keseimbangan pasaran

12
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4 Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya www.drhamzaid.com 121 3.0: KESEIMBANGAN PASARAN 3.1: PENENTUAN KESEIMBANAGAN Berbalik kepada contoh pasaran keropok lekor di atas, kita dapati bahawa keluk permintaan sesuatu barang termasuk keropok lekor ini adalah mencerun ke bawah dari kiri ke kanan, dan sebaliknya keluk penawaran pula akan mencerun ke atas dari kiri ke kanan. Maka dengan mengabungkan kedua-dua keluk permintaan dan penawaran ini, kita akan dapat menentukan keseimbangan harga dan kuantiti barang tersebut di pasaran. Seperti di gambar rajah 2.14, keseimbangan pasaran akan diperlolehi apabila kedua-dua keluk permintaan (D) bersilangan dengan keluk penawar- an (S), iaitu di titik E. Ini bererti bahawa keseimbangan harga di pasaran barang ini ialah di Po dan keseimbangan kuantiti di pasaran ialah di Ko. Rajah 2.14: Keseimbangan pasaran Satu perkara penting dalam analisis ini ialah keseimbangan harga dan kuantiti ini bukan ditentukan oleh permintaan dan penawaran seseorang individu atau sesebuah firma, tetapi ia adalah ditentukan oleh keluk-keluk permintaan dan penawaran pasaran. Harga (RM) Po 0 Ko Kuantiti S D E

Upload: azril-hairi-ahmad

Post on 08-Aug-2015

285 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Keseimbangan Pasaran

TRANSCRIPT

Page 1: Keseimbangan Pasaran

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

121

3.0: KESEIMBANGAN PASARAN

3.1: PENENTUAN KESEIMBANAGAN

Berbalik kepada contoh pasaran keropok lekor di atas, kita dapati

bahawa keluk permintaan sesuatu barang termasuk keropok lekor ini adalah mencerun ke bawah dari kiri ke kanan, dan sebaliknya keluk penawaran pula

akan mencerun ke atas dari kiri ke kanan. Maka dengan mengabungkan

kedua-dua keluk permintaan dan penawaran ini, kita akan dapat menentukan keseimbangan harga dan kuantiti barang tersebut di pasaran.

Seperti di gambar rajah 2.14, keseimbangan pasaran akan diperlolehi apabila kedua-dua keluk permintaan (D) bersilangan dengan keluk penawar-

an (S), iaitu di titik E. Ini bererti bahawa keseimbangan harga di pasaran

barang ini ialah di Po dan keseimbangan kuantiti di pasaran ialah di Ko.

Rajah 2.14: Keseimbangan pasaran

Satu perkara penting dalam analisis ini ialah keseimbangan harga dan kuantiti ini bukan ditentukan oleh permintaan dan penawaran seseorang

individu atau sesebuah firma, tetapi ia adalah ditentukan oleh keluk-keluk

permintaan dan penawaran pasaran.

Harga

(RM)

Po

0 Ko Kuantiti

S

D

E

Page 2: Keseimbangan Pasaran

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

122

3.2: KONSEP LEBIHAN ATAU KEKURANGAN PERMINTAAN

DAN PENAWARAN

3.2.1: Analisis berdasarkan jadual

Untuk melihat bagaimana konsep kesimbangan pasaran ini dicapai, kita cantumkan maklumat-maklumat permintaan dan penawaran pasaran bagi

satu barang seperti keropok lekor, iaitu seperti di jadual 2.11.

Berdasarkan Jadual 2.11, pada tingkat harga RM1.00 sekilogram,

jumlah kuantiti keropok lekor yang diminta ialah sebanyak 60 kg., sementara

jumlah keropok lekor yang ditawarkan pula ialah sebanyak 10 kg. sahaja. Maka ini bererti berlaku lebihan permintaan sebanyak 50 kg. Lebihan per-

mintaan ini bererti bahawa terdapat sebahagian daripada pengguna yang

tidak memperolehi keropok lekor tersebut. Maka kesannya ialah sebahagian

daripada pengguna yang tidak memperolehi keropok lekor ini yang akan sanggup untuk membayar dengan harga yang lebih tinggi berbanding dengan

harga RM1.00 yang terdapat di pasaran. Ini bererti bahawa pengguna ini

akan memberi tekanan ke atas pasaran untuk menyebabkan harga di pasar-

an untuk meningkat.

Jadual 2.11 Proses mencapai keseimbangan pasaran keropok lekor

Harga

(RM)/kg

Jumlah

kuantiti

diminta

Jumlah

kuantiti

ditawar

Lebihan

permintaan

Kekurangan

Permintaan

(lebihan penawaran)

Arah

pergerakan

harga

1.00 60 10 50 - Meningkat

1.50 49 20 29 - Meningkat

2.00 40 40 0 0 Seimbang

2.50 30 62 - 32 Menurun

3.00 22 90 - 68 Menurun

3.50 16 114 - 98 Menurun

Apa yang kita dapat lihat seperti di Jadual 2.11 ini, kenaikan harga ini akan menyebabkan jumlah kuantiti keropok lekor yang dipohon merosot.

Misalnya pada harga pasaran di RM1.50 sekilogram, jumlah permintaan

telah merosot ke 49 kg sahaja. Tetapi sebaliknya kenaikan harga ini telah menyebabkan lebih ramai pengusaha yang meningkatkan penawarannya,

iaitu pada harga RM1.50 ini jumlah penawaran ialah seba-nyak 20 kg. Walau

bagaimana pada tingkat harga RM1.50 ini masih berlaku lebihan permintaan

sebanyak 29 kg. Ini bererti bahawa pada harga RM1.50 masih lagi terdapat sebilangan pengguna yang gagal untuk mendapatkan keropok lekor ini.

Page 3: Keseimbangan Pasaran

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

123

Dalam lain perkataan pada tingkat RM1.50 ini masih berlaku lebihan

permintaan di pasaran. Maka lebihan permintaan ini akan memberi tekanan ke atas pasaran ini untuk memaksa harga meningkat lagi. Seterusnya harga

akan terus meningkat lagi ke pasaran RM2.00 sekilogram. Pada paras harga

RM2.00 ini jumlah permintaan di pasaran ialah sebanyak ialah 40 kg,

sementara jumlah penawaran di pasaran juga bersamaan dengan 40 kg. Ini bererti pada paras harga RM2.00 sekilogram ini jumlah permintaan dan

jumlah penawaran di pasaran adalah sama. Maka pasaran tidak mengalami

sebarang lebihan permintaan ataupun lebihan penawaran. Dalam lain perkataan pada tingkat atau paras harga RM2.00, pasaran telahpun men-capai

keseimbangan. Jika harga berada lebih tinggi daripada tingkat RM2.00, seperti

RM2.50 sekilogram, kita dapati bahawa jumlah permintaan di pasaran ialah

sebanyak 30 kg sementara jumlah penawaran ialah sebanyak 62 kg. Maka ini

bererti jumlah penawaran adalah melebihi jumlah permintaan sebanyak 32 kg. Lebihan ini disebut sebagai lebihan penawaran. Kesan daripada wujud-

nya lebihan penawaran ini bererti ada sebahagian keropok lekor di pasaran

ini yang tidak dapat dijual. Maka berlakulah tekanan di pasaran untuk memaksa harga untuk turun. Ini kerana lebihan penawaran ini akan men-

yebabkan sebahagian daripada pengusaha ini sanggup menerima harga yang

lebih rendah bagi memastikan keropok lekor keluarannya dapat dijual kepada pengguna. Berdasarkan kepada Jadual 2.11 apabila harga berada lebih tinggi

daripada pasar RM2.00 akan berlakulah jumlah lebihan penawaran yang

semakin besar, dan ini akan memberi tekanan yang semakin kuat ke atas

pasaran untuk memastikan bahawa harga akan terus turun. Kesimbangan akan dicapai apabila harga di pasaran berada pada paras RM2.00 sekilogram.

Proses keseimbangan ini berlaku secara ‘trial and error’ dan ia berlaku dalam masa yang sangat cepat. Inilah berlaku dalam pasaran ikan,

sayor dan sebagainya di Malaysia dan diseluruh dunia. Jika kita pergi ke

pasar borong, kita akan dapati bahawa setiap jenis ikan, sayor dan beribu lagi

jenis barang, kita bahawa setiap jenis barang itu mempunyai harga yang sama. Misalnya ikan kembong berharga RM5.00, ikan tenggeri berharga

RM15.00 sekilogram dan seterusnya du setiap gerai ikan di pasar borong

tersebut. Inilah yang dikatakan oleh Adam Smith (The Wealth of Nation –

1776) bahawa seolah-olah di pasaran ini terdapat tangan yang tak nampak

dalam mengatur keseimbangan harga dan kuantiti bagi setiap barang.

Page 4: Keseimbangan Pasaran

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

124

3.2.2: Analisis keseimbangan berdasarkan gambar rajah.

Proses keseimbangan pasaran ini boleh juga dilihat secara gambar

rajah, iaitu seperti di gambar rajah 2.15.

Rajah 2.15: Proses pencapaian keseimbangan pasaran

Secara umumnya seperti di gambar rajah 2.15, jika harga pasaran di P2, kuantiti diminta (yang ditunjukkan oleh keluk D) adalah sebanyak OK1,

sementara kuantiti yang ditawarkan (yang ditunjukkan olek keluk S) ialah

sebanyak OK2. Ini bererti berlaku lebihan penawaran sebanyak K1K2. Lebihan penawaran ini akan memberi tekanan ke atas harga untuk turun di

pasaran. Tekanan ini wujud kerana ada sebahagian daripada pengeluar di

pasaran ini yang sanggup menerima harga yang lebih rendah daripada P2

bagi memastikan bahawa barang keluarannya dapat dijual di pasaran tersebut. Tekanan ke atas harga untuk turun akan berterusan selagi wujud

lebihan penawaran di pasaran. Tekanan ke atas harga ini akan berhenti

apabila jumlah kuantiti yang diminta adalah sama dengan jumlah kuantiti di tawar, iaitu apabila berlaku persilangan di antara kedua keluk permintaan dan

penawaran ini. Keseimbangan akan dicapai di titik E, iaitu pada tingkat harga

Pe.

Sebaliknya berlaku apabila tingkat harga di pasaran berada di P1. Di

sini kuantiti diminta, iaitu OK2, adalah lebih besar berbanding dengan

jumlah kuantiti yang ditawarkan, iaitu OK1. Ini bererti pada tingkat P1 akan berlaku lebihan permintaan sebanyak K1K2. Dengan wujudnya lebihan

permintaan ini akan berlakulah tekanan ke atas harga untuk naik. Tekanan ini

wujud kerana ada sebahagian daripada pengguna ini akan sanggup untuk

Harga

P2

Pe

P1

0 K1 Ke K2 Kuantiti

S

D

E

Page 5: Keseimbangan Pasaran

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

125

membayar lebih tinggi daripada P1 bagi memastikan bahawa mereka akan

berjaya memperolehi barang tersebut. Tekanan ke atas harga untuk mening-kat ini akan berterusan selagi wujud lebihan permintaan di pasaran. Tekanan

ini akan berakhir apabila masalah lebihan permintaan ini dapat diselesaikan.

Penyelesaian ini akan berlaku apabila kedua-dua keluk permintaan dan

penawaran ini bersilang, dan harga akan mencapai tingkat Pe dan kuantiti berada di Ke.

Keadaan ini biasa berlaku dalam pasaran. Itulah sebabnya kadang kala kita pergi ke pasar malam, kita dapati pengusaha melelong barang-

barang jualannya. Kegiatan melelong barangan itu adalah untuk memastikan

bahawa barang-barang mereka itu dapat habis dijual. Walau bagaimanapun pada lazimnya proses keseimbangan bagi satu-satu barang itu akan berlaku

dengan cukup pantas. Itulah sebabnya kalau kita ke pasar ikan atau sayor,

kita dapati bahawa harga ikan atau sayor di setiap gerai adalah sama.

3.3: PERUBAHAN KESEIMBANGAN PASARAN

Kalau kita boleh menganggarkan bahawa tindakan bersama antara pengguna dan penjual atau pengeluar akan cepat mewujudkan keseimbangan

harga bagi sebarang barang, maka kita akan mengatakan bahawa keseim-

bang akan sentiasa wujud di pasaran. Tetapi dalam jangka panjang, keseimbangan harga dan kuantiti ini akan berubah. Ini kerana dalam kita

mengkaji keseimbangan pasaran bagi satu barang itu, kita mengandaikan

bahawa keadaan adalah ceteris paribus, atau kita mengadaikan bahawa

perkara-perkara lain yang boleh mempengaruhi permintaan dan penawaran itu adalah tetap tidak berubah. Tetapi dalam keadaan sebenar, andaian ini

tidak benar. Kadang kala kita mendapati bahawa permintaan sesuatu barang

itu berubah, mungkin disebabkan perubahan pendapatan, harga barang lain dan sebagainya. Dengan perubahan faktor ini keluk permintaan telah

bergerak ke kanan atau ke kiri. Begitu juga dengan keluk penawaran, ia juga

boleh bergerak ke kanan atau ke kiri bergantung faktor-faktor yang boleh

mempengaruhi keluk tersebut.

Sekarang cuba kita lihat apakah yang berlaku ke atas keseimbangan

harga dan kuantiti di pasaran bagi sesuatu barang itu jika berlaku perubahan dalam permintaan dan penawaran.

3.3.1: Perubahan permintaan sahaja

Perubahan permintaan boleh dilihat dari dua sudut. Pertama

disebabkan oleh kenaikan permintaan dan kedua oleh kejatuhan permintaan.

Page 6: Keseimbangan Pasaran

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

126

Rajah 2.16 : Kesan daripada perubahan permintaan.

Seperti di gambar rajah 2.16, katakana pada tingkat keseimbangn asal,

pasaran berada di tingkat harga Po dan keluaran di OKo, iaitu di mana keluk

permintaan asal (Do) bersilang dengan keluk penawaran S. Sekarang, kata-kan permintaan bertambah secara eksogenous (yang disebabkan oleh

perubahan dalam salah satu faktor-faktor yang boleh mempengaruhi

permintaan, kecuali harga barang itu sendiri), maka keluk permintaan akan bergerak ke kanan, iaitu ke D1. Jika kita lihat dari gambar rajah 2.16, jika

kuantiti tetap di Ko, dengan kenaikan permintaan ke D1, kita akan dapati

bahawa harga di pasaran akan meningkat ke P2. Apabila ini berlaku (harga

meningkat ke P2), firma-firma akan meningkatkan keluarannya demi memastikan bahawa mereka akan dapat memaksimumkan keuntungannya.

Ini bererti secara perlahan-perlahan kita dapati bahawa firma akan mening-

katkan keluaran dengan berdasarkan keluk penawaran S. Perubahan dalam kuantiti yang ditawarkan ini berlaku adalah disebabkan oleh perubahan

dalam tingkat harga barang itu sendiri – iaitu kenaikan harga ke P2 yang

disebabkan oleh peralihan keluk penawaran ke D1. Maka keseimbangan yang baru akan dicapai apabila keluk D1 ini bersilang dengan keluk S, dan

kesimbangan harga yang baru ialah di P1 dan keseimbangan kuantiti pula

akan berada di OK1.

Sebaliknya jika berlaku penurunan dalam permintaan (disebabkan

oleh kejatuhan pendapatan, perubahan cita rasa, perubahan harga barang lain

dan sebagainya) yang ditunjukkan oleh pergerakan keluk permintaan ke D2.

D2

Do

D1

S Harga

P2

P1

Po

P3

0 K3 Ko K1 Kuantiti

Page 7: Keseimbangan Pasaran

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

127

Apa yang berlaku di sini ialah keseimbangan harga akan turun ke P3 dan

keseimbangan kuantiti juga akan turun iaitu ke K3..

3.3.2: Perubahan penawaran sahaja.

Seperti dalam perubahan permintaan, perubahan penawaran ini boleh juga dilihat dari segi kenaikan dan penurunan penawaran. Apa yang

dimaksudkan dengan kenaikan penawaran ialah pergerakan keluk penawaran

ke kanan, iaitu di S1, seperti di gambar rajah 2.17. Kenaikan penawaran ini mungkin disebabkan oleh kemajuan teknologi, kejatuhan dalam harga input

dan sebagainya. Kesimbangan asal di pasaran ini ialah diberi keluk

penawaran So dan keluk permintaan D. Keseimbangan harga ialah di Po dan keseimbangan kuantiti pula ialah di Ko. Sekarang andaikan berlaku kenaikan

penawaran bagi barang ini, yang mana ia ditunjukan oleh pergerakan keluk

penawaran dari So ke S1. Ini bererti dalam jangka yang sangat pendek, deng-

an kenaikan penawaran ini, pada harga pasaran di Po, kuantiti yang ditawarkan telah meningkat ke K2 (yang ditunjukkan oleh keluk S1), sedang-

kan kuantiti yang diminta ialah di Ko (yang ditunjukkan oleh keluk D). Maka

ini bererti berlaku lebihan penawaran sebanyak KoK2. Lebihan penawaran ini akan memberi tekanan ke atas harga untuk turun. Keseimbangan yang

baru akan dicapai apabila keluk penawaran S1 ini bersilang dengan keluk

permintaan D. Maka kesan kenaikan penawaran ini akan menyebabkan keseimbangan harga turun ke P1 dan keseimbangan kuantiti akan meningkat

ke K1.

Rajah 2.17: Kesan daripada perubahan penawaran

S2 So

S1

D

Harga

P2

Po

P1

0 K4 K3 Ko K1 K2 Kuantiti

Page 8: Keseimbangan Pasaran

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

128

Sebaliknya jika berlaku kejatuhan dalam penawaran, keluk penawar-

an akan bergerak ke kiri (pada setiap tingkat harga jumlah kuantiti yang ditawarkan berkurangan), maka pada tingkat harga keseimbangan asal, iaitu

Po, kuantiti yang ditawarkan hanyalah K4 sedangkan kuantiti yang diminta

ialah sebanyak Ko. Maka berlakulah lebihan permintaan sebanyak K4Ko.

Lebih-an permintaan ini akan memberi tekanan kepada harga untuk mening-kat. Keseimbangan harga yang baru akan dicapai apabila keluk penawaran

S2 bersilang dengan keluk permintaan D, iaitu di P2 dan keseimbangan

kuantiti pula ialah di K3.

3.3.3: Perubahan permintaan dan penawaran secara serentak

Seperti yang telah diterangkan di atas, bahawa kita telahpun melihat

secara berasingan tentang perubahan dalam permintaan dan penawaran ini,

dan seterusnya kesannya ke atas keseimbangan harga dan keluaran. Di sini

kita cuba melihat apakah yang terjadi jika kedua-dua permintaan dan pena-waran ini sama-sama berubah.

1. Kedua-dua keluk permintaan dan penawaran bergerak dengan kadar yang Sama.

Seperti di gambar rajah 2.18, kita andaikan bahawa kedua-dua keluk permintaan dan penawaran meningkat dengan kadar yang sama. Keluk-keluk

permintaan dan penawaran asal masing-masing diberi oleh keluk Do dan So,

keseimbangan harga dan kuantiti yang asal ialah di Po dan Ko. Apabila keluk

permintaan meningkat ke D1 dan pada masa yang sama juga keluk penawar-an juga meningkat ke S1, keseimbangan harga tidak berubah iaitu tetap di

Po, tetapi keseimbangan kuantiti telah meningkat ke K1. Ini bererti

perubahan permintaan dan penawaran dengan kadar yang sama tidak akan merubahkan keseimbangan harga tetapi ia akan meningkatkan keseimbangan

kuantiti.

Page 9: Keseimbangan Pasaran

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

129

Rajah 2.18: Kesan perubahan permintaan dan penawaran dengan kadar yang sama

2. Permintaan meningkat dengan kadar yang lebih besar dari peningkatan penawaran.

Seperti di gambar rajah 2.19, keluk permintaan bergerak dari Do ke

D1 dan keluk penawaran pula bergerak dari So ke S1. Di sini dapat dilihat bahawa kenaikan permintaan adalah lebih besar berbanding dengan kenaikan

dalam permintaan. Jika keseimbangan harga dan kuantiti yang asal ialah

masing-masing di Po dan Ko, dengan kenaikan permintaan yang lebih tinggi berbanding dengan kenaikan dalam penawaran, keseimbangan harga akan

meningkat ke P1 dan keseimbangan kuantiti pula akan meningkat ke K1.

Dalam lain perkataan kedua-dua keseimbangan harga dan kuantiti akan meningkat.

So

S1

Do D1 Harga

Po

0 Ko K1 Kuantiti

Page 10: Keseimbangan Pasaran

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

130

Rajah 2.19: Kesan dari kenaikan permintaan lebih tinggi

berbanding dengan kenaikan dalam penawaran

3. Penawaran meningkat dengan kadar yang besar dari peningkatan

permintaan.

Rajah 2.20: Kesan daripada kenaikan penawaran lebih besar berbanding dengan kenaikan permintaan.

Do

D1 So S1

Harga

P1

Po

0 Ko K1 Kuantiti

Do D1 So

S1

Harga

Po

P2

0 Ko K1 Kuantiti

Page 11: Keseimbangan Pasaran

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

131

Gambar rajah 2.20 pula menunjukkan keluk penawaran telah meningkat dengan kadar yang lebih tinggi berbanding dengan kenaikan

dalam keluk permintaan. Kita dapati bahawa keseimbangan yang baru ialah

di titik di mana keluk S1 bersilang dengan keluk D1, maka keseimbangan

harga ialah di P2 dan keseimbangan kuantiti di OK1.

Kesimpulan yang kita boleh buat dari gambar rajah 2.20 ini bahawa

jika keluk penawaran meningkat lebih besar berbanding dengan keluk per-mintaan, kita akan dapati bahawa keseimbangan harga akan turun tetapi

keseimbangan kuantiti akan meningkat.

3.4: PERSAMAAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN DALAM

MENENTUKAN KESEIMBANGAN PASARAN

Selain menggunakan jadual dan gambar rajah, keseimbangan pasaran juga boleh dibuat dengan berdasarkan kepada persamaan matematik. Kita

tuliskan semula persamaan permintaan dan penawaran yang telah dibincang-

kan di atas seperti berikut;

Qd = 10 – 2P …………… (4)

Qs = -10 + 5P ……………. (7)

Seperti yang telah dibincangkan di atas, keseimbangan harga dan kuantiti

bagi sesuatu barang itu dicapai apabila kuantiti diminta adalah sama dengan

kuantiti yang ditawar, iaitu

Qd = Qs ……………… (8)

atau

10 – 2P = -10 + 5P …………….. (9)

Diselesaikan persamaan (9) untuk mendapatkan nilai P

-2P – 5P = -10 -10

-7P = -20 Maka P = 20/ 7 = 2.86

Ini bererti bahawa keseimbangan harga barang ini ialah RM2.86.

Selepas kita mendapat keseimbangan harga, kita boleh mendapatkan

kese-imbangan kuantiti dengan menggantikan nilai P tersebut ke persamaan

Qd atau Qs.

Page 12: Keseimbangan Pasaran

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

132

Qd = 10 – 2(2.86) = 10 – 5.72 = 4.28 unit.

Iaitu keseimbangan kuantiti ialah sebanyak 4.28 unit.