soalan tugasan pj 2

Upload: azwan-lai-azahary

Post on 03-Jun-2018

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Soalan Tugasan Pj 2

    1/7

    SOALAN TUGASAN

    1. Bagaimana cara untuk mengenal pasti bakat di sekolah?

    Tidak dinafikan bahawa Malaysia sedang menghadapi ketandusan bakat-bakat pelapis

    bagi menggantikan dan menyambung kegemilangan yang telah dicapai oleh atlet-atlet hebat

    tanah air yang sedia ada sekarang. Oleh itu, pihak kementerian telah mengambil langkah

    proaktif dengan melaksanakan program kenal pasti bakat atau talent identification (TID).

    Program ini dijalankan bagi mencungkil bakat-bakat baru yang dilihat berpotensi untu

    diberikan latihan bagi program di bahagian pembangunan atlet. Mereka ini memainkan

    peranan penting bagi menjadi pelapis kepada atlet sedia ada untuk mewakili negara dalam

    bidang sukan ini. Program TID ini boleh dilaksanakan melalui dua cara, iaitu dengan

    mengadakan program-program khas di peringkat negeri atau kebangsaan ataupunpemilihan atlet-atlet sekolah yang bertanding di sukan sama ada peringkat sekolah atau

    peringkat lebih tinggi.

    Bakat-bakat baru ini boleh dikenalpasti melalui penyertaan sukan daerah (MSSD),

    negeri (MSSN) dan antarabangsa (MSSM). Pencapaian mereka di kejohanan-kejohanan

    tersebut mampu memperlihatkan potensi dan bakat yang ada pada mereka untuk digilap

    supaya mampu pergi lebih jauh. Selain daripada itu, para guru boleh menilai potensi dan

    bakat murid-murid mereka di sekolah dengan melakukan identifikasi bakat. Identifikasi bakatmerupakan satu bentuk ujian yang dijalankan bagi mengenalpasti bakat dan tahap

    kecergasan atlet berdasarkan faktor prestasi seperti struktur tubuh badan, tindak balas dan

    koordinasi, kestabilan, kekuatan dan kuasa, kelajuan, ketangkasan, daya tahan, kelembutan

    serta mental.

    Dalam ujian stuktur tubuh badan, bentuk tubuh badan atlet dikenalpasti melalui

    ketinggian, bentuk tubuh dan jisim badan. Dalam ujian ini, fizikal atlet ditentukan sama ada

    sesuai atau tidak bagi sukan-sukan tertentu. Misalnya, bagi sukan gimnastik dan terjun,

    tubuh atlet perlulah kerana ianya akan memberi kelebihan kepada mereka apabila beraksi,

    manakala bagi acara lompat tinggi pula memerlukan badan dan kaki yang panjang. Untuk

    tindak ujian tindak balas dan koordinasi, atlet diuji dari segi masa tindak balas untuk

    bertindak atau memulakan pergerakan setelah menerima sesuatu ransangan. Koordinasi

    mata dan tubuh badan mereka pula diuji dengan melihat dari aspek kemahiran memukul

    dan menangkap bola. Kestabilan tubuh badan atlet dinilai dengan cara memerhati

    kestabilan mereka ketika membuat posisi posisi tertentu, misalnya dirian bangau.

    Kestabilan sememangnya diperlukan oleh atlet yang memerlukan kestabilan yang tinggi

    sepeti gimnastik dan sukan-sukan yang lain. Kekuatan dan otot dan kuasa pula diuji dengan

  • 8/12/2019 Soalan Tugasan Pj 2

    2/7

    melibatkan balingan bola atau beban yang disediakan. Dalam masa yang sama,kekuatan

    dan kuasa mereka dikesan dengan melihat jarak lompatan serta bilangan bangun tubi yang

    dapat dilakukan oleh mereka dalam masa yang ditentukan.

    Aspek ketangkasan pula, atlet diuji dengan melakukan ujian keanjalan heksagon, yangmana atlet perlu melompat dalam bentuk heksagon dalam uang yang disediakan. Di sini,

    ketangkasan mereka melakukan lompatan dan koordinasi mata dan kaki mereka dinilai.

    Atlet perlu melakukan lari ulang-alik, larian 800m serta tekan tubi bagi menguji daya tahan

    otot mereka. Manakala bagi menilai kelembutan dan fleksibiliti mereka, atlet perlu

    melakukan jangkauan melunjur dan ekstensi belakang. Dalam ujian, atlet dinilai dari segi

    kelenturan tubuh badan mereka, yang mana aspek ini diperlukan dalam sukan ginastik dan

    gimrama. Akhir sekali, tahap mental atlet dinilai dari segi personalitI mereka, sama

    ekstravert atau introvert. Dalam masa yang sama, personaliti mereka dilihat ditentukansama ada stabil atau tidak stabil berdasarkan ciri-ciri yang ada pada diri atlet itu sendiri.

    Guru memainkan peranan yang penting dalam mengenalpasti bakat yang ada pada

    atlet-atlet mereka yang dirasakan berpotensi dan mampu pergi lebih jauh dalam bidang ini.

    Sekiranya atlet-atlet mereka berjaya melepasi pemilihan tersebut, mereka ditempatkan di

    sekolah-sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan untuk dilatih

    bagi meningkatkan prestasi dan potensi mereka ke tahap yang lebih tinggi. Terdapat juga

    sekolah-sekolah sukan di peringkat negeri seperti SMK Tabuan Jaya di Sarawak dan SMKSeri Kota di Melaka. Sebagai mana sekolah sukan negara, sekolah-sekolah ini turut

    menyediakan atlet-atlet pelapis untuk dilatih dan dibimbing untuk membawa nama negara di

    persada dunia dalam bidang sukan.

  • 8/12/2019 Soalan Tugasan Pj 2

    3/7

    2. Berikan contoh program pembangunan sukan.

    Sejak kebelakangan ini, satu per satu prestasi sukan di negara kita jatuh merudum dan

    sangat membimbangkan. Sekiranya tidak diambil langkah yang sewajarnya,

    berkemungkinan prestasi Malaysia dalam arena sukan terus malap dan mula kehilangankepercayaan dan sokongan daripada para peminat sukan tanah air. Bagi memantapkan lagi

    prestasi negara dalam bidang sukan, program-program pembangunan sukan dijalankan

    dengan rancak. Dalam sukan pelayaran, Majlis Sukan Negara (MSN) telah melancarkan

    program pembangunan sukan pelayaran yang lebih komprehensif dengan memperkenalkan

    Liga Layar Malaysia dan Program Belia Belayar bagi melahirkan atlet-atlet yang dapat

    mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa dalam sukan ini.

    Sukan pelayaran adalah antara sukan yang sering menyumbangkan pingat di peringkat

    antarabangsa khususnya di Sukan SEA dan Sukan Asia, manakala atlet-atlet pelayaran juga

    pernah melayakkan diri ke Sukan Olimpik menerusi Kevin Lim di Sukan Olimpik 1996, 2000,

    2004 dan 2008 serta Mohd. Khairulnizam Mohd. Afendy yang layak ke Olimpik London

    2012.

    Liga Layar Malaysia akan dianjurkan secara liga pusingan di setiap negeri dan pelayar

    yang mengumpul mata tertinggi akan mewakili negara ke Kejohanan Piala Monsoon.

    Program Belia Belayar pula dianjurkan bersempena Liga Layar bertujuan memupuk minat

    dan memberi pendedahan awal kepada anak-anak muda tempatan untuk menceburi sukan

    ini, seterusnya mengembangkan bakat mereka ke tahap yang lebih tinggi

    Dalam program ini, MSN dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri dan Persatuan

    Pelayaran Negeri telah menubuhkan 13 pusat latihan di seluruh negara, membabitkan 249

    orang atlet. Mereka semua menjalani latihan harian di bawah kendalian 19 orang jurulatih

    yang telah dikenalpasti kebolehan dan kepakaran mereka.

    Penyertaan bagi Program Belia Belayar adalah terbuka kepada kanak-kanak dan remaja

    tempatan dengan sasaran penyertaan sekurang-kurangnya 2,000 orang di setiap lokasi.

    Program itu diadakan selama empat hari merangkumi gabungan kelas dan sesi di air

    dengan menekankan aspek-aspek asas pelayaran, demonstrasi pelayaran, latihan dan sesi

    perlumbaan di kalangan peserta.

    Program pembangunan sukan pelayaran terbaru MSN ini dilihat mampu mewujudkan

    dan menaiktaraf kemudahan sukan pelayaran di seluruh negara, membangunkan saluran

    bakat sukan ini dengan membuka lebih banyak peluang dan akses kepada generasi muda

    untuk turut serta selain meningkatkan prestasi atlet sedia ada menerusi liga yang dianjurkan.

  • 8/12/2019 Soalan Tugasan Pj 2

    4/7

    Majlis Sukan Negara telah bekerjasama dengan Persatuan Pelayaran Malaysia untuk

    menjayakan program berkenaan yang juga bertujuan menambah kemahiran dan

    pengetahuan jurulatih-jurulatih tempatan agar lebih kompeten di dalam mengendalikan

    latihan dan persediaan atlet-atlet mereka. Liga Layar Malaysia dan Program Belia Belayar

    juga akan meningkatkan kualiti dan hasil kerja pegawai-pegawai teknikal sukan berkenaan

    kerana ia akan membabitkan lebih banyak pertandingan dalam setahun.

    .

  • 8/12/2019 Soalan Tugasan Pj 2

    5/7

    3. Bagaimana meningkatkan prestasi dalam sukan dengan pemberian insentif di

    sekolah?

    Saban tahun, barisan atlet kita dijanjikan dengan pemberian insentif sekiranya mereka

    mampu mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh organisasi seperti MOM. Pemberianinsentif ini dilihat mampu memingkatkan motivasi para atlet untuk melakukan sehabis baik

    dalam acara atau sukan yang disertai. Walaubagaimanapun, kebelakangan ini, mutu sukan

    negara dilihat semakin merudum dan satu per satu sukan mengalami kejatuhan dan kurang

    konsisten dari segi prestasi atlet-atlet dalam acara tertentu, seperti sepak takraw, badminton

    dan bola sepak. Antara faktor yang dikenalpasti adalah pemberian insentif yang melalaikan

    para atlet itu sendiri. Mereka lebih mementingkan habuan yang bakal diterima dan

    membelakangkan semangat patriotisme dan kesukanan mereka sehingga menyebabkan

    prestasi mereka mengalami turun dan naik.

    Jika diperhatikan secara teliti, pemberian insentif kepada atlet ini mempunyai pro dan

    kontranya yang tersendiri. Terdapat juga beberapa jurulatih di sekolah mempraktikkan

    pemberian insentif ini di peringkat sekolah lagi bagi meningkatkan motivasi atlet-atlet

    mereka untuk menang acara-acara yang mereka sertai. Walaupun insentif yang diterima

    oleh mereka tidaklah semewah sebagaimana atlet kebangsaan, namun pemberian insentif

    itu sendiri mempunyai makna dan nilainya yang tersendiri dalam diri para atlet.

    Di sekolah, pemberian insentif adalah perlu bagi meningkatkan motivasi dan

    semangat para atlet untuk berusaha lebih baik demi memenangi . Insentif yang diberikan

    berbentuk wang ringgit, trofi penghargaan atau hadiah. Walaupun nilainya tidak seberapa,

    namun ianya melambangkan kejayaan yang diperoleh oleh mereka. Dengan cara ini,

    mereka akan terus meningkatkan prestasi mereka dari satu tahap ke satu tahap yang lebih

    tinggi pada perlawanan yang akan datang.

    Selain daripada itu, pemberian insentif ini dapat memastikan tahap konsistensi atlet

    dalam sesuatu acara tersebut. Selagi mereka beraksi dengan baik dan mampu mencapaisasaran yang telah ditentukan oleh pihak sekolah, maka habuan akan terus diberikan

    kepada mereka. Ini juga akan menyebabkan berlakunya persaingan yang sihat dalam

    kalangan pelajar bagi merebut tempat kosong untuk dipenuhi bagi sukan atau permainan

    yang tertentu. Misalnya, murid-murid akan bersaing sesama sendiri bagi merebut pemain

    kesebelasan utama bagi mewakili bola sepak di peringkat daerah atau bahagian.

  • 8/12/2019 Soalan Tugasan Pj 2

    6/7

    Namun begitu, perlu diingatkan bahawa ini mungkin boleh menyebabkan para atlet

    bersifat materialistik. Sekiranya mereka merasakan tiada insentif yang akan diberikan

    kepada mereka, maka prestasi mereka akan mula merosot dan tujuan utama mereka telah

    terpesong iaitu daripada mengharumkan nama sekolah kepada mengharapkan hadiah atau

    token penghargaan daripada pihak yang berkenaan.

    Sekiranya pemberian insentif ini diberi secara terkawal, maka ianya akan membawa

    kesan yang positif dan sihat dalam arena sukan tanah air. Pemberian insentif sebegini

    adalah perlu untuk diberikan kepada atlet-atlet di peringkat sekolah supaya bakat mereka

    terus digilap dan diketengahkan sehingga ke persada antarabangsa.

  • 8/12/2019 Soalan Tugasan Pj 2

    7/7

    RUJUKAN

    Bernama (2013).MSN Rangka Program Pembangunan Lahir Jaguh Sukan Pelayaran Dunia.

    Dicapai pada 14 Februari 2014 di http://www.sports.my/entries/14634-MSN-Rangka-

    Program-Pembangunan-Lahir-Jaguh-Sukan-Pelayaran-Dunia

    Chin Siau Mi (2010). Motivasi: Sukan. Dicapai pada 16 Februari 2014 di

    dadada http://uumotivasi.blogspot.com/2010/08/uumotivasi-sukan.html

    Hilmi Ahmad (2011). Sains Sukan: Identifikasi Bakat (TID). Dicapai pada 15 Februari 2014 di

    http://hilmiahmad.blogspot.com/2011/08/sains-sukan-identifikasi-bakat-tid_14.html

    Kosmo (2013). MSN bakal melancarkan Liga Layar Malaysia. Dicapai pada 14 Februari

    2014 di http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1114&pub=

    Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2tVqmIkol

    Perak News (2013). Skim Insentif Untuk Atlet Peringkat Sekolah. Dicapai pada 16 Februari

    2014 di http://www.peraknews.com/berita-sukan/10738-skim-insentif-untuk-atlet-peringkat-sekolah