soalan pisa dan timss

3
Mata Pelajaran Matematik Kategori Model (PISA)* Konstruk Aplikasi Aras Sederhana Jenis Soalan Subjektif Tingkatan Satu Bidang Integer Tajuk Nombor Berarah Objektif Pembelajaran Melaksanakan operasi keatas nombor bulat dan perpuluhan Hasil Pembelajaran 1. Menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor bulat dan perpuluhan. Pengetahuan Sedia Ada Melakukan pengiraan yang melibatkan semua operasi nombor bulat dan perpuluhan. Catatan Soalan 1: Australia sedang dilanda gelombang panas yang melampau. Suhu hariannya boleh melebihi 40 ̊C. Perubahan suhu yang mendadak menyebabkan penggunaan elektrik yang sangat tinggi dan telah menyebabkan bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan. Thomas berada di Australia untuk menghadiri satu taklimat HOTS, suhu luar pada hari tersebut pada suhu 44 ̊ C. Thomas masuk ke dalam bilik dan menghidupkan penghawa dingin pada pukul 1.00 petang. Suhu bilik turun 2 ̊ C setiap lima minit. Selepas setengah jam, kawan Thomas masuk ke bilik tersebut. Berapa lama kawan Thomas perlu menunggu supaya suhu dalam bilik tersebut berada pada suhu 20 ̊ C. Cadangan Penyelesaian: Penurunan suhu bilik selepas 30 minit

Upload: hazri-mohd-hamzah

Post on 25-Dec-2015

26 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

timms pisa

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Pisa Dan Timss

Mata Pelajaran Matematik

Kategori Model (PISA)*

Konstruk Aplikasi

Aras Sederhana

Jenis Soalan Subjektif

Tingkatan Satu

Bidang Integer

Tajuk Nombor Berarah

Objektif Pembelajaran Melaksanakan operasi keatas nombor bulat dan perpuluhan

Hasil Pembelajaran 1. Menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor

bulat dan perpuluhan.

Pengetahuan Sedia Ada Melakukan pengiraan yang melibatkan semua operasi

nombor bulat dan perpuluhan.

Catatan

Soalan 1:Australia sedang dilanda gelombang panas yang melampau. Suhu hariannya boleh

melebihi 40 +C. Perubahan suhu yang mendadak menyebabkan penggunaan elektrik yang sangat tinggi dan telah menyebabkan bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan.

Thomas berada di Australia untuk menghadiri satu taklimat HOTS, suhu luar pada hari tersebut pada suhu 44 + C. Thomas masuk ke dalam bilik dan menghidupkan penghawa dingin pada pukul 1.00 petang. Suhu bilik turun 2 + C setiap lima minit. Selepas setengah jam, kawan Thomas masuk ke bilik tersebut. Berapa lama kawan Thomas perlu menunggu supaya suhu dalam bilik tersebut berada pada suhu 20 + C.

Cadangan Penyelesaian:Penurunan suhu bilik selepas 30 minit

= + C

= 12 + CSuhu bilik pada 1.30 petang= 44 + C – 12 + C= 32 + CPerubahan suhu= 32 + C – 20 + C= 12 + C

Page 2: Soalan Pisa Dan Timss

Tempoh masa yang perlu ditunggu= (12 + C ÷ 2 + C) × 5 minit= 30 minitKawan Thomas perlu tunggu selama 30 minit.

Mata Pelajaran Matematik

Kategori Model (TIMSS)*

Konstruk Aplikasi

Aras Sederhana

Jenis Soalan Subjektif

Tingkatan Satu

Bidang Nombor

Tajuk Nombor Bulat dan Perpuluhan

Objektif Pembelajaran Melaksanakan operasi keatas nombor bulat dan perpuluhan

Hasil Pembelajaran 2. Menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor

bulat dan perpuluhan.

Pengetahuan Sedia Ada Melakukan pengiraan yang melibatkan semua operasi

nombor bulat dan perpuluhan.

Catatan

Soalan TIMSS:1. Adila ingin membuat kek coklat sempena majlis harijadi anaknya yang ke-3 di rumah

mertuanya. Di rumah mertuanya hanya terdapat loyang kek yang berbentuk segiempat tepat dengan keluasan 600 cm². Jika dia memotong kek itu dengan keluasan setiap potongan 30 cm², berapa biji kek yang Adila perlu sediakan bagi memastikan 50 orang tetamunya dapat menikmati kek coklat yang dibuatnya.

Cadangan penyelesaian:

600 cm² ÷ 30 cm² = 20 potongan kek bagi satu kek

50 orang tetamu ÷ 20 potongan kek ≈ 2.5 biji kek

Bagi memastikan semua tetamu menikmati kek coklat yang dibuat oleh Adila, dia perlu menyediakan 3 biji kek.