personaliti jenama halal memupuk peradaban...
TRANSCRIPT
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized by https://worldconferences.net Page 45
PERSONALITI JENAMA HALAL MEMUPUK PERADABAN ALAF BARU:
SATU ANALISIS AWAL
Fazilah Idris
Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor.
Khairul Anwar Mastor
Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor.
Fariza Md. Sham
Pusat Strategi, Bangunan Canselori UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi,
Selangor.
Nurliana Mohd. Hassan
Institut Islam Hadhari, Kompleks Tun Abdullah Mohd. Salleh, Universiti Kebangsaan
Malaysia, 43600, Bangi, Selangor.
ABSTRAK
Gagasan pemikiran generasi alaf baru mula berubah sejak tahun 2000. Era internet mula
bercambah dan jaringan industri terus mengorak langkah. Jenama halal semakin diperkatakan
di peringkat pasaran tetapi sehingga kini penerapan nilai melalui konsep halalan toyyiban
belum berjaya dipupuk dengan baik. Generasi muda seakan semakin jauh daripada syariat
sebaliknya kian kerap menghampiri maksiat. Ada yang menyifatkan ia berpunca daripada
keruntuhan adab akibat kekeliruan ilmu dan ketidaksahan pemimpin. Oleh yang demikian,
kajian ini akan mengenengahkan aspek personaliti jenama halal daripada perspektif sarjana
yang berbeza. Selain daripada itu, kajian ini juga akan memperjelaskan hikmah-hikmah
disebalik suruhan dan larangan Allah Subhanahuwa Taala. Kajian yang menggunakan analisis
dokumen ini turut mengutarakan perkaitan signifikan antara hujah-hujah yang dibahaskan agar
dapat mengusulkan solusi yang boleh diterima pakai oleh masyarakat Malaysia umumnya dan
umat Islam, khususnya. Persoalan iman melalui kebersihan, kesihatan dan keselamatan yang
menjadi cara untuk menjauhkan diri daripada perkara syubhah dan haram akan dapat dirungkai.
Malah, kupasan hadis berkaitan halal dan haram dapat memberi gambaran betapa Rasulullah
sallallahualaihi wasallam sentiasa berdoa agar dikurniakan hati yang bersih.
Bidang Kajian : Jenama Halal, Peradaban Alaf Baru, Analisis Dokumen
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized by https://worldconferences.net Page 46
PENGENALAN
Personaliti individu yang beragama Islam terbina daripada rukun-rukun asas yang
menjadi satu sistem kepercayaan untuk melengkapi kehidupan umat manusia. Secara
harfiahnya, Islam adalah agama fitrah yang membawa pengertian selamat, sejahtera dan suci.
Malah ia bersifat rabbani daripada segi sumber dan matlamat, syumul serta memenuhi
keperluan manusia sejagat (Fariza et al., 2013). Maka seharusnya penekanan dan tumpuan
diberikan terhadap usaha menjaga kemaslahatan umat menerusi kajian-kajian khusus, kuliah
dan program-program yang bersifat mendidik. Hal ini kerana, maksud Islam tidak akan dapat
dizahirkan dengan baik sekiranya konsep-konsep seperti tauhid, syariah, akhlak, feqah,
ibadah, tasawuf dan lain-lain tidak dihayati seterusnya diamalkan oleh setiap individu Muslim
(Khairul Anwar, 2009).
Mendepani cabaran globalisasi mewujudkan suasana pekerjaan yang memberi saingan
hebat malah setiap urusan menuntut kepantasan, kecekapan dan ketepatan. Dewasa ini,
pelbagai implikasi dapat diperhatikan berlaku dalam segenap lapisan masyarakat termasuk
yang memberi impak positif dan negatif. Demi mewujudkan persaingan yang sihat dalam
kalangan pemain industri selaku sumber modal insan yang mampan, pembentukan pemikiran
melalui penerapan nilai yang betul adalah sangat penting (Zakaria, 2017). Tentunya, ia bermula
daripada peringkat asas iaitu daripada rumah yang terdiri daripada ayah, ibu, abang, kakak,
datuk, nenek, pakcik dan makcik sebagai entiti utama sesebuah institusi keluarga.
Sesungguhnya, personaliti atau keperibadian individu adalah hasil didikan dan pengaruh ahli
keluarga yang menjadi agen pemuafakatan ummah. Sekaligus, memberi impak terhadap
pemikiran, watak dan peranan mereka dalam sesebuah masyarakat yang pelbagai sebagaimana
yang disebutkan oleh Prof. Madya Dr. Fazilah Idris menerusi buku bertajuk Personaliti dan
Pembangunan Insan.
Apabila membincangkan tentang halal, kita tidak dapat lari daripada apa yang
terkandung dalam maqasid al-syariah. Indeks syariah yang telah diusahakan oleh pihak
kerajaan jelas menunjukkan penghayatan tauhid, pematuhan syariah, pemeliharaan maslahah
dan semangat perlembagaan persekutuan sebagai teras utama tadbir urus syariah (Sharifah
Hayaati, 2017). Manakala prinsip utama tadbir urus syariah seperti yang telah digariskan
adalah amanah, ihsan, syura, hikmah dan syaja’ah iaitu keberanian yang berlandaskan
kebenaran (Zakaria, 2017). Hasil aplikasi nilai melalui gabungjalin peranan warga institusi,
pengurusan prestasi organisasi dan amalan terbaik mampu memastikan kelancaran dan
keberkesanan tadbir urus yang berintegriti tinggi. Berdasarkan garis panduan tadbir urus
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized by https://worldconferences.net Page 47
syariah, amalan terbaik yang boleh digunapakai dalam pelbagai aspek termasuk keberkesanan
lembaga dan pengurusan tertinggi, pengurusan dan kawalan sumber, tadbir urus perolehan,
kawalan dalaman dan pengurusan risiko. Namun, apakah nilai terbaik yang perlu diterapkan
kepada setiap peringkat tertentu itu?
KAJIAN KEPUSTAKAAN
HALALAN TOYYIBAN
Perkataan halal yang berasal daripada bahasa Arab membawa pengertian yang sangat
mendalam kepada umat Islam. Ia didefinisikan sebagai suatu perkara yang diharuskan yang
telah gugur daripanya ikatan haram dan syariat membenarkan perbuatannya (Yusuf Qardhawi,
2016). Dalam ertikata lain, ia bermaksud ‘dibenarkan’ dan dilazimi sebagai halalan toyyiban
yang memberi gambaran dibenarkan kerana kebaikannya (Mastura, 2016). Fokus terhadap
produk halalan toyyiban melibatkan banyak pihak. Walaubagaimanapun, penekanan kepada
aspek modal insan masih belum cukup membuktikan tahap keseriusan kita untuk memastikan
kemampanan produk halalan toyyiban. Pastinya ia perlu melibatkan usaha pembekalan nilai
dan kemahiran tertentu agar ahli masyarakat berupaya berfungsi dan menyumbang kepada
industri halal yang pastinya menjadi penentu kepada kesejahteraan ummah.
Kitab Al-Quran yang menjadi rujukan utama umat Islam banyak merakamkan perihal
halal. Antaranya adalah seperti dalam surah al-A’raf ayat 157, Allah subhanahuwa Taala
berfirman:
لذين ٱ سول ٱي تبعون يٱلنبيٱلر م فيۥي جدون هلذيٱلأ همأ توباعند كأ ىةٱم ر نجيلٱو لتوأ مرهمبي لأروفٱأأ عأ م
لأ
ن ع ه ىهمأ ي نأ منك رٱو ل هملأ يحل تٱو هملطيب ل يأ مع ر يح ئث ٱو ب خ و لأ همأ ر إصأ همأ نأ عع ي ض ل ٱو ل لتيٱلأ غأ ان تأ ك
ف همأ ل يأ نوابهلذين ٱع ام روهو ۦء ن ص روهو ز ع هلذيٱلنور ٱتب عواٱو ع م همۥأنزل ئك لحون ٱأول مفأ لأ
Maksudnya:
…dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada
mereka segala benda yang buruk….
Allah subhanahuwa Taala berfirman lagi dalam surah al-Baqarah ayat 173:
كم ل يأ ع م ر اح ت ة ٱإنم يأ م م ٱو لأ لد م ل حأ خنزيرٱو بهلأ أهل ا م رۦو يأ هٱلغ نلل طرٱف م ضأ ه ل يأ ع م
إثأ ادف ل ع ل ب اغو ر يأ غ
حيم لل ٱإن فورر غ
Maksudnya:
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized by https://worldconferences.net Page 48
Sesungguhnya Allah subhanahuwa Taala mengharamkan kepadamu darah dan daging
khinzir.
Dan dalam surah al-Ma’idah ayat 3:
كم ل يأ ع تأ م ت ةٱحر يأ م ملدمٱو لأ ل حأ خنزيرٱو رلأ يأ لغ أهل ا م ٱو نق ةٱو ۦبهلل خ منأ ةٱو لأ قوذ وأ م
مت ر ٱو لأ ي ةلأ ةٱو د لنطيح
ل أ ك ا م بعٱو ل ىلس ع اذبح م و تمأ يأ ك اذ م سموابلنصبٱإل ت قأ أ نت سأ مٱو ل لأ زأ ق فسأ لكمأ م ٱذ ي وألأ ف روالذين ٱي ئس ك
و همأ وأ ش ت خأ ف ل نٱمندينكمأ وأ ش م ٱخأ ي وأضيتل كملأ ر تيو م نعأ كمأ ل يأ تع مأ م أ تأ و دين كمأ تل كمأ
لأ م م ٱأ كأل سأ نلأ ف م
دينا
طرٱ فيضأ مف إن ثأ انفل مت ج ر يأ ةغ م ص خأ حيملل ٱم فورر غ
Maksudnya:
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, darah, daging khinzir, dan binatang-
binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah subhanahuwa Taala, dan
yang mati tercekik, mati dipukul, mati jatuh, mati ditanduk dan yang mati dimakan
binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama
berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasi dengan anak panah. Yang demikian itu
adalah perbuatan fasik.
Selain daripada itu, dalam surah al-An’am ayat 145, Allah subhanahuwa Taala
mengulanginya dengan menyatakan seperti berikut:
مهقلل ع ل ىط اعمي طأ ماع ر مح إل ي أوحي ا خنزيرف إنهۥأ جدفيم م ل حأ فوحاأ وأ سأ مام د ت ةأ وأ يأ م أ ني كون ۥإل
ر يأ لغ قاأهل فسأ أ وأ س ٱرجأ نۦبهلل طرٱف م ادف إنضأ ع ل ب اغو ر يأ حيمغ فورر غ بك ر
Maksudnya:
Katakanlah, “Aku tidak dapati dalam apa yang sudah diwahikan kepadaku, sesuatu
yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan jikalau benda itu
bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging khinzir kerana sesungguhnya ia adalah
kotor, atau dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama selain
daripada Allah subhanahuwa Taala. Kemudian sesiapa yang terpaksa sedang ia tidak
mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Dalam ayat tersebut, Allah subhanahuwa Taala menyifatkan khinzir sebagai rijsun yakni
haiwan yang kotor dan keji yang perlu dijauhi oleh akal yang sihat dan mampu berfikir. Segala
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized by https://worldconferences.net Page 49
yang berbau busuk, tahi dan segala kekotoran disebut rijsun kerana kotor dan najis. Imam at-
Tabari pula menafsirkan rijsun sebagai khinzir kerana ia kotor dan najis (Samhani, 2017).
Kamus Besar Bahasa Arab-Melayu Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur
(2006) memberikan maksud ar-rijsu sebagai kekotoran, benda-benda yang kotor, perlakuan
yang buruk, perkara yang haram, laknat, kekufuran, seksaan dan godaan syaitan. Kerana itu,
sekiranya tersentuh secara tidak sengaja, tangan atau apa-apa yang terkena khinzir itu perlulah
disucikan dengan tujuh kali basuhan iaitu satu kali daripadanya dengan tanah termasuk doktor
veterinar yang perlu memakai sarung tangan ketika berurusan dengan haiwan itu.
Malah Imam al-Bukhari dan Muslim pernah merekodkan bahawa Rasulullah
sallallahualaihi wasalam menyatakan:
‘Sesungguhnya Allah subhanahuwa Taala mengharamkan jual beli arak, bangkai,
khinzir dan berhala.’
Manakala Imam al-Bukhari, Muslim dan Ashabus Sunan turut merekodkan seperti berikut:
Daripada Jabir bin Abdullah, beliau mendengar Rasulullah sallallahualaihi wasalam
menyatakan pada tahun penaklukan Makkah. Pada waktu itu beliau berada di Makkah,
sesungguhnya Allah mengharamkan jual beli arak, bangkai, khinzir dan patung berhala.
“Lalu ada yang bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah boleh (menjual) lemak bangkai,
kerana ia dapat digunakan bagi mengecat parahu dan meminyaki kulit serta berguna
sebagai bahan bakar lampu? Maka Baginda menjawab, “Tidak boleh, ia tetap haram.”
Kemudian, Rasulullah sallallahualaihi wasalam menyambung lagi,
“Semoga Allah memusnahkan orang Yahudi. Sungguh Allah mengharamkan
lemaknya. Lalu mereka ubah bentuknya menjadi minyak kemudian menjualnya dan
memakan hasil penjualannya.”
Khalifah Umar al-Khattab radhiallahuanhu pula pernah berkata dengan tegas dalam kitab
Musannaf jilid VI bahawa “Allah subhanahuwa Taala mengutuk Samurah bin Jundub iaitu
pegawai kami di Iraq kerana telah mencampurkan harga arak dan khinzir ke dalam belanjawan
hak orang Islam. Arak dan khinzir adalah haram. Hasilnya juga adalah haram. Tambah
Khalifah Umar lagi dalam Sunan al-Baihaqi 6/14:
Tidak halal berjual beli sesuatu yang tidak dihalalkan memakan dan
meminumnya.
Khalifah Umar juga pernah mengirimkan surat kepada pemerintah-pemerintah daerah yang
mengandungi penyataan seperti berikut:
Jangan ada seekor khinzir yang berdekatan dengan kamu, jangan ada orang-orang
Nasrani di antara kamu yang menegakkan salib-salibnya, dan jangan menghadiri
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized by https://worldconferences.net Page 50
jamuan makan yang dalamnya ada orang yang minum arak. Berlatihlah menunggang
kuda dan belajarlah memanah.
Maka perintah tersebut telah disepakati lalu mereka melarang penternakan khinzir dalam
Negara Islam. Ini adalah kerana khinzir adalah najis yang tidak mungkin dapat disucikan.
Justeru, jual beli najis samada yang telah diproses atau tidak adalah haram.
Pengharaman khinzir bukan setakat daripada aspek makanan, minuman dan
penggunaan, malahan ia termasuk sentuhan, ternakan, jual beli atau apa sahaja yang berkaitan
dengan khinzir samada mentah atau dimasak, yang disembelih secara syarie atau tidak, apatah
lagi untuk kegunaan peralatan seperti penyapu, tali pinggang dan sebagainya walaupun
disamak. Ulamak dalam Mazhab Syafie bersetuju mengatakan penggunaan khinzir sebagai
ubat adalah haram kerana tiada ubat pada benda-benda najis. Sekaligus, ia menjadi pegangan
kebanyakan umat Islam di Malaysia.
PEMBEKALAN NILAI HALALAN TOYYIBAN DALAM KONTEKS
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Di Malaysia, proses pembekalan nilai untuk membentuk norma sebagaimana yang telah
diselaraskan oleh perlembagaan persekutuan diimplementasikan menerusi sistem pendidikan.
Ia merupakan satu proses mendidik, melatih, mengajar dan menyampaikan ilmu berdasarkan
hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menggagaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan secara jelas seperti berikut:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat di dalam Negara.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011
Menurut kajian Nurul Amali bin Mohd. Shamsudin (2016), sejak tahun 1975 lagi pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi banyak tumpuan kepada larangan meminum
minuman keras atau yang memabukkan oleh para pelajar dalam kawasan sekolah. Dengan
merujuk kepada ‘Perkara-Perkara Tatatertib Yang Dianggap Berat’ melalui surat pekeliling
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized by https://worldconferences.net Page 51
ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia bil. 9/1975 bertajuk Disiplin Sekolah: Peraturan-
Peraturan Sekolah Untuk Murid-Murid. Ia dikategorikan sebagai pelanggaran disiplin dan
boleh dikenakan tindakan disiplin yang berat oleh pihak sekolah. Pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia telah melaksanakan beberapa pendekatan untuk mengawal kesalahan ini daripada
terus berlaku. Dua pendekatan tersebut adalah:
i) Pendekatan pengajaran dan pembelajaran
Melalui pendekatan ini, para pelajar didedahkan dengan pelbagai kesan dan aspek negatif
tentang gejala meminum minuman keras yang lebih dikenali sebagai arak. Pendedahan kepada
pelajar berkaitan pengharaman arak atau minuman yang memabukkan dan perbuatan
meminum arak sebagai dosa besar yang menjadi kemurkaan Allah subhanahuwa Taala
dilaksanakan dalam skop kurikulum sekolah.
Firman Allah subhanahuwa Taala yang bermaksud:
أ يه ا الذين ٱي اإنم نو ام رٱء مأ خ سرٱو لأ يأ م ابٱو لأ مٱو لأ نص ل للأ زأ م ع نأ سم نٱرجأ ط يأ ت نبوهٱف لش لحون جأ تفأ لكمأ ل ع
Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan
mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada
perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Surah al-Maaidah 5:90
Berdasarkan firman tersebut, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah memberi
penekanan dalam bab akidah melalui tajuk ‘Dosa Besar dan Dosa Kecil’ serta dalam bab ibadah
melalui tajuk ‘Bersuci Daripada Najis’. Seterusnya, penekanan Kurikulum Baru Sekolah
Menengah (KBSM) adalah dalam bab hadis melalui tajuk ‘Hindarkan Makanan Haram’, bab
akidah melalui tajuk ‘Beriman Dengan Hari Akhirat’ serta ‘Dosa-Dosa Besar Yang
Merosakkan Iman’ dan dalam bab adab dan akhlak Islamiah melalui tajuk ‘Adab Menjaga Diri
dan Maruah’ juga ‘Adab Berjual Beli’. Kesemua tajuk-tajuk tersebut terkandung dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam.
Manakala dalam mata pelajaran Pendidikan Moral, penekanan dan tumpuan adalah
berkaitan kesan buruk pengambilan arak terhadap nilai diri, maruah dan nama baik keluarga
melalui tajuk ‘Tanggungjawab Terhadap Keluarga’.
ii) Pendekatan penguatkuasaan disiplin pelajar
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized by https://worldconferences.net Page 52
Pendekatan ini dilaksanakan untuk menanam kesedaran tentang betul atau salah dalam diri
pelajar, menghalang dan mengelakkan daripada berkelakuan yang tidak dikehendaki, cara
larangan dan cara mengenakan hukuman andaikata larangan tersebut tidak dipatuhi. Ia juga
penting bagi menentukan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berjalan lancar dalam
keadaan iklim sekolah yang kondusif. Sistem pengawalan ini melibatkan perlaksanaan dasar
yang tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 yang digubal
berdasarkan Ordinan Pelajaran 1957. Walaubagaimanapun, pengurusan disiplin pada masa kini
adalah berpandukan Buku-Buku Panduan Disiplin dan Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas yang
mula digunapakai sejak tahun 1981.
Hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia sempena perlaksanaan pendekatan-pendekatan
tersebut adalah untuk mewujudkan persepsi atau pandangan alam Islam yang betul dikalangan
para pelajar tentang minuman keras seperti arak serta sedar tentang hakikat sebenar meminum
minuman keras agar dapat membezakan perkara yang baik dan yang memudaratkan.
PERSONALITI JENAMA HALAL
Teori personaliti yang paling dominan digunakan oleh pengkaji-pengkaji psikologi
personaliti Barat sejak tahun 1930an adalah Teori Lima Faktor yang menyifatkan personaliti
sebagai tingkahlaku hasil daripada respon terhadap faktor persekitaran berdasarkan kualiti
kendiri, persepsi terhadap diri sendiri dan bagaimana ia digabungjalinkan untuk membentuk
konsep kendiri. Ia dibahagikan kepada lima dimensi iaitu openness (keterbukaan dalam
menerima idea), conscientiousness (disiplin dan kecemerlangan), extraversion (sensitiviti
terhadap orang lain), agreeableness (mudah berbincang) dan neurocentrisme (kestabilan
emosi). Setiap dimensi tersebut digunakan untuk menilai tahap personaliti seseorang. Teori ini
telah digagaskan oleh Gordon Allport.
Berbanding dengan personaliti insan, matlamat personaliti jenama adalah berbeza sama
sekali. Ini adalah kerana jenama atau penjenamaan tidak merujuk kepada manusia sebaliknya
bergantung kepada persepsi, pemikiran dan perasaan seseorang individu terhadap ciri-ciri
sesuatu jenama seperti fungsi dan prestasi sesuatu produk. Konstruk personaliti jenama telah
mula dikaji oleh Jennifer Aaker pada tahun 1997. Beliau merupakan seorang pensyarah
pemasaran di Fakulti Pengurusan, Universiti California, Los Angeles. Menurut kajian beliau,
ciri-ciri produk dinilai oleh individu yang telah membeli dan menggunakan produk tersebut.
Sekaligus, diberi gelar sebagai pengguna. Dalam masa yang sama, golongan yang
diamanahkan untuk menguruskan, mengembangkan dan mengukuhkan sesuatu jenama produk
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized by https://worldconferences.net Page 53
seperti pengusaha, pengilang serta pengeluar turut memainkan peranan penting untuk memberi
gambaran tentang personaliti jenama sesuatu produk. Perbezaan yang lebih ketara antara
personaliti insan dan personaliti jenama adalah sesuatu produk hanya boleh dinilai oleh
pengguna tetapi personaliti insan boleh direfleksikan oleh diri sendiri atau juga dinilai oleh
orang lain. Disamping itu, personaliti insan disimpulkan daripada kepercayaan, sikap, ciri-ciri
fizikal dan faktor demografi.
Malaysia telah bergerak aktif untuk meletakkan namanya sebagai sebuah hub halal di
rantau Asia Tenggara sejak 1974. Antara inisiatif utama yang telah diusahakan adalah dengan
menambahbaik piawaian prosedur makanan halal melalui MS1500:2004 oleh Jabatan Standard
Malaysia. Ia berfungsi sebagai garis panduan pengeluaran, latihan, pengendalian dan penstoran
produk makanan halal di Malaysia. Oleh kerana produk halal semakin menjadi pilihan gaya
hidup sihat pengguna, maka jenama halal semakin menghadapi cabaran jika tidak diuruskan
dengan sistem penjenamaan yang berkesan.
Oleh itu, melalui pemahaman tentang konsep halal, haram dan syubhah serta kerjasama
daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tentang proses pensijilan halal,
lima konstruk personaliti jenama halal telah dikenalpasti oleh Dr. Fazil Ahmad yang
merupakan seorang pensyarah di Fakulti Sains Sosial Gunaan Universiti Sultan Zainal Abidin,
Terengganu, iaitu:
i) Kesucian
- Kualiti dan kondisi sesuatu produk atau perkhidmatan yang bersih, selamat
dan menyihatkan.
ii) Keterujaan
- Dipengaruhi oleh penilaian terhadap keistimewaan produk yang memberi
kepuasan serta kesetiaan pengguna.
iii) Keselamatan
- Kebebasan pengguna daripada bahaya, cedera dan kerosakan termasuk
risiko yang perlu ditanggung.
- Mewujudkan kesatuan dan hubungan persaudaraan dalam urusan
pengendalian produk daripada peringkat bahan mentah ke tangan pengguna.
- Berperanan sebagai pemangkin terhadap keberkesanan korporat, pemasaran
dan strategi komunikasi.
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized by https://worldconferences.net Page 54
iv) Kecanggihan
- Proses perubahan yang merentasi budaya dalam merekabentuk strategi
penciptaan, penghantaran, pengendalian, pemprosesan, penyimpanan,
penyediaan dan penyampaian kepada pengguna yang melibatkan
kemudahan teknologi.
v) Kebenaran
- Pematuhan terhadap kehendak syari’ah dan nilai moral serta keagamaan.
- Mempengaruhi tingkahlaku, sikap dan persepsi pengguna terhadap sesuatu
jenama produk.
- Dimensi penting untuk pengiklanan dan pemasaran yang berkesan.
HIKMAH DISEBALIK SURUHAN DAN LARANGAN ALLAH SUBHANAHUWA
TAALA
Melanggar larangan Allah subhanahuwa Taala bererti menghadirkan dosa seterusnya
menyebabkan hati manusia menjadi kotor, hitam dan keras. Lebih buruk lagi apabila iman
semakin terhakis dan hilang rasa takut kepada Allah subhanahuwa Taala hingga tidak lagi
mengharapkan pertolongan Allah subhanahuwa Taala. Lebih malang lagi sekiranya hati tidak
mampu merasakan nikmat syurga, azab neraka, kiamat itu ada dan Allah subhanahuwa Taala
itu dekat.
Memakan makanan yang haram seperti khinzir secara sedar atau tidak, bukan sahaja
mengotorkan jasad yang fizikal tetapi juga hati (Samhani, 2017). Apabila hati dicemari, maka
perbuatan jahat dan zalim mula terzahir kerana telah dikuasai syaitan laknatullah. Tuntasnya,
makanan yang halal sangat penting demi pertumbuhan tubuh dan roh yang suci serta lengkap
dengan ketaqwaan kepada Allah subhanahuwa Taala.
Sains telah membuktikan betapa banyak penyakit daripada kuman, cacing, bakteria dan
virus yang dibawa oleh daging khinzir. Contoh paling ketara adalah kemunculan penyakit
H1N1 dan JE (Japanese Encephalitis) pada tahun 2009. Ia membuktikan kemudaratan yang
melemahkan fizikal sedangkan tubuh perlu dijaga untuk kebaikan roh, hati dan jasad
sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Imam al-Ghazali dalam Intisari Ihya Ulumuddin
(2001). Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi juga menegaskan dalam bukunya ‘The Lawful & The
Prohibited in Islam’ bahawa kanun undang-undang yang bersumberkan al-Quran dan hadis
menetapkan hukun haram bagi orang Islam yang makan dan minum sesuatu yang
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized by https://worldconferences.net Page 55
membahayakan kesihatan kerana ia seperti racun yang membawa maut secara cepat atau
lambat.
Pengharaman khinzir turut menguji ketahanan mental dalam mentaati larangan Allah
subhanahuwa Taala sedangkan manusia dikurniakan fikiran dan perasaan sehingga sering
ingkar kerana hanya menerima perkara yang difikirkan baik dan selari dengan jiwanya.
TAKRIFAN MAKSIAT MENURUT KITAB HIDAYATUS SALIKIN
أ يه ا افيلناسٱي ضٱكلوامم تلأ رأ ت تبعواخطو ل لط يباو ل نٱح ط يأ بين ۥإنهلش م دو ع ل كمأ
Maksudnya:
Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,
dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh
yang terang lagi nyata bagi kamu.
Surah Al-Baqarah 2:168
Kitab Hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil Muttaqin merupakan kitab ringkasan
daripada kitab Bidayatul Hidayah iaitu kitab ringkasan daripada kitab Ihya Ulumuddin
karangan Imam al-Ghazali rahimahullahu Taala. Kitab ini telah ditulis oleh seorang ulama sufi
Nusantara dan merupakan seorang mujahid anti penjajah yang telah menunjukkan
kesungguhannya yang luarbiasa dalam berjuang membela agama dan kesejahteraan tanahair.
Beliau adalah Sheikh Abdus Samad bin Abdur Rahman bin Abdul Jalil yang berasal dari
Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia. Beliau telah menulis kitab ini sebagaimana yang
telah disebutkan dalam sanad iaitu salasilah riwayat secara bersambung daripada guru ke guru.
Hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil bermaksud petunjuk bagi orang yang takut akan Allah
Subhanahuwa Taala. Kitab ini telah ditahqiq oleh Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam yang
berkhidmat di Maahad Tarbiah Islamiah Derang, Pokok Sena, Kedah dan telah diulang cetak
oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd. sehingga kini.
Bab ketiga kitab Hidayatus Salikin yang bertajuk ‘Pada Menyatakan Menjauhi Segala
Maksiat Yang Zahir’ menghuraikan tentang kepentingan meninggalkan maksiat yang ditegah
oleh agama dan berlaku taat terhadap suruhan agama. Imam al-Ghazali menegaskan bahawa
setiap anggota tubuh itu adalah nikmat daripada Allah Subhanahuwa Taala. Oleh yang
demikian, sekiranya seseorang itu melakukan maksiat dengan anggora tubuh, maka dia telah
menyalahi tujuan dijadikan anggota tubuh tersebut. Sesungguhnya dia telah mengkufuri nikmat
anggota tubuh yang diamanahkan oleh Allah Subhanahuwa Taala kerana tidak memeliharanya.
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized by https://worldconferences.net Page 56
Disebutkan juga bahawa setiap anggota tubuh manusia itu adalah seperti rakyat yang akan
menjadi saksi dan setiap perbuatan tidak bermanfaat daripada anggota tersebut akan
dipersoalkan pada hari kiamat kelak.
Tujuh anggota tubuh yang diberi perhatian adalah:
1) Mata
2) Telinga
3) Lidah
4) Perut
5) Kemaluan
6) Tangan
7) Kaki
Walaubagaimanapun, sabda Nabi Muhammad sallallahualaihi wasalam tentang halal dan
haram dibincangkan bermula daripada anggota perut menerusi riwayat Baginda yang
bermaksud ‘menuntut yang halal itu fardhu atas tiap-tiap orang Islam’. Seterusnya, Imam al-
Ghazali menyebut bahawa wajib bagi umat Islam yang soleh untuk memeriksa sesuatu yang
datang daripada sumber yang tidak diketahui sehingga nyata akan halalnya. Sebaliknya, jika
tidak nyata halalnya, maka dibolehkan untuk menolak pemberian tersebut dengan syarat tidak
menyakitkan hati mereka yang memberi. Dalam keadaan begitu, tidak harus diperiksa akan
haramnya kerana adalah haram jika bertambah sakit hati pemberi.
Oleh yang demikian, seharusnya penolakan terhadap pemberian yang tidak nyata
halalnya dilakukan secara berhikmah dan lemah-lembut kerana memelihara kesakitan adalah
lebih baik daripada menolak pemberian. Syubhat atau tidak yakin akan halal haram juga harus
dipelihara kerana menurut Imam al-Ghazali lagi, yang halal itu nyata, yang haram itu nyata
dan yang syubhat itu adalah haram. Sekiranya pemberian itu daripada orang soleh, adalah
haram dijauhi kerana rasa was-was tersebut boleh membawa buruk sangka kepada orang soleh.
Apatah lagi jika dengan menjauhinya akan menyakitkan hati orang soleh itu bahkan
menjadikan hati lebih liar dan derhaka seperti firman Allah subhanahuwa Taala:
أ يه ا نوالذين ٱي ام ت نبواٱء جأ ن ثيرام لظنٱك إن ض لظنٱب عأ أ يحب ضا ضكمب عأ ت ببعأ ي غأ ل سسواو ت ج ل و مه إثأ
و تموه رهأ تاف ك يأ أ خيهم م ل حأ كل أ ني أأ دكمأ لل ٱتقواٱأ ح حيملل ٱإن ابر ت و
Maksudnya:
Bahawa setengah daripada sangka itu jadi dosa.
(Surah al-Hujurat 49:12)
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized by https://worldconferences.net Page 57
Setelah itu, sekiranya sesuatu pemberian atau harta itu diperolehi daripada usaha yang halal,
janganlah pula ia dimakan sehingga sangat kenyang kerana ia akan memberi kesan seperti
berikut:
i) Mengeraskan hati
ii) Mengurangkan kefahaman
iii) Membatalkan hafazan
iv) Memberatkan anggota tubuh daripada beribadah, menuntut ilmu dan
menelaah kitab
v) Menggerakkan syahwat
vi) Memulakan kejahatan
Menurut Imam Abu Hanifah dalam kitab Al-Alim Wa Al-Muta’allim, adalah sangat
penting bagi seseorang itu untuk mengetahui siapa orang yang betul dan siapa orang yang salah.
Ini adalah kerana, seseorang itu akan:
i) Dapat membezakan antara yang salah dan yang benar
ii) Dapat mengetahui jalan keluar daripada sesuatu keraguan (syubhah)
akibat ketidakpastian tentang sesuatu yang betul atau salah
iii) Dapat mengenalpasti siapa yang patut diikuti tau dimusuhi kerana Allah
subhanahuwa Taala
Maka sudah pastinya orang yang betul itu adalah orang yang berilmu, beriman dan
beramal soleh sehingga diyakini kesolehannya.
Bab keempat daripada kitab Hidayatus Salikin yang bertajuk “Pada Menjauh Segala
Maksiat Yang Batin Iaitu Maksiat Di Dalam Hati’ menyenaraikan 10 perkara yang melibatkan
perangai jahat dan sifat tercela di dalam hati iaitu:
i) Syarahut-tha’am
- Sangat gemar membanyakkan makan
ii) Syarahul-kalam
- Sangat gemar membanyakkan perkataan
iii) Ghadhab
- Marah
iv) Hasad
- Dengki
v) Al-Bukhlu, wa-hubbul-maal
- Kikir dan kasih kepada harta
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized by https://worldconferences.net Page 58
vi) Hubbul-jaah
- Kasih akan kemegahan
vii) Hubbud-dunya
- Kasih akan dunia
viii) Takabbur
- Membesarkan diri
ix) Ujub
- Hairan akan diri
x) Riyak
- Menuntut martabat pada hati makhluk supaya memberi kemegahan
kepadanya.
Imam al-Ghazali rahimahullahu Taala mewajibkan kepada setiap Muslim yang akil
baligh untuk menyucikan hati mereka daripada sifat tercela tersebut kerana ia akan
membaikkan hati dengan sifat yang terpuji sebagaimana firman Allah subhanahuwa Taala:
كاه از ق د أ فل ح م ن
Maksudnya:
Sesungguhnya telah dapat kemenangan oleh seorang yang menyucikan hati mereka itu
daripada sifat yang tercela
(Surah As-Syams 91:9)
Dan sabda Nabi Muhammad sallallahualaihi wasalam:
ان طراليم ا لطهورش
Maksudnya:
Menyucikan akan hati daripada sifat yang tercela itu ialah setengah daripada iman.
(Riwayat Muslim at-Tarmizi)
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized by https://worldconferences.net Page 59
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Menyedari hakikat keperluan semasa dalam industri halal yang semakin diperkayakan
dengan pelbagai inisiatif demi menjaga kreadibiliti tadbir urus syariah dan pembentukan
keperibadian serta akhlak generasi muda sewajarnyalah ilmu tentang halalan toyyiban
dititikberatkan oleh setiap individu Muslim. Ia perlu diusahakan dengan mengambilkira faktor
kepelbagaian budaya dan kemudahan teknologi dengan harapan untuk membuka mata
kakitangan organisasi yang terlibat secara langsung khususnya dan umat Islam amnya agar
menghayati nilai-nilai halal dan haram dalam perlaksanaan tadbir urus syariah.
Dengan itu, pengamatan Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas melalui Dr.
Asmaa Mohd. Arshad dalam Himpunan Makalah Siri Wacana Pandangan Alam Islam 2016
tentang keruntuhan adab yang mengakibatkan pelbagai gejala negatif hasil kekeliruan ilmu
terhadap perkara-perkara asas dalam Islam sebagai pandangan hidup yang betul dan
ketidaksahan pemimpin yang menjadi penentu hala tuju asal dalam melahirkan insan seimbang
yang berperibadi mulia sekaligus menjana modal insan mampan. Ini adalah bertepatan dengan
matlamat pendidikan dalam Islam iaitu untuk melahirkan insan yang baik yang secara tidak
langsung akan menjadi warganegara yang baik dengan memahami tuntutan fardhu ain dan
fardhu kifayah yang harus ditunaikan terhadap Tuhannya, agamanya, kaum keluarganya serta
masyarakatnya melalui perlakuan, tindakan dan keputusan yang menepati ilmu yang benar juga
turut didasari oleh pandangan alam Islam yang ditanzilkan menerusi syariatNya.
Personaliti mukmin yang baik sangat bergantung kepada hati. Betul atau salah
keputusan yang dibuat adalah bergantung kpada hati sebagaimana fungsi hati secara fizikalnya,
jika ia dapat berfungsi dengan baik maka ia berkemampuan untuk menyaring darah dengan
baik hingga menjadikan seluruh tubuh mampu berfungsi dengan baik juga. Kupasan daripada
Syarah Al-Wafi Hadis 40 Bicara Rasulullah sallallahualaihi wasalam melaui hadis keenam
menyatakan bahawa Imam Syafi’e berpendapat sumber akal adalah berpunca daripada hati.
Pendapat tersebut dinyatakan berdalilkan firman Allah subhanahuwa Taala daripada surah al-
A’raaf, ayat 179 yang bermaksud:
ن ثيرام ك ه نم ن الج أأ ر ذ ل ق دأ جنٱو نسهٱو لأ لأ انل اذ ء ل همأ به او صرون يبأ ينل أ عأ ل همأ به او ق هون ي فأ قلوبل ل همأ
ك ئك أول به ا عون م مٱي سأ ع هملأ نأ ئك
أول ل أ ض همأ فلونلأٱب لأ غ
“…mereka yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat
Allah)…”
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized by https://worldconferences.net Page 60
Maksud hadis yang keenam hasil kompilasi Imam al-Nawawi adalah seperti berikut:
Diriwayatkan oleh Abu Abdillah al-Nu’man bin Basyir radhiallahu’anhu, beliau
berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahualaihi wasalam bersabda: Sesungguhnya yang
halal itu jelas dan yang haram itu jelas dan diantara keduanya ada mutasyabihat (perkara-
perkara yang samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang
menjaga perkara syubhat, maka dia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Dan
barangsiapa yang jatuh kedalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh ke dalam perkara haram,
seperti seorang penggembala yang menggembala kambingnya di sekitar kawasan yang
terlarang yang nyaris kambingnya meragut rumput di dalamnya. Ingatlah bahawa setiap raja
mempunyai kawasan terlarang! Ingatlah bahawa kawasan terlarang Allah ialah apa yang
diharamkanNya. Ingatlah di dalam jasad itu ada segumpal daging; apabila ia baik maka baik
seluruh jasadnya dan apabila ia rosak, maka rosak pula seluruh jasadnya. Ingatlah bahawa
segumpal daging itu adalah hati.
Rasulullah sallallahualaihi wasalam juga pernah bersabda:
‘Umatku yang paling alim tentang halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal’
Nama sebenar beliau adalah Abu Abdurrahman al-Ansari dan beliau telah meriwayatkan
sebanyak 157 buah hadis.
Sesungguhnya Rasulullah sallallahualaihi wasalam sendiri selalu berdoa kepada Allah
subhanahuwa Taala:
Ya Allah aku mohon kepadaMu hati yang bersih.
Apatah lagi sebagai umat Baginda diakhir zaman ini, seharusnya kita lebih selalu
mengharapkan agar dikurniakan hati yang bersih kerana ia akan menjana modal insan yang
patuh kepada syariah serta berintegriti tinggi.
PENGHARGAAN
Penulis ingin mengucapkan terima kasih dan merakamkan penghargaan kepada Universiti
Kebangsaan Malaysia kerana menganugerahkan geran Arus Perdana (Geran Arus Perdana
AP-2017-002 / 2) untuk membiayai kajian yang membawa kepada penerbitan karya ini.
The authors would like to acknowledge and thank Universiti Kebangsaan Malaysia for
awarding the Arus Perdana grant (Geran Arus Perdana AP-2017-002/2) to fund the study
which led to the publication of this paper.
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized by https://worldconferences.net Page 61
RUJUKAN
al-Quran. 2013. Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada pengertian al-Quran. Edisi 22. Putrajaya:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Asmaa Mohd Arshad (2016). Himpunan Makalah Siri Wacana Pandangan Alam Islam.
Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM).
Fariza Md. Sham, Salasiah Hanim Hamjah & Mohd. Jurairi Sharifudin (2013). Personaliti Dari
Perspektif al-Ghazali. Penerbit UKM.
Imam Al-Nawawi (2012). Syarah Al-Wafi Hadis 40 Bicara Rasulullah S.A.W.SYABAB
Global.
Khairul Anwar Mastor, Hasnan Kasan, Mohamad Mohsin Mohamad Said, Zaharah Hassan,
Fazilah Idris & Fatin Hazwani @ Hasidah Siran (2009). Personaliti & Pembangunan Insan.
Penerbit UKM.
Mastura Mohd. Zain (2016). Arak dan Pencegahannya Di Malaysia. Penerbit IKIM.
Mohd. Anuar Mamat (2016). Pemikiran Pendidikan Imam Abu Hanifah Al-Nu’man Al-‘Alim
Wa Al-Muta’allim. Pusat Pengajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS) & Himpunan
Keilmuan Muslim (HAKIM).
Muhammad Fazil Ahmad (2015). Antecedents of Halal Brand Personality. Journal of Islamic
Marketing Vol. 6 Iss 2 pp. 209-223
Prosiding Seminar Kebangsaan Wasatiyyah & Tadbir Urus Prestasi Perkhidmatan Sebagai
Pemangkin Ummah (2017). Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Samhani Ismail (2017). Kenapa Babi Tidak Halal?. PTS Publishing House Sendirian Berhad.
Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam (2013). Hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil-Muttaqin. Galeri
Ilmu Sdn. Bhd.
Zulkifli Mohd al-Bakri (2016). Dr. Yusuf Al-Qaradhawi: Halal dan Haram Dalam Islam.
Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd.