kajian perbincangan terhadap pemantauan ibu …worldconferences.net/proceedings/icssr2015/full...

12
E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 831 KAJIAN PERBINCANGAN TERHADAP PEMANTAUAN IBU BAPA KEPADA PELAJAR Normalis Bazid & Zainudin Abu Bakar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia [email protected] [email protected] Zakri Abdullah IPG Kampus Raja Melewar [email protected] ABSTRAK Kertas kajian literatur ini adalah bertujuan untuk mengkaji secara sistematik terhadap perbincangan pemantauan ibu bapa kepada pelajar. Pemantauan ibu bapa adalah merupakan antara aspek yang penting di dalam faktor keibubapaan. Oleh itu, berdasarkan kajian literatur, penyelidik telah memilih artikel-artikel daripada jurnal yang tertentu dari tahun 2000 sehingga 2012 untuk perbincangan berkenaan. Artikel-artikel tersebut kemudiannya dianalisis dan disusun mengikut peringkat tahun. Penyelidik mendapati bahawa pemantauan ibu bapa adalah satu aspek yang penting dan memerlukan perhatian, pemahaman serta penjelasan yang khusus. Namun, tidak jelas dan kurang dikaji dan diperluaskan dengan perkaitannya terhadap pelajar di negara ini. Pelajar yang dibincangkan adalah dalam kategori salah laku yang membabitkan kes penggunaan bahan terlarang (alkohol, merokok dan dadah). Oleh yang demikian, penyelidik telah memilih untuk membincangkan topik berkenaan. Perbincangan ini dimulakan dengan penerangan mengenai definisi istilah pemantauan ibu bapa dan diikuti dengan perbincangan terhadap pemantauan antara pelajar lelaki dan perempuan. Di bahagian yang seterusnya adalah mengenai bukti-bukti kajian daripada luar negara tentang pemantauan ibu bapa kepada pelajar yang terlibat dengan salah laku terhadap penggunaan bahan terlarang yang berkenaan. Ianya dilihat sangat penting dan serius oleh penyelidik kerana walaupun isu ini berlaku di negara ini tetapi kajian dalam perkaitan terhadap topik tersebut masih belum banyak diberikan perhatian secara khusus di negara ini dalam menangani salah laku tersebut. Di bahagian kesimpulan pula, penyelidik ada memberikan beberapa cadangan lanjutan kepada pengkaji yang berminat terhadap topik berkenaan. Kata kunci; Definisi pemantauan ibu bapa; pelajar lelaki dan perempuan; bukti-bukti luar negara 1. Pendahuluan Di dalam hasil laporan yang telah dijalankan oleh Grunbaum et al., (2003) ada menyatakan bahawa pemantauan dari semua pihak seperti masyarakat, pihak kerajaan, ibu bapa amat penting terhadap permasalahan salah laku para remaja. Terutamanya ibu bapa yang berdepan dengan anak yang mempunyai masalah tingkah laku, apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh mereka? Kerr, Stattin, & Pakalniskiene (2008) ada menyatakan bahawa ibu bapa perlu bertindak awal apabila menyedari terdapatnya tingkah laku negatif daripada anak mereka itu. Malahan pemantauan daripada ibu bapa kepada pelajar adalah sangat penting dalam menangani permasalahan salah lakunya. Di dalam kajian-kajian literatur ada menunjukkan bahawa apabila ibu bapa memantau anak

Upload: others

Post on 28-Dec-2019

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN PERBINCANGAN TERHADAP PEMANTAUAN IBU …worldconferences.net/proceedings/icssr2015/full paper/IC 120 KAJIAN PERBINCANGAN...berbentuk kajian empirikal dan meta analisis yang

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 831

KAJIAN PERBINCANGAN TERHADAP PEMANTAUAN IBU BAPA KEPADA PELAJAR

Normalis Bazid & Zainudin Abu Bakar Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia [email protected]

[email protected]

Zakri Abdullah IPG Kampus Raja Melewar [email protected]

ABSTRAK

Kertas kajian literatur ini adalah bertujuan untuk mengkaji secara sistematik terhadap perbincangan pemantauan ibu bapa kepada pelajar. Pemantauan ibu bapa adalah merupakan antara aspek yang penting di dalam faktor keibubapaan. Oleh itu, berdasarkan kajian literatur, penyelidik telah memilih artikel-artikel daripada jurnal yang tertentu dari tahun 2000 sehingga 2012 untuk perbincangan berkenaan. Artikel-artikel tersebut kemudiannya dianalisis dan disusun mengikut peringkat tahun. Penyelidik mendapati bahawa pemantauan ibu bapa adalah satu aspek yang penting dan memerlukan perhatian, pemahaman serta penjelasan yang khusus. Namun, tidak jelas dan kurang dikaji dan diperluaskan dengan perkaitannya terhadap pelajar di negara ini. Pelajar yang dibincangkan adalah dalam kategori salah laku yang membabitkan kes penggunaan bahan terlarang (alkohol, merokok dan dadah). Oleh yang demikian, penyelidik telah memilih untuk membincangkan topik berkenaan. Perbincangan ini dimulakan dengan penerangan mengenai definisi istilah pemantauan ibu bapa dan diikuti dengan perbincangan terhadap pemantauan antara pelajar lelaki dan perempuan. Di bahagian yang seterusnya adalah mengenai bukti-bukti kajian daripada luar negara tentang pemantauan ibu bapa kepada pelajar yang terlibat dengan salah laku terhadap penggunaan bahan terlarang yang berkenaan. Ianya dilihat sangat penting dan serius oleh penyelidik kerana walaupun isu ini berlaku di negara ini tetapi kajian dalam perkaitan terhadap topik tersebut masih belum banyak diberikan perhatian secara khusus di negara ini dalam menangani salah laku tersebut. Di bahagian kesimpulan pula, penyelidik ada memberikan beberapa cadangan lanjutan kepada pengkaji yang berminat terhadap topik berkenaan.

Kata kunci; Definisi pemantauan ibu bapa; pelajar lelaki dan perempuan; bukti-bukti luar negara

1. Pendahuluan

Di dalam hasil laporan yang telah dijalankan oleh Grunbaum et al., (2003) ada menyatakan bahawa pemantauan dari semua pihak seperti masyarakat, pihak kerajaan, ibu bapa amat penting terhadap permasalahan salah laku para remaja. Terutamanya ibu bapa yang berdepan dengan anak yang mempunyai masalah tingkah laku, apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh mereka? Kerr, Stattin, & Pakalniskiene (2008) ada menyatakan bahawa ibu bapa perlu bertindak awal apabila menyedari terdapatnya tingkah laku negatif daripada anak mereka itu. Malahan pemantauan daripada ibu bapa kepada pelajar adalah sangat penting dalam menangani permasalahan salah lakunya. Di dalam kajian-kajian literatur ada menunjukkan bahawa apabila ibu bapa memantau anak

Page 2: KAJIAN PERBINCANGAN TERHADAP PEMANTAUAN IBU …worldconferences.net/proceedings/icssr2015/full paper/IC 120 KAJIAN PERBINCANGAN...berbentuk kajian empirikal dan meta analisis yang

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 832

mereka, mengambil tahu di mana anak mereka berada, apa yang dilakukannya, bersama dengan siapa, dapat mengurangkan kecenderungan untuk terlibat dengan tingkah laku antisosial seperti merokok, minum arak, dadah dan melakukan aktiviti delinkuen (Guilamo-Ramos, Jaccard, & Dittus, 2010 dan Neuman, et., 2010). Dishion & Loeber (1985) juga mendapati bahawa pemantauan ibu bapa telah secara langsung dan tidak langsung mempunyai perkaitan dengan pengambilan alkohol di kalangan pelajar. Bagi ibu bapa yang bersikap mesra dan responsive, akan membuatkan anak mereka berasa diterima dan selesa untuk berterus terang tentang aktiviti dirinya. Hubungan timbal balik antara anak dengan ibu bapa dalam perkongsian maklumat ini, membolehkan ibu bapa untuk mengambil tindakan yang efektif dalam mengawal tingkah laku anak itu (Kerr, Statin, & Pakalniskiene, 2008). Oleh itu, selain melakukan pemantauan kepada anak mereka hubungan yang positif juga penting antara sesama mereka.

Cabaran dan pengaruh yang tidak diingini terhadap para pelajar di abad ke dua puluh satu ini, memang sangat mudah berlaku jika dibandingkan dengan para pelajar daripada beberapa dekad yang lalu. Sehinggakan, salah laku para pelajar telah menjadi satu isu sosial yang serius di peringkat global. Ianya juga merupakan salah laku yang boleh membawa kepada jenayah sosial dan memberikan impak yang negatif kepada diri pelajar itu sendiri. Berdasarkan jadual 1.1 ada menunjukkan bahawa salah laku pelajar telah berlaku hingga ke peringkat kategori jenayah dalam pelbagai kesalahan. Dengan itu, ianya amat membimbangkan kita terutama bagi pelajar yang berumur 16 hingga 18 tahun. Jadual 1.1 seperti di bawah adalah laporan statistik jenayah Polis Bukit Aman pada 2013 (Utusan Malaysia, 8 Mei 2014):

Jadual 1.1: Statistik Jenayah di Kalangan Pelajar (Januari Hingga Disember 2013)

Kumpulan Umur Jumlah Pelajar Kategori Jenayah

13 - 15 819 orang pelajar Pelbagai kesalahan

16 - 18 1, 009 orang pelajar Pelbagai kesalahan

Sumber: Utusan Malaysia, 8 Mei 2014

Di dalam jadual 1.1, para pelajar yang berada dalam lingkungan umur 16 hingga 18 tahun adalah yang paling banyak ditangkap dengan bilangan seramai 1,009 orang. Manakala para pelajar yang berusia 13 hingga 15 tahun pula kesemuanya adalah seramai 819 orang. Ini menunjukkan bahawa bilangan pelajar apabila semakin meningkat usianya semakin berani melakukan pelbagai kesalahan jenayah. Memandangkan ibu bapa adalah pihak yang paling dekat dan rapat dengan pelajar maka satu usaha yang melibatkan peranan ibu bapa secara proaktif dan berkesan perlu diberikan perhatian. Ini adalah kerana ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menjaga anak mereka. Selain daripada mengharapkan usaha dan kerjasama daripada semua pihak dalam hal ini.

Di luar negara terdapat banyak kajian-kajian yang melihat bahawa masalah salah laku pelajar sama ada lelaki atau perempuan dalam pengambilan bahan terlarang seperti alkohol, merokok dan dadah adalah sesuatu yang serius dan bahaya (Poulin & Denault, 2012; Nagoshi et al., 2011 & Tornay et al., 2013) yang akhirnya membawa kepada kes-kes jenayah. Malaysia juga tidak terlepas dalam jenis-jenis salah laku tersebut. Melalui hasil laporan daripada pengkaji tempatan juga mendapati di dalam negeri-negeri bahagian zon selatan tanah air, remaja lelaki adalah paling banyak terlibat dalam kes pengambilan bahan terlarang iaitu yang pertama adalah merokok, keduanya dadah dan ketiga adalah melepak berbanding pelajar perempuan (Haris, 2004).

Page 3: KAJIAN PERBINCANGAN TERHADAP PEMANTAUAN IBU …worldconferences.net/proceedings/icssr2015/full paper/IC 120 KAJIAN PERBINCANGAN...berbentuk kajian empirikal dan meta analisis yang

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 833

Tahap peratusan tinggi dan rendah dalam salah laku di kalangan pelajar untuk setiap negeri di Malaysia adalah tidak menentu dan kekerapan salah laku juga adalah pelbagai. Malahan telah melibatkan isu-isu yang rencam seperti masalah sosial, jenayah dan sebagainya mengikut setiap negeri. Oleh itu, Tan Seri Lee Lam Thye yang juga merupakan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, telah melahirkan rasa khuatir dan kebimbangannya terhadap bahaya salah laku remaja terutamanya di kalangan pelajar dan menyeru supaya diberikan perhatian yang serius, terutama semasa para pelajar di luar sekolah. Beliau juga memberitahu bahawa jumlah keseluruhan salah laku pelajar di Malaysia, berdasarkan hasil laporan statistik pihak polis sejak kebelakangan ini juga semakin memerlukan perhatian yang serius (Utusan Malaysia, 8 Mei, 2014). Maka, jika tidak dikaji dengan teliti dan mendalam boleh merencatkan kemenjadian diri pelajar tersebut untuk berjaya dalam hidupnya. Masyarakat, pihak sekolah dan guru serta ibu bapa dan kerajaan, tentunya tidak mahu melihat masalah ini berterusan dan merebak di negara kita. Memandangkan ibu bapa lebih perlu bertanggung jawab terhadap anak mereka dan pelajar juga tidak dilahirkan untuk mengambil bahan-bahan terlarang serta terlibat dengan jenayah, maka amalan pemantauan ibu bapa terhadap anak mereka secara berterusan amatlah penting dan berguna.

Dengan amalan pemantauan ibu bapa ini, penyelidik mendapati ianya mampu memberikan kesan yang positif dan membawa kepada penurunan terhadap kadar salah laku di kalangan pelajar terutamanya dalam masalah pengambilan bahan terlarang (alkohol, merokok dan dadah). Melalui hasil kajian dan laporan yang banyak dibuat daripada para pengkaji luar negara terutamanya negara barat juga telah membuktikan amalan pemantauan ibu bapa dapat membantu dan menunjukkan kesan yang positif (Lac & Crano, 2009; Bohnert, Rois-Bedoya & Breslau, 2009). Namun di Malaysia amalan pemantauan ibu bapa dalam faktor keibubapaan tidak diangkat dan diperkasakan dengan penghuraian yang jelas seperti mana yang dilakukan dalam banyak kajian daripada luar negara. Oleh itu, pemantauan ibu bapa ini, perlu diterokai dan dijelaskan dengan lebih mendalam, untuk lebih memahami peranan dalam amalan tersebut serta perkaitannya dengan salah laku pelajar yang semakin serius dan membimbangkan itu.

2. Metodologi Kajian

Material sebanyak tujuh artikel telah diulas dan dikaji. Artikel yang dipilih merupakan artikel berbentuk kajian empirikal dan meta analisis yang berkaitan dengan pemantauan ibu bapa terhadap pelajar dalam pengambilan bahan terlarang (alkohol, merokok dan dadah). Prosedur pencarian artikel adalah menggunakan kata kunci pemantauan ibu bapa dan pelajar dalam pengambilan bahan terlarang (dadah, alkohol dan merokok). Pencarian telah dijalankan melalui laman web, Google Scholar dan Perpustakaan Sultanah Zanariah di Universiti Teknologi Malaysia (http://library.utm.my/digital-resources-2/online-databases/). Kriteria dalam pemilihan beberapa jurnal dalam kajian literatur adalah hanya melibatkan artikel yang diterbitkan antara tahun 2000 hingga 2012 iaitu dalam tempoh 12 tahun. Artikel yang terpilih juga terdiri daripada artikel yang dapat dimuat turun sepenuhnya. Penyelidik telah memilih tujuh artikel yang benar-benar memenuhi kriteria kajian literatur ini untuk dikaji.

3. Definisi Pemantauan Ibu Bapa

Kamus Dewan, Edisi Keempat (2013) menyatakan bahawa pantau bermaksud memerhatikan dan memeriksa perkembangan sesuatu perkara, fenomena dan sebagainya secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan untuk mengawal, mencegah, memperbaiki, mengawasi dan lain-lain lagi. Manakala maksud memantau pula adalah melihat, menengok atau menjenguk. Pemantauan pula

Page 4: KAJIAN PERBINCANGAN TERHADAP PEMANTAUAN IBU …worldconferences.net/proceedings/icssr2015/full paper/IC 120 KAJIAN PERBINCANGAN...berbentuk kajian empirikal dan meta analisis yang

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 834

adalah perihal dalam perbuatan dan tindakan. Istilah ini menjelaskan terdapatnya perhatian dan pemeriksaan perkembangan sesuatu perkara secara kerap yang bertujuan untuk mengawasi perihal perbuatan serta tindakan tertentu yang sering dilakukan oleh ibu bapa kepada anak mereka. Ibu bapa di sini bermaksud orang tua iaitu emak dan ayah kepada pelajar tersebut. Ini menunjukkan bahawa sekiranya tidak dilaksanakan atau sangat kurang dilakukan kepada anak mereka pemantauan itu belum memberikan kesan yang positif. Dari segi konsep pemantauan, penyelidik telah merujuk kepada takrifan daripada Dishion & McMahon (1998) yang ditakrifkan sebagai: “A set of correlated parenting behaviors involving attention to and tracking of the child’s whereabouts, activities, and adaptations”. (Dishion dan McMahon, 1998, p.61). Berdasarkan pernyataan di atas, Dishion & McMahon (1998), mentakrifkan bahawa pemantauan ibu bapa adalah hubungan yang melibatkan antara ibu bapa dengan anak mereka yang memerlukan perhatian, mengesan di mana anaknya berada, mengetahui aktiviti-aktiviti dan penyesuaian dalam semua keadaan persekitaran yang melibatkan anaknya itu. Ini adalah satu bentuk amalan daripada ibu bapa untuk memantau banyak perkara yang melibatkan anak mereka sama ada di rumah atau di luar rumah. Stattin & Kerr (2000) menyatakan bahawa pemantauan ibu bapa itu boleh dilakukan melalui tiga kaedah yang berpotensi untuk mendapatkan maklumat daripada anak mereka iaitu: pendedahan maklumat daripada anak itu sendiri, melalui permintaan daripada ibu bapa, dan melalui kawalan daripada ibu bapa. Pendedahan maklumat daripada anak itu berlaku apabila dirinya sendiri secara langsung memberitahu ibu bapa mereka ke mana hendak pergi dan apa yang dilakukan olehnya. Permintaan ibu bapa pula adalah bermaksud ibu bapa meminta anaknya dan rakan-rakannya memberitahu tentang bagaimana mereka akan menghabiskan masa lapang mereka, manakala kawalan ibu bapa pula adalah melibatkan ibu bapa sendiri yang menetapkan keputusan dalam sesuatu perkara. Satu kajian secara klinikal mengenai pemantauan ibu bapa ada menyatakan bahawa ibubapa kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam kelakuan sering gagal untuk mengawasi, mengikuti, dan menetapkan set peraturan mengenai tingkah laku dan aktiviti anak-anak mereka (Sampson & Laub, 1994). Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa pemantauan ibu bapa semakin berkurangan dari masa ke semasa, terutama apabila anak-anak memasuki alam remaja (Laird et al., 2008). Ini boleh mengakibatkan kesan yang negatif kepada remaja. Pemantauan yang berterusan dilihat sebagai satu cara yang dapat mencegah seseorang pelajar itu daripada masalah salah lakunya. Oleh itu, jelaslah kepada kita, pemantauan ibu bapa ini memberikan satu impak yang positif dan juga membawa kebaikan kepada diri pelajar. Selain itu, tingkah laku ibu bapa juga amat penting dalam menjalankan tugas untuk memantau kegiatan dan perihal anak mereka.

4. Pemantauan antara pelajar lelaki dan perempuan

Berdasarkan kajian-kajian literatur, penyelidik mendapati pemantauan yang dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak perempuan dan anak lelaki ada perbezaannya. Ibu bapa lebih sedar tentang aktiviti sosial anak perempuan berbanding dengan anak lelaki (Willoughby & Hamzah, 2011). Perkara ini mungkin mencerminkan kebimbangan ibu bapa mengenai pergaulan bebas dalam bersosial untuk anak perempuan supaya tidak terjerumus kepada tingkah laku negatif (Pettit et al., 2007). Namun, dengan lebih memantau perihal anak perempuan berbanding anak lelaki, juga mengakibatkan banyaknya kes-kes salah laku daripada pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan

Page 5: KAJIAN PERBINCANGAN TERHADAP PEMANTAUAN IBU …worldconferences.net/proceedings/icssr2015/full paper/IC 120 KAJIAN PERBINCANGAN...berbentuk kajian empirikal dan meta analisis yang

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 835

(Dishion & McMahon, 1998; Laird, et al., 2008; Neumann et al., 2010; Richards, Miller & O’Donnell, 2004; Smetana & Daddis, 2002; Stattin & Kerr, 2000; Vieno et al., 2009; Willoughby & Hamza, 2011).

Di dalam kajian yang dijalankan oleh Laird et al., (2008) tentang pemantauan ibu bapa terhadap pelajar di sekolah, sejumlah 504 orang pelajar lelaki dan perempuan dalam anggaran umur 12 hingga 16 tahun telah dipilih sebagai sampel kajian mereka. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa kesedaran dan pengetahuan daripada pemantauan ibu bapa kepada para pelajar adalah lebih kepada pelajar perempuan berbanding lelaki. Ibu bapa dilihat lebih memberikan perhatian dan perlindungan terhadap pergaulan pelajar perempuan untuk tidak dipengaruhi oleh rakan sebaya yang negatif berbanding kepada pelajar lelaki. Ini adalah kerana ibu bapa merasakan pelajar lelaki lebih berkemampuan dalam mengurus dirinya. Oleh itu, jelaslah bahawa antara pelajar lelaki dan perempuan, ibu bapa lebih memantau, berkesedaran tinggi terhadap aktiviti luar pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki. Sedangkan amalan pemantauan yang sepatutnya daripada ibu bapa terhadap pelajar, tiada melibatkan perbezaan jantina. Ini tentunya memberikan kesan yang berbeza juga antara pelajar lelaki dan perempuan. Maka seeloknya pemantauan adalah seimbang.

5. Hasil dapatan kajian yang dikenal pasti daripada luar negara

Barnes dan Farrell (1992) melaporkan bahawa amalan pemantauan ibu bapa adalah peramal yang paling kuat untuk mengurangkan tingkah laku bermasalah pelajar dalam penyalahgunaan dadah dan salah laku di sekolah berbanding dengan cara-cara lain dalam sikap kawalan daripada ibu bapa. Begitu juga, penyelidik-penyelidik lain (Ary et al., 1999; Parker & Benson, 2004) yang telah menemui hubungan negatif antara amalan pemantauan ibu bapa dengan penggunaan bahan terlarang di kalangan pelajar dan masalah tingkah laku yang lain. Pemantauan ibu bapa menunjukkan kesan pengurangan aktiviti kepada masalah tingkah laku pelajar secara langsung dan secara tidak langsung juga memberi kesan pengurangan aktiviti dengan rakan-rakan yang minum (Simons-Morton & Chen, 2005).

Berdasarkan kajian-kajian lepas daripada pengkaji-pengkaji barat yang menjalankan kajian berbentuk kajian rentas telah menunjukkan bahawa dengan peningkatan amalan pemantauan ibu bapa terhadap anak-anak mereka telah memberikan hubungan yang signifikan berkaitan dengan penurunan terhadap isu alkohol dan penggunaan alkohol (Ryan et al., 2010 & Sessa, 2005). Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa peningkatan pemantauan ibu bapa menunjukkan berlakunya pengurangan terhadap penggunaan alkohol dan kesan-kesan negatif yang lain-lainnya di kalangan pelajar. Kajian di negara-negara lain menunjukkan hasil yang sama (Stone et al., 2012). Di United Kingdom, tahap yang lebih tinggi daripada pemantauan ibu bapa dikaitkan dengan rendahnya tahap keganasan dan berkurangnya pengambilan alkohol serta penyalahgunaan dadah dan sikap liberal terhadap alkohol (Moore et al., 2010). Kajian yang dijalankan di Slovakia (Bobakova et al., 2012) menemui kaitan bahawa dengan peningkatan pemantauan ibu bapa maka penggunaan dalam alkohol menurun dan begitu juga dengan penggunaan dadah.

Berdasarkan ringkasan jadual 4.1 di bawah dapat dilihat bukti-bukti yang relevan dari luar negara mengenai pemantauan ibu bapa kepada pelajar dalam mengurangkan salah laku terhadap penggunaan bahan terlarang (alkohol, merokok dan dadah).

Page 6: KAJIAN PERBINCANGAN TERHADAP PEMANTAUAN IBU …worldconferences.net/proceedings/icssr2015/full paper/IC 120 KAJIAN PERBINCANGAN...berbentuk kajian empirikal dan meta analisis yang

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 836

Jadual 4.1: Ringkasan pemantauan ibu bapa terhadap pelajar dalam penggunaan bahan terlarang (alkohol, merokok dan dadah) dari luar negara.

No. Penulis (Tahun) Sumber Artikel

Luar Negara

Jenis Artikel Dapatan kajian terhadap pemantauan ibu bapa kepada pelajar dalam penggunaan bahan terlarang (alkohol, merokok dan dadah)

1 Li, Feigelman & Stanton (2000).

Journal of Adolescent Health

United States

Empirikal Menyokong.

2 Li et al., (2003). Journal of Adolescent Health

Beijing, China

Empirikal Menyokong.

3 Springer et al., (2006).

Scientific World Journal

El Salvador Empirikal Menyokong.

4 Bohnert, Rios Bedoya, & Breslau (2009).

Nicotine & Tobacco Research

Southeast Michigan

Empirikal Menyokong.

5 Lac & Crano, (2009)

Perspectives on Psychological Science

Pelbagai Meta analisis

Menyokong.

6 Tobler & Komro, (2010)

Journal of Adolescent Health

Amerika Empirikal Menyokong.

7 Poulin & Denault, (2012)

Journal Of Youth And Adolescence

Kanada Empirikal Menyokong.

Kajian yang dijalankan oleh Li, Feigelman & Stanton (2000) terhadap responden yang berumur 9 hingga 17 tahun di United States secara kajian rentas telah menunjukkan hasil yang signifikan antara pemantauan ibu bapa kepada pelajar. Para pelajar yang menggunakan bahan terlarang serta berisiko dalam kesihatan telah diambil untuk melihat perkaitannya dengan pemantauan ibu bapa mereka. Hasil dapatan menunjukkan bahawa perempuan telah diberikan pemantauan yang lebih daripada lelaki. Secara keseluruhannya dalam perkaitan hubungan antara pemantauan ibu bapa dengan pelajar dalam salah laku membabitkan bahan terlarang dan berisiko kesihatan telah menunjukkan bahawa pemantauan ibu bapa berkecenderungan untuk mengurangkan salah laku di kalangan pelajar dan dijangka dapat meningkatkan usia mereka untuk lebih sihat di masa hadapan.

Page 7: KAJIAN PERBINCANGAN TERHADAP PEMANTAUAN IBU …worldconferences.net/proceedings/icssr2015/full paper/IC 120 KAJIAN PERBINCANGAN...berbentuk kajian empirikal dan meta analisis yang

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 837

Li et al., (2003) telah menjalankan kajian secara empirikal terhadap 325 pelajar di sekolah menengah yang terletak di Beijing China. Dapatan kajian telah mengesahkan kajian pemantauan ibu bapa terhadap pelajar dalam salah laku penggunaan bahan terlarang mempunyai hubungan yang signifikan. Berdasarkan hasil kajian juga mendapati, walaupun masyarakat China sebuah negara di Asia yang berbeza dari segi budaya kehidupannya dengan Eropah dan Amerika, namun hasil pemantauan ibu bapa kepada anak mereka adalah sama seperti di negara-negara tersebut yang menunjukkan hubungan adalah signifikan dalam mengurangkan salah laku penggunaan bahan terlarang. Peranan yang kuat dalam keibubapaan dengan hasil pemantauan ibu bapa menunjukkan perkaitan yang kuat dalam mengurangkan salah laku di kalangan pelajar terutamanya perempuan berbanding lelaki.

Selain itu, di dalam kajian Springer et al., (2006) melalui hasil laporan daripada para pelajar mendapati bahawa pemantauan ibu bapa yang rendah lebih cenderung untuk mereka berisiko dalam kelakuan dan memerlukan pengawasan serta pemantauan. Pelajar yang tinggal bersama ibu bapa dan diberikan pemantauan yang tinggi telah menunjukkan hubungan yang signifikan untuk pengurangan dalam pengambilan bahan terlarang dan juga kurang agresif berbanding pelajar yang kurang diberikan pemantauan daripada ibu bapanya.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Bohnert, Rios Bedoya, & Breslau (2009) telah mendapati hubungan dalam pemantauan ibu bapa dengan pelajar bagi kaum kulit putih ada menunjukkan pengurangan dalam aktiviti merokok. Berdasarkan kajian mereka permulaan merokok remaja daripada umur 11 tahun hingga 17 tahun boleh berubah dengan pemantauan daripada ibu bapa pelajar. Dengan pemantauan yang dilakukan oleh ibu bapa telah menunjukkan isyarat pengurangan 11% dalam kemungkinan untuk merokok pada umur 17 tahun. Ini menunjukkan pengaruh ibu bapa dalam memantau anak mereka sangat kuat untuk mengubah amalan merokok.

Lac & Crano (2009) di dalam kajian mereka secara meta-analisis terhadap 17 kajian empirikal telah mendapati, pengumpulan terhadap persepsi pelajar yang mengambil dadah jenis marijuana terhadap pemantauan ibu bapa mempunyai hubungan yang signifikan dan menepati andaian dalam kajian seperti yang diharapkan. Pemantauan ibu bapa dapat mengurangkan pengambilan marijuana di kalangan pelajar. Namun pemantauan adalah yang mencabar dan serius dengan pelajar yang terlibat dengan dadah jenis marijuana itu. Selain itu, hasil dapatan keseluruhan menerusi meta analisis menunjukkan hasil yang konsisten dengan keputusan hubungan dalam arah yang dijangka untuk signifikan. Pemantauan juga telah dilihat sebagai faktor pelindung dan telah membuatkan pihak media massa untuk berkempen dalam pencegahan dadah dengan mengambil kira sokongan ibu bapa terhadap kempen anti dadah di seluruh negara oleh Polisi Kawalan Dadah Kebangsaan, menerusi pihak media.

Tobler & Komro, (2010) telah menjalankan kajian mereka dengan bilangan sampel kajian sebanyak 2,621 orang dan melibatkan pelajar grad 6 hingga grad 8. Sebanyak 38% adalah pelajar kaum African American dan 32% adalah kaum Hispanik. Hasil dapatan kajian telah menyokong peranan ibu bapa dalam mencegah penggunaan dadah semasa awal remaja dan menunjukkan bahawa usaha meningkatkan tahap dan konsistensi dalam pemantauan ibu bapa serta komunikasi dapat menunjukkan hasil untuk pencegahan. Ramai pelajar mengambil alkohol, tembakau atau ganja dalam tempoh tersebut dan perkembangan diri mereka adalah di peringkat yang kritikal dan boleh memberikan kesan terhadap kesihatan dan juga kehidupan sosial. Oleh itu, penglibatan ibu bapa terhadap pencegahan dadah sentiasa diberikan keutamaan pada peringkat tersebut.

Di dalam kajian yang dijalankan oleh Poulin & Denault, (2012) terhadap 333 orang pelajar yang berumur daripada 12 hingga 19 tahun di Negara Kanada mendapati pemantauan ibu bapa

Page 8: KAJIAN PERBINCANGAN TERHADAP PEMANTAUAN IBU …worldconferences.net/proceedings/icssr2015/full paper/IC 120 KAJIAN PERBINCANGAN...berbentuk kajian empirikal dan meta analisis yang

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 838

dapat memberikan kesan perlindungan yang positif kepada anak perempuan mereka terhadap pengambilan alkohol dengan mengehadkan pergaulan anak mereka daripada kawan-kawan lelaki dalam aktivitinya. Oleh itu, kajian mereka juga telah membuktikan bahawa pemantauan ibu bapa mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pengambilan alkohol di kalangan anak perempuan.

Berdasarkan kajian literatur ini, penyelidik mendapati kebanyakan artikel adalah menyokong dan jenis empirikal. Artikel yang dikaji membuktikan bahawa amalan pemantauan ibu bapa adalah amalan yang konsisten dan berkesan dalam mengurangkan penglibatan pelajar dalam kes-kes tersebut. Terdapat lapan artikel yang telah dikenalpasti di dalam jadual 4.1 dalam membuktikan pemantauan ibu bapa kepada pelajar dalam salah laku yang melibatkan penyalahgunaan bahan terlarang (alcohol, merokok dan dadah) menerusi hasil kajian yang dijalankan oleh para pengkaji daripada luar negara.

Walaupun terdapat pelbagai cara dalam memantau kegiatan pelajar oleh ibu bapa namun dengan amalan tertentu yang sesuai dapat membantu pelajar dengan dirinya dan persekitaran. Kesemua artikel yang dibincangkan dalam kajian ini telah diringkaskan seperti di jadual 4.1. Kesimpulan yang dapat diambil dan digunakan adalah melibatkan peranan oleh ibu bapa terhadap anak mereka melalui amalan pemantauan yang sesuai dan relevan untuk digunakan supaya pelajar benar-benar memahami tujuan ibu bapa berbuat demikian dan seterusnya memotivasikan mereka untuk bertingkah laku baik, tidak terjebak dengan perkara yang negatif, berkongsi maklumat serta tidak bersama-sama dengan rakan sebaya yang negatif dan sebagainya.

7. Kesimpulan dan Cadangan di Masa Depan

Pemantauan ibu bapa adalah satu aspek yang sangat penting kepada pelajar kerana ianya adalah amalan yang membantu ibu bapa untuk memantau perihal anaknya. Justeru, pemantauan ibu bapa di kalangan pelajar, khususnya yang terlibat dengan salah laku dalam pengambilan bahan terlarang (alkohol, merokok dan dadah) perlu diberikan perhatian yang serius dan memerlukan tindakan yang segera. Diharapan kajian lanjutan terhadap pemantauan ibu bapa dapat dikembangkan dan diperbanyakkan di Malaysia kerana setakat ini kebanyakan kajian berkenaan tajuk ini banyak dari negara luar seperti di barat dan masih tidak jelas dalam kajian penyelidikan yang dijalankan di negara ini. Walaupun terdapat bukti yang meyakinkan bahawa pemantauan ibu bapa mempunyai peranan yang penting dalam pembangunan tingkah laku pelajar, khususnya terhadap jenis salah laku yang dibincangkan namun ia masih belum dilihat sebagai satu aspek yang besar untuk diangkat dan berdiri sendiri dalam kajian-kajian di Malaysia. Sedangkan isu dalam jenis salah laku tersebut sememangnya berlaku di Malaysia. Oleh itu, dalam usaha untuk menangani salah laku tersebut, amalan pemantauan ibu bapa di lihat sebagai satu cara yang sesuai untuk diamalkan dengan pemahaman yang jelas dengan amalan yang sesuai mengikut keperluan.

Malahan amalan pemantauan ibu bapa juga boleh dikembangkan lagi dalam pelbagai salah laku yang lain di kalangan pelajar. Sebelum ini salah laku pelajar sering dikaitkan dengan pelbagai faktor yang lain seperti faktor rakan sebaya, faktor persekitaran selain daripada ibu bapa, keupayaan pengawalan emosi, ciri-ciri peribadi (iaitu umur, jantina dan pencapaian akademik) dan faktor persekitaran (iaitu hubungan rakan sebaya, pengaruh media dan ciri-ciri keluarga). Oleh itu, di masa akan datang, penyelidik mencadangkan agar kajian selanjutnya mengenai pemantauan ibu bapa kepada pelajar bagi menggalakkan pemahaman terhadap amalan pemantauan ibu bapa dalam faktor keibubapaan dengan teori-teori atau pendekatan-pendekatan tertentu dapat diberikan perhatian dan kajian yang mendalam. Selain itu diharapkan juga ada kajian pemantauan ibu bapa dan pelajar dalam pengambilan bahan terlarang yang dihubung jalinkan dengan bidang penilaian

Page 9: KAJIAN PERBINCANGAN TERHADAP PEMANTAUAN IBU …worldconferences.net/proceedings/icssr2015/full paper/IC 120 KAJIAN PERBINCANGAN...berbentuk kajian empirikal dan meta analisis yang

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 839

klinikal, intervensi, dan pencegahan. Penyelidik juga berharap adanya pengkaji yang akan membuat kajian penyelidikan yang lebih terperinci dan komprehensif melalui pendekatan-pendekatan yang tertentu mengikut kesesuaian budaya masyarakat di Malaysia. Pihak sekolah dan guru, khususnya guru bimbingan dan kaunseling boleh mengadakan kursus dan bengkel pendidikan yang sesuai dalam konteks pemantauan ibu bapa kepada pelajar dalam aspek keibubapaan dengan pelajar. Dengan ini, diharapkan dapat mengurangkan banyak lagi masalah tingkah laku dan dapat juga merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa dengan para pelajar, berkelakuan baik, bersama dengan rakan-rakan yang positif, melakukan perkara yang berfaedah dan sebagainya serta menjadi generasi yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Rujukan

Ary, D.V., Duncan, T.E., Biglan, A., Metzler, C.W., Noell, J.W. dan Smolkowski, K. (1999). Development of adolescent problem behavior. Journal of Abnormal Child Psychology, 27(2), 141-150.

Barnes, G.M. & Farrell., Michael, P. (1992). Parental support and control as predictors of adolescent drinking, delinquency and related problems behaviours. Journal of Marriage and family, 54: 763-776.5.

Bobakova, D., Geckova, A.M., Klein, D., Reijneveld, S.A. dan van Dijk, J.P. (2012). Protective factors of substance use in youth subcultures. Addictive Behaviors, 37(9), 1063-1067.

Bohnert, K.M., Rios-Bedoya, C.F., & Breslau, N. (2009). Parental monitoring at age 11 and smoking initiation up to age 17 among blacks and whites: A prospective investigation. Nicotine & Tobacco Research, ntp160.

Brown, B. B., Mounts, N., Lamborn, S.D., & Steinberg, L. (1993). Parenting practices and peer group affiliation in adolescence. Child development, 64 (2), 467 – 482.

Chilcoat, H.D., Dishion, T.J., & Anthony, J.C. (1995). Parent monitoring and the incidence of drug sampling in urban elementary school children. American Journal of Epidemiology, 141(1), 25-31.

Dishion, T.J., & Loeber, R. (1985). Adolescent marijuana and alcohol use: The role of parents and peers revisited. The American journal of drug and alcohol abuse, 11(1-2), 11-25.

Dishion, T.J., & McMahon, R.J. (1998). Parental monitoring and the prevention of child and adolescent problem behavior: A conceptual and empirical formulation. Clinical Child and Family Psychology Review, 1(1), 61-75.

Dishion, T.J., Patterson, G.R., Stoolmiller, M., & Skinner, M.L. (1991). Family, school, and behavioral antecedents to early adolescent involvement with antisosial peers. Developmental Pschology, 27, 172-180.

Freisthler, B., Byrnes, H.F dan Gruenewald, P.J. (2009). Alcohol outlet outlet density, parental monitoring, and adolescent deviance: a multilevel analysis. Children and Youth Services Review, 31(3), 325-330. Doi:10.1016/j.childyouth.2008.08.006.

Page 10: KAJIAN PERBINCANGAN TERHADAP PEMANTAUAN IBU …worldconferences.net/proceedings/icssr2015/full paper/IC 120 KAJIAN PERBINCANGAN...berbentuk kajian empirikal dan meta analisis yang

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 840

Grunbaum, J.A., Kann, L., Kinchen, S., Ross, J., Hawkins., J., Lowry, R., Harris, W.A., McManus, T., Chyen, D., & Collins, J. (2004). Youth risk behavior surveillance United States, 2003. MMWR: Surveillance Summaries, 53(2), 1-96.

Guilamo-Ramos, V., Jaccard, J. & Dittus, P. (2010). Parental monitoring of adolescent: Current Perspectives for researchers and practitioners. New York, NY. USA: Columbia University Press. Retrived on May 21, 2015 from http://www.ebrary.com.

Kamus dewan (2013). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Ker, M., Stattin, H., & Pakalniskiene, V. (2008). Parents react to adolescent problem behaviors by worrying more and monitoring less. What parents can do? England: John Wiley and Sons, Ltd.

Lac, A., & Crano, W. D. (2009). Monitoring matters meta-analytic review reveals the reliable linkage of parental monitoring with adolescent marijuana use. Perspective on Psychological Science, 4(6), 578-586.

Laird, R. D., Criss, M.M., Pettit, G.S., Dodge, K.A., & Bates, J. E., (2008). Parents’ monitoring knowledge attenuates the link between antisosial friends and adolescent delinquent behavior. Journal of Abnormal Child Psychology, 36(3): 299-310.

Lee Lam Thye (8 Mei 2014). Membentuk modal insan bermula dari sekolah. Utusan Malaysia. Diakses pada 30 September, 2014 daripada http://www.utusan.com.my.

Li, X., Fang, X., Stanton, B., Su, L. & Wu, Y. (2003). Parental monitoring among adolescent in Beijing, China. Journal of adolescent health, 33(2), 130-132.

Li, X., Feigelman, S., & Stanton, B. (2000). Perceived parenta monitoring and health risk behaviors among urban low-income African-American children and adolescents. Journal of Adolescent Health, 27(1), 43-48.

Moore, G.F., Rothwell, H. dan Segrott, J. (2010). An exploratory study of the relationship between parental attitudes and behavior and young people’s consumption of alcohol. Substance Abuse Treatment, Prevention and Policy.

Nagoshi, J.L., Marsiglia, F.F., Parsai, M., & Castro, F.G. (2011). The moderating effects of ethnic identification on the relationship between parental monitoring and substance use in Mexican heritage adolescents in the Southwest United States. Journal of Community Psychology, 39(5), 520-533.

Neumann, A., Barker, E. D., Koot, H.M, & Maughan, B. (2010). The role of contectual risk, impulsivity, and parental knowledge in the development of adolescent antisocial behavior. Journal of Abnormal Psychology, 119, 534-545.

Parker, J.S. dan Benson, M.J. (2004). Parent-adolescent relations and adolescent functioning: Self- esteem, substance abuse and delinquency. Adolescence, 39 (155), 519-530.

Pettit, G.S., Keiley, M.S., Laird, R.D., Bates, J. E., & Dodge, K.A. (2007). Predicting the development course of mother-reported monitoring across childhood and adolescence from early proactive parenting, child temperament and parents’ worries. Journal of Family Psychology, 21:206-217.

Page 11: KAJIAN PERBINCANGAN TERHADAP PEMANTAUAN IBU …worldconferences.net/proceedings/icssr2015/full paper/IC 120 KAJIAN PERBINCANGAN...berbentuk kajian empirikal dan meta analisis yang

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 841

Pettit, G.S., Laird, R.D., Dodge, K.A., Bates, J.E., & Criss, M.M (2001). Antescedents and behavior- problem outcomes of parental monitoring and psychological control in early adolescence. Child Development, 72, 583-598.

Poulin, F., & Denault, A.S. (2012). Other-sex friendships as a mediator between parental monitoring and substance use in girls and boys. Journal of youth and adolescence, 41(11), 1488-1501.

Richards, M.H., Miller, B.V., O’Donnell, P.C., Wasswerman, M.S., & Colder, C. (2004). Parental monitoring mediates the effects of age and sex on problem behaviors among African American urban young adolescents. Journal of Youth and Adolescence, 33, 221-233.

Ryan, S.M., Jorm. A.F. dan Lubman, D.I. (2010). Parenting factors associated with reduced adolescent alcohol use: A systematic review of longitudinal studies. The Australian and New Zealand Journal of Psychiatry, 44(9), 774-783.

Sampson, R.J & Laub, J.H. (1994). Urban poverty and the family context of delinquency : A new look at structure and process in a classic study. Child Development, 65, 523-540.

Sessa, F.M. (2005). The influence of perceived parenting on substance use during the transition to college: A comparison of male residential and commuter students. Journal of College Student Development, 46(1), 62-74.

Simons Morton, B. dan Chen,R (2005). Latent growth curve analyses of parent influences on drinking progression among early adolescents. Journal of Studies on Alcohol, 66, 5−13.

Springer, A.E., Sharma, S., de Guardo, A.M., Nava, F.V., & Kelder, S.H. (2006). Perceived parental monitoring and health risk behavior among public secondary school students in ElSalvador. The Scientific World Journal, 6, 1810-1814.

Smetana, J.G., & Daddis, C. (2002). Domain-specific antecedents of parental psychological control and monitoring: The role of parenting beliefs and practices. Child Development, 73,563-580.

Stattin, J., & Kerr, M. (2000). Parental monitoring: A reinterpretation. Child Development, 71, 1072- 1085.

Stone, A.L., Becker, L.G., Huber, A.M. dan Catalano, R.F. (2012). Review of risk and protective factors of substance use and problem use in emerging adulthood. Addictive Behaviors, 37(7), 747- 775.

Tobler, A.L., & Komro, K.A. (2010). Trajectories or parental monitoring and communication and effects on drug use among urban young adolescents. Journal of Adolescent Health, 46(6), 560-568.

Tornay, L., Michaud, P.A., Gmel, G., Wilson, M.L., Berchtold, A., & Suris, J.C. (2013). Parental monitoring: a way to decrease substance use among Swiss adolescents?. European Journal of Pediatarics, 172(9). 1229-1234.

Vieno, A., Nation, M., Pastore, M., & Santinello, M. (2009). Parenting and antisocial behavior: A model of the relationship between adolescent self-disclosure, parental closeness, parental control, and adolescent antisosial behavior. Developmental Psychology, 45, 1509-1519.

Page 12: KAJIAN PERBINCANGAN TERHADAP PEMANTAUAN IBU …worldconferences.net/proceedings/icssr2015/full paper/IC 120 KAJIAN PERBINCANGAN...berbentuk kajian empirikal dan meta analisis yang

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 842

Willoughby, T., & Hamza, C.A (2011). A longitunal examination of the bidirectional associations among perceived parenting behaviors, adolescent disclosure and problem behavior across the high school years. Journal of Youth and Adolescence, 40: 463-478.