strategi. pembelajaran bahasa mengembangkan potesi murid

5
3.0 STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA MENGEMBANGKAN POTENSI MURID Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menekankan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang serta harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani d intelek, justeru pelbagai cara digunakan bagi meningkatkan kualiti setiap murid pembelajaran di sekolah khususnya. alam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, strategi pengajar memainkan peranan yang amat penting kerana kecekapan guru dalam mengaplikasikan strategi yang berkesan akan menentukan kejayaan objektif yang te dirangka. !aka, guru seharusnya tidak memandang enteng akan strategi pengajaran dan pembelajaran yang ingin digunakan semasa proses pembelajaran. "uru seharusnya lebih peka dan cakna akan keperluan murid#muridnya. "uru yang baik juga akan memahami keperluan dan cara pembelajaran muridnya. Secara tidak langsung, murid akan terhibur dengan pembelajaran dan dapat memah pengajaran guru dengan baik. Strategi pengajaran bermaksud kebijaksanaan mengurus pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas atau bilik darjah. !enurut $oriati %. &ashid (' ), terdapat empat strategi pengajara pembelajaran yang perlu difahami oleh guru iaitu strategi pengajaran berpusatkan strategi pengajaran berpusatkan bahan, strategi pengajaran berpusatkan mu strategi pengajaran berasaskan tugasan. Penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai bukan sahaja dapat menghilangkan kebosanan murid terhadap pengajaran tradisional namun, ia ju dapat mencungkil dan meningkatkan potensi yang ada pada diri murid. *al ini demi kerana, strategi yang berkesan akan mampu meningkatkan keupayaan murid seperti berkeyakinan untuk bergaul dengan rakan sebaya, berani bercakap di hadapan kelas berani menyatakan idea dan perasaan serta mampu berkongsi idea dengan rakan lain !enurut $oriati %. &ashid (' ), strategi pengajaranberpusatkanmurid misalnya merupakan pengambil alihan tugas atau tanggungja+ab daripada guru oleh 1

Upload: mokhtarppg

Post on 07-Oct-2015

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

3.0 STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA MENGEMBANGKAN POTENSI MURIDSelaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menekankan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang serta harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, justeru pelbagai cara digunakan bagi meningkatkan kualiti setiap murid dalam pembelajaran di sekolah khususnya. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, strategi pengajaran memainkan peranan yang amat penting kerana kecekapan guru dalam mengaplikasikan strategi yang berkesan akan menentukan kejayaan objektif yang telah dirangka. Maka, guru seharusnya tidak memandang enteng akan strategi pengajaran dan pembelajaran yang ingin digunakan semasa proses pembelajaran. Guru seharusnya lebih peka dan cakna akan keperluan murid-muridnya. Guru yang baik juga akan memahami keperluan dan cara pembelajaran muridnya. Secara tidak langsung, murid akan terhibur dengan pembelajaran dan dapat memahami pengajaran guru dengan baik. Strategi pengajaran bermaksud kebijaksanaan guru mengurus pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas atau bilik darjah. Menurut Noriati A. Rashid (2009), terdapat empat strategi pengajaran dan pembelajaran yang perlu difahami oleh guru iaitu strategi pengajaran berpusatkan guru, strategi pengajaran berpusatkan bahan, strategi pengajaran berpusatkan murid dan strategi pengajaran berasaskan tugasan. Penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai bukan sahaja dapat menghilangkan kebosanan murid terhadap pengajaran tradisional namun, ia juga dapat mencungkil dan meningkatkan potensi yang ada pada diri murid. Hal ini demikian kerana, strategi yang berkesan akan mampu meningkatkan keupayaan murid seperti berkeyakinan untuk bergaul dengan rakan sebaya, berani bercakap di hadapan kelas, berani menyatakan idea dan perasaan serta mampu berkongsi idea dengan rakan lain. Menurut Noriati A. Rashid (2009), strategi pengajaran berpusatkan murid misalnya merupakan pengambil alihan tugas atau tanggungjawab daripada guru oleh murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini secara tidak langsung telah mendorong murid untuk bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri. Malah, Slavin (2005) turut mengatakan bahawa pembelajaran berpusatkan murid seperti perbincangan merupakan pembelajaran aktif yang berupaya mengubah sesuatu pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamis. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa aktiviti berkumpulan secara koperatif misalnya merupakan strategi pengajaran berpusatkan murid yang mampu melibatkan murid dalam satu kumpulan secara aktif.Menurut Halliday (1973), interaksi bahasa sangat penting bagi membantu kanak-kanak menguasai bahasa. Hal ini demikian kerana, interaksi secara kerap menjadi latih tubi terhadap pemerolehan dan pembelajaran sesuatu bahasa. Penggunaan ayat yang betul dan tepat dapat dihasilkan apabila digunakan secara berulang-kali serta mendapat kesan yang positif sekiranya kesalahan yang dilakukan dapat diperbaiki pada peringkat awal. Keadaan ini secara tidak langsung akan memantapkan penguasaan bahasa seseorang murid kerana pendedahan secara interaksi linguistik dapat membantu murid mempelajari cara-cara menggambarkan makna kognitif dalam bentuk linguistik yang jelas serta tepat. Malah, murid juga dapat mentafsir makna dalam situasi sosial dan seterusnya menginteprestasikan makna tersebut dalam bentuk bahasa. Keadaan ini jelas menunjukkan bagaimana strategi pembelajaran bahasa dapat mengembangkan potensi berbahasa murid dengan berkesan. Oleh sebab itu, komunikasi yang berkesan akan mampu melahirkan murid yang menguasai bahasa Melayu secara tepat mengikut konteks ayat dengan betul. Apabila murid mampu mengujarkan ayat yang betul secara tidak langsung ia mampu meningkat keyakinan diri murid untuk berinteraksi. Murid yang gagal berinteraksi dengan baik biasanya pendiam dan tidak gemar bergaul dengan orang lain. Pembelajaran bahasa Melayu menggunakan strategi berpusatkan murid bukan sahaja mengembangkan pengetahuan murid dalam berbahasa namun dapat meningkatkan keyakinan diri murid untuk berinteraksi dikhalayak ramai.Strategi pengajaran berasaskan tugasan pula melibatkan murid dalam tugasan yang diberi oleh guru. Menurut Noriati (2009), penglibatan murid dalam tugasan sebenarnya membantu murid untuk mengaplikasi pembelajaran yang telah mereka pelajari. Namun begitu, guru perlu menegaskan tujuan sesuatu aktiviti atau tugasan yang akan dilakukan agar murid dapat melibatkan diri secara keseluruhan serta mampu menyelesaikan tugasan yang diberi dengan baik. Strategi pembelajaran seperti ini sebenarnya mampu mendidik murid untuk belajar secara kendiri dengan mencari maklumat mengenai sesuatu perkara, namun dipantau oleh guru. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengembangkan potensi berbahasa murid kerana murid diberi kebebasan untuk belajar bukan dari satu sumber sahaja iaitu guru, tetapi bijak untuk mencari maklumat di laman sesawang misalnya. Contoh strategi pembelajaran berpusatkan tugasan yang boleh dilakukan ialah simulasi. Aktiviti seperti ini mampu meningkatkan keyakinan diri murid kerana murid dikehendaki memainkan peranan berdasarkan tugasan yang diberi oleh guru. Secara tidak langsung juga murid dapat menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi serta mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Menurut Briner (1999), murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baharu dengan mengintegrasikan pengetahuan baharu yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Maka, ia jelas menunjukkan bahawa penggunaan teknik simulasi sebagai suatu strategi pengajaran guru akan dapat mengembangkan potensi berbahasa murid kerana murid dapat menggunakan pengetahuan dan pengalaman sedia ada untuk meningkatkan pembelajaran bahasa Melayu mereka khususnya. Selain itu, strategi pembelajaran bahasa dapat mengembangkan potensi murid apabila guru menggunakan unsur penyerapan dalam bahasa Melayu seperti penyerapan ilmu pengetahuan berbentuk syair, pantun, sajak dan sebagainya. Melalui strategi pembelajaran seperti ini potensi murid secara tidak langsung dapat ditingkatkan malah, mampu mencungkil bakat murid dalam sesuatu bidang. Menurut J.B. Watson (1878-1958) dalam teori pelaziman klasik, emosi kanak-kanak dapat dibentuk melalui proses pelaziman. Maka, strategi pembelajaran seperti unsur penyerapan ilmu lain seperti ini mampu membentuk emosi murid ke arah yang lebih positif kerana murid terhibur ketika proses pembelajaran berlangsung. Maka, jelas bahawa strategi pembelajaran yang menerapkan pelbagai unsur dalam sesuatu matapelajaran mampu memberi kelainan kepada proses pembelajaran murid disamping meningkatkan potensi dan bakat dalam diri murid sendiri. Secara keseluruhannya, strategi pengajaran dan pembelajaran haruslah dititikberatkan oleh guru semasa proses pembelajaran berlangsung. Kebijaksanaan guru dalam menguruskan proses pengajaran akan memberi kesan yang positif kepada pembelajaran murid. Arus globalisasi dan cabaran pendidikan pada masa kini memerlukan guru sentiasa mengubah dan mempelbagaikan strategi pengajaran agar pembelajaran bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kecerdasan intelek murid tetapi mampu mencungkil setiap potensi dan bakat dalam diri murid.

2