hsp sains tambahan t4

Upload: marziahasmawi

Post on 30-Oct-2015

270 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

    SPESIFIKASI KURIKULUM

    SAINS TAMBAHAN

    TINGKATAN 4

    Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

    2011

  • Buku Spesifikasi Kurikulum Sains Tambahan Tingkatan 4 ini ialah terjemahan yang sah daripada buku Curriculum Specifications Form 4Additional Science terbitan Curriculum Development Centre, Ministry Of Education Malaysia, Putrajaya.

    BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Malaysia Tel: 603-88842000 Faks: 603-88889917 Laman Web: http://www.moe.gov.my

    Cetakan Pertama 2011 Karya Terjemahan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Curriculum Development Centre, 2003

    Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian teks, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain kecuali dengan keizinan bertulis daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum.

  • KANDUNGAN

    Rukun Negara

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    Falsafah Pendidikan Sains Negara

    Prakata

    Pendahuluan

    Matlamat

    Objektif

    Kemahiran Saintifik

    Kemahiran Berfikir

    Sikap Saintifik dan Nilai Murni

    Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

    Organisasi Kandungan

    Ukuran dan Daya

    Bidang Pembelajaran: 1. Kuantiti Fizik

    Bidang Pembelajaran: 2. Proses Pengukuran

    Tenaga Dalam Kehidupan

    Bidang Pembelajaran: 3. Tenaga

    v

    vii

    ix

    xi

    1

    2

    2

    3

    5

    11

    13

    19

    19

    21

    24

    24

    Bidang Pembelajaran: 4. Haba

    Bidang Pembelajaran: 5. Elektrik

    Bidang Pembelajaran: 6. Sumber Tenaga

    Jirim dalam alam semulajadi

    Bidang Pembelajaran: 7. Jadual Berkala

    Bidang Pembelajaran: 8. Ikatan Kimia

    Bidang Pembelajaran: 9. Konsep Mol

    Penyenggaraan dan kesinambungan Hidup

    Bidang Pembelajaran: 10. Sistem Respirasi

    Bidang Pembelajaran: 11. Sistem Pencernaan

    Bidang Pembelajaran: 12. Sistem Peredaran

    Bidang Pembelajaran: 13. Sistem Perkumuhan

    Bidang Pembelajaran: 14. Sistem Pembiakan

    Keseimbangan dan Pengurusan Alam Sekitar

    Bidang Pembelajaran: 15. Biokepelbagaian

    Bidang Pembelajaran: 16. Sumber Biosis

    BidangPembelajaran: 17. Keseimbangan

    Ekosistem

    26

    30

    33

    37

    37

    42

    44

    47

    47

    50

    52

    55

    57

    61

    61

    63

    65

  • RUKUN NEGARA

    BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk

    mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;

    memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran

    negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

    menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;

    membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

    MAKA kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

    v

  • Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

    lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

    rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

    bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

    serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

    masyarakat dan negara.

    vii

  • Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi

    ix

  • xi

    PRAKATA

    Sains dan teknologi memainkan peranan yang kritikal dalam merealisasikan aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju. Oleh kerana sains merupakan antara penyumbang utama dalam perkembangan ilmu pengetahuan sains dan teknologi, maka penyediaan pendidikan sains yang berkualiti dari peringkat awal proses pendidikan adalah sangat penting untuk menghasilkan bangsa yang berpengetahuan dan mampu berdaya saing di arena globalisasi. Kurikulum sains sekolah Malaysia bertujuan untuk memperkembangkan ilmu sains dan kecekapan serta menyemai sikap positif terhadap sains dalam kalangan murid. Sains untuk sekolah menengah menyediakan peluang untuk murid memperoleh ilmu dan kemahiran sains dan memperkembangkan kemahiran menyelesai masalah dan membuat keputusan untuk membolehkan murid menangani cabaran kehidupan harian. Seperti subjek lain dalam kurikulum sekolah menengah, Sains bertujuan menanam nilai murni dan cinta kepada negara dalam membangunkan insan yang menyeluruh yang berupaya untuk menyumbang ke arah keharmonian dan kemakmuran negara dan rakyatnya. Penggunaan teknologi ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik. Pengajaran dan pembelajaran Sains digabungkan dengan penggunaan teknologi seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan perisian dinamik akan memberi lebih ruang dan peluang kepada murid untuk meneroka dan mendalami konsep sains yang dipelajari. Selain itu, penggunaan TMK menyediakan peluang untuk murid berkomunikasi secara saintifik bukan sahaja di persekitaran mereka, malah dengan murid dari negara lain, dan dalam proses tersebut menjadikan pembelajaran sains lebih menarik dan menyeronokkan.

    Murid juga diberi peluang yang lebih untuk terlibat dalam penyiasatan saintifik melalui aktiviti amali dan eksperimen. Pendekatan inkuiri, penerapan kemahiran berfikir, strategi berfikir dan pembelajaran berfikrah perlu ditekankan melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Adalah dicadangkan kandungan dan konteks yang dipilih perlulah berdasarkan kesesuaian kepada murid agar minat kepada mata pelajaran ini meningkatkan. Bermula tahun 2012, Bahasa Malaysia boleh digunakan sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik bagi murid Tingkatan 1. Penggunaan Bahasa Inggeris dan/atau Bahasa Malaysia dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di peringkat menengah atas boleh diteruskan sehingga tahun 2015, iaitu tahun akhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia disediakan dalam dwibahasa. Langkah ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dari segi bahasa pengantar yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik. Kepada semua pihak yang terlibat menghasilkan spesifikasi kurikulum terjemahan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

    (DATU Dr HJ. JULAIHI HJ. BUJANG)

    Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    1

    PENDAHULUAN

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

    memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

    bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang, harmoni dan

    bermoral tinggi. Hasrat ini termaktub dalam Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan. Pendidikan sains sekolah rendah dan menengah

    dibangunkan dengan matlamat membentuk individu seperti yang

    dihasrat.

    Malaysia yang menuju kearah status negara maju, perlu

    mewujudkan masyarakat yang berbudaya sains, progresif, berilmu,

    berkemampuan membawa perubahan, berpandangan jauh, inovatif

    serta menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi

    dimasa hadapan. Selari dengan aspirasi ini, pembangunan

    warganegara yang kritis, kreatif dan berketerampilan, bersifat

    terbuka dan berdaya saing dalam sains dan teknologi adalah

    diperlukan.

    Kurikulum sains Malaysia merangkumi tiga mata pelajaran sains

    teras dan empat mata pelajaran sains elektif. Mata pelajaran sains

    teras adalah sains sekolah rendah, sains menengah rendah dan

    sains menengah atas. Mata pelajaran sains elektif ditawarkan di

    peringkat menengah atas dan terdiri daripada Fizik, Kimia, Biologi

    dan Sains Tambahan.

    Mata pelajaran Sains Teras untuk sekolah rendah dan menengah

    direka bentuk untuk memberi pengetahuan asas sains, menyediakan

    murid celik sains dan murid mampu mengikuti sains di peringkat

    menengah atas. Mata pelajaran Sains Teras menengah atas direka

    bentuk untuk menghasilkan murid celik sains, inovatif dan berupaya

    mengaplikasikan pengetahuan sains dalam membuat keputusan dan

    menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.

    Mata pelajaran sains elektif menyediakan murid yang cenderung

    dalam bidang sains untuk menceburi kerjaya bidang sains dan

    teknologi yang khusus dan profesional. Golongan murid ini akan

    menjadi sumber tenaga manusia dalam sains dan teknologi yang

    akan menerajui pembangunan Negara.

    Setiap kurikulum mata pelajaran sains dihuraikan dalam dua

    dokumen: sukatan pelajaran dan spesifikasi kurikulum. Sukatan

    Pelajaran mengandungi tujuan, objektif dan garis panduan bagi

    kandungan kurikulum untuk tempoh dua tahun bagi mata pelajaran

    sains elektif dan lima tahun untuk mata pelajaran Sains Teras.

    Spesifikasi kurikulum mengandungi maklumat kurikulum yang

    meliputi tujuan dan objektif kurikulum, penerangan kemahiran berfikir

    dan stategi berfkir, kemahiran saintifik, sikap saintifik dan nilai murni,

    stategi pengajaran dan pembelajaran dan kandungan kurikulum.

    Kandungan kurikulum mengandungi objektif pengajaran, cadangan

    aktiviti pengajaran, hasil pembelajaran dan perbendaharaan kata.

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    2

    MATLAMAT

    Matlamat kurikulum Sains Tambahan untuk sekolah menengah

    adalah bertujuan untuk membekalkan murid dengan pengetahuan

    dan kemahiran sains dan teknologi serta membolehkan mereka

    menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan

    seharian berdasarkan sikap saintifik dan nilai murni.

    Murid yang telah mengikuti kurikulum Sains Tambahan sekolah

    menengah akan memperolehi asas sains yang membolehkan

    mereka memperolehi pendidikan lanjutan dalam sains dan teknologi

    secara rasmi dan tidak rasmi.

    Kurikulum ini juga bertujuan untuk membangunkan masyarakat yang

    bertanggungjawab, dinamik dan berdaya maju dengan

    membudayakan sains dan teknologi secara semulajadi dalam

    menangani pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

    OBJEKTIF

    Kurikulum Sains Tambahan untuk sekolah menengah membolehkan

    murid:

    1. Memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip sains

    serta menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena

    alam semulajadi dan pengalaman harian.

    2. Memperolehi kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip

    sains dalam bidang teknologi dan kehidupan harian.

    3. Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.

    4. Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik

    secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai

    murni dalam penyelesaian masalah, dan membuat

    keputusan.

    5. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta

    bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains

    dan teknologi.

    6. Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan bijak

    dan berkesan.

    7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.

    8. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap

    pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat.

    9. Menyedari bahawa penemuan melalui penyelidikan sains

    adalah usaha manusia berasaskan kemampuan akal untuk

    memahami fenomena alam ke arah mencapai kesejahteraan

    hidup manusia sejagat.

    10. Mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan kasih sayang

    kepada alam sekitar dan memainkan peranan dalam

    pemuliharaan dan pemeliharaannya.

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    3

    KEMAHIRAN SAINTIFIK

    Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah.

    Dalam proses inkuiri dan menyelesaikan masalah, kemahiran

    saintifik dan kemahiran berfikir digunakan. Kemahiran saintifik

    merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang

    aktiviti mengikut kaedah saintifik seperti menjalankan eksperimen

    dan projek.

    Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan

    kemahiran manipulatif.

    Kemahiran Proses Sains

    Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan murid

    mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem.

    Kemahiran proses ini terdiri daripada kemahiran yang mudah kepada

    yang kompleks.

    Penerangan tentang setiap kemahiran proses sains diberi seperti

    berikut:

    Memerhati

    Menggunakan deria penglihatan,

    pendengaran, sentuhan, rasa atau bau

    untuk mengumpulkan maklumat

    tentang objek dan fenomena.

    Mengelaskan

    Mengukur dan

    menggunakan

    nombor

    Membuat

    inferens

    Meramalkan

    Berkomunikasi

    Mengumpulkan objek atau fenomena

    berdasarkan persamaan dan perbezaan

    melalui pemerhatian.

    Membuat pemerhatian secara kuantitatif

    dengan menggunakan nombor dan alat

    berunit piawai. Pengukuran menjadikan

    pemerhatian lebih jitu.

    Membuat kesimpulan awal yang

    munasabah yang mungkin benar atau

    tidak benar untuk menerangkan sesuatu

    peristiwa atau pemerhatian

    Membuat jangkaan tentang sesuatu

    peristiwa berdasarkan pemerhatian dan

    pengalaman yang lalu atau data yang

    boleh dipercayai.

    Menggunakan perkataan atau simbol

    grafik seperti jadual, graf, rajah atau model

    untuk menerangkan tindakan, objek atau

    peristiwa.

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    4

    Menggunakan

    perhubungan

    ruang dan masa

    Mentafsirkan

    data

    Mendefinisi

    secara operasi

    Mengawal

    pemboleh ubah

    Memperihalkan perubahan parameter

    seperti lokasi, arah, bentuk, saiz , isipadu,

    isipadu, berat dan jisim sesuatu objek

    dengan masa.

    Memberi penerangan yang rasional

    tentang objek, peristiwa atau pola daripada

    data yang dikumpulkan.

    Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep

    dengan menyatakan perkara yang

    dilakukan dan diperhatikan.

    Mengenalpasti pemboleh ubah

    dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak

    balas dan pemboleh ubah yang

    dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan

    satu pembolehubah dimanipulasikan untuk

    memerhatikan hubungannya dengan

    pemboleh ubah yang bergerak balas. Pada

    masa yang sama pemboleh ubah yang lain

    dimalarkan.

    Membuat

    hipotesis

    Mengeksperimen

    Membuat sesuatu penyataan umum

    tentang hubungan antara pemboleh ubah

    yang difikirkan benar bagi menerangkan

    sesuatu peristiwa. Pernyataan ini boleh

    diuji untuk membuktikan kesahihannya.

    Merancang dan menjalankan aktiviti untuk

    menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan

    data, mentafsirkan data sehingga

    mendapat rumusan daripada aktiviti itu.

    Kemahiran Manipulatif

    Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam

    penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan perkara

    yang berikut:

    menggunakan dan mengendalikan bahan dan peralatan

    sains dengan betul.

    mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.

    melakar spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat.

    membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.

    menyimpan bahan dan peralatan sains dengan betul dan

    selamat.

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    5

    KEMAHIRAN BERFIKIR

    Berfikir merupakan satu proses mental yang memerlukan individu

    menggabungjalinkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ada

    pada dirinya bagi membolehkannya memahami dan mencorak alam

    sekeliling.

    Salah satu objektif sistem pendidikan negara adalah untuk

    mempertingkat daya berfikir di kalangan murid. Objektif ini boleh

    dicapai melalui kurikulum yang menekankan pembelajaran berfikrah.

    Pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kemahiran berfikir

    dan strategi berfikir adalah teras kepada pembelajaran berfikrah.

    Pembelajaran berfikrah boleh dicapai jika murid dilibatkan secara

    aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses ini

    aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dapat

    mencungkil minda murid dan mendorongnya untuk berfikir agar

    mereka dapat mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah dan

    membuat keputusan.

    Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis dan

    pemikiran kreatif. Seseorang yang berfikir secara kritis akan sentiasa

    menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya.

    Seseorang yang berfikir secara kreatif mempunyai daya imaginasi

    yang tinggi, berupaya menjanakan idea yang inovatif dan asli, serta

    boleh mengubah suai idea dan produk yang sedia ada.

    Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi

    peringkatnya (peringkat tinggi) yang melibatkan beberapa langkah

    dan setiap langkah melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis

    dan kreatif. Strategi berfikir merupakan fungsi utama dan matlamat

    akhir kepada proses berfikir.

    Kemahiran Berfikir Kritis

    Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir adalah seperti

    yang berikut :

    Mencirikan

    Mengenal pasti kriteria seperti ciri,

    sifat, kualiti dan unsur sesuatu

    konsep atau objek.

    Membandingkan dan

    membezakan

    Mencari persamaan dan

    perbezaan berdasarkan kriteria

    seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur

    sesuatu objek atau peristiwa.

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    6

    Mengumpulkan dan

    mengelaskan

    Mengasingkan dan mengumpulkan

    objek atau fenomena kepada

    kumpulan masing-masing

    berdasarkan kriteria tertentu

    seperti ciri atau sifat. Pengumpulan

    ini adalah berdasarkan ciri atau

    sifat sepunya.

    Membuat urutan

    Menyusun objek dan maklumat

    mengikut tertib berdasarkan kualiti

    atau kuantiti ciri atau sifatnya

    seperti saiz, masa, bentuk atau

    bilangan.

    Menyusun mengikut

    keutamaan

    Menyusun objek atau maklumat

    mengikut tertib berdasarkan

    kepentingan atau kesegeraan.

    Menganalisis

    Mengolah maklumat dengan

    menghuraikannya kepada

    bahagian yang lebih kecil bagi

    memahami sesuatu konsep atau

    peristiwa serta mencari makna

    yang tersirat.

    Mengesan

    Kecondongan

    Mengesan pandangan atau

    pendapat yang berpihak kepada

    atau menentang sesuatu.

    Menilai

    Membuat pertimbangan tentang

    sesuatu perkara dari segi kebaikan

    dan keburukan, berdasarkan bukti

    atau dalil yang sah.

    Membuat kesimpulan

    Membuat pernyataan tentang hasil

    sesuatu kajian yang berdasarkan

    kepada sesuatu hipotesis.

    Kemahiran Berfikir Kreatif

    Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir kreatif adalah

    seperti yang berikut :

    Menjanakan idea

    Menghubungkaitkan

    Menghasilkan idea yang berkaitan

    dengan sesuatu perkara.

    Membuat perkaitan dalam sesuatu

    keadaan atau peristiwa untuk mencari

    sesuatu struktur atau corak

    hubungan.

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    7

    Membuat inferens

    Meramalkan

    Mengitlakkan

    Membuat gambaran

    mental

    Mensintesiskan

    Membuat kesimpulan awal yang

    munasabah, yang mungkin benar

    atau tidak benar untuk menerangkan

    sesuatu peristiwa atau pemerhatian.

    Membuat jangkaan tentang sesuatu

    peristiwa berdasarkan pemerhatian

    dan pengalaman yang lalu atau data

    yang boleh dipercayai.

    Membuat pernyataan umum terhadap

    sesuatu perkara untuk keseluruhan

    kumpulan berdasarkan pemerhatian

    ke atas sampel atau beberapa

    maklumat daripada kumpulan itu.

    Membuat tanggapan atau

    membayangkan sesuatu idea,

    konsep, keadaan atau gagasan dalam

    minda atau fikiran.

    Menggabungkan unsur yang

    berasingan untuk menghasilkan satu

    Membuat hipotesis

    Menganalogikan

    Mereka cipta

    gambaran menyeluruh dalam bentuk

    seperti pernyataan, lukisan dan

    artifak.

    Membuat suatu pernyataan umum

    tentang hubungan antara pemboleh

    ubah yang difikirkan benar bagi

    menerangkan sesuatu perkara atau

    peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji

    untuk membuktikan kesahihannya.

    Membentuk kefahaman tentang

    sesuatu konsep yang kompleks atau

    abstrak secara mengaitkan konsep itu

    dengan konsep yang mudah atau

    maujud yang mempunyai ciri yang

    serupa.

    Menghasilkan sesuatu yang baru atau

    melakukan pengubahsuaian kepada

    sesuatu yang sedia ada untuk

    mengatasi masalah secara terancang.

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    8

    Strategi Berfikir

    Penerangan tentang setiap strategi berfikir adalah seperti yang

    berikut :

    Mengkonsepsikan

    Membuat

    keputusan

    Menyelesaikan

    masalah

    Membuat pengitlakan ke arah membina

    pengertian, konsep atau model

    berdasarkan ciri spesifik sepunya yang

    saling berhubung kait.

    Memilih satu alternatif penyelesaian

    yang terbaik daripada beberapa

    alternatif berdasarkan kriteria tertentu

    bagi mencapai matlamat yang

    ditetapkan.

    Mencari penyelesaian yang tepat secara

    terancang terhadap situasi yang tidak

    pasti atau mencabar ataupun kesulitan

    yang tidak dijangkakan.

    Selain daripada kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang

    tersebut, kemahiran menaakul merupakan satu lagi kemahiran yang

    diutamakan. Kemahiran menaakul ialah kemahiran yang digunakan

    untuk membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil dan

    saksama. Penguasaan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan strategi

    berfikir menjadi lebih mudah jika seseorang itu berkebolehan

    membuat penaakulan secara induktif dan deduktif. Rajah 1 memberi

    gambaran keseluruhan tentang kemahiran berfikir dan strategi

    berfikir.

    Penguasaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir (KBSB) melalui

    pengajaran dan pembelajaran sains boleh dikembangkan melalui

    peringkat berikut :

    1. KBSB diperkenalkan.

    2. KBSB dipraktikkan dengan bimbingan guru.

    3. KBSB dipraktikkan tanpa bimbingan guru.

    4. KBSB diaplikasikan ke situasi baru dan diperkembangkan

    dengan bimbingan guru.

    5. KBSB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk

    mencapai tugasan berfikir.

    6. Penerangan lanjut tentang peringkat penerapan KBSB

    dalam sains diberi dalam Buku Panduan Penerapan

    Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir dalam Pengajaran

    dan Pembelajaran Sains ( Pusat Pembangunan Kurikulum,

    1999)

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    9

    Perkaitan antara kemahiran Berfikir dan Kemahiran Proses

    Sains

    Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang diperlukan untuk

    mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan

    secara bersistem. Ia merupakan satu proses mental yang

    menggalakkan pemikiran secara, kreatif, analitis dan sistematik.

    Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan

    pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir

    secara berkesan.

    Untuk menguasai kemahiran proses sains, seseorang perlu

    menguasai kemahiran berfikir yang berkaitan. Kemahiran berfikir

    utama yang berkaitan dengan setiap kemahiran proses sains adalah

    seperti berikut :

    Kemahiran Proses Sains

    Kemahiran Berfikir

    Memerhatikan

    Mencirikan

    Membandingkan dan membezakan

    Menghubungkaitkan

    Kemahiran Berfikir

    Kritis

    Mencirikan

    Membandingkan &

    membezakan

    Mengumpulkan &

    mengelaskan

    Membuat urutan

    Menyusun

    mengikut

    keutamaan

    Menganalisis

    Mengesan

    kecondongan

    Menilai

    Membuat

    kesimpulan

    mmmm

    Kreatif

    Menjana idea

    Menghubungkait

    Membuat inferens

    Meramalkan

    Membuat hipotesis

    Mensintesiskan

    Mengitlakan

    Membuat

    gambaran mental

    Menganalogikan

    Mereka cipta

    Menaakul

    Strategi Berfikir

    Mengkonsepsikan

    Membuat keputusan

    Menyelesaikan masalah

    Rajah 1 : Model KBSB dalam Sains

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    10

    Mengelaskan

    Mengukur dan

    menggunakan

    nombor

    Membuat inferens

    Meramalkan

    Menggunakan

    perhubungan ruang

    dan masa

    Mentafsir data

    Mencirikan

    Membandingkan dan membezakan

    Mengumpulkan dan mengelaskan

    Menghubungkaitkan

    Membandingkan dan membezakan

    Menghubungkaitkan

    Membandingkan dan membezakan

    Menganalisis

    Membuat

    Menghubungkaitkan

    Membuat gambaran mental

    Membuat urutan

    Menyusun mengikut keutamaan

    Membandingkan dan membezakan

    Menganalisis

    Mengesan kecondongan

    Membuat kesimpulan

    Mendefinisi secara

    operasi

    Mengawal pemboleh

    ubah

    Membuat hipotesis

    Mengeksperimen

    Berkomunikasi

    Mengitlakkan

    Menilai

    Menghubungkaitkan

    Menganalogikan

    Membuat gambaran mental

    Menganalisis

    Mencirikan

    Membandingkan dan membezakan

    Menghubungkaitkan

    Menganalisis

    Mencirikan

    Menghubungkaitkan

    Membandingkan dan membezakan

    Menjana idea

    Membuat hipotesis

    Meramalkan

    Mensintesiskan

    Semua kemahiran berfikir

    Semua kemahiran berfikir

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    11

    Pengajaran dan Pembelajaran yang Berteraskan Kemahiran

    Berfikir dan Kemahiran Saintifik

    Kurikulum sains ini menekankan pembelajaran berfikrah yang

    berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam

    kurikulum ini, hasil pembelajaran yang dihasratkan ditulis secara

    mengintegrasi pemerolehan pengetahuan dengan penguasaan

    kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam

    pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menitikberatkan

    penguasan kemahiran bersama dengan pemerolehan pengetahuan,

    di samping penerapan nilai murni dan sikap saintifik.

    Berikut diberi beberapa contoh hasil pembelajaran yang berkaitan

    dengan pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan kemahiran

    berfikir dan kemahiran saintifik serta penerangannya.

    Contoh :

    Hasil Pembelajaran: Membandingkan dan membezakan unsur logam dan unsur bukan logam

    Kemahiran berfikir: Membanding dan membeza.

    Penerangan:

    Untuk mencapai hasil pembelajaran yang tersebut, pengetahuan

    tentang cirri-ciri dan kegunaan logam dan bukan logam perlu

    dipelajari melalui aktiviti membandingkan dan membezakan.

    Penguasaan kemahiran membandingkan dan membezakan adalah

    sama penting dengan pengetahuan berkaitan unsur logam dan unsur

    bukan logam.

    SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI

    Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan nilai

    positif dalam diri murid. Sikap dan nilai positif yang dipupuk adalah

    seperti berikut :

    minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.

    jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data.

    rajin dan tabah.

    bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta

    terhadap alam sekitar.

    menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara

    untuk memahami alam.

    menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan

    sihat.

    menghargai keseimbangan alam semula jadi.

    berhemah tinggi dan hormat -menghormati.

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    12

    menghargai sumbangan sains dan teknologi.

    mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.

    berfikiran kritikal dan analitis.

    luwes dan berfikiran terbuka.

    baik hati dan penyayang.

    bersifat objektif.

    sistematik.

    bekerjasama.

    adil dan saksama.

    berani mencuba.

    berfikir secara rasional.

    yakin dan berdikari.

    Penerapan sikap saintifik dan nilai murni secara umum berlaku

    mengikut peringkat berikut :

    menyedari dan memahami kepentingan dan keperluan sikap

    saintifik dan nilai murni.

    memberi perhatian kepada sikap dan nilai murni.

    menghayati dan mengamalkan sikap saintifik dan nilai

    murni.

    Peringkat ini perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran sains agar penerapan sikap saintifik

    dan nilai murni berlaku secara berkesan dan berterusan. Sebagai

    contoh, semasa pengajaran yang melibatkan kerja amali, guru perlu

    sentiasa mengingatkan murid dan memastikan mereka menjalankan

    eksperimen secara berhati-hati, bekerjasama dan jujur.

    Perancangan yang rapi adalah diperlukan untuk mengoptimumkan

    penerapan sikap saintifik dan nilai murni semasa pelajaran sains.

    Guru perlu meneliti semua hasil pembelajaran dalam sesuatu bidang

    pembelajaran yang berkaitan termasuk hasil pembelajaran tentang

    penerapan sikap saintifik dan nilai murni sebelum memulakan

    pelajaran.

    Berikut diberi contoh objektif pembelajaran yang berkaitan dengan

    penerapan sikap saintifik dan nilai murni.

    Contoh :

    Tingkatan:

    Bidang Pembelajaran:

    Objektit Pembelajaran:

    Hasil Pembelajaran:

    Tingkatan Empat

    10 . Sistem Respirasi

    10.5 Menghargai organ respirasi yang sihat. 1. Mengamalkan gaya hidup sihat 2. Memelihara udara yang sihat dan pemuliharaan persekitaran .

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    13

    Cadangan aktiviti

    pembelajaran:

    Sikap saintifik dan nilai murni:

    1. Membincangkan gaya hidup yang sihat seperti menjauh daripada merokok dan

    kerap bersenam. 2. Melakukan

    persembahan power point mengenai pemeliharaan udara dan pemuliharaan persekitaran

    3. Menghargai sumbangan sains

    dan teknologi.

    Menyayangi dan menghargai alam sekitar. Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri, orang lain dan alam sekitar. Menghargai keseimbanga alam. Sistematik. Bekerjasama.

    Penerapan Unsur Patriotisme

    Kurikulum sains dapat mengukuhkan dan memupuk unsur

    patriotisme di kalangan murid. Sebagai contoh, dalam pembelajaran

    proses pengkolonian dan proses sesaran di dalam ekosistem, murid

    akan belajar mengenai kekayaan biodiversiti negara, mereka akan

    menghargai kepelbagaian dan keunikan sumber semulajadi negara

    dan meningkatkan kecintaan kepada negara.

    STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sains

    mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah

    adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan

    ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang

    murid ke tahap yang optima. Pembelajaran berfikrah dapat

    mencetuskan pelbagai pendekatan pembelajaran seperti inkuiri,

    konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran

    masteri. Aktiviti yang dirancang dalam pembelajaran berfikrah

    mestilah yang dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid

    dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit

    kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam

    pembelajaran. Soalan atau masalah yang beraras tinggi diberikan

    kepada murid dan murid diminta menyelesaikan masalah

    menggunakan daya kreatif dan kritis mereka. Murid dilibatkan secara

    aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan

    pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan

    nilai murni dan sikap saintifik.

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    14

    Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains

    Penemuan Inkuiri

    Penemuan inkuiri merupakan pendekatan yang mementingkan

    pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud

    mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang

    berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri.

    Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip

    utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti

    seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena dan

    mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid

    untuk memahami konsep sains melalui hasil inkuiri tersebut.

    Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa

    proses inkuiri ini. Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan

    inkuiri tidak sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan

    pembelajaran. Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan

    secara langsung oleh guru atau melalui inkuiri terbimbing.

    Konstruktivisme

    Konstruktivisme adalah satu fahaman yang mencadangkan murid

    belajar sesuatu bila mereka membina pemahaman mereka sendiri.

    Antara unsur penting dalam konstruktivisme ialah:

    guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid

    pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri.

    pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea asal

    dengan idea baru bagi menstruktur semula idea mereka.

    murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan

    pengalaman serta membuat refleksi.

    Sains, Teknologi dan Masyarakat

    Pembelajaran yang bermakna akan berlaku jika murid dapat

    menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan harian

    mereka. Pembelajaran bermakna berlaku dalam pendekatan seperti

    pembelajaran kontekstual dan pendekatan Sains, Teknologi dan

    Masyarakat (STM).

    Tema dan objektif pembelajaran yang berunsurkan STM diwujudkan

    dalam kurikulum ini. Pendekatan STM mengesyorkan pembelajaran

    sains melalui penyiasatan dan perbincangan berlandaskan isu sains

    dan teknologi dalam masyarakat. Pengetahuan sains dan teknologi

    dipelajari bersama dengan aplikasi, sains dan teknologi serta

    implikasi kepada masyarakat.

    Pembelajaran Kontekstual

    Pembelajaran kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan

    dengan kehidupan murid. Dalam konteks ini murid tidak belajar

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    15

    secara teori sahaja tetapi dapat menghargai kerelevanan

    pembelajaran sains dengan kehidupan mereka. Pendekatan

    kontekstual digunakan di mana murid belajar secara menyiasat

    seperti dalam pendekatan inkuiri penemuan.

    Pembelajaran Masteri

    Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan yang

    memastikan semua murid menguasai objektif pembelajaran yang

    ditetapkan. Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap

    murid mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi

    kepada murid untuk belajar mengikut kadarnya, tindakan pengayaan

    dan pemulihan perlu dijadikan sebahagian daripada proses

    pengajaran dan pembelajaran.

    Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

    Pendekatan pengajaran dan pembelajaran tersebut boleh

    dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran

    seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek dan lawatan.

    Dalam kurikulum ini, cadangan kaedah pengajaran dan

    pembelajaran untuk mencapai objektif pembelajaran yang tertentu

    dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk Cadangan Aktiviti

    Pembelajaran. Walaubagaimanapun, guru boleh mengubahsuaikan

    cadangan pengalaman pembelajaran jika perlu.

    Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat

    meningkatkan minat murid terhadap sains. Pelajaran sains yang

    tidak menarik akan membosankan murid dan seterusnya

    mempengaruhi pencapaian murid dalam sains. Penentuan kaedah

    pengajaran dan pembelajaran seharusnya berdasarkan kandungan

    kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian jenis kecerdasan murid

    serta sumber dan prasarana yang ada. Di samping berperanan

    sebagai penyampai pengetahuan dan pakar rujuk bidang

    pengajarannya, guru juga berperanan sebagai fasilitator dalam

    pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu prihatin terhadap

    kepelbagaian jenis kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan

    aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang mempunyai

    cara belajar dan kecerdasan yang berbeza.

    Berikut diberi penerangan ringkas tentang beberapa kaedah

    pengajaran dan pembelajaran.

    Eksperimen

    Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan

    dalam pembelajaran sains. Murid menguji hipotesis melalui

    penyiasatan untuk menemui konsep dan prinsip sains tertentu

    secara saintifik. Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran

    berfikir, kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif.

    Lazimnya, langkah yang diikuti secara eksperimen adalah seperti

    berikut:

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    16

    Mengenal pasti masalah

    Membuat hipotesis

    Merancang eksperimen

    - Mengawal pembolehubah

    - Menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan

    - Menentukan langkah menjalankan eksperimen, kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data

    Menjalankan eksperimen

    Mengumpulkan data

    Menganalisis data

    Mentafsirkan data

    Membuat kesimpulan

    Membuat pelaporan

    Dalam kurikulum ini, adalah dicadangkan selain daripada

    eksperimen yang dibimbing oleh guru, murid diberi peluang

    merekabentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara

    eksperimen yang berkenaan, data yang boleh diukur dan bagaimana

    menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil

    eksperimen mereka.

    Perbincangan

    Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat

    berlandaskan alasan yang sahih. Perbincangan perlu dijalankan

    sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti. Guru bertindak

    sebagai fasilitator dan mengetuai perbincangan dengan bertanyakan

    soalan yang merangsang murid untuk mempamer kebolehan diri.

    Simulasi

    Aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya. Contoh

    simulasi yang utama ialah main peranan, permainan dan

    penggunaan model. Dalam main peranan, murid melakonkan

    sesuatu peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang

    telah ditentukan. Permainan pula mempunyai peraturan yang harus

    dipatuhi. Murid bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun

    untuk memahami proses untuk membuat keputusan. Model boleh

    digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid dapat

    membayangkan situasi tersebut dan seterusnya memahami konsep

    dan prinsip yang dipelajari.

    Projek

    Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk

    mencapai sesuatu tujuan tertentu. Projek mengambil masa yang

    panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal untuk

    dilengkapkan. Hasil projek dalam bentuk laporan, artifak atau lain-

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    17

    lain perlu dibentangkan kepada guru dan murid lain. Kerja projek

    menggalakkan perkembangan kemahiran penyelesaian masalah,

    kemahiran pengurusan masa dan pembelajaran kendiri.

    Lawatan dan Penggunaan Sumber Luar

    Pembelajaran sains tidak hanya terhad di sekolah sahaja.

    Pembelajaran sains boleh melalui lawatan ke tempat seperti zoo,

    muzium, pusat sains, institut penyelidikan, paya bakau dan kilang.

    Lawatan ke tempat-tempat sedemikian boleh menjadikan

    pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Untuk

    mengoptimakan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang

    secara rapi. Murid perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan

    tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu

    diadakan.

    Penggunaan Teknologi

    Teknologi merupakan alat yang amat berkesan dan mempunyai

    potensi yang tinggi untuk meningkatkan minat dalam pembelajaran

    sains. Melalui penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, video,

    komputer dan internet, pengajaran dan pembelajaran sains boleh

    menjadi lebih menarik dan berkesan. Simulasi dan animasi

    berkomputer merupakan alat yang berkesan untuk menjelaskan

    pengajaran dan pembelajaran yang abstrak atau konsep sains yang

    sukar.

    Simulasi dan animasi berkomputer juga boleh dipersembahkan

    dalam bentuk perisian atau melalui laman web. Perkakasan aplikasi

    seperti word processers, perisian persembahan grafik dan

    hamparan elektronik adalah merupakan satu alat yang bernilai untuk

    menganalisis dan mempersembahkan data.

    Penggunaan teknologi lain seperti data loggers dan antara muka

    berkomputer dalam eksperimen dan projek dapat membantu

    pengajaran dan pembelajaran sains berkesan.

    ORGANISASI KURIKULUM SAINS

    Kurikulum sains ini disusun atur mengikut beberapa tema. Setiap

    tema mengandungi beberapa Bidang Pembelajaran (BP), setiap BP

    mempunyai beberapa Objektif Pembelajaran (OP) dan setiap OP

    mempunyai satu atau lebih Hasil Pembelajaran (HP).

    HP umum ditulis mengikut peringkat dalam domain kognitif dan

    afektif. Peringkat dalam domain kognitif adalah mengetahui,

    memahami, mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai.

    Peringkat dalam domain afektif adalah menyedari, menghargai,

    menghayati, mengagumi, menyayangi, mensyukuri, mendalami dan

    mengamalkan. HP dalam domain afektif adalah tersirat dalam aktiviti

    pembelajaran yang dicadangkan. Penerapan sikap siantifik dan nilai

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    18

    murni perlu dijadikan teras dalam setiap aktiviti pembelajaran. Ini

    adalah untuk memastikan penerapan nilai dan sikap secara spontan

    dan semulajadi. HP dalam domain psikomotor adalah tersurat dalam

    aktiviti pembelajaran.

    HP ditulis dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh diukur. Secara

    am, HP dalam sesuatu OP disusun secara berurutan daripada

    mudah kepada yang lebih kompleks. Walaubagaimanapun, dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pembelajaran perlu

    dirancang dalam perlakuan holistik dan integrasi yang membolehkan

    pelbagai HP di capai mengikut keperluan dan konteks. Guru perlu

    menggunakan strategi pengajaran untuk cuba mencapai HP secara

    bersepadu mengikut susunan dalam spesifikasi kurikulum.

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran memberi cadangan pengalaman

    pembelajaran dan maklumat tentang skop dan kedalaman sesuatu

    hasil pembelajaran. Cadangan Aktiviti Pembelajaran diberi untuk

    membantu guru merancang aktiviti yang perlu dijalankan bagi

    mencapai HP yang berkaitan. Satu aktiviti mungkin dicadangkan

    untuk mencapai satu atau lebih hasil pembelajaran. Pada masa yang

    sama, lebih daripada satu aktiviti mungkin dicadangkan untuk satu

    hasil pembelajaran. Guru boleh mengubahsuai cadangan aktiviti ini

    sesuai dengan jenis kecerdasan, tahap kebolehan murid dan juga

    keadaan sekeliling mereka. Guru digalakkan merekabentuk aktiviti

    tambahan yang inovatif dan berkesan untuk meningkatkan mutu

    pengajaran dan pembelajaran sains.

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    19

    TEMA : UKURAN DAN DAYA

    BIDANG PEMBELAJARAN : 1. KUANTITI FIZIK

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    1.1 Memahami kuantiti asas dan kuantiti terbitan

    Membincangkan kuantiti asas dan kuantiti terbitan. Berdasarkan petikan yang diberi, kenalpasti kuantiti asas serta simbol dan unit SI. Membincangkan nilai imbuhan serta simbol. Menyelesaikan masalah yang melibatkan pertukaran unit, penggunaan bentuk piawai dan imbuhan.

    Murid boleh:

    menerangkan maksud kuantiti asas.

    menyatakan simbol bagi kuantiti asas.

    menerangkan maksud kuantiti terbitan.

    menyatakan simbol bagi kuantiti terbitan.

    menyenaraikan kuantiti asas serta unit SI.

    menyenaraikan kuantiti terbitan serta unit SI.

    menyatakan kuantiti menggunakan imbuhan.

    menyelesaikan masalah yang melibatkan pertukaran imbuhan.

    menyatakan kuantiti dengan menggunakan simbol saintifik.

    menyelesaikan masalah yang melibatkan pertukaran unit.

    Kuantiti asas adalah: panjang (l ),jisim (m ) masa (t ), suhu (T ) arus (I )

    Kuantiti terbitan yang dicadangkan adalah: daya (F) ketumpatan () isipadu (V ) halaju (v )

    Murid perlu diingatkan bahawa terdapat lain-lain kuantiti terbitan. Imbuhan yang dicadangan adalah: tera (T ) 1012

    giga (G) 109

    mega (M) 106

    kilo (k) 103

    centi (c) 10-2

    milli (m) 10-3

    micro () 10-6

    nano (n) 10-9

    pico (p) 10-12

    Kuantiti asas base quantity

    kuantiti terbitan derived quantity panjang length jisim mass suhu temperature arus current daya force ketumpatan density isipadu volume halaju velocity imbuhan prefix terbitan derived

    bentuk piawai standard form

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    20

    BIDANG PEMBELAJARAN : 1. KUANTITI FIZIK

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    1.2 Memahami kuantiti skalar dan kuantiti vektor

    Membincangkan maksud kuantiti skalar dan kuantiti vektor. Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan perbezaan antara kuantiti skalar dengan kuantiti vektor. Membincangkan dan menyelesaikan masalah yang melibatkan kuantiti skalar dan kuantiti vektor.

    Murid boleh:

    mendefinasikan kuantiti skalar.

    mendefinasikan kuantiti vektor.

    memberi contoh kuantiti skalar.

    memberi contoh kuantiti vektor.

    membandingkan kuantiti skalar dengan kuantiti vektor.

    menyelesaikan masalah yang melibatkan kuantiti skalar dan kuantiti vektor.

    Kuantiti skalar adalah: panjang jisim masa arus suhu Kuantiti vektor adalah: daya berat halaju pecutan

    1.3 Menyedari kepentingan menggunakan unit piawai dalam membuat pengukuran untuk perhubungan antarabangsa

    Membincangkan kepentingan menggunakan unit piawai dalam pengukuran untuk urusan perniagaan, pelancongan, pembinaan dan lain-lain. Membincangkan kepentingan menggunakan unit SI dalam sains dan teknologi.

    Murid boleh:

    menerangkan kepentingan unit pengukuran fizik dalam kehidupan harian.

    menerangkan kepentingan unit SI dalam sains dan teknologi.

    panjang length jisim mass masa time arus current suhu temperature daya force berat weight

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    21

    BIDANG PEMBELAJARAN : 2. PROSES PENGUKURAN

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    2.1 Memahami pengukuran

    Memilih peralatan yang sesuai untuk membuat pengukuran. Membincangkan teknik yang digunakan dalam:

    (a) angkup vernier dan tolok skru mikrometer untuk mengukur panjang.

    (b) jam randik untuk mengukur masa.

    (c) silinder penyukat, pipet, dan buret untuk menyukat isipadu.

    (d) termometer untuk menyukat suhu.

    Menggunakan teknik yang sesuai untuk mengurangkan ralat dalam pengukuran seperti mengulangi ukuran untuk mendapatkan purata serta menentukan ralat sifar. Menjalankan aktiviti untuk mengukur:

    (a) panjang (b) masa (c) isipadu (d) suhu

    Murid boleh:

    mengukur kuantiti fizik menggunakan alat yang sesuai.

    menggunakan teknik yang sesuai untuk mengurangkan ralat.

    mendefinasikan: (a) kepersisan (b) kejituan (c) kepekaan alat pengukur

    membandingkan dan membezakan kepersisan, kejituan dan kepekaan alat pengukur.

    mengenal pasti alat pengukur yang sesuai untuk mendapatkan ukuran yang jitu.

    Perlu tumpukan perhatian kepada kesan paralaks dan ralat sifar semasa mengukur. Membuat penyelarasan kepada bacaan angkup vernier dan tolok skru mikrometer untuk mengelakkan kesan paralaks dan menentukan ralat sifar. Permainan dart boleh digunakan sebagai analogi untuk menunjukkan konsep kejituan dan kepersisan.

    paralaks parallax ralat sifar zero error

    angkup vernier vernier callipers

    tolok skru mikrometer micrometer screw gauge

    kepersisan consistency kejituan accuracy kepekaan sensitivity

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    22

    BIDANG PEMBELAJARAN : 2. PROSES PENGUKURAN

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    Membincangkan kepersisan, kejituan dan kepekaan dengan menggunakan contoh-contoh. Menjalankan aktiviti untuk membandingkan hasil ukuran dari segi kepersisan, kejituan dan kepekaan alat pengukuran seperti angkup vernier, tolok skru mikrometer, silinder bersenggat, pipet dan buret.

    2.2 Memahami graf

    Meneliti keputusan suatu eksperimen dan menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:

    (a) menentukan pemboleh ubah pada paksi x dan y dan skala yang bersesuaian dengannya.

    (b) melukis garisan yang terbaik untuk graf.

    (c) mentafsirkan graf yang telah diplot.

    (d) membuat kesimpulan tentang perhubungan antara dua pembolehubah pada graf.

    Murid boleh:

    menentukan pemboleh ubah untuk paksi x dan y.

    menentukan pemboleh ubah yang dimanipulasi dan pemboleh ubah yang bergerakbalas daripada jadual untuk memplot graf.

    menentukan skala yang sesuai untuk paksi graf.

    melukis garisan yang terbaik untuk graf.

    mentafsirkan graf.

    membuat kesimpulan daripada graf.

    Graf terbaik adalah garisan yang dilukis melalui keseluruhan titik yang paling hampir. Graf garis lengkung mestilah dilukis licin atau dilukis dengan menggunakan perisian komputer yang sesuai.

    pemboleh ubah variable

    manipulasi manipulated perisian software

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    23

    BIDANG PEMBELAJARAN : 2. PROSES PENGUKURAN

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    2.3 Menghargai penciptaan alat pengukur yang digunakan dalam kehidupan harian

    Menjalankan simulasi untuk menunjukkan bagaimana keadaan hidup tanpa alat pengukur.

    Murid boleh:

    mempraktikkan kejituan, kepersisan dan kepekaan dalam pengukuran.

    mewajarkan kepentingan mempunyai alat pengukur yang piawai dalam kehidupan harian.

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    24

    TEMA : TENAGA DALAM KEHIDUPAN

    BIDANG PEMBELAJARAN : 3. TENAGA

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    3.1 Memahami tenaga

    Membincangkan maksud tenaga. Membincangkan tenaga kinetik dan tenaga keupayaan. Menyelesaikan masalah yang melibatkan tenaga kinetik dan tenaga keupayaan menggunakan rumusan berikut:

    (a) tenaga kinetik (KE) = mv2 (b) tenaga keupayaan (PE) = mgh

    di mana, m = jisim v = halaju g = pecutan disebabkan graviti h = ketinggian

    Murid boleh:

    menerangkan maksud tenaga

    menerangkan maksud tenaga kinetik.

    menerangkan maksud tenaga keupayaan.

    menyelesaikan masalah berkaitan dengan tenaga kinetik.

    menyelesaikan masalah berkaitan dengan tenaga keupayaan.

    Tenaga kinetik kinetic energy

    tenaga keupayaan potential energy mentakrifkan define

    pemboleh ubah variable

    3.2 Menganalisis perubahan bentuk tenaga

    Membincangkan perubahan bentuk tenaga dalam:

    (a) ayunan bandul (b) janakuasa hidroelektrik

    Menjalankan aktiviti untuk menyiasat prinsip keabadian tenaga dalam bandul ringkas. Menyelesaikan masalah melibatkan prinsip keabadian tenaga .

    Murid boleh:

    menerangkan dengan contoh perubahan bentuk tenaga.

    menyatakan prinsip keabadian tenaga.

    menerangkan dengan contoh prinsip keabadian tenaga.

    mengaplikasikan prinsip keabadian tenaga dalam penyelesaian masalah.

    Penggunaan simulasi komputer adalah digalakkan.

    ayunan oscillation bandul pendulum

    keabadian conservation

    jana kuasa hidroelektrik hydroelectric generator

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    25

    BIDANG PEMBELAJARAN : 3. TENAGA

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    3.3 Menyedari bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau di musnahkan tetapi boleh berubah daripada satu bentuk tenaga kepada bentuk tenaga yang lain.

    Mengendalikan forum untuk membincangkan kepentingan keabadian tenaga.

    Murid boleh:

    mewajarkan kepentingan keabadian tenaga.

    mewajarkan - justify

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    26

    BIDANG PEMBELAJARAN: 4. HABA

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    4.1 Memahami konsep haba dan suhu

    Mengumpul maklumat dan membincangkan konsep haba, suhu dan perhubungannya. Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan kewujudan keseimbangan terma. Membincangkan penggunaan keseimbangan terma dalam pengukuran suhu. Menjalankan aktiviti untuk mengukur suhu menggunakan:

    (a) termometer bebuli kaca. (b) termometer berperintang.

    Membincangkan prinsip kerja

    (a) termometer bebuli kaca (b) termometer berperintang

    Murid boleh:

    menerangkan konsep haba.

    menerangkan konsep suhu.

    Menyatakan hubungkaitk diantara haba dengan suhu.

    menyatakan unit-unit untuk haba dan suhu.

    menyatakan maksud keseimbangan terma.

    menerangkan kegunaan keseimbangan terma dalam mengukur suhu.

    menerangkan prinsip kerja termometer yang berlainan jenis.

    menggunakan termometer yang berlainan jenis untuk mengukur suhu.

    Unit-unit o C dan K diperkenalkan.

    keseimbangan equilibrium terma thermal suhu temperature perintang resistance

    4.2 Memahami Muatan Haba Tentu

    Memerhatikan demonstrasi peningkatan suhu untuk cecair yang berlainan tetapi kuantiti dan tempoh masanya yang sama. Bincang dan kaitkan pemerhatian dengan muatan haba.

    Murid boleh:

    menerangkan maksud muatan haba.

    menerangkan maksud muatan haba tentu (c)

    Muatan Haba bergantung kepada objek tertentu dimana, muatan haba tentu bergantung kepada bahannya.

    muatan haba - heat capacity

    muatan haba tentu - specific heat capacity menjana -generate

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    27

    BIDANG PEMBELAJARAN: 4. HABA

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    Mengumpulkan maklumat, berbincang dan membandingkan: (a) muatan haba (b) muatan haba tentu

    Merancang dan menjalankan aktiviti untuk menentukan kandungan muatan haba tentu; (a) pepejal (b) cecair

    Menjalankan eksperimen untuk menyiasat bagaimana faktor berikut mempengaruhi suhu bahan (air) apabila dipanaskan. (a) jisim bahan (b) kandungan haba dibekalkan

    Menjalankan aktiviti perbincangan mengenai faktor yang mempengaruhi kenaikan suhu bahan apabila dipanaskan. Menyiasat hubungan antara kuantiti haba (Q), haba pendam tentu (c), jisim (m) dan perubahan suhu () menggunakan simulasi komputer.

    Menjalankan aktiviti untuk menentukan muatan haba tentu bagi bahan;

    (a) pepejal (contoh : aluminium) (b) cecair (contoh : air).

    menerangkan faktor yang mempengaruhi kenaikan suhu bahan apabila dipanaskan.

    menyatakan hubungan antara kuantiti haba (Q), haba pendam tentu (c), jisim (m) dan perubahan suhu ()

    menentukan haba pendam tentu pepejal

    menentukan haba pendam tentu cecair (air)

    menerangkan kegunaan haba pendam tentu dalam kehidupan harian berserta contohnya.

    Formula: i. Q = mc ii. Q = E = Pt diperkenalkan.

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    28

    BIDANG PEMBELAJARAN: 4. HABA

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    Mengumpulkan maklumat dari majalah, suratkhabar dan internet serta membincangkan penggunaan haba pendam tentu dalam kehidupan harian.

    4.3 Memahami haba pendam

    Membincangkan:

    (a) haba pendam (b) haba pendam tentu

    Menonton simulasi komputer atau video untuk memahami proses peleburan, pembekuan, pendidihan dan kondensasi sebagai proses perubahan tenaga tanpa perubahan suhu. Menjalankan aktiviti untuk menyiasat perubahan bentuk bahan ketika pemanasan dan memplotkan graf suhu-masa. Tafsir graf dalam konteks teori kinetik jirim. Merancang dan menjalankan aktiviti untuk mengenalpasti haba pendam tentu;

    (a) pelakuran (b) pengewapan

    Murid boleh:

    menerangkan maksud haba pendam (L)

    menerangkan maksud haba pendam tentu (L).

    Membuat hubungan haba pendam tentu dengan tenaga haba dan jisim

    L = Q m

    menerangkan proses : (a) peleburan /

    pemejalwapan atau (b) pendidihan / kondensasi

    dalam konteks teori kinetik jirim.

    menyatakan maksud haba pendam tentu pelakuran

    menyatakan maksud haba pendam tentu pengewapan.

    menentukankan haba pendam tentu pelakuran

    Formula: Q = mL diperkenalkan

    haba pendam - latent heat peleburan - melting pemejalan - solidification pendidihan - boiling

    kondensasi - condensation

    teori kinetik - kinetic theory haba pendam tentu - specific latent heat pengewapan -vapourisation pelakuran - fusion

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    29

    BIDANG PEMBELAJARAN: 4. HABA

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    Menyelesaikan masalah melibatkan haba pendam tentu

    menentukan haba pendam tentu pengewapan

    menyelesaikan masalah pengiraan melibatkan haba pendam tentu

    4.4 Sentiasa sedar tentang kewujudan bahan dengan kandungan haba yang berlainan dapat memberi faedah kepada manusia.

    Membincangkan pelbagai bahan dengan kandungan haba berlainan serta keperluan kepada manusia

    Murid boleh:

    menerangkan keperluan bahan dengan kandungan haba yang berlainan dalam kehidupan seharian

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    30

    BIDANG PEMBELAJARAN: 5.ELEKTRIK

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    5.1 Menganalisis hubungan antara pengaliran arus elektrik dengan tenaga elektrik

    Membincangkan konsep arus elektrik dengan kadar pengaliran cas. Membincangkan hubungan antara arus elektrik dengan casnya untuk melengkapkan formula Q = It. Membincangkan hubungan antara aliran arus dan tenaga elektrik untuk melengkapkan formula E = QV. Menyelesaikan masalah melibatkan cas (Q), arus elektrik (I), masa (t), voltan (V) dan tenaga

    elektrik (E).

    Murid boleh:

    menerangkan konsep pengaliran arus elektrik

    menghubungkan arus eletrik dengan pengaliran cas elektrik

    menghubungkan tenaga elektrik dengan pengaliran cas-cas elektrik

    menyelesaikan masalah yang melibatkan arus elektrik dan tenaga elektrik

    Q = It dan E=QV

    diperkenalkan.

    Cas - Charge voltan - voltage

    5.2 Memahami daya gerak elektrik (d.g.e) dan rintangan dalam (r)

    Membincangkan: (a)konsep daya gerak elektrik

    (d.g.e) (b)konsep rintangan dalam (c) hubungan antara daya

    elektromotif (d.g.e) dan tenaga tersimpan dalam bateri

    Melukis graf beza keupayaan elektrik melawan arus elektrik untuk mendapatkan hubungan antara daya gerak elektrik (E ), beza keupayaan(V), arus elektrik (I) dan rintangan dalam (r).

    Murid boleh:

    menerangkan konsep daya gerak elektrik

    menghubungkan daya gerak elektrik dengan tenaga tersimpan dalam bateri

    menerangkan maksud rintangan dalam

    menghubungkan daya gerak elektrik, beza keupayaan dan rintangan dalam

    Rumus E = V + Ir

    diperkenalkan

    rintangan dalam - internal resistance

    daya gerak elektrik - electromotive force

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    31

    BIDANG PEMBELAJARAN: 5.ELEKTRIK

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    5.3 Menganalisis arus ulangalik (a.u.)

    Membincangkan maksud arus ulangalik (a.u.) Memerhati dan menyiasat paparan skrin osiloskop yang dihasilkan oleh penjana arus ulangalik. Membincangkan voltan puncak (V0), arus puncak (I 0), jangka masa dan frekuensi (f ) arus

    ulangalik. Membincangkan konsep punca min kuasa dua, Vpmkd. Membincangkan hubungan antara Vpmkd dan Pmin Menyelesaikan masalah menggunakan rumus: P = IV = V2 /R P Min = Vpmkd

    2 / R dan E = Pmin t

    Murid boleh:

    menerangkan maksud arus ulangalik

    menyatakan voltan puncak, arus puncak, jangkamasa dan frekuensi arus ulangalik

    menerangkan voltan puncak, arus puncak, jangkamasa dan frekuensi arus ulangalik

    menghubungkan konsep punca min kuasa dua Vpmkd dengan min kuasa, Pmin

    menyelesaikan masalah tenaga yang dihasilkan oleh arus ulangalik

    Rumus Vpmkd = Vo 2 diperkenalkan.

    arus ulangalik - alternating current

    voltan puncak - peak voltage arus puncak - peak current tempoh - period

    Penjana - generator

    punca min kuasa dua - root mean square kuasa - power

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    32

    BIDANG PEMBELAJARAN: 5.ELEKTRIK

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    5.4 Menyedari kepentingan keseimbangan antara faedah ekonomi dan tanggungjawab sosial terhadap penjanaan tenaga elektrik

    Mendapatkan maklumat dari video, internet dan majalah mengenai faedah penjanaan tenaga elektrik dari segi ekonomi dan kesan negatifnya. Persembahkan maklumat yang diperolehi. Bahaskan kepentingan dalam keseimbangan antara faedah ekonomi dan tanggungjawab sosial dalam penjanaan tenaga elektrik.

    Murid boleh:

    mengenalpasti faedah ekonomi penjanaan tenaga elektrik

    mengenalpasti kesan negatif penjanaan tenaga elektrik kepada sosial dan persekitaran

    mewajarkan keperluan menseimbangkan faedah ekonomi dan tanggungjawab sosial.

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    33

    BIDANG PEMBELAJARAN : 6. SUMBER TENAGA

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    6.1 Memahami penghasilan tenaga nuklear

    Menonton video atau simulasi komputer dan bincang mengenai:

    (a) pembelahan nukleus dan penjanaan tenaga.

    (b) pelakuran nukleus dan penjanaan tenaga.

    (c) Tindak balas berantai.

    Menjalankan perbincangan untuk membanding dan membezakan pembelahan nukleus dan pelakuran nukleus. Membincangkan :

    (a) struktur dan prinsip pengoperasian reaktor nuklear.

    (b) penjanaan tenaga di dalam reaktor nuklear.

    (c) ciri-ciri keselamatan di dalam reaktor nuklear.

    (d) kaedah selamat untuk melupus sisa nuklear.

    Murid boleh:

    menerangkan konsep pembelahan nukleus.

    menerangkan tindak balas berantai.

    menerangkan konsep pelakuran nukleus.

    membanding dan membezakan pembelahan nukleus dan pelakuran nukleus.

    memerihalkan struktur reaktor nuklear.

    menerangkan prinsip pengoperasian reaktor nuklear.

    menyatakan ciri-ciri keselamatan di dalam reaktor nuklear.

    menyenaraikan kaedah selamat untuk pelupusan sisa nuklear.

    pembelahan nukleus - nuclear fission

    pelakuran nukleus - nuclear fusion

    Tindak balas rantai - chain reaction

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    34

    BIDANG PEMBELAJARAN : 6. SUMBER TENAGA

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    6.2 Memahami penggunaan tenaga solar

    Menjalankan aktiviti untuk membincangkan

    (a) kaedah memanfaatkan tenaga solar.

    (b) prinsip pengoperasian sel solar.

    Menjalankan aktiviti untuk mengetahui bagaimana faktor-faktor berikut mempengaruhi kecekapan memanfaatkan dan memindahkan tenaga solar:

    (a) saiz sel solar. (b) jenis bahan yang

    digunakan untuk membina sel solar.

    (c) keamatan cahaya. (d) suhu.

    Mengumpul maklumat tentang kegunaan tenaga solar dan kebaikannya. Menjalankan projek memanfaatkan tenaga solar untuk menyelesaikan masalah harian.

    Murid boleh:

    menerangkan kaedah memanfaatkan tenaga solar.

    menerangkan prinsip pengoperasian sel solar.

    menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi hasil pengeluaran sel solar.

    menerangkan kegunaan tenaga solar.

    menerangkan kelebihan menggunakan tenaga solar.

    menyelesaikan masalah harian dengan menggunakan tenaga solar.

    memanfaatkan harnessing

    tenaga solar solar energy

    keamatan cahaya light intensity

    sel solar solar cell

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    35

    BIDANG PEMBELAJARAN : 6. SUMBER TENAGA

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    6.3 Menganalisis sumber tenaga yang boleh diperbaharui

    Membincangkan sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Mengumpul dan mentafsirkan data tentang pelbagai cara memanfaatkan tenaga yang boleh diperbaharui daripada sumber-sumber berikut: biojisim, angin, ombak dan aktiviti geoterma. Membincangkan kelebihan tenaga yang boleh diperbaharui daripada aspek:

    (a) ekonomi. (b) sosial. (c) alam sekitar.

    Mengumpul dan mentafsirkan data tentang pelbagai cara untuk meningkatkan kecekapan tenaga yang digunakan. Menjalankan projek untuk membina alat yang berfungsi bagi memanfaatkan tenaga yang boleh diperbaharui.

    Murid boleh:

    menyenaraikan sumber tenaga yang boleh diperbaharui.

    menerangkan bagaimana tenaga yang boleh diperbaharui boleh dimanfaatkan.

    menerangkan kepentingan meneroka sumber tenaga yang boleh diperbaharui.

    menyatakan pelbagai cara meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga

    merekacipta peralatan ringkas untuk memanfaatkan tenaga yang boleh diperbaharui.

    tenaga yang boleh diperbaharui renewable energy biojisim biomass ombak waves geoterma geothermal kelebihan advantage kekurangan disadvantage kesan sosial social impact

    kecekapan kos cost efficiency

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    36

    BIDANG PEMBELAJARAN : 6. SUMBER TENAGA

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    6.4 Bersyukur dengan kehadiran pelbagai sumber tenaga yang boleh diperbaharui

    Menyediakan folio tentang usaha-usaha yang dijalankan untuk meneroka sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Menjalankan kempen tentang kecekapan penggunaan sumber-sumber tenaga. Mengamalkan penggunaan tenaga secara cekap di rumah atau di sekolah.

    Murid boleh:

    menjalankan pengauditan tenaga.

    mengamalkan penggunaan tenaga secara cekap.

    bersyukur grateful

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    37

    TEMA : JIRIM DALAM ALAM SEMULAJADI BIDANG PEMBELAJARAN : 7. JADUAL BERKALA

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    7.1 Memahami Jadual Berkala

    Di atas satu salinan Jadual Berkala, tunjukkan dan labelkan tujuh kumpulan berikut : (a) gas adi (b) halogen (c) logam alkali (d) logam alkali bumi (e) logam peralihan (f) aktinida (g) lantanida Menggunakan Jadual Berkala untuk menunjukkan konfigurasi elektron bagi unsur-unsur dengan nombor proton 1 hingga 20. Membincangkan kewujudan dan pengelasan unsur semulajadi dan unsur yang dihasilkan secara sintetik dalam Jadual Berkala.

    Menjalankan aktiviti untuk menentukan kedudukan unsur-unsur yang tidak diketahui dalam Jadual Berkala berdasarkan kepada :

    (a) nombor proton (b) konfigurasi elektron.

    Murid boleh:

    membincangkan perkembangan penyusunan unsur-unsur dalam Jadual Berkala.

    menulis konfigurasi elektron bagi unsur-unsur dengan nombor proton 1 hingga 20.

    menyatakan prinsip asas bagi penyusunan unsur-unsur dalam Jadual Berkala.

    mengelaskan unsur-unsur berdasarkan konfigurasi elektron.

    menentukan kedudukan unsur-unsur yang tidak diketahui dalam Jadual Berkala berdasarkan kepada nombor proton.

    Konfigurasi elektron juga dikenali sebagai susunan elektron.

    Jadual Berkala - Periodic Table

    jisim atom - atomic mass

    sintetik - synthetically

    sifat keradioaktifan -radioactive characteristics

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    38

    BIDANG PEMBELAJARAN : 7. JADUAL BERKALA

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    7.2 Memahami unsur Kumpulan 1

    Mengumpul dan mentafsir data untuk menyiasat sifat-sifat fizik bagi unsur litium, natrium dan kalium dari segi :

    (a) kekerasan (b) ketumpatan (c) takat lebur.

    Menjalankan aktiviti untuk menyiasat tindak balas litium, natrium dan kalium dengan air. Membincangkan sifat fizik dan sifat kimia unsur-unsur lain dalam Kumpulan 1. Membincangkan kedudukan hidrogen dalam Jadual Berkala berdasarkan :

    (a) konfigurasi elektron (b) sifat fizik (c) sifat kimia.

    Murid boleh:

    menyenaraikan semua unsur dalam Kumpulan 1.

    menyenaraikan sifat fizik bagi litium, natrium dan kalium.

    menyenaraikan sifat kimia bagi litium, natrium dan kalium.

    menerangkan perubahan sifat fizik dari unsur litium ke kalium.

    membuat kesimpulan tentang perubahan kereaktifan unsur-unsur Kumpulan 1.

    meramalkan sifat fizik unsur-unsur lain Kumpulan 1.

    meramalkan sifat kimia unsur-unsur lain Kumpulan 1.

    menyatakan kedudukan hidrogen dalam Jadual Berkala.

    Menjalankan aktiviti menggunakan litium, natrium dan kalium atau demonstrasi oleh guru.

    kekerasan hardness ketumpatan density takat lebur - melting point

    kebuk wasap - fume chamber

    sifat fizik - physical properties

    sifat kimia - chemical properties

    7.3 Memahami unsur Kumpulan 17

    Mengumpulkan maklumat untuk menyiasat sifat-sifat fizik klorin, bromin dan iodin dari segi:

    (a) keadaan fizik (b) warna (c) ketumpatan (d) takat didih.

    Murid boleh:

    menyenaraikan semua unsur bagi Kumpulan 17.

    menyenaraikan sifat fizik unsur klorin, bromin dan iodin.

    Peringatan :

    Aktiviti ini mesti dijalankan dengan mengambil kira langkah-langkah keselamatan.

    keadaan fizik - physical state

    warna - colour

    ketumpatan - density takat didih - boiling point

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    39

    BIDANG PEMBELAJARAN : 7. JADUAL BERKALA

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    Membincangkan sifat kimia klorin, bromin dan iodin. Menjalankan aktiviti untuk menyiasat tindak balas klorin dan iodin dengan :

    (a) air (b) logam (c) natrium hidroksida

    Membincangkan sifat fizik dan sifat kimia bagi unsur-unsur lain dalam Kumpulan 17.

    menerangkan perubahan sifat fizik bagi unsur klorin, bromin dan iodin.

    menyenaraikan sifat-sifat kimia klorin, bromin dan iodin.

    membuat kesimpulan tentang perubahan kereaktifan unsur Kumpulan 17.

    meramalkan sifat fizik unsur-unsur lain dalam Kumpulan 17.

    meramalkan sifat kimia unsur-unsur lain dalam Kumpulan 17.

    langkah keselamatan -safety procedure

    7.4 Memahami unsur Kumpulan 18.

    Mengumpul dan mentafsir data untuk menyiasat sifat-sifat fizik semua unsur berdasarkan : (a) ketumpatan (b) takat didih

    Mengumpulkan maklumat berdasarkan: (a) sifat ketidakreaktifan unsur-

    unsur Kumpulan 18 dari segi konfigurasi elektron

    (b) kegunaan unsur Kumpulan 18 seperti lampu floresen, lampu iklan dan bahan penyejuk.

    Murid boleh:

    menyenaraikan semua unsur Kumpulan 18.

    menyenaraikan sifat fizik unsur-unsur dalam Kumpulan 18.

    menerangkan perubahan sifat fizik unsur Kumpulan 18.

    menyatakan ciri-ciri lengai unsur Kumpulan 18.

    menghubungkait konfigurasi elektron dengan ciri-ciri lengai unsur Kumpulan 18.

    menerangkan kegunaan unsur Kumpulan 18 dalam kehidupan harian.

    sifat ketidakreaktifan - unreactive characteristic

    lampu floresen - fluorescent lamps lampu iklan - advertisement lights bahan penyejuk - cooling substances

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    40

    BIDANG PEMBELAJARAN : 7. JADUAL BERKALA

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    7.5 Memahami unsur Kala 3

    Mengkaji Jadual Berkala untuk menyiasat sifat unsur dalam Kala 3 dari segi :

    (a) bilangan proton (b) saiz atom (c) sifat fizik

    Menjalankan aktiviti untuk menyiasat sifat magnesium, silikon dan sulfur dari segi :

    (a) sifat fizik (b) keasidan dan kebesan

    oksida dengan menjalankan tindakbalas;

    - magnesium oksida (MgO), silikon dioksida (SiO2) dan sulfur dioksida (SO2) dengan air.

    - Seterusnya menguji hasil tindakbalas bahan-bahan di atas dengan menggunakan penunjuk umum.

    Mengumpulkan maklumat tentang kegunaan silikon dan metaloid (separuh logam) yang lain dalam kehidupan harian.

    Murid boleh:

    menyatakan semua unsur Kala 3.

    menerangkan perubahan sifat unsur Kala 3 dari natrium ke argon.

    menerangkan melalui contoh kegunaan metaloid dalam kehidupan harian.

    sifat kelogaman - metallic characteristic keasidan - acidity

    kebesan - basicity metaloid metalloid separuh logam semi-metal

    kala - period

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    41

    BIDANG PEMBELAJARAN : 7. JADUAL BERKALA

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    7.6 Memahami unsur peralihan dalam Kala 4

    Membincangkan maksud unsur peralihan. Menyediakan Jadual Berkala dan menentukan kedudukan unsur logam peralihan. Mengumpul dan mentafsir data bagi mengkaji sifat fizik unsur logam peralihan dari segi :

    (a) ketumpatan (b) takat lebur (c) warna.

    Mengumpul dan mentafsir data mengenai kegunaan unsur logam peralihan dalam kehidupan harian seperti:

    (a) batu permata (b) konduktor (c) barangan perhiasan.

    Murid boleh:

    menyatakan makna unsur peralihan.

    menentukan kedudukan unsur logam peralihan dalam Kala 4.

    menyenaraikan unsur logam peralihan dalam Kala 4.

    memerihalkan sifat fizik unsur logam peralihan dalam Kala 4.

    menyatakan kegunaan unsur logam peralihan dalam kehidupan harian.

    unsur peralihan - transition element

    batu permata - precious stone

    7.7 Menghargai kewujudan unsur dan sebatian

    Menjalankan projek untuk mengumpul maklumat dan spesimen sebatian. Membincangkan kepentingan menggunakan akal fikiran kita dalam usaha untuk mendapatkan faedah yang maksima daripada unsur yang ditemui secara semulajadi.

    Murid boleh:

    mewajarkan kepentingan menggunakan akal fikiran kita untuk mendapatkan faedah yang maksima daripada unsur yang ditemui secara semulajadi.

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    42

    BIDANG PEMBELAJARAN: 8. IKATAN KIMIA

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    8.1 Memahami kestabilan unsur dari segi konfigurasi elektron.

    Menulis dan melukis konfigurasi elektron duplet dan oktet untuk gas adi seperti helium, neon dan argon. Membincangkan kestabilan unsur berdasarkan konfigurasi elektron duplet dan oktet. Membincangkan hubungan antara konfigurasi elektron dengan kestabilan gas adi. Membuat perbandingan bagaimana unsur lain mencapai kestabilan melalui :

    (a) perkongsian elektron (b) pendermaan dan

    penerimaan elektron.

    Murid boleh:

    menerangkan konfigurasi elektron duplet bagi gas adi.

    menerangkan konfigurasi elektron oktet bagi gas adi.

    menerangkan makna unsur yang stabil.

    menghubungkait kestabilan bagi gas adi dengan konfigurasi elektronnya.

    menerang dengan menggunakan contoh-contoh bagaimana unsur-unsur lain mencapai kestabilan.

    Gas adi juga dikenali sebagai gas lengai. Konfigurasi elektron juga dikenali sebagai susunan elektron.

    kestabilan - stability pendermaan - donating

    penerimaan - receiving

    gas adi / lengai - noble gas/ inert

    8.2 Memahami pembentukan ikatan ion.

    Melukis dan membincangkan pembentukan ion melalui :

    (a) pendermaan elektron (b) penerimaan elektron.

    Membincangkan daya tarikan elektrostatik antara ion dalam sebatian ion.

    Murid boleh:

    menerangkan pembentukan ion positif.

    menerangkan pembentukan ion negatif.

    melukis konfigurasi elektron bagi ion positif.

    Unsur yang membentuk ion positif adalah logam dan yang membentuk ion negatif adalah bukan logam.

    pembentukan - formation

    daya elekrostatik - electrostatic force kekonduksian elektrik - electrical conductivity ikatan ion - ionic bond

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    43

    BIDANG PEMBELAJARAN: 8. IKATAN KIMIA

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    Membincangkan pembentukan sebatian ion dengan valensi 1 dan 2 dalam rajah titik silang. Menjalankan eksperimen untuk mengkaji sifat sebatian ion dari segi :

    (a) kekonduksian elektrik (b) takat lebur (c) keterlarutan dalam air.

    melukis konfigurasi elektron bagi ion positif.

    menerangkan pembentukan ikatan ion.

    membuat kesimpulan umum bagi ciri-ciri sebatian ion.

    keterlarutan dalam air - solubility in water

    rajah titik silang - dot and cross diagram

    8.3 Memahami pembentukan sebatian kovalen.

    Membincangkan pembentukan sebatian kovalen melalui perkongsian elektron dalam rajah titik silang. Menjalankan aktiviti untuk mengkaji sifat sebatian kovalen dari segi :

    (a) kekonduksian elektrik (b) takat lebur (c) keterlarutan dalam air

    Murid boleh:

    menerangkan pembentukan ikatan kovalen.

    melukis konfigurasi elektron bagi sebatian kovalen.

    menerangkan pembentukan sebatian kovalen.

    membuat kesimpulan umum bagi ciri-ciri sebatian kovalen.

    ikatan kovalen - covalent bond

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    44

    BIDANG PEMBELAJARAN : 9. KONSEP MOL

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    9.1 Memahami jisim atom relatif dan jisim molekul relatif.

    Membincangkan :

    (a) konsep jisim atom relatif (b) konsep jisim molekul realtif

    Mengumpul dan mentafsir data bagi penentuan jisim atom relatif dan jisim molekul relatif. Membincangkan jisim molekul relatif adalah hasil tambah jisim atom relatif bagi setiap atom di dalam sesuatu molekul atau sebatian. Menghitung jisim molekul relatif suatu bahan molekul ringkas dan sebatian ringkas dari formula kimia molekul atau sebatian.

    Murid boleh:

    menerangkan konsep jisim atom relatif.

    menerangkan konsep jisim molekul relatif.

    menghubungkaitkan jisim molekul relatif dengan jisim atom relatif bagi molekul.

    menghubungkaitkan jisim molekul relatif dengan jisim atom relatif bagi sebatian.

    menghitung jisim molekul relatif bagi bahan molekul ringkas.

    menghitung jisim molekul relatif bagi sebatian ringkas.

    Formula kimia molekul atau sebatian diberikan.

    jisim atom relatif - relative atomic mass

    jisim molekul relatif - relative molecular mass

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    45

    BIDANG PEMBELAJARAN : 9. KONSEP MOL

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    9.2 Memahami hubungan antara bilangan mol dengan bilangan atom atau molekul.

    Mengumpul dan mentafsir data untuk membincangkan maksud mol. i. Bilangan mol atom = jisim atom jisim atom relatif ii. Bilangan mol molekul = jisim molekul jisim molekul relatif iii. Bilangan atom = bilangan x nombor mol atom Avogadro iv. Bilangan molekul = bilangan x nombor mol molekul Avogadro

    Membandingkan kuantiti bahan-bahan berbeza menggunakan unit khusus seperti berikut :

    Bahan Unit Kuantiti

    Kasut Pasang 2

    Telur Dozen 12

    Pin Gross 144

    Kertas Rim 480

    12 g Karbon Mol 6.02 X 1023

    16 g Oksigen

    Mol 6.02 X 1023

    Murid boleh:

    menerangkan maksud mol.

    menghubungkaitkan bilangan mol atom dengan jisim atom dan jisim atom relatif.

    menghubungkaitkan bilangan mol molekul dengan jisim molekul dan jisim molekul relatif.

    menyatakan maksud Pemalar Avogadro (NA).

    menghubungkaitkan bilangan mol dan bilangan atom dengan Pemalar Avogadro (NA).

    menghubungkaitkan bilangan mol dengan bilangan molekul.

    menyelesaikan masalah yang melibatkan bilangan mol.

    Pemalar Avogadro (NA) = 6.02 x 10

    23 diperkenalkan.

    jisim atom - atomic mass jisim molekul - molecular mass

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    46

    BIDANG PEMBELAJARAN : 9. KONSEP MOL

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    9.3 Memahami konsep mol dalam persamaan kimia.

    Menulis persamaan kimia seimbang yang ringkas dan menggunakan konsep mol untuk menseimbangkan persamaan kimia berikut :

    (a) peneutralan antara asid hidroklorik dengan natrium hidroksida.

    (b) pembentukan kuprum(II) sulfat melalui tindakbalas antara kuprum(II) oksida dengan asid sulfurik.

    (c) pembakaran pita magnesium dalam udara.

    (d) tindakbalas antara logam natrium dengan air.

    Menyelesaikan masalah berkaitan konsep mol.

    Murid boleh:

    menulis persamaan kimia seimbang bagi tindakbalas kimia ringkas.

    menerangkan dengan contoh penggunaan konsep mol dalam menseimbangkan persamaan kimia.

    membina formula kimia berdasarkan konsep mol.

    menyelesaikan masalah berkaitan konsep mol berdasarkan persamaan kimia seimbang bagi tindakbalas kimia ringkas.

    persamaan kimia - chemical equations

    peneutralan - neutralisation pita magnesium - magnesium ribbon

    9.4 Menghargai pengenalan konsep mol untuk memahami dan menyelesaikan masalah melibatkan tindakbalas kimia.

    Mengumpul dan mentafsir data terhadap sumbangan ahli sains dalam kajian konsep mol. Mengadakan perbincangan tentang penggunaan konsep mol untuk mengira jumlah bilangan zarah.

    Murid boleh:

    membandingkan keseimbangan alam dengan keseimbangan tindakbalas kimia.

    menerima konsep mol sebagai satu unit untuk menghitung jumlah bilangan zarah

    sumbangan - contribution

    keseimbangan alam - balance of nature

  • SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TAMBAHAN TINGKATAN 4

    47

    TEMA : PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP.

    BIDANG PEMBELAJARAN : 10. SISTEM RESPIRASI

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Has