kesan pendidikan positif terhadap penguasaan bahasa...

17
e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967- 0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/ 1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015 153 KESAN PENDIDIKAN POSITIF TERHADAP PENGUASAAN BAHASA MELAYU PELAJAR SEKOLAH RENDAH DARI LATARBELAKANG SOSIO EKONOMI SEDERHANA-RENDAH THE IMPACT OF POSITIVE EDUCATION ON THE ACQUISITION OF MALAY LANGUAGE OF STUDENTS FROM MIDDLE-LOW SOCIAL ECONOMIC STATUS Zurina Yahya Sekolah Rendah Da Qiao, Singapura [email protected] ABSTRAK Sejauh ini Pendidikan Positif atau Positive Education sudah dibuktikan berkesan di konteks luar pembelajaran bahasa Melayu. Pendidikan Positif yang merupakan cabang Psikologi Positif bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar agar mereka dapat meningkatkan daya kebingkasan dan keteguhan diri serta merangkul rasa kesyukuran. Ini agar mereka dapat menjana kehidupan yang terus berkembang. Kertas ini memberi pengenalan tentang Pendidikan Positif dan menghidangkan laporan mengenai kajian yang dijalankan ke atas pelajar bahasa Melayu sekolah rendah berlatarbelakang sosio ekonomi sederhana-rendah. Para pelajar tersebut diajar beberapa kemahiran Pendidikan Positif yang diharapkan dapat meningkatkan daya kebingkasan pelajar. Kertas ini juga ingin melihat apakah kesan Pendidikan Positif terhadap pembelajaran bahasa Melayu dan sejauh manakah kemahiran yang diajarkan ini dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu pelajar tersebut. Lapangan Kajian: nilai, sosio ekonomi, psikologi, positif, melayu 1. Pengenalan 1.1 Latarbelakang Kajian: Psikologi Positif Kebahagiaan tulin (authentic happiness) dan kesejahteraan diri (well-being) seseorang bergantung pada pelbagai faktor yang terdapat dalam kehidupan seseorang. Malah dengan terdapatnya faktor yang berkesesuaian, kehidupan seseorang itu boleh berkembang (flourish). Menurut Seligman (Flourish, 2011), bertambahnya mutu kehidupan seseorang itu dapat dijenterakan serta dibinakan dan terus dihidupkan melalui Psikologi Positif. Malah, kemurungan (depression) dapat diatasi dengan mengaplikasikan Psikologi Positif dalam kehidupan seharian. Pada umumnya, kemurungan disangka mudah diatasi dengan berfikir cara positif dan melakukan perkara-perkara yang positif. Namun pengatasian masalah kemurungan bukanlah semudah yang disangkakan. Bagi seseorang yang terbenam dalam kemurungan dan rasa ketidakpuasan mengenai kehidupannya, ianya boleh membelengui dirinya, malah kadang-kala keadaan itu sukar untuk dikawalnya. Tanpa pengetahuan (knowledge) mengenai cara-cara untuk mengatasi perasaan yang memudaratkan itu, seseorang itu tidak mungkin akan keluar dari kepompong kemurungan dan kemuraman yang dihadapinya.

Upload: others

Post on 03-Mar-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESAN PENDIDIKAN POSITIF TERHADAP PENGUASAAN BAHASA …worldconferences.net/proceedings/glit2015/full paper... · 2017-01-19 · Pendidikan Positif yang merupakan cabang Psikologi

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

153

KESAN PENDIDIKAN POSITIF TERHADAP PENGUASAAN BAHASA MELAYU PELAJAR SEKOLAH RENDAH DARI LATARBELAKANG SOSIO EKONOMI

SEDERHANA-RENDAH

THE IMPACT OF POSITIVE EDUCATION ON THE ACQUISITION OF MALAY LANGUAGE OF STUDENTS FROM MIDDLE-LOW SOCIAL ECONOMIC STATUS

Zurina Yahya

Sekolah Rendah Da Qiao, Singapura [email protected]

ABSTRAK Sejauh ini Pendidikan Positif atau Positive Education sudah dibuktikan berkesan di konteks luar pembelajaran bahasa Melayu. Pendidikan Positif yang merupakan cabang Psikologi Positif bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar agar mereka dapat meningkatkan daya kebingkasan dan keteguhan diri serta merangkul rasa kesyukuran. Ini agar mereka dapat menjana kehidupan yang terus berkembang. Kertas ini memberi pengenalan tentang Pendidikan Positif dan menghidangkan laporan mengenai kajian yang dijalankan ke atas pelajar bahasa Melayu sekolah rendah berlatarbelakang sosio ekonomi sederhana-rendah. Para pelajar tersebut diajar beberapa kemahiran Pendidikan Positif yang diharapkan dapat meningkatkan daya kebingkasan pelajar. Kertas ini juga ingin melihat apakah kesan Pendidikan Positif terhadap pembelajaran bahasa Melayu dan sejauh manakah kemahiran yang diajarkan ini dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu pelajar tersebut. Lapangan Kajian: nilai, sosio ekonomi, psikologi, positif, melayu 1. Pengenalan

1.1 Latarbelakang Kajian: Psikologi Positif

Kebahagiaan tulin (authentic happiness) dan kesejahteraan diri (well-being) seseorang bergantung pada pelbagai faktor yang terdapat dalam kehidupan seseorang. Malah dengan terdapatnya faktor yang berkesesuaian, kehidupan seseorang itu boleh berkembang (flourish). Menurut Seligman (Flourish, 2011), bertambahnya mutu kehidupan seseorang itu dapat dijenterakan serta dibinakan dan terus dihidupkan melalui Psikologi Positif. Malah, kemurungan (depression) dapat diatasi dengan mengaplikasikan Psikologi Positif dalam kehidupan seharian. Pada umumnya, kemurungan disangka

mudah diatasi dengan berfikir cara positif dan melakukan perkara-perkara yang positif. Namun pengatasian masalah kemurungan bukanlah semudah yang disangkakan. Bagi seseorang yang terbenam dalam kemurungan dan rasa ketidakpuasan mengenai kehidupannya, ianya boleh membelengui dirinya, malah kadang-kala keadaan itu sukar untuk dikawalnya. Tanpa pengetahuan (knowledge) mengenai cara-cara untuk mengatasi perasaan yang memudaratkan itu, seseorang itu tidak mungkin akan keluar dari kepompong kemurungan dan kemuraman yang dihadapinya.

Page 2: KESAN PENDIDIKAN POSITIF TERHADAP PENGUASAAN BAHASA …worldconferences.net/proceedings/glit2015/full paper... · 2017-01-19 · Pendidikan Positif yang merupakan cabang Psikologi

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

154

Untuk dibantu, seseorang yang murung itu perlulah dibekalkan pengetahuan bagaimana dia dapat mengatasi kemurungan itu. Kajian oleh Costello, Erkanli dan Angold et al. (2006) mengetengahkan fenomena kemurungan di kalangan belia. Kemurungan pada usia yang sangat muda mempunyai implikasi atau kesan mendalam pada diri seseorang belia itu dan boleh menjejaskan kesihatan mental apabila dia dewasa kelak. Di sinilah, Pendidikan Positif yang merupakan salah satu cabang Psikologi Positif dapat memainkan peranannya. 1.2 Pendidikan Positif Menurut Seligman, “If positive psychology aims to build well-being on the planet, well-being must be buidable.” (Seligman, 2011) Ini bermakna, jikalau Pendidikan Positif dapat diperkenalkan pada pelajar hari ini, pasti pelajar tersebut dapat mengatasi masalah dengan lebih efektif; dan diharapkan juga, Pendidikan Positif dapat mengubati kemurungan sepenuhnya dengan kehidupan yang lebih berkembang. Jadi, bagi seseorang pelajar, Pendidikan Positif memainkan peranan penting dalam membantunya mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Menurut Seligman (2009), terdapat empat matlamat dalam Pendidikan Positif (aims of Positive Education) yang telah terbukti dalam kajian-kajian lepas mengenai Pendidikan Positif iaitu; a) Emosi Positif (Positive Emotion); b) Penglibatan dan Motivasi (Engagement and Motivation); c) Keteguhan Diri (Strengths) d) Pemaknaan dan Tujuan (Meaning and Purpose). 2. Kajian Pustaka Seligman mendefinisikan Pendidikan Positif sebagai pendidikan kemahiran tradisional (traditional skills) dan juga kemahiran kebahagiaan (happiness skills). Dalam kajian bidang psikologi yang sudah dilakukan selama lebih 30 tahun, beliau menyentuh tentang persoalan kemurungan yang telah mencapai kadar yang semakin meningkat di kalangan belia di dunia kerana rasa ketidakpuasan dalam kehidupan mereka (Positive Education: Positive Psychology and Classroom Interventions, 2009). Namun, menurut Seligman et al. lagi, sebenarnya kemahiran untuk mencapai kebahagiaan itu boleh dipelajari kerana rasa pesimis yang dirasakan mereka itu merupakan kebiasaan (habit) seperti yang dikatakan dalam bukunya The Optimistic Child: “But pessimism is an entrenched habit of mind that has sweeping and disastrous consequences: depressed mood, resignation, underachievement, and even unexpectedly poor physical health.” – (Seligman, Reivich & Jaycox, 2007, hal.7) Dalam Learned Optimism: How to Change Your Mind and Life (2006), Seligman berpendapat bahawa rasa optimis boleh dipelajari – bahawa kemurungan itu dapat diatasi dan kehidupan seseorang itu boleh bertambah bahagia jika orang itu memperolehi kemahiran yang diperlukan. Terdapat bukti yang kukuh melalui kajian terkawal bahawa kemahiran untuk membina daya kebingkasan, emosi positif, kepenglibatan dan motivasi, keteguhan dan pemaknaan dan tujuan; dapat diajar kepada pelajar (2009). Kehidupan yang berkembang (flourishing lives) merupakan sebuah theori baharu yang dikemukakan oleh ‘bapa psikologi positif’ iaitu Martin Seligman (Times Union, 2010). Beliau mengutarakan lima

Page 3: KESAN PENDIDIKAN POSITIF TERHADAP PENGUASAAN BAHASA …worldconferences.net/proceedings/glit2015/full paper... · 2017-01-19 · Pendidikan Positif yang merupakan cabang Psikologi

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

155

elemen yang tiada putus-putus diusuli dan dicari-cari setiap insan di dunia ini demi pencarian kesejahteraan dalam kehidupan; iaitu Emosi Positif atau ‘Positive emotions’ (P), Penglibatan atau ‘Engagement‘ (E), Perhubungan atau ‘Relationships’ (R), Pemaknaan atau ‘Meaning’ (M) dan Pencapaian atau ‘Achievement’ (A) – singkatan PERMA (Seligman, 2011). Maka, seseorang yang mencapai ‘perkembangan’ (attaining flourishing lives) dalam kehidupannya belum tentu mengecapi kebahagiaan jikalau dia tidak memperolehi nilai jati diri yang tinggi.

“The first virtue cluster is wisdom.” – Seligman (2011, hal 243).

Pelbagai nilai yang diperlukan bagi menjadikan seseorang itu menjadi insan yang bijaksana dan murni jiwanya. Antara 23 nilai yang disenaraikan oleh Seligman (2011) di antaranya ialah kebijaksanaan dan pengetahuan (‘wisdom and knowledge’); kecintaan pada pencarian ilmu (‘love of learning’); pemikiran terbuka (‘Open-mindedness’; Kebijaksaan Sosial, Peribadi dan Emosi (‘Social, Personal dan Emotional Intelligence’), Perspektif (‘Perspective’); Intergriti, Kebenaran dan Kejujuran (‘Integrity, Genuineness, Honesty’); Mencintai dan Dicintai (Loving and Allowing Oneself to be Loved’), Pengawalan Diri (‘Self-control’), Rendah Diri (‘Humility’), Kesyukuran (‘Gratitude’), Keimanan dan Mempunyai Arah Tujuan (‘Spirituality, Faith and a Sense of Purpose’), Kemaafan dan Keikhsanan (‘Forgiveness and Mercy’) dan lain-lain lagi (Seligman, 2011, hal.243-265). Dalam kajian oleh Peterson dan Seligman (2004), mereka telah menyenaraikan dan memberi penerangan tentang 24 nilai yang perlu dirangkul bagi mencapai keteguhan hidup. Ini dilakukan melalui ujian VIA-IS (‘Values in Action Inventory of Strength’). Yang menarik, Pendidikan Positif pernah diaplikasikan terhadap sebuah sekolah privet di Australia yang dihadiri pelajar sekolah rendah hingga ke menengah. Geelong Grammar School (GGS) menyematkan Pendidikan Positif sebagai progam berstruktural sekolah tersebut (school-based programme) semenjak 2008. Kajian oleh White (2010) dilakukan ke atas pelajar yang mengambil mata pelajaran Sastera. Pendidikan Positif diterapkan secara eksplisit, khususnya tentang kemahiran meningkatkan daya kebingkasan (resilience), keteguhan (strength) dan tentang kesyukuran (gratitude). Dalam kajiannya, Seligman et. al (2009) mengajar pelajar GGS tentang Pendidikan Positif melalui subjek Sastera di mana pelajar diberikan kemahiran tentang cara melalui kehidupan setiap hari. Kajian mereka menunjukkan keberkesanan yang bertahap tinggi, sehinggakan sekarang GGS bukan sahaja dikenali sebagai sekolah yang meraih kecemerlangan keputusan akademik tetapi juga sebagai sebuah sekolah yang prihatin terhadap kesejahteraan pelajar (White, 2010). Jelas bahawa kesejahteraan pelajar amat penting untuk mendorong mereka mencapai kecemerlangan akademik. Namun, sepanjang kehidupan seseorang insan, kebahagiaan dan ujian hidup hadir berselang-seli. Maka, dalam saat diuji, bagaimanakah seseorang itu dapat mengharungi segala cabaran dengan tabah dan keteguhan diri? Dalam agama Islam, keteguhan hati dilihat sebagai kekuatan iman kerana setiap manusia tidak sunyi dari cubaan hidup, seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran, Surah Muhammad, Ayat 31: "Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami nyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu." Agama dapat mengajar mengenai keteguhan diri dan kekuatan pendirian seseorang. Ini juga diakui oleh Daalsgaard, Peterson dan Seligman (2005). Mereka telah meneliti pemahaman mengenai keteguhan dalam tradisi agama Islam, Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha, Taoisme dan sebagainya agar

Page 4: KESAN PENDIDIKAN POSITIF TERHADAP PENGUASAAN BAHASA …worldconferences.net/proceedings/glit2015/full paper... · 2017-01-19 · Pendidikan Positif yang merupakan cabang Psikologi

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

156

dapat melihat bagaimana nilai keteguhan diajar dan dihargai dalam pelbagai agama. Oleh kerana pendidikan sekular di kebanyakan sekolah rendah di Singapura tiada memberi kesempatan yang benar-benar dapat menyemai nilai keteguhan dari segi keagamaan, maka Pendidikan Positif dapatlah mewadahi aspek keteguhan dalam diri para pelajar di sekolah. Pada tahap sekolah, ‘The Penn Resilency Program’ (Gilham, Brunwasser, Freres, 2008) berjaya dijalankan terhadap pelajar berumur 10-12 tahun. Program ini mendapati menurunkan tahap kemurungan dan membina daya kebingkasan dengan mengurangkan rasa putus asa (hopelessness) dan kecemasan (anxiety). Maka dengan keberkesanan yang dapat dilihat pada kajian-kajian lepas yang dibincangkan tadi, dapatlah direnungkan penyataan masalah kajian seperti berikut ini. 3. Pernyataan Masalah 3.1 Tiada bukti sah bahawa Pendidikan Positif dapat benar-benar membantu pelajar dalam

penguasaan bahasa Melayu: Seperti yang disajikan awal tadi, kajian di sekolah berkenaan Pendidikan Positif pernah dilakukan oleh White (2010) dan Seligman (et al, 2009) namun, dalam konteks Singapura, khususnya di sekolah rendah, tiada kajian Pendidikan Positif yang pernah dilakukan sebelum ini terutama sekali terhadap penguasaan bahasa Melayu. Sejauh ini, beberapa tinjauan terhadap guru yang menyertai khusus mengenai Pendidikan Positif dilakukan oleh Yeo, Sha-en (lelaman Positive Education, 2013) di Sekolah Rendah Da Qiao, tetapi belum pernah ada kajian yang dilakukan untuk melihat kesan Pendidikan Positif itu terhadap pelajar bahasa Melayu amnya. Maka itu, kajian ini ingin melihat keberkesanan Pendidikan Positif terhadap pembelajaran bahasa Melayu – sama ada Pendidikan Positif dapat meningkatkan penguasaan para pelajar daripada segi penguasaan bahasa Melayu.

3.2 Kemungkinan bahawa pelajar berlatarbekang sosio-ekonomi sederhana-rendah terjejas dari segi keyakinan diri serta memerlukan bimbingan yang lebih di sekolah dan memerlukan pendedahan terhadap suatu kemahiran yang dapat membantu mereka: Secara pukul rata, pelajar dari golongan ini datang daripada keluarga yang mengalami masalah kewangan. Oleh itu, kedua-dua ibu bapa mereka terpaksa keluar bekerja, atau mereka dijaga oleh ibu atau ayah tunggal yang perlu keluar bekerja. Ini serba sedikit mungkin membawa kesan sampingan yang boleh menjejas perwatakan pelajar tersebut. Maka, pelajar daripada golongan ini amat memerlukan pengetahuan mengenai cara mengatasi apa pun implikasi negatif yang boleh menjejas diri mereka.

4. Soalan Kajian

Apakah kesan Pendidikan Positif terhadap pembelajaran bahasa Melayu pelajar sekolah rendah dari latarbelakang sosio ekonomi sederhana-rendah?

Page 5: KESAN PENDIDIKAN POSITIF TERHADAP PENGUASAAN BAHASA …worldconferences.net/proceedings/glit2015/full paper... · 2017-01-19 · Pendidikan Positif yang merupakan cabang Psikologi

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

157

5. Objektif Kajian

Dengan pernyataan masalah kajian yang disebutkan tadi dan untuk menjawab soalan kajian, kajian ini perlu dilaksanakan. Maka objektif utama kajian ini adalah untuk: 5.1 melihat sejauh manakah Pendidikan Positif dapat memberi keberkesanan dalam pembelajaran

bahasa Melayu; jika ia dapat digunakan atau ditekankan dalam pembelajaran bahasa Melayu untuk merangsang keyakinan diri pelajar, agar pelajar dapat memperbaiki prestasi mereka dalam pelajaran bahasa Melayu.

5.2 memberi suatu ramalan kepada pendidik bagaimana Pendidikan Positif dapat membantu

mereka menyiapkan rancangan pengajaran yang lebih berkesan agar pelajar mempunyai keperluan emosi yang sempurna, peningkatan daya kebingkasan dan keteguhan diri untuk menggarap pelajaran di dalam bilik darjah.

6. Kepentingan Kajian 6.1 Dalam konteks pembelajaran bahasa Melayu, kajian ini akan dapat melihat sejauh mana

Pendidikan Positif dapat mempengaruhi penguasaan bahasa Melayu bagi pelajar sekolah rendah dari status sosio ekonomi sederhana-rendah. Ini akan memberi suatu ramalan kepada guru bahasa Melayu kalau Pendidikan Positif dapat digunakan untuk merangsang keyakinan diri pelajar.

6.2 Pendidikan Positif menghidangkan beberapa kaedah yang praktikal dan sesuai dalam

pembelajaran bahasa Melayu serta dapat menumpukan perhatian guru kepada kepentingan Pembelajaran Sosio-Emosi (Social Emotional Learning atau SEL) yang ditekankan oleh Kementerian Pendidikan Singapura (MOE).

6.3 Social and Emotional Learning (SEL) is an umbrella term that refers to students' "acquisition of

skills to recognise and manage emotions, develop care and concern for others, make responsible decisions, establish positive relationships, and handle challenging situations effectively" (CASEL). (Sumber: Lelaman MOE, 2013)

6.4 Dengan itu, Pendidikan Positif dapat menyahut seruan MOE yang mengetengahkan tujuan

untuk memastikan bahawa pelajar menggarap kemahiran untuk mengawal emosi, membangunkan sifat penyayang dan keperhatinan terhadap orang lain, membuat keputusan yang bertanggungjawab serta mengendalikan segala masalah dan rintangan dengan lebih berkesan. Pendidikian Positif juga menekankan pembelajaran yang berkisarkan pada pelajar (‘student-centredness’).

6.5 Ini juga sehaluan dengan visi Arif Budiman bagi Unit Bahasa Melayu, MOE yang berbunyi; “Ke

arah insan yang berilmu pengetahuan yang berbakti kepada masyarakat”. Dalam usaha bagi menyempurnakan visi tersebut, Pendidikan Positif boleh menjadi salah satu daripada pendekatan yang menyempurnakan teras nilai yang ingin dicapai.

Page 6: KESAN PENDIDIKAN POSITIF TERHADAP PENGUASAAN BAHASA …worldconferences.net/proceedings/glit2015/full paper... · 2017-01-19 · Pendidikan Positif yang merupakan cabang Psikologi

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

158

7. Kaedah Kajian Kajian ini berbentuk kuasi-eksperimental, maka ia memerlukan pra-ujian sebelum kajian dijalankan dan pasca-ujian dilakukan selepas kajian dilakukan. Tambahan, sampel kajian berbentuk baik (intact) dan tidak rawak (random) (Creswell, 2008). Sebelum pasca-ujian dijalankan, tindakan yang diambil adalah dengan mengaplikasikan Pendidikan Positif secara eksplisit berselang-selikan dengan pembelajaran bahasa Melayu. 8. Pensampelan Kajian Populasi sasaran (kajian ini merupakan pelajar sekolah rendah, namun populasi capaian terdiri daripada pelajar yang mengambil mata pelajar bahasa Melayu di Sekolah Rendah Da Qiao. Sampel (variables) merupakan segolongan pelajar tersebut yang berlatarbelakangkan status sosio ekonomi sederhana-rendah dan menerima skim bantuan kewangan.

Justeru, daripada sejumlah 125 murid yang mengambil bahasa Melayu sebagai Bahasa Ibunda di sekolah tersebut (di mana pengkaji bertugas sebagai guru), kajian ditumpukan pada 22 pelajar darjah 5 aliran Bahasa Melayu Standard (dalam lingkungan umur 11 tahun). Pelajar-pelajar ini dipilih agar persamaan penjenisan pensampelan dapat memastikan kajian yang lebih terkawal dan pemboleh ubah yang tiada kaitan atau ‘extraneous variables’ yang mungkin muncul menjejasi dapatan kajian ini. Maka, akhirnya 6 orang peserta kajian terpilih sebagai pensampelan kajian (lihat rajah 1).

Rajah 1: Pensampelan kajian

9. Proses kajian 9.1 Surat keizinan untuk menjalankan kajian dihantar kepada pihak pentadbiran data

Kementerian Pendidikan oleh kerana kajian akan dilakukan di sekolah pemerintah. 9.2 Surat keizinan diberikan kepada keenam-enam peserta dan memandangkan mereka di

bawah usia, keizinan diperlukan daripada pihak ibu bapa mereka. 9.3 Sementara itu, pengkaji perlu menyiapkan rancangan pengajaran yang lengkap dengan

penggunaan alat-alat kajian yang autentik agar kajian lebih bermakna. Malah untuk menjadikan pelajaran lebih menarik bagi pelajar, guru pengkaji menyiapkan induksi yang sesuai dengan memastikan kerelevanan alat yang digunakan dan mengaitkannya dengan aktiviti-aktiviti utama Pendidikan Positif yang ingin dijalankan.

Page 7: KESAN PENDIDIKAN POSITIF TERHADAP PENGUASAAN BAHASA …worldconferences.net/proceedings/glit2015/full paper... · 2017-01-19 · Pendidikan Positif yang merupakan cabang Psikologi

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

159

9.4 Kajian dijalankan selama 5 minggu dan masa penglaksanaan kajian dirancangkan berlaku dalam lima sesi yang mengambil masa 30 minit bagi sesi pertama, dan 45 minit bagi setiap sesi seterusnya.

9.5 Seterusnya, tinjauan menerusi borang soal-selidik dilakukan. Ini bertujuan untuk:

a. mengesahkan umur, latarbelakang peserta, aliran dan darjah mereka memenuhi kriteria sampel

b. meninjau latarbelakang keluarga, bagi maklumat tambahan yang mungkin boleh digunakan untuk memahami peserta semasa catatan penelitian (‘reflective fieldnotes’) yang dapat memberi penjelasan yang diperlukan berkenaan respons-respons peserta semasa ujian

c. mendapat maklum balas peserta tentang perspektif mereka mengenai pembelajaran bahasa Melayu dan meninjau minat mereka terhadap bahasa Melayu

d. melihat jikalau mereka mempunyai pengetahuan tentang Pendidikan Positif sebelum ini e. meninjau kekerapan penggunaan bahasa Melayu di rumah dan sekolah

9.6 Borang soal-selidik kedua yang diberikan di akhir kajian bertujuan untuk:

a. melihat jikalau terdapat perubahan persepsi tentang pelajaran bahasa Melayu b. jika peserta sudah memahami apa itu Pendidikan Positif c. jika Pendidikan Positif memberi keyakinan kepada peserta untuk menggunakan bahasa

Melayu d. jika peserta akan mengamalkan ciri-ciri Pendidikan Positif e. jika peserta memikirkan bahawa mereka memerlukan Pendidikan Positf dalam

pembelajaran mereka. Komen dan pandangan peserta disambut baik dan ruang bagi komen atau pandangan peserta disediakan dalam borang tersebut

9.7 Ujian diberikan dalam bentuk Lisan (komponen perbualan yang juga diuji di Peringkat

Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE). Mengapa ini digunakan dan bukan komponen lain bahasa Melayu adalah kerana:

a. pengkaji mempunyai pengetahuan sedia ada bahawa komponen ini merupakan komponen lemah bagi peserta

a. oleh kerana kebatasan masa yang boleh diperuntukkan bagi setiap sesi, komponen ini tidak akan mengambil masa yang lama

b. ujian dalam bentuk perbualan dapat memberi pengkaji catatan melalui penelitian sama-ada peserta itu menunjukkan kesan yang dapat diperbandingan melalui ujian-ujian yang diberikan. Keteguhan diri mungkin dapat dilihat melalui keyakinan atau ketidakyakinan peserta, keterampilan, gaya, intonasi dan jawapan mereka

9.8 Bahan perbualan dirakam dengan menggunakan audio perakam di iPad mini dan pengkaji

mentranskripsikan kata demi kata, saat demi saat bagi mengumpulan data melalui kaedah Error Analysis atau Analisis Kesilapan yang terbahagi pada:

b. kesilapan ortografi atau sebutan c. kesilapan lokal dalam bentuk kesilapan morfologi, kesilapan sintaksis bentuk ayat dan

kata d. kesilapan global

Page 8: KESAN PENDIDIKAN POSITIF TERHADAP PENGUASAAN BAHASA …worldconferences.net/proceedings/glit2015/full paper... · 2017-01-19 · Pendidikan Positif yang merupakan cabang Psikologi

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

160

Analisis Kesilapan diperlukan agar pengkaji dapat melakukan perbandingan korelasi melalui ‘scatterplot graph’ bagi melihat jikalau terdapat hubungan di antara kesilapan yang dilakukan dengan markah yang didapati oleh peserta. Beberapa dapatan yang menarik akan dibincangkan di bahagian dapatan kajian kertas ini.

9.9 Atas sebab kepentingan isu etika kajian dan integriti kajian agar merahsiakan identiti para

peserta, setiap peserta diberikan kod huruf A, B, C, D, E dan G dan sepanjang kajian, walaupun nama mereka tetap digunakan dalam perbincangan kerana pengkaji dan para peserta saling mengenali, semasa menurunkan maklumat dan menyelesaikan lembaran aktiviti, mereka hanya perlu menggunakan kod yang diberikan. Huruf F tidak digunakan atas permintaan peserta G. Baginya huruf F merupakan gred gagal ujian, jadi dia tidak mahu menggunakannya. Di sini pengkaji perlu bersifat fleksibel dan prihatin atas permintaan peserta agar hal itu tidak akan menjadi faktor penjejas dalam kajian (extravenous factors) yang boleh menjejas dapatan kajian.

9.10 Pendidikan Positif sangat menekankan kesejahteraan dan kebahagiaan. Justeru, setiap sesi

Pendidikan Positif perlulah dirancang dengan baik dan disematkan dengan aktiviti induksi yang berpautan dengan Pendidikan Positif dan dapat dihubungkan dengan aktiviti Pendidikan Positif agar sesi akan lebih beerti. Perbincangan yang diadakan dengan peserta berfokuskan keempat-empat matlamat Pendidikan Positif yang dibincangkan di bahagian awal kertas ini.

10. Alat Kajian

Alat yang digunakan dalam aktiviti-aktiviti Pendidikan Positif perlulah berkesan dan mempunyai nilai kebolehpercayaan dan sesuai dengan objektif yang ingin dicapai dalam pembelajaran. Alat-alat itu dilakukan menerusi aktiviti:

a. ‘Tiga Kesyukuran’ (Three Blessings) b. ‘Mempertikaikan Pemikiran Negatif’ (Disputing Negative Thoughts) c. ‘Pohon Keteguhan’ (Strength Tree) d. ‘Refleksi Bermakna’ (Meaningful Reflections)

Aktiviti ‘Tiga Kesyukuran’ (Three Blessings) merupakan alat yang digunakan dalam psikologi positif yang disarankan oleh Seligman (2002, hal. 30-31). Menurut kajian, teknik ‘Tiga Kesyukuran’, lebih-lebih lagi jika dilakukan setiap minggu, dapat digunakan sebagai salah satu cara untuk mengatasi kemurungan (depression) dan kebimbangan (anxiety). Maka itu, aktiviti yang dijalankan dalam kajian ini berpaut pada apa yang disarankan oleh Seligman dalam Flourish (2002). Semasa kajian, pelajar telah mencatatkan tiga kesyukuran mereka secara sedar (aware) dan disengajakan (deliberate). Semasa aktiviti dijalankan, penelitian dilakukan dan pelajar didapati amat terlibat, malah mereka dilihat berasa seronok dan asyik ketika memikirkan dan mencatatkan tiga perkara yang paling mereka syukuri. Dalam aktiviti ‘Mempertikaikan Pemikiran Negatif’ (Disputing Negative Thoughts), empat daripada keenam peserta dalam kajian ini meluahkan masalah mereka yang ada bersangkutan dengan pembelajaran Matematik. Mereka akhirnya mempertikaikan masalah tersebut dengan kesedaran bahawa masalah itu boleh diatasi jikalau mereka tidak berputus asa dan mereka menumpukan perhatian pada pengajaran yang disampaikan oleh guru. Dua daripada mereka pula mencatatkan masalah yang mempunyai unsur peribadi dan emosi. Bagi Peserta D, misalnya, dia merasakan

Page 9: KESAN PENDIDIKAN POSITIF TERHADAP PENGUASAAN BAHASA …worldconferences.net/proceedings/glit2015/full paper... · 2017-01-19 · Pendidikan Positif yang merupakan cabang Psikologi

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

161

bahawa dia “tidak cukup kasih sayang daripada ibunya” atas kepercayaan bahawa ini adalah kerana dia “terlalu degil”. Semasa menjalankan proses ‘Pertikaian Pemikiran Negatif’, perserta D yang tinggal bersama seorang ibu tunggal dan 3 orang adik-beradik yang lain, menandingi perasaan “sedih” yang dialaminya itu. Peserta D juga melalui kesedaran bahawa sebenarnya ibunya “ada memikirkan tentang dirinya” dan walaupun sibuk bekerja, apabila ibunya berasa di rumah, ibunya “cuba meluangkan masa dengan memasak” untuk peserta D itu dan adik-beradiknya. Akhirnya peserta itu mencatatkan: “Saya akan lebih fahami mengenai keadaan ibu saya dan sebenarnya dia sayangi saya.” Seorang lagi perserta menyatakan bahawa masalahnya merupakan perkelahian yang sering dihadapi bersama adiknya: “Saya selalu bergaduh dengan adik saya” dan kepercayaannya adalah kerana dia dan adiknya tidak saling sayang-menyayangi. Dalam proses mempertikaikan pemikiran negatifnya itu, peserta E ini menyedari bahawa dia kurang bergurau dengan adiknya kerana sikapnya yang berlaku garang. Jadi, pelajar ini akhirnya menyatakan bahawa dia akan mengubah sikapnya dan akan bermain dengan adiknya. Rata-rata, peserta menyedari bahawa mereka boleh meleraikan apa sahaja masalah yang dialami. Dalam aktiviti Pohon Keteguhan (‘Strength Tree’), peserta dilihat mengalami suatu kesedaran yang mengingatkan mereka pada nilai kesyukuran dalam aktiviti awal tadi. Dalam aktiviti ini, contohnya, peserta G menulis, “Walaupun ibu dan ayah saya telah (ber)pisah, ayah saya membenarkan saya berjumpa ibu dan abang saya. Ayah saya seorang yang bekerja keras untuk menampung kehidupan saya.”. Semasa menulis refleksi bermakna, peserta telah mencatatkan beberapa perkara yang menyentuh emosi mereka melalui respons seperti: “Saya bersyukur saya ada ibu dan ayah.” Maka di sini, ternyata matlamat Pendidikan Positif berkenaan Keteguhan Diri dan Emosi Positif tercapai sekali gus. 11. Dapatan Kajian Seterusnya, menerusi komen yang ditulis pelajar dalam borang soal-selidik kedua yang diberikan di akhir kajian, empat peserta merasakan Pendidikan Positif jelas dapat diaplikasikan pada diri secara peribadi. Peserta A menyatakan bahawa Pendidikan Positif “mengingatkan”nya mengenai ibunya dan membantu dia memikirkan mengenai hal yang baik-baik sahaja. Malah dia ingin bilangan sesi Pendidikan Positif ditambah. Bagi Peserta D, dia mendapati bahawa Pendidikan Positif dapat membantu dirinya memahami ibunya, dan bagi Peserta E pula, dia akan “lebih sayang adik” kerana Pendidikan Positif membantunya dalam hubungannya dengan adiknya. Di sini, berkenaan matlamat Pendidikan Positif yang dibincangkan dalam halaman awal tadi, kesan yang dapat dilihat di sini ialah pelajar merasakan kehidupannya lebih bermakna dan kehadiran dirinya sebagai abang mempunyai tujuan yang tertentu. Maka matlamat Pendidikan Positif yang ditekankan oleh Seligman (2009), Pemaknaan & Tujuan telah tercapai dalam kajian ini. Dalam borang soal selidik sebelum dan sesudah kajian dijalankan, pelajar ditanya jikalau mereka suka pada pelajaran bahasa Melayu. Skala persepsi mengenai pembelajaran bahasa Melayu meningkat seperti yang dapat dilihat dalam rajah 2.

Page 10: KESAN PENDIDIKAN POSITIF TERHADAP PENGUASAAN BAHASA …worldconferences.net/proceedings/glit2015/full paper... · 2017-01-19 · Pendidikan Positif yang merupakan cabang Psikologi

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

162

Skala: Langsung tidak suka 0-1-2-3-4-5-6-7-8-9-10Sangat suka

Skala 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Peserta

Kajian/

Peratusan

Pra - - - - - 1

16.67%

- 1

16.67%

- 1

16.67%

3

50%

6

100%

Pasca - - - - - 1

16.67%

- - - - 5

83.33%

6

100%

Rajah 2 : Skala persepsi pelajar sebelum dan sesudah kajian dijalankan

Tambahan, walaupun tiada langsung kesilapan global dilakukan oleh peserta kerana semua perbualan dalam pra-ujian dan pasca-ujian dapat difahami dan berjaya ditranskripsikan, kesilapan lokal tetap dilakukan oleh peserta semasa pasca-ujian. Walau bagaimanapun menerusi peratusan kesilapan lokal yang dilakukan, jelas dilihat bahawa peratusan kesilapan lokal (ortografi, morfologi, sintaksis ayat dan kata) dalam kesemua bentuk telah menurun selepas kajian dijalankan; contohnya kesilapan sebutan menurun dari 22.54% pada 5.88% dan sebagainya seperti yang jelas dilihat di dalam rajah 3.

Bil Kesilapan Lokal Pra-Ujian Pasca-Ujian

1 Ortografi 23 (22.54%) 6 (5.88%)

2 Morfologi 6 6 (5.88%) 5 (4.91%)

3 Sintaksis – Ayat 23 (22.55%) 17 (16.67%)

4 Sintaksis - Kata 17 (16.67%) 5 (4.9%)

Rajah 3 : Peratusan kesilapan lokal yang dilakukan peserta pra-ujian dan pasca-ujian

Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas, lihat carta palang di dalam rajah 4 yang menunjukkan penurunan kesilapan dalam kesemua bentuk kesilapan. Maka di sini, berkenaan matlamat Pendidikan Positif yang dibincangkan dalam halaman awal tadi, kesan yang dapat dilihat di sini ialah pelajar terdorong untuk mencapai markah yang lebih baik dan penglibatan mereka dalam bahasa Melayu lebih baik. Di sini jelaslah bahawa matlamat Penglibatan & Motivasi bagi Pendidikan Positif juga tercapai dalam kajian ini.

Page 11: KESAN PENDIDIKAN POSITIF TERHADAP PENGUASAAN BAHASA …worldconferences.net/proceedings/glit2015/full paper... · 2017-01-19 · Pendidikan Positif yang merupakan cabang Psikologi

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

163

Rajah 4

Carta palang dalam rajah 4 menunjukkan secara visual mengenai penurunan kesilapan lokal peserta pasca-ujian. Rajah 5 pula menjelaskan purata markah dan purata kesilapan bagi setiap peserta dan tujuannya adalah untuk menyiapkan scatterplot graph (rajah 6) untuk melihat hubungan korelasi antara markah ujian peserta dengan jumlah kesilapan.

Bil Peserta Purata Markah

(Mean of score)

Purata Kesilapan

(Mean of errors)

1 A 6.5 14

2 B 5.5 11.5

3 C 5 8.5

4 D 4.5 8

5 E 4 7

6 G 6 3.5

Rajah 5: Purata markah dan purata kesilapan pelajar

Rajah 6: Scatterplot : Tiada korelasi r=0

05

10152025

Pra-Ujian

Pasca-Ujian

Page 12: KESAN PENDIDIKAN POSITIF TERHADAP PENGUASAAN BAHASA …worldconferences.net/proceedings/glit2015/full paper... · 2017-01-19 · Pendidikan Positif yang merupakan cabang Psikologi

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

164

Satu dapatan yang menarik dilihat menerusi rajah ini yang didapatkan dengan meletakkan purata markah (mean) pra-ujian dan pasca-ujian pada garisan x; dan garisan y pula adalah purata kesilapan lokal yang dilakukan oleh setiap pelajar. Tanda titik adalah tempat kedudukan setiap pelajar dari segi hubungan markah dengan kesilapan lokal. Ternyata daripada rajah ini bahawa tiada korelasi (no correlation) antara markah yang didapati dengan kesilapan lokal yang dilakukan oleh para pelajar. Ini juga menjelaskan bahawa kesilapan lokal bukanlah satu-satunya perkara yang menjejaskan markah yang didapati oleh pelajar. Perkara lain juga diambil kira; seperti penampilan pelajar, gaya perbualan mereka disampaikan, intonasi penyampaian yang biasanya menunjukkan keyakinan diri seseorang pelajar itu. Menurut kajian, biasanya pelajar menghadapi masalah kesilapan ortografi semasa menguasai pembentukan perkataan bahasa kedua (Yong, 2012). Bagaimanapun, peserta dalam kajian ini kesemuanya menggunakan bahasa Melayu di rumah dan bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda mereka. Justeru, apa yang boleh dijelaskan adalah bahawa kebiasaan penggunaan bahasa Melayu baku yang diharapkan dalam konteks pembelajaran bahasa Melayu di sekolah dengan penggunaan bahasa Melayu tidak formal di rumah, mungkin merupakan sebab utama mengapa peserta kajian kadang-kala melakukan kesilapan ortografi atau menggunakan sebutan Melayu riau. Walaubagaimana pun peserta menyedari hakikat bahawa bahasa Melayu baku diperlukan dalam pra dan pasca ujian yang diberikan. Lagipun, pendedahan yang diterima pada masa lalu dalam pembelajaran lisan menjadikan para peserta kajian menyedari bahasa salah satu kriteria ujian atau peperiksaan lisan adalah Sebutan Baku. Seterusnya, walaupun banyak kelebihan yang dicapai dalam kajian ini, beberapa batasan juga didapati dan ini akan dibincangkan dalam bahagian seterusnya. 12. Batasan Kajian Kajian ini mempunyai batasan dan kebanyakannya dapat ditangani semasa kajian dijalankan.

a. Masa sepuluh minggu yang diperuntukkan untuk membuat kajian amatlah terhad. Malah daripada masa yang diberikan itu, hanya enam minggu sahaja dapat diberikan pada proses kajian bersama pelajar – itupun disekang oleh beberapa dasar (policy) yang tidak membenarkan kajian dijalankan semasa pelajar menghadapi peperiksaan.

b. Pensampelan kajian ini kecil kerana bilangan murid yang mengambil Bahasa Melayu

Standard dan sejumlah enam pelajar dalam kelas tersebut mempunyai berlatarbelakangkan status sosio-ekonomi sederhana-rendah – iaitu 4.8% (6 dari 125 pelajar) kohort Bahasa Melayu dari sekolah rendah terpilih.

c. Tambahan, kajian ini terbatas disebabkan pensampelan yang tidak mencerminkan kesemua

lapisan pelajar sekolah rendah; ini jelas sekali dari segi jumlah pensampelan dan status sosio ekonomi peserta. Selanjutnya, pada hakikatnya, pesertanya terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan dapatan kajian ini tidaklah menggambarkan pengaplikasian Pendidikan Positif terhadap semua lapisan pelajar.

d. Semasa aktiviti “Mempertikaikan Pemikir Negatif”, guru didepankan dengan kesedaran pada

beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar dan ini memberikan guru suatu kilasan dan

Page 13: KESAN PENDIDIKAN POSITIF TERHADAP PENGUASAAN BAHASA …worldconferences.net/proceedings/glit2015/full paper... · 2017-01-19 · Pendidikan Positif yang merupakan cabang Psikologi

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

165

pemahaman tentang apa yang benar-benar tersimpan di benak pemikiran pelajar-pelajar itu dan apakah harapan dan kebimbangan yang benar-benar dirasai pelajar. Walaupun ini pasti telah memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang diri pelajar-pelajar itu dan ruang untuk guru merapatkan hubungan dengan pelajar, guru boleh memberikan kata-kata hikmah dan nasihat kepada pelajar untuk memberi dorongan dan semangat agar pelajar lebih merasakan bahawa mereka tidaklah bersendirian dan terus terbengkam dalam pemikiran negatif yang dirasakan mereka. Guru perlu bersikap amat prihatin untuk melunakkan hati pelajar tersebut. Walau bagaimanapun, guru merasakan bahawa dirinya sebagai pendidik, terbatas keupayaannya untuk menyelidiki kesan pemikiran negatif itu. Tambahan, pendidik itu tidak berkelayakan dalam bidang psikologi bagi mengaplikasikan apa yang diperlukan oleh pelajar tersebut yang dapat membantu kesan emosi. Diharapkan cara lembut guru serta keperihatinannya dapat memupuk pelajar kepada pemikiran positif.

13. Saranan Pendidikan Positif telah berjaya disematkan dalam pembelajaran Sastera di Geelong Grammar School di Australia. Kajian ini juga menunjukkan peningkatan dalam skala markah peserta dan melalui penelitian pengkaji, antara 4 matlamat Pendidikan Positif yang ditekankan oleh Seligman (2009), keempat-empat matlamat tersebut dapat dicapai. Maka, di bahagian kertas ini dihidangkan beberapa saranan. Pendidikan Positif juga boleh terus diaplikasikan dalam Bahasa Melayu dan subjek-subjek lain pada semua peringkat sekolah, lebih-lebih lagi dalam pengajaran di mana nilai teras dipupuk secara eksplisit kepada pelajar dalam pengajaran, seperti Pendidikan Sivik dan Moral (CME) atau Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE) yang terdapat di Singapura. Penyerapan Pendidikan Positif dapat juga dilakukan pada semua aspek pendidikan, contohnya dalam kegiatan kokurikular, atau dijadikan sesuatu program sekolah (school-based programme). Malah, ada peserta (Peserta B dan Peserta G) yang menyarankan agar Pendidikan Positif boleh terus dijalankan dalam kelas bahasa Melayu sepanjang tahun. Pendidikan Positif merupakan suatu kemahiran yang sebenarnya diperlukan oleh semua lapisan masyarakat, terutama institusi-instituti. Malah, bagi sesebuah institusi untuk ‘walk the talk’ atau ‘buat biar sama dicakap dan cakap biar sama dibuat’ bagi mengotakan apa yang dikatakan, perlulah institusi itu cuba mempraktikkan nilai-nilai yang merangkumi Pendidikan Positif agar nilai-nilai itu dapat diterapkan pada pendirian instiusi itu dan menjadikan falsafah kesejahteraan (philosophy of well-being) sebagai sebahagian daripada teras nilai (core values) agar dapat berkembang (flourish) bagi kebaikan semua aras institusi tersebut. Dengan mengaplikasikan Pendidikan Positif ini secara peribadi, digarap oleh sesuatu pertubuhan atau institusi atau diajar kepada anak didik kita di sekolah, Pendidikan Positif tidak akan berjaya tanpa ketekalan (consistency) dari segi kepercayaan penuh untuk mengaplikasikannya. Di sekolah, Pendidikan Positif boleh disematkan dalam rancangan pengajaran sekali sekala, namun secara tekal perlulah disinggah dan diingatkan semula kepada pelajar agar pengetahuan yang digarap oleh pelajar (dan guru) dapat disemai di dalam jiwa mereka menjadi sesuatu kebiasaan dan dapat juga menjadi sebahagian daripada naluri mereka. Dari sudut pedagogi, guru memerlukan latarbelakang yang lengkap mengenai Pendidikan Positif untuk menyampaikannya dengan baik, sempurna dan penuh komitmen. Kajian menunjukkan bahawa terdapat korelasi positif antara guru

Page 14: KESAN PENDIDIKAN POSITIF TERHADAP PENGUASAAN BAHASA …worldconferences.net/proceedings/glit2015/full paper... · 2017-01-19 · Pendidikan Positif yang merupakan cabang Psikologi

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

166

yang teruja dengan motivasi intrinsik untuk belajar (Patrick, Hisley dan Kempler, 2000). 14. Kesimpulan Sebagai kesimpulan, walaupun terdapat beberapa batasan, objektif utama kajian menunjukkan bahawa Pendidikan Positif berkesan dalam pembelajaran bahasa Melayu dan prestasi pelajar ternyata dapat dipertingkatkan. Objektif kedua kajian ini juga tercapai kerana jika Pendidikan Positif diterapkan dalam rancangan pengajaran, rata-rata kajian ini juga berjaya mencapai matlamat Pendidikan Positif yang mengharapkan pelajar mencapai empat matlamat yang diketengahkan oleh Seligman iaitu; emosi positif, penglibatan dan motivasi, keteguhan diri, serta pemaknaan dan tujuan. Jika ini terus diasah dan dipupuk pada diri setiap pelajar, dipercayai kesannya adalah lebih ketara. Sekurang-kurangnya, kajian ini memanfaatkan peserta kajian dengan memberikan mereka pengetahuan awal tentang Pendidikan Positif. Kajian ini telah memberi fokus kepada empat tujuan Pendidikan Positif. Walau bagaimanapun, dalam kajian Peterson dan Seligman (2004), terdapat sekurang-kurangnya 24 nilai yang perlu dirangkul bagi mencapai keteguhan hidup. Pihak MOE mengenalkan program ‘Nilai Dalam Tindakan’ atau ‘Values In Action’ (VIA) dari awal 2012 dan masih dijalankan hari ini untuk memupuk nilai-nilai yang diperlukan agar menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab dan dapat menyumbang kepada masyarakat. Ternyata bahawa sistem pendidikan yang positif dalam setiap sudut aspek pendidikan serta pendidikan yang holistik amat didambakan. Membilang harapan untuk mencapai matlamat VIA tadi, Pendidikan Positif boleh turut diamalkan. Pendidikan Positif juga diharapkan akan diamalkan terus bagi memberi kesedaran bahawa ada jalan dan caranya bagi seseorang itu merangkul kebahagiaan tulin dan kesejahteraan diri dengan mencapai keteguhan diri, daya kebingkasan dan mengamalkan kesyukur supaya kehidupan mereka terus berkembang. Umumnya, ini penting kerana kepesatan pembangunan negara maju seperti Singapura mempunyai kesan-kesan negatif yang mungkin akan menjejas kesejahteraan diri penduduknya dan ternyata, Singapura memerlukan Pendidikan Positif. Menurut Lembaga Samaritans (2013) kadar kemurungan yang berakhir dengan kes-kes bunuh diri mencapai 422 kes dalam tahun 2013 dengan kenaikan 29% dibandingkan 2011. Ini meletakkan Singapura di tempat yang ke 82 dalam senarai negara yang mempunyai kes pembunuhan diri tertinggi. Bagi negara yang amat kecil saiznya, ini merupakan statistik yang membimbangkan. Jadi tidak dapat dinafikan bahawa memang baik bagi pelajar sekolah di setiap aliran dan tingkatan untuk diperkenalkan dengan Pendidikan Positif. Dalam mengejar arus ekonomi yang pesat, Singapura perlukan kematangan dari segi pemikiran, jiwa dan nilai agar dapat dipandang tinggi oleh mata dunia bukan sahaja dari segi ekonomi, tetapi juga dari segi jati diri rakyatnya. Acknowledgement: This paper was In Partial Fulfillment of the Requirements for the Degree of Master of Education, National Institute of Education - Nanyang Technological University, 2013.

Page 15: KESAN PENDIDIKAN POSITIF TERHADAP PENGUASAAN BAHASA …worldconferences.net/proceedings/glit2015/full paper... · 2017-01-19 · Pendidikan Positif yang merupakan cabang Psikologi

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

167

Rujukan Creswell, John W., (2008). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative

and Qualitative Research. Pearson Education Inc. University of Nebraska-Lincoln Press. Csikszentmihalyi, M., (2002). FLOW: The Classic Work on How to Achieve Happiness, Rider,

United Kingdom Costello,E.Jane, Erkanli, A, Angold, A., (2006). Is there an epidermic of child or adolescent

depression? Journal of Child Psychology and Psychiatry and Allied Disciplines; 47(12), Scorpus Publication:1263-1271.

Dahlsgaard, K., Peterson, C., Seligman, M.E.P., (2005) Shared Virtue: The Convergence of Valued

Human Strengths Across Culture and History, University of Pennsylvania, Educational Publishing Review of General Psychology, Educational Publishing Foundation, Vol. 9, No. 3, 203–213

Gladwell, Malcolm, (2002). The Tipping Point: How Little Things Can Make a Big Difference, Back

Bay, Boston. Gillham, J. E., Brunwasser, S. M., & Freres, D. R. (2008). Preventing depression in early

adolescence: The Penn Resiliency Program. In J. R. Z. Abela & B. L. Hankin (Eds.), Handbook of depression in children and adolescents, (pp. 309 –322). New York, NY: Guilford Press.

Gillham, J.E., Abenavoli, R.M., Brunwasser, S.M., Reivich, K.J. & Seligman, M.E.P.

(2011). Resilience Education. Chapter to appear in I. Boniwell et al. (Eds.) Handbook of Happiness. Oxford University Press.

Havighurst, Robert James, (1952). Human Development and Education, Longmans, New York. Nik Safiah Karim et.al. 2008. Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga), Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala

Lumpur. Paitoon M. Chaiyanara. 2003. Pengenalan Teori Tatabahasa Kasus dan Leksikasus, DeeZed Consult

Singapore; Singapura. Roksana Bibi Abdullah, 2009. Deskripsi Bahasa Dalam Ilmu Linguistik, Multisynchronic Publisher,

Singapura. Seligman, M.E.P, (2003). Authentic Happiness, Nicholas Braley Publishing, London Seligman, M.E.P, (2006). Learned Optimism: How To Change Your Mind and Your Life, Vintage

Books, New York Seligman. M.E.P., (2007). The Optimic Child: A Proven Program To Safeguard Children Against

Depression and Build Lifelong Resilience, Houghton Miflin Company, New York. Seligman, M. E. P., Ernst, R. M., Gillham, J., Reivich, K., & Linkins, M. (2009). Positive education:

Positive psychology and classroom interventions. Oxford Review of Education, 35, 293-311.

Page 16: KESAN PENDIDIKAN POSITIF TERHADAP PENGUASAAN BAHASA …worldconferences.net/proceedings/glit2015/full paper... · 2017-01-19 · Pendidikan Positif yang merupakan cabang Psikologi

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

168

Seligman, M.E. P, (2011). Flourish: A New Understanding of Happiness and Well-Being – and How

to Achieve Them, London, United Kingdom White, M. (2010). Positive education in Geelong Grammar School. Lecture delivered for MAPP

600 class, University of Pennsylvania, Philadelphia, USA. Wood, A., Linley, et al. (2011). Using personal and psychological strengths leads to increases in

well-being over time: A longitudinal study and the development of the strengths use questionnaire, Elsevier, University of Manchester, United Kingdom.

Yeo, Sha-En, (2011). Resilience, Character Strengths and Flourishing:

A Positive Education Workshop for Singapore Teachers, University of Pensylvannia Lelaman Geelong Grammar School: Positive Education, (2 Mac 2010)

http://www.ggs.vic.edu.au/PosEd/Model-of-Positive-Education.aspx Geelong Grammar School: Character Strength Research Summary (2 Mac 2010)

http://media.ggs.vic.edu.au/PDF/posed/CharacterStrengthResearchSummary.pdf Judd, Mary, (16 Oktober 2010). Akhbar Times Union, (29 Mac 2013)

http://www.timesunion.com/living/article/Martin-Seligman-the-father-of-positive-709122.php

Ministry of Education: Speeches: Speech by Mr Heng Swee Keat, Minister for Education, at the 6th

Character and Leadership Education Forum with Dr John Maxwell at the Temasek Convention Centre. 28 Mei 2012, at 9.40pagi, (1 April 2013) http://www.moe.gov.sg/media/speeches/2012/05/28/speech-by-mr-heng-swee-keat-at- 21.php

Ministry of Education: Social Emotional Learning, 29 Mac 2013),

http://www.moe.gov.sg/education/programmes/social-emotional-learning/ Positive Education: An Overview, University of Pensylvannia, (17 Mac 2013)

http://www.authentichappiness.sas.upenn.edu/newsletter.aspx?id=1551 Positive Education at The Peninsula School, (17 Mac 2013),

http://www.tps.vic.edu.au/positive-psychology.html Positive Psychology Center (13 Mac 2013)

http://www.ppc.sas.upenn.edu/ sos.org, Suicide rates in Singapore (2013), Number of Suicides in the Age Group 20-29 Increases by 80% (12 Julai 2013)

https://sos.org.sg/jul2013

Page 17: KESAN PENDIDIKAN POSITIF TERHADAP PENGUASAAN BAHASA …worldconferences.net/proceedings/glit2015/full paper... · 2017-01-19 · Pendidikan Positif yang merupakan cabang Psikologi

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

169

World Life Expectancy, (25 Mac 2013) http://www.worldlifeexpectancy.com/cause-of-death/suicide/by-country/

Yeo, Sha-en, Positive Education: Schools and Teachers. (26 Mac 2013)

http://www.positiveedu.com/schools--teachers.html Yong Chyn Chye : Analisis Kesilapan Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Oleh Pelajar

Asing, 2012. (25 Mac 2013) http://www.ukm.my/ppbl/Gema/GEMA%20vol%2012%20(2)%202012/pp%20667_692.pdf