kerajaan kleptokratik pasca reformasi dan …worldconferences.net/proceedings/gse2018/fullpaper...

12
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017). (e-ISBN 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by https://worldconferences.net Page 326 KERAJAAN KLEPTOKRATIK PASCA REFORMASI DAN IMPAKNYA TERHADAP PENDEMOKRASIAN DI MALAYSIA DAN INDONESIA Mohd Izzuddin Nazaruddin, Mohammad Agus Yusoff Pusat Penyelidikan Sejarah, Politik, dan Keselamatan (PoSH) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) [email protected] [email protected] ABSTRAK Kleptokrasi merupakan pemerintahan sebuah negara yang diperintah oleh kleptokrat yang mana matlamat utama mereka ialah untuk mengaut kekayaan peribadi melalui pemindahan hasil atau sumber awam kepada mereka secara tidak sah. Kleptokrat merupakan aktor utama yang memainkan peranan dalam pemindahan hasil dan sumber awam tersebut melalui pelbagai sektor antaranya ekonomi, percukaian dan sebagainya. Pemerintahan kleptokrasi pada kebiasaannya wujud di negara-negara di benua Afrika seperti di Ghana, Nigeria, Sudan, Sierra Leone, Kongo dan Republik Dominika. Namun, pemerintahan bentuk ini juga wujud di beberapa negara-negara membangun di Asia. Tujuan artikel ini ialah membincangkan perkembangan kleptokrasi pasca era reformasi dan impak terhadap pendemokrasian di Malaysia dan Indonesia. Artikel ini berhujah, elemen pemerintahan kleptokrasi di Malaysia mula wujud selepas era Reformasi khususnya ketika era pemerintahan Najib Razak manakala elemen pemerintahan kleptokrasi di Indonesia mula hilang selepas kepimpinan Suharto berakhir. Pemerintahan kleptokrasi yang wujud telah memberikan impak yang besar terhadap pendemokrasian kedua-dua negara terbabit. Ini dapat dilihat antaranya penyalahgunaan undang-undang oleh pihak berkuasa, menghadkan kebebasan bersuara dan kebebasan media. Kata kunci: kleptokrasi, pasca reformasi, pendemokrasian, Malaysia, Indonesia. __________________________________________________________________________________ 1. Pengenalan Kleptokrasi merupakan terma yang popular di negara-negara Afrika kerana pemerintahan ini berlaku di beberapa negara Afrika seperti di Kongo, Haiti, Nicaragua, Uganda, dan juga Liberia. Selain negara- negara Afrika, negara Asia seperti Filipina juga pernah mengalami pemerintahan kleptokrasi di bawah pemerintahan Ferdinand Marcos. Negara-negara tersebut juga dikenali sebagai negara diktator akibat pemerintahan kuku besi oleh pemerintah yang menerintah negara tersebut. Pemerintahan kleptokrasi di negara-negara tersebut terbukti memberikan kesan buruk terhadap prestasi ekonomi dan menyebabkan penderitaan rakyat. Kesan tersebut muncul akibat tindakan kleptokrat yang lebih mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan nasib rakyat kebanyakan dalam pengagihan sumber awam di negara tersebut. Tambahan pula, amalan rasuah politik yang berleluasa mengakibatkan pembangunan negara tersebut tidak dapat berlaku dengan baik dan juga mengakibatkan terencatnya sistem demokrasi di negara terbabit.

Upload: phungdieu

Post on 16-Aug-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERAJAAN KLEPTOKRATIK PASCA REFORMASI DAN …worldconferences.net/proceedings/gse2018/Fullpaper (Disember)/ICSSR...Pemerintahan kleptokrasi pada kebiasaannya wujud di negara-negara

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL

CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).

(e-ISBN 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 326

KERAJAAN KLEPTOKRATIK PASCA REFORMASI DAN

IMPAKNYA TERHADAP PENDEMOKRASIAN DI MALAYSIA DAN

INDONESIA

Mohd Izzuddin Nazaruddin, Mohammad Agus Yusoff

Pusat Penyelidikan Sejarah, Politik, dan Keselamatan (PoSH)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

[email protected]

[email protected]

ABSTRAK

Kleptokrasi merupakan pemerintahan sebuah negara yang diperintah oleh kleptokrat yang mana

matlamat utama mereka ialah untuk mengaut kekayaan peribadi melalui pemindahan hasil atau sumber

awam kepada mereka secara tidak sah. Kleptokrat merupakan aktor utama yang memainkan peranan

dalam pemindahan hasil dan sumber awam tersebut melalui pelbagai sektor antaranya ekonomi,

percukaian dan sebagainya. Pemerintahan kleptokrasi pada kebiasaannya wujud di negara-negara di

benua Afrika seperti di Ghana, Nigeria, Sudan, Sierra Leone, Kongo dan Republik Dominika. Namun,

pemerintahan bentuk ini juga wujud di beberapa negara-negara membangun di Asia. Tujuan artikel

ini ialah membincangkan perkembangan kleptokrasi pasca era reformasi dan impak terhadap

pendemokrasian di Malaysia dan Indonesia. Artikel ini berhujah, elemen pemerintahan kleptokrasi di

Malaysia mula wujud selepas era Reformasi khususnya ketika era pemerintahan Najib Razak manakala

elemen pemerintahan kleptokrasi di Indonesia mula hilang selepas kepimpinan Suharto berakhir.

Pemerintahan kleptokrasi yang wujud telah memberikan impak yang besar terhadap pendemokrasian

kedua-dua negara terbabit. Ini dapat dilihat antaranya penyalahgunaan undang-undang oleh pihak

berkuasa, menghadkan kebebasan bersuara dan kebebasan media.

Kata kunci: kleptokrasi, pasca reformasi, pendemokrasian, Malaysia, Indonesia.

__________________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Kleptokrasi merupakan terma yang popular di negara-negara Afrika kerana pemerintahan ini berlaku di

beberapa negara Afrika seperti di Kongo, Haiti, Nicaragua, Uganda, dan juga Liberia. Selain negara-

negara Afrika, negara Asia seperti Filipina juga pernah mengalami pemerintahan kleptokrasi di bawah

pemerintahan Ferdinand Marcos. Negara-negara tersebut juga dikenali sebagai negara diktator akibat

pemerintahan kuku besi oleh pemerintah yang menerintah negara tersebut. Pemerintahan kleptokrasi di

negara-negara tersebut terbukti memberikan kesan buruk terhadap prestasi ekonomi dan menyebabkan

penderitaan rakyat. Kesan tersebut muncul akibat tindakan kleptokrat yang lebih mementingkan diri

sendiri tanpa menghiraukan nasib rakyat kebanyakan dalam pengagihan sumber awam di negara

tersebut. Tambahan pula, amalan rasuah politik yang berleluasa mengakibatkan pembangunan negara

tersebut tidak dapat berlaku dengan baik dan juga mengakibatkan terencatnya sistem demokrasi di

negara terbabit.

Page 2: KERAJAAN KLEPTOKRATIK PASCA REFORMASI DAN …worldconferences.net/proceedings/gse2018/Fullpaper (Disember)/ICSSR...Pemerintahan kleptokrasi pada kebiasaannya wujud di negara-negara

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL

CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).

(e-ISBN 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 327

Artikel ini membincangkan perkembangan kleptokrasi pasca era Reformasi dan impak terhadap

pendemokrasian di Malaysia dan Indonesia. Antara persoalan yang dibincangkan ialah apakah maksud

sebenar kleptokrasi? Adakah wujud elemen-elemen kleptokrasi di Malaysia dan Indonesia selepas era

Reformasi pada tahun 1998? Bagaimanakah kesannya kepada pendemokrasian kedua-dua negara

tersebut? Untuk menjawab persoalan di atas, artikel ini dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

pertama, membincangkan mengenai konsep kleptokrasi daripada perspektif beberapa sarjana. Kedua,

menghuraikan kewujudan kerajaan kleptokratik di Malaysia dan Indonesia pasca Reformasi. Ketiga,

membincangkan kesan-kesan dalam aspek pendemokrasian terhadap kedua-dua negara tersebut selepas

berlakunya Reformasi. Perkara ini menyentuh dari aspek penyalahgunaan undang-undang oleh pihak

berkuasa, menghadkan kebebasan bersuara dan kebebasan media.

2. Konsep Kleptokrasi

Kleptokrasi terdiri daripada perkataan ‘klepto’ iaitu pencuri dan ‘cracy’ yang bermaksud pemerintahan.

Terma kleptokrasi mula digunakan oleh sarjana sosiologi iaitu S. Andreski dalam beberapa tulisannya

seperti The African Predicament: A Study in the Pathology of Modernisation. Andreski (Ellis 2008:451)

merujuk kleptokrasi sebagai “a system of government [that] consists precisely of the practice of selling

what the law forbids to sell”. Takrifan Andreski tersebut, secara literalnya kleptokrasi difahami sebagai

satu sistem kerajaan yang mengandungi amalan ‘menjual apa sahaja yang dilarang oleh undang-

undang’. Hal ini bermaksud bahawa fungsi organ-organ kekuasaan dalam kerajaan ditentukan oleh

mekanisma permintaan dan penawaran atau supply and demand dan bukannya undang-undang dan

peraturan. Dalam erti kata lain, kleptokrasi adalah berdasarkan sistem pasaran. Kekuasaan yang

dimiliki oleh kerajaan ditukar dengan sogokan dan wang demi memperoleh keuntungan dan kekayaan

peribadi pemerintah. Fungsi kerajaan telah bertukar daripada memberi perkhidmatan kepada rakyat

kepada menjalankan perniagaan demi kepentingan peribadi pemerintah. Hal ini mengakibatkan sumber-

sumber awam dilarikan oleh indivivu yang dinamakan kleptokrat melalui amalan rasuah untuk

kepentingan peribadi.

Rose-Ackerman (1999:114) merujuk kleptokrasi sebagai pemimpin atau pemerintah peringkat

atasan yang mana matlamat utama mereka untuk mendapatkan kekayaan peribadi dan mempunyai

kuasa mencapai matlamat ini semasa memegang jawatan tersebut. Amalan tersebut dilakukan dengan

mengawal sumber ekonomi seperti bahan mentah dan pertanian untuk memastikan harga barangan terus

meningkat dan keuntungan dapat diperolehi. Para kleptokrat hakikatnya mendapat manfaat daripada

polisi-polisi ekonomi daripada kerajaan namun pada masa yang sama perlu memastikan produktiviti

ekonomi negara dapat dikekalkan. Selain itu, kleptokrat menentang polisi yang memberikan manfaat

kepada masyarakat secara keseluruhannya jika peluang mereka untuk mendapatkan manfaat peribadi

adalah kecil. Namun bagi Rose-Ackerman, tidak semua kleptokrat sangat berkuasa di dalam negara.

Terdapat juga beberapa kekangan tertentu yang menyebabkan kleptokrat tersebut tidak terlalu berkuasa,

contohnya penjawat awam yang tidak setia, sumber ekonomi yang lemah dan juga undang-undang yang

mengelirukan.

Di samping itu, sarjana-sarjana seperti Acemoglu et. al. (2004:162) pula berhujah bahawa

kleptokrasi merupakan sesebuah negara yang dikawal dan dikendalikan bagi kepentingan individu atau

kumpulan kecil yang menggunakan kuasa mereka untuk memindahkan sebahagian besar sumber-

sumber awam untuk diri mereka sendiri. Hal ini bermaksud, individu dan kumpulan yang terlibat telah

menyeleweng sumber awam khususnya yang dimiliki oleh negara yang sepatutnya digunakan untuk

kesejahteraan rakyat untuk kepentingan peribadi. Kleptokrasi juga mengakibatkan institusi penting

politik negara menjadi lemah seperti badan perundangan, pilihan raya dan lain-lain serta berlakunya

pelbagai sekatan yang dilakukan oleh pemerintah. Sekatan dilakukan bertujuan untuk melindungi

Page 3: KERAJAAN KLEPTOKRATIK PASCA REFORMASI DAN …worldconferences.net/proceedings/gse2018/Fullpaper (Disember)/ICSSR...Pemerintahan kleptokrasi pada kebiasaannya wujud di negara-negara

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL

CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).

(e-ISBN 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 328

kegiatan yang dilakukan daripada rakyat. Kesan kleptokrasi yang berlaku boleh dilihat dalam aspek

ekonomi apabila prestasi ekonomi menjadi buruk yang menyebabkan penderitaan rakyat di dalam

negara tersebut.

Daripada hujah sarjana-sarjana di atas, kleptokrasi boleh disimpulkan sebagai sebuah negara

yang diperintah oleh kleptokrat yang mana matlamat utama mereka ialah untuk mengaut kekayaan

peribadi melalui pemindahan hasil atau sumber awam kepada mereka secara tidak sah. Kleptokrat

merupakan aktor utama yang memainkan peranan dalam pemindahan hasil dan sumber awam tersebut

melalui pelbagai sektor antaranya ekonomi, percukaian dan sebagainya. Sebahagian besar sarjana

menghubungkan konsep kleptokrasi dan rasuah yang mana kleptokrasi muncul akibat rasuah yang

berlaku dengan berberluasa di sesetengah negara. Rasuah yang menular menghasilkan sebuah negara

kleptokrasi yang mana para kleptokrat mengaut hasil awam untuk kepentingan peribadi dan amalan ini

juga telah menjadi sistem di beberapa negara. Tambahan pula, kleptokrasi juga memberi impak yang

negatif terutamanya kepada ekonomi, sosial, dan politik di sesebuah negara.

Syed Farid (1999:9) menggariskan sepuluh ciri-ciri kleptokrasi utama di sesebuah negara.

Pertama, kleptokrasi merupakan jenayah negara. Amalan merompak dan mencuri sumber awam adalah

jenayah yang termaktub di dalam undang-undang negara. Kedua, amalan ini berdasarkan kepada rasuah

egoistik. Rasuah egoistik merujuk kepada keinginan untuk kepentingan peribadi, berbeza dengan rasuah

solidaristik yang bertujuan untuk membantu kaum keluarga dan sahabat atas kewajipan moral. Ciri yang

ketiga ialah hubungan rasuah wujud antara ahli politik dan birokrat dengan ahli kelas pemodal.

Hubungan ini wujud akibat timbal balas antara kedua pihak bagi mendapatkan manfaat-manfaat yang

diingini oleh kedua pihak tersebut. Selain itu, ciri seterusnya ialah rasuah mempakan salah satu daripada

alat pengumpulan modal yang utama. Mereka melakukan rasuah sebagai amalan utama bagi

mendapatkan wang atau modal berbanding pekerjaan yang lain. Ciri kleptokrasi seterusnya ialah ia

berasaskan kepada peranan dwifungsi negara dalam proses pembangunan. Peranan dwifungsi

bermaksud mereka melakukan sesuatu tugasan dan dalam masa yang sama mengambil rasuah melalui

tugasannya itu. Sebagai contoh, seorang pegawai yang disuap oleh pihak tertentu yang menawarkan

pemberian supaya mengeluarkan lesen perniagaan dengan cepat atau sebagainya. Perbuatan pegawai

yang disebabkan suapan tersebut merupakan peranan dwifungsi iaitu fungsi sebagai pegawai yang

melakukan tugasan dan fungsi untuk mengaut kepentingan diri.

Selain itu, kleptokrasi juga adalah berdasarkan kepada permintaan dan penawaran pertolongan.

Kleptokrat juga membantu permintaan sesetengah pihak dengan syarat adanya penawaran manfaat yang

dipersetujui oleh kedua belah pihak. Jika penawaran manfaat tidak wujud maka pertolongan tidak akan

terjadi. Ciri ketujuh ialah kleptokrasi mengakibatkan sifat negara yang berautonomi secara relatif

terhadap kelas pemodal. Hal ini bermaksud bahawa kelas pemodal lebih dominan dan berkuasa di dalam

negara berbanding kelas-kelas yang lain. Ciri seterusnya ialah kleptokrasi adalah bersifat transistemik,

iaitu terdapat di kedua-dua sistem negara sama ada demokrasi dan autoritarian. Hal ini bermaksud

bahawa kleptokrasi boleh berlaku di kedua-dua buah negara tersebut dengan mengekspolitasi sistem

negara untuk mendapatkan kepentingan peribadi. Ciri yang kesembilan ialah negara kleptokrasi adalah

wujudnya oligarki, iaitu negara yang dikuasai oleh sekumpulan kleptokrat egoistik yang kecil. Mereka

mengawal sumber awam yang digunakan untuk mempertahankan atau meningkatkan kekayaan peribadi

dan sosial eksklusifnya. Ciri kesepuluh dan terakhir ialah kebanyakan pegawai negara di dalam negara

kleptokrasi terlibat dalam rasuah, sekurang-kurangnya secara berskala kecil supaya status quo dapat

dikekalkan. Rasuah digunakan untuk melenyapkan penentangan daripada dalam negara bagi

memastikan pemerintah kekal.

Page 4: KERAJAAN KLEPTOKRATIK PASCA REFORMASI DAN …worldconferences.net/proceedings/gse2018/Fullpaper (Disember)/ICSSR...Pemerintahan kleptokrasi pada kebiasaannya wujud di negara-negara

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL

CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).

(e-ISBN 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 329

3. Kerajaan Kleptokratik Malaysia dan Indonesia Pasca Reformasi

Antara ciri utama wujudnya kleptokrasi ialah rasuah berlaku secara besar-besaran dalam negara. Terma

kleptokrasi amat asing di Malaysia berbanding dengan terma lain seperti rasuah, kronisma, dan

sebagainya. Ini dapat dilihat bermula dari era Reformasi di Malaysia pada tahun 1998 apabila slogan-

slogan seperti menghapuskan ‘Korupsi, Kolusi dan Nepotisme’ mula timbul untuk menentang rejim

pemerintah yang dipimpin oleh Dr. Mahathir (Fernandez 2010:606). Slogan tersebut dibangkitkan oleh

gabungan parti pembangkang iaitu Barisan Alternatif merujuk kepada amalan-amalan yang berlaku

dalam parti dan kerajaan yang dipimpin oleh Dr. Mahathir. Isu tersebut dibangkitkan merujuk kepada

amalan-amalan yang berkaitan dengan pemimpin kerajaan dan individu yang memperolehi kekayaan

melalui projek-projek kerajaan, isu ketidaktelusan dalam penswastaan dan isu pembangunan projek-

projek mega yang menelan kos yang terlalu tinggi (Zawiyah et. al. 2015:62). Barisan Alternatif

menggunakan isu tersebut sebagai modal politik mereka pada pilihan raya seterusnya iaitu Pilihan Raya

Umum ke-10. Isu-isu yang dibangkitkan tersebut secara tidak langsung memberi sedikit kesan kepada

kerajaan pemerintah iaitu Barisan Nasional apabila mengalami kemerosotan jumlah kerusi dalam

parlimen dan kehilangan negeri Terengganu dan Kelantan kepada Barisan Alternatif.

Ketika era pemerintahan Abdullah Badawi, isu-isu rasuah terus wujud walaupun beliau pada

awal pemerintahannya menyatakan komitmen membanteras rasuah dalam negara. Usaha ini dapat

dilihat seperti menaik taraf Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM) dan meningkatkan bidang kuasa suruhanjaya terbabit untuk lebih berkuasa bagi

mengekang amalan rasuah di Malaysia. Namun, amalan-amalan rasuah di Malaysia terus berleluasa

seperti wujudnya pemberian Approved Permits (AP) terhadap kereta import melibatkan bekas Menteri

Perdangangan Antarabangsa dan Industri, isu pembelian kapal selam daripada Perancis iaitu Scorpene

dan Agosta, pembelian jet Sukhoi daripada Rusia, dan sebagainya (K. S. Nathan 2006:153; Kua

2010:74). Isu berkaitan dengan rasuah tersebut nyata memberikan kesan kepada parti pemerintah

pimpinan beliau apabila mengalami kemerostan prestasi yang mendadak serta hilang majoriti dua

pertiga di parlimen pada Pilihan Raya ke-12. Prestasi ini nyata berbeza dengan kemenangan besar yang

diperolehi BN pada Pilihan Raya Umum ke-11 selepas Abdullah Badawi dilantik sebagai Perdana

Menteri pada 2003. Walaupun wujud isu-isu rasuah ketika era Abdullah Badawi, namun isu mengenai

kerajaan kleptokratik tidak timbul kerana beliau tidak mempunyai pendakwaan yang melibatkan beliau

dengan amalan rasuah atau mengambil dana awam untuk kepentingan peribadi.

Era pemerintahan Najib Razak pula memperlihatkan amalan-amalan rasuah politik semakin

menular. Selepas mengambil alih kepimpinan negara daripada Abdullah Badawi akibat prestasi buruk

BN dalam Pilihan Raya ke-12, agenda membanteras rasuah turut menjadi keutamaan Najib Razak.

Namun, isu-isu rasuah politik tetap wujud seperti skandal NFC, skandal MARA, FELDA, pemberian

projek kerajaan secara terus seperti pembinaan projek MRT serta LRT 3 dan sebagainya. Namun, wujud

isu kleptokrasi seperti dakwaan pemberian dana RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib Razak yang

akhirnya dijelaskan oleh SPRM sebagai pemberian derma daripada penderma Timur Tengah.

Tambahan pula, pendedahan oleh Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat melalui Kleptocracy

Asset Recovery Initiative berkenaan dengan dana syarikat milik penuh Menteri Kewangan

Diperbadankan iaitu 1MDB diselewengkan juga memberikan persepsi sesetengah pihak bahawa

wujudnya pemerintahan kleptokrasi dalam negara (Zikri, 21 Julai 2016). Namun, adalah terlalu awal

untuk menyimpulkan wujudnya pemerintahan kleptokrasi di Malaysia ketika era pemerintahan Najib

Razak walaupun wujudnya elemen sedemikian kerana siasatan oleh pihak berkuasa tempatan dan di

Amerika Syarikat masih lagi berjalan.

Di Indonesia, era pemerintahan Soeharto terkenal dengan kerajaan kleptokratik yang mana

telah memerintah Indonesia selama tiga dekad. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The Economist,

keluarga Soeharto didakwa mengambil dana awam sebanyak ASD$3.5 bilion yang bersamaan dengan

Page 5: KERAJAAN KLEPTOKRATIK PASCA REFORMASI DAN …worldconferences.net/proceedings/gse2018/Fullpaper (Disember)/ICSSR...Pemerintahan kleptokrasi pada kebiasaannya wujud di negara-negara

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL

CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).

(e-ISBN 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 330

4% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Indonesia (The Economist, 11 Julai 2007).

Pengambilan wang dalam jumlah yang amat besar tersebut adalah disebabkan wujudnya monopoli

perniagaan yang diasaskan oleh Soeharto dan tidak boleh disaingi oleh mana-mana pihak dalam negara.

Tambahan pula, rasuah pula berleluasa dilakukan khusunya melibatkan keluarga Soeharto. Walaupun

kekayaan negara dibolot oleh Soeharto dan keluarga, namun beliau kebal daripada undang-undang dan

pendakwaan. Amalan Soeharto dan keluarganya tersebut telah menyebabkan berlakunya kejatuhan

ekonomi Indonesia dan kemiskinan rakyat semakin meningkat khususnya ketika Krisis Ekonomi Asia

yang berlaku pada tahun 1997. Situasi tersebut telah mendorong kebangkitan rakyat pada tahun 1998

yang menuntut Soeharto segera berundur daripada jawatannya.

Selepas kejatuhan rejim Seharto pada tahun 1998, kerajaan kleptokratik di Indonesia mula

hilang bermula daripada kepimpinan B.J Habibie, Abdurrahman Wahid, dan Megawati Sukarnoputri.

Ini kerana, selepas era Reformasi, Indonesia mula memulihkan kembali demokrasi di negara tersebut

dan memberikan semula kebebasan awam kepada rakyat. Walaupun demokrasi dan institusi eksekutif

pada ketika itu tidak stabil sehingga menyebabkan berlakunya pertukaran Presiden dalam masa yang

enam tahun, namun proses pemulihan demokrasi tersebut terus berjalan. Selain itu, penubuhan institusi

yang lebih baik seperti Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) pada 2002 juga menyebabkan kerajaan

kleptokratik sukar untuk berlaku. Ini kerana, bidang kuasa KPK adalah lebih menyeluruh berbanding

institusi anti rasuah ketika era pemerintahan Soeharto khususnya dalam aspek pendakwaan (Achmad

2011:87). Walaupun isu rasuah masih lagi wujud pada ketika itu, namun institusi penguatkuasa yang

lebih kuat telah mengakibatkan kerajaan kleptokratik tidak lagi wujud pada waktu itu. Ini berbeza

dengan era pemerintahan Soeharto sebelum ini yang mengawal institusi terbabit sehingga menyebabkan

beliau dan keluarganya boleh mengaut kekayaan negara daripada hasil negara.

Kerajaan kleptokratik di Indonesia juga tidak wujud ketika era pemerintahan Susilo Bambang

Yudhoyono kerana beliau amat tegas dalam usaha membasmi rasuah dan salah guna kuasa dalam

kalangan kerajaannya. Pada tahun 2007, beliau bertindak melakukan rombakan dengan menggugurkan

anggota kabinet yang didapati terlibat dalam amalan rasuah. Ini menunjukkan komitmen beliau untuk

mengekang amalan rasuah yang boleh memberikan imej negatif kepada kepimpinan beliau. Selain itu,

beliau juga mengambil langkah-langkah proaktif dalam membasmi amalan rasuah. Ini dapat dilihat

melalui penubuhan kumpulan koordinator membanteras rasuah melalui dekri Presiden No.11 2005

(Abdul Salam 2013:8). Dekri yang dikeluarkan oleh Presiden tersebut telah mengakibatkan wujudnya

sebuah kumpulan yang dinamakan Tim Tastipikor untuk mengekang amalan rasuah di Indonesia.

Walau bagaimanapun, isu rasuah yang melibatkan skandal Bank Century pada tahun 2008 sedikit

sebanyak telah mencalarkan imej kepimpinan Susilo Bambang Yudhoyono. Namun, beliau telah

memberikan kebebasan kepada pihak berkuasa khususnya kepada KPK untuk menyiasat kes terbabit

dan menghukum individu yang terlibat jika berlakunya salah guna kuasa dalam isu terbabit. Situasi ini

hampir sama ketika era pemerintahan terkini iaitu Joko Widodo yang terus mengamalkan proses

demokrasi yang baik dalam negara dan berusaha mengekang masalah rasuah yang wujud. Tindakan ini

menyebabkan kerajaan kleptokratik di Indonesia tidak lagi berlaku disebabkan demokrasi yang baik

dan institusi-institusi politik dan penguatkuasaan yang kukuh berjaya menghalang daripada terjadinya

perkara tersebut.

4. Impak Kerajaan Kleptokratik di Malaysia dan Indonesia

Pasca era Reformasi di Malaysia memperlihatkan aspek pendemokrasian di dalam negara semakin

terbantut. Dalam aspek pelaksanaan undang-undang, kerajaan didakwa menggunakan undang-undang

untuk menutup kes-kes hangat khususnya berkaitan dengan 1MDB. Sebagai contoh Akta Kesalahan

Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau SOSMA digunakan untuk menahan Khairuddin Abu

Page 6: KERAJAAN KLEPTOKRATIK PASCA REFORMASI DAN …worldconferences.net/proceedings/gse2018/Fullpaper (Disember)/ICSSR...Pemerintahan kleptokrasi pada kebiasaannya wujud di negara-negara

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL

CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).

(e-ISBN 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 331

Hassan dan Matthias Chang berhubung laporan yang dibuat oleh mereka kepada pihak berkuasa di

Perancis, Hong Kong, Singapura, UK dan Switzerland mengenai 1MDB (Malaymail, 18 November

2014). Tindakan tersebut dianggap kerajaan sebagai tindakan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan

dan kewangan negara. Penahanan mereka dikritik pelbagai pihak termasuk majlis peguam, dan aktivis

politik serta NGO yang menganggap bahawa tindakan tersebut merupakan penyalahgunaan undang-

undang bagi menutup isu yang sedang berlaku. Akhirnya, pada 18 November 2015 mahkamah

memutuskan bahawa pertuduhan yang dibuat ke atas Khairuddin dan Matias tidak tertakluk di bawah

akta SOSMA dan kes tersebut dipindahkan untuk dibicarakan di mahkamah sesyen.

Dalam aspek kebebasan bersuara, kebebasan bersuara pasca Reformasi tidak jauh berbeza

dengan era pemerintahan Dr. Mahathir. Ketika era pemerintahan Najib Razak, pentadbiran beliau telah

memansuhkan beberapa ‘akta draconian’ seperti ISA, Akta Polis, pindaan AUKU, dan sebagainya,

namun pengenalan akta baharu seperti SOSMA, Akta Perhimpunan Aman, dan sebagainya

memperlihatkan kebebasan bersuara di Malaysia masih lagi mempunyai banyak sekatan seperti

pemerintahan sebelumnya. Sebagai contoh, Akta Perhimpunan Aman 2012 telah digubal bagi memberi

jaminan terhadap hak dan kebebasan untuk berhimpun di dalam negara. Akta Perhimpunan Aman juga

menetapkan permit tidak diperlukan tetapi perlu mengemukakan notis 30 hari untuk berhimpun. Walau

bagaimanapun, akta yang diluluskan tersebut mendapat kritikan daripada parti pembangkang dan

beberapa NGO kerana akta tersebut dilihat sebagai satu sekatan perhimpunan dan bukannya melindungi

kebebasan berhimpun. Ini dapat dilihat dalam beberapa siri perhimpunan pihak berkuasa tetap

mengambil tindakan terhadap penganjur dan peserta himpunan berkenaan. Sebagai contoh, pada 2015

satu perhimpunan yang dinamakan Kita Lawan telah diadakan di hadapan Sogo, Kuala Lumpur bagi

menuntut pembebasan Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat. Pihak polis bertindak menahan

penganjur dan peserta tersebut kerana didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman tersebut (Astro

Awani, 21 Februari 2015).

Kebebasan bersuara di Malaysia dapat dinilai melalui tahap hak kebebasan sivil dan politik

yang dikeluarkan setiap tahun oleh Freedom House seperti dalam Jadual 1 di bawah. Hak sivil dan

politik ketika era pemerintahan Dr. Mahathir menunjukkan tahap yang terburuk dalam negara iaitu

dengan skor markah 5. Namun, situasi tersebut berubah ketika era pemerintahan Abdullah Ahmad

Badawi apabila berjaya menurunkan skor markah kepada 4 bagi hak sivil dan hak politik rakyat di

Malaysia. Pemerintahan Najib Razak yang dilantik pada 2009 juga tidak menunjukkan perubahan

markah yang berlaku sejak era kepimpinan Abdullah sapabila mendapat skor markah 4 bagi hak politik

dan hak sivil rakyat Malaysia sehingga 2016. Secara umumnya, Freedom House meletakkan status

kebebasan di Malaysia adalah sebahagiannya bebas dari era pemerintahan Dr. Mahathir sehingga Najib

Razak.

Jadual 1: Tahap Hak Kebebasan Sivil dan Politik Malaysia 1998-2016

Tahun Tahap Kebebasan Sivil Tahap Hak Politik

1998 5 5

1999 5 5

2000 5 5

2001 5 5

2002 5 5

2003 5 5

2004 4 5

2005 4 4

2006 4 4

2007 4 4

2008 4 4

Page 7: KERAJAAN KLEPTOKRATIK PASCA REFORMASI DAN …worldconferences.net/proceedings/gse2018/Fullpaper (Disember)/ICSSR...Pemerintahan kleptokrasi pada kebiasaannya wujud di negara-negara

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL

CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).

(e-ISBN 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 332

2009 4 4

2010 4 4

2011 4 4

2012 4 4

2013 4 4

2014 4 4

2015 4 4

2016 4 4

* Skor Markah: 1-Baik, 7-Buruk

Sumber: Freedom House (2017a).

Dalam aspek kebebasan media di Malaysia, tidak banyak perubahan berkenaan kebebasan

media di Malaysia selepas era Reformsi. Media massa seperti televisyen, radio, dan khususnya akhbar

masih lagi dikawal oleh pihak kerajaan. Contohnya dalam aspek kebebasan akhbar, pada awal

pemerintahan Najib Razak, beliau telah berjanji untuk menyemak semula Akta Mesin Cetak dan

Penerbitan 1984. Ini membawa kepada beberapa pindaan dalam akta tersebut seperti memansuhkan

keperluan pembaharuan lesen tahunan bagi penerbitan akhbar (Mohd Khairie & Mohd Baharudin

2014:548). Pengamal-pengamal media menyambut baik langkah tersebut yang dilihat mampu

memperbaiki kebebasan akhbar di Malaysia. Ini kerana, akta tersebut dilihat mengongkong kebebasan

akhbar di Malaysia kerana Menteri Dalam Negeri berkuasa untuk tidak membenarkan pembaharuan

lesen akhbar terutamanya daripada akhbar parti pembangkang. Pindaan akta tersebut dilihat mampu

membawa kebebasan akhbar yang lebih baik di Malaysia dan memulihkan semula demokrasi di

Malaysia.

Namun,tindakan tersebut nyata tidak memperlihatkan kebebasan akhbar di Malaysia semakin

baik. Contohnya pada 2015, Kementerian Dalam Negeri telah menggantung permit untuk penerbitan

akhbar The Edge selama tiga bulan kerana laporan mereka mengenai 1MDB bersifat prejudis dan

mengancam ketenteraman awam dan negara (Berita Harian, 24 Julai 2015). Susulan daripada

penggantungan itu, pihak The Edge telah membawa perkara tersebut ke mahkamah tinggi untuk

membatalkan penggantungan tersebut. Hasilnya, keputusan Mahkamah Tinggi pada September 2015

telah membatalkan penggantungan The Edge kerana KDN telah melanggar keadilan semulajadi dan

ultra vires terhadap Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Hafiz Yatim, 21 September

2015). Selain itu, mahkamah juga memutuskan pihak KDN tidak mematuhi prosedur keadilan kerana

tidak memberikan butiran bagi pengantunggan itu kepada The Edge menerusi surat tunjuk sebab.

Beberapa siri penggantungan akhbar ini jelas menunjukkan wujudnya sekatan oleh kerajaan terhadap

akhbar-akhbar yang cenderung mengkritik kerajaan yang menggambarkan tidak berlakunya kebebasan

akhbar di Malaysia.

Jika dilihat kepada indeks kebebasan akhbar yang dikeluarkan oleh Freedom House dalam

Jadual 2, ia menunjukkan Malaysia masih jauh untuk mengamalkan kebebasan akhbar sepenuhnya.

Kebebasan akhbar terburuk di Malaysia dicatatkan ketika akhir pemerintahan Dr. Mahathir pada 2002

dan 2003 apabila mencatatkan markah tertinggi dalam sejarah iaitu skor markah 71. Kebebasan akhbar

era Abdullah pula mula menunjukkan sedikit peningkatan sehingga 2008 dengan mendapat skor markah

65. Selepas Najib Razak mengambil alih pentadbiran negara, Malaysia menunjukkan penurunan skor

markah kebebasan akhbar daripada skor markah 65 pada 2009 kepada skor markah 67 pada tahun 2016.

Jadual 2: Indeks Kebebasan Akhbar di Malaysia 2002-2016

Tahun Indeks Kebebasan Akhbar

2002 71

Page 8: KERAJAAN KLEPTOKRATIK PASCA REFORMASI DAN …worldconferences.net/proceedings/gse2018/Fullpaper (Disember)/ICSSR...Pemerintahan kleptokrasi pada kebiasaannya wujud di negara-negara

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL

CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).

(e-ISBN 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 333

2003 71

2004 69

2005 69

2006 65

2007 68

2008 65

2009 65

2010 64

2011 64

2012 63

2013 64

2014 64

2015 65

2016 67 *Skor Markah: 0-Baik, 100-Buruk

Sumber: Freedom House (2017b).

Di Indonesia pula, selepas tumbangnya kerajaan kleptokratik Soeharto, pendemokrasian di

negara tersebut berlangsung dengan baik. Dalam aspek undang-undang, pemulihan demokrasi di negara

tersebut telah menyaksikan institusi judisiari dan pihak berkuasa bebas sepenuhnya daripada

cengkaman pemerintah. Contohnya pada tahun 2004, institusi judisiari secara rasminya bebas daripada

campur tangan pemerintah menerusi penggubalan UU Nombor 4 2004 berkaitan dengan kekuasan

judisiari (Blair 2008:154). Ini bermakna, institusi judisiari seperti Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa

untuk membuat keputusan dengan lebih bebas dan tidak terikat dengan arahan daripada pihak kerajaan.

Hal ini berbeza ketika era pemerintahan Soeharto yang mengawal institusi tersebut melalui penggubalan

penggubalan UU Nombor 14 pada tahun 1970. Selain itu, institusi penguatkuasa juga adalah bebas

daripada cengkaman pemerintah dan boleh bertindak terhadap sesiapa sahaja di dalam negara sama

berkuasa atau tidak. Ini dapat dilihat apabila KPK menahan dan dihadapkan ke muka pengadilan

beberapa orang menteri ketika era pemerintahan Susilo Bambang Yudhoyono seperti Andi

Mallarangeng, dan Suryadharma Ali atas tuduhan rasuah.

Dalam asperk kebebasan bersuara pula, pasca Reformasi di Indonesia menyaksikan hak-hak

dikembalikan kepada rakyat seperti kebebasan bersuara. Ini kerana, perkara tersebut merupakan hak

asasi manusia yang perlu diberikan selepas wujudnya kawalan kebebasan tersebut ketika era

pemerintahan Soeharto. Oleh itu, pada tahun 1999, UU Nombor 39 pada tahun 1999 digubal untuk

menjamin hak asasi manusia di Indonesia seperti kebebasan berhimpun, hak politik, dan sivil dijamin

oleh undang-undang (Adi Sasono 2008:18). Selepas penggubalan undang-undang ini, kebebasan

bersuara di Indonesia mula pulih dan hak-hak rakyat dihormati oleh pemerintah. Organisasi masyarakat

sivil juga mula berkembang di Indonesia dengan tertubuhnya banyak NGO seperti NGO berkaitan

dengan rasuah, pendidikan, politik, dan sebagainya. Penubuhan NGO yang pelbagai matlamat ini

membuktikan kerajaan mengiktiraf hak bersuara rakyat untuk memberikan pandangan dan terlibat

dalam proses pembuatan keputusan yang dilakukan oleh kerajaan.

Kebebasan bersuara di Indonesia dapat dibuktikan antaranya melalui indeks kebebasan sivil

dan politik yang dikeluarkan oleh Freedom House seperti dalam Jadual 3 di bawah. Tahap kebebasan

sivil di Indonesia pada tahun 1998 adalah pada tahap 4 manakala hak politik pula berada pada tahap 6.

Tahap tersebut memperlihatkan kebebasan sivil dan hak politik di Indonesia pada awal era Reformasi

adalah lebih baik berbanding dengan era pemerintahan Soeharto. Indonesia ketika era B.J Habibie

hingga era Megawati Sukarnoputri pada tahun 1999 hingga 2003 pula menunjukkan tahap kebebasan

Page 9: KERAJAAN KLEPTOKRATIK PASCA REFORMASI DAN …worldconferences.net/proceedings/gse2018/Fullpaper (Disember)/ICSSR...Pemerintahan kleptokrasi pada kebiasaannya wujud di negara-negara

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL

CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).

(e-ISBN 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 334

sivil tidak berubah namun tahap hak politik pula bertambah baik daripada sebelumnya iaitu skor markah

3. Ketika era pemerintahan Susilo Bambang Yudhoyono, tahap kebebasan sivil dan politik mencatatkan

peningkatan khususnya selepas tahun 2006 apabila mencatatkan skor 3 bagi kebebasan sivil dan 2 bagi

hak politik. Namun, ketika era pemerintahan Joko Widodo, skor markah tersebut sedikit meurun kepada

4 kebebasan sivil dan 2 bagi hak politik.

Jadual 3: Tahap Hak Kebebasan Sivil dan Hak Politik Indonesia 1998-2016

Tahun Tahap Kebebasan Sivil Tahap Hak Politik

1998 4 6

1999 4 3

2000 - -

2001 4 3

2002 4 3

2003 4 3

2004 4 3

2005 4 3

2006 3 2

2007 3 2

2008 3 2

2009 3 2

2010 3 2

2011 3 2

2012 3 2

2013 3 2

2014 4 2

2015 4 2

2016 4 2

* Skor markah: 1-Paling Bebas, 7-Paling Tidak Bebas

Sumber: Freedom House (2017a).

Pada era pemerintahan Soeharto, media khususnya akhbar dikawal oleh pemerintah dan

menyebabkan kebebasan media tidak berlaku dalam waktu tersebut. Namun, selepas era Reformasi,

kebebasan media di Indonesia mula pulih di Indonesia. Ini dilakukan bermula daripada era

pemerintahan Presiden Abdurrahman Wahid apabila beliau bertindak membubarkan Kementerian

Informasi Indonesia yang dilihat mengawal kebebasan media di Indonesia (Mukrimin 2012:63).

Pembubaran kementerian tersebut dilakukan kerana kementerian tersebut bertanggungjawab mengawal

media massa di Indonesia ketika era pemerintahan Soeharto. Abdurrahman Wahid juga turut

mengarahkan stesen radio dan televisyen milik kerajaan iaitu Televisi Republik Indonesia (TVRI) dan

Radio Republik Indonesia (RRI) untuk mencari dana sendiri dalam tempoh dua tahun dan tidak

mengharapkan dana daripada kerajaan (Kitley 2001:256). Tindakan tersebut dilakukan untuk

menghapuskan kawalan kerajaan terhadap mana-mana media massa khususnya televisyen dan radio di

Indonesia.

Selain televisyen dan radio, kebebasan akhbar juga dijamin oleh undang-undang di negara

tersebut. Ini dapat dilihat bermula dari penggubalan Undang-Undang Akhbar Nombor 44 pada tahun

1999 (Wiratraman 2014:268). Penggubalan undang-undang ini adalah bertujuan untuk menjamin

kebebasan akhbar dan secara tidak langsung memberikan kebebasan kepada akhbar di Indonesia untuk

melaporkan berita-berita tanpa sekatan. Menurut indeks kebebasan akhbar yang dikeluarkan oleh

Freedom House seperti dalam Jadual 4 di bawah, indeks kebebasan akhbar di Indonesia semakin baik

Page 10: KERAJAAN KLEPTOKRATIK PASCA REFORMASI DAN …worldconferences.net/proceedings/gse2018/Fullpaper (Disember)/ICSSR...Pemerintahan kleptokrasi pada kebiasaannya wujud di negara-negara

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL

CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).

(e-ISBN 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 335

ketika era pemerintahan Susilo Bambang Yudhoyono sehingga ke era pemerintahan Joko Widodo. Skor

indeks kebebasan akhbar di Indonesia sedikit menurun dari era pemerintahan Megawati Sukarnoputri

sehingga awal era pemerintahan Susilo Bambang Yudhoyono iaitu 53 pada 2002 dan 56 pada 2003.

Kemesorotan indeks berpunca akibat dua isu iaitu sekatan laporan mengenai pencabulan hak Asasi

Manusia di Aceh dan tindakan saman kepada pengamal media seperti dalam kes Tomy Winata vs

Tempo yang dimulakan pada 2003. Namun, indeks kebebasan akhbar di Indonesia mula meningkat

pada tahun 2007 apabila mencatatkan skor 54 namun ia terus meningkat sehingga era pemerintahan

Joko Widodo yang mencatatkan skor 49.

Jadual 4: Indeks Kebebasan Akhbar Indonesia 2002-2016

Tahun Indeks Kebebasan Akhbar

2002 53

2003 56

2004 55

2005 -

2006 58

2007 54

2008 54

2009 54

2010 52

2011 53

2012 49

2013 49

2014 49

2015 49

2016 49 * Skor Markah: 0-Paling Baik, 100-Paling Buruk

Sumber: Freedom House (2017b).

5. Kesimpulan

Artikel ini membincangkan mengenai perkembangan kleptokrasi pasca era Reformasi dan

impak terhadap pendemokrasian di Malaysia dan Indonesia. Perbincangan dalan artikel ini tertumpu

kepada kewujudan kerajaan kleptokrasi di Malaysia dan Indonesia pasca Reformasi dan impak terhadap

pendemokrasian di kedua-dua negara tersebut. Hasil analisis mendapati selepas era Reformasi, elemen

kerajaan kleptokratik mula muncul di Malaysia ketika era pemerintahan Najib Razak. Ketika era

pemerintahan Dr. Mahathir dan Abdullah Badawi, isu-isu mengenai kleptokrasi tidak timbul kecuali

isu-isu melibatkan rasuah. Namun, ketika era pemerintahan Najib Razak, isu mengenai kerajaan

kleptokratik timbul susulan isu derma RM2.6 bilion dan penyelewengan dana daripada 1MDB. Walau

bagaimanapun, adalah masih awal untuk menyimpulkan perbuatan itu terhadap wujudnya kerajaan

kleptokratik kerana siasatan pihak berkuasa dalam dan luar negara masih berjalan. Namun di Indonesia,

kerajaan kleptokratik mula hilang selepas era pemerintahan Soeharto. Ini kerana, pemulihan demokrasi

dan pengukuhan semula institusi penguatkuasaan yang berjalan dengan baik telah mengakibatkan

kerajaan kleptokratik sukar berlaku berbanding era pemerintahan Soeharto.

Impak kepada pendemokrasian di Malaysia dapat dilihat melalui penyalahgunaan undang-

undang. Ini dapat dilihat melalui pendakwaan akta SOSMA yang dilakukan terhadap pihak-pihak yang

Page 11: KERAJAAN KLEPTOKRATIK PASCA REFORMASI DAN …worldconferences.net/proceedings/gse2018/Fullpaper (Disember)/ICSSR...Pemerintahan kleptokrasi pada kebiasaannya wujud di negara-negara

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL

CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).

(e-ISBN 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 336

membangkitkan isu 1MDB dan terbukti salah oleh pihak mahkamah. Selain itu, kebebasan bersuara di

Malaysia juga semakin merosot apabila masih banyak akta yang pecegahan yang diwujudkan dan

digunakan bagi mengekang kebebasan bersuara rakyat seperti hak berhimpun dan sebagainya. Dalam

aspek kebebasan media, media di Malaysia masih lagi dikawal oleh kerajaan seperti televisyen, radio,

dan akhbar. Kekangan kebebasan media di Malaysia dapat dilihat melalui tindakan kerajaan

menggantung beberapa akhbar yang menyiarkan isu 1MDB sehingga mahkamah membatalkan

penggantungan terbabit. Namun, di Indonesia, pendemokrasian berjalan dengan baik selepas era

pemerintahan Soeharto. Dalam aspek pelaksanaan undang-undang, pemulihan semula institusi judisiari

dan pihak berkuasa telah mengakibatkan tidak ada siapa yang terlepas daripada tindakan undang-

undang seperti amalan rasuah dan sebagainya. Kebebasan bersuara di Indonesia juga semakin baik

kerana ia dianggap sebagai hak asasi manusia yang dijamin oleh negara sejak tahun 1999. Kebebasan

media di Indonesia juga semakin baik berbeza dengan era pemerintahan Soeharto kerana setiap media

di Indonesia bebas untuk melaporkan berita termasuk berita yang tidak menyebelahi pemerintah.

Rujukan

Abdul Salam Siku. (2013). Corporation crime liability of perspective penal reform. Journal of

Humanity 1(1), 7-19.

Acemoglu, D., Robinson J. A. & Verdier, T. (2004). Kleptocracy and divide-and- rule: a

model of personal rule. Journal of the European Economic Association 2(2-3), 162-192.

Achmad Badjuri. (2011). Peranan Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) sebagai lembaga anti

korupsi di indonesia. Jurnal Bisnis dan Ekonomi (JBE) 18(1), 84–96.

Adi Sasono. (2008). Rakyat Bangkit Bangun Martabat. Jakarta: Pustaka Alvabet.

Astro Awani. (2015). Adam Adli ditangkap polis selepas perhimpunan #KitaLawan di Sogo.

Astro Awani, 21 Februari. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/adam-adli-ditangkap-

polis-selepas-perhimpunan-kitalawan-di-sogo-54317

Berita Harian. (2015). Permit penyiaran The Edge digantung 3 bulan. Berita Harian, 24 Julai.

https://www.bharian.com.my/node/69849

Blair, H. (2008). Building and reinforcing social accountability for improved enviromental

governance. Dlm. Kulsum Ahmed, Ernesto Sanchez-Triana (pnyt.). Strategic

Environmental Assessment for Policies: an Instrument for Good Governance, hlm. 127-

158. Washington: World Bank.

Ellis, S. (2008). The Okija Shrine: death and life in Nigerian politics. The Journal of African History

49(3), 445-466.

Fernandez, L. (2010). The two waves of cyberpolitics in Malaysia: what does the by-

elections barometer tell us? CEU Political Science Journal 5(4), 597-626.

Freedom House. (2017a). Freedom in the World 2016. Washington: Freedom House.

Freedom House. (2017b). Freedom of the Press 2016. Washington: Freedom House.

Page 12: KERAJAAN KLEPTOKRATIK PASCA REFORMASI DAN …worldconferences.net/proceedings/gse2018/Fullpaper (Disember)/ICSSR...Pemerintahan kleptokrasi pada kebiasaannya wujud di negara-negara

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL

CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).

(e-ISBN 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 337

Hafiz Yatim. (2015). Mahkamah batalkan penggantungan The Edge. Malaysiakini, 21 September.

https://www.malaysiakini.com/news/312989

K. S. Nathan. (2006). Malaysia the challenge of money politics and religious activism. Southeast

Asian Affairs, 151-171.

Kitley, P. (2001). After the bans: modelling Indonesian communications for the future. Dlm.

Lloyd, G. & Smith, S. (pnyt.). Indonesia today: Challenges of History, hlm. 256-269.

Pasir Panjang: ISEAS.

Kua Kia Soon. (2010). Questioning Arms Spending in Malaysia. Petaling Jaya: SUARAM.

Malaymail. (2014). 1MDB critics out on bail as court rules against SOSMA use. Malaymail

Online, 18 November. http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/1mdb-critics-

out-on-bail-as-court-rules-against-sosma-use

Mohd Khairie Ahmad & Mohd Baharudin Othman. (2014). General election and the enigma of free

press in Malaysia. Procedia-Social and Behavioral Sciences 155, 547–552.

Mukrimin. (2012). The influence of mass media in political change in Indonesia. Politika:

Jurnal Ilmu Politik 3(2), 57–67.

Rose-Ackerman, S. (1999). Corruption and Government. New York: Cambridge University

Press.

Syed Farid Alatas. (1999). Peranan negara dan pembangunan: ke arah sebuah teori negara

kleptokratis. Akedemika 54, 3-12.

The Economist. (2007). King of the kleptocrats. The Economist, 11 Julai.

http://www.economist.com/node/9465434

Wiratraman, H. P. (2014). Press freedom, law and politics in Indonesia: a socio-legal study.

Tesis Dr. Fal, Universiti Leiden.

Zawiyah Mohd Zain, Mohammad Agus Yusoff, & Zaheruddin Othman. (2015). Internet dan

kebangkitan demokrasi siber di Malaysia: analisis Pilihan Raya Umum 1999 dan 2008.

Malaysia Journal of Society and Space 11(6), 56-66.

Zikri Kamarulzaman. (2016). DOJ: AS$731j 1MDB disalur ke akaun 'Malaysian Official 1'.

Malaysiakini, 21 Julai. https://www.malaysiakini.com/news/349286