agama tamadun

40
ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN……………………………………………………………1-2 2.0 AGAMA-AGAMA UTAMA DI DUNIA 2.1 AGAMA HINDU…………………………………………………..3 2.2 AGAMA BUDDHA 2.2.1 PENGASAS AGAMA BUDDHA……………………….....4 2.2.2 PERKEMBANGAN AGAMA BUDDHA………………....4-5 2.2.3 KESAN PERKEMBANGAN AGAMA BUDDHA……….6 2.3 AJARAN CONFUCIUNISME 2.3.1 BAGAIMANA IA WUJUD DAN BERKEMBANG……....7-8 2.4 AJARAN TAOISME 2.4.1 BAGAIMANA IA WUJUD DAN BERKEMBANG……….9 2.5 AGAMA KRISTIAN……………………………………………….10-11 2.6 AGAMA ISLAM 2.6.1 MAKSUD AGAMA ISLAM DAN CIRI-CIRINYA……….13 2.6.2 PRINSIP DAN DASAR TAMADUN ISLAM……………...14-15 2.6.3 MASYARAKAT ARAB JAHILIAH : SEBELUM DAN SELEPAS KEDATANGAN ISLAM…………………………………....16-20 3.0 KESAN-KESAN PENOLAKAN AGAMA KE ATAS TAMADUN 3.1 PERPECAHAN………………………………………………………21 3.2 BENCANA ALAM…………………………………………………..22-23 3.3 PEMIMPIN TIDAK BERWIBAWA………………………………...23-24 3.4 RAKYAT TIDAK BERMORAL…………………………………….24 1

Upload: asmasyakilla

Post on 18-Jun-2015

2.049 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: agama tamadun

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN……………………………………………………………1-2

2.0 AGAMA-AGAMA UTAMA DI DUNIA

2.1 AGAMA HINDU…………………………………………………..3

2.2 AGAMA BUDDHA

2.2.1 PENGASAS AGAMA BUDDHA……………………….....4

2.2.2 PERKEMBANGAN AGAMA BUDDHA………………....4-5

2.2.3 KESAN PERKEMBANGAN AGAMA BUDDHA……….6

2.3 AJARAN CONFUCIUNISME

2.3.1 BAGAIMANA IA WUJUD DAN BERKEMBANG……....7-8

2.4 AJARAN TAOISME

2.4.1 BAGAIMANA IA WUJUD DAN BERKEMBANG……….9

2.5 AGAMA KRISTIAN……………………………………………….10-11

2.6 AGAMA ISLAM

2.6.1 MAKSUD AGAMA ISLAM DAN CIRI-CIRINYA……….13

2.6.2 PRINSIP DAN DASAR TAMADUN ISLAM……………...14-15

2.6.3 MASYARAKAT ARAB JAHILIAH : SEBELUM DAN SELEPAS

KEDATANGAN ISLAM…………………………………....16-20

3.0 KESAN-KESAN PENOLAKAN AGAMA KE ATAS TAMADUN

3.1 PERPECAHAN………………………………………………………21

3.2 BENCANA ALAM…………………………………………………..22-23

3.3 PEMIMPIN TIDAK BERWIBAWA………………………………...23-24

3.4 RAKYAT TIDAK BERMORAL…………………………………….24

4.0 KESIMPULAN……………………………………………………………….25-26

BIBLIOGRAFI………………………………………………………………………..27

1

Page 2: agama tamadun

1.0 PENGENALAN

“Pada hakikatnya nilai moral dan spiritual yang mutlak tidak ada. Oleh itu

manusia hendaklah berseronok semasa hidup di dunia ini. Hanya itulah satu-satunya

matlamat hidup manusia memenuhi keseronokkan pancaindera dan syahwat

kebinatangannya”

- Socrates

Pada pendapat kami, Socrates berada dalam keadaan mabuk ketika berkata

sedemikian. Bunyinya mungkin agak tidak masuk akal tetapi mengapakah kita harus

memuaskan keseronokkan pancaindera dan syahwat kebinatangan kerana hasilnya ialah

kemusnahan jati diri dan etika moral masyarakat itu sendiri.

Contoh terbaik ialah budaya hendonisme yang dibangga- bangga oleh masyarakat

Barat yang menyatakan bahawa budaya hendonisme itu adalah penawar kepada segala

masalah yang menghantui diri manusia. Persoalannya ialah adakah budaya hendonisme

itu sendiri merupakan satu penawar atau racun? Dan jawapannya ialah budaya

Hendonisme itu merupakan racun yang akan bergerak keseluruh tubuh dan akhirnya

melumpuhkan manusia itu sendiri.

2

Page 3: agama tamadun

Bukanlah tujuan kami untuk menulis sebuah esei tentang budaya Hendonisme

tetapi budaya Hendonisme ialah contoh terbaik bagi menunjukkan kesan penolakkan

agama dalam pembentukkan tamadun. Agama adalah teras kehidupan. Ia telah

menyediakan satu garis panduan yang sangat komprehensif dan efektif kepada setiap

manusia dalam mengharungi kehidupan seharian. Tiada satu agama pun didunia ini yang

mengajak manusia melakukan kemusnahan. Semua agama menyeru penganutnya agar

melakukan perkara yang mulia. Keamanan, kesejahteraan, perpaduan dan kemuliaan,

semua itu merupakan secebis daripada nilai-nilai murni yang ditekankan oleh semua

agama, jadi apakah yang terjadi jika ada yang menolak peranan agama dalam

pembentukkan tamadun?

Kemusnahan! Itulah yang akan terjadi jika peranan agama dinafikan dalam proses

pembinaan tamadun. Justeru itu, melalui tugasan ini, kami akan menerangkan dalam satu

metod yang mudah tentang peranan agama dalam pembentukkan tamadun dan apakah

signifikannya agama dalam menjaga keamanan negara kita yang tercinta supaya kita

dapat mengelakkan berlakunya kemusnahan seperti yang telah terjadi kepada kaum-kaum

terdahulu.

3

Page 4: agama tamadun

2.0 AGAMA-AGAMA UTAMA DI DUNIA

2.1 AGAMA HINDU

Perkataan Hindu berasal daripada Sindhu, iaitu tempat permulaan

tamadun di Lembah Sungai Indus. Dalam agama Hindu terdapat dua mazhab yang

penting. Mazhab pertama dikenali sebagai Saivisme. Penganutnya menyembah

Dewa Siva. Mazhab kedua pula dikenal sebagai Vaishnavisme. Penganutnya

menyembah Dewa Vishnu.

Manusia yang hidup dalam zaman tamadun Lembah Sungai Indus

mempunyai corak kehidupan yang kukuh dan mewah. Percampuran orang

tempatan dengan orang Aryan dari Asia Tengah telah menghasilkan suatu

kebudayaan dan kepercayaan agama yang pada masa kini dikenali sebagai agama

Hindu. Agama Hindu pada hari ini mempunyai unsur-unsur Dravidia dan Aryan.

Dua bahasa yang memainkan peranan utama dalam perkembangan agama Hindu

ialah bahasa Sanskrit dan bahasa Tamil. Agama Hindu tidak mempunyai

pengasas1. Walau bagaimanapun pengajar agama ini dikenal sebagai Nyanmar

dan Alwar. Ajaran dan pegangan penting bagi orang Hindu terdapat dalam empat

veda, iaitu Rig-Veda, Yajurveda, Atharva Veda dan Samaveda.

Orang Hindu percaya kepada jelmaan Tuhan. Bagi mereka, terdapat tiga

dewa jelmaan Tuhan iaitu Brahma (Dewa Pencipta), Vishnu (Dewa Pelindung)

dan Siva (Dewa Pemusnah). Orang Hindu juga percaya kepada hukum Karma dan

kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula ini bergantung kepada Karma

atau kelakuan seseorang semasa hidupnya. Matlamat mereka adalah untuk

mencapai Nirvana atau Moksha. Seseorang yang mencapai Moksha akan bersatu

dengan Tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia. Oleh itu, mereka perlulah

membuat kebaikan terhadap segala makhluk di dunia supaya dapat

menghindarkan diri daripada kelahiran semula.

4

1- Sejarah Tamadun Dunia, Pearson Education Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2004, m/s 34

Page 5: agama tamadun

2.2 AGAMA BUDDHA

2.2.1 PENGASAS AGAMA BUDDHA

Pengasas agama Buddha ialah Siddharta Gautama yang hidup

antara tahun 563-483 S.M. Selepas mencapai kesucian, beliau dikenali

sebagai Gautama Buddha yang bermaksud Makhluk Suci. Gautama yang

dilahirkan pada tahun 563 S.M berasal daripada keluarga diraja yang

mewah di Kapilavastu. Beliau tidak suka dengan kemewahan kerana

ketenteraman jiwanya sering terganggu setelah melihat kesengsaraan dan

penderitaan rakyat jelata. Dengan itu, beliau telah meninggalkan

kemewahan di istana lalu keluar mencari dan memahami kehidupan yang

sebenar.

2.2.2 PERKEMBANGAN AGAMA BUDDHA.

Gautama telah mengkaji kitab-kitab suci Hindu sedalam-dalamnya,

berpuasa berbulan-bulan dan bertapa untuk mencari kebenaran atau realiti

dalam kehidupan. Akhirnya, Gautama telah menemui pencerahan agung

yang dicari-carinya iaitu ketika bertapa di bawah pokok Bo di Boghgaya

selama 45 hari. 2

Pencerahan yang disifatkan turun dari Tuhan diperoleh pada

malam purnama Wesak. Dengan peristiwa itu, Gautama telah memperoleh

kesedaran dan menerima hakikat kebenaran.

5

2- Sejarah Tamadun Dunia, Pearson Education Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2004, m/s 37

Page 6: agama tamadun

Terdapat EMPAT KEBENARAN MULIA yang diperoleh sebagai

asas agama Buddha:

(a) Setiap yang hidup akan tua, sakit dan mati. Hidup mesti ada

kesengsaraan dan kepahitan.

(b) Sesiapa yang terlalu mementingkan dunia seperti menimbun

kekayaan, keseronokan, dan kemewahan akan membawa

kepada kesengsaraan.

(c) Seseorang itu seharusnya jangan terlalu mengikut hawa nafsu

supaya kesengsaraan dapat dielakkan.

(d) Untuk menahan hawa nafsu, seseorang harus mengamalkan 8

prinsip yang disebut Jalan Lapan Rukun, Jalan Lapan Lapis

atau Jalan Pertengahan, iaitu pemikiran ,keinginan dan tujuan,

pertuturan, penghidupan, perbuatan ,ingatan, usaha, dan

pandangan yang baik dan benar.

Jalan itu juga melarang seseorang melakukan perbuatan mencuri,

berzina, bunuh-membunuh dan lain-lain perkara yang keji. Manusia

digalakkan bersedekah dan menigkatkan ilmu pengetahuan. Agama

Buddha juga mengajar konsep Ahimsa dan Nirvana.

6

Page 7: agama tamadun

2.2.3 KESAN PERKEMBANGAN AGAMA BUDDHA

Terdapat dua mazhab agama Buddha iaitu Hinayana dan

Mahayana. Mazhab Hinayana yang dianggap lebih asli dianuti di India

manakala Mahayana merupakan ajaran agama Buddha yang disebarkan ke

tempat lain.

Di Tibet ajaran Buddha dianut dalam bentuk Lamaisme. Sami-sami

Buddha di Tibet dikenali sebagai Ilama. Manakala kesan penyeberan

agama Buddha di Malaysia terdapat daripada inskripsi pada batu-batu

hasil penemuan ahli arkeologi di Kedah dan Seberang Perai.

Kesimpulannya, perkembangan agama Buddha telah membawa

beberapa impak kepada perkembangan agama-agama utama di dunia.

Agama Buddha ini juga telah meningalkan kesan-kesan di Malaysia

seperti yang tercatat seperti diatas. Agama ini telah mempengaruhi

falsafah hidup sesuatu masyarakat. Keadaan ini telah mewujudkan

masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan harmoni. Kewujudan

agama Buddha juga telah memperkukuhkan lagi tamadun yang telah

dibina di China dan juga di kawasan sekitarnya.

Tamadun awal Tanah Melayu juga telah dipengaruhi oleh agama

Hindu-Buddha yang mana kedatangan agama ini ke Tanah Melayu telah

melahirkan satu tamadun asas yang kuat dan dikenali di seantero

Nusantara.3 Malah, tamadun ini menjadi lebih kukuh setelah kedatangan

Islam ke Melaka pada zaman Parameswara.

7

3- http://www.wikipedia.com

Page 8: agama tamadun

2.3 AJARAN CONFUCIUNISME

2.3.1 BAGAIMANAKAH AJARAN CONFUCIUNISME WUJUD

DAN BERKEMBANG?

Confuciunisme adalah salah satu kefahaman yang dipraktikkan

pada zaman pembentukan Tamadun Cina. Ia adalah berdasarkan ajaran

Confucius atau nama penuhnya Kung Fu Tze (551-479 S.M).

Pada zaman Dinasti Chou, Confucius hidup dalam kesusahan. Pada

ketika itu, negara China sentiasa mengalami peperangan, iaitu

pertentangan antara golongan feudal. Di negara China, banyak berlaku

keganasan dan keruntuhan akhlak yang sangat mnyayat hati Confucius.

Walaupun menntut ilmu secara bersendirian, Confucius sangat rajin dan

tekun belajar. Hasilnya, beliau telah mendapat banyak pengetahuan dan

menjadi seorang yang mahhir tentang susunan tingkah laku manusia yang

baik yang dinamakan ‘Li’. Setelah meletakkan jawatan sebagai seorang

Menteri di negara Lu, Confucius telah merantau dan berusaha

menyebarkan ajarannya.

Beliau giat megajar tentang rukun kemasyarakatan supaya rakyat

China kembali kepada pegangan tatasusila yang tinggi. Rukun

kemasyarakatan itu telah menjadi falsafah rasmi negara China.

Menurutnya, sesebuah negara itu memerlukan satu falsafah negara untuk

mentadbir dan menguruskan negara. Segala ajarannya termuat dalam buku

klasik yang diberi nama Analekta (Lun Yu). Buku ini mengandungi ajaran

dan penerangannya yang dikumpulkan oleh para pengikutnya. Ajaran

Confucius memberi penekanan tentang harga diri dan perasaan

kemanusiaan. Perasaan kemanusiaan menganjurkan lima kebaikan di

dunia iaitu amanah, rajin bersifat mulia, berbudi bahasa, dan bermurah

hati. Ajaran ini dikenali sebagai Konsep Jen.

8

Page 9: agama tamadun

Confucius memberatkan konsep kesederhanaan. Cara beliau ini

dikenali sebagai Jalan Tengah.4 Falsafah Confucius juga mengandungi

kod- kod tatasusila yang harus ada dalam aspek politik dan social.

Terdapat lima jenis hubungan baik dalam kod tatasusila untuk menjadi

pedoman masyarakat iaitu:

Hubungan pemerintah dengan rakyat

Hubungan ibu bapa dengan anak

Hubungan suami dengan isteri

Hubungan abang dengan adik

Hubungan kawan dengan kawan

Menurut Confucius, unit terpenting dalam masyarakat Cina ialah

sebuah keluarga yang bahagia, wujud perhubungan baik, hidup dalam

kesopanan dan kesusilaan. Setiap ahli keluarga harus mempunyai tabiat

atau kelakuan yang baik dan terpuji seperti menghormati ibu bapa dan

orang tua. Setiap penduduk mesti patuh kepada tugasdan kewajipan

supaya wujud masyarakat yang aman dan damai. Menurut Confucius,

kerajaan yang bertanggungjawab akan mewujudkan krajaan yang baik

untuk rakyat. Rakyat mesti hormat dan setia kepada kerajaan. Raja yang

baik ialah raja yang disanjung tinggi.

Jelas dapat dilihat dalam ajarannya bahawa Confucius menekankan

dan juga menitikberatkan nilai- nilai moral yang perlu dipraktikkan dalam

perhubungan sesama insan di muka bumi.

9

4- http://www.wikipedia.com

Page 10: agama tamadun

2.4 AJARAN TAOISME

2.4.1 BAGAIMANAKAH AJARAN TAOISME WUJUD DAN

BERKEMBANG?

Ajaran Taoisme diasaskan oleh Lao tzu dan Chuang Tzu. Terdapat

dua buah buku yang memuatkan ajaran falsafah mereka, iaitu Tao Te

Ching dan Chuang Tzu. Tao bermaksud satu ‘cara’ atau ‘jalan’ untuk

seseorang individu mencari kedamaian dan keharmonian dalam dunia.

Ajaran Taoisme menyarankan supaya manusia tidak mementingkan

keduniaan. Seseorang perlu mencari jalan kebahagiaan dengan

mengasingkan diri daripada peraturan duniawi. Dengan cara itu, seseorang

akan dapat hidup dalam suasana aman tanpa gangguan.

Menurut ajaran Taoisme lagi, manusia harus hidup sederhana,

makan makanan yang tertentu, menghafaz kitab suci Taoisme, dan

melakukan pertapaan (meditasi). Ajaran Taoisme cuba menyebatikan

kehidupan manusia di dunia dengan peraturan alam, iaitu penyatuan yang

dikenali sebagai metafizika. Menurut Taoisme, kerajaan yang paling

kurang diperintah ialah kerajaan yang berkesan kerana tidak banyak

masalah.

Taoisme juga mementingkan kesederhanaan, perdampingan

dengan alam semula jadi, dan amalan meditasi.

Pemerhatian tentang alam telah mendorong pengikut Taoisme

meneroka ilmu,sains, dan teknologi. Mereka telah membuat penemuan

dalam perubatan tradisional serta mencipta jarum bermagnet, ubat bedil

dan dan herba asli.5 Pengaruh Taoisme juga terdapat dalam bidang

kesusasteraan dan kesenian masyarakat Cina. Banyak ajaran Taoisme

ditulis dalam bentuk puisi yang menjadi warisan orang Cina.

10

5- Sejarah Tamadun Dunia, Pearson Education Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2004, m/s 40

Page 11: agama tamadun

2.5 AGAMA KRISTIAN

Agama Kristian bermula lebih kurang 2000 tahun dahulu di Palestin.

Agama ini adalah agama bagi pengikut Nabi Isa. Bagi orang Kristian, Nabi Isa

dikenali sebagai Jesus Christ. Perkataan Kristian berasal daripada perkataan

Greek ‘Christos’ yang bermaksud ‘penyelamat’. Nabi Isa yang dilahirkan di

Baitul Laham berasal dari keturunan Bani Israel. Baginda menerima wahyu

daripada Allah ketika berusia 30 tahun dan menyebarkan ajarannya elalui cerita-

cerita yang dikenali sebagai ‘parables’.6

Nabi Isa mempunyai beberapa mukjizat yang dikurniakan oleh Allah

seperti boleh mencelikkan mata orang buta, menyembuhkan penyakit lemah atau

lumpuh, dan menghidupkan semula orang yang telah mati. Pengikut agama

Kristisn menganggap Nabi Isa sebagai penyelamat (messiah) untuk membela

orang Kristian. Ajaran Nabi Isa mendapat tentangan daripada orang Yahudi dan

Rom yang cemburu dengan kemasyuran dan bilangan pengikutnya yang besar.

Mereka membuat rancangan untuk membunuh Nabi Isa. Baginda disalib sehingga

mati oleh Pontius Pilate pada tahun 30 M.7

Orang Yahudi menuduh Nabi Isa menyebar ajaran kufur (blasphemy).

Baginda dikhianati oleh pengikutnya, Judas Iscariot. Nabi Isa dituduh sebagai

penyebar agama palsu. Walaupun menerima tentangan yang hebat, agama yang

disebarkan oleh baginda semakin meluas sehingga ke segenap pelosok dunia.

Penyebar utama ialah pengikut (apostle) Jesus yang terkemuka iaitu Paul dan

Peter.8 Keamanan yang wujud semasa Pax Romana membolehkan para mubaligh

menyebarkan agama Kristian. Maharaja Rom sendiri, iaitu Constantine telah

menganut agama Kristian pada tahun 323 M. Pada tahun 800 S.M., Charlemagne

menjadi Maharaja ‘Holy Roman Empire’. Baginda menggalakkan pertumbujan

gereja dan biara. Selain itu, baginda meluluskan undang- undang yang

membolehkan gereja memungut zakat.

11

6, 7- http://www.wikipedia.com8- Sejarah Tamadun Dunia, Pearson Education Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2004, m/s 45

Page 12: agama tamadun

Agama Kristian menitikberatkan kasih saying, simpati, dan belas kasihan

di antara insan. Prinsip asas dalam agama Kristian ialah ‘Cintailah Tuhan dengan

sepenuh jiwa, cintailah jiran seperti mencintai diri sendiri’. Selain itu, ajaran

Kristian mengandungi unsur moral berdasarkan konsep Tuhan yang Esa, yang

pengasih, penyayang, pengampun dan pemurah. Jika diperhatikan, ini tidak

banyak bezanya dari agama Islam sendiri.

Orang Kristian mempercayai kewujudan Tuhan sebagai Trinity9 iaitu

sebagai bapa (father), anak (the son) dan sbagai ‘the Holy Ghost’. Kitab terkenal

orang Kristian ialah Bibble (Injil).

12

9- Sejarah Tamadun Dunia, Pearson Education Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2004, m/s 45

Page 13: agama tamadun

2.6 AGAMA ISLAM

Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan

“Agama Islam adalah agama rasmi persekutuan”10

Apakah signifikasi Artikel 3 tersebut terhadap Negara kita? Signifikasinya

Artikel 3 itu ialah ianya melambangkan Agama Islam sebagai teras perpaduan,

kesejahteraan dan toleransi masyarakat majmuk di negara kita ini. Kukuhnya

rumah itu adalah kerana tiangnya dan kukuhnya tamadun itu adalah pada

agamanya. Agama Islam telah banyak menyumbang kepada kesejahteraan negara

kita kerana tanpa kita sedari, diri kita telah sebati dengan ajaran Islam itu sendiri

hingga ke satu tahap dimana kita telah menerima asas-asas Islam itu sebagai satu

budaya atau dengan kata lain, kita telah membudayakan Islam itu sendiri.

Buktinya adalah dengan pengenalan konsep Islam Hadhari yang membawa kita

kepada ajaran Islam sebenar.

Artikel 3 itu juga adalah bukti bahawa agama merupakan teras kepada

pembinaan tamadun. Kerana melalui pegangan yang kukuh terhadap agama, satu

negara yang kukuh, aman dan sejahtera iaitu Malaysia telah berjaya ditubuhkan.

13

10- Artikel 3, Perlembagaan Persekutuan, ILBS, Petaling Jaya, 2006, m/s 20

Page 14: agama tamadun

2.6.1 MAKSUD TAMADUN ISLAM DAN CIRI-CIRINYA

Tamadun Islam itu bermaksud sebuah tamadun yang dibangunkan

atas asas takwa dan keredhaan Allah S.W.T melengkpi syarat-syarat dan

cirri-ciri yang ditetapkan oleh al-Quran dan al-Sunnah sehingga wujud

sebuah masyarakat yang aman dan harmoni dan mendapat keampunan

Ilahi.11

Dan untuk menguatkan lagi konsep tamadun Islam, kita hendaklah

memahami apakah yang dimaksudkan dengan aqidah, syariah dan akhlak.

Aqidah ialah kepercayaan terhadap benda-benda ghaib yang terikat

kukuh dalam sanubari setiap mukmin seperti yang telah diwajibkan oleh

Allah S,W.T dan Rasulullah s.a.w. Syariah pula bermaksud peraturan dan

undang-undang yang diperundangkan oleh Allah dan Rasul-Nya yang

melingkupi semua aspek kehidupan seperti ibadah, muamalah,

kekeluargaan dan jenayah. Akhlak pula bermaksud kebiasaan yang

dilakukan oleh seseorang. Ia merangkumi hubungan dengn Allah seperti

redha, syukur, warak dan sabar, hubungan sesama manusia seperti adil,

amanah, toleransi dan penyayang. Aqidah, syariah dan akhlak saling

melengkapi antara satu sama lain dan dengan berasaskan ketiga-tiga

instrument penting ini, tamadun Islam dapat berlansung dengan jayanya

tanpa menghadapi sebarang masalah.

14

11- Harapan untuk tamadun Islam, Shukri Aziz, Dian, Ilham Publication, Ipoh, m/s 17

Page 15: agama tamadun

2.6.2 PRINSIP DAN DASAR-DASAR TAMADUN ISLAM

Dalam tamadun Islam, kekayaan tidak dicari, sebaliknya apa yang

dicari ialah keredhaan dari Allah. Jadi setiap perlakuan kita adalah

bertujuan untuk mendapatkan keredhaan dari Allah dan bukanlah untuk

keuntungan semata-mata.

Selain itu juga, hidup mestilah berteraskan kepada keimanan

kepada Allah, al-Quran dan hadis kerana hanya dengan cara inilah kita

dapat menastikan yang kita tidak akan sesat digoda oleh arus maksiat dan

godaan dunia yang lain.

Prinsip yang seterusnya ialah Amar Makruf Nahi Mungkar. Ia

adalah prinsip yang menegakkan keadilan dan menjauhi kemungkaran.

Keadilan merupakan sesuatu yang ditekankan oleh syariah dan

kemungkaran adalah sesuatu yang ditegah oleh akhlak, jadi kita haruslah

menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan kita seperti meminum

arak dan berjudi dan pada masa yang sama kita hendaklah sentiasa

menegakkan keadilan kerana keadilan akan dapat menjamin keamanan

dan kesejahteraan masyarakat.

15

Page 16: agama tamadun

Ilmu pengetahuan adalah asas kepada kehidupan seharian. Adalah

penting untuk memiliki kemahiran dalam bidang ilmu pengetahuan kerana

ilmu pengetahuan adalah platform terbaik bagi meningkatkan status

sesebuah tamadun. Tamadun Islam sendiri terkenal dek kerana

kebijaksanaan ahli intelektual-intelektalnya seperti Ibnu Sina, Al

Khawarizmi, Anas bin Malik dan ramai lagi.

Dan akhir sekali, prinsip tamadun itu sendiri adalah ianya mestilah

bertujuan untuk memelihara kesejahteraan dan manusia sejagat. Manusia

adalah asas kepada segalanya, tanpa manusia tamadun tidak akan wujud,

jadi manusia berperanan sebagai penentu kemanakah hala tuju dan arah

mereka selepas ini. Untuk melakukan perkara sedemikian, mereka

hendaklah emiliki pemikiran yang matang dan mestilah hidup berasaskan

kepada ajaran sebenar Islam agar mereka tidak menyimpang ke arah

lorong gelap.

Justeru itu kita dapat membuat kesimpulan bahawa konsep

masyarakat bertamadun ialah masyarakat yang penduduknya telah

mencapai tahap melebihi keperluan asas, pemikiran yang maju, hasil daya

cipta yang lebih halus dan adanya nilai-nilai pasti. Dan tamadun Islam

telah berjaya memenuhi semua ciri-ciri tersebut disebabkan oleh ajaran

Islam itu sendiri yang benar dan telus serta bertindak sebagai satu mode

regulatori yang mengawal ahli dalam masyarakat itu sendiri.

16

Page 17: agama tamadun

2.6.3 MASYARAKAT ARAB JAHILIAH : SEBELUM DAN

SELEPAS ISLAM

Contoh terbaik yang menunjukkan betapa besarnya peranan Islam

dalam pembentukkan tamadun dapat dilihat melalui perubahan yang

dialami oleh masyarakat Arab Jahiliah. Jika sebelum kedatangan Islam,

masyarakat Arab Jahiliah merupakan satu komuniti masyarakat yang

boleh diklasifikasikan sebagai sangat teruk dan segala tindak-tanduk

mereka sukar untuk diterima oleh akal fikiran, kita dapat lihat bagaimana

Islam merubah segalanya. Agama Islam seolah-olah seperti satu mesin

yang menukarkan satu masyarakat barbarik kepada satu masyarakat yang

beradab dan bertamadun.

Perkataan Jahiliah diambil daripada perkataan Jahala yang

bermaksud bodoh dan sesat. Pemilihan perkataan itu sangat sesuai kerana

pada zaman itu, segala aktiviti yang dilakukan seperti perniagaan dan

ibadah dilakukan dengan cara songsang dan tidak mengikut garis panduan

yang telah ditetapkan.12

Antara ciri- ciri masyarakat Arab Jahiliah ialah mereka tidak

memiliki nabi sebagai pemimpin dan pembimbing mereka, tidak

berakhlak dimana pada ketika itu etika dan nilai-nilai moral ditolak ketepi,

tidak bertamadun dan tidak tahu membaca.

17

12- Harapan untuk tamadun Islam, Shukri Aziz, Dian, Ilham Publication, Ipoh, m/s 18

Page 18: agama tamadun

Dari segi politik pula, tidak ada satu pun kerajaan yang benar-

benar kukuh yang dapat menjalankan pemerintahan secara efektif.

Disebabkan kelemahan ini, proses pembangunan sukar dilakukan dan

menyebabkan mereka hidup dalam keadaan mundur. Ketiadaan kerajaan

yang efektif ini disebabkan oleh penguasaan Rom dan Parsi di

Semenanjung Arab.

Dari sudut ekonominya pula, masyarakat Arab ketika zaman gelap

itu mengalami kegawatan ekonomi yang sangat teruk disebabkan oleh

pecahnya Empangan Ma’arib di Saba’ yang telah menghalang

pertumbuhan ekonomi masyarakat ketika itu yang rata-ratanya bergantung

kepada pertanian sebagai sumber ekonomi mereka. Tambahan pula

penguasaan Parsi dan Rom telah menyukarkan lagi aktiviti perdagangan di

Semenanjung Arab.

Terkenalnya masyarakat Arab Jahiliah itu adalah kerana teruknya

akhlak mereka. Seperti yang diperkatakan sebelum ini, budaya sosial

masyarakat Arab Jahiliah sangat teruk dan sukar untuk diterima oleh logik

akal manusia, tapi itulah hakikatnya. Mereka mengamalkan sifat

Assabiyah iaitu sifat ketaksuban yang melampau terhadap puak mereka

sendiri. Ketaksuban yang melampau ini menyebabkan mereka membenci

puak lain dan seringkali tercetus peperangan antara puak-puak disebabkan

oleh ideologi ekstremis mereka ini. Disebabkan oleh sifat Assabiyah

18

Page 19: agama tamadun

jugalah yang menyebabkan pembangunan sukar untuk dilakukan di Tanah

Arab. Kaum wanita juga dipandang hina oleh masyarakat ketika itu.

Wanita merupakan ibu. Merekalah yang melahirkan kita tetapi kewujudan

mereka dinafikan. Bayi perempuan yang lahir akan ditanam hidup-hidup

kerana ia dianggap sebagai mencemarkan maruah keluarga. Apakah ini

semua?

Selain itu arak dan judi menjadi makanan rutin mereka. Mereka

mengamalkan budaya hendonisme yang mengagung-agungkan hiburan.

Bagi mereka mabuk itu satu kenikmatan dan judi itu satu mata pencarian.

Tapi semua itu telah berubah selepas kedatangan Islam. Agama Islam

umpama satu nur cahaya yang menyinari Semenanjung Arab yang

menyingkirkan kegelapan dan memberikan harapan. Segala-galanya

berubah selepas Islam.

Dari segi politiknya, Tanah Arab dibanjiri oleh pemimpin-

pemimpin bijak lagi berwibawa yang memimpin masyarakat Arab menuju

kemajuan. Dimulai dengan Rasulullah, Khalifah ar-Rasyiddin, dan

pemimpin agung Islam yang lain, berteraskan kepada ajaran sebenar

Islam, mereka telah memperkenalkan system pemerintahan yang sangat

efektif yang memberikan impak yang besar kepada tamadun Islam itu

sendiri. Contoh terbaik ialah Nabi Muhammad sebagai ketua Negara telah

menubuhkan beberapa buah institusi seperti institusi masjid, kehakiman,

19

Page 20: agama tamadun

kementerian dan jabatan, kawasan dan wilayah dan hasil daripada

pembentukkan institusi ini telah menyebabakan Madinah menjadi satu

model Negara Islam yang sejati. Selain itu juga pengenalan Majlis Syura

dalam pemilihan pemimpin melambangkan salah satu daripada perkara

yang dituntut oleh Islam iaitu kesepakatan dan kemuafakatan.

Indahnya Islam itu juga dapat dilihat daripada kemajuaan ekonomi

yang pesat selepas ketibaan Islam. Ajaran Islam yang menekankan kepada

konsep kejujuran dan kepercayaan dalam perniagaan telah

meneggelamkan amalan riba yang keji itu. Masyarakat Arab pasca Islam

telah mengamalkan apa yang dituntut oleh Islam, lantas melariskan

perniagaan mereka. Apabila telah berlaku perkembangan aktiviti ekonomi,

para pemimpin pula telah melaksanakan sistem kawalan matawang agar

memastikan berlakunya putaran matawang yang mana hasilnya dapat

dinikmati bersama. Sistem yang dimaksudkan ialah Institusi Baitulmal.

Selain itu konsep zakat juga telah mengukuhkan lagi system ekonomi

masyarakat Arab yang mana kekayaan adalah untuk dinikmati bersama.

Yang kaya akan membantu yang miskin dan disebabakan jalinana inilah

yng menyatukan masyarakat Arab ketika itu.

20

Page 21: agama tamadun

Dari segi sosialnya pula, masyarakat Arab pasca Islam telah

menikmati kemanisan ilmu. Perkembangan ilmu yang pesat telah

memartabatkan lagi masyarakat Arab. Al Khawarizmi, Al-Jabbar, Ibnu

Sina dan ramai lagi ilmuan telah mewarnai cara hidup masyarakat Arab

hasil daripada kemajuan dalam bidang ilmu. Lihat sajalah warna-warna

ilmu yang dicoretkan melalui hasil senibina Islam seperti masjid-masjid

yang tersergam indah dan skrol-skrol ilmu yang masih tersimpan utuh di

perpustakaan- perpustakaan terkemuka diseluruh dunia.

Sungguh banyak perubahan yang dibawa oleh Islam terhadap

masyarakat Arab Jahiliah dan ini adalah merupakan contoh terulung yang

menunjukkan signifikasinya ajaran agama Islam dalam pembentukkan

tamadun sehinggakan ilmuan Barat seperti Edward Sullivan pernah

berkata bahawa, “Moslem civilization is the product of Moslem religion”.

Indahnya Islam itu juga tidak dapat disangkal lagi bila dua pengkaji

sejarah yang menolak peranan agama dalam pembentukkan tamadun

terpaksa membuat pemgecualian dengan berkata, “Nevertheless, in the

case of the Arabs, it was a new religion, undoubtedly provide the driving

force behind the development of their civilization”

Jadi, kesimpulannya ialah, ya, agama memainkan peranan penting

dalam pembentukkan tamadun.

21

Page 22: agama tamadun

3.0 KESAN-KESAN PENOLAKAN AGAMA KE ATAS TAMADUN

3.1 PERPECAHAN

Agama adalah salah satu medium yang penting dalam memastikan

perpaduan umat. Manusia, tanpa mengira bangsa akan bersatu apabila berjuang

atas nama agama. Contoh yang terbaik ialah pada zaman ratu Sepanyol, Ratu

Isabell. Pada ketika itu, tamadun Islam berada di ambang kehancuran kerana

perpecahan antara mereka. Maka, Ratu Isabell dan bala tenteranya telah bertindak

menyerang kota Andalus atas nama agama Kristian sehingga mengakibatkan kota

Andalusia, yang menjadi lambang ketamadunan Islam pada ketika itu jatuh ke

tangan pihak Kristian.

Apabila agama tidak diterima oleh masyarakat sesebuah tamadun, maka

kesannya adalah perpecahan antara mereka sehingga menyebabkan tamadun yang

dibina menjadi lemah dan kemudiannya hancur sama sekali. Contohnya,

kejatuhan Kota Baghdad ke tangan Moghul pada tahun 1258M adalah akibat

daripada pertelagahan antara puak Sunnah dan Syi’ah.13 Malah, permusuhan

antara puak Sunnah dan Syi’ah – yang berlaku akibat dari penolakan agama

sehingga sanggup berpecah belah – berlarutan sehingga ke hari ini mengakibatkan

Kota Baghdad yang merupakan antara kawasan tamadun awal manusia – tamadun

Mesopotamia – musnah sama sekali.

22

13- Catatan Ringkas: Perbincangan Mengenai Tamadun, CITU UiTM, Shah Alam, m/s 17

Page 23: agama tamadun

3.2 BENCANA ALAM

Penolakan agama akan mengakibatkan bencana alam. Perkara ini tidak

dapat disangkal lagi kerana telah banyak bukti yang menunjukkan bahawa

masyarakat sesuatu tamadun yang tidak menerima agama dalam kehidupan

mereka akan ditimpa bencana alam.

Di dalam Al-Quran, terdapat dua firman Allah yang merupakan peringatan

daripada Allah s.w.t kepada mereka yang menolak agama dalam kehidupan. Di

dalam Surah Al-A’raf : 96, Allah berfirman yang bermaksud, “Dan apabila Kami

menghendaki sesebuah (tamadun) itu musnah, Kami akan limpahkan kemewahan

kepada penduduk, lalu mereka melakukan kerja-kerja fasik di dalamnya, maka

pada ketika itu berhaklah mereka ditimpakan azab, lalu Kami musnahkan mereka

sehancur-hancurnya”.14

Selain itu, di dalam Surah Al-An ‘am : 44, Allah berfirman yang

bermaksud, “Maka apabila mereka melupakan apa yang Kami peringatkan

dengannya, maka kami akan bukakan segala pintu-pintu kemewahan sehingga

apabila mereka leka gembira dengan apa yang Kami kurniakan, nescaya Kami

akan tarik kembali dengan cara mengejut. Pada ketika itu, mereka akan terkapai-

kapai tiada tempat untuk bergantung”.15

23

14, 15- Catatan Ringkas: Perbincangan Mengenai Tamadun, CITU UiTM, Shah Alam, m/s 18

Page 24: agama tamadun

Kedua-dua ayat ini membuktikan bahawa bencana akan ditimpakan

kepada masyarakat yang menolak agama dalam sesebuah tamadun. Antara contoh

zaman silam yang boleh dijadikan pengajaran ialah Firaun. Akibat penolakan

agama Tauhid yang dibawa oleh Nabi Musa A.S, Firaun dan pengikutnya telah

ditenggelamkan di laut Merah oleh Allah s.w.t mengakibatkan kehancuran

tamadun itu. Begitu juga dengan Qarun. Kerana menolak agama dan taksub

terhadap harta dunia, akhirnya Qarun telah ditelan bumi bersama dengan harta-

hartanya. Kesemua contoh-contoh ini dapat dicari sekiranya seseorang itu

menghayati isi kandungan Al-Quran.

3.3 PEMIMPIN TIDAK BERWIBAWA

Apabila agama ditolak, maka akan lahirlah pemimpin yang tidak

berwibawa, yang seterusnya akan membawa kepada kehancuran tamadun itu

sendiri. Contoh yang paling jelas ialah pada zaman gelap Eropah. Masyarakat

feudal pada zaman tersebut telah diajar oleh pihak gereja supaya mementingkan

ukhrawi berbanding perkara-perkara duniawi. Malangnya, pihak gereja sendiri

mementingkan dunia dengan mengamalkan rasuah, tamakkan harta, dan berebut

kuasa sesama sendiri.16 Akibatnya, tamadun Eropah tidak berkembang dan terus

berada di zaman kegelapan.

24

16- Sejarah Tamadun Dunia, Pearson Education Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2004, m/s 27

Page 25: agama tamadun

Begitu juga dengan zaman Kesultanan Melayu Melaka. Zaman tersebut,

tamadun Melayu berada di zaman kegemilangannya. Kehebatan tamadun Melayu

terkenal seantero dunia. Tetapi, apabila agama ditolak oleh pemimpin, maka

pemimpin tersebut menjadi tidak berwibawa. Korupsi dan kezaliman menjadi-

jadi. Akhirnya, tamadun yang dibina sekian lama jatuh ke tangan Portugis.

3.4 RAKYAT TIDAK BERMORAL

Penolakan agama juga akan menyebabkan kebanjiran rakyat yang tidak

bermoral dalam sesebuah tamadun. Perkara ini dapat dibuktikan dengan melihat

contoh-contoh yang berlaku pada zaman silam.

Agama Kristian melarang umatnya daripada melakukan hubungan sejenis.

Tetapi, penolakan agama menyebabkan penduduk dalam tamadun Pompei ingkar

kepada larangan tersebut. Mereka menjadi umat yang tidak bermoral dengan

mengamalkan hubungan sesame jantina, dan akhirnya, tamadun Pompei musnah

ditelan letusan gunung berapi. Begitu juga dengan kaum Nabi Luth. Akibat

penolakan agama, mereka ingkar kepada larangan Allah s.w.t dengan melakukan

perkara terkutuk yang ditegah dalam Islam – melakukan hubungan sejenis.

Akhirnya, tamadun pada zaman Nabi Luth musnah apabila bumi di tempat

mereka diterbalikkan.

25

Page 26: agama tamadun

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat dizahirkan dari pembikinan tugasan ini ialah agama dan

tamadun memang berkait rapat antara satu sama lain. Semakin kuat penghayatan agama

dalam sesebuah tamadun, semakin kuat sesebuah tamadun itu. Hubungan antara tamadun

dan agama adalah ibarat aur dan tebing. Kedua-duanya saling memerlukan antara satu

sama lain.

Malangnya, perkara itu tidak terjadi pada hari ini. Walaupun kita dapat melihat

bahawa semua agama yang wujud di dunia pada hari ini menyeru ke arah kebaikan,

tetapi, penganutnya lebih ramai yang ingkar dengan patuhan tersebut, sebaliknya

meyalahkan proses modenisasi sebagai punca utama agama bukan lagi kepentingan

agama dalam diri mereka.

Seperti yang telah kami terangkan di dalam tugasan ini, pelbagai bencana telah

ditimpakan kepada mereka yang menolak agama dalam kehidupan. Malah, ada

sesetengah tamadun yang musnah sama sekali akibat dari penolakan agama dalam hidup

para penduduknya. Tetapi, seperti mencurahkan air ke daun keladi, kejadian-kejadian

pada zaman silam tidak sedikitpun memberi pengajaran atau kegentaran dalam

masyarakat pada hari ini.

26

Page 27: agama tamadun

Apabila bencana tsunami ditimpakan oleh Allah ke atas Acheh, dan banjir besar

melanda negeri Johor, janganlah mengeluh kepada Allah. Janganlah salahkan Allah atas

bencana itu, sebaliknya renung-renungkanlah perbuatan kita dan masyarakat di sekeliling

kita. Mungkin, bencana itu diturunkan untuk memberi pengajaran kepada kita, sebelum

semuanya terlambat.

Akhir kalam, marilah kita bersama-sama mempertingkatkan penghayatan agama

dalam hidup. Jika kita tidak mahu Malaysia menjadi seperti Laut Mati, atau rakyat

Malaysia ditelan gunung berapi atau tsunami, masih belum terlambat untuk kita bertaubat

kepada Ilahi. Hayatilah agama, kerana agama itu berperanan penting dalam pembinaan

sesebuah tamadun.

27

Page 28: agama tamadun

BIBLIOGRAFI

1- Sejarah Tamadun Dunia, Pearson Education Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2004

2- Artikel 3, Perlembagaan Persekutuan, ILBS, Petaling Jaya, 2006

3- Harapan untuk tamadun Islam, Shukri Aziz, Dian, Ilham Publication, Ipoh, 2003

4- Catatan Ringkas: Perbincangan Mengenai Tamadun, CITU UiTM, Shah Alam, 2007

5- http://www.wikipedia.com

28