulu.. kuda besi slow macam labi-labi.

Ada kalanya repair sana, rosak pula di sini.

Katanya ..” ah laju lagi kalau berjalan kaki..!”

Stress naik menjadi-jadi..

Page 9: Stress Semakin Menjadi-Jadi. Tenangkanlah Hati

Tapi..Darah rendah, naik meninggi..ada yang tidak kena lagi !!!

Ya Rabbi.. Ngape ni..?

Kini…katanya “Penat penat kita berusaha dan berniaga.. biar merasa nikmat dunia, sebab ianya sementara”

Transmisi ‘auta’matik,tekan pedal, mudah aja sampai destinasi

Page 10: Stress Semakin Menjadi-Jadi. Tenangkanlah Hati

Asyik-asyik keli, sepat, talapia, puyu.Lalu tidak lalu, suap selalu.

Makan kari selalu, sebab hanya itu sahaja yang termampu.

Hajat di hati, hanya Allah yang tahu.

Page 11: Stress Semakin Menjadi-Jadi. Tenangkanlah Hati

Kalau dulu dah rasa jemu..Kini boleh order satu persatu.Siap apron disangkut di bahu.Risau kuah terpercik di baju.

Kini jenahak, siakap, kerapu sentiasa di menu.Angkat tangan, order selalu.

Tapi mengapa macam terjumpa hantu.Muka pucat, makan tak lalu.

Rupanya gastrik setiap waktu.angkara stress bertambah-tambah dari dahulu.

Page 12: Stress Semakin Menjadi-Jadi. Tenangkanlah Hati

Dulu kerani, kena kerja sampai pagi.Asyik aja jumpa si ceti.Stress sebab selalu tidak cukup gaji.

La ni.. Sudah MD, Gaya dan lagak kalah tok menteri.

Lompat kerja di sana-sini, Kini sudah punya syarikat sendiri.Arah sana, arah sini,Tak payah kerja macam dulu lagi. Overtime, Elaun, Claim, tak henti-hentiRezeki masuk berlori-lori.

Page 13: Stress Semakin Menjadi-Jadi. Tenangkanlah Hati

Kalau memberi, sekupang pun berkira!Bila membeli, langsung terlupa..

Ingatkan sudah senang hati,Rupanya stress makin menyeksakan diri.

Page 14: Stress Semakin Menjadi-Jadi. Tenangkanlah Hati

Ke hulu ke hilir, ke darat ke barohMencari pelega, pil mahupun herbaStress yang diobat tak semboh-sembohUang mencurah, sudah tak kira berapa..

Page 15: Stress Semakin Menjadi-Jadi. Tenangkanlah Hati

Adakalanya memang kita terleka.Semuanya itu bukan milik kita.

Bila-bila masa.. boleh diambil kembali olehNya juga.

Ladang dan estet,Lembu,kambing, kuda tunggangan

Rumah & HartaAnak & Isteri/Suami

Empayar niagaPangkat serta Nama

Page 16: Stress Semakin Menjadi-Jadi. Tenangkanlah Hati

Mungkin kita perlu banyak bersyukur.Mungkin kita perlu banyak bertafakur.Mungkin kita perlu selalu menghulur.Mungkin kita perlu banyak ‘tumakninah’ dalam pelbagai urusan.

Mungkin kita perlu ‘ketepikan’ pangkat dunia.Mungkin kita perlu tinggalkan banyak perkara.Mungkin juga perlu dicari beberapa perkara.

Mungkin kita perlu banyak bertanya.Mungkin juga perlu diam, dari bercerita.

Mungkin kita perlu berlapang dada.Mungkin kita perlu perbanyakkan senyum.Mungkin kita perlu meminta maaf & memaafkan.Mungkin kita perlu banyak mencari ilmu.Mungkin juga lawat kuburan selalu.

Page 17: Stress Semakin Menjadi-Jadi. Tenangkanlah Hati

Perjalanan kita nampaknya dekat..Mungkin sebenarnya masih jauh.

Mungkin banyak sebab kita perlu cari.Hanya diri sendiri yang boleh digali.

Page 18: Stress Semakin Menjadi-Jadi. Tenangkanlah Hati

Mungkin penawarnya di ‘hujung’ dunia.

Page 19: Stress Semakin Menjadi-Jadi. Tenangkanlah Hati

Mungkin di sini bukanlah pelega dan penawarnya yang anda boleh guna.

Ianya hanyalah nukilan semata-mata, dan juga sebagai peringatan untuk saya.

Semoga Allah tenangkan hati kita semua, daripada keluh kesah di dunia.

Salam kemaafan. InsyaAllah ketemu lagi di lain masa.