sosiologi dan antropologi fem3313 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/kuliah minggu...

13
SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 METODOLOGI PENYELIDIKAN SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI KULIAH MINGGU 5

Upload: nguyenliem

Post on 11-Jul-2019

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 5.pdf · MAKSUD KAJIAN SAINTIFIK • Bebas nilai (value free) • Sebab itu tidak

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI

FEM3313

METODOLOGI PENYELIDIKAN SOSIOLOGI DAN

ANTROPOLOGI

KULIAH MINGGU 5

Page 2: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 5.pdf · MAKSUD KAJIAN SAINTIFIK • Bebas nilai (value free) • Sebab itu tidak

PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL• Sosiologi dan antropologi sosial adalah sains.

• Ilmunya diperolehi melalui kaedah saintifik

• Sosiologi dan Antropologi Sosial (AS) menyumbangdalam menambahkan ilmu yang berkaitan dengan sosial(kehidupan manusia), melalui kajian.

• Maka kajian adalah perlu untuk hasilkan maklumat(ilmu-sains)

• Kaedah saintifik diperlukan untuk memastikan ilmuyang diperolehi itu benar-benar ilmu.

• Untuk mendapatkan data yang tepat

• Untuk memperihal data dengan objektif

Page 3: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 5.pdf · MAKSUD KAJIAN SAINTIFIK • Bebas nilai (value free) • Sebab itu tidak

MAKSUD KAJIAN SAINTIFIK• Bebas nilai (value free)

• Sebab itu tidak etnosentrik

• Tidak melibatkan sentimen, nilai diri/masyarakat

sendiri dalam mengkaji budaya lain (asing)

• Laporan yang objektif, berasaskan penemuan kajian

• Kajian menampakkan fakta

• Kajian menampakkan bukti (empirikal evidence)

• Kajian itu tepat/persis (bukan agakan, telahan etc.)

• Kaedah kajian Sosiologi/AS itu saintifik.

• Kaedah saintifik ada ciri-cirinya yang tertentu, dan

tujuan-tujuan yang tertentu.

Page 4: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 5.pdf · MAKSUD KAJIAN SAINTIFIK • Bebas nilai (value free) • Sebab itu tidak

PROSES PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

1. Kenalpasti bidang dan permasalahan yang akan dikaji.

2. Buat bacaan (literature review) yang berkaitan dengan bidang

kajian yang sedia ada.

3. Bentuk andaian-andaian awal kajian (hipotesis kajian).

4. Pilih kaedah kajian (metod), cara bagaimana data akan dikumpul

dan dianalisis.

5. Kumpul data (maklumat) dengan menggunakan kaedah yang telah

ditentukan.

6. Analisis dan tafsirkan data atau hasil kajian.

7. Buat kesimpulan yang berkaitan dengan hasil kajian.

8. Sebarkan maklumat kajian kepada umum (dalam bentuk

penulisan, seminar, laporan).

Page 5: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 5.pdf · MAKSUD KAJIAN SAINTIFIK • Bebas nilai (value free) • Sebab itu tidak

KAEDAH PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL• Ada pelbagai kaedah penyelidikan yang dapat digunakan bagi mengkaji

dan memahami fenomena yang meliputi segala aspek interaksi manusia di

sekeliling kita.

• Lazimnya ada dua kaedah yang sering dirujuk sebagai pendekatan dalam

penyelidikan sains sosial:

PENDEKATAN KUALITATIF

(Etnografi, kajian kes)

PENDEKATAN KUANTITATIF

(eksperimen, survei)

Page 6: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 5.pdf · MAKSUD KAJIAN SAINTIFIK • Bebas nilai (value free) • Sebab itu tidak

KUALITATIF – KAEDAH ETNOGRAFI

• Penting dalam penyelidikan antropologi untuk

– mengambarkan tingkah laku,

– pemikiran dan budaya sesuatu komuniti dengan sebenar.

• melibatkan kerja lapangan yang memerlukan pengkaji hidup berdamping dengan

anggota masyarakat yang dikaji.

• Ada dua teknik pengumpulan data,

– pemerhatian (ikut serta/tanpa ikut serta)

– temubual

• Tertumpu dalam kawasan atau komuniti yang khusus dan kecil – Kajian kes

• Dalam pemerhatian terpisah, pengkaji memerhatikan fenomena-fenomena yang

dikaji dengan tanpa disedari oleh orang yang dikaji dan di waktu yang sama

pengkaji tidak terlibat dalam fenomena atau kegiatan yang dikaji.

• Pemerhatian ikut serta pula pengkaji terlibat sama dalam aktiviti atau kehidupan

komuniti yang dikaji.

• Teknik temubual juga penting dalam kaedah etnografi.

Page 7: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 5.pdf · MAKSUD KAJIAN SAINTIFIK • Bebas nilai (value free) • Sebab itu tidak

KUALITATIF – KAEDAH ETNOGRAFI

• Bailey (1984) menyenaraikan beberapa langkah utama dalam

kaedah pemerhatian seperti berikut:

– Menentukan matlamat kajian

– Menentukan kelompok subjek yang hendak diperhatikan

– Memasuki kelompok itu

– Mendapatkan kerjasama daripada subjek (informan) yang dikaji

– Melakukan kajian dengan cara memerhati dan membuat catatan luar

yang meliputi tempoh munggu, bulan atau tahun

– Mengatasi krisis yang berlaku seperti konfrontasi dengan subjek-

subjek yang berpendapat pengkaji seolah-olah seorang pengintip

– Menamatkan kajian pemerhatian

– Menganalisis data

– Menulis laporan dan mengemukakan penemuan kajian

Page 8: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 5.pdf · MAKSUD KAJIAN SAINTIFIK • Bebas nilai (value free) • Sebab itu tidak

KUALITATIF – KAJIAN KES• Pengkaji cuba menerangkan fenomena yang sedang berlaku – kajian berbentuk

deskriptif.

• Penyelidikan dijalankan ke atas anggota masyarakat dengan mengkaji pemboleh

ubah-pemboleh ubah (variables) yang menyebabkan sesuatu fenomena itu terjadi

– membuat kesimpulan ke atasnya.

• Kajian kes perlu dijalankan secara terperinci dan mendalam:

– mengetahui dan mengenal pasti sebab berlakunya sesuatu fenomena

– mencari cara penyelesaian bagi mengatasinya.

• Boleh dijalankan ke atas satu unit sosial (individu, keluarga, masyarakat, sekolah,

persatuan, organisasi, negara dan sebagainya)

• Penting untuk meneliti sesuatu kes kerana maklumatnya dapat dikaji dan diurus

dengan sempurna.

• Kajian yang dibuat ke atas kes dapat menyelesaikan masalah dengan baik tanpa

mendatangkan kesan sampingan.

• Perlu ditegaskan, dalam kehidupan seharian, wujud kes yang berbeza dalam

kalangan individu dan masyarakat. Oleh itu, penyelidik harus mengkaji setiap kes

yang wujud secara teliti dan berintegriti.

Page 9: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 5.pdf · MAKSUD KAJIAN SAINTIFIK • Bebas nilai (value free) • Sebab itu tidak

KUANTITATIF – KAEDAH EKSPERIMEN• Tujuannya untuk mengenal pasti kesan sesuatu

variabel ke atas tingkah laku.

• Menggunakan kelompok eksperimen dan kelompok

kawalan.

• Pengenaan / intervensi variabel kepada kelompok

eksperimen.

• Kaedah ini tidak lazim digunakan dalam Sosiologi dan

AS; lebih kepada bidang Psikologi.

Page 10: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 5.pdf · MAKSUD KAJIAN SAINTIFIK • Bebas nilai (value free) • Sebab itu tidak

KUANTITATIF – KAEDAH SURVEI• Kaedah yang lazim digunakan dalam Sosiologi.

• Menggunakan sampel untuk mewakili populasi

• Menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkanmaklumat.

• Analisis menggunakan SPSS, AMOS dll

• Masalah berkaitan:

– Masalah masa

– Perbelanjaan

– Kualiti penemubual/responden

– Kualiti data,etc.

Page 11: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 5.pdf · MAKSUD KAJIAN SAINTIFIK • Bebas nilai (value free) • Sebab itu tidak

ISU-ISU SEMASA MENJALANKAN KERJA LAPANGAN

ISU-ISU PENYELIDIKAN

Hubungan(rapport)

Etikapenyelidikan

Penggunaanalat

teknologimoden

Page 12: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 5.pdf · MAKSUD KAJIAN SAINTIFIK • Bebas nilai (value free) • Sebab itu tidak

RUMUSAN• Sains sosial adalah suatu bidang ilmu yang mengkaji

masyarakat dan budaya.

• Memahami kaedah utama dalam penyelidikan sains sosialboleh membantu kita menjalankan kajian secara sistematikdan saintifik.

• Kesesuaian sesuatu kaedah kajian penting dan ia banyakbergantung pada minat seseorang pengkaji untuk menerokapermasalahan kajian secara kritis dan wibawa.

Page 13: SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU 5.pdf · MAKSUD KAJIAN SAINTIFIK • Bebas nilai (value free) • Sebab itu tidak

Terima Kasih