strategi pengajaran dan pembelajaran bestari

4
Strategi pengajaran dan pembelajaran bestari 1. Pembelajaran kolaboratif dan kooperatif Kolaboratif membawa makna muafakat dan pemuafakatan antara seorang guru dengan guru yang lain, antara guru dengan pelajar, ataupun antara guru dengan pentadbir. Konsep pembelajaran kolaboratif pula berasaskan kepada idea bahawa pembelajaran adalah satu tingkah laku sosial iaitu melalui perbincangan atau komunikasi fizikal. Bagaimana pun tidak wujud pergantungan atau kontrak dalam kolaborasi bersama dan hasil pembelajaran adalah dapatan secara individu. Kaedah ini juga tidak memerlukan pemantauan guru ataupun struktur tertentu. Berbeza dengan konsep kooperatif yang berteraskan pasukan kecil yang memainkan peranan membantu ahli kumpulan agar hasilan dapat dikongsi bersama. Kaedah kooperatif memerlukan pergantungan positif setiap ahli dan peranan guru sebagai fasilitator dalam menstruktur dan memantau aktiviti pasukan mencapai objektif. 2. Kontekstual Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Murid yang melalui kaedah pembelajaran secara kontekstual berupaya

Upload: azizul

Post on 13-Jun-2015

2.785 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Bestari

Strategi pengajaran dan pembelajaran bestari

1. Pembelajaran kolaboratif dan kooperatif

Kolaboratif membawa makna muafakat dan pemuafakatan antara seorang guru

dengan guru yang lain, antara guru dengan pelajar, ataupun antara guru dengan

pentadbir. Konsep pembelajaran kolaboratif pula berasaskan kepada idea

bahawa pembelajaran adalah satu tingkah laku sosial iaitu melalui perbincangan

atau komunikasi fizikal. Bagaimana pun tidak wujud pergantungan atau kontrak

dalam kolaborasi bersama dan hasil pembelajaran adalah dapatan secara

individu. Kaedah ini juga tidak memerlukan pemantauan guru ataupun struktur

tertentu. Berbeza dengan konsep kooperatif yang berteraskan pasukan kecil

yang memainkan peranan membantu ahli kumpulan agar hasilan dapat dikongsi

bersama. Kaedah kooperatif memerlukan pergantungan positif setiap ahli dan

peranan guru sebagai fasilitator dalam menstruktur dan memantau aktiviti

pasukan mencapai objektif.

2. Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi

kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam

pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang

melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Murid yang melalui kaedah

pembelajaran secara kontekstual berupaya mengaitkan apa yang dipelajari dan

mengaplikasikannya kepada situasi lain.

3. Generatif

Pembelajaran generatif mengutamakan proses pembelajaran melalui penjanaan

idea baru berlandaskan pengetahuan sedia ada iaitu menjurus kepada pemikiran

yang menggunakan metafora dan analogi. Strategi ini membantu pelajar

menyelesaikan masalah secara kreatif dengan menggunakan idea asli atau unik.

Page 2: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Bestari

4. Metakognitif

Metakognitif ialah kesedaran tentang elemen yang diketahui dan apa yang tidak

diketahui. Strategi Metakognitif menitik beratkan cara untuk meningkatkan

kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila

kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya melalui proses

merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari. Murid boleh

menggunakan strategi metakognitif dan mengawal pembelajarannya melalui

proses yang berikut:

Merancang apa yang hendak dipelajari.

Memantau kemajuan pembelajaran diri.

Menilai apa yang dipelajari

5. Mediatif

Dalam strategi mediatif, pelajar akan belajar melalui interaksi yang dirancang

oleh guru yang menjurus kepada konsep menolong pelajar mengaplikasikan

pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan,

mengenalpasti andaian, menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis.

Lazimnya guru menggalakkan murid-murid memberikan pendapat masing-

masing melalui pendekatan berikut;

Perbincangan terbuka

Pencapaian konsep

Pembinaan konsep

Inkuiri

6. Direktif

Page 3: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Bestari

Konsep pembelajaran ini adalah secara terus iaitu murid menerima maklumat

tentang konsep dan kemahiran melalui penerangan guru. Pengetahuan dan

kemahiran yang akan diperolehi oleh murid adalah replika kepada maklumat

yang disampaikan oleh guru. Proses ini biasanya merangkumi kaedah tunjuk

cara, bimbingan dan latihan seterusnya diikuti ujian untuk menguji kefahaman

murid.