e-proceeding of the 4th world conference on …worldconferences.net/proceedings/gse2019/fullpaper...

14
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 PENGGUNAAN LAMAN WEB DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH Siti Aishah Hassan 1 , Norfiza Afpandy 2 , Che Suriani Kiflee 3 Rorlinda Yusof 4 Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Pengajaran berasaskan laman web merupakan alternatif atau kaedah baru pengajaran bersifat interaktif dan berpotensi untuk menarik minat pelajar dalam kelas. Penggunaan laman web dalam pengajaran dan pembelajan (P&P) di sekolah menjana pemikiran inkuisitif menggalakkan semangat inkuiri serta minat pelajar untuk lebih meneroka yang biasanya dikaitan dengan pembelajaran pemikiran tahap tinggi. Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan laman web dalam pembelajaran sejarah. Seramai 100 orang pelajar yang telah menggunakan aplikasi ini dijadikan sebagai responden dalam menjalankan kajian ini. Justeru, laman web wix, dijadikan sebagai salah satu kajian pemerhatian untuk melihat keberkesannya dalam P&P. Hasil kajian mendapati penggunakan laman web ini sebagai satu kaedah yang sangat bekesan dalam mengubah persepsi para pelajar dan guru terhadap pembelajaran sejarah sebagai satu subjek yang sangat membosankan. Hal ini kerana dengan menggunakan laman web ini pembelajaran secara berterusan dijalankan, meningkatkan inkuirisiti pelajar serta fleksibiliti pelajar dalam mengakses maklumat dan meneroka ilmu. Kata Kunci: Pedagogi, Laman Web, ICT, Pengajaran dan pembelajaran. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- PENDAHULUAN Pada masa kini, kaedah pendidikan secara tradisional seperti”chalk and talk” bagi subjek sejarah dilihat kurang menarik minat pelajar generasi kini. Pendidikan sejarah bukanlah sebagai sesuatu yang membincangkan tentang masa lalu dan hanya terikat kepada tarikh, masa, peristiwa dan hafalan fakta semata-mata. Tetapi dengan mempelajari sejarah seseorang pelajar itu akan menjadi lebih bertanggungjawab dan boleh memperoleh banyak pengajaran juteru dapat dijadikan sebagai pemangkin kepada pembangunan diri manusia yang E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017). (e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by https://worldconferences.net Page 120

Upload: others

Post on 12-Feb-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD CONFERENCE ON …worldconferences.net/proceedings/gse2019/Fullpaper (Disember)/…  · Web viewDalam bidang pendidikan guru seharusnya memainkan peranan

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

PENGGUNAAN LAMAN WEB DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH

Siti Aishah Hassan1, Norfiza Afpandy2, Che Suriani Kiflee3 Rorlinda Yusof4

Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Pengajaran berasaskan laman web merupakan alternatif atau kaedah baru pengajaran bersifat interaktif dan berpotensi untuk menarik minat pelajar dalam kelas. Penggunaan laman web dalam pengajaran dan pembelajan (P&P) di sekolah menjana pemikiran inkuisitif menggalakkan semangat inkuiri serta minat pelajar untuk lebih meneroka yang biasanya dikaitan dengan pembelajaran pemikiran tahap tinggi. Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan laman web dalam pembelajaran sejarah. Seramai 100 orang pelajar yang telah menggunakan aplikasi ini dijadikan sebagai responden dalam menjalankan kajian ini. Justeru, laman web wix, dijadikan sebagai salah satu kajian pemerhatian untuk melihat keberkesannya dalam P&P. Hasil kajian mendapati penggunakan laman web ini sebagai satu kaedah yang sangat bekesan dalam mengubah persepsi para pelajar dan guru terhadap pembelajaran sejarah sebagai satu subjek yang sangat membosankan. Hal ini kerana dengan menggunakan laman web ini pembelajaran secara berterusan dijalankan, meningkatkan inkuirisiti pelajar serta fleksibiliti pelajar dalam mengakses maklumat dan meneroka ilmu.

Kata Kunci: Pedagogi, Laman Web, ICT, Pengajaran dan pembelajaran.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENDAHULUAN

Pada masa kini, kaedah pendidikan secara tradisional seperti”chalk and talk” bagi subjek sejarah dilihat kurang menarik minat pelajar generasi kini. Pendidikan sejarah bukanlah sebagai sesuatu yang membincangkan tentang masa lalu dan hanya terikat kepada tarikh, masa, peristiwa dan hafalan fakta semata-mata. Tetapi dengan mempelajari sejarah seseorang pelajar itu akan menjadi lebih bertanggungjawab dan boleh memperoleh banyak pengajaran juteru dapat dijadikan sebagai pemangkin kepada pembangunan diri manusia yang merangkumi aspek, rohani, jasmani, intelek dan emosi sebagaimana yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini akan menjadikan matapelajaran Sejarah lebih bermakna dan memberi persepsi baru kepada minda pelajar bahawa ia bukanlah satu subjek yang kaku dan membosankan. Sejarah sangat penting untuk dipelajari kerana menjadi panduan dan iktibar kepada kita untuk memperbaikki kesilapan masa lalu bagi membolehkan kita mencipta kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan. Tanpa belajar daripada kesalahan dan kesilapan masa lalu, kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja merugikan seseorang individu tetapi mungkin juga kepada keluarga, masyarakat dan negara mahupun bangsa. Selain itu, pelajar juga akan mengetahui bagaimana seseorang ahli sejarah itu bekerja melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dibimbing oleh guru mereka (Isabel, Gracia & Valvada 1997).

Dalam bidang pendidikan guru seharusnya memainkan peranan dan perlu bersifat kreatif agar kelas pembelajaran dapat berlangsung dalam suasana yang lebih menarik. Guru tidak boleh lagi mempraktikan pengajaran yang sama seperti 10 atau 20 tahun dahulu kerana pelajar pada hari ini semakin bijak seiring dan pengetahuan semakin mencabar dan sebab itu, guru harus bersedia

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017). (e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by https://worldconferences.net Page 120

Page 2: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD CONFERENCE ON …worldconferences.net/proceedings/gse2019/Fullpaper (Disember)/…  · Web viewDalam bidang pendidikan guru seharusnya memainkan peranan

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

membuat perubahan ini. Proses P&P perlu diberikan sentuhan yang dapat menarik minat para pelajar agar setiap isi pembelajaran yang disampaikan memberi input kepada kefahaman mereka.

Perkembangan dunia teknologi dan digital pada hari ini mampu melahirkan pendidik yang lebih kreatif dan sentiasa mempunyai idea-idea baru dalam proses P&P. Laman web merupakan salah satu daripada cabang komunikasi yang boleh digunakan oleh para pendidik sebagai salah satu pedagogi mereka di samping dapat menarik minat pelajar untuk memahami sesuatu topik mahupun subjek. Menurut Mohd Arif (2000) sebuah laman web adalah merupakan laman yang mengandungi pelbagai maklumat dalam bentuk teks, grafik, animasi, audio dan video yang berdasarkan kepada citarasa dan kreativiti pembina laman web tersebut. Justeru, laman web merupakan satu halaman komputer yang melibatkan teks, audi dan grafik yang boleh digunakan sebagai media pengajaran yang disediakan oleh para pendidik untuk digunakan dalam proses P&P dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kaedah pembelajaran penggunakan Laman Web juga dilihat sebagai satu pendidikan ke arah abad 21 secara tidak langsung. Hal ini kerana, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun 2015 sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.

Pembelajaran berasaskan laman web ini mungkin berbeza dengan pembelajaran secara maya (vitual learning) atau pembelajaran dalam talian (online learning). Ini adalah kerana pembelajaran secara maya atau online lebih luas dan lebih banyak lagi kos serta kepakaran yang diperlukan. Kaedah ini mungkin boleh dilakukan oleh intitusi yang lebih bersifat koporat kerana ia mampu menyediakan peralatan, menyediakan dan menguruskan bahan pembelajaran, namun mungkin tidak dapat dilakukan oleh guru-guru biasa di sekolah kerana melibatkan kepakaran serta masa yang banyak, sedangkan guru telah sedia dibebankan dengan berbagai tugas dan masa pengajaran yang banyak.

Pembelajaran berasaskan web boleh dilakukan oleh semua guru sebagai tambahan kepada pengajaran di dalam kelas. Guru boleh menggunakan laman-laman web percuma yang sedia ada atau membinanya sendiri sebagai alternatif. Guru boleh membuat sendiri laman web menggunakan perisian yang mudah. Antara laman web yang boleh digunakan seperti Netscape Composer, Publisher dan sebagainya. Sebagai contoh sekiranya seorang guru memilih untuk menggunakan Publisher, tidak memerlukan kemahiran yang tinggi kerana rekabentuknya masih boleh melakukannya dengan menggunakan web site wizard. Guru hanya perlu mengikuti arahan yang diberikan semasa membina sebuah laman web yang diingini. Seterusnya guru hanya perlu menukar ilustrasi, tajuk dan kandungan yang sesuai dengan topik pembelajaran. Ilustrasi boleh diperolehi daripada klip art atau download dari laman-laman web lain dengan syarat tidak melebihi had yang dibenarkan dalam akta hak cipta. (Sajap Maswan, 2013)

KAJIAN LITERATURE

Beberapa kajian telah dijalankan mengenai peranan guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan kreatif. Perkembangan dalam bidang pendidikan menuntut semua pendidikan memainkan peranan dan mengambil langkah yang lebih praktikal bagi memastikan kecemerlangan pelajar dalam pendidikan. Kualiti pencapaian pelajar sangat bergantung kepada pengajaran dan guru di dalam kelas. (Norliza Hussin, Mohamad Sattar Rasuln & Roseamnah Abd. Rauf 2013). Pelajar di dapati sukar untuk memberikan tumpuan dan minat dalam mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah terutamanya terutamanya pengajaran yang yang melibatkan kaedah berpusatkan guru semata-mata. (Norazura, Juliza Adira & Siti Hazwani 2010 ).

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017). (e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by https://worldconferences.net Page 121

Page 3: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD CONFERENCE ON …worldconferences.net/proceedings/gse2019/Fullpaper (Disember)/…  · Web viewDalam bidang pendidikan guru seharusnya memainkan peranan

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

Pembelajaran berasaskan komputer akan dapat menonjolkan situasi pembelajaran yang interaktif di antara pelajar dengan isi pembelajaran. Proses ini akan dapat mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana guru boleh meminta pelajar mendapatkan bahan dan membaca bahan pengajaran sebelum kelas bermula. Kaedah ini berkesan dan berupaya untuk membimbing dan membentuk mental serta pemikiran pelajar agar lebih kreatif dan memahami konsep ilmu dengan lebih berkesan. (Hee Jee Mei & Norahidah Mamat @ Abdul Rashid. 2001) Penggunaan sumber berbentuk digital dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu revolusi dalam Pendidikan Sejarah yang selama ini bergantung kepada sumber bercetak. (Bolick, 2006).

Satu kajian tentang ciri-ciri amalan kesan pembelajaran pada abad ke-21 yang menekankan ciri-ciri amalan pedagogi inovatif guru yang akan membawa pembaharuan terhadap pembelajaran telah dijalankan oleh Law et al. (2002). Dapatan kajian beliau membuktikan pelajar bersikap lebih positif, mereka berupaya mempelajari kemahiran literasi maklumat dengan menggunakan internet, mereka bentuk laman web bagi mempersembahkan projek mereka. Di samping itu, mereka juga berupaya untuk berfikir secara kritis, belajar dari pelbagai sumber, serta berupaya belajar dari komuniti mereka dengan saling hormat-menghormati idea di antara satu sama lain.

Rodriguez (2003) menyatakan banyak strategi dan pendekatan telah diperihalkan dalam kajian kepustakaan tentang penggunaan internet sebagai alat pembelajaran dalam kalangan pelajar.

Pengajaran berasaskan Laman web merupakan program pengajaran berasaskan hipermedia yang menggunakan atribut dan sumber Jejaring Sedunia (World Wide Web atau WWW) untuk mereka cipta dan mendokong suasana pembelajaran yang bermakna (Badrul Khan, 1997).

Ciri-ciri utama pembelajaran dalam talian ialah capaian dan pemudahcara komunikasi. Dengan itu pembelajaran dalam talian mampu menyokong pembelajaran yang berbentuk konstruktivisme yang bercirikan pembinaan pengetahuan yang berpusatkan pelajar, dan berinteraktif. Peranan guru ialah sebagai fasilitator dan tidak sebagai pakar, manakala peranan pelajar ialah sebagai kolaborator yang aktif dan tidak sebagai pendengarjpenerima pengetahuan yang pasif. Pembelajaran ini menggalakkan pemikiran yang kritis di kalangan pelajar dan melibatkan proses interaksi dan kolaboratif dalam penjanaan pengetahuan (Jonassen, 1999).

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana dua kaedah metodologi iaitu kajian pemerhatian dan temubual digunakan. Data kualitatif berbentuk deskriptif, berupa kata-kata lisan atau tulisan tentang tingkah laku manusia yang dapat diamati (Taylor dan Bogdan, 1984). Penyelidikan kualitatif merupakan suatu kajian ke atas sesuatu situasi dan individu untuk mendapatkan maklumat secara terperinci serta mendalam. Penyelidikan ini menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku.

Kaedah pengumpulan data ini telah dijalankan selama dua tahun sepanjang kelas pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Dalam kajian ini, guru telah menggunakan laman web percuma iaitu wixsite dan telah membina satu laman web untuk pembelajaran sejarah iaitu http://eisyah.wixsite.com/belajarsejarah. Guru telah memuat naik bahan bacaan serta latihan dalam laman web tersebut. Laman web tersebut digunakan semasa kelas pembelajaran berlansung ketika guru berada di dalam kelas atau ketika guru mempunyai tugasan luar seperti ke seminar, mesyuarat dan sebagainya. Aktiviti berbentuk forum sering digunakan dalam kelas pembelajaran untuk subjek sejarah kerana membolehkan pelajar memberi hujahan mereka dan berkongsi idea dengan topik yang dikemukakan. Justeru, dalam laman web ini, aktiviti forum juga diterapkan sebagai salah satu kaedah

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017). (e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by https://worldconferences.net Page 122

Page 4: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD CONFERENCE ON …worldconferences.net/proceedings/gse2019/Fullpaper (Disember)/…  · Web viewDalam bidang pendidikan guru seharusnya memainkan peranan

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

pengajaran bagi membolehkan pelajar berkongsi dan mengemukakan pendapat mereka masing-masing.

Pelajar boleh menulis komen atau memberi maklum balas menerusi akaun mukabuku masing-masing. Di samping berbincang, pelajar boleh mengakses bahan bacaan daripada laman web lain. Selain itu, dalam laman web ini juga dimasukkan hasil-hasil karya atau kerja pelajar untuk dikongsi sama ada dalam bentuk video, slid pembentangan ataupun bahan bacaan lain. Justeru, pemerhatian dilakukan semasa pelajar berinteraksi antara satu sama lain menerusi aktiviti yang dijalankan.

Guru juga menemubual pelajar dan merakamkannya ketika mereka berkomunikasi atau membuat perbincangan dengan menggunakan laman web ini. Secara tidak langsung dapat meneliti situasi atau kejadian yang berlaku, setiap kali pemerhatian dan temubual dicatatkan dalam nota dan juga menerusi rakaman video. Dari segi pengutipan data dan penjanaan teori, kajian ini banyak menggunakan kaedah interaksi, bersemuka dengan responden kajian dan pendekatan induktif untuk menjana teori. Kutipan data dijalankan secara berterusan selama dua tahun kajian dilakukan.

DAPATAN KAJIAN

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN SEJARAH MELALUI LAMAN WEB

1. Menambah minat pelajar dan melahirkan pelajar berfikir aras tinggi.

Sepanjang pengajaran dan pembelajaran dalam kelas apabila menggunakan laman web ini, guru mendapati pelajar mempunyai lebih banyak idea dan mampu berfikir aras tinggi. Sebagai contoh ketika guru membuat aktiviti perbincangan melalui forum. Didapati pelajar mampu untuk bertanyakan soalan berfikir aras tinggi (menganalisis dan mengaplikasi) dan mampu berdebat dengan lebih mendalam menerusi topik yang dibincangkan. Pelajar menampakkan minat untuk meneroka dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang topik yang dibincangkan. Skop pembelajaran pelajar juga lebih luas tanpa mengharapkan sumber daripada buku teks semata-mata. Pelajar dapat memperolehi maklumat secara terus melalui pembacaan mereka di laman-laman web yang berkaitan dan membincangkan topik yang diberikan dalam forum tersebut. Justeru menerusi temubual bersama pelajar kajian rata-rata menyatakan mereka lebih faham serta menambah minat dalam pembelajaran sejarah. Hampir 85% pelajar memperolehi markah yang tinggi dalam kuiz yang mengemukakan soalan berfikir aras tinggi dalam topik yang dibincangkan. Pemikiran aras tinggi mampu mencabar pelajar untuk menginterpretasi, menganalisis atau memanipulasi maklumat.

Dapatan kajian ini telah disokong oleh Anderson dan Joerg (1996), yang melaporkan dalam kajian mereka bahawa laman web berperanan sebagai suatu alat yang berkesan dan sesuai bagi pelajar serta pengajar untuk meningkatkan pencapaian dan minat dalam pembelajaran. Hasil kajian ini turut disokong oleh kajian daripada Chang (2001) yang menyatakan bahawa pembelajaran menerusi laman web melalui proses pengajaran secara praktikal. Dalam kajian beliau ini, beliau melihat proses pembelajaran secara laman web dapat membantu memberikan kefahaman kepada pelajar semasa proses pembelajaran dijalankan dan mempertingkatkan kemajuan pembelajaran di kalangan pelajar. Dalam dapatan kajian beliau, 85.84 peratus pelajar mengatakan pembelajaran web sangat sesuai dan ia memberikan keseronokan semasa proses pembelajaran dijalankan.

Pembelajaran melalui laman web mengajak para guru untuk mengalih paradigma pengajaran mereka daripada yang bercorak behavioris dan kognitivis kepada konstruktivis. Konstruktif dikaitkan dengan pendekatan pedagogi berdasarkan “learning by doing”. Justeru, membolehkan pelajar meningkatkan kompetensi, pengetahuan atau teknologi dan lain-lain perkara yang boleh mengembangkan diri sendiri. Konstruktivis dikatakan berupaya mengubah sikap memindah maklumat secara pasif kepada

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017). (e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by https://worldconferences.net Page 123

Page 5: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD CONFERENCE ON …worldconferences.net/proceedings/gse2019/Fullpaper (Disember)/…  · Web viewDalam bidang pendidikan guru seharusnya memainkan peranan

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

yang aktif dengan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang dapat mempertingkat kemahiran berfikir tahap tinggi (high- order thinking skills).

GAMBAR 1Menunjukkan Contoh Jawapan Pemikiran Aras Tinggi oleh Pelajar

(Sumber: Siti Aishah Hassan. 2014. History is Fun, Kolej PERMATApintar Negara, UKM di akses dari http://eisyah.wix.com/belajarsejarah)

GAMBAR 2Menunjukkan Contoh Jawapan Pemikiran Aras Tinggi oleh Pelajar

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017). (e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by https://worldconferences.net Page 124

Page 6: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD CONFERENCE ON …worldconferences.net/proceedings/gse2019/Fullpaper (Disember)/…  · Web viewDalam bidang pendidikan guru seharusnya memainkan peranan

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

(Sumber: Siti Aishah Hassan. 2014. History is Fun, Kolej PERMATApintar Negara, UKM di akses dari http://eisyah.wix.com/belajarsejarah)

Berdasarkan gambar 1 dan 2 di atas, menunjukkan contoh jawapan pemikiran aras tinggi oleh pelajar ketika membuat perbincangan dalam topik yang diberikan. Pelajar juga dapat berkongsi idea tentang pemikiran mereka dan saling memberi pendapat tentang topik yang dibincangkan. Secara tidak langsung, menerusi pemerhatian kajian melihat perbincangan secara berkumpulan dalam sesuatu topik membolehkan guru merangsang perbincangan dalam kelas secara alam maya. Ianya merupakan satu kaedah alternatif bagi membolehkan pelajar berkongsi majlumat dan ilmu pengetahuan mereka. Di samping itu, pelajar juga tidak segan untuk bertanyakan soalan dan rakan-rakan dapat membantu pelajar dalam satu- satu topik yang dibincangkan.

Justeru ia, dapat melahirkan pelajar yang mampu berfikir di luar kotak dengan memberi idea-idea baru yang dilihat relevan dan bernas. Khan (1999) menyatakan bahawa laman web boleh dilihat sebagai satu inovatif dalam menyampaikan pengajaran kepada para pelajar sebagai medium perantaraan. Antara ciri utama laman web yang tidak terdapat dalam media lain ialah kebolehan menyediakan persekitaran yang membenarkan pelajar berinteraksi dengan guru, pelajar berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain atau pelajar berinteraksi dengan persekitaran laman web itu sendiri. Pembelajaran perbincangan melalui forum ini boleh melibatkan pembabitan pelajar dalam satu kelas pada masa yang sama. Guru juga boleh mandapatkan refleksi daripada pelajar selepas tamat kelas pembelajaran. Refleksi boleh digunakan sebagai penilaian guru bagi menilai kefahaman pelajar dalam topik yang dibincangkan. Penglibatan pelajar secara aktif merupakan salah satu komponen penting dalam kejayaan sesuatu proses pembelajaran melalui laman web. Oleh otu dapatan kajian ini telah disokong oleh Baharudin (2001) yang menyatakan bahawa pembelajaran melalui laman web seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti berikut;

• Menghasilkan konteks pembelajaran yang tulen dan melibatkan penyelesaian masalah sebenar.• Pelajar bertanggungjawab dan mempunyai initiatif belajar secara kendiri dalam membentuk sesuatu kemahiran.• Guru bertindak sebagai fasilitator dan memberikan panduan, dan bukan sebagai sumber maklumat. • Perbincangan yang aktif di antara pelajar dan guru.• Kaedah pembelajaran secara berkumpulan-pembelajaran secara kolaboratif dan kooperatif.• Strategi penilaian pembelajaran yang tulen dalam menilai kemahiran sebenar.

2. Memudahkan guru memberi tugasan dan bahan bacaan.

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017). (e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by https://worldconferences.net Page 125

Page 7: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD CONFERENCE ON …worldconferences.net/proceedings/gse2019/Fullpaper (Disember)/…  · Web viewDalam bidang pendidikan guru seharusnya memainkan peranan

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

Selain daripada itu, menggunakan laman web dalam pembelajaran sejarah juga memudahkan guru untuk memuat masuk beberapa artikel yang membincangkan topik-topik dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga dapat menambahkan pengetahuan mereka melalui pembacaan bahan-bahan yang dimuat naik. Selain itu, artikel atau bahan bacaan yang dimuat naik, digunakan sebagai kaedah pembelajaran yang menarik di mana pelajar bukan hanya membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka malahan pelajar juga dapat membuat kesimpulan pembacaan, memberi maklumbalas dalam pembacaan di samping pelajar dapat membincangkan isi kandungan bahan yang telah dimuat naik. Hal ini juga memudahkan tugasan guru ketika tidak dapat hadir ke kelas disebabkan mesyuarat, berkursus dan terlibat dengan tugasan rasmi luar. hasil temubual bersama pelajar dalam kajian ini, pelajar menyatakan mereka masih boleh mendapat maklumat dan belajar secara maya dengan guru walaupun dalam jarak yang jauh. Penyataan ini dibuktikan melalui temubual antara guru dan pelajar: “Kelas seolah-olah berlangsung seperti biasa walaupun guru tiada depan mata”. “Pembelajaran secara maya membolehkan kami mengakses bahan bacaan yang diberikan oleh guru dan kami juga dapat berkongsi idea dengan rakan-rakan sekelas.” “Pembelajaran menggunakan laman web menyebabkan pembelajaran bukan sahaja berlaku semasa di dalam kelas, tapi pada bila-bila masa pelajar mempunyai kelapangan kerana nota dan latihan yang telah dimuat naik sentiasa ada dalam laman web berkenaan”.

Melalui laman web yang dilayari oleh para pelajar mereka akan memperolehi pengalaman-pengalaman baru yang di luar daripada apa yang biasa ditemui di dalam buku teks. Pengalaman yang diperolehi oleh setiap pelajar mungkin berbeza diantara satu sama lain. Di dalam sesi pembentangan pelajar seharusnya mempunyai pandangan tertentu dengan membuat hujahan berdasarkan perspektif masing-masing. Sekiranya keadaan seperti ini berlaku pembelajaran tentunya lebih aktif jika dibandingkan dengan pembelajaran yang lebih banyak pergantungan kepada maklumat yang diberikan oleh guru.

GAMBAR 3Menunjukkan tugasan dan bahan bacaan dalam laman web

(Sumber: Siti Aishah Hassan. 2014. History is Fun, Kolej PERMATApintar Negara, UKM di akses dari http://eisyah.wix.com/belajarsejarah)

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017). (e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by https://worldconferences.net Page 126

Page 8: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD CONFERENCE ON …worldconferences.net/proceedings/gse2019/Fullpaper (Disember)/…  · Web viewDalam bidang pendidikan guru seharusnya memainkan peranan

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

Guru juga dapat memuat naik video, tugasan pelajar dalam laman web ini bagi membolehkan pelajar berkongsi idea dan melihat hasil karya serta memanfaatkan tugasan yang diberikan. Pelajar juga dibenarkan untuk melihat hasil kerja rakan mereka seterusnya memberi respon dan berbincang tentang hasil kerja berkenaan, secara tidak langsung ianya meningkatkan kefahaman mereka dalam topik yang mereka bincangkan. Melalui pemerhatian ketika menggunakann dalam web dalam kaedah pembelajaran didapati memudahkan guru memberi arahan perbincangan secara berkumpulan. Penyataan ini dibuktikan melalui temubual antara guru dan pelajar:“Kami juga dapat melihat hasil kerja rakan-rakan lain dan pada masa yang sama dapat memberi komen serta penilaian tentang hasil kerja mereka, jadi secara tidak langsung pelajar akan membuat sesuatu tugasan segara bersungguh-sungguh bagi mendapatkan penilaian yang baik.

3. Sebagai medium komunikasi

Pengajaran berasaskan Laman web juga boleh ditambah dengan penyediaan kemudahan komunikasi secara sinkroni, misalnya melalui sesi perbualan dan juga asinkroni seperti menghantar email. Kemudahan seperti ini dapat menyediakan peluang kepada pengguna berkomunikasi dan bekerjasama merentasi jarak yang jauh, terutama ketika cuti sekolah. Komunikasi sinkroni (perbualan) membolehkan interaksi berlaku pada masa sebenar antara pelajar, seperti dalam diskusi bilik darjah, bezanya pelajar dalam suasana Internet menggunakan papan kekunci untuk menaip mesej. Manakala komunikasi asinkroni (email) membolehkan interaksi berlaku pada masa dan lokasi berlainan antara dua atau lebih pengguna. Pengguna boleh berkomunikasi pada bila-bila masa sahaja. Kedua-dua jenis komunikasi ini mengembangkan akses maklumat pengguna, sumber, bekerjasama, dan meningkatkan sikap pelajar terhadap kerjasama dan pencapaian. Kedah ini membuktikan bahawa pengajaran dan pembelajaran adalah secara berterusan. Penyataan ini dibuktikan melalui temubual antara guru dan pelajar: “ Perbincangan forum dalam laman web membolehkan pelajar melontarkan idea-idea tanpa gangguan rakan-rakan lain serta dapat memahami dengan jelas soalan-soalan atau jawapan yang dikemukakan oleh rakan-rakan melalui pembacaan”.

4. Mendapatkan lebih banyak bahan bacaan selain buku teks.

Berbeza dengan buku, laman web dilihat lebih mudah di tambah dengan maklumat-maklumat terbaru atau membuangkan maklumat-maklumat lama yang kurang sesuai. Perubahan tersebut boleh dilakukan dalam masa yang singkat. Sebaliknya buku teks akan digunakan sehingga beberapa tahun dengan kandungan yang sama, walaupun keadaan serta situasi penggunaan sentiasa berubah. Penggunaan laman web dianggap memberi nilai tambah dalam sesatu subjek. Hal ini juga dilihat pembelajaran sejarah sebenar dapat berlaku di mana pelajar boleh merujuk pelagai sumber sama ada sumber primer mahupun sekunder untuk dijadikan bahan rujukan. Fleksibiliti pelajar dalam mengakses dan mencari maklumat adalah tidak terhad, justeru, menggalakkan pelajar tidak “bias” dalam satu-satu topik. Pelajar bebas mengemukakan idea dan menyampaikan apa yang mereka tahu dan faham. Di samping itu kandungan laman web juga boleh disimpan sebagai arkib untuk rujukan jika diperlukan.

RUMUSAN

Pembelajaran menggunakan laman web merupakan satu anjakan paradigma baru kepada guru-guru dalam subjek sejarah. Pada masa kini, pembelajaran berpusatkan pelajar dilihat lebih menarik dan mampu memberi nafas baru dalam subjek sejarah. Kemudahan internet dan lambakan teknologi boleh melahirkan guru-guru yang lebih kreatif terutama di abad ke 21 ini. penggunaan Laman web adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang amat sesuai pada masa ini, berbanding dengan pendekatan konvensional yang lazim. Dalam kajian ini jelas menunjukkan bahawa penggunakan laman web dalam pengajaran sejarah ini bukan sahaja memudahkan tetapi secara tidak langsung E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017). (e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by https://worldconferences.net Page 127

Page 9: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD CONFERENCE ON …worldconferences.net/proceedings/gse2019/Fullpaper (Disember)/…  · Web viewDalam bidang pendidikan guru seharusnya memainkan peranan

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

meningkatkan inkuirisiti pelajar dalam pembelajaran seejarah kerana pelajar diberi peluang untuk meneroka dan memberi pendapat dalam berdasarkan pemahaman mereka. Selain itu, kaedah ini adalah berbentuk berpusatkan pelajar di mana pelajar perlu baca bahan bacaan yang disediakan serta mengemukakan idea dan guru hanya terlibat sebagai fasilitator dalam kelas. Penggunaan laman web dalam subjek sejarah juga menunjukkan proses pemebelajaran berjalan secara berterusan. Kaedah ini juga membuktikan pembelajaran dan pengajaran adalah fleksibel dalam mendapatkan dan mengakses maklumat. Justeru, kaedah ini boleh memupuk minat pelajar terhadap subjek sejarah sebagai satu subjek yang menarik bukan lagi membosankan. Justeru, penilaian pelajar dapat dijalankan dengan lebih mudah dan berkesan ke atas seseorang pelajar itu.

Rujukan

Anderson, T.D. & Joerg, W.B. 1996 . WWW to support classroom teaching. Canadian Journal of Educational Communication, 25(1), m.s. 19-35.

Chang, Chi-Cheng. 2001. A study on the evaluation and effectiveness analysis of webbased learning portfolio (WBLP). British Journal of Educational Technology; 32(4): 435-459.

Khan, B.H. 1999. Web Based Instruction. Englewood Cliffs, NJ: Educational Technology Publications.Mohd Arif Ismail & Mohd Jasmy Abd Rahman. 2000. Pembinaan laman web untuk pengajaran fokus terhadap kursus GE2123 : Teknologi dan inovasi dalam pendidikan. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan 2000. Hotel Equatorial Bangi. 14 – 15 November 2000.

Law. N., Y. Lee & A. Chow. 2002. Practice characteristics that lead to 21st century learning outcomes. Journal of Computer Assisted Learning. 18: 415-426 Blackwell Science LtdRodriguez, S., Dodge, B., N. & Menchaca, M. 2003. WebQuest Design and Application Strategies. In C. Crawford et al. (Eds.), Proceeding of Society for Information Technology and Teacher Education International Conference 2002, hlm. 2478-2481.

Norazah Mohd. Nordin & Ngau Chai Hong Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web – Webquest bagi Mata Pelajaran ICT (Development and Evaluation of Webquest for Informationand Communication Technology Subject): Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 111 – 129

Bolick, C. M. (2006). Digital archives: Democratizing the doing of history. International Journal of Social Education, 21(1), 122-134.

Sajap Maswan, Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Laman Web di Sekolah Jabatan teknologi Pendidikan Institut Perguruan Tuanku Bainun

Baharuddin, Rio Sumarni, dan Manimegalai Subramaniam. 2002. Reka Bentuk Perisian Multimedia. Skudai : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Jonassen, H. D. (1999) Constructivist learning enviro·nment on the Web: Engaging students in meaningful learning. Paper presented at Education Technology Conference and Exhibition, 9-11 " February, SUNTEC City, Singapore.

http://www.utusan.com.my/rencana/harapan-sistem-pendidikan-malaysia-1.140638#sthash.isxaLEY3.dpuf more at:E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017). (e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by https://worldconferences.net Page 128

Page 10: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD CONFERENCE ON …worldconferences.net/proceedings/gse2019/Fullpaper (Disember)/…  · Web viewDalam bidang pendidikan guru seharusnya memainkan peranan

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017). (e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by https://worldconferences.net Page 129