strategi p&p sains sekolah rendah.docx

17
Tugasan 1 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH. Konsep Strategi Menurut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan (Mok Soon Sang, 2008). Dalam kurikulum sains, penekanan strategi pengajaran dan pembelajaran adalah kepada pembelajaran berfikrah iaitu suatu proses yang boleh membantu murid-murid menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang akan membantu mereka untuk membangun pemikiran ke tahap optimum. Seharusnya proses pengajaran dan pembelajaran mampu membolehkan murid-murid menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan memperkembangkan sikap saintifik serta nilai murni secara bersepadu. Pemilihan strategi haruslah menarik minat murid, perlu memenuhi kehendak kurikulum, kebolehan dan kecerdasan pelbagai murid, kemudahan sumber pengajaran dan pembelajaran serta kemudahan infrasruktur yang ada. Terdapat pelbagai strategi atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijalankan seperti 15

Upload: juliana-zainul

Post on 30-Sep-2015

263 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Tugasan 1

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH.

Konsep StrategiMenurut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan (Mok Soon Sang, 2008). Dalam kurikulum sains, penekanan strategi pengajaran dan pembelajaran adalah kepada pembelajaran berfikrah iaitu suatu proses yang boleh membantu murid-murid menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang akan membantu mereka untuk membangun pemikiran ke tahap optimum. Seharusnya proses pengajaran dan pembelajaran mampu membolehkan murid-murid menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan memperkembangkan sikap saintifik serta nilai murni secara bersepadu. Pemilihan strategi haruslah menarik minat murid, perlu memenuhi kehendak kurikulum, kebolehan dan kecerdasan pelbagai murid, kemudahan sumber pengajaran dan pembelajaran serta kemudahan infrasruktur yang ada. Terdapat pelbagai strategi atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijalankan seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, demonstrasi, inkuiri-penemuan, peristiwa bercanggah serta kajian lapangan. Segala pendekatan, strategi, kaedah atau teknik yang disaran untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, adalah berlandaskan kepada Falsafah dan Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah khususnya bagi mata pelajaran sains. Sehubungan itu, akan dibincangkan di sini dua strategi yang boleh diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah iaitu simulasi dan demonstrasi.

SimulasiSimulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan murid berinteraksi sesama mereka berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.Pembelajaran ini dijalankan dalam keadaan terkawal dan mempunyai elemen-elemen situasi sebenar membolehkan aktiviti dijalankan di dalam bilik darjah. Kaedah ini bertujuan supaya murid dapat menguasai konsep yang diajar serta berupaya untuk memindahkannya ke situasi sebenar. Murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Melalui kaedah ini, murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpul maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.Simulasi adalah tergolong dalam strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid serta berkait rapat dengan pengajaran pemusatan bahan. Ini adalah kerana murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Di samping itu, penggunaan bahan bantu mengajar juga berperanan penting seperti penggunaan model bagi menggantikan objek sebenar serta bahan-bahan lain yang digunakan semasa simulasi. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, masa lebih banyak diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid.Contoh aktiviti-aktiviti simulasi ialah :1.main peranan2.permainan3.penggunaan modelMain PerananMain peranan merupakan kaedah kumpulan berorientasikan proses, iaitu murid-murid berlakon atau memainkan peranan tertentu berdasarkan syarat-syarat yang diberikan. Murid berpeluang untuk beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang telah ditentukan. Murid akan melakonkan mengikut situasi yang dibayangkan dengan secara spontan. Main peranan bertujuan untuk memberikan peluang kepada murid melibatkan diri dalam lakonan dan perbincangan, selain mengalami sendiri sesuatu situasi. Aktiviti ini juga dapat membantu murid yang pasif melibatkan diri dan seterusnya membina keyakinan diri mereka. Contoh tajuk yang sesuai bagi aktiviti main peranan ialah rantai makanan dan siratan makanan (tahun 5). Murid berperanan sebagai tumbuhan, haiwan herbivor, haiwan karnivor dan haiwan omnivor.PermainanPermainan memerlukan prosedur dan peraturan yang harus dipatuhi. Semasa aktiviti permainan, murid-murid belajar prinsip-prinsip yang spesifik atau memahami proses untuk membuat keputusan. Contohnya, permainan Monopoly atau Saidina yang menggambarkan elemen-elemen kehidupan sebenar.Penggunaan ModelModel digunakan untuk mewakili objek objek atau situasi sebenar supaya murid-murid dapat membuat gambaran mental dan memahami konsep dan prinsip sains yang hendak dipelajari. Contohnya, bagi tema Bumi dan alam semesta tahun 5 yang bertajuk Matahari, Bumi dan bulan. Guru boleh menggunakan bola pelbagai saiz bagi mewakili saiz matahari, bumi dan bulan. Seterusnya guru juga dapat simulasikan putaran bumi dan bulan serta peredaran bumi dan bulan mengelilingi matahari.Prinsip prinsip melaksanakan simulasi dalam bilik darjah :1.Guruperlumemilihsuatusituasiberunsurmasalahdanterangkan dengan jelas.2.Tetapkanperanan-perananberdasarkanwatak-watakdanpilih pelajar yang sesuai untuk berlakon.3.Tetapkanhadmasauntuksesisimulasi.4.Pastikanpelajarmemberiperhaiansemasasimulasi.5.Adakahperbincangandanrumusanselepassimulasi.

Menurut Joyceetal.,(2002),terdapat empat fasa dalam pengajaran simulasi, iaitu :1.Fasa orientasiGuru kemukakan topik yang akan diajar dan menerangkan konsep dalam simulasi serta gambaran umum aktiviti yang akan dijalankan.2.Latihan pesertaGuru menerangkan peraturan, peranan, prosedur dan matlamat simulasi. Guru mengagihkan peranan kepada pelajar supaya mereka faham arahan dan perjalanan aktiviti.3.Proses simulasiMurid melibatkan diri dalam aktiviti simulasi. Pada ketika atau masa tertentu, aktiviti boleh dihentikan untuk murid memperoleh maklum balas atau memperjelas salah tanggapan (miskonsepsi).4.PerbincanganMerangkumi perbincangan murid selepas simulasi tentang hasil pembelajaran, proses simulasi dan banding beza antara simulasi dengan situasi sebenar.

DemonstrasiDemonstrasi merupakan salah satu strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah. Teknik ini adalah untuk menunjukkan sesuatu proses atau cara melakukan sesuatu kemahiran terutamanya bagi sesuatu yang sukar dan merbahaya kepada murid-murid. Proses demonstrasi melibatkan pendekatan visual untuk memerhati proses, maklumat atau idea. Kaedah ini juga merupakan satu cara untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Bagi sesuatu aktiviti yang tidak merbahaya kepada murid, guru juga boleh melibatkan murid untuk menunjuk cara di hadapan kelas. Biasanya kaedah ini adalah interaktif kerana guru dan murid sama-sama terlibat dalam persekitaran pembelajaran kolaboratif.Kaedah demonstrasi digunakan ketika hendak memperkenalkan sesuatu topik yang baharu kepada murid-murid. Ia juga bertujuan memberi peluang kepada murid-murid agar benar-benar memahami perkara yang hendak dipelajari di samping membolehkan murid melihat perkara sebenar dan bagaimana ia berfungsi. Melalui kaedah ini juga, guru boleh menimbulkan persoalan atau permasalahan untuk dipelajari. Secara tidak langsung dapat menarik dan mengekalkan minat serta perhatian murid terhadap pengajaran dan pembelajaran sains di dalam kelas. Selain itu, kaedah ini juga boleh digunakan ketika hendak menerangkan sesuatu konsep sains yang sukar difahami iaitu melalui pemerhatian atau melihat sendiri peristiwa yang berlaku. Demonstrasi juga sangat sesuai digunakan ketika hendak menerangkan cara cara yang betul dan selamat menggunakan alat radas dan bahan kimia yang terdapat di makmal sains sekolah. Penggunaan kaedah ini dapat membantu guru mengatasi masalah kekurangan alat radas dan bahan kimia yang sangat terhad bagi sesetengah makmal sains sekolah rendah. Jenis Jenis DemonstrasiDemonstrasi Secara PendedahanKaedah ini diklasifikasikan di bawah strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru. Guru akan menerangkan semua fakta yang bakal diajar. Manakala murid-murid hanya melihat dan mendengar dalam keadaan senyap. Aktiviti pengajaran ini dimonopoli sepenuhnya oleh guru.Langkah-langkah aktiviti demonstrasi secara pendedahan :1.Guru menyatakan tajuk demonstrasi2.Pelaksanaan demonstrasi oleh guru3.Guru menerangkan demonstrasi yang dijalankan4.Penerangan keputusan dan rumusan yang diperolehi oleh guru5.Guru menulis atau memberi nota kepada murid-murid.Demonstrasi Secara InkuiriMelalui demonstrasi ini, guru akan membentuk pemilihan sendiri berdasarkan kebolehan murid untuk menjalankan demonstrasi kepada kelasnya. Kaedah ini melibatkan komunikasi dua hala antara guru dengan murid berbanding dengan demonstrasi secara pendedahan. Oleh itu cara ini sangat sesuai dilaksanakan kepada murid-murid berkebolehan tinggi.Langkah langkah pelaksanaan demonstrasi secara inkuiri :1.Guru mengemukakan masalah tentang topik yang akan diajar.2.Perbincangan antara guru dan murid untuk menentukan hipotesis.3.Perbincangan berkaitan prosedur eksperimen yang akan dijalankan.4.Guru menjalankan eksperimen.5.Guru menyoal tentang pemerhatian serta hasil eksperimen yang diperolehi.6.Guru dan murid berbincang tentang keputusan yang diperolehi.7.Perbincangan untuk mendapatkan rumusan.8.Murid menulis nota berdasarkan pemerhatian sepanjang demonstrasi dan akan disemak oleh guru.Prinsip Prinsip DemonstrasiSebelum demonstrasi guru perlulah mengambil kira beberapa aspek seperti : menentukan topik, objektif dan kandungan demonstrasi, alatan dan radas, lokasi, keselamatan serta maklumkan kepada murid tujuan demonstrasi.Semasa demonstrasi : guru perlu memandang murid semasa menerang, menyoal, menerang semula jika ada keraguan serta memastikan suara jelas dan semua murid dapat melihat.Selepas demonstrasi Adakan perbincangan tentang aspek penting, tujuan aktiviti supaya murid dapat membuat rumusan serta memberi aktiviti pengukuhan.Secara keseluruhannya dapat disimpulkan di sini perbandingan antara simulasi dengan demonstrasi seperti berikut :

KonsepSimulasi Murid menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakon sesuatu situasi yang menyerupai situasi sebenar.Demonstrasi- Menunjuk suatu proses atau cara untuk melakukan sesuatu kemahiran.

Prinsip

SimulasiDemonstrasi Merancang dan mewujud situasi Guru tentukan topik,objektif,kandungan Penerangan watak dan tempoh masa Sedia alat dan radas mengikut langkah Untuk lakonan, pilih murid yang mahir Maklum kepada murid tujuan dan aktivitidalam pertuturan yang perlu diperhatikan Pastikan murid yang menjadi penonton Pastikan semua murid dapat melihat dan Memberi penuh tumpuan mendengar dengan jelas Adakan perbincangan dan rumusan Perbincangan dengan murid aspek Selepas simulasipenting,tujuan aktiviti, untuk membuat rumusan serta aktiviti pengukuhan

Pemusatan murid dan bahan Pemusatan guru

Kelebihan Simulasi Murid berpeluang alami sendiri situasi dan masalah. Dapat tingkatkan kemahiran lisan, membaca dan menulis. Mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses P&P. Pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan.Kelebihan Demonstrasi Murid dapat melihat sesuatu perkara dan bagaimana ia berfungsi. Dapat atasi masalah kekurangan alat, radas dan bahan yang terdapat di bilik sains. Dapat kurangkan risiko kemalangan terutama ketika menjalankan eksperimen, serta ketika mengendalikan peralatan atau radas yang berbahaya.

Tugasan 2Konsep dalam Kurikulum Sains yang dipilih :TEMA: Menyiasat Bumi, Bulan dan Matahari.BIDANG: Bumi, Bulan dan Matahari.TEMPOH :60 minitOBJEKTIF PEMBELAJARAN: Memahami fasa-fasa bulan.HASIL PEMBELAJARAN: Pada akhir pelajaran, murid-murid akan dapat 1. menggambarkan fasa-fasa bulan.KEMAHIRAN SAINTIFIK DAN KEMAHIRAN BERFIKIR :1.Membuat pemerhatian2.Mengukur dan menggunakan nombor3.Menggunakan perkaitan ruang dan masaSIKAP SAINTIFIK/ NILAI MURNI/ PATRIOTISME:1.Jujur dan tepat ketika merekod data2.Bersyukur kepada tuhan3.BekerjasamaPENGETAHUAN SEDIA ADA: Murid telah mempelajari bahawa bulan beredar mengelilingi bumi.BAHAN BANTU MENGAJAR : Lampu suluh, 4 buah kerusi, bolaSTRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG DICADANGKAN :1.Simulasi2.PerbincanganSENARAI BAHAN BANTU MENGAJAR :1.Bola ( yang telah diwarnakan hitam dan putih )2.Lampu suluh3.4 buah kerusi4.kapur tulisPROSEDUR PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR1.Susun kerusi supaya bertemu pada bahagian belakang antara satu sama lain.2.4 orang murid duduk di kerusi tersebut sambil memegang pensil dan kertas.3.Lukis bentuk bulatan mengelilingi murid-murid tersebut.4.Seorang murid lain memegang lampu suluh sambil menghadap 4 orang murid tadi.5.Seorang murid lagi memegang bola sambil mengelilingi 4 orang murid tadi mengikut bulatan yang dilukis mengikut arah lawan jam.6.Pastikan bahagian berwarna putih sentiasa menghadap lampu suluh.7.4 orang murid yang duduk dikerusi perlu melukis bentuk bahagian berwarna putih yang mereka nampak.

Nota : Bola mewakili bulan. Lampu suluh mewakili matahari. 4 orang murid yang duduk di kerusi mewakili manusia di bumi. Bulatan mewakili orbit bulan. Bahagian putih pada bola mewakili bahagian bulan yang menghadap matahari. Bahagian hitam pada bola mewakili bahagian bulan yang tidak menghadap matahari.REFLEKSISelepas mendapat tugasan ini, saya cuba mendapatkan maklumat berkaitan beberapa strategi yang boleh digunakan dalam pembelajaran sains sekolah rendah. Walaupun maklumat-maklumat tersebut agak mudah diperolehi berikutan ada kaitan dengan apa yang sedang dipelajari sekarang ini iaitu EDU 3103, tetapi agak sukar pula apabila hendak menentukan bahan bantu mengajar yang sesuai.Secara kebetulan, saya sedang mengajar topik fasa-fasa bulan (tahun 5) yang agak sukar untuk murid faham, jadi timbul idea untuk hasilkan satu satu bahan bantu mengajar yang dapat mengukuhkan lagi kefahaman murid berkaitan topik berkenaan.Dari situ dapatlah saya memilih strategi / kaedah simulasi kerana ia lebih sesuai dan melibatkan peranan murid sebagai matahari, bulan dan bumi di samping penggunan bahan bantu mengajar yang disediakan. Kebiasaannya bagi tajuk seperti ini, saya sering tayangkan kepada murid bahan yang terdapat dalam cd yang dibekalkan tetapi itu tidak memadai. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang dihasikan ini, murid dapat alami dan melihat sendiri perubahan fasa-fasa bulan bermula dari fasa anak bulan hinggalah kembali kepada fasa anaak bulan semula.Selepas penggunaan bahan bantu mengajar ini, murid-murid saya dapat menjelaskaan dan membezakan perubahan fasa-fasa bulan kepada rakan-rakan mereka. Contohnya perbezaan di antara bulan sabit baru (new cresent moon ) dengan bulan sabit lama ( old cresent moon ).Bagi saya, sekiranya seorang guru itu sanggup berusaha untuk anak didiknya, Insyaallah satu kepuasan akan dapat dirasai apabila melihat berlaku perubahan samada dari segi tingkah laku, pengetahuan dan sebagainya.

15