spm 2010-2014 perancangan strategik
Post on 20-Jul-2016
61 views
Embed Size (px)
DESCRIPTION
perdaganganTRANSCRIPT
BAHAGIAN 1
Perancangan Strategik Kurikulum : Tingkatan 5 (2010 2014)
16.0 CARTA ORGANISASI SMK BALAI RINGIN
17.0 CARTA ORGANISASI KURIKULUM SMK BALAI RINGIN
18.0 Senarai Ketua & Penolong Ketua PanitiaBilMata PelajaranKetua Panitia Penolong Ketua Panitia
1BAHASA MELAYU (Bahasa Melayu/Amalan Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu)LASA OCHARMARY SANG
2BAHASA INGGERIS (Bahasa Inggeris, English for Science Technology)LILY ROLANDHELEN BONG
3BAHASA CINALAI CHUN KIN-
4BAHASA IBANSIDI AJI-
5SEJARAHHIEW LEE CHOOMCKINLEY EDWARD
6GEOGRAFI FRANKIE NGISAUUNJIE GANYAI
7PENDIDIKAN SENI VISUALNELON ADDIANDY HOPKIN BARUK
8PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATANJOSEPH SAMSONMohd. Zaidan b Sapian
9PENDIDIKAN MORALSHAMSIAH ABD.RAHMANSIAW LEE LING
10PENDIDIKAN ISLAMAlluqman bin Sudin-
11SAINS (Sains/Fizik/Kimia/Biologi/Sains Tambahan)REBECCA TALAMCHONG SEAW VOAN
12MATEMATIK (Matematik & Matematik Tambahan)EFFA HASMIRA ZAHARIFREDA EBIR
13KEMAHIRAN HIDUP (Sains Pertanian/Kemahiran Teknikal/Pertanian/Ekonomi Rumah Tangga/ Perdagangan & Keusahawanan)MILIA NIOTJESSICA LIBAI
14EKONOMI (Perdagangan/Ekonomi Asas/Prinsip Akaun)PATRICIA BONGKONG-
15SIVIK & KEWARGANEGARAANNORDIN MATNORROSELINE RUNGGAI
16TEKNOLOGI MAKLUMATFADZLAWATI LEN-
19.0 JAWATANKUASA PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAHPengerusi: Pengetua
Naib Pengerusi: Penolong Kanan Pentadbiran & Akademik
: Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
:Penolong Kanan KokurikulumSetiausaha: Setiausaha Peperiksaan/
Setiausaha Kokurikulum
Ahli: Semua Ketua Bidang
Semua Guru Cemerlang
Wakil Guru Bimbangan & Kaunseling
Ketua Waden
Ketua Pembantu Tadbir
Penyelia Asrama Kanan
BAHAGIAN 3
KAJIAN KEPERLUAN
1.0 PENDAHULUAN
Kajian keperluan dijalankan untuk mengetahui keadaan semasa atau sedia ada di sekolah dan keadaan yang dikehendaki oleh pengurusan dan pentadbiran sekolah pada masa akan datang. Satu pengauditan dan penilaian terhadap situasi/keadaan atau sekitaran semasa dari aspek dalaman dan luaran organisasi sangat penting dilakukan sebelum sesebuah organisasi memulakan perancangan atau membuat keputusan. Kajian keperluan ini sebagai titik tolak untuk membuat perancangan Strategik supaya penambahbaikan dapat dilakukan.
Analisis situasi/keadaan ini merujuk kepada analisis data dan pemerhatian yang dilakukan sama ada yang lepas, kini, atau akan datang yang dapat dijadikan untuk merangkakan perancangan Strategik yang lebih berkesan. Analisis sekitaran merupakan aspek penting dalam perancangan Strategik untuk melihat faktor luaran dan dalaman organisasi yang merangkumi kekuatan, kelemahan, peluang, dan ancaman yang terdapat sekitaran kini dan akan dating yang dapat membantu dan menghalangi organisasi daripada mencapai misi/matlamat organisasi. Penyemakan/kajian luaran organisasi disebut analisis PEST yang merangkumi faktor politik, ekonomi, sosial, dan teknologi.
Manakala penilaian kendiri organisasi terhadap sumber dalamannya tertumpu kepada kekuatan dan kelemahan dalam organisasi. Analisis dalaman ini meliputi analisis SWOT yang merangkumi kekuatan, kelemahan (faktor di dalam organisasi), peluang, dan ancaman (faktor di luar organisasi), di samping analisis organisasi, nilai dalam organisasi, dan analisis kualiti perkhidmatan dalam organisasi.
Untuk membuat analisis ini, pengumpulan data merupakan langkah yang terpenting dan utama supaya dapat dilakukan analisis luaran dan dalaman organisasi untuk tujuan penambahbaikan berterusan. Terdapat banyak kaedah untuk mengumpulkan data seperti temu bual. soal selidik, data daripada rekod sedia ada, data daripada pelbagai sumber seperti laporan kerajaan/Jabatan Pendidikan, media massa, dan sebagainya sesuai dengan wawasan dan matlamat organisasi. Semua data yang diperoleh akan dibuat kajian semula dengan menggunakan analisis SWOT dan PEST, force field analysis, dan radas statistikal lain. Segala maklumat ini disenaraikan dan dibuat senarai kedudukan keutamaan (ranking).
2.0 ANALISIS KEADAAN SEMASA
Di peringkat pentadbiran, sekolah ini mempunyai seorang Pengetua (DG52), seorang Penolong Kanan Pentadbiran Akademik (DG44KUP), seorang Penolong Kanan HEM (DG41), dan seorang Penolong Kanan kokurikulum (DG41). Di samping itu, sekolah ini juga mempunyai staf sokongan yang terdiri daripada Ketua Kerani (N22), Pegawai Rendah Am (PRA), dan Pegawai Awam Rendah (PAR). Dari segi tenaga pengajar (guru), sekolah ini mempunyai kuota guru sebanyak 109 orang guru (termasuk Pengetua). Umumnya, guru dan staf sokongan di sekolah ini iltizam dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing seperti yang diamanahkan. Guru dan staf sokongan terdiri daripada pelbagai kaum, agama, kepercayaan, dan adat resam serta dapat bergaul dengan mesra dan kasih sayang.Murid-murid yang ditempatkan di sekolah ini datangnya daripada pelbagai latar belakang, tahap sosioekonomi yang berbeza, dan menganuti pelbagai agama, kepercayaan, dan adat resam mengikut bangsa. Majoriti daripada mereka adalah terdiri daripada kaum iban, diikuti oleh kaum Bidayuh, Cina, Melayu dan lain-lain. Kepelbagaian bangsa, agama, dan latar belakang ini umumnya tidak menghalang pergaulan mesra dan intim antara mereka. Malahan, pergaulan dan percampuran pelbagai kaum ini sebagai suatu keunikan sekolah ini untuk melahirkan rupa wajah rakyat Malaysia yang bersatu padu dan keutuhan kerjasama. Sekiranya kepelbagaian ini dapat dimanfaatkan, sekolah ini berpotensi besar untuk menjadi sekolah contoh dari segi perpaduan dan kerjasama kaum. Mereka sama-sama belajar dalam kelas yang terdiri daripada pelbagai kaum dari tingkatan satu hingga ke tingkatan enam atas.Keiltizaman dan kerjasama utuh sesama warga sekolah ini memungkinkan sekolah ini mencapai hasrat dan cita-cita murni sekolah ini untuk menjadi sekolah harapan negara dan kebanggaan semua pihak. Pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah hendaklah menggunakan potensi/peluang ini dengan sebaik-baiknya dan mengoptimumkan segala kemudahan/situasi harmonis yang sedia ada untuk terus mencemerlangkan sekolah ini. Tumpuan utama sekolah ini hendaklah dijuruskan untuk meningkatkan keceriaan dan pencapaian akademik murid temtamanya dalam peperiksaan awam.Dari segi disiplin pula, sistem pencegahan, pengawalan, pemantauan, dan tindakan yang berprosedur hendaklah dimantapkan bagi menangani salah laku disiplin murid agar tidak menjejaskan keharmonian sekolah serta menanganinya dengan hikmah dan bijaksana. Keseluruhannya, disiplin murid ini berada pada tahap yang terkawal. Pihak berkuasa disiplin sekolah hendaklah memupukkan kerjasama padu dan utuh sesama warga sekolah, ibu bapa, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan agensi lain untuk sama-sama berganding bahu mendepani semua salah laku disiplin murid agar mereka dapat dipanduarahkan kepada visi dan misi sekolah.
Dalam bidang kokurikulum, sekolah ini telah mencapai kejayaan dalam beberapa pertandingan yang dianjurkan di peringkat zon, Pejabat Pelajaran Daerah Serian, antara zon, dan negeri, malahan sudah ada murid yang mewakili negeri Sarawak untuk pertandingan di peringkat kebangsaan. Sekiranya program memajukan kokurikulum dapat dirancangkan dan dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan, sekolah ini berpotensi besar untuk menjadi juara dalam pertandingan yang disertai.Pengurusan di peringkat perkeranian menunjukkan staf sokongan yang bertugas di Pejabat Am sekolah memahami dan amat jelas akan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Sistem fail, pengendalian kemudahan Pejabat Am, kerja profesional, keiltizaman. dan sebagainya dipamerkan dengan cukup berkesan. Kecekapan dan keberkesanan mengurustadbirkan Pejabat Am sangat penting untuk membantu pihak pengurusan.Bagi meningkatkan profesionalisme guru dan staf sokongan, lebih banyak peluang hendaklah diberikan kepada mereka untuk meningkatkan dan mengembangkan diri dalam bidang masing-masing. Pihak pengurusan sekolah boleh mengintai dan mencari peluang-peluang yang ada untuk membantu mereka mencemerlangkan diri.Sistem pendokumentasian, penyimpanan maklumat dan data yang kemas kini hendaklah diberikan perhatian sewajarnya supaya rekod ini dapat dijadikan rujukan dari semasa ke semasa. Kesediaan Pengetua untuk mewujudkan Galeri Mini Sekolah sangat penting supaya semua maklumat penting/utama berkaitan dengan sekolah dapat diabadikan untuk tatapan umum.Hasil daripada kajian/analisis melalui pemerhatian, pemeriksaan dokumen, temu bual, dan penglibatan langsung di sekolah ini, terdapat kekuatan dan kelemahan serta peluang dan ancaman yang perlu diberikan perhatian agar visi dan misi