penerapan nilai berbudi bahasa dalam...

16
Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 598 PENERAPAN NILAI BERBUDI BAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DARI PERSPEKTIF MURID-MURID DARJAH LIMA Juliyah Yaacob Kementerian Pendidikan Singapura [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pemahaman murid-murid mengenai nilai berbudi bahasa dan juga untuk mengenal pasti pengaruh guru terhadap penyerapan nilai berbudi bahasa terhadap murid-murid darjah lima. Seramai 80 orang murid darjah lima diambil sebagai sampel dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik. Data dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian SPSS 20.0 untuk mencari frekuensi, ujian-t, min dan juga peratusan. Data yang berbentuk naratif dianalisis mengikut kod dan tema. Hasil kajian menunjukkan bahawa murid-murid darjah lima ini mempelajari dan memahami nilai berbudi bahasa. Mereka juga ingin menerapkan nilai berbudi bahasa ke dalam kehidupan mereka. Pengajaran guru dalam penerapan nilai berbudi bahasa mempunyai hubungan yang ketara terhadap perkembangan murid-murid darjah lima kerana murid-murid ini mempunyai keinginan untuk menjadi seorang yang berbudi bahasa. Guru merupakan peranan model terhadap perkembangan murid-murid dalam menerapkan nilai berbudi bahasa ini. Walaupun pengaruh guru sebagai peranan model mempunyai hubungan positif yang tidak ketara terhadap penerapan nilai berbudi bahasa ke dalam murid-murid darjah lima, guru mestilah tetap berusaha untuk menerapkan nilai berbudi bahasa ini kerana pengajaran guru mengenai nilai berbudi bahasa ini amat dihargai oleh murid-murid darjah lima. Kata kunci: Pendidikan, Kurikulum Bahasa Melayu, nilai, berbudi bahasa, peranan guru. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pengenalan Penerapan nilai merupakan satu komponen penting di dalam kurikulum bahasa Melayu 2008. Berdasarkan kurikulum ini, penyerapan nilai murni dan budaya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan dan berhemah tinggi. Kepentingan mengenai nilai ini diperkukuhkan lagi dengan pernyataan menteri pendidikan Singapura, Encik Heng Swee Keat yang menggariskan nilai murni sebagai salah satu tunggak utama Kementerian Pendidikan. Dalam ucapan pembukaannya di Seminar Pelan Kerja Kementerian Pendidikan Singapura pada 22 September 2011, Encik Heng menyatakan bahawa S v pencapaian akademik dan memupuk nilai, ia tidak seharusnya menjadi keadaan di mana pilihan harus dibuat dan kita harus berusaha mencapai kedua-duanya. Oleh itu, perkara pertama yang harus dilakukan ialah mengesahkan perlunya pengembangan nilai dan perwatakan dalam sistem pendidikan kita. (Sumber: Berita Harian 23.11.2011) Sekolah juga digalakkan untuk meneroka cara yang lebih baik untuk menyemaikan nilai dalam mata pelajaran Bahasa Ibunda dan sastera agar dapat menjadikan Pendidikan Nasional lebih bermakna kepada setiap murid. S Schools can explore how to better infuse values education in the Mother Tongue Languages and literature lessons, and to make NE cou o] X _ (Sumber: Teks ucapan pembukaan dalam Seminar Pelan Kerja Kementerian Pendidikan Singapura 22.11.2011)

Upload: doannguyet

Post on 02-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENERAPAN NILAI BERBUDI BAHASA DALAM …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 199... · Seminar Pelan Kerja Kementerian Pendidikan Singapura 22.11.2011)

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 598

PENERAPAN NILAI BERBUDI BAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DARI PERSPEKTIF MURID-MURID DARJAH LIMA

Juliyah Yaacob Kementerian Pendidikan Singapura

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pemahaman murid-murid mengenai nilai berbudi bahasa dan juga untuk mengenal pasti pengaruh guru terhadap penyerapan nilai berbudi bahasa terhadap murid-murid darjah lima. Seramai 80 orang murid darjah lima diambil sebagai sampel dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik. Data dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian SPSS 20.0 untuk mencari frekuensi, ujian-t, min dan juga peratusan. Data yang berbentuk naratif dianalisis mengikut kod dan tema. Hasil kajian menunjukkan bahawa murid-murid darjah lima ini mempelajari dan memahami nilai berbudi bahasa. Mereka juga ingin menerapkan nilai berbudi bahasa ke dalam kehidupan mereka. Pengajaran guru dalam penerapan nilai berbudi bahasa mempunyai hubungan yang ketara terhadap perkembangan murid-murid darjah lima kerana murid-murid ini mempunyai keinginan untuk menjadi seorang yang berbudi bahasa. Guru merupakan peranan model terhadap perkembangan murid-murid dalam menerapkan nilai berbudi bahasa ini. Walaupun pengaruh guru sebagai peranan model mempunyai hubungan positif yang tidak ketara terhadap penerapan nilai berbudi bahasa ke dalam murid-murid darjah lima, guru mestilah tetap berusaha untuk menerapkan nilai berbudi bahasa ini kerana pengajaran guru mengenai nilai berbudi bahasa ini amat dihargai oleh murid-murid darjah lima.

Kata kunci: Pendidikan, Kurikulum Bahasa Melayu, nilai, berbudi bahasa, peranan guru.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pengenalan

Penerapan nilai merupakan satu komponen penting di dalam kurikulum bahasa Melayu 2008. Berdasarkan kurikulum ini, penyerapan nilai murni dan budaya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan dan berhemah tinggi. Kepentingan mengenai nilai ini diperkukuhkan lagi dengan pernyataan menteri pendidikan Singapura, Encik Heng Swee Keat yang menggariskan nilai murni sebagai salah satu tunggak utama Kementerian Pendidikan. Dalam ucapan pembukaannya di Seminar Pelan Kerja Kementerian Pendidikan Singapura pada 22 September 2011, Encik Heng menyatakan bahawa

“Antara pencapaian akademik dan memupuk nilai, ia tidak seharusnya menjadi keadaan di mana pilihan harus dibuat dan kita harus berusaha mencapai kedua-duanya. Oleh itu, perkara pertama yang harus dilakukan ialah mengesahkan perlunya pengembangan nilai dan perwatakan dalam sistem pendidikan kita. (Sumber: Berita Harian 23.11.2011)

Sekolah juga digalakkan untuk meneroka cara yang lebih baik untuk menyemaikan nilai dalam mata pelajaran Bahasa Ibunda dan sastera agar dapat menjadikan Pendidikan Nasional lebih bermakna kepada setiap murid.

“Schools can explore how to better infuse values education in the Mother Tongue Languages and literature lessons, and to make NE come alive.” (Sumber: Teks ucapan pembukaan dalam Seminar Pelan Kerja Kementerian Pendidikan Singapura 22.11.2011)

Page 2: PENERAPAN NILAI BERBUDI BAHASA DALAM …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 199... · Seminar Pelan Kerja Kementerian Pendidikan Singapura 22.11.2011)

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 599

Dengan pernyataan ini, maka jelaslah bahawa penerapan nilai ini memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Namun sejauh manakah penerapan nilai ini memberikan kesan yang positif ke dalam murid-murid ketika pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu?

2. Latar Belakang Kajian

Terdapat 16 nilai murni yang telah dikenal pasti di dalam sukatan bahasa Melayu sekolah rendah 2008. Antara nilai murni yang diterapkan ialah jimat cermat, kasih sayang, berdikari, keadilan dan kesetiaan. Namun untuk kajian ini, tumpuan akan diberikan kepada nilai berbudi bahasa. Nilai berbudi bahasa ini dipilih kerana nilai ini amat disanjung tinggi oleh masyarakat Melayu (Muhammad Ariff Ahmad, 1991). Nilai ini dapat dilihat dalam banyak peribahasa, antaranya:

Orang berbudi kita berbahasa

Budi bahasa tidak dijual beli

Berbudi bagai pisang lebat

Kurang budi teraba-raba, tiada ilmu suluh padam.(halaman 43) Pandangan yang sama juga diberikan oleh Aliman Hassan (1991):

“Oleh yang demikian, perkembangan nilai dalam masyarakat Melayu memerlukan penanaman ciri-ciri rohaniah atau batin dan pada keseluruhannya ini bererti mempelajari sindrom konsep sosial dan etika yang tersimpul dalam istilah budi yang meliputi kebaikan, keperibadian, kebijaksanaan, disposisi mental dan kesyukuran." (halaman 53)

Pandangan beliau ini diperkukuh lagi dengan pendapat Profesor Tham Seong Chee yang pada ketika itu pensyarah di Jabatan Pengajian Bahasa Melayu, Universiti Nasional Singapura dalam kajiannya mengenai orang-orang Melayu Malaysia pada tahun 1977:

“Tidak hairanlah bahawa budi pekerti, budi bahasa, pendidikan yang baik serta kebijaksanaan menjadi perkara-perkara yang dititikberatkan dalam keluarga Melayu dan kehidupan sosial orang Melayu. Memanglah menjadi kepercayaan orang Melayu bahawa sesuatu yang baik dan diingini itu ialah budi, iaitu satu pengertian sosial tentang tanggapan yang dianggap unggul mengenai keperibadian yang seharusnya menjadi matlamat setiap orang. ”(sumber: Aliman Hassan, 1991, halaman 53)

3. Pernyataan Masalah

Visi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah 2008 telah ditetapkan sebagai mengenali dan memahami bahasa dan budaya Melayu sebagai sebahagian daripada masyarakat majmuk Singapura. Berdasarkan model kurikulum Bahasa Melayu, budaya merujuk kepada nilai budaya. Budaya diperkenalkan untuk memupuk nilai budaya.

Dengan itu, penekanan dalam visi bahasa Melayu ini bukan sahaja terhadap perkembangan diri setiap individu agar seimbang dari segi akademik dan nilai malah setiap individu itu harus disediakan dengan nilai berbudi bahasa yang tinggi sebagai ahli masyarakat dan negara agar dapat memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat serta negara.

Sebenarnya, pemupukan nilai-nilai murni di Singapura telah bermula sejak tahun 80-an. Menurut Encik Goh Chok Tong pada ketika itu adalah Perdana Menteri Singapura,

Page 3: PENERAPAN NILAI BERBUDI BAHASA DALAM …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 199... · Seminar Pelan Kerja Kementerian Pendidikan Singapura 22.11.2011)

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 600

“Kejayan dari segi kebendaan harus diikuti dengan, atau sekurang-kurangnya membawa kepada pekerti tinggi dan penghargaan terhadap kepentingan bukan ekonomi.” (sumber: Dr. Kamsiah,A. 2002. halaman 35).

Ini membawa maksud bahawa kejayaan ekonomi perlu dilengkapi dengan pembangunan sosial, budaya dan rohani. Selain daripada itu, menurut Dr. Kamsiah A, 2002,

"kedudukan geografi republik ini yang terdedah kepada budaya barat dan timur amatlah mudah untuk rakyat Singapura meresap pengaruh dari luar negara dan menyerap nilai-nilai asing." (halaman 35)

Ini disahkan lagi dengan pernyataan Encik Goh Chok Tong, pada 21 Jan 1996,

“sedang Singapura maju dan lebih terbuka kepada pengaruh budaya dan tren dari luar dan sedang rakyat Singapura melancong ke luar negara dan menyerap nilai-nilai asing, kita sebagai rakyat harus lebih menyedari siapa kita dan asal usul kita.” (Encik Goh Chok Tong, Berita Harian, yang dipetik dari artikel Dr. Kamsiah, 2002, halaman 35 )

Dengan itu penerapan nilai dalam pendidikan dititikberatkan agar setiap murid didedahkan kepada nilai-nilai murni yang dapat membentuk peribadi serta perwatakan mereka. Nilai berbudi bahasa ini merupakan nilai asas yang harus dikuasai dalam kehidupan murid. Untuk memastikan yang nilai budi bahasa ini diterapkan, guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan setiap murid. Seperti yang ditegaskan oleh Nik Azis(1996),

“…guru merupakan faktor yang kritis dalam menentukan kejayaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Tanpa kehadiran guru yang baik dari segi akhlak, intelektual, emosi, kreativiti, motivasi mengajar, kemahiran membimbing dan keterampilan memimpin, pembelajaran bilik darjah akan menjadi kurang berkesan.” (Mohd Uzi,D, 2007. halaman 4)

Tambahan pula, murid-murid gemar meniru sikap dan nilai individu yang mereka sukakan. Sikap ini amat terserah di peringkat sekolah rendah. Ada sesetengah guru yang disukai oleh murid-murid dan mereka akan cuba meniru apa yang dilakukan oleh guru mereka. Pendapat ini juga dinyatakan oleh Ee Ah Meng (1996):

“Kanak-kanak gemar meniru sikap dan nilai individu yang mereka puja. Jaguh sukan dan penyanyi pop biasanya dipuja oleh golongan muda. Setengah-setengah guru juga dipuja oleh muridnya. Oleh itu, sikap dan nilai guru hendaklah berbentuk positif agar murid dapat meniru sesuatu yang baik.” (halaman 290)

Namun, guru-guru juga menghadapi cabaran dalam penerapan nilai. Menurut Habib (1997), yang dipetik dari artikel Mohd Uzi, 2007, cabaran pertama adalah tanggapan yang berbeza tentang nilai berbudi bahasa ini di kalangan guru kerana perbezaan latar belakang seperti agama, budaya, pendidikan dan latar belakang keluarga. Cabaran kedua adalah salah tanggapan mengenai peranan guru. Kebanyakan guru, berpendapat bahawa peranan menerapkan nilai dalam pengajaran adalah tugas guru yang tertentu iaitu guru disiplin. Cabaran yang ketiga pula ialah penekanan kepada kecemerlangan pada peperiksaan yang menyebabkan aspek penerapan nilai ini tidak diberikan keutamaan.

Memandangkan penerapan nilai ini amat dititikberatkan dan telah diberikan penekanan sejak 80-an, namun gejala-gejala sosial masih tetap berlaku. Penerangan yang terperinci mengenai nilai ini juga telah diterapkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu, namun kesan penerapan nilai ini terutama nilai berbudi bahasa, nilai yang merupakan nilai yang asas masih belum dapat dikesan di kalangan murid.

Page 4: PENERAPAN NILAI BERBUDI BAHASA DALAM …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 199... · Seminar Pelan Kerja Kementerian Pendidikan Singapura 22.11.2011)

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 601

4. Definisi Nilai

Untuk memahami nilai dan bagaimana nilai ini dapat diterap dan dibina di dalam pengajaran, perlulah memahami definisi nilai dari perspektif yang lebih luas.

Menurut Hashim Haji Musa, 2008, nilai ialah standard atau ukur tara dan prinsip yang digunakan untuk mempertimbangkan harga (worth) sesuatu benda, perkara, perbuatan, tingkah laku, kejadian dan kelakuan. Iaitu sama ada benar, baik, indah, berguna, diingini ataupun sebaliknya palsu, buruk, tidak diingini, tidak beragama dan dibenci. Nilai tertinggi adalah semua perkara yang membantu pembetukan insan yang beriman, beramal salih dan berakhlak mulia iaitu paling banyak memanfaatkan dirinya dan manusia yang lain; “yang paling sempurna iman seseorang Muslim ialah yang paling baik akhlaknya” (al-Hadith). Maruah sesama insan dihormati kerana setiap mereka berpotensi untuk memperolehi kesempurnaan tersebut. Secara positifnya, sikap ini akan mengelak kezaliman dan diskriminasi berdasarkan warna kulit, keturunan, bangsa dan seumpamanya.

Carr (1991: dirujuk oleh Tan Ai Lee, 1995) mendefinisi nilai sebagai satu kepercayaan yang berkemungkinan melibatkan aspek-aspek dalaman psikologi hidup yang merangkumi bidang kognitif. Penumpuan nilai ialah pada kebaikan - ini merupakan suatu kepercayaan terhadap sesuatu seperti kemesraan, kesepaduan, kejujuran, kemewahan, keamanan dunia, perlindungan terhadap binatang-binatang liar ataupun apa jua, sebagai sesuatu yang sepatutnya diperjuangkan (bukan hanya sekadar wujudnya kebenaran).

Menurut Frankel (1980: dirujuk oleh Abd Rahim Abd Rashid, 2005) pula, nilai ialah konsep. Nilai tidak wujud dalam pengalaman tetapi dalam minda manusia. Nilai menunjukkan kualiti kebaikan (berharga) atau merit yang ditentukan terhadap berbagai-bagai aspek pengalaman mereka. Beliau juga mengatakan bahawa nilai bukannya objek tetapi merupakan satu ukuran tingkah laku, umpamanya baik, cekap dan sopan. Nilai membantu seseorang menentukan sebab atau alasan mengapa seseorang menyukai sesuatu atau sebaliknya. Nilai membantu seseorang menentukan sama ada sesuatu, khususnya berkaitan dengan objek, orang, idea, tingkah laku dan sebagainya itu baik atau tidak baik.

Berdasarkan definisi-definisi di atas ini, maka dapat dirumuskan bahawa nilai merupakan sesuatu yang perlu diterapkan kepada setiap murid agar dapat membantu mereka membuat keputusan yang baik untuk diri mereka sendiri, keluarga dan juga masyarakat. Dengan penerapan nilai di dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu sekurang-kurangnya dapat melengkapkan murid-murid dengan ilmu yang dapat diaplikasi dalam kehidupan yang sebenar dan membantu mereka membuat keputusan yang bijak. Seperti yang diterangkan oleh E.F Schumaker (dirujuk oleh Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, 1994):

"The essence of education... is the transmission of values, but values do not help us to pick our way through life unless they have become our own, a part, so to say, of our mental make up." (halaman 136)

5. Konsep Penerapan Nilai

Penerapan nilai di dalam pembelajaran bahasa Melayu boleh berlaku secara tersurat dan juga tersirat. Pembelajaran secara tersurat ialah pembelajaran di mana guru menyatakan dengan jelas bahawa pengajaran hari ini ialah mengenai nilai tertentu umpamanya nilai berbudi bahasa. Guru akan mencatatkan di dalam objektif bahawa pengajaran kali ini ialah mengenai nilai berbudi bahasa.

Pembelajaran secara tersirat pula ialah pembelajaran di mana guru akan menerapkan nilai di dalam pembelajaran bahasa Melayu secara tidak langsung. Umpamanya guru sedang mengajar kefahaman

Page 5: PENERAPAN NILAI BERBUDI BAHASA DALAM …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 199... · Seminar Pelan Kerja Kementerian Pendidikan Singapura 22.11.2011)

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 602

dan murid-murid dikehendaki membincangkan kefahaman itu secara berkumpulan. Oleh itu, guru akan cuba menyemai nilai berbudi bahasa dalam kerja kumpulan dengan mengingatkan murid-murid supaya berbincang dengan baik agar tidak menyinggung perasaan rakan-rakan mereka ataupun berbual mengikut giliran.

Namun begitu, nilai merupakan sesuatu yang abstrak di mana penerima dapat membuat intepretasi masing-masing. Setiap guru juga mempunyai set nilai mereka sendiri yang mempengaruhi pemahaman, persediaan dan pelaksanaan pengajaran mereka. Set nilai ini berbeza-beza untuk setiap guru. Perbezaan ini adalah kerana beberapa faktor yang mempengaruhi pengajaran nilai di dalam bilik darjah. Faktor-faktor tersebut ialah pelajar, pentadbir sekolah, ibu bapa dan kurikulum. Contohnya di sekolah sekarang, banyak penekanan mengenai Pendidikan Keperibadian dan Kewarganegaraan (CCE), nilai-nilai yang ingin diterapkan bergantung kepada setiap sekolah untuk membuat keputusan. Oleh itu pentadbir sekolah telah pun merancangkan beberapa nilai yang selaras dengan visi sekolah dan CCE. Setiap sekolah juga mempunyai nilai yang berbeza untuk memenuhi visi sekolah masing-masing. Dengan demikian, guru secara tidak langsung harus memenuhi permintaan pentadbir sekolah agar nilai-nilai yang diterapkan itu dilaksanakan.

Satu kerangka model mengenai konsep penerapan nilai telah diketengahkan oleh Mohd Uzi, D. 2007 dalam kajiannya mengenai penerapan nilai dalam pengajaran guru Matematik Sekolah Menengah. Model ini telah dibentuk berdasarkan kerangka konsep yang diutarakan oleh Seah dan Bishop (2010) yang melibatkan kajian buku teks Matematik di Singapura. Di mana nilai-nilai ini diterapkan di dalam pengajaran Matematik.

Kerangka model ini dipilih kerana sesuai dengan pendidikan Singapura di mana faktor-faktor yang melibatkan pihak yang berkepentingan memainkan peranan yang kritikal dalam pelaksanaan program-program di sekolah. Walaupun demikian, kerangka konsep ini tidak mengambil kira faktor-faktor lain seperti keadaan persekitaran dan masa. Kedua-dua faktor ini memainkan peranan penting kerana faktor-faktor ini juga akan mempengaruhi guru dalam pelaksanaan nilai di dalam bilik darjah. Dengan itu, kerangka model ini telah diubahsuai dengan memasukkan kedua-dua faktor yang diterangkan tadi.

Rajah 1: Kerangka konsep penerapan nilai pengajaran guru bahasa Melayu dalam bilik darjah yang telah diubahsuai.

sumber: Mohd Uzi,D, 2007. halaman 12 Rajah 1 ini menggambarkan nilai yang diterapkan di dalam bilik darjah. Ada dua tahap dalam penerapan nilai iaitu tahap pertama ialah peringkat nilai yang wujud dan tahap kedua ialah nilai yang terlaksana. Nilai yang wujud ini akan mempengaruhi guru dalam perancangan guru mengenai nilai, kemudian guru akan mempertimbangkan setiap faktor yang berkepentingan dan cuba menerapkan nilai ini di dalam pengajaran bahasa Melayu. Ini mungkin akan mendatangkan konflik kerana terlalu banyak faktor yang harus difikirkan. Ini akhirnya akan menentukan nilai yang

Page 6: PENERAPAN NILAI BERBUDI BAHASA DALAM …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 199... · Seminar Pelan Kerja Kementerian Pendidikan Singapura 22.11.2011)

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 603

dilaksanakan guru. Terdapat tiga kategori nilai yang akan mempengaruhi guru iaitu nilai pendidikan umum, nilai bahasa Melayu dan nilai pendidikan bahasa Melayu.

Nilai pendidikan umum ialah nilai yang diterapkan dalam pengajaran oleh guru, sekolah, masyarakat atau budaya kepada murid (Seah & Bishop, 2000). Nilai ini bersifat lebih universal seperti nilai moral, sivik, kebangsaan dan keagamaan yang perlu untuk pembinaan budaya dan bangsa.

Nilai bahasa Melayu pula ialah nilai yang berkait rapat dengan aspek epistemologi bahasa Melayu sebagai satu mata pelajaran. Nilai yang diperoleh lebih kepada nilai mengenai tatabahasa Melayu, bagaimana sesuatu perkataan itu terbit dan dari mana asal usul bahasa Melayu. Nilai bahasa Melayu ini penting untuk murid-murid mengenali bahasa Melayu dengan lebih dekat dan untuk memahami bahasa itu sendiri. Ini memudahkan mereka mengenali budaya atau nilai Melayu yang sebenar.

Nilai pendidikan bahasa Melayu pula ialah nilai yang diterapkan melalui amalan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sebagaimana yang disarankan oleh guru, buku-buku teks bahasa Melayu yang digunakan oleh pihak sekolah (Bishop et al. 1999). Contoh, guru menyediakan senarai semak agar murid-murid dapat menyemak semula karangan mereka. Ini merupakan nilai yang guru ingin terapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu iaitu mengamalkan sifat menyemak semula karangan mereka sebelum menghantar kepada guru.

Walau bagaimanapun, di dalam proses guru berinteraksi dengan pelajar, ibu bapa dan pihak pentadbir sekolah, nilai yang ingin diterapkan mungkin akan mempengaruhi guru dalam penerapan nilai di dalam bilik darjah. Guru juga akan melalui konflik di mana kurikulum, masa dan persekitaran juga memainkan peranan dalam penerapan nilai di dalam bilik darjah. Faktor-faktor dari pihak yang berkepentingan dan penumpuan terhadap kurikulum akan mempengaruhi nilai yang sedia ada pada guru dan akhirnya akan mempengaruhi nilai yang ingin dilaksanakan oleh guru. Ini bererti, guru harus membuat keputusan bagaimana nilai harus diterapkan. Guru diberikan kepercayaan penuh untuk memikirkan cara yang terbaik dalam proses pengajaran nilai. Setiap tingkah laku serta tutur kata guru di dalam bilik darjah menggambarkan nilai yang ingin diterapkan.

6. Tujuan Kajian

Kepentingan nilai berbudi bahasa telah lama diketahui oleh para pendidik. Malah banyak promosi telah dijalankan untuk meningkatkan kesedaran mengenai nilai berbudi bahasa kepada masyarakat. Garis pandu mengenai penerapan nilai berbudi bahasa ini juga telah disertakan di dalam kurikulum bahasa Melayu. Namun tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk meneroka dan menjelajahi dengan lebih mendalam mengenai penerapan nilai berbudi bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah murid-murid darjah lima. Tumpuan utama akan diberikan kepada nilai berbudi bahasa yang ditonjolkan oleh para guru dan sejauh manakah penerapan nilai berbudi bahasa ke dalam pengajaran bahasa Melayu ini memberikan kesan kepada murid-murid darjah lima.

6.1. Objektif Kajian

Memandangkan peranan guru amatlah penting dalam penerapan nilai maka tumpuan kajian ini ialah untuk menentukan sejauh manakah keberkesanan penerapan nilai berbudi bahasa dalam pengajaran bahasa Melayu dari perspektif murid-murid darjah lima. Melalui kajian ini, diharapkan objektif-objektif seperti berikut dapat dicapai;

Page 7: PENERAPAN NILAI BERBUDI BAHASA DALAM …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 199... · Seminar Pelan Kerja Kementerian Pendidikan Singapura 22.11.2011)

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 604

1) Untuk mengkaji sejauh mana murid-murid mempelajari dan memahami nilai berbudi bahasa.

2) Untuk mengenal pasti sejauh mana pengaruh guru terhadap penerapan nilai berbudi bahasa ke dalam murid-murid darjah lima.

6.2. Persoalan Kajian

Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, jawapan kepada soalan-soalan berikut akan terjawab;

1) Adakah nilai berbudi bahasa ini diterapkan ke dalam pengajaran bahasa Melayu?

2) Adakah guru merupakan peranan model dalam nilai berbudi bahasa kepada murid-murid darjah lima?

6.3. Hipotesis Kajian

Dalam kajian ini, beberapa hipotesis telah dikemukakan. Pernyataan-pernyataan hipotesis ini dikaitkan dengan soalan-soalan kajian yang dikemukakan.

H1: Pengajaran guru mempunyai satu perhubungan positif yang ketara terhadap penerapan nilai berbudi bahasa ke dalam murid-murid darjah lima.

H2: Pengaruh guru sebagai peranan model mempunyai satu perhubungan positif yang ketara terhadap penerapan nilai berbudi bahasa ke dalam murid-murid darjah lima.

6.4. Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini diharapkan dapat menimbulkan kesedaran kepada para guru tentang keseimbangan antara kognitif dan efektif. Penerapan nilai haruslah dianggap sesuatu yang mustahak agar setiap murid dapat dibentuk secara holistik; seseorang murid itu bukan sahaja bijak tetapi juga berkeperibadian tinggi. Di dalam konteks masyarakat Melayu, seseorang yang berkeperibadian tinggi ataupun tinggi nilai budinya amat diutamakan. Seperti yang terdapat di dalam pantun empat kerat ini.

Burung serindit terbang melayang, Mari hinggap di ranting mati; Bukan ringgit pandangan orang, Pandangan atas budi pekerti. (Mustafa Haji Daud, 1995. halaman 6)

Penerapan nilai berbudi bahasa ini bukan sahaja di dalam pengajaran bahasa Melayu tetapi tingkah laku serta tutur kata guru juga memainkan peranan yang penting. Dengan itu, guru haruslah bijak merancangkan apa yang ingin dicapai.

Kajian ini juga berharap dapat mendedahkan kepada para guru mengenai impak guru sebagai peranan model. Guru memainkan peranan yang penting dalam mencorak masa depan setiap murid. Dengan demikian, peranan guru sebagai peranan model amatlah kritikal kerana setiap tingkah laku serta tutur kata guru akan menjadi contohan kepada murid-murid. Ini dapat dilihat dalam puisi Usman Awang, 1970,

Page 8: PENERAPAN NILAI BERBUDI BAHASA DALAM …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 199... · Seminar Pelan Kerja Kementerian Pendidikan Singapura 22.11.2011)

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 605

Jika hari ini seorang ulama mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa, Sejarahnya dimulakan oleh guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

(sumber: Norbi Husin. 2010. halaman 262)

7. Skop dan Batasan Kajian

Skop kajian ini memberikan penumpuan kepada nilai berbudi bahasa. Nilai yang amat disanjung tinggi oleh masyarakat Melayu. Skop kajian ini juga akan membentangkan persepsi murid-murid darjah lima terhadap penerapan nilai di dalam pengajaran bahasa Melayu. Murid-murid darjah lima ini dipilih kerana mereka mula meningkat remaja dan nilai berbudi bahasa perlu diperkukuhkan.

Namun di dalam kajian ini terdapat beberapa batasan. Batasan pertama ialah mengenai masa. Masa merupakan faktor utama yang perlu dipertimbangkan dalam kajian ini. Memandangkan sekolah ingin menumpukan perhatian mengajar sewaktu kurikulum, masa yang diberikan tidak membenarkan penyelidik untuk memantau soal selidik yang dijalankan. Penyelidik diberikan masa 30 minit untuk menjalankan soal selidik ini kerana pihak pentadbir sekolah amat mementingkan masa kurikulum untuk pengajaran.

Batasan kedua pula ialah mengenai pengendalian soal selidik. Pengendalian soal selidik ini dilakukan oleh guru bahasa Melayu kelas tersebut kerana ketiga-tiga kelas darjah 5 diadakan pada masa yang sama. Penyelidik memberikan penerangan kepada setiap guru dan memantau proses pengendalian melalui berjalan dari satu kelas ke satu kelas yang lain.

8. Kaedah pengumpulan data

Untuk mendapatkan maklumat mengenai kajian ini, kaedah pengumpulan data menggunakan soal selidik telah dijalankan. Kaedah ini dipilih kerana dari segi pentadbiran, kaedah ini lebih mudah dijalankan. Soal-selidik ini juga mudah untuk murid-murid darjah lima lakukan. Dengan ada soal-selidik ini, jawapan yang lebih pasti dan tepat dapat dianalisis untuk mencapai objektif kajian.

Sebuah sekolah dipilih untuk membantu dalam kajian. Sekolah ini mempunyai tiga kelas darjah lima aliran utama yang mengambil bahasa Melayu sebagai bahasa Ibunda. Seramai 80 murid yang terlibat dalam kajian ini.

8.1. Reka Bentuk Kajian

Keseluruhan soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C dan mengandungi 16 soalan. Bahagian A mengandungi 7 soalan yang menilai pandangan responden mengenai keberkesanan pengaruh guru di dalam penerapan nilai berbudi bahasa. Bahagian ini mengambil kira faktor-faktor pengajaran guru yang boleh mempengaruhi murid-murid dalam penerapan nilai berbudi bahasa. Antara faktor-faktor pengajaran yang diterapkan dalam soal selidik ini ialah faktor guru itu sendiri, sama ada guru tersebut merupakan contoh orang yang berbudi bahasa. Begitu juga dalam pengajaran guru tersebut sama ada guru mengadakan ayat-ayat yang mempunyai nilai berbudi bahasa dan sama ada murid-murid memahami nilai berbudi bahasa yang diajar oleh guru. Keprihatinan guru mengenai nilai berbudi bahasa yang diamalkan oleh murid-murid dengan menegur kesilapan murid dan mengingatkan mereka menimbangkan perbuatan yang baik juga

Page 9: PENERAPAN NILAI BERBUDI BAHASA DALAM …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 199... · Seminar Pelan Kerja Kementerian Pendidikan Singapura 22.11.2011)

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 606

diambil kira. Bahagian A ini direka untuk menjawab objektif kajian yang ingin mengenal pasti sejauh mana pengaruh guru terhadap penerapan nilai. Soalan-soalan ini menggunakan skala Linkert yang mengandungi 6 pilihan antara amat tidak setuju kepada amat setuju. Skala Linkert ini dipilih kerana memudahkan murid-murid darjah lima menjawabnya. Enam pilihan ditetapkan agar murid-murid tidak terdorong untuk mengambil pilihan yang lebih neutral dalam soal selidik ini. Sekiranya ramai murid-murid yang mengambil pilihan neutral ini maka soal selidik ini mungkin tidak begitu tepat.

Bahagian B mengandungi empat soalan; soalan 8 hingga 11. Terdapat dua jenis soalan; soalan 8 dan 9 merupakan soalan di mana responden hanya membubuhkan tanda betul () di dalam ruang yang disediakan. Untuk soalan-soalan ini, responden boleh memilih lebih daripada satu jawapan yang mereka rasa sesuai. Pilihan jawapan berbeza; ada enam nilai yang baik dan empat pula nilai yang menunjukkan nilai yang kurang elok. Ini sengaja dilakukan demi untuk memastikan bahawa responden memahami nilai sebenar berbudi bahasa. Soalan 8 tumpuannya kepada guru sementara soalan 9 tumpuannya kepada ibubapa. Soalan itu adalah untuk memenuhi objektif pertama kajian ini iaitu mengkaji sejauh mana murid-murid darjah lima memahami nilai berbudi bahasa. Soalan 10 dan 11 merupakan soalan terbuka di mana soalan 10 memerlukan responden menjelaskan sumber cerita yang mereka ketahui yang mengandungi nilai berbudi bahasa. Soalan 11 pula untuk mengkaji sejauh mana responden ingin menjadi seorang yang berbudi bahasa.

Bahagian C pula mengandungi maklumat peribadi diri responden yang merangkumi jantina, umur, kelas, pekerjaan bapa dan ibu. Demi menghormati responden, bahagian ini tidak diwajibkan ke atas responden. Ada responden yang berasa kurang selesa untuk menulis butiran mereka kerana mereka berasa takut yang guru mereka mengetahui jawapan yang diisikan.

Kesemua soalan yang terkandung dalam soal selidik ini telah disemak oleh seorang profesor dari Institut Pendidikan Nasional / Universiti Technologikal Nanyang (NIE/NTU) dan beberapa perubahan dari segi perkataan dan ayat telah dilakukan atas nasihat beliau. Ayat-ayat untuk soal selidik ini telah dipermudahkan agar murid-murid darjah lima dapat memahami kehendak soalan dengan lebih jelas.

8.2. Analisis Data

Data untuk soalan 1 hingga 9 telah dianalisis menggunakan perisian statistik SPSS 20.0 (Statistical Package for Social Sciences). Jawapan daripada semua responden telah dijumlahkan untuk mendapatkan jumlah skor keseluruhan untuk semua pembolehubah bebas dan bersandar yang terlibat. Jumlah keseluruhan ini kemudian digunakan untuk menganalisis statistik inferens seperti Korelasi Pearson R. Selain daripada itu, pengkaji juga menggunakan perisian ini untuk menganalisis frekuensi, min, nilai-t, dan juga perbandingan antara pembolehubah tertentu.

Data untuk soalan 10 dan 11 telah dianalisis berdasarkan tema dan kod. Memandangkan soalan-soalan ini berbentuk naratif, maka pengkaji telah mengkategorikan jawapan-jawapan yang diberikan oleh responden. Setiap responden telah diberikan kod yang bermula dengan ‘R’. Contohnya responden pertama diberikan kod ‘R1’, respondens kedua diberikan kod R2 dan seterusnya. Dalam kajian ini terdapat kod yang bermula daripada R1 hingga R80

8.3. Sampel Kajian

Secara keseluruhan terdapat 80 responden yang telah menjadi sampel untuk kajian ini. Kesemua responden ini merupakan murid-murid darjah 5. Sebanyak 51.2% murid lelaki dan 48.8% murid perempuan.

Sebanyak 52.5% murid-murid ini berumur 11 tahun pada ketika kajian ini dijalankan sementara 45% murid-murid ini berumur 10 tahun kerana tarikh lahir mereka belum tiba sewaktu kajian dijalankan.

Page 10: PENERAPAN NILAI BERBUDI BAHASA DALAM …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 199... · Seminar Pelan Kerja Kementerian Pendidikan Singapura 22.11.2011)

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 607

Di dalam sampel ini juga terdapat 1.3% pelajar yang berumur 13 tahun di mana pelajar ini merupakan pelajar yang dua kali tidak lulus Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dan 1.3% lagi yang tidak memberikan butiran umur.

Melalui data yang telah dianalisis, didapati kebanyakan pekerjaan bapa responden tergolong dalam kategori perkhidmatan iaitu sebanyak 38.8%. Peratusan ini adalah yang tertinggi jika dibandingkan dengan kategori yang lain. Kebanyakan ibu responden pula merupakan suri rumahtangga di mana sebanyak 43.8% tergolong dalam kategori ini. Sebanyak 22.5% responden tidak tahu pekerjaan bapa mereka. Ini merupakan peratusan yang kedua tertinggi jika dibandingkan dengan kategori-kategori yang lain dan sebanyak 11.3% tidak tahu pekerjaan ibu mereka.

9. Dapatan Kajian

Objektif 1: Untuk mengkaji sejauh mana murid-murid mempelajari dan memahami nilai berbudi bahasa.

Untuk memastikan objektif ini tercapai, pengkaji telah mengetengah dua faktor yang membantu murid-murid mempelajari dan memahami nilai berbudi bahasa iaitu guru dan ibu bapa. Responden dikehendaki menanda makna yang sesuai untuk budi bahasa. Rajah 2 menunjukkan data yang diperolehi daripada responden secara keseluruhan. Responden didapati mempelajari dan memahami nilai berbudi bahasa. Ini dapat dilihat melalui peratusan untuk nilai-nilai baik yang bermaksud berbudi bahasa. Antaranya 92.5% memilih sopan santun, 92.5% memilih baik hati, 93.75% memilih hormat-menghormati, 85% memilih jujur, 92.5% memilih bekerjasama dan 88.75% memilih bersikap bertanggungjawab.

Rajah 2: Makna berbudi bahasa, melalui pengajaran guru

Melalui sudut pengajaran Ibubapa, responden juga didapati mempelajari dan memahami nilai berbudi bahasa ini. Peratusan yang memilih keenam-enam nilai murni ini juga tinggi. Seperti yang tertera di rajah 3; 87.5% memilih sopan santun dan baik hati, 86.25% memilih hormat-menghormati, 81.25% memilih jujur, 73.75% memilih bekerjasama dan 77.5% memilih bersikap tanggungjawab.

Page 11: PENERAPAN NILAI BERBUDI BAHASA DALAM …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 199... · Seminar Pelan Kerja Kementerian Pendidikan Singapura 22.11.2011)

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 608

Rajah 3: Makna berbudi bahasa, melalui pengajaran Ibu bapa

Berdasarkan kedua-dua rajah di atas, sejumlah besar daripada murid-murid ini memilih nilai-nilai yang baik untuk menerangkan yang mereka mempelajari dan memahami nilai berbudi bahasa sama ada melalui pengajaran guru ataupun Ibubapa.

Pernyataan ini diperkukuhkan lagi dengan melihat bilangan murid yang memilih keenam-enam nilai murni yang membawa maksud berbudi bahasa. Melalui Rajah 4, didapati 73.75% murid-murid darjah lima memilih keenam-enam nilai yang murni melalui pengajaran guru sementara 52.5% murid-murid darjah lima memilih keenam-enam nilai yang murni melalui pengajaran Ibubapa. Melalui perbandingan ini, dapat dikatakan bahawa pengajaran guru dalam penerapan nilai berbudi bahasa lebih berkesan daripada ibubapa.

Rajah 4: Peratusan murid-murid yang memilih keenam-enam nilai murni melalui pengajaran guru dan Ibubapa.

Selain daripada mempelajari nilai di sekolah dan rumah, terdapat juga faktor-faktor lain yang membantu murid-murid darjah lima ini mempelajari dan memahami nilai berbudi bahasa. Melalui dapatan soal selidik, didapati 46.67% murid memilih buku sebagai sumber untuk mereka mengetahui atau mempelajari cerita-cerita yang mengandungi nilai berbudi bahasa. Ini diikuti dengan filem dan televisyen sebanyak 36.36%. Data selanjutnya dapat dilihat di Rajah 5. Melalui dapatan ini juga guru dan ibubapa didapati jarang menceritakan kepada murid-murid kisah yang mengandungi nilai berbudi bahasa.

Page 12: PENERAPAN NILAI BERBUDI BAHASA DALAM …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 199... · Seminar Pelan Kerja Kementerian Pendidikan Singapura 22.11.2011)

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 609

Rajah 5: Sumber cerita yang mempunyai nilai berbudi bahasa

Memandangkan murid-murid darjah lima ini telah mempelajari dan memahami nilai berbudi bahasa, namun soalan selanjutnya adakah murid-murid ini ingin menjadi seorang yang berbudi bahasa? Dapatan dari kajian ini menunjukkan murid-murid darjah lima ini mempunyai keinginan yang tinggi untuk menjadi seorang yang berbudi bahasa. Faktor yang mendorong keinginan mereka adalah diri mereka sendiri. Melalui Rajah 6, 42.31% murid-murid darjah lima didapati memilih diri sendiri sebagai pendorong utama untuk mengamalkan nilai berbudi bahasa. 18.27% daripada murid-murid darjah lima pula memilih guru sebagai pendorong utama untuk mengamalkan nilai berbudi bahasa.

Rajah 6: Pendorong untuk menjadi seorang yang berbudi bahasa

Antara contoh-contoh yang menunjukkan yang mereka benar-benar ingin menjadi seorang yang berbudi bahasa dan mengamalkan nilai berbudi bahasa ialah seperti berikut;

Responden 26: saya hendak menjadi seorang yang berbudi bahasa Responden 68: saya ingin bercakap dengan baik Responden 53: Saya hendak menjadi orang yang baik. Melalui dapatan di atas, murid-murid darjah lima ini didapati menggunakan perkataan saya sebagai dorongan utama dalam mengamalkan nilai berbudi bahasa ini.

Kesimpulan untuk objektif pertama kajian ini ialah murid-murid darjah lima didapati mempelajari dan memahami nilai berbudi bahasa sama ada melalui pengajaran guru ataupun ibu bapa. Selain daripada itu, murid-murid ini juga mempelajari dan memahami nilai berbudi bahasa melalui cerita-cerita yang dibaca ataupun menonton televisyen. Mereka juga mempunyai keinginan untuk menjadi seorang yang berbudi bahasa dan keinginan ini adalah di atas dorongan diri mereka sendiri yang ingin memperbaik diri dengan menjadi seorang yang berbudi bahasa.

Page 13: PENERAPAN NILAI BERBUDI BAHASA DALAM …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 199... · Seminar Pelan Kerja Kementerian Pendidikan Singapura 22.11.2011)

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 610

Objektif 2: Untuk mengenal pasti sejauh mana pengaruh guru terhadap penerapan nilai budi bahasa ke dalam murid-murid darjah lima.

Rajah 7 ini menerangkan pengaruh guru terhadap penerapan nilai berbudi bahasa ke dalam murid-murid darjah lima. Memandangkan skala Linkert ini menggunakan skala 6, maka secara purata didapati pengaruh guru terhadap penerapan nilai ke dalam murid-murid darjah lima amat baik. Kesemua butiran didapati memperolehi min yang amat tinggi antara 5.01 dan 5.66.

Rajah 7: Pengaruh guru terhadap penerapan nilai Rajah 8 di bawah ini pula membandingkan ukuran min antara murid lelaki dan perempuan. Perbandingan ini ingin melihat sejauh mana pengaruh guru terhadap penerapan nilai terhadap murid lelaki dan perempuan. Melalui rajah ini didapati pengaruh guru terhadap murid perempuan lebih tinggi daripada murid lelaki.

Rajah 8: Perbandingan antara lelaki dan perempuan dalam menentukan keberkesanan pengaruh guru dalam penerapan nilai.

Walau bagaimanapun perbezaan pengaruh guru terhadap penerapan nilai berbudi bahasa di antara murid lelaki dan perempuan tidak begitu ketara kecuali untuk pernyataan yang pertama di mana guru merupakan contoh yang berbudi bahasa. Pernyataan ini menunjukkan perbezaan yang ketara di mana murid-murid perempuan lebih setuju dengan pernyataan ini. Perbezaan ini dinilai melalui nilai-t. Butiran-butiran ini tertera di Rajah 9.

Berdasarkan ukuran min

Page 14: PENERAPAN NILAI BERBUDI BAHASA DALAM …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 199... · Seminar Pelan Kerja Kementerian Pendidikan Singapura 22.11.2011)

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 611

*p<0.1

Rajah 9: Perbezaan ketara antara murid lelaki dan perempuan dalam menentukan pengaruh guru terhadap penerapan nilai.

Kesimpulan melalui data ini menunjukkan pengaruh guru terhadap penerapan nilai berbudi bahasa amat tinggi kerana nilai min untuk kesemua pernyataan mencapai 5 ke atas di mana jumlah skala tersebut adalah 6. Perbandingan antara pengaruh guru terhadap murid lelaki dan perempuan pula menunjukkan bahawa murid perempuan lebih terpengaruh dengan pengajaran guru mengenai nilai berbudi bahasa. Perbezaan ini amat ketara untuk pernyataan; guru saya adalah contoh orang yang berbudi bahasa.

9.1. Persoalan Kajian

Persoalan 1: Adakah nilai berbudi bahasa ini diterapkan ke dalam pengajaran bahasa Melayu?

Ya, nilai berbudi bahasa ini diterapkan ke dalam pengajaran bahasa Melayu. Ramai murid yang menyatakan yang mereka amat setuju bahawa nilai berbudi bahasa ini telah diterapkan ke dalam pengajaran bahasa Melayu. Di mana 42.5% menyatakan yang mereka amat setuju dengan penyataan nombor 3 iaitu saya memahami tentang nilai berbudi bahasa yang diterapkan oleh guru dalam setiap waktu pengajaran dan 47.5% amat setuju dengan dengan penyataan nombor 2 iaitu guru saya memasukkan ayat-ayat yang berunsurkan nilai berbudi bahasa dalam pengajarannya.

Persoalan 2: Adakah guru merupakan peranan model dalam nilai berbudi bahasa kepada murid-murid darjah lima?

Ya, melalui data yang didapati 73.75% murid-murid darjah lima amat setuju dengan penyataan nombor 1 iaitu guru saya adalah contoh orang yang berbudi bahasa. 18.75% setuju dan 7.5% agak setuju dengan pernyataan tadi.

9.2. Hipotesis Kajian

Hipotesis 1: Pengajaran guru mempunyai satu perhubungan yang ketara terhadap penerapan nilai berbudi bahasa ke dalam murid-murid darjah 5.

Hasil kajian menunjukkan wujudnya perhubungan yang positif antara penerapan nilai berbudi bahasa dengan pengajaran guru. Penerapan nilai berbudi bahasa ini juga mempunyai hubungan yang ketara di mana koefisien korelasi adalah 0.03 (p=0.05). Ini bermakna hipotesis kajian ini disokong.

Page 15: PENERAPAN NILAI BERBUDI BAHASA DALAM …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 199... · Seminar Pelan Kerja Kementerian Pendidikan Singapura 22.11.2011)

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 612

Hipotesis 2: Pengaruh guru sebagai peranan model mempunyai hubungan positif yang ketara terhadap penerapan nilai berbudi bahasa ke dalam murid-murid darjah lima.

Hasil kajian menunjukkan ada hubungan positif di antara pengaruh guru sebagai peranan model terhadap penerapan nilai berbudi bahasa ke dalam murid-murid darjah lima. Namun hubungan ini tidak ketara di mana koefisien korelasinya adalah 0.06 (p=0.05). Ini bermakna hipotesis ini tidak dapat disokong.

10. Kesimpulan

Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa pengajaran guru mengenai nilai berbudi bahasa amat penting kerana murid-murid darjah ini amat mempercayai segala nilai yang baik yang diajar guru kerana mereka ingin menjadi orang yang berbudi bahasa. Mereka sentiasa menganggap guru sebagai peranan model dan merasakan apa yang dinasihati, ditutur cara dan dilakukan oleh guru adalah tepat dan betul. Walaupun pengaruh guru sebagai peranan model terhadap penerapan nilai berbudi bahasa ke dalam murid-murid darjah lima ini tidak ketara; ini bukan bermaksud bahawa guru tidak memainkan peranan yang penting. Dapatan kajian ini menunjukkan keinginan murid-murid darjah lima untuk menjadi seorang yang berbudi bahasa datang daripada diri mereka sendiri. Ini merupakan dorongan utama mereka untuk menjadi seorang yang mempunyai nilai berbudi bahasa. Oleh itu, mereka amat menghargai pengajaran nilai berbudi bahasa yang diterapkan ke dalam pengajaran bahasa Melayu.

Oleh itu, guru haruslah berusaha untuk memastikan nilai berbudi bahasa ini diterapkan ke dalam murid-murid di sekolah rendah agar nilai berbudi bahasa yang diperoleh ini dapat menjadi akar yang kuat untuk menyokong murid-murid ini kelak sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah. Sekiranya akarnya tidak kuat, maka mudahlah murid-murid ini tumbang ditiup angin.

Nilai dan budaya merupakan pasangan yang tidak dapat dipisahkan. Selain daripada nilai, guru juga haruslah menerapkan unsur-unsur budaya agar murid-murid kita lebih sedar akan budaya kita yang kaya dengan nilai-nilai berbudi bahasa. Pendapat ini diperkukuhkan lagi dengan penyataan Dr Kamsiah, 2002, yang menyatakan bahawa;

"Sebagai pendidik kita haruslah bersedia menjadi mediator budaya atau penunjang kukuh budaya Melayu. Di samping mempertahan budaya tradisi yang baik dan murni dari terhakis, luntur ataupun terbuang, guru-guru juga berperanan dalam mengekang dan menapis gejala-gejala buruk daripada menyusup atau menyerap ke dalam budaya yang murni ini".

(halaman 52) Untuk menjadi mediator budaya, guru perlu memainkan peranan yang lebih aktif dan faktor ini boleh dipertimbangkan untuk kajian selanjutnya di mana beberapa cadangan boleh diutarakan untuk mendorong guru menjadi peranan model yang lebih ketara dalam penerapan nilai dan budaya.

Page 16: PENERAPAN NILAI BERBUDI BAHASA DALAM …worldconferences.net/proceedings/gse2014/toc/papers_gse2014/G 199... · Seminar Pelan Kerja Kementerian Pendidikan Singapura 22.11.2011)

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),

4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 613

Rujukan

Ab. Rahman Bin Mahmud & Amidin Bin Zin. Amalan Nilai Murni Di Kalangan Pelajar: Satu Kajian di Terengganu Darul Iman. Dimuat turun pada 2 Februari 2012 dari http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2003/abrahmanMPKTkk.pdf

Abd. Rahim Abd. Rashid. (1993). Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum. DBP. Selangor.

Abdul Rahim Bin Hamdan & Azharul Nizam Bin Zahari. (2010). Konsep Pendidikan Bersepadu Serta Penerapan Nilai-nilai Murni dalam Pengajaran Matematik Menengah Rendah. Dimuat turun pada 2 Februari 2012, dari http://eprints.utm.my/10466/1/Konsep_Pendidikan_Bersepadu_Serta_Penerapan_Nilai.pdf

Ah Meng. E. 1996. Murid dan proses pembelajaran asas pendidikan 2. Fajar Bakti. Shah Alam.

Ai Lee Tan. 1995. Faktor-faktor yang mempengaruhi penerapan nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar. Tesis ijazah Sarjana Sains (Pengurusan). Universiti Utara Malaysia.

Aliman Hassan. 1991. Dinamika Budaya. Kebudayaan, Sistem Nilai dan Etika Sosial Orang-orang Melayu Singapura Dahulu dan Masa Kini. Majlis Bahasa Melayu Singapura. Singapura. 49 – 60

Awang Sariyan. 2004. Teras pendidikan bahasa Melayu asas pegangan guru. PTS publication Sdn Bhd. Pahang.

Hashim Haji Musa. 2008. Hati budi Melayu pengukuhan menghadapi cabaran abad ke-21. Universiti Putra Malaysia. Selangor

Kamsiah Abdullah. 2002. Rangkai penelitian: Bahasa dan pemikiran. Majlis Bahasa Melayu Singapura. Singapura.

Mohd Uzi Bin Dollah. 2007. Penerapan nilai dalam pengajaran guru matematik sekolah menengah. satu kajian kes. Universiti Sains Malaysia.

Muhammad Arif Ahmad. 1991. Dinamika Budaya. Nilai Hidup Masyarakat Singapura. Majlis Bahasa Melayu Singapura. Singapura. 33- 48

Mustafa Haji Daud. 1995. Budi bahasa dalam Tamadun Islam. DBP. KL

Nor Azizah Salleh. Siti Rahaya Ariffin. Musa Daia. 2001. Jurnal Pendidikan. Penerapan Nilai Murni Melalui pembelajaran Kooperatif. (27) 47 -57.

Norbi Husin. 2010. Gurukah aku atau...?. Print-AD Sdn Bhd. KL.

Reduan Bin Ibrahim. 2009. Nilai budaya dalam kurikulum bahasa Melayu: Dari perspektif golongan masyarakat yang berkepentingan. Disertasi untuk Sarjana Muda. Institute Pendidikan Nasional, Universiti Technology Nanyang.

Wan Mohd Zahid Mohd Nordin. 1994. Ke arah pelaksanaan nilai-nilai murni dalam KBSM. Reformasi Pendidikan dalam menghadapi cabaran 2020. Nurin Enterprise. Kuala Lumpur. 131- 142

Yahya Buntat & Rozita Sanapi. (2003). Jurnal Teknologi. Tahap penghayatan nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar sarjana muda teknologi serta pendidikan semasa menjalankan kerja amali bengkel. 39(E). 63-76. Universiti Teknologi Malaysia.