stpm/s944portal.mpm.edu.my/documents/guest/bahan_taklimat_stpm... · web viewgambar rajah di bawah...

14
KERTAS SOALAN CONTOH 944/2 STPM EKONOMI KERTAS 2 (Dua jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab semua soalan dalam Bahagian A, empat soalan Bahagian B, dan dua soalan Bahagian C. Ada dua puluh soalan dalam Bahagian A. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang betul dan tandakan jawapan itu pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan. Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti. Gunakan helaian jawapan yang berasingan bagi tiap-tiap Bahagian B dan C. Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda betul hingga dua tempat perpuluhan. Markah untuk soalan atau bahagian soalan dalam Bahagian B dan C diberikan dalam tanda kurung [ ]. 1

Upload: vandang

Post on 28-Mar-2019

273 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: STPM/S944portal.mpm.edu.my/documents/guest/BAHAN_TAKLIMAT_STPM... · Web viewGambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor. Jumlah perbelanjaan

KERTAS SOALAN CONTOH

944/2 STPMEKONOMI

KERTAS 2

(Dua jam)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A, empat soalan Bahagian B, dan dua soalan Bahagian C.

Ada dua puluh soalan dalam Bahagian A. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang betul dan tandakan jawapan itu pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan. Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti.

Gunakan helaian jawapan yang berasingan bagi tiap-tiap Bahagian B dan C.

Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda betul hingga dua tempat perpuluhan.

Markah untuk soalan atau bahagian soalan dalam Bahagian B dan C diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong. Majlis Peperiksaan Malaysia

STPM 944/2

1

Page 2: STPM/S944portal.mpm.edu.my/documents/guest/BAHAN_TAKLIMAT_STPM... · Web viewGambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor. Jumlah perbelanjaan

Bahagian A [20 markah]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1 Yang manakah merupakan isu makroekonomi?

A Kekurangan penawaran pekerjaan

B Kekurangan minyak masak di seluruh negara

C Peningkatan kadar cukai import terhadap rokok

D Pemberian subsidi minyak kepada pemilik kenderaan

2 Yang manakah yang diambil kira dalam penghitungan pendapatan negara mengikut kaedah keluaran?

A Eksport bersih

B Pelaburan swasta

C Pengeluaran padi

D Royalti petroleum

3 Jadual di bawah menunjukkan data keluaran negara sebuah ekonomi.

Butiran RM juta

Keluaran dalam negeri kasar harga pasaranKeluaran dalam negeri kasar kos faktorKeluaran negara bersihSusut nilai

645050505900350

Berapakah jumlah keluaran negara kasar harga pasaran?

A RM6250 juta

B RM6450 juta

C RM6800 juta

D RM7650 juta

4 Dalam penghitungan pendapatan negara Malaysia mengikut kaedah keluaran, mengapakah cukai import perlu ditambah untuk mendapatkan nilai keluaran dalam negeri kasar harga pasaran?

A Terdapat input yang diimport yang dikenakan cukai.

B Nilai cukai import telah mengurangkan nilai keluaran.

C Terdapat barang penggunaan yang diimport dikenakan cukai.

D Cukai import adalah cukai tak langsung yang belum dikira dalam penghitungan.

944/22

Page 3: STPM/S944portal.mpm.edu.my/documents/guest/BAHAN_TAKLIMAT_STPM... · Web viewGambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor. Jumlah perbelanjaan

5 Yang manakah bukan merupakan syarat keseimbangan pendapatan negara?

A Pendapatan negara sama dengan perbelanjaan agregat.

B Pendapatan negara sama dengan perbelanjaan penggunaan tambah cukai tambah tabungan.

C Tabungan tambah cukai sama dengan perbelanjaan pelaburan tambah perbelanjaan kerajaan.

D Tabungan tambah cukai tambah import sama dengan perbelanjaan pelaburan tambah perbelanjaan kerajaan tambah eksport.

6 Gambar rajah di bawah menunjukkan perbelanjaan agregat (AE) dalam ekonomi tiga sektor.

Jika PQ adalah lompang inflasi sebanyak RM300 juta, berapakah pendapatan negara pada tingkat Yf?

A RM900 juta

B RM1000 juta

C RM1700 juta

D RM2000 juta

7 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk fungsi suntikan dan keluk fungsi bocoran bagi sebuah ekonomi.

Berapakah imbangan perdagangan ekonomi tersebut?

A Lebihan sebanyak QR

B Lebihan sebanyak QS

C Defisit sebanyak RS

D Defisit sebanyak PT

944/2

3

AE = 900 + 0.7Y

AE (RM juta) Y = AE

P

Q

E

0Yf 3000 Pendapatan negara (RM juta)

Suntikan,bocoran

S + T + M

S + T I + G + X

I + G

Pendapatan negara

Q

T

R

SP

Y1 Y20

Page 4: STPM/S944portal.mpm.edu.my/documents/guest/BAHAN_TAKLIMAT_STPM... · Web viewGambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor. Jumlah perbelanjaan

8 Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor.

Jumlah perbelanjaan penggunaan (C) pada tingkat keseimbangan pendapatan negara ialah

A RM2100 juta

B RM2130 juta

C RM2180 juta

D RM1880 juta

9 Andaikan sebuah ekonomi yang sedang mengalami jurang KNK sebanyak RM800 juta. Sekiranya kecenderungan mengguna sut ialah 0.75, yang manakah antara berikut dapat mengatasi masalah tersebut?

A Menurunkan cukai sebanyak RM200 juta

B Menurunkan cukai sebanyak RM800 juta

C Meningkatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM200 juta

D Meningkatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM800 juta

10 Keluk permintaan agregat akan beralih ke kanan jika

A tingkat harga meningkat

B penawaran wang berkurang

C permintaan wang meningkat

D cukai pendapatan dikurangkan

11 Pertambahan penawaran wang pada satu tingkat harga akan menyebabkan

A penawaran agregat bertambah

B permintaan agregat bertambah

C permintaan agregat berkurang

D penawaran agregat bertambah

944/2

4

Y

C = 220 + 0.8Y

AE = C + I + GPerbelanjaan agregat (RM juta)Y = AE

470

220

0 Pendapatan negara (RM juta)

Page 5: STPM/S944portal.mpm.edu.my/documents/guest/BAHAN_TAKLIMAT_STPM... · Web viewGambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor. Jumlah perbelanjaan

12 Jadual di bawah menunjukkan proses penciptaan wang dalam sebuah ekonomi.

Bank perdagangan Deposit semasa (RM)

Rizab tunai (RM)

ABC...

10 00080006400

.

.

.

200016001280

.

.

.

Berapakah jumlah rizab yang dicipta oleh sistem bank jika deposit semasa awal ialah RM10 000?

A RM2000

B RM4880

C RM6400

D RM10 000

13 Mengikut Teori Keutamaan Kecairan Keynes, peningkatan penawaran wang akan menyebabkan

A kadar bunga turun, simpanan turun, dan permintaan agregat menurun

B kadar bunga turun, pelaburan meningkat, dan permintaan agregat meningkat

C kadar bunga meningkat, pelaburan meningkat, dan permintaan agregat meningkat

D kadar bunga turun, simpanan dan pelaburan meningkat, dan permintaan agregat meningkat

14 Yang manakah merupakan fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada bank perdagangan?

A Sumber pinjaman terakhir

B Mengawasi kegiatan pasaran pertukaran asing

C Mengawasi kegiatan bank melalui dasar kewangan

D Memberi nasihat kewangan kepada bank perdagangan

15 Pelaksanaan dasar kewangan mengembang tidak berkesan terhadap output sekiranya

A kadar inflasi yang rendah

B berlaku perangkap kecairan

C pelaburan sensitif terhadap kadar bunga

D mudah tunai yang mencukupi dalam sistem perbankan

16 Yang manakah bukan alasan bagi menjalankan perdagangan antarabangsa?

A Mempelbagaikan kegiatan ekonomi

B Mempelbagaikan penggunaan barang

C Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan

D Meningkatkan kecekapan penggunaan faktor pengeluaran

944/25

Page 6: STPM/S944portal.mpm.edu.my/documents/guest/BAHAN_TAKLIMAT_STPM... · Web viewGambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor. Jumlah perbelanjaan

17 Jadual di bawah menunjukkan jumlah pakaian atau beras yang boleh dikeluarkan oleh negara P dan negara Q.

Negara Pakaian (helai)

Beras (kilogram)

Negara PNegara Q

500600

15002400

Berdasarkan maklumat yang diberi, boleh dibuat kesimpulan bahawa

A negara Q memperoleh faedah berbanding dalam pengeluaran beras

B negara Q memperoleh faedah berbanding dalam pengeluaran pakaian

C negara Q memperoleh faedah berbanding dalam pengeluaran kedua-dua barang

D negara P memperoleh faedah berbanding dalam pengeluaran kedua-dua barang

18 Defisit imbangan pembayaran dapat dikurangkan melalui

A kemasukan pelajar asing

B kemasukan pekerja asing

C perpindahan teknologi asing

D perkhidmatan perkapalan asing meningkat

19 Andaikan bahawa kadar pertukaran mata wang antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dolar Singapura (S$) berubah daripada RM1.00 = S$0.38 kepada RM1.00 = S$0.47. Ini bermakna bahawa

A nilai mata wang Malaysia telah merosot

B nilai mata wang Singapura telah merosot

C barangan buatan Malaysia bertambah murah di Singapura

D lebih banyak rakyat Singapura yang akan melancong ke Malaysia

20 Jadual di bawah menunjukkan data imbangan pembayaran bagi sebuah negara.

Butiran Nilai (RM juta)

Eksport barangan Import barangan Perkhidmatan bersihPendapatanBayaran pindahan bersihAliran modal jangka panjangAliran modal jangka pendek

12 50010 000150050025040001250

Imbangan akaun semasa ialah

A RM1000 juta

B RM250 juta

C RM500 juta

D RM3000 juta

944/2

6

Page 7: STPM/S944portal.mpm.edu.my/documents/guest/BAHAN_TAKLIMAT_STPM... · Web viewGambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor. Jumlah perbelanjaan

Bahagian B [40 markah]

Jawab empat soalan sahaja

1 “Ekonomi negara ini sedang menghadapi kemelesetan, bilangan pekerja yang hilang pekerjaan meningkat, dan harga umum terus meningkat; ini adalah satu masalah besar yang dihadapi kerajaan.” Berdasarkan pernyataan ini,

(a) terangkan dua masalah ekonomi yang dirujuk, [4]

(b) jelaskan mengapa masalah ini perlu ditangani. [6]

2 Terangkan kegunaan data pendapatan negara dalam aspek berikut:

(a) Alat pengukur perubahan struktur ekonomi sesebuah negara. [5]

(b) Alat pengukur perubahan taraf hidup penduduk sesebuah negara. [5]

3 Dengan bantuan gambar rajah permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), terangkan kesan perkara berikut terhadap harga dan pendapatan negara.

(a) Kerajaan menjual bon dalam pasaran terbuka. [5]

(b) Kejadian tsunami dan gempa bumi telah menjejaskan produktiviti pengeluaran. [5]

4 Dengan bantuan gambar rajah, terangkan bagaimana pengurangan penawaran wang boleh mempengaruhi pendapatan negara. [10]

5 (a) Apakah maksud devaluasi? [2]

(b) Bagaimanakah devaluasi dapat mengurangkan masalah defisit akaun semasa dalam imbangan pembayaran? [8]

6 (a) Apakah maksud sekatan perdagangan antarabangsa? [2]

(b) Huraikan empat tujuan mengapa sesebuah negara dikenakan sekatan perdagangan antarabangsa. [8]

944/2

7

Page 8: STPM/S944portal.mpm.edu.my/documents/guest/BAHAN_TAKLIMAT_STPM... · Web viewGambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor. Jumlah perbelanjaan

Bahagian C [20 markah]

Jawab dua soalan sahaja.

1 Maklumat berikut menunjukkan data perbelanjaan agregat sebuah negara (RM juta).

C = 100 + 0.75Yd,

I = 200,

G = 250,

T = 100,

dengan

C = perbelanjaan penggunaan,

I = perbelanjaan pelaburan,

G = perbelanjaan kerajaan,

T = cukai.

(a) (i) Hitung pendapatan negara pada tingkat keseimbangan. [2]

(ii) Berapakah nilai pengganda? [1]

(b) Sekiranya pendapatan negara pada tingkat guna tenaga penuh ialah RM3000 juta,

(i) hitung jurang KNK, [1]

(ii) berapakah perubahan perbelanjaan kerajaan yang diperlukan untuk mencapai pendapatan negara pada tingkat guna tenaga penuh? [2]

(iii) lukis gambar rajah yang menunjukkan keseimbangan pendapatan negara berdasarkan jawapan (a)(i) dan (b)(ii), [2]

(iv) berapakah perubahan cukai yang diperlukan untuk mencapai pendapatan negara pada tingkat guna tenaga penuh? [2]

2 Jadual di bawah menunjukkan kunci kira-kira sebuah bank perdagangan dalam ekonomi.

Aset (RM juta) Liabiliti (RM juta)

Rizab dan wang tunai 11 0000Pinjaman 27 5000

Deposit semasa 38 5000

38 5000 38 5000

(a) Apakah maksud rizab tunai minimum dan rizab berkanun? [2]

(b) Sekiranya nisbah rizab berkanun ialah 20%,

(i) berapakah lebihan rizab bank ini? [2]

(ii) bina kunci kira-kira selepas semua lebihan rizab dipinjamkan, [2]

(iii) berapakah jumlah pinjaman yang boleh diciptakan oleh bank perdagangan sebelum dan selepas semua lebihan rizab dipinjamkan? [3]

(c) Nyatakan dua faktor yang mengehadkan proses penciptaan kredit. [1]

944/2

8

Page 9: STPM/S944portal.mpm.edu.my/documents/guest/BAHAN_TAKLIMAT_STPM... · Web viewGambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor. Jumlah perbelanjaan

3 Jadual di bawah menunjukkan data kadar pertukaran asing Singapura dengan Malaysia dan haluan perdagangan Singapura dengan Malaysia dari tahun 1996 hingga tahun 1999.

Tahun Kadar pertukaran asing bagi $100

Eksport(RM juta)

Import (RM juta)

1996199719981999

180.66232.00228.79228.09

40 28744 35248 67253 106

26 34828 94430 93834 817

(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi, 2000/2001)

(a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pertukaran asing? [1]

(ii) Berapakah dolar Singapura yang boleh dibeli dengan RM1000 pada tahun 1999? [1]

(iii) Huraikan arah aliran kadar pertukaran asing Ringgit Malaysia dengan Dolar Singapura bermula dari tahun 1997. [2]

(b) (i) Apakah maksud eksport bersih? [1]

(ii) Hitung eksport bersih Malaysia dari tahun 1996 hingga tahun 1999. [2]

(iii) Huraikan arah alirannya. [1]

(iv) Huraikan kesan pertukaran asing terhadap eksport bersih. [2]

944/2

9

Page 10: STPM/S944portal.mpm.edu.my/documents/guest/BAHAN_TAKLIMAT_STPM... · Web viewGambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor. Jumlah perbelanjaan

HALAMAN KOSONG

944/2

10

Page 11: STPM/S944portal.mpm.edu.my/documents/guest/BAHAN_TAKLIMAT_STPM... · Web viewGambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor. Jumlah perbelanjaan

Graf

Jika kertas graf ini digunakan untuk menjawab sesuatu soalan, kertas graf ini mestilahdiserahkan bersama dengan kertas jawapan anda.

Nombor kad pengenalan: ...................................... Nombor pusat/angka giliran: ..............................

Bahagian C[50 markah]

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan.

1 Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira oleh kerajaan Malaysia dalam menentukan dasar luarnya. Huraikan.

2 Pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) secara amnya akan memberikan kesan positif kepada Malaysia dan negara-negara anggota lain. Perihalkan.

3 Malaysia yang terletak di rantau Asia dilaporkan mengalami pertambahan suhu sebanyak 0.5°C dalam tempoh 1901 hingga 2005. Keadaan ini akan mengancam kehidupan manusia dan persekitaran. Jelaskan.

11944/2

Sila

koy

akka

n di

sepa

njan

g ga

ris p

utus

-put

us in

i.

Page 12: STPM/S944portal.mpm.edu.my/documents/guest/BAHAN_TAKLIMAT_STPM... · Web viewGambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor. Jumlah perbelanjaan

HALAMAN KOSONG

944/2

12