soalan sains t4 bab 5 (bm)

Upload: achok-rafai

Post on 07-Jul-2015

383 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

BAB 5 TENAGA NUKLEARSoalan Objektif 1 Bahan radioaktif paling selamat disimpan di dalam bekas yang diperbuat daripada A besi B aluminium C getah D plumbum

2zarah Q zarah Q nucleus uranium - 235 zarah Q zarah Q

Rajah 1Rajah 1 di atas menunjukkan sebahagian daripada proses pembelahan nukleus bahan radioaktif. Zarah Q ialah A proton B elektron C neutron D atom kripton

3

Antara berikut, yang manakah tidak disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran radioaktif ? A Kanser B Kemandulan C Kecacatan fetus D AIDS Antara berikut, yang manakah bukan suatu kegunaan bahan radioaktif ? A Memandulkan serangga perosak B Mengesan keberkesanan baja pertanian C Merawat penyakit jantung D Mengesan kebocoran paip bawah tanah Sinaran radioaktif yang dapat menembusi sekeping kerajang aluminium ialah A sinar alfa B sinar beta C sinar gama D sinar-X Tenaga apakah yang dibebaskan semasa pembelahan nukleus uranium berlaku? A Tenaga haba B Tenaga bunyi C Tenaga kinetik D Tenaga keupayaan 5-1Bank Soalan BPS Tingkatan 4

4

5

6

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

7

Antara berikut, yang manakah tidak dipengaruhi gerakannya oleh medan magnet? A Sinar gama B Sinar alfa C Sinar beta D Sinar beta dan gama Apakah penerangan yang paling baik untuk bahan radioaktif ? A Unsur yang mempunyai nukleus atom yang tidak stabil B Unsur yang mempunyai nukleus besar yang stabil C Unsur yang mempunyai bilangan proton yang kecil D Unsur yang mempunyai bilangan elektron yang banyak Antara bahan berikut, yang manakah mengalami proses pereputan nukleus untuk berubah daripada unsur yang tidak stabil menjadi unsur yang stabil? A Uranium B Karbon-12 C Kalium D Natrium P : Sinar alfa Q : Sinar beta R : Sinar gama Sinaran radioaktif di atas mempunyai kuasa penembusan yang berlainan. Susun mengikut tertib yang semakin menurun kuasa penembusannya. A P, Q, R B Q, R, P C R, P, Q D R, Q, P

8

9

10

11K L M

Rajah 2 Rajah 2 di atas menunjukkan pergerakan K, L, dan M melalui medan elektrik. Apakah yang diwakili K, L, dan M? K L M A Sinar beta Sinar gama Sinar alfa B Sinar alfa Sinar gama Sinar beta C Sinar beta Sinar alfa Sinar beta D Sinar gama Sinar alfa Sinar beta

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

5-2

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

12 Antara berikut, yang manakah berlaku semasa pembelahan nuklues atom bahan radioaktif ? A Nukleus atom lain terhasil B Hanya tenaga nukleus terbebas C Pembelahan nuklues kepada zarah-zarah subatom seperti proton dan neutron D Nukleus atom menyerap haba 13 Sinaran A digunakan dalam industri tekstil untuk meneutralkan cas-cas pada kain tiruan supaya tidak berkedut. Apakah A? A Alfa B Beta C Gama D Infra merah 14 Isotop X digunakan untuk mengkaji proses fotosintesis pada tumbuhan. Apakah X ? A Iodin 131 B Karbon-12 C Karbon-14 D Kobalt-60 15 Dinding konkrit tebal yang dipasang pada reaktor nuklear bertujuan untuk A mengukuhkan binaan reaktor B menghalang kehilangan tenaga haba ke persekitaran C melindungi reaktor daripada meletup D menghalang pelepasan sinaran radioaktif ke persekitaran 16 Dosimeter dipakai oleh pekerja-pekerja di loji nuklear . Apakah kegunaan dosimeter? A Mengesan jumlah sinaran yang terkena pada pekerja B Meneutralkan sinaran yang terkena pada pekerja C Memantulkan sinaran yang terkena pada pekerja D Menghalang kemasukan sinaran radioaktif 17 Apakah cara penyimpanan bahan radioaktif yang paling berkesan? A Disimpan dalam kaca B Disimpan dalam kotak kertas C Disimpan dalam bekas plumbum D Disimpan dalam kotak kayu 18 Negara berikut terlibat dalam pembuatan dan pengujian bom atom atau bom hidrogen kecuali A Malaysia B Amerika Syarikat C China D India 19 Kaedah penyinaran merupakan kaedah sinaran radioaktif untuk memperbaiki kualiti bahan makanan. Antara berikut, yang manakah tidak sesuai diawet dengan menggunakan kaedah penyinaran? A Bijirin B Buah-buahan C Sayur-sayuran D Susu Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

5-3

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

20 Antara berikut, yang manakah merupakan tapak pembuangan sisa radioaktif yang paling selamat ? A Ditanam dalam dasar laut B Disimpan dalam kotak plumbum dan ditanam dalam dasar laut C Dibuang ke hutan yang tidak didiami penduduk D Dibuang ke dalam lautan 21 Antara berikut, yang manakah berlaku di dalam reaktor nuklear yang menggunakan uranium-238? I Pembedilan dilakukan oleh elektron laju II Banyak tenaga haba dihasilkan III Sinaran radioaktif dikeluarkan A I sahaja B III sahaja C II dan III sahaja D I, II, dan III 22 Antara berikut, yang manakah kegunaan sinaran radioaktif ? I Menghasilkan mutasi dalam pembiakbakaan tanaman II Membunuh sel-sel kanser III Menentukan usia batu-batan purba A I dan II sahaja B I dan III sahaja C II dan III sahaja D I, II, dan III 23 Tenaga apakah yang terlibat semasa penjanaan tenaga nuklear dalam reaktor nukleus? I Tenaga cahaya II Tenaga kinetik III Tenaga elektrik A I dan II sahaja B I dan III sahaja C II dan III sahaja D I, II, dan III 24 Antara berikut, yang manakah benar tentang zarah beta? I Tidak bercas II Mempunyai kuasa penembusan yang paling lemah III Dipesongkan oleh medan magnet A I sahaja B III sahaja C I dan II sahaja D II dan III sahaja 25 Sinar gama boleh dihentikan oleh I tembok konkrit II sekeping aluminium yang nipis III sehelai kertas A I sahaja B III sahaja C I dan II sahaja D II dan III sahaja Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

5-4

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

26 Antara berikut, yang manakah merupakan kesan sinaran radioaktif ? I Mutasi II Leukemia III Kanser A I dan II sahaja B I dan III sahaja C II dan III sahaja D I, II, dan III 27 Antara saintis berikut, yang manakah telah menyumbangkan dalam bidang keradioaktifan ? I Marie Curie II Antoine Becquerel III Faraday A I dan II sahaja B I dan III sahaja C II dan III sahaja D I sahaja 28 Antara sumber tenaga berikut, yang manakah boleh diperbaharui ? I Tenaga nuklear II Tenaga suria III Tenaga ombak A I sahaja B I dan II sahaja C II dan III sahaja D I, II, dan III 29 Antara berikut, yang manakah menyebabkan pemusnahan ketika peletupan bom atom di Hiroshima ? I Sinar gama II Tenaga nuklear III Sinar beta A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I dan III sahaja D II sahaja 30 Antara berikut, yang manakah tujuan penubuhan Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) ? I Menjalankan kajian tentang penggunaan bahan radioaktif dalam bidang pertanian II Meningkatkan tahap sains dan teknologi nuklear III Menjalankan kajian tentang senjata nuklear A I sahaja B I dan II sahaja C II dan III sahaja D I, II, dan III

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

5-5

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

Soalan Struktur 1

Rajah 1 Rajah 1 di atas menunjukkan satu simbol amaran bagi suatu bahan. (a) Apakah bahan yang diberi simbol amaran itu ? _________________________________________________________________________________ (b) Berikan penerangan ringkas bagi bahan yang anda nyatakan di (a). _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ (c) Berikan dua contoh bahan yang diberi simbol amaran itu. _________________________________________________________________________________ (d) Bahan yang diberi simbol amaran itu boleh mengeluarkan sinaran yang merbahaya. Nyatakan sinaran-sinaran itu. _________________________________________________________________________________ 2 Radioisotop digunakan dalam pelbagai bidang dalam kehidupan harian kita. (a) Nyatakan satu kegunaan bahan radioaktif dalam bidang yang berikut. (i) Arkeologi : ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ (ii) Pertanian : ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ (iii) Perubatan : ___________________________________________________________________

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

5-6

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

___________________________________________________________________ (iv) Perindustrian : ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ (b) Nyatakan dua cara pengendalian bahan radioaktif. (i) ______________________________________________________________________________ (ii) ______________________________________________________________________________ [6 markah] Soalan Esei 1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan bahan radioaktif ? (b) (i) Nyatakan tiga jenis sinaran radioaktif. (ii) Bincangkan tiga perbezaan di antara ketiga-tiga jenis sinaran radioaktif itu. 2 (a) Terangkan bagaimana tenaga elektrik dihasilkan daripada tenaga nuklear di stesen jana kuasa nuklear. (b) (i) Terangkan dua kebaikan tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif untuk menjanakan tenaga elektrik. (ii) Berikan dua isu yang menentang penggunaan tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif. [1 markah] [9 markah] [6 markah] [2 markah] [2 markah]

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

5-7

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

JAWAPAN BAB 5 Soalan Objektif

1D 6A 11 A 16 A 21 C 26 D Soalan Struktur

2C 7A 12 A 17 C 22 D 27 A

3D 8A 13 A 18 A 23 C 28 D

4C 9A 14 C 19 D 24 B 29 A

5C 10 D 15 D 20 B 25 A 30 B

1 (a) Bahan radioaktif (b) Unsur tidak stabil yang mengalami pereputan nukleus untuk menjadi unsur stabil dengan mengeluarkan sinaran radioaktif (c) Uranium dan radium/polonium/torium/karbon-14/iodin-13/kobalt-60 (d) Sinar alfa, beta, dan gama 2 (a) (i) Untuk menentukan tarikh dan umur bahan-bahan purba yang ditemui (ii) Untuk memandulkan serangga perosak/Untuk mengesan kadar penyerapan baja oleh tumbuhan (iii) Untuk membunuh sel-sel kanser (iv) Untuk menyahcas cas-cas pada kain sintetik supaya kain tidak kedut (b) (i) Memakai pakaian perlindungan dengan perisai plumbum (ii) Mengalihkan atau memegang sumber bahan radioaktif dengan penyepit atau dengan alat kawalan jauh Soalan Esei 1 (a) Unsur yang mempunyai nukleus tidak stabil yang boleh mereput (b) (i) Sinar alfa, sinar beta, sinar gama (ii) Ciri-ciri Sinar alfa Sinar beta Bercas positif Bercas negatif Cas Lemah Sederhana Kuasa penembusan Terpesong ke plat Terpesong ke plat Pesongan dalam negatif positif medan elektrik Runut berbentuk Runut halus dan Keupayaan lurus dan tebal bergelombang mengion di udara

Sinar gama Tidak bercas Paling kuat Tidak terpesong Runut adalah pendek, halus, dan bertaburan

2 (a) - Uranium digunakan sebagai sumber tenaga utama - Tindak balas berantai semasa pembelahan nukleus uranium akan menghasilkan tenaga haba yang Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

5-8

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

banyak - Carta alir berikut menunjukkan bagaimana tenaga nuklear daripada pembelahan nukleus digunakan untuk memanaskan air sehingga air bertukar menjadi stim dan seterusnya menghasilkan tenaga elektrik

Bahan radioaktif (tenaga nuklear)

digunakan dalam

Reaktor nuclear (belahan nuklear)

Air dididihkan Stim suhu tinggi tekanan tinggi

Tenaga elektrik

menghasilkan

Putaran dinamo (jana kuasa)

memutarkan

Putaran turbin

- Stim yang terhasil memutarkan turbin dan dinamo, dan mengubahkan tenaga kinetik kepada tenaga elektrik - Tenaga elektrik yang terhasil dihantar kepada pengguna melalui sistem kabel (b) (i) - Tenaga nuklear dapat diperbaharui - Tiada pembebasan gas toksik semasa penjanaan tenaga elektrik daripada bahan radioaktif - Kos pengendalian adalah kurang daripada kos pengendalian stesen jana kuasa hidroelektrik (mana-mana dua) (ii) - Pembuangan sisa yang tidak rapi mengancam keselamatan manusia dan hidupan yang lain - Kebocoran di loji nuklear akan melepaskan bahan radioaktif ke persekitaran - Penyalahgunaan tenaga nuklear sebagai senjata api dalam peperangan

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

5-9

Bank Soalan BPS Tingkatan 4