minat murid yang mengikuti aliran tahfiz dan · pdf fileminat murid yang mengikuti aliran...

12
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: no. 2 (2017) page 67-78 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 | 67 MINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN BENTUK SOKONGAN YANG DITERIMA (TAHFIZ STUDENTS’ INTEREST AND FORM OF SUPPORTS RECEIVED) 1 Norlizah Che Hassan, 2 Fathiyah Mohd Fakhruddin, 3 Ahmad Fauzi Mohd Ayub, 4 Lukman Abd Mutalib, 5 Wan Marzuki Wan Jaafar Abstrak Pendidikan Aliran Tahfiz adalah antara aliran pendidikan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia masa kini. Selaras dengan ini, maka kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti profil murid yang mengikuti Tahfiz dengan meninjau minat murid dan sistem sokongan yang diterima terutamanya daripada pihak ibu bapa, sekolah dan guru. Seramai 411 orang murid Tahfiz dari empat buah sekolah menengah aliran tahfiz terlibat sebagai sampel kajian. Antara profil murid yang ditinjau ialah jantina, jumlah juzuk yang dihafal, pernah mengikuti ujian tilawah, minat terhadap Tahfiz dan bentuk sokongan. Dapatan kajian mendapati terdapat beberapa bentuk sokongan yang diterima daripada ibu bapa, sekolah dan guru. Kajian ini memberikan implikasi jelas bahawa pendidikan Tahfiz bukanlah suatu aliran yang mudah dan memerlukan penglibatan ibu bapa, sekolah dan guru yang boleh membantu murid-murid menghadapi pengajaran dan pembelajaran tahfiz mereka dengan baik. Kajian ini juga diharap dapat memberikan maklumat yang berguna kepada semua pihak yang berkaitan. Kata kunci: Pendidikan Aliran Tahfiz, minat murid, sistem sokongan pendidikan. 1 Pensyarah, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Tel: +60123988410 Email: [email protected] 2 Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Tel: +60132425573 Email :[email protected] 3 Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Tel: +60196646575 Email: [email protected] 4 Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, USIM, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Tel: +60192116145 Email :[email protected] 5 Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Tel: +60136413270 Email :[email protected]

Upload: doankien

Post on 02-Feb-2018

292 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: MINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN · PDF fileMINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN ... 2 Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, ... Strategi penglibatan ibu bapa

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 67-78 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

67

MINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN

BENTUK SOKONGAN YANG DITERIMA

(TAHFIZ STUDENTS’ INTEREST AND FORM OF SUPPORTS RECEIVED)

1Norlizah Che Hassan, 2Fathiyah Mohd Fakhruddin, 3Ahmad Fauzi Mohd Ayub,

4Lukman Abd Mutalib, 5Wan Marzuki Wan Jaafar

Abstrak

Pendidikan Aliran Tahfiz adalah antara aliran pendidikan yang semakin mendapat tempat

dalam kalangan rakyat Malaysia masa kini. Selaras dengan ini, maka kajian ini dijalankan

bertujuan untuk mengenal pasti profil murid yang mengikuti Tahfiz dengan meninjau minat

murid dan sistem sokongan yang diterima terutamanya daripada pihak ibu bapa, sekolah dan

guru. Seramai 411 orang murid Tahfiz dari empat buah sekolah menengah aliran tahfiz

terlibat sebagai sampel kajian. Antara profil murid yang ditinjau ialah jantina, jumlah juzuk

yang dihafal, pernah mengikuti ujian tilawah, minat terhadap Tahfiz dan bentuk sokongan.

Dapatan kajian mendapati terdapat beberapa bentuk sokongan yang diterima daripada ibu

bapa, sekolah dan guru. Kajian ini memberikan implikasi jelas bahawa pendidikan Tahfiz

bukanlah suatu aliran yang mudah dan memerlukan penglibatan ibu bapa, sekolah dan guru

yang boleh membantu murid-murid menghadapi pengajaran dan pembelajaran tahfiz mereka

dengan baik. Kajian ini juga diharap dapat memberikan maklumat yang berguna kepada

semua pihak yang berkaitan.

Kata kunci: Pendidikan Aliran Tahfiz, minat murid, sistem sokongan pendidikan.

1 Pensyarah, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang,

Selangor, Tel: +60123988410 Email: [email protected] 2 Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang,

Selangor, Tel: +60132425573 Email :[email protected] 3 Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang,

Selangor, Tel: +60196646575 Email: [email protected] 4 Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, USIM, 71800 Bandar Baru Nilai,

Negeri Sembilan, Tel: +60192116145 Email :[email protected] 5 Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang,

Selangor, Tel: +60136413270 Email :[email protected]

Page 2: MINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN · PDF fileMINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN ... 2 Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, ... Strategi penglibatan ibu bapa

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 67-78 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

68

Abstract Tahfiz education streaming is gaining popularity among Malaysians today. In line with this,

this study was conducted purposely to identify the profile of Tahfiz students by surveying the

students' interest and support received mainly from their parents, schools and teachers. A total

of 411 students from four medium Tahfiz schools involved in the study. Among the students’

profile surveyed is gender, the number of constituents who memorized, frequent number of

exam recital, interest and form of supports. Findings of the study found there is some form of

support from parents, schools and teachers. The study provides the clear implication that

Tahfiz education is not a simple streaming and requires the involvement of parents, schools

and teachers that can help students cope with tahfiz learning and perform well in their teaching

and learning. This study also aims to provide useful information to all relevant parties.

Keywords: Tahfiz education streaming, students’ interest, education support system.

2017 JHLCB

Pengenalan

Kemunculan pendidikan tahfiz di Malaysia bermula seawal tahun 1966 dengan penubuhan

Maahad Tahfiz oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

Ketika itu, Syeikh al-Azhar Syeikh Mahmud Syaltut mencetuskan idea bagi menubuhkan

maahad Tahfiz ketika beliau berkunjung ke Malaysia semasa perasmian Masjid Negara.

Akhirnya Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat beroperasi di Masjid Negara seramai lapan

orang pelajar pada permulaannya (Azmil Hashim, 2012). Pendidikan tahfiz pada masa kini

merupakan satu aliran pendidikan yang semakin mendapat tempat. Harapan yang besar

diletakkan bagi memastikan pendidikan tahfiz berupaya melahirkan generasi al-Quran yang

dapat membangunkan kesejahteraan negara. Namun, cabaran yang melingkari pendidikan

tahfiz tidak kurang hebatnya. Dalam usaha melahirkan golongan ilmuwan profesional yang

menguasai bacaan, hafazan dan ilmu al-Quran, terdapat pelbagai sokongan yang diperlukan

oleh murid-murid ini terutamanya sokongan daripada pihak ibu bapa, sekolah dan guru.

Kecemerlangan pelajar banyak dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya ialah sistem

sokongan dan penglibatan ibu bapa, sekolah, guru, rakan sebaya dan persekitaran. Namun

begitu, untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan, bukanlah satu perkara yang mudah,

terutamanya bagi murid-murid aliran tahfiz yang memerlukan masa dan sistem sokongan yang

mampan bagi membantu mereka menghafaz juzuk al Quran dengan baik. Emat (2005),

menyatakan pencapaian pelajar lebih bermakna apabila kaum keluarga mereka juga turut

berperanan dan melibatkan diri dalam membantu anak mereka mencapai kejayaan. Ibu bapa

mempunyai peranan yang amat penting dalam mencorakkan keperibadian anak menerusi

didikan yang sempurna dalam suasana yang harmoni sejak bayi lagi sehingga ke peringkat

mereka memasuki universiti. Manakala menurut Knollman dan Wild (2007) sokongan ibu bapa

adalah penting terutamanya dalam membantu mempertingkatkan keupayaan anak-anak mereka

dalam menunjukkan minat terhadap tugasan, mengatur masa belajar dan tempat belajar anak-

anak. Ibu bapa merupakan faktor utama dalam menggalak anak-anak mereka mencuba sesuatu

Page 3: MINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN · PDF fileMINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN ... 2 Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, ... Strategi penglibatan ibu bapa

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 67-78 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

69

perkara, mengambil tahu cita-cita anak dan memberikan perangsang dan sokongan dalam

setiap perkara. Selain ibu bapa, pihak sekolah dan guru juga merupakan elemen terpenting

dalam memberikan sokongan dan dorongan kepada kejayaan murid-murid tahfiz ini.

Peningkatan standard profesionalisme Tenaga Pengajar Institusi Tahfiz tidak dapat dinafikan

dalam memperkatakan tentang kepentingan pendidikan, tenaga pengajar bukan sahaja

memainkan peranan utama sebagai penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada

pelajar, malah bertanggungjawab menyuburkan minat, memperkembangkan bakat dan

kebolehan mereka.

Sokongan Ibu Bapa, Sekolah dan Guru Kepada Anak Tahfiz

Kajian terdahulu banyak membincang dan meneliti aspek sokongan dan penglibatan ibu bapa

dalam konteks pendidikan anak di peringkat rendah, menengah dan kolej. Kajian lepas turut

melaporkan bahawa penglibatan dan sokongan langsung ibu bapa kepada anak lebih tertumpu

di peringkat awal persekolahan anak-anak. Ibu bapa didapati kurang melibatkan diri dalam

pendidikan anak apabila mereka berada di peringkat sekolah menengah dan ke atas (Abd Razak

dan Norani, 2011). Ini berlaku kerana ibu bapa berpendapat kurikulum pendidikan menengah

dan ke atas lebih sukar dan mencabar serta ibu bapa berharap anak mereka boleh menangani

sendiri pembelajaran mereka. Sementelah lagi anak-anak aliran tahfiz yang perlu sentiasa

memberi tumpuan kepada hafazan dan kurikulum mereka.

Selanjutnya, kajian oleh Zulkifli, Jamilah, Aminah dan Ismi (2011) juga mengesahkan

bahawa terdapat hubungan signifikan tahap tinggi antara penglibatan ibu bapa dengan

pencapaian akademik pelajar sekolah menengah di Selangor. Penglibatan ibu bapa yang diukur

dalam kajian tersebut merangkumi tiga aspek iaitu perbincangan, penjagaan dan komunikasi

tentang akademik anak. Dalam satu kajian berasingan yang dijalankan oleh Suresh (2013),

beliau telah mengukur strategi penglibatan ibu bapa etnik Melayu dalam pendidikan anak.

Strategi penglibatan ibu bapa merujuk kepada aspek motivasi, mengenal pasti kerja sekolah,

mengenal pasti kerja rumah, mengenal pasti masalah akademik anak di sekolah, mengenal pasti

corak pembelajaran, berbincang tentang perancangan akan datang, berbincang tentang aktiviti

sekolah serta membantu kerja sekolah. Ini juga selaras dengan ajaran Islam, di mana Islam

menentukan bahawa sokongan tersebut sebagai satu bentuk tanggungjawab dalam mendidik

anak. Sokongan ibu bapa merujuk pelbagai bentuk peranan dan bantuan yang dapat membantu

anak bagi memilih, membuat keputusan dan mengambil tindakan dalam hidup secara lebih

berkesan.

Ibu bapa perlu memainkan peranan mereka sebagai guru di rumah dan berpendirian

positif terhadap anak-anak dan turut melibatkan diri dalam aktiviti kognitif anak-anak. Green

et al. (2007) berpendapat bahawa penglibatan ibu bapa di rumah perlu dikekalkan bukan sahaja

di awal persekolahan tetapi semasa di pertengahan persekolahan ketika anak-anak memerlukan

kekuatan untuk berdikari. Sikap mengambil berat oleh ibu bapa terhadap pendidikan anak dapat

dilihat daripada penglibatan ibu bapa dalam kerja rumah anak-anak mereka. Namun, bantuan

dan sokongan daripada ibu bapa dalam pelajaran anak-anak mestilah dilakukan secara

konsisten. Bagaimanapun menurut Lareau (2000), kekangan masa menyebabkan ibu bapa

kurang peka terhadap peranan mereka dalam pendidikan anak-anak dan membiarkan anak-

anak belajar tanpa pemantauan.

Page 4: MINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN · PDF fileMINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN ... 2 Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, ... Strategi penglibatan ibu bapa

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 67-78 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

70

Sekolah secara umumnya dan guru secara khususnya memainkan peranan penting dan

mempunyai pengaruh yang besar di dalam pendidikan anak-anak. Di sekolah, pelajar dididik

supaya berakhlak, bermoral dan mengamalkan budaya hidup yang murni. Abd Rahim (200I)

juga menjelaskan pendidikan dan persekolahan perlu memainkan peranan yang berkesan bagi

menyemai dan menanamkan nilai-nilai murni sebagai langkah membentuk dan melahirkan

masyarakat yang tinggi intelek dan moralnya. Tanggungjawab bagi mendidik murid-murid

tahfiz tidak boleh diambil ringan. Dalam menjayakan pendidikan tahfiz, guru merupakan orang

yang penting dalam melaksanakan strategi ini. Maka guru hendaklah terlebih dahulu

mengamal dan menghayati al Quran itu terlebih dahulu. Lickona (1991) menjelaskan tentang

tanggungjawab guru sebagai model penerapan nilai murni, iaitu guru perlu menjadi penjaga,

model dan mentor dan selain menjadikan ibu bapa sebagai rakan kongsi. Selain itu, cabaran

proses hafazan yang lama dan sukar menuntut penglibatan sekolah dan guru-guru tahfiz. Guru

tahfiz berperanan bagi menjaga keikhlasan hati, berlaku adil antara murid-murid, mengambil

kira perbezaan kemampuan murid serta kesabaran dan lemah lembut dengan murid (Ashraf

Ismail, Ab Halim Tamuri, Kamarulzaman Abd Ghani dan Nurul Hudaa Hassan, 2013).

Pihak sekolah juga perlu menyediakan segala bentuk kemudahan dan kelas-kelas

tambahan untuk memperbaiki tajwid dan hafazan murid-murid tahfiz ini. Persekitaran sekolah

yang menggalak dan menyokong dapat melahirkan kesan positif terhadap proses pembelajaran

dan hafazan murid tahfiz ini. Bagi aspek persekitaran dan budaya sekolah, apa yang dapat

dijelaskan ialah budaya sekolah merangkumi seluruh persekitaran diri pelajar di sekolah.

Faktor keadaan persekitaran sekolah boleh memberi kesan kepada pembentukan tingkah laku

(Rusni Mohd. Nor, 2005). Persekitaran ini bercorak fizikal dan bukan fizikal. Persekitaran yang

menggalakkan dan menyokong dapat melahirkan kesan positif terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran yang memberangsang.

Dalam mendepani cabaran, murid-murid tahfiz ini tentunya memerlukan sistem

sokongan yang mampan untuk membantu mereka berjaya dalam lapangan ini. Berdasarkan

pernyataan-pernyataan di atas jelas menunjukkan betapa pentingnya peranan ibu bapa, sekolah

dan guru dalam pendidikan tahfiz ini. Sekolah bukan setakat untuk mendapat kecemerlangan

akademik semata-mata dan guru bukan setakat untuk mengajar bagi meningkatkan pencapaian

akademik tetapi lebih daripada itu iaitu membina dan membangunkan potensi diri murid-murid

tahfiz ini.

Metodologi

Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif. Seramai 411 orang murid tingkatan

empat aliran tahfiz terlibat sebagai sampel kajian. Kaedah tinjauan survey telah digunakan

sebagai kaedah pengumpulan data bagi mendapatkan data berkaitan profil demografi murid-

murid tahfiz ini. Dapatan analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis data.

Page 5: MINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN · PDF fileMINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN ... 2 Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, ... Strategi penglibatan ibu bapa

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 67-78 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

71

Dapatan dan Perbincangan

Pelajar cemerlang merupakan pemangkin kepada kemajuan negara bukan hanya dalam bidang

ekonomi bahkan juga dalam bidang politik dan keselamatan negara (Tajul Ariffin & Nor’ Aini,

2002). Kecemerlangan pelajar banyak dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya ialah

penglibatan ibu bapa, guru, sekolah, rakan sebaya, dan persekitaran lainnya. Namun begitu,

untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, bukanlah satu perkara yang mudah,

terutamanya bagi murid-murid aliran tahfiz yang memerlukan masa dan sistem sokongan yang

mampan bagi membantu mereka menghafaz 30 juzuk al Quran dengan baik. Kertas kerja ini

membincangkan tentang analisis data dan hasil dapatan kajian yang dilakukan secara

deskriptif. Bahagian ini terdiri daripada maklumat berkaitan dengan latar belakang murid aliran

tahfiz. Dalam bahagian ini, murid dikehendaki memberikan maklumat berkaitan dengan

jantina, jumlah juzuk yang telah dihafal, khatam al Quran dan pernah mengikuti pertandingan

tilawah al Quran.

Jadual 1: Taburan Frekuensi dan Peratus Murid Tahfiz Mengikut Jantina dan umur

Jantina Frekuensi Peratus (%)

Lelaki 209 50.8

Perempuan 202 49.1

Jumlah 411 100

Jadual 1 di atas menunjukkan taburan frekuensi dan peratus murid mengikut jantina.

Kajian mendapati bahawa bilangan murid lelaki lebih ramai daripada murid perempuan. Murid

lelaki mencatatkan bilangan murid lebih ramai iaitu seramai 209 orang (50.8 %), manakala

bilangan murid perempuan ialah seramai 202 orang sahaja (49.1 %).

Jadual 2: Taburan Jumlah Juzuk yang dihafal

Juzuk Frekuensi Peratus (%)

3 2 .5

5 1 .2

6 1 .2

7

8

9

10

14

15

16

17

18

19

20

21

22

2

1

1

3

2

4

11

12

14

19

32

16

15

.5

.2

.2

.5

.5

.7

2.6

2.8

3.3

4.4

7.3

3.5

3.5

Page 6: MINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN · PDF fileMINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN ... 2 Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, ... Strategi penglibatan ibu bapa

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 67-78 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

72

23

24

25

26

27

28

29

30

24

11

28

27

19

13

12

130

5.6

2.6

6.6

6.3

4.4

3.0

2.8

30.4

Jumlah 411 100

Jadual 2 di atas menunjukkan taburan frekuensi dan peratus jumlah juzuk yang dihafal

oleh murid tahfiz ini. Kajian mendapati bahawa majoriti murid seramai 130 orang (30.4%)

telah berjaya menghafaz sebanyak 30 juzuk al Quran. Manakala bilangan murid yang

menghafaz juzuk lima, enam, lapan dan sembilan adalah paling sedikit murid iaitu seorang bagi

setiap juzuk (.2%).

Jadual 3: Taburan Frekuensi Murid yang Mengikuti Pertandingan Tilawah al Quran

Mengikuti Tilawah Frekuensi Peratus (%)

Pernah 140 34.1

Tidak Pernah 271 65.9

Jumlah 411 100

Jadual 3 di atas menunjukkan taburan frekuensi dan peratus murid yang pernah

mengikuti pertandingan tilawah di sekolah. Kajian mendapati bahawa majoriti seramai 271

orang (65.9%) yang tidak pernah mengikuti pertandingan tilawah, manakala murid yang pernah

mengikuti pertandingan tilawah pula ialah seramai 140 orang (34.1%).

Jadual 4: Minat murid terhadap Aliran Tahfiz

Minat Min Sisihan Piawai

1. Saya seronok membaca al-

Quran.

5.5439

.67746

2. Saya suka menghafaz ayat al-

Quran

5.3878

.74555

Page 7: MINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN · PDF fileMINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN ... 2 Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, ... Strategi penglibatan ibu bapa

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 67-78 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

73

3. Saya berasa puas setiap kali

dapat berjaya menghafaz ayat

al-Quran

5.7073

.73488

4. Saya berminat menghafaz al-

Quran kerana disuruh oleh guru.

2.2415 1.22234

5. Saya berminat untuk memasuki

pertandingan hafazan

4.2293 1.37960

6. Saya berminat menghafaz al-

Quran kerana melihat kejayaan

orang lain yang menghafaz al-

Quran.

4.9171 1.22043

Jadual 4 di atas menunjukkan taburan min dan sisihan piawai bagi minat murid terhadap

aliran tahfiz. Didapati item ke 6 “saya berminat menghafaz al Quran kerana melihat kejayaan

orang lain” menunjukkan skor min tertinggi 4.917 dan sisihan piawai 1.220, manakala bagi

min yang terendah pula ialah item ke 4 iaitu “saya berminat menghafaz al Quran kerana disuruh

oleh guru”.

Jadual 5: Taburan Min Sistem Sokongan kepada Murid Aliran Tahfiz

Sistem sokongan Min Sisihan Piawai

1.Ibu bapa saya sentiasa memberi

dorongan kepada saya untuk membaca

al-Quran.

5.5596 .75432

2. Ibu bapa saya memberi

penghargaan setiap kali saya dapat

menghafaz surah.

3.9027 1.47343

3. Ibu bapa saya memahami

kemampuan saya dalam menghafaz

surah.

4.9830 1.17793

4. Ibu bapa saya memperuntukkan

waktu untuk membaca al-Quran di

rumah.

4.3114 1.47841

5. Ibu bapa saya sentiasa menguji

surah yang telah saya hafaz.

3.4136 1.32304

Page 8: MINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN · PDF fileMINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN ... 2 Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, ... Strategi penglibatan ibu bapa

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 67-78 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

74

6. Ibu bapa saya menggalakkan saya

untuk memasuki aliran tahfiz.

5.4842 .86764

7. Ibu bapa saya mengharapkan saya

dapat menghafaz al-Quran. 5.7956 .51993

8. Ibu bapa saya menghantar saya ke

kelas mengaji al-Quran. 4.7591 1.43404

9. Guru hafazan saya menyayangi

muri-muridnya. 5.3333 .93878

10. Guru hafazan saya tidak lokek

berkongsi tip hafazan. 5.1946 1.07344

11. Guru hafazan saya sentiasa

memberi galakan untuk menghafaz.

5.3163 1.00593

12. Guru hafazan saya sentiasa

memberi motivasi setiap kali saya

berputus asa untuk meneruskan

hafazan.

4.9416 1.30720

13. Guru hafazan saya memberi

penghargaan kepada saya setiap kali

berjaya menghafaz.

4.1046 1.46878

14. Guru hafazan sentiasa bersabar

dengan saya.

5.3066 .92575

15. Guru hafazan saya berkongsi

kejayaan mereka yang berjaya

menjadi hafiz/hafizah.

4.9100 1.28942

16. Guru hafazan saya sering

bertanyakan saya masalah yang

dihadapi.

4.3552 1.44504

17. Guru hafazan memaklumkan

kepada ibu bapa saya tentang

perkembangan hafazan saya.

4.0827 1.42383

18. Pihak sekolah saya memberi

panduan menghafaz al-Quran.

5.1484 .91591

Page 9: MINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN · PDF fileMINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN ... 2 Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, ... Strategi penglibatan ibu bapa

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 67-78 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

75

__________________________________________________________________________________________

19. Pihak sekolah menyediakan kelas

tajwid sebelum memulakan hafazan.

3.5791 1.46352

20. Pihak sekolah menetapkan jadual

hafazan dalam waktu persekolahan.

5.7007 .56782

21. Pihak sekolah menetapkan jadual

hafazan di luar waktu persekolahan.

4.5450 1.53012

22. Pihak sekolah memberi anugerah

kepada murid yang cemerlang

hafazan.

5.5888 .71824

23. Pihak sekolah sentiasa memantau

prestasi hafazan saya. 5.0633 1.11350

24. Pihak sekolah mengadakan kelas

hafazan tambahan untuk membantu

murid yang lemah.

4.5888 1.60753

25. Pihak sekolah mengadakan kem

hafazan semasa cuti sekolah bagi

membantu murid yang lemah.

4.6204 1.53400

26. Pihak sekolah menghantar murid

ke program hafazan.

4.7421 1.43022

27. Sekolah saya menyediakan

program hafazan.

5.3723 .96531

28.Sekolah saya mengadakan

pertandingan hafazan.

5.4501 .85215

29. Sekolah saya menggalakkan

murid membuat hafazan.

5.6156 .71099

30. Sekolah saya memberi hadiah

kepada murid yang berjaya dalam

hafazan.

5.6277 .69149

31. Sekolah saya menghantar murid

dalam pertandingan tilawah/hafazan. 5.8029 .50615

Page 10: MINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN · PDF fileMINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN ... 2 Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, ... Strategi penglibatan ibu bapa

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 67-78 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

76

Jadual 5 di atas menunjukkan taburan min dan sisihan piawai bagi sistem sokongan

yang diterima oleh murid aliran tahfiz berdasarkan sokongan dari pihak ibu bapa, guru dan

sekolah. Min yang paling tinggi ialah 5.795 dan sisihan piawai .5199 untuk sokongan ibu bapa

ialah item ke 6 iaitu “Ibu bapa saya mengharapkan saya dapat menghafaz al-Quran”.

Manakala min paling rendah iaitu 3.4136 dan sisihan piawai 1.32304 ialah untuk item ke 4

iaitu “Ibu bapa saya sentiasa menguji surah yang telah saya hafaz. Bagi sokongan dari guru

pula, min yang paling tinggi ialah 5.333 dan sisihan piawai .93878 untuk item ke 8 iaitu “Guru

hafazan saya menyayangi murid-muridnya”. Manakala min paling rendah iaitu 4.0827 dan

sisihan piawai 1.42383 ialah untuk item ke 16 iaitu “Guru hafazan saya memaklumkan kepada

ibu bapa saya tentang perkembangan hafazan saya”. Sokongan dari pihak sekolah pula

menunjukkan, min yang paling tinggi ialah 5.8029 dan sisishan piawai .50615 untuk item ke

30 iaitu “Sekolah saya menghantar murid ke pertandingan tilawah”. Manakala min paling

rendah iaitu 3.5791 dan sisihan piawai 1.46352 ialah untuk item ke 18 iaitu “Pihak sekolah

menyediakan kelas tajwid sebelum memulakan hafazan”.

Kajian ini selaras dengan kajian Fathiyah, Ahmad Fauzi, Norlizah, Wan Marzuki dan

Lukman (2016), yang menyatakan apa yang dikongsikan oleh sampel kajian iaitu sokongan

fizikal, emosi dan kerohanian. Ini bertepatan dengan apa yang dikemukakan oleh Abd Razak

dan Norani (2011) iaitu apa juga bentuk penglibatan dan sokongan ibu bapa boleh membantu

pencapaian akademik anak di sekolah. Sokongan dalam bentuk menjaga pemakanan anak dan

mengajar anak ilmu tajwid membuktikan ibu bapa memahami keperluan anak mereka.

Seterusnya sokongan emosi seperti pendedahan awal tentang tahfiz, galakan, pujukan,

pemantauan dan pemantapan hafazan adalah bukti ibu bapa berusaha melibatkan diri menerusi

aktiviti perbincangan, penjagaan dan komunikasi dengan anak (Zulkifli, Jamilah, Aminah dan

Ismi Arif, 2011). Sementara itu, sokongan dalam bentuk kerohanian iaitu doa ibubapa kepada

anak serta berusaha mewujudkan suasana Al-Quran di rumah adalah selari dengan apa yang

disarankan Islam untuk sentiasa menerapkan asas akidah kepada anak (Abd Rashid, 2008). Ibu

bapa dianjurkan untuk menanam prinsip akidah ke dalam jiwa anak bahawa kebergantungan

usaha adalah kepada Allah S.W.T.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa mesti mempunyai kesedaran untuk

mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran keibubapaan. Bahkan mereka juga perlu

memahami bahawa perkembangan emosi anak-anak mereka berada pada tahap kritikal di usia

remaja. Ibu bapa harus memberikan bimbingan kepada anak-anak untuk meningkatkan lagi

tahap minat dan hafazan mereka. Kajian ini juga adalah selaras dengan kajian yang dijalankan

oleh Fathiyah et al (2016) oleh yang memberi satu rumusan penting bahawa pembelajaran anak

tahfiz memerlukan sokongan daripada ibu bapa. Ibu bapa tidak boleh sewajarnya berlepas

tangan dan menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik hanya kepada guru dan pihak

sekolah. Ibu bapa perlu menyokong anak yang mengikuti aliran tahfiz dalam pelbagai bentuk

sokongan. Kajian ini menunjukkan bahawa pihak ibu bapa perlu memainkan peranan yang

betul dan berkesan bagi pembelajaran tahfiz anak. Kajian ini juga turut mengisyaratkan bahawa

mana-mana institusi, maahad atau sekolah tahfiz juga perlu menekankan sokongan ibu bapa

bagi membantu kejayaan murid tahfiz dalam pembelajaran mereka (Fathiyah et. al., 2016).

Page 11: MINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN · PDF fileMINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN ... 2 Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, ... Strategi penglibatan ibu bapa

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 67-78 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

77

Penutup

Pembelajaran tahfiz bukan satu pembelajaran yang mudah. Tambahan pula dalam konteks

aliran tahfiz ditawarkan bersekali dengan kurikulum pendidikan kebangsaan. Oleh itu, murid

yang mengikuti aliran tahfiz perlu diberikan sokongan dan bantuan yang sewajarnya. Tanpa

sokongan atau dorongan yang sesuai dan mencukupi akan menyukarkan mereka yang

mengikuti aliran tahfiz untuk mencapai matlamat yang telah ditentukan. Dengan sokongan

semua, generasi muda yang berjaya dan holistik atau seimbang dapat dilahirkan untuk

kebaikan masyarakat dan negara. Kajian yang serba kekurangan ini diharap mampu membuka

ruang untuk kajian-kajian yang seterusnya bagi meneroka dan mendalami aspek-aspek

pembelajaran Tahfiz dalam kalangan remaja. Kerajaan juga boleh merangka pelbagai Dasar

Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) bagi mengembangkan pendidikan tahfiz al-Quran di

negara ini dengan juga mengambil kira pembabitan ibu bapa menerusi PIBG (Persatuan Ibu

bapa dan Guru) bagi memantau pembelajaran tahfiz anak-anak.

Seterusnya dapatan kajian ini diharap dapat memberikan nafas baru kepada semua

pihak yang berkaitan, bagi memberikan sokongan dan dorongan kepada murid-murid tahfiz

ini. Adalah dicadangkan untuk kajian akan datang, agar kajian kuantitatif seperti ini dapat

dijalankan bersama dengan kajian kualitatif secara bersama. Ini kerana setiap reka bentuk

kajian sama ada kuantitatif atau kualitatif mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-

masing. Dengan menjalankan kedua-dua kajian secara bersama, kelemahan setiap kajian

dapat ditampung oleh kelebihan kajian yang lain. Kajian ini juga diharap dapat memberikan

maklumat yang berguna kepada semua pihak yang berkaitan, terutamanya dalam memberikan

sokongan kepada murid-murid tahfiz menghafaz al Quran.

Rujukan

Abdul Rahim Abd. Rashid (2001). Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:

Utusan Publications.

Abd. Razak Zakaria & Norani Mohd Salleh. (2011). Konteks Keluarga Dan Hubungannya

Dengan Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Anak-anak Ketika Di Sekolah

Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1).

Ashraf Ismail, Ab Halim Tamuri, Kamarulzaman Abd Ghani dan Nurul Hudaa Hassan (2013).

Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Tahfiz Al-Quran. Kertas kerja yang di bentang

di 3rd International Conference on Islamic Education (ICIED2013) di Pusat Latihan

KWSP, Kajang, Selangor pada 6-7 April 2013.

Azmil Hashim dan Ab. Halim Tamuri. (2012). Persepsi pelajar terhadap kaedah pembelajaran

tahfiz al-Quran di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education. 4(2), 1-10.

Azmil Hashim, Ab Halim Tamuri dan Misnan Jemali (2013). Latar belakang guru tahfiz dan

amalan kaedah pengajaran tahfiz al-Quran di Malaysia. The Online Journal of Islamic

Education. 1(1), 28-39.

Page 12: MINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN · PDF fileMINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN ... 2 Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, ... Strategi penglibatan ibu bapa

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: no. 2 (2017) page 67-78 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |

78

Azmil Hashim, Misnan Jemali, Ab Halim Tamuri dan Mohd Aderi Che Noh. (2014). Hubungan

antara adab-adab pembelajaran tahfiz dan pencapaian hafazan pelajar. The Online

Journal of Islamic Education. 2(2), 73-82.

Dudley, J.R. (2005). Research Methods for Social Work : Becoming Consumers and Producers

of Research. Boston : Allyn & Bacon.

Fathiyah Mohd Fakruddin, Ahmad Fauzi Mohd Ayub, Norlizah Che Hassan, Wan Marzuki

Wan Jaafar dan Lukman Abd Mutalib. (2016). Bentuk sokongan ibu bapa kepada anak

yang mengikuti aliran tahfiz. Kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan

Antarabangsa Islam 2016 (ICIED 2016) pada 5 – 7 Okt 2016 di Institusi Pendidikan

Guru Kampus Tun Abd Razak, Kota Samarahan, Sarawak.

Green, C. L., Walker, J. M. T., Hoover-Dempsey, K. V. & Sandler, H. M. (2007). Parents’

motivations for involvement in children’s education: An empirical test of a theoretical

model of parental involvement. Journal of Educational Psychology 99(3): 532-544.

Knollmann, M. & Wild, E. (2007). Quality of parental support and students’ emotions during

homework: Moderating effects of student motivational orientations. European Journal

of Psychology of Education, 22(1), 63-76.

Lareau, A. (2000). Home advantage: Social class and parental intervention in elementary

education, Lanham. MD: Roman & Littlefield.

Lickona, T. (1991). Educating for character: How our schools can teach respect and

responsibility. New York: Bantam Books.

Misnan Jemali dan Ahmad Sadadi Hafidz. (2003). Hubungan antara teknik menghafaz al-

Quran dengan pencapaian kursus Tahfiz wa al-Qiraat pelajar semester empat dan lima

di Maahad Tahfiz wal Qiraat di Perak. Prosiding Teknik pengajaran Tahfiz al-Quran

Peringkat kebangsaan. Kolej Universiti Islam Malaysia.

Suresh Kumar N Vellymalay. (2013). Relationship Between Malay Parents’ Socioeconomic

Status and Their Involvement in Their Children’s Education at Home. Journal of Social

Sciences and Humanities. 8(1), 98-108.

Tajul Ariffin Noordin & Nor’Aini Dan. 2002. Paradigma Pendidikan Bersepadu:

Perkembangan Dua Dekad. In. Pendidikan dan Pembangunan Manusia. Bangi : Fakulti

Pendidikan, UKM.

Zulkifli Abd Hamid, Jamilah Othman, Aminah Ahmad dan Ismi Arif Ismail. (2011). Hubungan

antara Penglibatan Ibubapa dan Pencapaian Akademik Pelajar Miskin di Negeri

Selangor. Journal of Islamic and Arabic Education. 3(2), 31-40.