statistik kemasukan pelajar lulusan diploma...

13
Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6) 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 644 STATISTIK KEMASUKAN PELAJAR LULUSAN DIPLOMA SAINS AKTUARI, PENGAMBILAN PERTAMA UITM MELAKA KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) SAINS AKTUARI. APAKAH FAKTOR UTAMA YANG MENDORONG/MENOLAK PELAJAR MELAYU BUMIPUTERA KE ARAH BIDANG TERPENCIL INI? Emmy Nurashikin Ismail Hashim & Muhammad Nur Iman Abdul Khudus Fakulti Sains Komputer Dan Matematik Universiti Teknologi Mara Melaka [email protected] [email protected] ABSTRAK Program Sains Aktuari telah lama ditubuhkan di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor (UiTM) dan pada tahun 2011, buat pertama kalinya program ini ditawarkan di Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka. Seramai 26 orang pelajar telah mendaftar untuk kursus Diploma Sains Aktuari ini dan seramai 25 orang telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan. Pihak UiTM Shah Alam menjangkakan para pelajar ini untuk meneruskan pengajian mereka di dalam bidang yang sama, iaitu Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Aktuari. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti dan mengira statistik kemasukan pelajar ke program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Aktuari dan apakah faktor-faktor yang mendorong para pelajar kumpulan pertama ini melanjutkan pengajian ke bidang yang sama dan jika tidak, apakah faktor penolakan ini. Sampel seramai 25 orang pelajar telah dipilih untuk kajian ini. Hasil dari kajian ini mendapati pendedahan awal pelajar terhadap subjek matematik dan matematik tambahan di sekolah telah menyumbang terhadap keputusan pelajar untuk subjek-subjek aktuari, statistik dan kalkulus sewaktu program diploma. Pengetahuan berkenaan bidang kerja aktuari dan peperiksaan professional aktuari adalah antara faktor penting yang mengakibatkan pelajar memilih dan terus kekal di bidang terpencil ini. Pihak kami berharap agar penemuan ini dapat meningkatkan lagi peratusan pelajar Melayu Bumiputera memilih jurusan yang rata-ratanya dimonopoli oleh bangsa asing ini. Bidang Kajian: Sains Aktuari, matematik aktuari, pelajar sains aktuari, diploma sains aktuari, Universiti Teknologi Mara Melaka. 1. Pengenalan Bahagian ini menjelaskan secara menyeluruh tentang kajian yang akan dilaksanakan, serta dihuraikan dalam beberapa bahagian subtopik kecil iaitu keterangan tentang latar belakang penubuhan Universiti Teknologi Mara, UiTM dan UiTM cawangan Lendu, Melaka, penubuhan program diploma dan ijazah sarjana muda sains aktuari di UiTM, pernyataan masalah, objektif kajian dan persoalan kajian ini. Latar belakang kajian merangkumi segala aspek yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam kajian yang dilaksanakan. Pernyataan maslah pula menerangkan tentang faktor-faktor yang mendorong kepada kajian ini, hasil daripada masalah- masalah dan isu-isu yang timbul. Selain daripada itu, objektif dan persoalan kajian juga turut

Upload: phungcong

Post on 02-Feb-2018

293 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: STATISTIK KEMASUKAN PELAJAR LULUSAN DIPLOMA …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 203... · Fakulti Sains Komputer Dan Matematik ... (buku rujukan), maklumat

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6)

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 644

STATISTIK KEMASUKAN PELAJAR LULUSAN DIPLOMA SAINS AKTUARI, PENGAMBILAN PERTAMA UITM MELAKA KE PROGRAM IJAZAH SARJANA

MUDA (KEPUJIAN) SAINS AKTUARI. APAKAH FAKTOR UTAMA YANG MENDORONG/MENOLAK PELAJAR MELAYU BUMIPUTERA KE ARAH BIDANG

TERPENCIL INI?

Emmy Nurashikin Ismail Hashim & Muhammad Nur Iman Abdul Khudus Fakulti Sains Komputer Dan Matematik

Universiti Teknologi Mara Melaka [email protected]

[email protected]

ABSTRAK

Program Sains Aktuari telah lama ditubuhkan di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor (UiTM) dan pada tahun 2011, buat pertama kalinya program ini ditawarkan di Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka. Seramai 26 orang pelajar telah mendaftar untuk kursus Diploma Sains Aktuari ini dan seramai 25 orang telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan. Pihak UiTM Shah Alam menjangkakan para pelajar ini untuk meneruskan pengajian mereka di dalam bidang yang sama, iaitu Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Aktuari. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti dan mengira statistik kemasukan pelajar ke program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Aktuari dan apakah faktor-faktor yang mendorong para pelajar kumpulan pertama ini melanjutkan pengajian ke bidang yang sama dan jika tidak, apakah faktor penolakan ini. Sampel seramai 25 orang pelajar telah dipilih untuk kajian ini. Hasil dari kajian ini mendapati pendedahan awal pelajar terhadap subjek matematik dan matematik tambahan di sekolah telah menyumbang terhadap keputusan pelajar untuk subjek-subjek aktuari, statistik dan kalkulus sewaktu program diploma. Pengetahuan berkenaan bidang kerja aktuari dan peperiksaan professional aktuari adalah antara faktor penting yang mengakibatkan pelajar memilih dan terus kekal di bidang terpencil ini. Pihak kami berharap agar penemuan ini dapat meningkatkan lagi peratusan pelajar Melayu Bumiputera memilih jurusan yang rata-ratanya dimonopoli oleh bangsa asing ini.

Bidang Kajian: Sains Aktuari, matematik aktuari, pelajar sains aktuari, diploma sains aktuari, Universiti Teknologi Mara Melaka.

1. Pengenalan

Bahagian ini menjelaskan secara menyeluruh tentang kajian yang akan dilaksanakan, serta dihuraikan dalam beberapa bahagian subtopik kecil iaitu keterangan tentang latar belakang penubuhan Universiti Teknologi Mara, UiTM dan UiTM cawangan Lendu, Melaka, penubuhan program diploma dan ijazah sarjana muda sains aktuari di UiTM, pernyataan masalah, objektif kajian dan persoalan kajian ini. Latar belakang kajian merangkumi segala aspek yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam kajian yang dilaksanakan. Pernyataan maslah pula menerangkan tentang faktor-faktor yang mendorong kepada kajian ini, hasil daripada masalah-masalah dan isu-isu yang timbul. Selain daripada itu, objektif dan persoalan kajian juga turut

Page 2: STATISTIK KEMASUKAN PELAJAR LULUSAN DIPLOMA …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 203... · Fakulti Sains Komputer Dan Matematik ... (buku rujukan), maklumat

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6)

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 645

dibincangkan bagi mengetahui tentang persoalan yang ingin dicapai melalui kajian ini. Bahagian ini turut membincangkan kepentingan hasil kajian ini bagi individu-individu atau organisasi-organisasi tertentu.

1.1 Latar Belakang Universiti Universiti Teknologi Mara, UiTM telah ditubuhkan pada tahun 1967 dan dikenali dengan nama Institut Teknologi Mara, ITM. Allahyarham Tun Abdul Razak, bekas Perdana Menteri Kedua telah meletakkan batu asas pembinaan kampus di atas tanah seluas 300 ekar di Shah Alam. Pada tahun 1999, ITM telah dinaik taraf daripada sebuah institut kepada sebuah universiti. UiTM telah membuka beberapa cawangannya di seluruh Malaysia. Antaranya ialah di negeri Melaka. UiTM Melaka bermula dengan sebuah kampus kecil di Jalan Hang Tuah pada tahun 1984 sebelum berpindah ke kampus tetap di Lendu, Alor Gajah 10 tahun berikutnya. Penubuhan UiTM adalah merupakan salah satu usaha Allahyarham Tun Abduk Razak untuk membangunkan taraf sosioekonomi kaum bumiputera di negara ini serta melipatgandakan jumlah graduan bumiputera yang terlatih dan berkelayakan bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi malah di dalam bidang-bidang lain. Program Sains Aktuari adalah di antara beberapa bidang pengajian yang tertua yang ditawarkan oleh UiTM. Sehingga tahun 2010, program sains aktuari hanya ditawarkan di UiTM Shah Alam, dan hanya pada Disember 2010, Program Diploma Sains Aktuari telah ditawarkan di UiTM cawangan Tapah, Perak dan Jun 2011 di UiTM cawangan Lendu, Melaka. Pelajar kemasukan sesi pertama, Jun 2011 di UiTM Lendu, Melaka telahpun menamatkan pengajian pada Oktober 2013 yang lalu.

1.2 Latar Belakang Kajian Sains aktuari bukanlah suatu bidang yang baru. Ia telah wujud sejak dari abad ke-18 di England. Namun begitu, sains aktuari adalah bidang yang kurang popular di negara ini berbanding bidang-bidang lain. Ia merupakan satu bidang kajian yang merangkumi bidang-bidang seperti matematik, kebarangkalian dan statistik, ekonomi, kewangan, undang-undang, dan perniagaan (Fred E. Szabo, 2004). Jurusan sains aktuari ini melahirkan golongan professional yang dipanggil Actuaries. Actuary menganalisa dan menguruskan risiko, membantu organisasi-organisasi kerajaan dan swasta merancang pelaburan untuk masa hadapan dan melindungi dari sebarang kerugian menggunakan kemahiran analitikal aktuari (Michael Sherris, 2009). Nama aktuari ini memang sangat sinonim dengan bidang insuran dan takaful. Takaful adalah bidang yang hampir sama dengan insuran tetapi menggunakan aplikasi/proses yang diluluskan oleh shariah. Program diploma sains aktuari yang ditawarkan oleh UiTM merangkumi tempoh pengajian selama 2.5 tahun. Pelajar lulusan diploma sains aktuari boleh melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda UiTM selama 2 tahun ataupun ijazah sains aktuari di luar negara. Dalam kajian ini, saya telah memilih pelajar pengambilan pertama UiTM cawangan Lendu, Melaka sebagai respondan kajian saya memandangkan para pelajar ini telahpun menamatkan pengajian diploma dalam bidang sains aktuari ini.

1.3 Pernyataan Masalah Di antara program ijazah sarjana muda yang ditawarkan oleh pihak UiTM, Shah Alam, ialah Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Aktuari. Berdasarkan kepada jumlah keseluruhan pelajar yang memasuki program ijazah sarjana muda sains aktuari, UiTM, bilangan pelajar Melayu dan bumiputera masih lagi rendah berbanding dengan jurusan lain seperti Pengurusan Perniagaan, Hotel & Pelancongan, Perakauanan, dan Sains Komputer. Berdasarkan rekod kemasukan ke program ijazah sains aktuari yang lepas, iaitu enrolmen untuk kemasukan sesi September 2013, jumlah keseluruhan pelajar hanyalah seramai 43 orang. Daripada jumlah ini, hanya 21 orang adalah pelajar lepasan diploma. Di antara faktor yang mendorong kajian ini adalah rungutan dari para pensyarah yang mempunyai bilangan pelajar yang rendah. Mengapakah jumlah ini begitu rendah? Kemanakah perginya pelajar-pelajar lepasan diploma sains aktuari?

Page 3: STATISTIK KEMASUKAN PELAJAR LULUSAN DIPLOMA …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 203... · Fakulti Sains Komputer Dan Matematik ... (buku rujukan), maklumat

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6)

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 646

1.4 Objektif Kajian Objektif umum kajian ini adalah bagi mengetahui bilangan pelajar secara tepat yang memohon untuk memasuki program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Aktuari dan menganalisa berdasarkan soalan kaji selidik, sebab dan faktor yang mendorong para pelajar Melayu dan Bumiputera ini terhadap bidang sains aktuari. Manakala objektif khusus bagi kajian ini adalah: a) Menilai tahap kesedaran pelajar terhadap masa hadapan dan hala tuju yang ditawarkan oleh

bidang sains aktuari ini. b) Mengenalpasti tahap kepentingan subjek-subjek matematik dan sains seawal tahap

persekolahan, sebagai antara faktor penyumbang kepada minat dan kebolehan pelajar. c) Menentukan samada keputusan peperiksaan bagi subjek-subjek teras sains aktuari merupakan

faktor penyumbang pelajar terhadap kursus/program ini. d) Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar terhadap gaji pekerja aktuari yang ditawarkan. e) Mengenalpasti tahap monopoli bidang ini oleh bangsa asing antara faktor mendorong atau

menolak pelajar terhadap bidang ini. f) Menentukan samada tahap pendidikan ibubapa pelajar menyumbang kepada pelajar ingin

melanjutkan ke pengajian yang lebih tinggi atau sekadar berhenti di peringkat diploma. g) Menilai tahap pengetahuan pelajar terhadap peperiksaan profesional aktuari yang menjadi nadi

tunjang kepada profesion ini.

1.5 Persoalan Kajian Dalam kajian ini beberapa persoalan kajian telah dinyatakan untuk mencapai objektif yang bertepatan dengan tajuk kajian ini. Beberapa persoalan kajian telah dikenal pasti iaitu: a) Sejauh mana tahap keberkesanan keputusan Matematik, Matematik Tambahan dan subjek-

subjek Sains peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia, SPM. b) Apakah tahap kesedaran pelajar terhadap pentingnya bangsa Melayu dan bumiputera berada di

dalam bidang sains aktuari ini untuk menghasilkan produk-produk kewangan, terutamanya yang mematuhi prinsip shariah.

c) Mengenalpasti samada terdapat unsur-unsur pengaruh media, rakan-rakan mahupun keluarga terhadap kecenderungan pelajar.

d) Apakah tahap kesedaran pelajar terhadap perlunya memperolehi keputusan peperiksaan yang cemerlang terutamanya terhadap subjek-subjek teras sains aktuari.

e) Sejauh mana persepsi pelajar terhadap kecenderungan untuk pelajar gagal peperiksaan professional aktuari.

1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini penting kerana ia mampu untuk mengenalpasti beberapa faktor yang menyumbang kepada bilangan pelajar lepasan diploma sains aktuari daripada cawangan-cawangan UiTM untuk memasuki program ijazah sarjana muda di dalam bidang yang sama. Selain daripada itu, ia dapat mengenalpasti masalah atau isu yang dihadapi oleh pelbagai pihak. Diharapkan kajian ini akan dapat memenuhi kepentingan pelbagai pihak terutamanya para pensyarah sains aktuari UiTM yang sedang berkhidmat, para pensyarah sains aktuari yang sedang cuti belajar, pesara, kakitangan swasta, pelajar sains aktuari dan bekas pelajar sians aktuari. Kajian ini dapat membantu pihak UiTM untuk mengenalpasti dari awal corak keputusan peperiksaan pelajar diperingkat sekolah menengah adalah di antara faktor yang menentukan pelajar akan sukses atau gagal di dalam kursus/program diploma yang dipilih dan membantu pelajar yang ingin memduduki peperiksaan professional aktuari dengan memberikan bantuan bahan material peperiksaan (buku rujukan), maklumat peperiksaan (tempat dan yuran) dan mengadakan kelas-kelas tambahan.

Page 4: STATISTIK KEMASUKAN PELAJAR LULUSAN DIPLOMA …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 203... · Fakulti Sains Komputer Dan Matematik ... (buku rujukan), maklumat

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6)

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 647

2. Lingkungan Kajian Kajiselidik ini dibuat bagi pihak Jabatan Sains Aktuari, Universiti Teknologi Mara untuk mengira peratusan pelajar yang memasuki program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Aktuari dan juga untuk mengenalpasti faktor-faktor penyebab mengapa para pelajar ini memilih untuk meneruskan pengajian dalam bidang terpencil ini dan jika tidak, apakah alasan dan faktor penolakan ini. Bagi tujuan ini, fokus kajian ini akan tertumpu kepada pelajar-pelajar lepasan diploma sains aktuari dari UiTM Lendu, Melaka sahaja. Oleh yang demikian, seramai 25 orang responden, iaitu pelajar yang telah tamat pengajian telah dipilih sebagai sampel bagi penyelidikan ini. 3. Metodologi Kajian 3.1 Pengenalan Metodologi kajian yang bertepatan dengan kajian yang hendak kami lakukan untuk mendapatkan hasil yang tepat dan boleh dipercayai adalah menggunakan teknik soal selidik kajian dan system SPSS sebagai penganalisa data-data kajian. Tujuan kami menggunakan kaedah soal selidik adalah bagi mendapatkan ‘primary data’. Soalan-soalan dari soal selidik ini kami analisa menggunakan kaedah ‘Cross Tabulation Analysis’ dan kaedah pengaturcaraan Ujian Chi-Square. Kaedah Cross Tab ini dipilih kerana ianya dapat member perbandingan di antara dua set data atau dua set kumpulan data, dan ini memenuhi keperluan pembolehubah didalam soal selidik kami. Ianya mengira frekuensi dua data pembolehubah yang disatukan. 3.2 Rekabentuk Kajian Untuk mendapatkan maklumat bagi sesuatu kajian maka haruslah mempunyai kaedah-kaedah yang efektif. Reka bentuk penyelidikan merujuk kepada menggunakan cara yang paling berkesan untuk mendapatkan maklumat yang berguna untuk mencapai matlamat penyelidikan pendidikan dengan kos yang minimum (Mohd Majid Konting, 1993). Kajian ini berasaskan kepada reka bentuk korelasi (terdapat beberapa faktor-faktor yang mempengaruhi hasil) dan pengutipan data melalui proses temu bual. Dalam kajian ini, temu bual melalui telefon bimbit merupakan satu-satunya cara yang digunakan untuk mengumpul maklumat daripada sampel kajian. Hal ini adalah kerana sampel kajian berada jauh daripada tempat dilaksanakan kajian ini. 3.3 Sampel Kajian Sampel kajian terdiri daripada pelajar-pelajar pengambilan pertama Diploma Sains Aktuari di kampus UiTM Alor Gajah, Melaka yang telahpun menamatkan pengajian. Bilangan pelajar pengambilan pertama adalah seramai 27 orang, tetapi hanya 25 orang pelajar yang diambil sebagai sampel kajian. Ini adalah kerana sampel kajian kami adalah para pelajar yang telah pun menamatkan pengajian dan tidak mengulangi sebarang subjek. Oleh kerana telah tamat pengajian diploma di UiTM Melaka, para pelajar ini rata-ratanya telah meneruskan pengajian atau bekerja di sector-sektor awam atau swasta. Oleh itu, untuk mendapatkan maklum balas pelajar-pelajar ini terhadap soal selidik pihak kami, para pelajar ini telah kami hubungi melalui telefon bimbit. Jadual 1 adalah senarai nama pelajar beserta nombor pelajar yang telah kami temubual sebagai sampel kepada kajian ini:

Page 5: STATISTIK KEMASUKAN PELAJAR LULUSAN DIPLOMA …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 203... · Fakulti Sains Komputer Dan Matematik ... (buku rujukan), maklumat

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6)

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 648

Bil. Nama Pelajar Nombor Pelajar

1. AHMAD HAFIZAN BIN MOHD TERMIZI 2011252318

2. AMALINA BINTI SHAHRUM 2011858404

3. AMIR SYAZWAN BIN AMIRUDDIN 2011463084

4 AMIRUL ASHRAF BIN AZMER 2011244706

5. FATIN NAJIHAH BINTI HASHIM 2011214332

6. FATIN NUR SYAFIQAH BINTI SAMAD 2011646222

7. HAZREENA SHEE BINTI HERMAN SHEE 2011646896

8. HEMY NORSHAM BINTI MOHD YUSOF 2011209448

9. JULIANA LIM 2011263024

10. MASTURA BINTI AUYUB 2011847698

11. MOHAMAD FARHAN BIN MHD SHAM 2011689254

12. MOHAMMAD AKMAL BIN KHAIRUL SAID 2011684128

13. MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZOLKARNAIN 2011600222

14. MUHAMMAD RAHIMI HAFIZUDDIN 2011635416

15. NOOR AZREENA BINTI ZAINAL 2011267844

16. NOOR SYAZWANI BINTI AZIN 2011840842

17. NOR ASTIQAH BINTI OMAR 2011671192

18. NUR FAKHEERA BINTI TAJALDIN 2011478634

19. NURUL ASYIQIN BINTI IBRAHIM 2011885516

20. NURUL FAUZANI BINTI ZAINAN 2011426908

21. NURUL SHAFIQA BINTI MD YUSOF 2011468856

22. SITI NUR SYAFIQAH BINTI ABDUL KADIR 2011465246

23. UMMI SALIHAH BINTI JAMIRAN 2011449602

24. WARDAH BINTI MOHD NOR 2011616724

25. MOHD FADZIL BIN MAJINIE 2011449552

Jadual 1: Senarai nama pelajar beserta nombor pelajar yang telah ditemubual sebagai sampel kepada kajian ini.

3.4 Instrumen Kajian Subjek yang banyak serta kedudukan yang berjauhan antara kajian, memerlukan alat kajian yang dapat mengurangkan perbelanjaan, masa dan tenaga bagi pengumpulan data (Mohd Majid, 1990). Oleh sebab itu, pengkaji telah menyediakan 1 set borang soal selidik yang telah digunakan semasa proses menghubungi setiap responden melalui telefon bimbit. Satu set borang soal selidik berjumlah 7 muka surat yang mengandungi 30 soalan yang menyentuh latar belakang responden, keluarga responden, latar belakang pendidikan responden dan hala tuju responden.

Page 6: STATISTIK KEMASUKAN PELAJAR LULUSAN DIPLOMA …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 203... · Fakulti Sains Komputer Dan Matematik ... (buku rujukan), maklumat

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6)

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 649

Sesi pengumpulan data telah diadakan selama 1 minggu melalui telefon bimbit. Dalam borang soal selidik ini mengandungi (5) bahagian iaitu Bahagian A: Latar Belakang Pelajar, Bahagian B: Faktor Keluarga, Bahagian C: Faktor Pendidikan, Bahagian D: Faktor Pendedahan Pelajar Terhadap Bidang Sains Aktuari dan Bahagian E: Hala Tuju Pelajar Lepasan Diploma Sains Aktuari. Bahagian A: Bahagian A adalah soal selidik yang berkaitan dengan latar belakang responden sendiri yang merangkumi jantina, umur, agama dan bangsa responden termasuk dengan faktor yang mempengaruhi minat responden untuk memilih bidang Sains Aktuari ini. Sebanyak 6 soalan yang perlu dijawab oleh responden dalam bahagian ini.

Bahagian B: Bahagian B pula merupakan soal selidik yang menyentuh tentang latar belakang keluarga responden, status perkahwinan ibu bapa responden, tahap pendidikan ibu bapa responden termasuk pendapatan keluarga responden. Sebanyak 9 soalan yang perlu dijawab oleh responden. Bahagian C: Bahagian C merangkumi soal selidik berkenaan latar belakang pendidikan responden. Bahagian ini menyentuh berkenaan sekolah menengah terakhir responden, keputusan yang responden peroleh dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan juga dalam subjek-subjek aktuari ketika program diploma di UiTM Melaka. Terdapat 21 soalan (termasuk soalan-soalan kecil) yang perlu dijawab oleh responden. Bahagian D: Bahagian D pula ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang skop pendedahan responden-responden terhadap bidang Sains Aktuari dan juga tahap pemahaman responden-responden tersebut terhadap bidang Sains Aktuari. Terdapat 4 soalan yang perlu dijawab oleh responden. Bahagian E: Bahagian E merupakan bahagian yang menunjukkan hala tuju responden yang sebenar. Soalan-soalan yang terdapat dalam bahagian ini akan dikaitkan dengan soalan-soalan dalam bahagian lain bagi menunjukkan faktor manakah yang mempengaruhi keputusan dan hala tuju responden.

3.5 Proses Pemerolehan Data Sebelum kajian dimulakan, pengkaji telah menyediakan kertas kerja berkenaan kajian yang hendak dilakukan di samping mencari nombor telefon bimbit setiap responden. Oleh kerana sampel yang telah ditetapkan untuk kajian ini merupakan pelajar-pelajar lulusan Diploma Sains Aktuari yang telah menjadi graduan, pengkaji telah menetapkan untuk menghubungi setiap responden melalui telefon bimbit sahaja. Nombor telefon bimbit setiap respondan diperolehi daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Melaka (HEP). Sesi pengumpulan data telah berlangsung selama dua minggu berikutan terdapat responden yang tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya. Purata masa temu bual antara pengkaji dengan setiap responden adalah selama 10 hingga 30 minit.

3.6 Penganalisian Data Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan perisian SPSS untuk menganalisa data-data kajian yang diperolehi darpada soal selidik. Kami juga menggunakan statistik deskriptif. Penggunaan perisian SPSS adalah untuk mengira kebarangkalian untuk hasil itu terjadi berdasarkan pemboleh ubah yang telah ditetapkan manakala penggunaan statistik pula adalah untuk menghuraikan tentang peratusan untuk terjadi hasil yg diinginkan berdasarkan pemboleh ubah yang telah ditetapkan.

Page 7: STATISTIK KEMASUKAN PELAJAR LULUSAN DIPLOMA …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 203... · Fakulti Sains Komputer Dan Matematik ... (buku rujukan), maklumat

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6)

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 650

4.0 Keputusan Kajian 4.1 Pengenalan Hasil kajian adalah berkaitan dengan keputusan bagi sesuatu kajian. Bahagian 4.0 ini akan menerangkan tentang faktor-faktor yang wujud dalam hidup seseorang dalam menentukan hala tuju hidupnya seperti yang terdapat dalam kajian ini. Kami telah mengenalpasti beberapa faktor adalah penyumbang utama terhadap hala tuju seorang pelajar. Di antara factor-faktor tersebut adalah faktor diri sendiri, faktor keluarga, faktor pendidikan dan faktor pendedahan terhadap bidang yang diambilnya. Berikut adalah keputusan soal selidik yang kami dapati dari kajian ini. 4.2 Bahagian A: Latar Belakang Pelajar Analisis latar belakang keluarga telah dilakukan terhadap kesemua 25 responden yang terlibat iaitu daripada kalangan lulusan Diploma Sains Aktuari UiTM Melaka Kampus Alor Gajah. Perihal yang ditanyakan dalam bahagian ini termasuklah jantina, umur, agama, bangsa, no pelajar dan faktor yang mempengaruhi minat responden untuk mengikuti Diploma Sains Aktuari. Faktor yang dikaitkan dengan penyambungan pengajian responden ini ke Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Aktuari ialah jantina dan faktor yang mempengaruhi minat responden. Sebanyak 28% responden terdiri daripada lelaki dan sebanyak 72% responden terdiri daripada perempuan seperti dalam Jadual 2. berkenaan perihal faktor pula, sebanyak 60% merupakan faktor Diri Sendiri, 16% faktor Keluarga, 8% faktor Rakan-Rakan, 4% faktor Saudara-Mara dan 12% faktor lain-lain seperti dalam Jadual 3.

JADUAL 2 : BILANGAN DAN PERATUS RESPONDEN MENGIKUT JANTINA

JANTINA BILANGAN PERATUS

LELAKI 7

28%

PEREMPUAN 18

72%

JUMLAH 25 100%

JADUAL 3 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI RESPONDEN MENGIKUTI DIPLOMA SAINS AKTUARI

TAHAP BILANGAN PERATUS

DIRI SENDIRI 15

60%

KELUARGA 4

16%

RAKAN-RAKAN 2

8%

SAUDARA-MARA 1

4%

LAIN-LAIN 3

12%

JUMLAH 25 100%

4.3 Bahagian B: Faktor Keluarga Pengkaji juga mengambil kira faktor keluarga dalam penentuan pengambilan Ijazah Sarjana Muda(Kepujian) Sains Aktuari. Maklumat yang dikaitkan dengan penyambungan pengajian responden ini ke Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Aktuari termasuklah tahap pendidikan kedua ibu bapa responden, kekerapan responden menghubungi kedua ibu bapanya dan bilangan adik-beradik. Peratusannya boleh dilihat pada Jadual 4 -7.

Page 8: STATISTIK KEMASUKAN PELAJAR LULUSAN DIPLOMA …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 203... · Fakulti Sains Komputer Dan Matematik ... (buku rujukan), maklumat

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6)

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 651

JADUAL 4: TAHAP PENDIDIKAN BAPA RESPONDEN

TAHAP BILANGAN PERATUS

SEKOLAH RENDAH 1

4%

SEKOLAH MENENGAH 11

44%

DIPLOMA 3

12%

IJAZAH SARJANA MUDA 8

32%

IJAZAH SARJANA 2

8%

DOKTOR FALSAFAH (PhD) 0

0%

JUMLAH 25 100%

JADUAL 5: TAHAP PENDIDIKAN IBU RESPONDEN

TAHAP BILANGAN PERATUS

SEKOLAH RENDAH 1

4%

SEKOLAH MENENGAH 14

56%

DIPLOMA 7

28%

IJAZAH SARJANA MUDA 3

12%

IJAZAH SARJANA 0

0%

DOKTOR FALSAFAH (PhD) 0

0%

JUMLAH 25 100%

JADUAL 6: KEKERAPAN MENGHUBUNGI IBU BAPA DALAM 1 MINGGU

TAHAP BILANGAN PERATUS

1 - 2 KALI 5

20%

3 - 4 KALI 9

36%

> 4 KALI 7

28%

TIDAK PERNAH 4

16%

JUMLAH 25 100%

JADUAL 7: BILANGAN ADIK-BERADIK

TAHAP BILANGAN PERATUS

1 ORANG 1

4%

2 - 4 ORANG 13

52%

5 - 7 ORANG 10

40%

> 7 ORANG 1

4%

JUMLAH 25 100%

4.4 Bahagian C: Faktor Pendidikan Dalam bahagian ini, pengkaji mengambil kira keputusan SPM dan juga keputusan subjek-subjek teras sewaktu Diploma Sains Aktuari dan juga Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK). Subjek yang dipilih dalam SPM adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Matematik Tambahan, Sains, Fizik, Kimia atau Biologi. Subjek teras Diploma Sains Aktuari yang dipilih pula ialah ASC 172, QMT 161, QMT 211, QMT 261, ASC 302, ASC 303, ASC 305, ASC 360 dan STA 233. Peratusannya boleh dilihat pada Jadual 8 -15.

Page 9: STATISTIK KEMASUKAN PELAJAR LULUSAN DIPLOMA …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 203... · Fakulti Sains Komputer Dan Matematik ... (buku rujukan), maklumat

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6)

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 652

JADUAL 8: KEPUTUSAN BAHASA MELAYU

KEPUTUSAN

BILANGAN

PERATUS

A

24

96%

B

1

4%

C

0

0%

TIDAK AMBIL

0

0%

JUMLAH

25

100%

JADUAL 9: KEPUTUSAN BAHASA INGGERIS

KEPUTUSAN

BILANGAN

PERATUS

A

14

56%

B

8

32%

C

3

12%

TIDAK AMBIL

0

0%

JUMLAH

25

100%

JADUAL 10: KEPUTUSAN MATEMATIK MODEN

KEPUTUSAN

BILANGAN

PERATUS

A

25

100%

B

0

0%

C

0

0%

TIDAK AMBIL

0

0%

JUMLAH

25

100%

JADUAL 11: KEPUTUSAN MATEMATIK TAMBAHAN

KEPUTUSAN

BILANGAN

PERATUS

A

20

80%

B

1

4%

C

4

16%

TIDAK AMBIL

0

0%

JUMLAH

25

100%

JADUAL 12: KEPUTUSAN SAINS

KEPUTUSAN

BILANGAN

PERATUS

A

5

20%

B

0

0%

C

0

0%

TIDAK AMBIL

20

80%

JUMLAH

25

100%

Page 10: STATISTIK KEMASUKAN PELAJAR LULUSAN DIPLOMA …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 203... · Fakulti Sains Komputer Dan Matematik ... (buku rujukan), maklumat

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6)

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 653

JADUAL 13: KEPUTUSAN FIZIK

KEPUTUSAN

BILANGAN

PERATUS

A

6

24%

B

12

48%

C

1

4%

TIDAK AMBIL

6

24%

JUMLAH

25

100%

JADUAL 14: KEPUTUSAN KIMIA

KEPUTUSAN

BILANGAN

PERATUS

A

9

36%

B

9

36%

C

1

4%

TIDAK AMBIL

6

24%

JUMLAH

25

100%

JADUAL 15: KEPUTUSAN BIOLOGI

KEPUTUSAN

BILANGAN

PERATUS

A

5

20%

B

9

36%

C

2

8%

TIDAK AMBIL

9

36%

JUMLAH

25

100%

4.5 Bahagian D: Faktor Pendedahan Pelajar Terhadap Jurusan Sains Aktuari

Berkenaan Bahagian D, pengkaji mengambil kira sejauh mana sebenarnya pendedehan terhadap umum tentang bidang Sains Aktuari ini dan adakah ia merupakan salah satu faktor yang mendoron pelajar untuk mengikuti jurusan ini. Dalam Bahagian tersebut, responden ditanyakan mengenai sumber maklumat tentang bidang Sains Aktuari ini, skala pemahaman responden, skop pekerjaan dan adakah pendapatan yang tinggi salah satu penarik minat responden untuk mengikuti bidang ini. Item yang diambil kira adalah berkenaan sumber maklumat dan pendapatan yang tinggi dan pendapatan yang tinggi. Peratusannya boleh dilihat di Jadual 16-17 .

JADUAL 16: SUMBER MAKLUMAT BERKENAAN BIDANG SAINS AKTUARI

KEPUTUSAN BILANGAN PERATUS

INTERNET 17

68%

MAJALAH 0

0%

SURAT KHABAR 0

0%

SEMINAR DAN PAMERAN 8

32%

JUMLAH 25 100%

Page 11: STATISTIK KEMASUKAN PELAJAR LULUSAN DIPLOMA …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 203... · Fakulti Sains Komputer Dan Matematik ... (buku rujukan), maklumat

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6)

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 654

JADUAL 17: ADAKAH PENDAPATAN YANG TINGGI SALAH SATU PENARIK MINAT RESPONDEN?

KEPUTUSAN BILANGAN PERATUS

YA 15

60%

TIDAK 10

40%

JUMLAH 25 100%

5. Analisa Kajian

5.1 Pengenalan Berdasarkan kepada jawapan soal selidik yang diterima, kami telah menggunakan system pengaturcaraan analisa SPSS iaitu diskriptif analisis dan analisa cross tabulation serta ujian Chi-Square untuk menganalisa data-data dan membuat hubungan kaitan di antara data-data dan factor-faktor.

5.1 Objektif 1 - Menilai tahap kesedaran pelajar terhadap masa hadapan dan hala tuju yang

ditawarkan oleh bidang sains aktuari ini. Merujuk kepada analisa SPSS Ujian Chi-Square, 80% daripada jumlah pelajar ini mengetahui mengenai skop atau bidang kerja dan masa hadapan yang ditawarkan oleh jurusan sains aktuari ini. Manakala sebanyak 20% daripadanya tidak pasti apakah yang harus dilakukan setelah tamat pengajian diploma sains aktuari ini.

5.1 Objektif 2 - Mengenalpasti tahap kepentingan subjek-subjek matematik dan sains seawal tahap

persekolahan, sebagai antara faktor penyumbang kepada minat dan kebolehan pelajar. Berdasarkan kepada ujian Chi-Square, kajian kami mendapati subjek-subjek sewaktu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempengaruhi keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) pelajar adalah subjek-subjek Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Sains, Fizik, Kimia dan Biologi

5.4 Objektif 3 - Menentukan samada keputusan peperiksaan bagi subjek-subjek teras sains aktuari

merupakan faktor penyumbang pelajar terhadap kursus/program ini. Berdasarkan kepada diskriptif statistik yang dijalankan, kami mendapati bilangan pelajar yang menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda sains aktuari tidak bergantung kepada keputusan subjek-subjek teras sains aktuari yang ditawarkan sewaktu program diploma.

5.5 Objektif 4 - Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar terhadap gaji pekerja aktuari yang

ditawarkan. Berdasarkan kepada analisa diskriptif statistik, kajian kami mendapati, sejumlah 60% daripada pelajar perihatin dan sedar bahawa bidang sains aktuari ini menawarkan pulangan gaji yang tinggi. Manakala 40% yang lain tidak tahu berapakah purata gaji seorang aktuari.

5.6 Objektif 5 - Mengenalpasti tahap monopoli bidang ini oleh bangsa asing antara faktor

mendorong atau menolak pelajar terhadap bidang ini. Sejumlah 60% daripada pelajar yang disoal selidik mengatakan bahawa faktor diri sendiri dan kurangnya penglibatan bangsa Melayu didalam industri ini adalah merupakan faktor utama yang mendorong para pelahjar ini memilih untuk meneruskan pengajian didalam bidang yang sama.

5.7 Objektif 6 - Menentukan samada tahap pendidikan ibubapa pelajar menyumbang kepada pelajar

ingin melanjutkan ke pengajian yang lebih tinggi atau sekadar berhenti diperingkat diploma.

Page 12: STATISTIK KEMASUKAN PELAJAR LULUSAN DIPLOMA …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 203... · Fakulti Sains Komputer Dan Matematik ... (buku rujukan), maklumat

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6)

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 655

Kami mendapati latar belakang pendidikan ibu adalah merupakan faktor utama yang mempengaruhi anak ataupun pelajar-pelajar ini untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan tidak sekadar berhenti diperingkat diploma sahaja. 5.8 Objektif 7 - Menilai tahap pengetahuan pelajar terhadap peperiksaan professional aktuari yang

menjadi nadi tunjang kepada profesion ini. Berdasarkan kepasa keputusan kajian, peperiksaan professional aktuari bukanlah factor yang menyumbang terhadap minat pelajar untuk meneruskan pengajian diperingkat ijazah sarjana muda sains aktuari ini.

6. Kesimpulan Hasil dari kajian ini mendapati pendedahan awal pelajar terhadap subjek matematik tambahan dan subjek-subjek sains seperti Biologi, Kimia dan Fizik diperingkat sekolah telah menyumbang terhadap keputusan pelajar untuk subjek-subjek aktuari, statistik dan kalkulus sewaktu program diploma. Tidak mengejutkan apabila hasil daripada kajian ini mendapati tahap pendidikan ibu responden adalah antara faktor luar jangka yang mendorong responden kami untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Sebanyak 60% daripada jumlah pelajar ini sedar dan mengetahui bahawa bidang sains aktuari ini menawarkan pulangan pendapatan yang lumayan dan sedar bahawa bidang terpencil belum lagi dimonopoli oleh bangsa Melayu. Pengetahuan berkenaan bidang kerja aktuari adalah antara faktor yang mengakibatkan pelajar memilih untuk melanjutkan pelajaran didalam bidang ini.

Page 13: STATISTIK KEMASUKAN PELAJAR LULUSAN DIPLOMA …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 203... · Fakulti Sains Komputer Dan Matematik ... (buku rujukan), maklumat

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6)

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 656

7. Cadangan

Berdasarkan kajian ini, kami mendapati, pihak universiti dan juga pensyarah memainkan peranan yang penting dalam menekankan kepentingan peperiksaan professional aktuari. Ini adalah supaya graduan-graduan aktuari Melayu ini mendapat peluang pekerjaan yang tinggi dan juga agar dapat bersaing dengan graduan-graduan tempatan lain mahupun dari luar Negara yang rata-ratanya memiliki sekurang-kurangnya 2 kertas peperiksaan professional aktuari.

Rujukan Fred E. Szabo (2004). Actuaries’ Survival Guide – How to succeed in one of the most desirable professions, 9-14. Michael Sherris (2009). Principles of Actuarial Science, 243-245. Howard Schuman and Stanley Presser (October 1979). The Open and Closed Question, American Sociologies Review, 692-712. Clare Bellis, John Shepherd and Richard Lyon (2003). Understanding the Actuarial Management: the Actuarial Control Cycle, 7-17, 35-49. Ezamshah Ismail, Dr. Shaikh Hamzah Abdul Razak (2010). Takaful and Actuarial Practices. Chartered Islamic Finance Professional (CIFP), 237-271.