strategi rph-berpusatkan guru

Upload: zairi-zahid

Post on 08-Apr-2018

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Strategi RPH-BERPUSATKAN GURU

    1/3

    BERPUSATKAN GURUPENGENALAN

    Di dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru.

    Guru dianggap sebagai orang yang serba tahu untuk menyalurkan ilmu pengetahuan

    kepada pelajarnya. Terpulang kepada guru sama ada menggunakan konsep suap,

    tipu sunat atau pelbagai teori yang telah dipelajari dahulu sepertibehaviouris me,

    kontruktivitisme dan teori kecerdasan pelbagai. Modul pengajaran hanya bergantungkepada buku teks dan pengetahuan pelajar terbatas setakat kandungan dalam bukuteks sahaja.

    Selain itu, sekiranya pelajar tidak faham di dalam kelas dan malu bertanya maka

    pelajar tersebut akan kekal tidak memahami isi pelajaran yang diajar. Perhatian guru

    kurang dapat diberikan secara induvidu kerana bilangan pelajar yang ramai di dalam

    kelas. Jika kelas dipecahkan, bilangan guru perlu ditambah. Penyampaian isi pelajaran

    bergantung pada guru untuk mewujudkan persekitaran belajar yang menarik dan

    menyeronokkan. Pengajaran dan pembelajaran hanya dijalankan secara formal iaitu di

    dalam bilik darjah.

    Antara prinsip-prinsip strategi pemusatan guru ialah termasuk seperti:

    a) Guru sebagai pakar ilmu, guru mengawal proses pembelajaran dan berupayamengawal hak murid-murid untuk menerima maklumat.

    b) Murid-murid di ibaratkan sebagai bekas kosong di mana pembelajaran dilihatsabagai satu proses penambahan ilmu, kemahiran dan nilai.

    c) Pengajaran mengutamakan murid-murid yang serdehana pencapaian akademikd) Semua murid berkembang pada kadar yang sama.

    Kaedah-kaedah yang terangkum dalam strategi pemusatan guru termasuklah:

    a)Pembelajaran langsung.

    Membantu murid-murid belajar mengenai konsep dan kemahiran melaluilangkah-langkah seperti-a. Pengalamanb. Persembahan maklumat baruc. Amalan terbimbing dan amalan berdikari.

  • 8/7/2019 Strategi RPH-BERPUSATKAN GURU

    2/3

    b)Kuliah.

    Paling biasa digunakan walaupun sering kali dikritik atas sebab-sebab berikut:a. Masa perancangan yang terhad.b. Boleh diaplikasi dalam apa jua kandungan.

    c. Mudah dilaksanakan tetapi pelajar akan bersifat pasif sepanjang kuliahdisampaikan.

    c)Perbincangan kuliah.

    Merupakan gabungan kuliah dan penyoalan oleh guru.

    APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU?

    Guru memainkan peranan penting Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap

    Kepimpinan guru secara autokratik Pencapaian objektif guru diutamakan Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilaimurni/perkembangan emosi. Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentukmengingat/menghafal. Interaksi di antara murid adalah pasif. Kaedah keseluruhan kelas. Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif. Kaedah & Teknik penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan,bercerita, keseluruhan kelas.

    Kelemahan pemusatan guru.

    Dalam kaedah ini, guru semata-mata menyampaikan isi pelajaran kepada murid-

    murid. Ia tidak menggalakkan mereka untuk berfikir atau menyoal apa yang dipelajari.

    Sebaliknya, ia hanya memastikan bahawa mereka pelajario apa yang mereka

    sepatutnya pelajari. Dalam strategi ini, lama-kelamaan ia akan menjejaskan perhatian

    dan motivasi murid untuk belajar. Ini adalah kerana penyampaian ilmu secara langsung

    seperti ini menjadi sabahagian daripada rutin harian mereka.

  • 8/7/2019 Strategi RPH-BERPUSATKAN GURU

    3/3

    KESIMPULAN

    Secara am, strategi ini merangkumi pembelajaran di mana perqanan guru ialah

    menyampaikan maklumat yang akan dipelajari oleh murid-murid. Sehubunagn itu, maka

    terlebih dahulu, guru akan mengenal pasti hasil-hasil pembelajaran yang ingin dicapai,

    kemudian merancang cara bagaimana hendak melaksanakan isi pembelajaran

    tersebut.

    y Kaedah dan teknik pengajaran pemusatan guru

    - Syarahan/kuliah

    Demonstrasi/tunjuk cara

    Bercerita