satu tinjauan terhadap jenis psikologi pelajar sijil...

24
Proceeding of the 3 rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN 978-967-0792-06-4). Organized by http://worldconferences.net 283 SATU TINJAUAN TERHADAP JENIS PSIKOLOGI PELAJAR SIJIL KOMPUTER DAN SOKONGAN (SKS) KOLEJ KOMUNITI BAYAN BARU Norhafizah Abdul Rahman 1 , Noor Sarena Mohd Zahid 2 dan Mariambee Mustaffa 3 Kolej Komuniti Bayan Baru Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 1 [email protected], 2 [email protected], 3 [email protected] ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti jenis psikologi yang dimiliki oleh pelajar Sijil Komputer Dan Sokongan Kolej Komuniti Bayan Baru.Sampel kajian terdiri daripada 339 pelajar di seluruh Kolej Komuniti Pulau Pinang.Semua maklumat diperolehi menggunakan borang soal selidik.Data yang telah dikumpul dianalisis menggunakan perisian computer (Statistical Package For Social Science). Jenis Psikologi untuk kajian ini terbahagi kepada 4 jenis iaitu Artisan, Guardian, Rational dan Idealist. Hasil dapatan yang tertinggi merujuk kepada kumpulan pelajar dengan jenis psikologi Guardian, iaitu sebanyak 65.04%. Manakala Idealist 13.00% dan jenis psikologi Rational 12.20%. Jenis psikologi yang terendah dalam kajian ini ialah Artisan iaitu sebanyak 9.76%. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, diharapkan pihak yang terlibat dapat mengambil langkah-langkah yang terbaik untuk meningkatkan prestasi pembelajaran dan pengajaran di Kolej Komuniti Bayan Baru. Katakunci: Jenis Psikologi, Pelajar Sijil Komputer dan Sokongan, Tenaga Pengajar 1.0 Pendahuluan 1.1 Pengenalan Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah meluluskan Memorandum No. 398/2225/00 yang disediakan Kementerian Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Kolej ini akan menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Di negara maju, pendidikan teknikal dan latihan vokasional menjadi antara pilihan utama pelajar kerana ianya menyediakan prospek kerjaya yang baik. Sebaliknya di negara kita, ianya dilihat sebgai pilihan terakhir kerana persepsi prospek kerjaya yang terhad. Andaian negatif ini harus disangkal. Pendidikan teknikal dan latihan vokasional sebenarnya menyediakan landasan alternatif yang baik bagi para pelajar merealisasikan potensi mereka.( Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, 2010). Oleh yang demekian penubuhan kolej komuniti ibarat sepohon pokok yang rendang, tempat tumpuan dan perhatian semua lapisan masyarakat sebagai Hab Pembelajaran Sepanjang Hayat selari dengan slogan Kolej Komuniti “ Peneraju Komuniti Berilmu & Berkemahiran”. Kini Kolej Komuniti beraspirasi untuk memperbanyakkan program “skill-based”, meneroka program-program ‘apparenticeship training dan

Upload: others

Post on 27-Jan-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SATU TINJAUAN TERHADAP JENIS PSIKOLOGI PELAJAR SIJIL ...worldconferences.net/proceedings/aics2015/fullpaper... · merujuk juga kepada personaliti dan juga sifat manusia. People Types

Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN 978-967-0792-06-4). Organized by http://worldconferences.net 283

SATU TINJAUAN TERHADAP JENIS PSIKOLOGI PELAJAR SIJIL KOMPUTER DAN SOKONGAN (SKS) KOLEJ KOMUNITI BAYAN BARU

Norhafizah Abdul Rahman1, Noor Sarena Mohd Zahid2 dan Mariambee Mustaffa3

Kolej Komuniti Bayan Baru Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

[email protected], [email protected], [email protected]

ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti jenis psikologi yang dimiliki oleh pelajar Sijil Komputer Dan Sokongan Kolej Komuniti Bayan Baru.Sampel kajian terdiri daripada 339 pelajar di seluruh Kolej Komuniti Pulau Pinang.Semua maklumat diperolehi menggunakan borang soal selidik.Data yang telah dikumpul dianalisis menggunakan perisian computer (Statistical Package For Social Science). Jenis Psikologi untuk kajian ini terbahagi kepada 4 jenis iaitu Artisan, Guardian, Rational dan Idealist. Hasil dapatan yang tertinggi merujuk kepada kumpulan pelajar dengan jenis psikologi Guardian, iaitu sebanyak 65.04%. Manakala Idealist 13.00% dan jenis psikologi Rational 12.20%. Jenis psikologi yang terendah dalam kajian ini ialah Artisan iaitu sebanyak 9.76%. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, diharapkan pihak yang terlibat dapat mengambil langkah-langkah yang terbaik untuk meningkatkan prestasi pembelajaran dan pengajaran di Kolej Komuniti Bayan Baru. Katakunci: Jenis Psikologi, Pelajar Sijil Komputer dan Sokongan, Tenaga Pengajar 1.0 Pendahuluan

1.1 Pengenalan

Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah meluluskan Memorandum No. 398/2225/00 yang disediakan Kementerian Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Kolej ini akan menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Di negara maju, pendidikan teknikal dan latihan vokasional menjadi antara pilihan utama pelajar kerana ianya menyediakan prospek kerjaya yang baik. Sebaliknya di negara kita, ianya dilihat sebgai pilihan terakhir kerana persepsi prospek kerjaya yang terhad. Andaian negatif ini harus disangkal. Pendidikan teknikal dan latihan vokasional sebenarnya menyediakan landasan alternatif yang baik bagi para pelajar merealisasikan potensi mereka.( Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, 2010). Oleh yang demekian penubuhan kolej komuniti ibarat sepohon pokok yang rendang, tempat tumpuan dan perhatian semua lapisan masyarakat sebagai Hab Pembelajaran Sepanjang Hayat selari dengan slogan Kolej Komuniti “ Peneraju Komuniti Berilmu & Berkemahiran”. Kini Kolej Komuniti beraspirasi untuk memperbanyakkan program “skill-based”, meneroka program-program ‘apparenticeship training dan

Page 2: SATU TINJAUAN TERHADAP JENIS PSIKOLOGI PELAJAR SIJIL ...worldconferences.net/proceedings/aics2015/fullpaper... · merujuk juga kepada personaliti dan juga sifat manusia. People Types

Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN 978-967-0792-06-4). Organized by http://worldconferences.net 284

memberi fokus kepada golongan tercicir.(Y.B Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin). Kolej Komuniti telah menjadi sebagai salah sebuah institusi pendidikan di Malaysia. Semua Kolej Komuniti merupakan institusi pendidikan yang menyediakan pembelajaran secara formal pada pelajar lepasan sekolah dan yang pernah bekerja.

Pembelajaran di semua Kolej Komuniti hanya dapat dilaksanakan dengan berkesan apabila wujud aktiviti pengajaran. Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Elemen penting di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran yang perlu diberi perhatian adalah psikologi pelajar. Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga 2002, psikologi juga membawa maksud kebijaksanaan memahami sifat manusia. Ini secara tidak langsung sifat dan juga keperibadiaan iaitu personaliti (Kamus Dwibahasa, Edisi Kedua,2001) memberi kesan di dalam cara pembelajaran pelajar (Brenda Wilz,2002). Proses pengajaran dan pembelajaran menghasilkan karisma yang unik di antara pengajar dan pelajar kerana berlainan pengajar mengamalkan gaya pengajaran yang berlaianan dan pelajar yang berbeza mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Untuk memahami motivasi dan gaya pembelajaran pelajar,adalah penting untuk memahami jenis personaliti pelajar itu sendiri (Lawrence,1995). Jenis personaliti adalah semulajadi dan boleh meramal perbezaan gaya pembelajaran dan refleksi pelajar terhadap kaedah pengajaran. Dengan memahami jenis personaliti ianya membantu kita menjelaskan kenapa terdapat pelajar boleh menerima dan suka pada sesuatu cara pengajaran, sebaliknya ada pelajar yang tidak suka (Myers & Myers,1980).

1.2 Penyataan Masalah

Penyelidikan ini bertitik tolak daripada Program Pengukuhan Kolej Komuniti yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Seri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Menteri, Malaysia pada 14 Julai 2010, di mana Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan memastikan Kolej Komuniti dapat memperbanyakkan program skill-based, meneroka program-program apprenticeship training dan memberi fokus kepada golongan masyarakat yang tercicir. (Mohamed Khalid bin Nordin,2010).

Rentetan itu, pihak Kolej Komuniti telah merangka pelbagai kaedah dan cara bagi memastikan objektif di atas dapat tercapai. Salah satu daripadanya adalah ciri-ciri kurikulum yang disediakan adalah menjurus kepada Pendekatan Latihan Berasakan Tindakan. (Action Oriented Learning).Pendekatan ini akan digunakapakai di dalam tempoh latihan/pengajian. Ia akan memupuk pembelajaran aktif dan kendiri, dan juga kerja berpasukan. Ini dapat memberi fokus kepada pelbagai jenis tahap akademik pelajar sesuai dengan sasaran Kolej Komuniti.

Jika idea pembelajaran arahan kendiri dipandang sebagai proses yang terdiri dari kedua-dua kaedah pembelajaran dan ciri-ciri keperibadian individu (personaliti), maka adalah penting untuk kita mempertimbangkan bagaimana dua dimensi ini saling berkait(Ralph G.Brockett dan Roger Hiemstra,1991). Menurut Shahabudin dan Rohizami (2003) ada menyatakan bahawa pembelajaran dan personaliti tidak dapat dipisahkan. Seseorang pendidik,ibu bapa, dan pelajar itu sendiri perlu mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan teori pembelajaran dan personaliti untuk memudahkan mereka memahami bagaimana proses pembelajaran itu berlaku.

Page 3: SATU TINJAUAN TERHADAP JENIS PSIKOLOGI PELAJAR SIJIL ...worldconferences.net/proceedings/aics2015/fullpaper... · merujuk juga kepada personaliti dan juga sifat manusia. People Types

Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN 978-967-0792-06-4). Organized by http://worldconferences.net 285

Pelajar perlu berusaha untuk memahami jenis psikologi yang dimiliki oleh mereka di samping rakan-rakan yang lain dan cuba untuk menerima serta menyesuaikan diri mereka dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dipraktikkan di Kolej Komuniti (Amira, Hasnah, dan Zurilawati 2010). Oleh yang demikian, pengkaji merasakan penyelidikan ini penting bagi memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di Kolej Komuniti di Pulau Pinang agar dpat melahirkan generasi yang berkualiti, berkemahiran tinggi dan berilmu kepada masyarakat.

1.3 Objektif

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif berikut:

i. Mengenalpasti demografi pelajar Sijil Komputer Dan Sokongan Kolej Komuniti Bayan Baru. ii. Mengenalpasti jenis psikologi yang dimiliki oleh pelajar Sijil Komputer Dan Sokongan Kolej

Komuniti Bayan Baru.

1.4 Persoalan kajian

Terdapat persoalan utama kajian ini iaitu:

1. Apakah demografi yang dimiliki pelajar Sijil Komputer Dan Sokongan Kolej Komuniti Bayan Baru. 2. Apakah jenis psikologi yang dimiliki oleh pelajar yang mengikuti program sijil di Kolej Komuniti di

Pulau Pinang?

Page 4: SATU TINJAUAN TERHADAP JENIS PSIKOLOGI PELAJAR SIJIL ...worldconferences.net/proceedings/aics2015/fullpaper... · merujuk juga kepada personaliti dan juga sifat manusia. People Types

Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN 978-967-0792-06-4). Organized by http://worldconferences.net 286

1.5 Kerangka Teori Penyelidikan

Rajah 1 : Kerangka Teori Penyelidikan

Page 5: SATU TINJAUAN TERHADAP JENIS PSIKOLOGI PELAJAR SIJIL ...worldconferences.net/proceedings/aics2015/fullpaper... · merujuk juga kepada personaliti dan juga sifat manusia. People Types

Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN 978-967-0792-06-4). Organized by http://worldconferences.net 287

2.0 Tinjauan Bacaan

2.1 Pengenalam

Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga 2002, psikologi membawa maksud kebijaksanaan memahami sifat manusia. Manakala personaliti ditakrifkan sebagai keperibadiaan (Kamus Dwibahasa, Edisi Kedua,2001).Kedua-dua terma ini digunapakai oleh Carl Jung (1971) di dalam teorinya iaitu Jenis Psikologi. Carl Gustav Jung menjelaskan keperibadian manusia berdasarkan tujuannya dalam kehidupan yang dipengaruhi oleh masa lalu dan masa depan manusia. Jung menjelaskan berbagai macam struktur Psyche, topologi keperibadian manusia berdasarkan sikap dan fungsi dominan yang dimiliki oleh manusia itu, mekanisme pergerakan tenaga psikis dan tahap perkembangan keperibadiannya.Penerangan ini jelas membuktikan Jung menggunakan perkataan-perkataan yang merujuk juga kepada personaliti dan juga sifat manusia.

People Types and Tiger Stripes (Lawrence, 1993) menyatakan guru seharusnya diperkenalkan kepada jenis teori psikologi dan kegunaannya di dalam kelas. Penyelidikan menentukan jenis psikologi menyediakan inovasi baru bagaimana untuk meningkatkan tatacara pembelajaran untuk para pelajar.

Hasil penyelidikan ini dapat membantu tenaga pengajar untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran mereka bagi menghasilkan output/pelajar yang berkualiti. Pengajar dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan di dalam pelaksanaan strategi pembelajaran arahan kendiri yang akan mereka gunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Seterusnya, penyelidikan ini juga dapat membantu pihak yang bertanggunjawab menyesuaikan kurikulum di Kolej Komuniti dengan memenuhi semua jenis psikologi pelajar. Mereka boleh menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai sebagai medium untuk membantu pelajar Kolej Komuniti untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam mengaplikasikan pembelajaran arahan kendiri.

2.2 MBTI (The Myers-Briggs Type Indicator)

Diinspirasikan oleh buku Jung, soalselidik (MBTI) untuk dijadikan indikator telah direkabentuk untuk mengenalpasti enam belas corak tindakan dan tingkah laku. Hasilnya amat berjaya di mana pada tahun 1990an lebih dari satu juta individu mengambil MBTI setiap tahun. Kepentingan tentang tipologi personaliti juga telah dipulihkan di Amerika dan Eropah (David Keirsey, 1998).

Sejak kebelakangan ini, kebanyakkan kajian yang mengkaji berkenaan hubungan antara personaliti dan pembelajaran adalah melalui The Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) (Mark D. Threeton, 2009). Penggunaan The Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) yang meluas telah memberi sokongan kepada penggunaan potensi ramalan sebagai satu cara untuk memahami guru dan pelajar serta interaksi antara keduanya (Tracy Kitchel, 2010).

Tracy Kitchel dan Robert M.Torres (2006), menyatakan Teori Jenis Personaliti seperti yang ditakrifkan oleh Myer dan Myers (1995) adalah berkisar kepada keutamaan daripada empat set bertentangan iaitu extraversion-introversion (E-I), sensing-intuition (S-N), thinking-feeling (T-F) dan judging-perceiving (J-P).

Page 6: SATU TINJAUAN TERHADAP JENIS PSIKOLOGI PELAJAR SIJIL ...worldconferences.net/proceedings/aics2015/fullpaper... · merujuk juga kepada personaliti dan juga sifat manusia. People Types

Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN 978-967-0792-06-4). Organized by http://worldconferences.net 288

Penggunaan indikator (MBTI) ini akan menyenaraikan setiap skala dengan menggunakan empat perkataan dan menghasilkan 16 jenis skala seperti Jadual 1. Penilaian skala akan dilihat dengan berdasarkan dominasi skala yang akan diperolehi melalui analisis.

Jadual 1: Jenis Skala MBTI

Sensing Types Intuitive Types

Thinking

-ST- Feeling

-SF- Feeling

-NF- Thinking

-NT-

I _ _ J ISTJ ISFJ INFJ INTJ

I _ _ P ISTP ISFP INFP INTP

E _ _ P ESTP ESFP ENFP ENTP

E _ _ J ESTJ ESFJ ENFJ ENTJ

( Nota: Dicapai dari Gifts Differing Understanding Personality Type, Myer & Myer, 1980)

2.2.1 Penerangan ringkas 16 jenis psikologi

Terdapat enam belas jenis psikologi yang mungkin dimiliki oleh seseorang individu dan setiap jenis psikologi menggambarkan keperibadian yang dimiliki oleh pemiliknya (Pearman, 2002).

2.2.1.1 ISTJ

Pemilik jenis psikologi ISTJ (Introversion, deria, pemikiran dan penilaian) banyak dipengaruhi oleh faktor dalaman misalnya emosi. Mereka banyak bermain dengan fakta dan membuat keputusan selepas mengambilkira dari pelbagai aspek atau pilihan. Pengurusan diri mereka berasaskan logikal dan mereka adalah seorang yang pendiam, serius dan cukup bersedia untuk meraikan sambutan.

2.2.1.2 ISFJ

Pemilik ISFJ (Introversion, deria, perasaan dan penilaian) ini mempunyai pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor dalaman dan juga emosi. Mereka lebih berkait dengan fakta dan manusia serta membuat keputusan yang berasaskan nilai-nilai peribadi. Mereka lebih suka bersama dengan orang yang mereka sukai. Mereka adalah orang yang pendiam dan serius. Mereka menyukai kerja yang melibatkan perkhidmatan kepada masyarakat.

Introvert

Extravert

Page 7: SATU TINJAUAN TERHADAP JENIS PSIKOLOGI PELAJAR SIJIL ...worldconferences.net/proceedings/aics2015/fullpaper... · merujuk juga kepada personaliti dan juga sifat manusia. People Types

Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN 978-967-0792-06-4). Organized by http://worldconferences.net 289

2.2.1.3 INFJ

Pemikiran individu INFJ (Introversion, gerak hati, perasaan dan penilaian) dipengaruhi oleh faktor dalaman dan juga emosi. Mereka lebih cenderung kepada pembentukan dan kemungkinan, pengkhususan kepada masyarakat dan membuat keputusan menggunakan nilai-nilai peribadi. Kehidupan mereka diuruskan oleh asas peribadi dan mereka bekerja secara teratur untuk penuhi matlamat, dan mereka ini lebih pendiam. Mereka menunjukkan kebimbangan terhadap orang lain dalam keadaan yang tenang dan tidak menonjol; dan mereka ini berminat dalam membantu perkembangan dan pertumbuhan individu.

2.2.1.4 INTJ

Pemilik INTJ (Introversion, gerak hati, pemikiran dan penilaian) dipengaruhi oleh faktor dalam seperti emosi. Mereka lebih memikirkan kepada kemungkinan dan corak kehidupan mereka pada masa hadapan dan seterusnya membuat keputusan menggunakan analisis impersonal. Kehidupan mereka diuruskan dengan asas logik. Mereka mempunyai kekuatan intelek yang baik dan menjadi seorang yang terperinci terhadap strategi yang berkaitan mereka.

2.2.1.5 ISTP

Pemikiran individu ISTP (Introversion, deria, pemikiran dan tanggapan) dipengaruhi oleh dalaman seperti emosi. Mereka lebih berkaitan dengan perkara bercorak fakta, dan membuat keputusan berdasarkan asas logik. Hidup mereka adalah fleksibel, menunjukkan minat atau kecenderungan dalam mendapatkan maklumat yang baru untuk kefahaman yang praktikal. Mereka seorang yang pendiam dan lebih mengambilkira bagaimana dan kenapa sesuatu benda bekerja dan juga boleh dilihat sebagai impulsif dan melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan.

2.2.1.6 ISFP

Golongan ISFP (Introversion, deria, perasaan dan tanggapan) mempunyai tenaga daripada pemikiran dan juga emosi. Mereka lebih cenderung dengan fakta dan masyarakat, dan membuat keputusan ke atas nilai-nilai peribadi yang asas. Mereka bersifat terbuka, pendiam dan mesra. Mereka berminat terhadap manusia dan mereka menggunakan perhatian dan perasaan sensitif untuk membantu orang lain. Mereka tidak gemar kepada konfrantasi dan konflik. Mereka kebiasaanya bertindak sebagai penyokong bagi sesebuah kumpulan.

2.2.1.7 INFP

Tenaga bagi golongan INFP (Introversion, gerak hati, perasaan dan tanggapan) terhasil daripada pemikiran aspek dalaman dan juga emosi. Mereka lebih menumpukan kepada corak dan kemungkinan-kemungkinan, terutamanya kepada masyarakat dan lebih kepada membuat keputusan ke atas nilai-nilai peribadi. Kehidupan mereka adalah fleksibel dan lebih bersifat pendiam tetapi boleh di bawa berbincang. Mereka lebih tertarik kepada idea-idea dan kadangkala mereka merupakan penyumbang kepada kreativiti. Mereka cenderung mengambilalih kerja yang mempunyai tujuan bermakna.

Page 8: SATU TINJAUAN TERHADAP JENIS PSIKOLOGI PELAJAR SIJIL ...worldconferences.net/proceedings/aics2015/fullpaper... · merujuk juga kepada personaliti dan juga sifat manusia. People Types

Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN 978-967-0792-06-4). Organized by http://worldconferences.net 290

2.2.1.8 INTP

Individu INTP (Introversion, gerak hati, pemikiran dan tanggapan) mempunyai tenaga hasil pemikiran intrinsik yang mungkin dari emosi. Mereka lebih kepada corak dan kemungkinan, dan membuat keputusan ke atas perkara yang logik. Kehidupan mereka fleksibel, menurut kepada pandangan dan kemungkinan yang dibangkitkan. Mereka seorang yang pendiam tetapi boleh di bawa berbincang. Mereka tidak berminat kepada rutin, dan akan melibatkan kepada pengujian atau mengubah sesuatu perkara yang mereka lihat boleh dipertingkatkan. Mereka melakukan sesuatu yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang kompleks dengan melibatkan aplikasi intelek.

2.2.1.9 ESTP

Pemilik ESTP (Ekstraversion, deria, pemikiran dan tanggapan) mendapat tenaga daripada tindakan dunia luar dan melalui kata-kata yang diucapkan. Mereka lebih kepada fakta yang kebiasaannya memperlihatkan keobjektifan, dan membuat keputusan ke atas perkara yang logik. Kehidupan mereka fleksibel, dan bertindak sebagai penyelesai masalah dan juga cenderung untuk bekerja dengan isu-isu organisasi yang praktikal. Mereka boleh menjadi impulsif dan mengambil tempat dalam kerja yang melibatkan permasalahan dan akan bekerja dengan baik apabila terdapat pengurusan dalam keperluan dan juga penyelesaian.

2.2.1.10 ESFP

Golongan ESFP (Ektraversion, deria, perasaan dan tanggapan) memperolehi tenaga hasil daripada tindakan-tindakan yang dipengaruhi dunia luar dan melalui perkataan yang diucapkan. Mereka lebih cenderung kepada fakta yang melibatkan nilai bersemuka. Mereka dikaitkan dengan masyarakat dan mempunyai hubungan rakan baik. Kehidupan mereka adalah fleksibel dan bertindakbalas kepada perkara yang mempunyai peningkatan. Mereka bersifat impulsif dan ramah, mencari hiburan dan mudah berkawan. Mereka cenderung untuk turut serta dalam menyelesaikan masalah yang penting dan melakukan yang terbaik dalam situasi praktikal yang melibatkan masyarakat.

2.2.1.11 ENFP

Tenaga individu ENFP (Ekstraversion, gerak hati, perasaan dan tanggapan) diperolehi melalui tindakan dunia luar dan kata-kata yang diucapkan. Mereka lebih kepada corak dan kemungkinan-kemungkinan, lebih-lebih lagi untuk masyarakat, membuat keputusan terhadap nilai-nilai peribadi yang asas. Kehidupan mereka pula adalah fleksibel, merujuk kepada pandangan baru dan kemungkinan-kemungkinan seperti yang telah dinyatakan. Mereka bersifat kreatif dan lebih suka mencuba idea yang baru yang boleh mendatangkan faedah kepada masyarakat. Mereka kadangkala mungkin bersifat teliti dan merancang, tetapi mereka lebih menyukai kerja yang melibatkan ujikaji dan kepelbagaian dengan mengikut matlamat yang asal.

2.2.1.12 ENTP

Golongan ENTP (Ekstraversion, gerak hati, pemikiran dan tanggapan) memiliki tenaga yang datangnya melalui tindakan luar dan kata-kata yang diucapkan. Mereka lebih kepada corak dan kemungkinan-kemungkinan, membuat keputusan ke atas asas-asas yang logik. Mereka boleh dibawa

Page 9: SATU TINJAUAN TERHADAP JENIS PSIKOLOGI PELAJAR SIJIL ...worldconferences.net/proceedings/aics2015/fullpaper... · merujuk juga kepada personaliti dan juga sifat manusia. People Types

Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN 978-967-0792-06-4). Organized by http://worldconferences.net 291

berbincang dan lebih fokus kepada idea baru yang mereka minati. Kebiasaanya, mereka terlibat dalam peningkatan kompentensi atau kemahiran. Mereka berminat dalam perubahan dan membuat yang terbaik dalam pemasalahan yang mendatang yang memerlukan aplikasi ke atas kreativiti dalam penyelesaian.

2.2.1.13 ESTJ

Pemilik ESTJ (Ekstraversion, deria, pemikiran dan penilaian) mendapat tenaga daripada tindakan-tindakan faktor luaran dan melalui kata-kata yang dicadangkan. Mereka lebih merujuk kepada perkara yang melibatkan fakta dan membuat keputusan menggunakan logik. Kehidupan mereka terurus dengan asas logik. Mereka seorang yang praktikal dan suka menerapkan cubaan dan penyelesaian-penyelesaian yang boleh dipercayai kepada pemasalahan yang praktikal. Mereka cenderung untuk memastikan penjagaan secara terperinci daripada memperuntukkan masa dengan melibatkan konsep dan juga strategi.

2.2.1.14 ESFJ

Golongan ESFJ (Ekstraversion, deria, perasaan dan penilaian) memperolehi tenaga daripada tindakan-tindakan faktor luaran dan melalui kata-kata yang diucapkan. Mereka lebih cenderung kepada fakta dan membuat keputusan ke atas nilai-nilai peribadi yang asas. Mereka suka dengan manusia dan menguruskan kehidupan ke atas asas peribadi. Mereka kebiasaanya merupakan seorang yang tidak peramah, lebih kepada usaha untuk mengekalkan hubungan yang harmoni rakan-rakan di mana merupakan sebahagian perkara yang penting dalam kehidupan mereka. Mereka juga menyatakan bahawa konflik dan kritikan adalah satu perkara yang susah untuk ditangani. Mereka mempunyai komitmen yang kuat terhadap tugasan dan didorong dengan rasa ingin memiliki dan memberi khidmat kepada masyarakat.

2.2.1.15 ENFJ

Pemilik ENFJ (Ekstraversion, gerak hati, perasaan dan penilaian) memperolehi tenaga daripada tindakan-tindakan faktor luaran dan melalui kata-kata yang diucapkan. Mereka lebih cenderung kepada corak-corak dan kemungkinan-kemungkinan, lebih-lebih lagi kepada masyarakat dan membuat keputusan menggunakan nilai-nilai peribadi. Kehidupan mereka diuruskan atas sebab peribadi, fokus kepada pembangunan dan pengekalan hubungan yang stabil dengan orang yang mereka sukai. Mereka mementingkan perkembangan, peribadi dan mempunyai ciri sosial yang tinggi dan meluahkan perasaan kepada orang lain, menyatakan bahawa konflik dan kritikan adalah perkara yang sukar sehingga dapat merosakkan hubungan yang telah lama terjalin. Mereka bekerja dengan baik dalam situasi yang melibatkan orang lain.

2.2.1.16 ENTJ

Golongan ENTJ (Ekstraversion, gerak hati, pemikiran dan penilaian) ini memiliki tenaga dari tindakan yang berteraskan dunia luar dan juga kata-kata yang diluahkan. Mereka lebih cenderung kepada corak-corak dan kemungkinan-kemungkinan dan dapat membuat keputusan selepas mengambilkira beberapa perkara yang berkaitan. Kehidupan mereka terurus dengan asas kehidupan yang logik. Mereka lebih kepada mengawal kehidupan mereka, menguruskan sistem dan orang lain

Page 10: SATU TINJAUAN TERHADAP JENIS PSIKOLOGI PELAJAR SIJIL ...worldconferences.net/proceedings/aics2015/fullpaper... · merujuk juga kepada personaliti dan juga sifat manusia. People Types

Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN 978-967-0792-06-4). Organized by http://worldconferences.net 292

untuk mencapai sesuatu matlamat. Mereka boleh menjadi seorang yang tidak boleh bertolak ansur apabila mereka tidak diletakkan pada tahap yang tinggi dan apabila mereka dilihat tidak bagus di dalam apa yang mereka laksanakan.

2.3 Keirsey Temparement Sorter (KTS)

Robert C. Wicklein dan Jay W. Rojewski (1995) di dalam jurnal mereka yang bertajuk “The Relationship Between Psychological Type and Professional Orientation Among Technology Education Teacher” menyatakan bahawa Keirsey - Bates Temparement Sorter merupakan salah satu daripada beberapa instrument yang digunakan untuk mengukur keutamaan jenis personaliti. Dimodelkan selepas MBTI (The Myers-Briggs Type Indicator), Keirsey-Bates Temperament Sorter menyediakan satu rangka kerja untuk menentukan kecenderungan terhadap keistimewaan/kelebihan atau terhadap kecenderungan semula jadi di dalam tingkah laku manusia.

Keirsey Temparement Sorter (KTS) yang dibangunkan oleh Keirsey dan Bates (1978) dan dikemaskini semula oleh Keirsey (1998) mula menerima perhatian yang menakjubkan dan banyak digunakan di dalam kajian empirikal psikologi personaliti. Sebagai contoh dalam tahun kebelakangan ini KTS telah digunakan dengan meluas di dalam kajian korelasi dengan pembolehubah seperti etika (Allmon, Page & Robert,2000), gaya pembelajaran (Harrison & Lester,2000), kemurungan (Lester,2000), konflik interpersonal (Calabrese,2000), orientasi mistik (Francis & Louden,2000), kepercayaan paranormal (Fox & William,2000), dan sikap terhadap agama kristian (Francis & Wilcox, 2001) (Leslie J Francis, Dr. Charlotte L Craig, Dr Mandy Robbins, 2008).

Menurut teori Keirsey Temparement Sorter, terdapat empat kumpulan sifat (temperament) asas manusia yang menerangkan tingkah laku seseorang manusia itu. Empat sifat (temperament) Keirsey adalah dirujuk sebagai Artisan, Guardian, Rational dan Idealist. Keempat-empat sifat (temperament) ini boleh di bahagikan lagi kepada apa yang dikenali sebagai “Jenis karakter”. Terdapat empat jenis karekter di dalam setiap kumpulan sifat Artisan, Guardian, Rational dan Idealist (David Keirsey 1998). Setiap karekter diterajui oleh dua jenis fungsi (George Neal dan Jan Neal, 2009). Setiap Pembahagian sifat dan jenis karekter yang diutarakan oleh David Keirsey (1998) dapat diterangkan dengan jelas di dalam Jadual 2.

Jadual 2: Empat sifat (temperament) Keirsey (David Keirsey,1998).

ARTISAN

GUARDIAN

RATIONAL

IDEALIST

Promoter (ESTP) Supervisor (ESTJ) Fieldmarshal (ENTJ) Teacher (ENFJ)

Crafter (ISTP) Inspector (ISTJ) Mastermind (INTJ) Counselor (INFJ)

Performer ( ESFP ) Provider (ESFJ) Inventor (ENTP) Champion (ENFP)

Composer (ISFP) Protector (ISFJ) Architect (INTP) Healer (INFP)

Artisan merupakan sifat (temperament) yang dimiliki oleh 35% - 40% populasi universiti dalam kajian oleh Keirsey (2004) dan Keirsey dan Bates (1978). Artisan (SP) iaitu artisan deria-tanggapan cenderung menjadi optimis, suka bermain, tidak konvensional, berani, impulsif, dapat diransang dan cepat menyesuaikan diri (Teresa A. Le Sage et al. 2008).

Page 11: SATU TINJAUAN TERHADAP JENIS PSIKOLOGI PELAJAR SIJIL ...worldconferences.net/proceedings/aics2015/fullpaper... · merujuk juga kepada personaliti dan juga sifat manusia. People Types

Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN 978-967-0792-06-4). Organized by http://worldconferences.net 293

Individu yang memiliki sifat (temperament) guardian lebih cenderung ke arah komunikasi berkesan, kerjasama dalam melaksanakan matlamat, mampu menjadi sangat mahir dalam bidang logistik seperti mengawal selia majlis-majlis sosial. Kerja-kerja yang paling hebat sama ada menyelia-memeriksa atau membekalkan dan melindungi. Mereka biasanya belajar bidang perdagangan di sekolah dan melakukan hobi yang berkaitan dengan pekerjaan dan peraturan yang melibatkan kerja dan bahan (George Neal dan Jan Neal, 2009). Pemilik sifat ini terdiri daripada 40% - 45% populasi universiti bagi kajian oleh Keirsey (2004) dan Keirsey dan Bates (1978).

Rational adalah sifat (temperament) yang pragmatik, ragu-ragu, analitikal, tidak bergantung pada sesiapa, daya usaha yang kuat, logik walaupun marah dan ingin tahu (Teresa A. Le Sage et. 2008). Terdapat 5% - 7% daripada penduduk populasi universiti bagi kajian oleh Keirsey (2004) dan Keirsey dan Bates (1978). Pemilik sifat rational ini adalah individu yang mempunyai personaliti sentiasa mencari ilmu pengetahuan atau dikenali sebagai sifat yang berteknologi (Montgomery, 2002).

Di dalam kajian yang dijalankan oleh George Neal dan Jan Neal (2009) yang bertajuk “Assessment of Keirsey Personality Temparement among Aerospace Electronics Students” mereka menyatakan bahawa berdasarkan teori personality Keirsey, bidang ini perlu mempunyai jumlah pelajar yang banyak dengan sifat (temperament) rational kerana wujud kepentingan dalam bidang sains, leka dengan teknologi dan keutamaan vokasional untuk sistem. Namun begitu, hasil kajian mendapati majoriti pelajar mereka adalah bersifat Guardian. Mereka membuat kesimpulan bahawa kemungkinan terdapat kepercayaan dalam menasihati pelajar yang berpotensi dengan sifat ini terutamanya mereka yang jenis Guardian Inspectors dan Guardian Supervisors untuk mendapatkan pendidikan dan kehidupan dalam aeroangkasa elektronik.

3.0 Metodologi 3.1 Pengenalan

Di dalam bab ini, penerangan secara terperinci tentang metadologi akan dibincangkan. Antara aspek yang dibincangkan adalah rekabentuk kajian, lokasi penyelidikan, persampelan, instrument penyelidikan,prosedur kajian, pentadbiran borang soal selidik, kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis data.

3.2 Populasi dan Persampelan

Jadual 3.2 : Jumlah sampel yang diperlukan.

Bil Kolej Komuniti Bilangan Pelajar

1. Kolej Komuniti Bayan Baru 150

3.3 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan untuk kaedah pengumpulan data adalah melalui borang soal selidik. Borang soal selidik yang diedarkan kepada responden kajian terdiri daripada dua (2)

Page 12: SATU TINJAUAN TERHADAP JENIS PSIKOLOGI PELAJAR SIJIL ...worldconferences.net/proceedings/aics2015/fullpaper... · merujuk juga kepada personaliti dan juga sifat manusia. People Types

Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN 978-967-0792-06-4). Organized by http://worldconferences.net 294

bahagian iaitu Bahagian Adan B. Bahagian-bahagian tersebut diringkaskan seperti di dalam Jadual 3 di bawah:

Jadual 3: Maklumat Borang Soal Selidik Pelajar.

BAHAGIAN MAKLUMAT BILANGAN ITEM

A Demografi Pelajar 5

B Ujian Jenis Psikologi Pelajar (Adaptasi dari Keirsey Temperament Sorter II)

70

Jumlah Item 75

3.3.1 Maklumat Latar Belakang Responden (Demografi Pelajar)

Bahagian ini mengandungi maklumat diri pelajar/responden iaitu jantina, umur, keturunan, kursus dan keputusan peperiksaan terkini.

3.3.2 Ujian Jenis Psikologi Pelajar

Jadual penentu jenis psikologi adalah adalah satu kaedah yang akan digunakan untuk menganalisis data yang terdapat pada Bahagian B. Pengaplikasian jadual ini dilakukan secara manual. Jadual 4: Jadual Penentu Jenis Psikologi

Page 13: SATU TINJAUAN TERHADAP JENIS PSIKOLOGI PELAJAR SIJIL ...worldconferences.net/proceedings/aics2015/fullpaper... · merujuk juga kepada personaliti dan juga sifat manusia. People Types

Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN 978-967-0792-06-4). Organized by http://worldconferences.net 295

Bahagian B dalam borang soalselidik digunakan untuk mengenalpasti Jenis Psikologi Pelajar. Kaedah untuk menentukan jenis psikologi adalah melalui panduan dengan berdasarkan Jadual 4 di atas seperti berikut:

i. Isikan jawapan yang bertanda (dijawab) ke dalam kotak yang disediakan bagi setiap ítem.

ii. Jumlahkan dan isi jumlah di kotak yang disediakan pada bahagian paling bawah untuk setiap jalur bagi setiap bahagian dari Bahagian I hingga VII

iii. Untuk bahagian I, pindahkan jumlah yang di perolehi terus kepada kotak yang paling bawah iaitu kotak yang mewakili atribut E atau I.

iv. Untuk bahagian III, V dan VII, jumlah pada bahagian II, IV dan VI hendaklah terlebih dahulu dibawa jumlahnya dan kemudian ditambah dengan nilai jumlah pada kotak bahagian III, V dan VII.

v. Kemudian, pindahkan jumlah pada kotak yang telah disediakan di bawah sekali iaitu untuk kotak yang mewakili atribut S atau N, T atau Fdan J atau P.

vi. Bagi setiap kotak yang berpasangan, pilih kotak yang mempunyai nilai yang paling besar dan seterusnya akan mencantumkan empat komponen atribut yang merujuk kepada jenis psikologi.

vii. Sekiranya mempunyai nilai yang sama, bulatkan salah satu letakkan X dan bulatkan dibawahnya. Sekiranya keadaan ini wujud pilihlah salah satu yang dilihat lebih mirip kepada individu tersebut.

Keputusan hasil dari soal selidik personaliti boleh digunapakai walaupun tahap pengukuran kesahihan tidak seperti yang digunakan atau divalidasi oleh sesetengah alat jenis pengukuran tentuan. Justeru, keputusan hasil analisis menggunakan soal selidik personaliti boleh digunapakai dalam kajian (Keirsey, 1998). 4.0 Analisis Data 4.1 Pengenalan Bahagian ini akan membincangkan hasil dapatan yang telah dijalankan menggunakan beberapa analisis seperti analisa deskriptif yang dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan, purata dan sisihan piawai. Keputusan kajian yang dihasilkan berdasarkan objektif kajian iaitu:

i. Mengenalpasti demografi pelajar Sijil Komputer Dan Sokongan Kolej Komuniti Bayan Baru. ii. Mengenalpasti jenis psikologi yang dimiliki oleh pelajar Sijil Komputer Dan Sokongan Kolej

Komuniti Bayan Baru.

4.2 Latar Belakang Responden

Hasil dapatan bagi latar belakang 123 responden dipersembahkan menggunakan jadual taburan kekerapan. Beberapa faktor seperti jantina, umur, keturunan, keputusan peperiksaan serta Jenis Psikologi yang dimiliki pelajar telah dikaji menggunakan analisa deskriptif.

Page 14: SATU TINJAUAN TERHADAP JENIS PSIKOLOGI PELAJAR SIJIL ...worldconferences.net/proceedings/aics2015/fullpaper... · merujuk juga kepada personaliti dan juga sifat manusia. People Types

Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN 978-967-0792-06-4). Organized by http://worldconferences.net 296

4.2.1 Jantina dan Umur Responden Jadual 5: Jadual Kekerapan Mengikut Jantina dan Umur

Jantina Umur

Jumlah 19 - 20 tahun 21 – 22 tahun 23 – 24 tahun > 25 tahun

Lelaki 54 15 1 2 72 Perempuan 41 7 2 1 51

Jumlah 95 22 3 3 123

Jadual di atas menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut jantina dan umur. Berdasarkan jadual di atas, majoriti responden terdiri daripada golongan lelaki iaitu seramai 72 orang, melebihi 21 orang berbanding golongan perempuan iaitu seramai 51 orang responden. Seramai 95 responden berumur diantara 19 – 20 tahun diikuti oleh 21 – 22 tahun dengan kekerapan 22 orang responden dan 25 tahun ke atas pula seramai 3 orang responden. Jadual 6: Taburan Responden Mengikut Keturunan

Keturunan Frekuensi Peratus (%)

Melayu 107 87.0 Cina 6 5.0 India 10 8.0 Lain-lain 0 0

Majoriti responden yang terlibat dalam kajian ini merupakan dari keturunan Melayu dengan taburan kekerapan 107 orang (87%) diikuti oleh India yang diwakili seramai 10 orang (8%) dan Cina seramai 6 orang (5 %). Jadual 7: Jadual Kekerapan Keputusan Peperiksaan Terkini

Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Frekuensi Peratus (%)

3.00 – 4.00 73 59.3 2.00 – 2.99 50 40.7 0.00 – 1.99 0 0

Merujuk kepada Jadual 7, majoriti responden merupakan golongan yang mendapat keputusan PNGK dalam lingkungan 3.00 ke atas dengan taburan kekerapan 73 orang diikuti 50 orang responden yang mewakili kumpulan yang mendapat keputusan CGPA 2.00 ke 2.99. Tiada responden dicatatkan bagi yang mendapat CGPA 0 hingga 1.99.

Page 15: SATU TINJAUAN TERHADAP JENIS PSIKOLOGI PELAJAR SIJIL ...worldconferences.net/proceedings/aics2015/fullpaper... · merujuk juga kepada personaliti dan juga sifat manusia. People Types

Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN 978-967-0792-06-4). Organized by http://worldconferences.net 297

4.2.2 Analisis Jenis Psikologi di Kalangan Responden Jadual 8: Jenis Psikologi (Artisan)

Kategori Jenis Psikologi Jumlah

ESTP 2

ISTP 2

ESFP 7

ISFP 1

Berdasarkan jadual di atas, majoriti untuk Psikologi (Artisan) ialah dari kategori ESFP (penghibur) iaitu seramai 7 orang diikuti ESTP (promoter), ISTP (pertukangan) dan ISFP (komposer). Jadual 9: Jenis Psikologi (Guardian)

Kategori Jenis Psikologi Jumlah

ISTJ 8

ESFJ 23

ISFJ 6

ESTJ 43

Bagi Jadual 9 pula, majoriti untuk Psikologi (Guardian) ialah dari kategori ESTJ (penyelia) iaitu seramai 43 orang diikuti ESFJ (pemberi), ISTJ (inspektor) dan ISFJ (pelindung). Jadual 10: Jenis Psikologi (Rational)

Kategori Jenis Psikologi Jumlah

ENTJ 10

INTJ 2

ENTP 2

INTP 1

Page 16: SATU TINJAUAN TERHADAP JENIS PSIKOLOGI PELAJAR SIJIL ...worldconferences.net/proceedings/aics2015/fullpaper... · merujuk juga kepada personaliti dan juga sifat manusia. People Types

Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN 978-967-0792-06-4). Organized by http://worldconferences.net 298

Merujuk jadual di atas, kategori ENTJ (fil marsyal) menunjukkan bilangan terbanyak bagi jenis Psikologi (Rational) diikuti ENTP (perekacipta), INTJ (perancang) dan INTP (arkitek). Jadual 11: Jenis Psikologi (Idealist)

Kategori Jenis Psikologi Jumlah

ENFJ 10

INFJ 3

ENFP 2

INFP 1

Bagi jadual jenis psikologi terakhir iaitu Psikologi (Idealist), kategori ENFJ (cikgu) menunjukkan bilangan terbanyak iaitu seramai 10 orang diikuti INFJ (kaunselor), ENFP (pejuang) dan INFP (penawar). Secara keseluruhannya, responden bagi kajian ini majoritinya terdiri dari jenis psikologi ESTJ (penyelia) iaitu seramai 34.96% bagi mewakili pelajar. 5.0 Perbincangan, Rumusan Dan Cadangan 5.1 Pengenalan Satu kajian tinjauan bagi mengenalpasti jenis psikologi pelajar SKS Kolej Komuniti Bayan Baru telah dijalankan. Hasil kajian ini akan digunakan sebagai medium untuk proses penambahbaikan dalam meningkatkan tahap pengajaran di kalangan para tenaga pengajar supaya dapat menghasilkan pelajar yang berkualiti. Kelemahan dan kekuatan dari pelbagai aspek dapat dikenalpasti dalam melaksanakan strategi mengikut kepada perancangan yang telah disarankan oleh pihak kerajaan. Justeru melalui rumusan dan cadangan dalam bab ini, akan membantu pihak berwajib menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan terutamanya kepada pelajar-pelajar Kolej Komuniti. Hasil dapatan kajian dibincangkan dan dirumuskan berdasarkan objektif-objektif kajian yang ingin dicapai. 5.2.1 Objektif Kajian Pertama: Mengenalpasti demografi pelajar Sijil Komputer Dan Sokongan Kolej Komuniti Bayan Baru. Secara amnya, kajian ini melibatkan 123 responden yang terdiri dari pelbagai kumpulan umur, jantina dan keturunan. Majoriti responden bagi kajian ini terdiri dari mereka yang berumur di dalam lingkungan umur 19-20 tahun (54 responden) manakala terendah dari kumpulan umur 23-24 tahun.

Page 17: SATU TINJAUAN TERHADAP JENIS PSIKOLOGI PELAJAR SIJIL ...worldconferences.net/proceedings/aics2015/fullpaper... · merujuk juga kepada personaliti dan juga sifat manusia. People Types

Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN 978-967-0792-06-4). Organized by http://worldconferences.net 299

Secara keseluruhan, kaum Melayu merupakan kaum teramai bagi kajian ini iaitu seramai 107 responden. Hasil dapatan bagi keputusan peperiksaan responden menunjukkan majoritinya mereka berada dalam kumpulan pelajar yang mendapat CGPA di antara 2.00 – 2.99. Tiada hasil direkodkan bagi responden yang mendapat kurang dari CGPA 1.99. 5.2.2 Objektif Kajian Kedua: Analisis Jenis Psikologi di kalangan Pelajar Kolej Komuniti di Pulau Pinang Jenis Psikologi untuk kajian ini terbahagi kepada 4 jenis iaitu Artisan, Guardian, Rational dan Idealist. Hasil dapatan yang tertinggi merujuk kepada kumpulan jenis psikologi Guardian, iaitu sebanyak 65.04%. Ini menunjukkan majoriti pelajar yang terlibat dalam kajian ini lebih cenderung untuk bertanggungjawab dengan tugasan yang diberikan oleh tenaga pengajar. Malahan, mereka juga mengambil langkah berhati-hati dalam menjaga hak-hak orang lain selain mengikut peraturan yang ditetapkan. (Fairhurst et. al, 1995) Bagi jenis psikologi yang kedua tertinggi pula, Idealist menjadi pilihan para pelajar dengan jumlah 13.00% dari jumlah responden. Jenis psikologi ini jelas merujuk kepada mereka yang gemarkan kerjasama dan suasana yang harmoni. Kumpulan pelajar ini juga mempunyai keinginan yang tinggi untuk bersaing terhadap diri sendiri bagi meningkatkan kualiti keupayaan masing-masing serta dibantu tenaga pengajar yang mengiktiraf potensi pada pelajar tersebut. (Fairhurst et. al, 1995) Jenis psikologi Rational (12.20%) oleh pelajar dalam kajian ini merujuk kepada kumpulan pelajar yang sukakan realiti, logik akal dan sesuatu yang mudah dicapai dari pelbagai aspek. Kumpulan ini juga lebih cenderung untuk tidak sabar dalam mendapatkan maklumat terutamanya yang kompleks dan gemar mempersoalkan sesuatu kajian yang kompleks. Tenaga pengajar juga perlu berhati-hati memberi pujian terhadap kumpulan pelajar ini kerana mereka sentiasa syak terhadap pujian yang diberikan. (Fairhurst et. al, 1995) Jenis psikologi yang terendah dalam kajian ini ialah Artisan iaitu sebanyak 9.76%. Kumpulan ini kebanyakannya mudah menyesuaikan diri pada perubahan yang berlaku di sekeliling. Mereka juga lebih suka menonjolkan diri mereka serta bakat yang ada pada diri. Kumpulan ini cenderung untuk melakukan sesuatu yang melibatkan fizikal dan tidak suka apabila menjadi kurang aktif pada sesuatu masa yang lama. Namun begitu, kumpulan ini lebih cenderung untuk mengabaikan peraturan semata-mata untuk mendapatkan pulangan secara singkat. 5.3 Cadangan

Wujudnya beberapa idea yang boleh diguna pakai sebagai kajian lanjutan kepada kajian yang sedang dijalankan ini. Faktor-faktor yang akan dicadangkan diharap dapat membantu pihak pengurusan lebih terbuka dan bersedia untuk berubah supaya teknik pengajaran para tenaga pengajar lebih menarik serta efektif terhadap pembelajaran para pelajar yang merujuk kepada jenis psikologi mereka. Cadangan yang akan dikemukakan ini merupakan salah satu langkah untuk meningkatkan tahap akademik pelajar dan memupuk pembelajaran aktif serta kendiri. Hasil dapatan pada Bab 4 akan digunakan untuk membantu dalam melancarkan pembaharuan yang bakal dilaksanakan untuk Kolej Komuniti ini kelak.

Page 18: SATU TINJAUAN TERHADAP JENIS PSIKOLOGI PELAJAR SIJIL ...worldconferences.net/proceedings/aics2015/fullpaper... · merujuk juga kepada personaliti dan juga sifat manusia. People Types

Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN 978-967-0792-06-4). Organized by http://worldconferences.net 300

Beberapa cadangan kajian ini telah dirangka seperti berikut: 5.3.1 Cadangan kepada Kolej Komuniti

Secara keseluruhannya, jenis psikologi bagi pelajar Kolej Komuniti ini yang telah dikenal pasti, majoritinya ialah kumpulan ESTJ (34.96%). Merujuk kepada kajian Omar A. (2007), jenis psikologi ini lebih terarah kepada mereka yang berorientasikan pengurusan dan struktur. Melalui hasil kajian ini juga, pihak institusi dapat mengenali pelajar dan membentuk aktiviti yang dapat mempertingkatkan keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah disamping memaksimumkan kemahiran masing-masing. Oleh yang demikian, pihak institusi juga boleh menggunakannya sebagai panduan kepada institusi tersebut bagi memantapkan usaha dan menyelesaikan masalah yang timbul dalam pembelajaran harian. Walaupun kini pihak institusi telah berjaya menyediakan infrastruktur yang selesa serta lengkap untuk kemudahan pelajar berinteraksi dan menjalani pembelajaran dalam keadaan yang harmoni, dicadangkan juga agar pihak institusi dapat mempelbagaikan kegunaan kemudahan sedia ada demi masa hadapan. Mereka juga disarankan agar dapat menyediakan kursus yang sesuai seperti Kursus Pemantapan Pembelajaran serta Kursus Peningkatan Jaya Diri yang mampu memberi kesan dari segi latihan untuk pembelajaran bagi pelajar dan juga tenaga pengajar. Kursus ini adalah untuk mmberikan pendedahan kepada pelajar tentang cara pembelajaran aktif dan kendiri. 5.3.1 Cadangan kepada tenaga pengajar

Teknik pengajaran yang berkesan dan kreatif merupakan impian kepada para tenaga pengajar. Strategi yang digunakan juga harus menepati cita rasa pelajar yang kini semakin mengharapkan teknik pengajaran yang sesuai dengan mereka bagi meningkatkan kemahiran yang terhad. Teknik pengajaran yang aktif dan bertepatan perlu diselaraskan dengan jenis psikologi yang diterapkan pada pelajar supaya lebih berkesan. Pengajar juga harus menjadi lebih bertanggungjawab dalam memastikan mesej pengajaran yang disampaikan itu diterima serta mendapat maklum balas yang positif dari pelajar untuk tujuan penambahbaikan. Tenaga pengajar perlu menghadiri kursus yang berteraskan teknik mengajar selari dengan jenis psikologi pelajar seperti Kursus Pemantapan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Jenis Psikologi Pelajar. Kepekaan tenaga pengajar dalam memastikan para pelajar mendapat manfaat serta kemahiran yang sejajar dengan jenis psikologi mereka yang berteraskan sama ada Artisan, Guardian, Idealist mahupun Rational perlu ditingkatkan. Pihak tenaga pengajar juga harus menggalakkan para pelajar terlibat secara langsung bagi mengelakkan dari mereka tercicir. 5.4 Impak kajian Kursus Pemantapan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Jenis Psikologi Pelajar telah di berikan kepada tenaga pengajar. Setelah tenaga pengajar berjaya menghadiri kursus tersebut, tenaga pengajar perlu membuat satu “control test” bagi menguji tahap keberkesanan teknik yang telah dipelajari. Pelajar Sijil Komputer dan Sokongan semester 4 telah di bentuk kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B sebagai perbandingan di dalam keputusan Projek 1. Kumpulan B telah didedahkan

Page 19: SATU TINJAUAN TERHADAP JENIS PSIKOLOGI PELAJAR SIJIL ...worldconferences.net/proceedings/aics2015/fullpaper... · merujuk juga kepada personaliti dan juga sifat manusia. People Types

Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN 978-967-0792-06-4). Organized by http://worldconferences.net 301

dengan teknik pengajaran yang berasaskan jenis psikologi selama 1 hari manakala kumpulan A tidak didedahkan. Berikut adalah keputusan Projek 1 yang telah diberikan kepada kedua-dua kumpulan.

Page 20: SATU TINJAUAN TERHADAP JENIS PSIKOLOGI PELAJAR SIJIL ...worldconferences.net/proceedings/aics2015/fullpaper... · merujuk juga kepada personaliti dan juga sifat manusia. People Types

Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN 978-967-0792-06-4). Organized by http://worldconferences.net 302

Jadual 11: Keputusan Projek 1 Kumpulan A

Page 21: SATU TINJAUAN TERHADAP JENIS PSIKOLOGI PELAJAR SIJIL ...worldconferences.net/proceedings/aics2015/fullpaper... · merujuk juga kepada personaliti dan juga sifat manusia. People Types

Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN 978-967-0792-06-4). Organized by http://worldconferences.net 303

Jadual 12: Keputusan Projek 1 Kumpulan B

Page 22: SATU TINJAUAN TERHADAP JENIS PSIKOLOGI PELAJAR SIJIL ...worldconferences.net/proceedings/aics2015/fullpaper... · merujuk juga kepada personaliti dan juga sifat manusia. People Types

Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN 978-967-0792-06-4). Organized by http://worldconferences.net 304

Keputusan: Berdasarkan keputusan peratus kumulatif di dapati bahawa Kumpulan B menunjukkan peratus yang tertinggi berbanding kumpulan A dengan peratus 83. Ini jelas membuktikan bahawa dengan penerapan teknik pengajaran dan pembelajaran yang selari dengan jenis psikologi pelajar memberi kesan yang positif kepada pelajar dan tenaga pengajar. 5.5 Kesimpulan Pada keseluruhannya, hasil analisis untuk kajian ini telah dibuktikan dengan beberapa analisa yang sesuai dan setiap objektif kajian juga telah dipenuhi. Hasil dapatan kajian juga dapat mengenalpasti jenis psikologi serta demografi pelajar. 6.0 Rujukan

Abd-El-Fattah, S. M. (2013). Garrison’s Model of Self-Directed Learning: Preliminary validation and relationship to academic achievement. The Spanish Journal of Psychology. 13(2): 586–596. doi:10.1017/S1138741600002262

Abdul Samad, N.F. (2009) Hubungan motivasi dan pembelajaran kendiri (Self-Directed Learning)- Satu kajian di Kementerian Pelajaran Malaysia. Universiti Utara Malaysia. Dicapai 5 Mei 2012

Banz, R. (1994). Exploring the Personal Responsibility Orientation Model : Self-Directed Learning within Museum Education. pp24–29.

European Journal Of Social Sciences (2008) ISSN : 1450-2267, 5(4).8-260

Francis, L.J., Craig, C.L., & Robbins, M. (2008) The relationship between The Keirsey Temperament Sorter and The Short-Form Revised Eysenck Personality Questionnaire. Dicapai 31 Mei 2012. Diperolehi dari: http://wrap.warwick.ac.uk/2857/

Inman, J. Social Cognitive Theory, A Synthesis. pp1–9. Diperolehi dari: http://www.wetherhaven.com/Documents/socialcognitivetheory.pdf

Keirsey, D.M (2004). Keirsey temperament distribution. Dicapai pada 3 Disember 2012 dari: http://keirsey.com/cgi-bin/stats.cgi

Keirsey, D.W., & Bates, M. (1978). Please understand me. Del Mar, CA: Prometheus Nemesis

Keirsey, D.W. (1998). Please understand me II. Del Mar, CA: Prometheus Nemesis

Keow, C.L. (2011). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia (5th edt). Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Page 23: SATU TINJAUAN TERHADAP JENIS PSIKOLOGI PELAJAR SIJIL ...worldconferences.net/proceedings/aics2015/fullpaper... · merujuk juga kepada personaliti dan juga sifat manusia. People Types

Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN 978-967-0792-06-4). Organized by http://worldconferences.net 305

Kitchel, T., & Torres, R. M. (2006). The influence of personality type on the extent cooperating teachers provide psychosocial assistance to student teachers. Journal of Agricultural Education: 47(4), 134–144. doi:10.5032/jae.2006.04134

Knowles, M.S. (1968) Andragogy not Pedagogy. Adult Leadership : 16, 350-352.

Knowles, M. S. The modern practice of adult education, From Pedagogy to Andragogy What Is Andragogy ? Cambridge Adult Education. Diperolehi dari: http://www.umsl.edu/~henschkej/articles/a_The_%20Modern_Practice_of_Adult_Education.pdf

Kolb, D.A. (1984) Experiental Learning, Englewood Cliffs, NJ.: Prentice Hall

Larry L Leslie (1972). Are high response rates essential to valid surveys?. Social Science Research: 1(3) 1972, 323-334 Lombardi, V. (2009). The Keirsey Temperament Sorter, pg1–4. Diperolehi dari:

http://www.engr.psu.edu/ae/thesis/portfolios/2009/mrp5012/ENGR%20408/keirsey.pdf

Maswan, S. (2006) Tajuk : Keberkesanan pembelajaran arahan-kendiri, Jabatan Teknologi Pendidikan, Institut Perguruan Tuanku Bainun. pp1–3.

Merriam, S. B. (2001). Andragogy and Self-Directed Learning: Pillars of Adult Learning Theory. New Directions for Adult and Continuing Education: (89), 3-13. doi:10.1002/ace.3

Mohamed Zakaria, Z.B. (n.d) Hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik: Tinjauan di kalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama, UTM, Skudai, Johor. Diperolehi dari: http://eprints.utm.my/6470/

Neal, G. A., & Neal, J. G. (2003). Assessment of Keirsey Personality Temperaments among Aerospace electronics students. Journal of Psychological Type, 1–10.

Omar, A. (2007) Analisis faktor yang terlibat dalam penyelesaian masalah teknikal bagi pelajar Kejuruteraan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mua`dzam Shah (POLIMAS) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dicapai 19 Disember 2012

Pearman, R. R. (2002). Introduction to Type and Emotional Intelligence. Palo Alto, Calif: Consulting Psychologists Press.

Pelan Strategik, Pengajian Tinggi Negara: Bab 2 Kerangka Pelan Strategik. pp21-33

Personality Type Handbook Do What You Are. Dicapai 22 Mei 2012 Diperolehi dari: http://www.bridges.com/usa/support/teachtls/resources/dwya/handbook.pdf

Sang, M.S. (2005) Ilmu pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah): Komponen 1&2. Psikologi Pendidikan dan Pedagogi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Page 24: SATU TINJAUAN TERHADAP JENIS PSIKOLOGI PELAJAR SIJIL ...worldconferences.net/proceedings/aics2015/fullpaper... · merujuk juga kepada personaliti dan juga sifat manusia. People Types

Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN 978-967-0792-06-4). Organized by http://worldconferences.net 306

Schroeder, S. (1995). The relationship between self-directed learning readiness and academic performance in a nontraditional higher education program. Dicapai 29 Julai 2012

Shiong, K. B., Aris, B., & Tasir, Z. (2009).The Level of Self-Directed Learning among Teacher Training Institute Students – An Early Survey, pp82–91.

Shiong, K. B., Aris, B., & Tasir, Z. (2009). The Level of Self-Directed Learning Among Teacher Training Institute Students – An Early Survey, Jurnal Teknologi: 50, 101–111.

Sikor, A., Ibrahim, S., Mohd Hashim, M.H., Madar, A.R., & Zamani, N.A. Teknik Pembelajaran andragogi dalam kalangan pelajar dewasa di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Geran Skim Penyelidikan Fundamental. No Penyelidikan. Vot 0424

Tough, A. (1967). Learning without a teacher. Educational research series, no. 3.Toronto: Ontario Institute for Studies in Education.

Tough, A. (1978). Major learning efforts: Recent research and future directions.Adult Education, 28 (4), 250-263.

Tough, A. (1979). The adult learning projects: A fresh approach to theory and practice n adult learning. Toronto: Ontario Institute for Studies in Education.

Wehrheim, K., SummitSkills. & Wood., S. Easing people at work into self-directed learning: a new role for Eportfolios. Universiti Nottingham/Leaphead.

Wicklein, R. C., & Rojewski, J. W. (1995). The relationship between psychological type and professional orientation among Technology Education Teachers, Journal of Technology Education: 7(1), 57–74.

Wilz, B. (2000). Relationship between personality type and Grade Point Average of Technical College Students. Diperolehi dari: http://minds.wisconsin.edu/handle/1793/39781