sosiologi dan antropologi fem3313 - …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/kuliah minggu 13.pdf · •...

18
SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 INSTITUSI AGAMA KULIAH MINGGU 13

Upload: dangkhanh

Post on 21-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 13.pdf · • Sosiologis tidak mengkaji agama dari segi benar atau tidak benarnya ajaran agama

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI

FEM3313

INSTITUSI AGAMA

KULIAH MINGGU 13

Page 2: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 13.pdf · • Sosiologis tidak mengkaji agama dari segi benar atau tidak benarnya ajaran agama

KONSEP AGAMA• Agama merupakan set kepercayaan dan pandang dunia (worldview),

iaitu idea-idea tentang sifat kewujudan (nature of existence), matlamat kewujudan, masalah kewujudan dan cara mengatasimasalah tersebut.

• Pandang dunia sesuatu agama mencerminkan perkara yang dihargaidan sebaliknya – nilai-nilai berkaitan persoalan rohaniah, akhlak dansosial yang didokong oleh agama berkenaan.

• Agama mempunyai lambang-lambang teras (core symbols) yang merupakan embodiment dan pengucapan kepercayaan dan nilai-nilaiutama yang ingin diterapkan ke dalam masyarakat (Sharifah Zaleha, 2012).

• Sosiologis mengertikan agama sebagai set kepercayaan, simbol danamalan yang dihubungkaitkan dengan sesuatu yang kudus (sacred), yang dianggap sangat penting.

• Ia dipercayai mempunyai kuasa luar biasa, bermakna dan diperlukandalam kehidupan seharian masyarakat (Abdul Halin, 2003).

Page 3: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 13.pdf · • Sosiologis tidak mengkaji agama dari segi benar atau tidak benarnya ajaran agama

KONSEP AGAMA• Bagi masyarakat yang bertamadun tinggi, agama merupakan

sebuah struktur institusi penting sehingga agama dikatakan sebagaiseluruh sistem sosial.

• Persoalan yang berkaitan dengan agama adalah berbeza denganpersoalan bukan agama seperti ekonomi, politik, kenegaraan kerana ke semuanya bersifat material (benda)

• Agama bersifat abstrak, ia adalah `dunia luar’, pengalamantransenden atau the beyond.

• Agama merangkumi sistem kepercayaan dan amalannya sekali.

• Setiap amalan agama mempunyai fungsinya (peranan) tersendiriyang kebanyakannya dikaitkan dengan pandangan duniamasyarakatnya.

• Pengkaji antropologi keagamaan telah menekankan kajian merekakepada sistem kepercayaan masyarakat yang mengandungiperasaan berani, hormat dan takut yang dianggap oleh manusiaterhadap alam ini selain daripada objek dan pengalaman secaralangsung (Abdullah Taib, 1985).

Page 4: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 13.pdf · • Sosiologis tidak mengkaji agama dari segi benar atau tidak benarnya ajaran agama

KONSEP AGAMA• Pendapat ini, banyak memberikan sumbangan ke atas pembentukan teori

keagamaan yang dikemukakan oleh Emile Durkheim dalam karyanya, The Elementary Forms of the Religious Life pada 1912.

• Durkheim menghujah bahawa penganut agama tidak bertanya bagaimana agama wujud, akan tetapi ialah bagaimana cara melakukan sesuatu dengan cara yang betul.

• Agama juga dilemparkan dengan pelbagai tuduhan seperti penghalang kemajuandan agama sebagai sesuatu yang bersifat reaksional.

• Agama juga dikaitkan sebagai pencetus atau punca fanatisme, fundalmentalisme, radikalisasi, anti-rasional dan pelbagai label negatif.

• Malah atas nama agama juga berlaku pergaduhan, peperangan, kemusnahanharta benda dan nyawa.

• Malah ada juga individu atau kelompok yang menggunakan agama untukkepentingan peribadi.

• Kefahaman mengenai asas agama amat penting agar manusia tidak memberikanlabel dan persepsi yang negatif mengenai agama dalam masyarakat.

Page 5: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 13.pdf · • Sosiologis tidak mengkaji agama dari segi benar atau tidak benarnya ajaran agama

PERANAN AGAMA• Para sosiologis cuba memahami agama dari segi peranannya dalam mengesani

kehidupan ahlinya dan juga bagaimana ahli masyarakat tersebut sendiri pula mempengaruhinya.

• Sosiologis tidak mengkaji agama dari segi benar atau tidak benarnya ajaran agama itu, atau sama ada Tuhan wujud atau tidak.

• Agama berperanan dan berpotensi dalam mempengaruhi jati diri dan identitiseseorang atau kelompok.

• Agama boleh melakukan empat perkara.

– Agama boleh mendorong manusia menubuhkan komuniti iman (faith community) yang berbeza dari segi amalan dan tingkah lakunya daripadakumpulan lain.

– Agama boleh menentukan dengan siapa ahli komuniti tersebut boleh atautidak boleh berinteraksi dan berhubungan.

– Agama boleh menggalak manusia membandingkan komuniti yang merekaanggotai dengan kumpulan atau komuniti lain;

– Agama boleh menanam keinginan mendalam dalam kalangan ahli kelompokuntuk memberi pernyataan kepada keyakinan mereka.

Page 6: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 13.pdf · • Sosiologis tidak mengkaji agama dari segi benar atau tidak benarnya ajaran agama

PERANAN AGAMA• Agama juga dikenali sebagai tenaga penyatu (unifying force)

terhadap aspirasi manusia yang paling murni sehinggamembentuk idealisme

• Agama dianggap sebagai sejumlah himpunan nilai-nilai moral

• Agama dianggap sebagai benteng ketahanan masyarakat dankedamaian individu yang menjadi asas penting untukmenegakkan keagungan peradaban dan tamadun manusia.

• Tanpa agama, sudah tentu manusia akan mengalami pelbagaicabaran dalam kehidupan mereka.

• Secara ringkas, agama berperanan dalam mengikatpenganutnya ke dalam satu kesatuan yang kukuh dankemampuannya mewujudkan kestabilan dalam masyarakat.

Page 7: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 13.pdf · • Sosiologis tidak mengkaji agama dari segi benar atau tidak benarnya ajaran agama

PERSPEKTIF SOSIOLOGI TERHADAP

AGAMA

Page 8: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 13.pdf · • Sosiologis tidak mengkaji agama dari segi benar atau tidak benarnya ajaran agama

PERSPEKTIF FUNGSIONALIS• Perspektif fungsionalis ini berdasarkan pandangan sosiologis Durkheim yang

melihat agama dari segi fungsinya dalam memenuhi keperluan masyarakat.

• Bagi Durkheim, agama merupakan satu sistem kepercayaan dan ritual berhubungdengan sesuatu yang suci atau kudus, bukan sesuatu yang bersifat duniawi(profane).

• Durkheim menjelaskan agama berfungsi kerana ia mengikat (menyatukan) orang bersama sebagai kelompok penganut.

• Perkara tersebut boleh dicapai kerana pengikut agama berkongsi nilai dankepercayaan moral yang serupa yang membentuk satu kesedaran kolektif(collective consciousness).

• Kesedaran kelompok seperti ini menjadi asas kepada keteraturan sosial, pengawalan tindakan dan kerjasama serta perpaduan kelompok.

• Penyembahan keagamaan secara kolektif, misalnya berfungsi mengukuhkanhubungan sesama ahli masyarakat, kerana masing-masing sebenarnya berkongsikepercayaan dan juga simbol yang disembah.

• Durkheim juga melihat agama sebagai memberi makna dan tujuan kepada hidupdalam kalangan pengikutnya (Macionis, 1999).

Page 9: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 13.pdf · • Sosiologis tidak mengkaji agama dari segi benar atau tidak benarnya ajaran agama

PERSPEKTIF INTERAKSIONISME SIMBOLIK• Perspektif interaksionisme simbolik menjelaskan bahawa agama berkuasa dan mempunyai

pengaruh pada kehidupan masyarakat.

• Hal ini kerana adanya komitmen ahli masyarakat sendiri kepada kepercayaan keagamaan.

• Juga kerana kesediaan mereka untuk sentiasa menghubungkaitkan segala tindakan merekadengan kepercayaan tersebut (Macionis, 1999; Turner, 1985).

• Agama mempunyai simbol-simbol tertentu yang dianggap kudus, luar biasa dan mulia olehkomuniti penganutnya.

• Lambang (simbol) tersebut memberi identiti tersendiri kepada komuniti penganut berkenaanserta berperanan besar dalam mewujudkan perpaduan penganut (Henslin, 2001).

• Dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai agama, misalnya institusi masjid, gereja, kuil, gurdwara merupakan simbol perpaduan yang jelas dan berfungsi.

• Sebenarnya ritual agama juga merupakan simbol yang mengikat penganut ke dalam satukomuniti

• Komuniti yang terbentuk oleh ikatan kepercayaan agama, yang diadun dengan nilai-nilaimulia dan suci, serta simbol-simbol agama merupakan entiti yang berkuasa danberpengaruh.

• Dari sudut perspektif interaksionisme simbolik, komuniti mampu mengawal tindakan ahlinyasehingga ke tahap menyisihkan ahli yang bersalah daripada kumpulan.

Page 10: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 13.pdf · • Sosiologis tidak mengkaji agama dari segi benar atau tidak benarnya ajaran agama

PERSPEKTIF KONFLIK• Perspektif konflik memperlihatkan pandangan sosiologis Karl Marx tentang rol agama dalam

menyokong dan mengekalkan hierarki sosial (Macionis, 1999).

• Menurut Marx agama memuliakan kumpulan elit yang memerintah, mengesahkankedudukan mereka dan menekankan kewajaran golongan bawahan untuk mentaati mereka.

• Menurut Marx agama adalah candu masyarakat, iaitu sesuatu yang mengkhayalkanmasyarakat sehingga menerima susun lapis sosial, ketaksamaan ekonomi dan kuasa sertaperbezaan status dan kelas sosial sebagai kehendak Tuhan (Browne, 1992).

• Marx juga menghujah bahawa apabila wujud pengagihan sumber yang tidak adil dalammasyarakat, akan berlaku penindasan dan alienasi (pengasingan) kelompok tertentu.

• Marx menegaskan akan berlaku penindasan dan peminggiran pekerja oleh golongan pemodal(borjuis) sehingga agama menjadi alat yang meredakan derita penindasan dan penekanan.

• Agama menjadi seperti pelindung agar orang menjadi lebih sabar dan tahan keperitan apabilateringatkan agama.

• Agama juga merupakan satu mekanisme kawalan sosial yang menghalang berlakunya konflikantara penindas dengan golongan yang ditindas.

• Namun, ia terus menjadi pengekal stratifikasi sosial dan penindasan dalam masyarakat.

Page 11: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 13.pdf · • Sosiologis tidak mengkaji agama dari segi benar atau tidak benarnya ajaran agama

IDENTITI BERKAITAN AGAMA• Identiti sesuatu masyarakat amat berkait dengan agama dan

budaya.

• Agama dan identiti tidak dapat dipisahkan kerana setiappenganut mempunyai identiti agama yang tersendiri.

• Pentingnya identiti kerana ia melambangkan hubunganindividu serta keakuran (kepatuhan) dengan agamanya.

• Setiap kumpulan etnik mempunyai ciri budaya dan agama yang melambangkan identiti dan menentukan sempadanetnik mereka.

• Seseorang yang menganggap dirinya sebagai ahli etniktertentu mengidentifikasikan dirinya sebagai ahli kumpulantersebut, berkongsi nilai agama dan budaya yang sama danmempunyai keahlian yang boleh dikenal pasti oleh orang lain.

Page 12: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 13.pdf · • Sosiologis tidak mengkaji agama dari segi benar atau tidak benarnya ajaran agama

IDENTITI BERKAITAN AGAMA• Menurut Shamsul (1996) setiap realiti sosial sebagai terbentuk

daripada dua pendekatan yang saling melengkapi, iaitu pendekatantafsiran autoriti (authority-defined) dan tafsiran harian (everyday-defined).

• Realiti sosial tafsiran autoriti adalah pendekatan yang melihatsesuatu fenomena sosial menerusi kaca mata ahli-ahli yang mempunyai kedudukan yang berautoritatif, tetapi tidak terbabitdalam fenomena sosial tersebut secara langsung.

• Kepelbagaian etnik dalam masyarakat, apabila dilihat melaluipendekatan ini, cenderung digambarkan sebagai umum, seragamdan statik.

• Gambaran mengenai sesebuah kategori etnik misalnya, dibinaberdasarkan identiti kolektif yang menekankan penanda-penandaidentiti etnik yang paling menyerlah untuk membezakannya dengankategori etnik lain.

Page 13: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 13.pdf · • Sosiologis tidak mengkaji agama dari segi benar atau tidak benarnya ajaran agama

IDENTITI BERKAITAN AGAMA• Akibatnya, pendekatan tafsiran autoriti tidak mampu memberikan

gambaran kepelbagaian etnik dalam masyarakat yang dinamik lagipelbagai yang wujud dalam kehidupan harian.

• Kepelbagaian etnik dalam kehidupan seharian hanya dapat diserlah ataudilihat menerusi satu lagi pendekatan yang lebih mikro, iaitu tafsiranharian.

• Melalui pendekatan ini, identiti etnik digambarkan sebagai ‘artikulasipengalaman peribadi’ di mana gambaran tentang siapa diri pelakusebagai ahli kumpulan etnik, terbit dan dipengaruhi oleh pengalaman yang dilalui mereka dalam kehidupan seharian (Shamsul 1996).

• Wacana identiti yang dibahas oleh Shamsul (1996) berasaskan duapendekatan, iaitu authority-defined dan everyday-defined penting dalamkonteks Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang agama danbudaya.

• Perlu ditegaskan, identiti seseorang dalam sesuatu keadaan tidak mutlak. Identiti adalah sesuatu ciptaan sejarah dan bersifat dinamik.

Page 14: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 13.pdf · • Sosiologis tidak mengkaji agama dari segi benar atau tidak benarnya ajaran agama

KEAKURAN AGAMA• Setiap agama mempunyai matlamat, tanpa mengira agama masyarakat mudah

(simple) atau kompleks.

• Keakuran agama bermaksud kepatuhan individu dalam ajaran agama masing-masing.

• Keakuran juga boleh diertikan sebagai kesetiaan individu dalam menjalanikehidupan sebagai penganut agama masing-masing.

• Setiap penganut apa juga agama, sosiologis perhatikan, mempunyai matlamat“mendapatkan keselamatan” di dunia ini atau di kedua-dua dunia, yang sekarangdan yang akan datang (Johnson, 1996).

• Bezanya adalah dari segi cara keselamatan itu diperoleh serta bentuk keselamatanyang diharapkan oleh pengikut sesuatu agama. Cth Rukun Islam

• Norma keagamaan atau cara yang diakui dan dipatuhi masyarakat untukmemperoleh keselamatan, sebenarnya berfungsi menstabilkan keadaanmasyarakat itu sendiri (Abdul Halin, 2003).

Page 15: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 13.pdf · • Sosiologis tidak mengkaji agama dari segi benar atau tidak benarnya ajaran agama

MASALAH RADIKALISASI AGAMA• Konsep radikalisasi adalah kepercayaan pada sebuah gagasan atau prinsip

radikal dalam melakukan perubahan secara ekstrem terhadap institusipolitik dan sosial.

• Dalam pengertian politik, gagasan ini muncul pertama kali dari Charles James Fox (1749-1806), yang menginginkan suatu reformasi radikal untukmembela kebebasan dan penghapusan perdagangan kanak-kanak.

• Sejak itu, gagasan radikalisasi ini telah meluas dalam pelbagai bidangseperti sosiologi dan sains politik.

• Radikalisasi dapat dibezakan dalam dua peringkat, iaitu peringkatpemikiran dan peringkat tindakan.

• Pada peringkat pemikiran, radikalisasi masih berupa wacana, konsep dangagasan (idea) yang masih dalam perbincangan mengenai aspekpenggunaan cara-cara kekerasan untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu.

• Manakala pada peringkat tindakan pula, radikalisasi wujud dalam aspeksosio-politik dan agama.

Page 16: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 13.pdf · • Sosiologis tidak mengkaji agama dari segi benar atau tidak benarnya ajaran agama

MASALAH RADIKALISASI AGAMA• Dalam aspek politik, fahaman radikalisasi ini kelihatan daripada tindakan

memaksakan pendapatnya dengan cara-cara yang bertentangan denganundang-undang (perlembagaan).

• Dalam peringkat tindakan, kelompok ini dapat mengerakkan (mobilise)pengikutnya untuk memenuhi kepentingan politik tertentu dan situasi iniseterusnya berakhir dengan konflik sosial dalam masyarakat.

• Dalam bidang keagamaan pula, fenomena radikalisasi agama dapat dilihatdaripada tindakan yang bersifat destruktif dan huru hara (anarki) atasnama agama dari sekelompok orang terhadap kelompok pemeluk agama lain (external) atau kelompok seagama (internal) yang berbeza dandianggap sesat.

• Termasuk dalam tindakan radikalisasi agama adalah aktiviti untukmemaksakan pendapat, keinginan, dan cita-cita keagamaan dengan jalankekerasan yang sebenarnya bertentangan dengan ajaran agama sebenar.

• Radikalisasi agama ini boleh menjangkiti semua penganut agama.

Page 17: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 13.pdf · • Sosiologis tidak mengkaji agama dari segi benar atau tidak benarnya ajaran agama

MASALAH RADIKALISASI AGAMA• Radikalisasi dalam sebuah ideologi dan agama biasanya berlaku kerana beberapa

faktor, seperti kegagalan individu/kelompok memahami mesej agama secarabersepadu (integral) dan menyeluruh (comprehensive), sehingga ada yang memilih melakukan tindakan ekstrem.

• Ada juga radikalisasi diciptakan oleh golongan elit untuk kepentingan politik.

• Perkara tersebut secara tidak langsung telah menjejaskan hubungan antarapenganut agama bukan sahaja di negara yang mengalami masalah dalammenguruskan radikalisasi agama malah juga di seluruh dunia.

• Penyebaran fahaman radikalisasi agama telah berubah daripada sebaran majalahdan buku kepada penggunaan bahan melalui internet.

• Selain menggunakan media cetak, kelompok radikal juga memanfaatkan duniamaya untuk menyebarluaskan informasi, misalnya mengenai konsep jihad.

• Radikalisasi agama ini memerlukan perhatian semua pihak terutama kerajaan daninstitusi sosial dalam membendung fenomena ini agar tidak menjejaskankestabilan masyarakat dan keselamatan serta ketahanan negara.

Page 18: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 13.pdf · • Sosiologis tidak mengkaji agama dari segi benar atau tidak benarnya ajaran agama

TERIMA KASIH