buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

119
PANDUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Upload: wan-fazlan

Post on 25-May-2015

2.187 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

PANDUAN PENGURUSAN

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 2: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Cetakan 2012

© Hak Cipta Lembaga Peperiksaan

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pengarah Peperiksaan berhak mengubah mana-mana maklumat yang terkandung dalam buku Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Segala pertanyaan berkaitan dalam buku Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini hendaklah dirujuk kepada:

PENGARAH PEPERIKSAANLEMBAGA PEPERIKSAAN

MELALUI

PENGARAH PELAJARANJABATAN PELAJARAN NEGERI

Page 3: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

ii

KANDUNGAN

HALAMAN

AKRONIM vi

PRAKATA ix

BAB 1 DASAR DAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

1.0 Dasar Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

2

1.1 Punca Kuasa 2

1.2 Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah 4

1.3 Peraturan-Peraturan Am Pentaksiran Berasaskan Sekolah

9

1.4 Dokumen Rujukan 13

BAB 2 PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

2.0 Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah 16

2.1 Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah - Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia- Peringkat Negeri- Peringkat Daerah- Peringkat Sekolah

16

2.2 Jadual Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah 23

2.3 Penjaminan Kualiti- Pementoran- Penyelarasan- Pemantauan- Pengesanan

24

2.4 Pengurusan Evidens Pentaksiran Berasaskan Sekolah- Definisi Evidens- Evidens Pentaksiran Sekolah- Evidens Pentaksiran Pusat- Evidens Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan

Kokurikulum- Evidens Pentaksiran Psikometrik

39

Page 4: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

iii

BAB 3 PENTAKSIRAN SEKOLAH

3.0 Pentaksiran Sekolah 52

3.1 Mata Pelajaran Pentaksiran Sekolah Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah Rendah

53

3.2 Pentaksiran Rujukan Standard 55

3.3 Standard Prestasi 56

3.4 Kerangka Standard Prestasi 57

3.5 Penggunaan Standard Prestasi Dalam Pentaksiran Sekolah

59

3.6 Instrumen Pentaksiran- Jenis-jenis Instrumen- Prosedur Pembinaan Instrumen Pentaksiran

61

3.7 Kaedah Perekodan dan Pelaporan- Perekodan- Pelaporan

62

BAB 4 PENTAKSIRAN PUSAT

4.0 Pentaksiran Pusat 64

4.1 Objektif Pentaksiran Pusat 64

4.2 Mata Pelajaran Pentaksiran Pusat Peringkat Sekolah Rendah dan Peringkat Menengah Rendah

65

4.3 Prinsip Pentaksiran Pusat 67

4.4 Jenis Instrumen 68

4.5 Tugasan Pentaksiran Pusat 69

4.6 Pelaksanaan Pentaksiran Pusat 71

4.7 Peranan Pihak yang Terlibat 73

Page 5: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

iv

BAB 5 PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN

KOKURIKULUM

5.0 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

76

5.1 Komponen Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

76

5.2 Pentaksiran SEGAK 77

5.3 Pentaksiran BMI 78

5.4 Pentaksiran Sukan Dan Kokurikulum 79

5.5 Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum 81

5.6 Borang - Borang PAJSK 82

BAB 6 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

6.0 Pentaksiran Psikometrik 88

6.1 Komponen Pentaksiran Psikometrik 88

6.2 Ujian Aptitud Khusus 89

6.3 Ujian Personaliti 90

BAB 7 SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS)

7.0 Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

Page 6: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

v

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1 - Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1 Tahun 2011 : Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Mulai Tahun 2011 KP.LP.003.07.14 (3) Bertarikh 22 Febuari 2011

LAMPIRAN 2 - Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2011:Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) Mulai Tahun 2012 KP.LP.003.07.14 (2) Bertarikh 14 Febuari 2011

LAMPIRAN 3 - Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah Dan Menengah Rendah KP.LP.003.07.14.05 (1) Bertarikh 29 Julai 2011

LAMPIRAN 4 - Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 6 Tahun 2011: Penggunaan Buku Pengurusan Dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Rendah KP.LP.003.07.14.05 (3) Bertarikh 15 September 2011

Page 7: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

AKRONIM

ADD : Attention Deficit Disorder

ADHA : Attention Deficit Hyperactivity Disorder

BMI : Body Mass Index

BPK : Bahagian Pembangunan Kurikulum

BPKhas : Bahagian Pendidikan Khas

BPSH : Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

BTP : Bahagian Teknologi Pendidikan

DSP : Dokumen Standard Prestasi

FPK : Falsafah Pendidikan Kebangsaan

FPM : Fail Perkembangan Murid

FS : Fail Showcase

GKMP : Guru Kanan Mata Pelajaran

HEM : Hal Ehwal Murid

ICT : Informasi Komunikasi dan Teknologi

IPGM : Institusi Pendidikan Guru Malaysia

JERI : Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek

JK PBS : Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah

JNJK : Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

JPN : Jabatan Pelajaran Negeri

KSSR : Kurikulum Standard Sekolah Rendah

KBSM : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

vi

Page 8: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

KSSM : Kurikulum Standard Sekolah Menengah

KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia

LD : Learning Disabilities

LP : Lembaga Peperiksaan

OKU : Orang Kurang Upaya

P&P : Pengajaran dan Pembelajaran

PAJSK : Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurkulum

PBS : Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PIBG : Persatuan Ibu Bapa dan Guru

PK : Penjaminan Kualiti

PMR : Penilaian Menengah Rendah

PP : Pentaksiran Pusat

PPD : Pejabat Pelajaran Daerah

PPsi : Pentaksiran Psikometrik

PS : Pentaksiran Sekolah

SABK : Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

SEGAK : Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan

SMAN : Sekolah Menengah Agama Negeri

SMAR : Sekolah Menengah Agama Rakyat

SPP : Sektor Penilaian dan Peperiksaan

SPPBS : Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

SPPK : Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan

Vii

Page 9: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

TJPg : Tugasan Jangka Panjang

TJPk : Tugasan Jangka Pendek

UPSR : Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

YDP : Yang Dipertua

viii

Page 10: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

vi

PRAKATA

Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia dapat menerbitkan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan penerbitan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Penghasilan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini ialah usaha Lembaga Peperiksaan untuk memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang terdiri daripada 4 Komponen PBS iaitu Pentaksiran Sekolah(PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 67, Seksyen 68, Seksyen 69 dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dapat dilaksanakan mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan demi keadilan kepada calon sertamenjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran.

Dokumen ini juga dapat membantu semua pihak yang terlibat dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu pentadbir sekolah dan guru-guru sebagai pentaksir, pegawai-pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang menjalankan tugas penataran dan pemeriksaan. Manakala ibu bapa boleh menggunakan dokumen ini sebagai rujukan.

Kejayaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah amat bergantung kepada kerjasama dan komitmen yang berterusan daripada semua pihak. Kerjasama dan komitmen iniamat diperlukan bagi mempertingkatkan tahap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah demi menjaga integriti negara di mata dunia. Saya berharap budaya kerja ini berterusan demi merealisasikan moto Lembaga Peperiksaan iaitu Adil, Sahih dan Amanah.

Terima kasih.

DR. NA’IMAH BINTI ISHAKPengarah Peperiksaan Lembaga PeperiksaanKementerian Pelajaran Malaysia

ix

Page 11: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

BAB 1

DASAR DAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Page 12: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1

2

1.0 DASAR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Empat perkara asas kepada dasar pelaksanaan PBS ialah:

1.1 PUNCA KUASA

Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sekolah rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012 berdasarkan:

1.1.1 Akta Pendidikan

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, Bahagian II, Perkara 3 yang menggariskan fungsi Lembaga Peperiksaanadalah:

a. Perkara 3 (a): untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah;

b. Perkara 3 (b): untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan

c. Perkara 3 (c): untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.

1.1 Punca Kuasa1.2 Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah 1.3 Peraturan-Peraturan Am Pentaksiran Berasaskan Sekolah 1.4 Dokumen Rujukan

Page 13: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1

3

1.1.2 Mesyuarat Jemaah Menteri

Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya penambahbaikan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dilaksanakan dengan memberikan penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

Selaras dengan arahan itu, Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) telah mengeluarkan:

a. Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1 Tahun 2011: Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Mulai Tahun 2011 - KP.LP.003.07.14 (3) bertarikh 22 Februari 2011.

b. Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2011: Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) Mulai Tahun 2012 - KP.LP.003.07.14 (2) bertarikh 14 Februari 2011.

c. Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah dan Menengah Rendah -KP.LP.003.07.14.05 (1) bertarikh 29 Julai 2011.

d. Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 6 Tahun 2011: Penggunaan Buku Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Rendah -KP.LP.003.07.14.05 (3) Bertarikh 15 September 2011.

Page 14: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1

4

1.2 KOMPONEN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

AKADEMIK BUKAN AKADEMIK

Pentaksiran Pusat

Pentaksiran Sekolah

Pentaksiran Aktiviti

Jasmani, Sukan dan

Kokurikulum

Pentaksiran Psikometrik

Rajah 1: Komponen PBS

Page 15: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1

5

1.2.1 Pentaksiran Sekolah

Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan.

PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

1.2.2 Pentaksiran Pusat

Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod di peringkat sekolah oleh guru berdasarkanperaturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, tugasan, garis panduan, peraturan penskoran dan penggredan dikeluarkan oleh LP dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pelaporan dikeluarkan LP.

1.2.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

Pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan Body Mass Index (BMI) dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid.

1.2.4 Pentaksiran Psikometrik

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan / atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

a. Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran(P&P). Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian,kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.

b. Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran, penggal, bulan dan tahun.

Page 16: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1

6

1.2.5 Jadual Pelaksanaan Komponen PBS

PBS dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Jadual di bawah menunjukkan komponen PBS yang perlu dilaksanakan di peringkat rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012.

Jadual 1 menunjukkan pelaksanaan PBS pada Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3).

Jadual 1 : Pelaksanaan Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3)

BIL KOMPONEN PBS PERKARADilaksanakan bagi mata pelajaran berikut :

a. Pentaksiran Sekolah Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Matematik Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Pendidikan Islam Pendidikan Moral

Pendidikan Seni Visual Pendidikan Muzik Dunia Sains dan Teknologi Bahasa Arab Bahasa Cina SK Bahasa Tamil SK Bahasa Kadazandusun Bahasa Iban Bahasa Melayu SJK Bahasa Inggeris SJK

b. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

Tiada

c. Pentaksiran Psikometrik Tiada

d. Pentaksiran Pusat Tiada

Page 17: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1

7

Jadual 2 menunjukkan pelaksanaan PBS pada Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6).

Jadual 2 : Pelaksanaan pada Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6)

BIL KOMPONEN PBS PERKARADilaksanakan bagi mata pelajaran berikut :

a. Pentaksiran Sekolah Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Matematik Sains Reka Bentuk dan

Teknologi Teknologi Maklumat dan

Komunikasi Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Muzik Pendidikan Seni Visual Pendidikan Islam Pendidikan Moral Sejarah Bahasa Arab Bahasa Cina SK Bahasa Tamil SK Bahasa Kadazandusun Bahasa Iban Bahasa Semai

b. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

Aktiviti Jasmani, Sukan, Kokurikulum dan Ekstrakurikulum

c. Pentaksiran Psikometrik Ujian Aptitud Am dan Ujian Personaliti

d. Pentaksiran Pusat Dilaksanakan bagi mata pelajaran yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Page 18: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1

8

Jadual 3 menunjukkan pelaksanaan PBS pada Tingkatan 1, 2 dan 3.

Jadual 3 : Pelaksanaan PBS Tingkatan 1, 2 dan 3

BIL KOMPONEN PBS PERKARADilaksanakan bagi mata pelajaran berikut :

a. Pentaksiran Sekolah Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Mathematics Science Pendidikan Islam Pendidikan Moral Sejarah Geografi Pendidikan Seni Visual

Pendidikan Muzik Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan Kemahiran Hidup

Bersepadu Kemahiran Teknikal

Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga

Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian

Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan

b. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

Mulai tingkatan 1 tahun 2012

c. Pentaksiran Psikometrik Ujian Aptitud Khusus dan Ujian Personaliti

d. Pentaksiran Pusat Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut pada tingkatan 2 dan tingkatan 3 : Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Mathematics Science Pendidikan Islam Pendidikan Moral Sejarah Geografi Pendidikan Seni Visual

Pendidikan Muzik Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan Kemahiran Hidup

Bersepadu Kemahiran Teknikal

Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga

Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian

Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan

Page 19: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1

9

1.3 PERATURAN-PERATURAN AM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

1.3.1 Syarat Pelaksanaan

1.3.2 Pengurusan Kes Khas

Pihak sekolah hendaklah membuka fail Kes Khas Sekolah. Fail ini hendaklah mengandungi maklumat berkaitan semua jenis kes khas.

a. Semua murid di sekolah kebangsaan / sekolah jenis kebangsaan / sekolah swasta hendaklah melaksanakan PBS di sekolah rendah.

b. Semua murid sekolah kerajaan / sekolah bantuan kerajaan / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) / sekolah di bawah agensi kerajaan / Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) / Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM hendaklah melaksanakan PBS di peringkat menengah rendah.

c. Semua murid hendaklah didaftarkan dalam Sistem Pengurusan PBS (SPPBS).

a. Kes Disiplin (ponteng dan buang sekolah).

Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

i. memfailkan senarai nama murid beserta dengan surat amaran dan laporan tindakan dari unit disiplin sekolah dan keputusan JK PBS sekolah berkaitan kesdalam fail Kes Khas Sekolah.

ii. melaksanakan PBS sepanjang murid hadir di sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut.

iii. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.

iv. memastikan skor bagi komponen PBS direkodkan berdasarkan hasil kerja semasa yang dilakukan oleh murid berkenaan.

Page 20: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1

10

b. Murid tidak hadir ke sekolah dalam tempoh masa yang panjang atas sebab kesihatan.

Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

i. memfailkan semua kes, laporan perubatan dan keputusan JK PBS berkaitan kes dalam fail Kes Khas Sekolah.

ii. memastikan semua kes disokong dengan laporan perubatan yang mengesahkan murid berkenaan sakit.

iii. melaksanakan PBS sepanjang murid hadir ke sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut.

iv. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.

v. memastikan skor bagi komponen PBS direkodkan berdasarkan hasil kerja semasa yang dilakukan oleh murid berkenaan.

c. Murid Orang Kurang Upaya (OKU).

Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

i. mengenal pasti kategori murid dari golongan OKU.Kategori murid OKU adalah seperti berikut:

Terencat Akal / Sindrom Down Buta Pelbagai Kecacatan / Ketidakupayaan lain / Disleksia / Attention Deficit

Hyperactivity Disorder (ADHD) / Attention Deficit Disorder (ADD) / Autisme /Learning Disabilities (LD)

Bisu Pekak Rabun Spastik/Cerebral Palsy

ii. mendapatkan dokumen rasmi sebelum mengkategorikan murid sebagai OKU. Murid perlu mengemukakan satu daripada dokumen berikut:

Laporan Perubatan yang mengesahkan murid adalah OKU; atau

Kad OKU bagi murid yang telah mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai OKU

iii. memfailkan semua kes, laporan perubatan/Kad OKU dan keputusan JK PBS berkaitan kes dalam fail Kes Khas Sekolah.

Page 21: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1

11

iv. mematuhi prosedur permohonan keperluan khas berikut:

Memastikan murid yang tidak dapat melaksanakan PBS seperti murid biasa membuat permohonan kepada pihak sekolah. Murid yang tidak membuat permohonan akan dianggap sebagai murid biasa.

Mengemukakan salinan dengan menggunakan Borang Maklumat Murid Dari Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang disediakan oleh LP berserta dokumen sokongan seperti laporan perubatan atau kad OKU kepada Pengarah Pelajaran Negeri untuk kelulusan melaksanakan PBS menggunakan mekanisme yang ditetapkan untuk calon OKU.

v. melaksanakan PBS kepada semua murid OKU kerana tiada sebarang pengecualian diberikan kepada murid berkenaan. Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisme yang sesuai.

vi. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.

vii menyediakan keperluan khas yang diperlukan oleh murid berkenaan seperti perkhidmatan, peralatan atau perisian khas dalam pentaksiran PBS.

d. Murid bertukar sekolah.

Pentadbir sekolah asal hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

i. mengemas kini skor PBS murid berkenaan dalam SPPBS sebelum proses perpindahan tersebut.

ii. memaklumkan pertukaran tersebut kepada Pegawai PBS PPD dan Pegawai PBS JPN.

iii. memastikan evidens PBS murid berkenaan diserahkan kepada sekolah baharu.

Pentadbir sekolah baharu hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

i. memastikan evidens murid dari sekolah asal diterima.

ii. mendapatkan surat rasmi dari sekolah asal murid sekiranya dia tidak melaksanakan PBS sebelum berpindah ke sekolah baharu.

iii. melaksanakan PBS untuk murid berkenaan bagi komponen PS, PP, PAJSK dan PPsi sepanjang tempoh murid berada di sekolah baharu.

Bagi komponen PP, sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PP.

Page 22: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1

12

e. Murid di bawah pengawasan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pentadbir sekolah berkenaan hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

i. memastikan semua murid melaksanakan PBS kerana tiada sebarang pengecualian diberikan kepada murid berkenaan. Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisme yang sesuai.

ii. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.

iii. merujuk kepada Pengarah Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat dan tindakan selanjutnya bagi melaksanakan PP untuk murid berkenaan.

f. Atlet yang terlibat dalam kejohanan peringkat negeri dan / atau kebangsaan /antarabangsa.

Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

i. memastikan PBS dilaksanakan sepanjang murid hadir di sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut.

ii. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.

iii. merujuk kepada Pengarah Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat dan tindakan selanjutnya bagi melaksanakan PP untuk murid berkenaan.

g. Murid baru pulang dari bermastautin di luar negara.

Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

i. memastikan PBS hanya dilaksanakan semasa murid hadir di sekolah. Pelaksanaan PBS hanya dilakukan semasa murid berada di sekolah.

ii. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.

Page 23: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1

13

1.4 DOKUMEN RUJUKAN Pelaksanaan PBS hendaklah berpandukan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Dokumen Standard Prestasi (DSP) dan Manual SPPBS yang disediakan oleh LP. a. Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

i. LP menghantar buku kepada JPN / PPD.

ii. JPN / PPD mengedarkan buku ke sekolah.

iii. Pihak sekolah memperbanyakkan dan mengedarkan buku kepada semua guru yang terlibat dalam PBS.

Sebuah naskhah hendaklah disimpan di Bilik Pengetua / Guru Besar.

b. Dokumen Standard Prestasi (DSP)

i. LP menghasilkan DSP.

ii. Pihak sekolah memperbanyakkan dan mengedarkan DSP kepada guru mata pelajaran yang terlibat dalam PBS.

Guru mata pelajaran mesti memiliki dan menggunakan DSP yang disediakan oleh LP. Pelaksanaan pentaksiran hendaklah mematuhi sepenuhnya kandungan DSP.

Sebuah naskhah hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar.

iii. DSP boleh dimuat turun dari laman sesawang LP.

c. Manual Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

i. LP menyediakan Manual SPPBS.

ii. Pihak sekolah memuat turun Manual SPPBS dari laman sesawang LP dan mengedarkan kepada guru-guru. Sebuah naskhah hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar.

Page 24: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Page 25: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

BAB 2

PENGOPERASIANPENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Page 26: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

16

2.0 PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Empat perkara asas pengoperasian PBS ialah:

2.1 JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

2.1.1 Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia

a. Senarai Jawatankuasa

Pengerusi : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM)

Naib Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia(Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan)

Setiausaha : Pengarah Lembaga Peperiksaan

Ahli : Pengarah Bahagian Buku TeksSetiausaha Bahagian Khidmat PengurusanPengarah Bahagian Kokurikulum dan KesenianPengarah Bahagian Pembangunan KurikulumPengarah Bahagian Pendidikan GuruPengarah Bahagian Pendidikan IslamPengarah Bahagian Pendidikan KhasPengarah Bahagian Pendidikan SwastaPengarah Bahagian Pendididkan Teknik dan VokasionalSetiausaha Bahagian Pengurusan MaklumatPengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah KecemerlanganPengarah Bahagian Pengurusan Sumber ManusiaPengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar PendidikanPengarah Bahagian Psikologi dan KaunselingPengarah Bahagian SukanPengarah Bahagian Teknologi PendidikanPengarah Institut Aminuddin BakiPengarah Institut Pendidikan Guru MalaysiaKetua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

2.1 Jawatankuasa PBS2.2 Jadual Pelaksanaan PBS2.3 Penjaminan Kualiti PBS2.4 Penyimpanan Evidens PBS

Page 27: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

17

b. Senarai Tugas

i. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat kementerian;

ii. Mengadakan mesyuarat penataran peringkat kementerian;

iii. Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; dan

iv. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat kementerian untuk dihantar kepadaMenteri Pelajaran.

2.1.2 Peringkat Negeri

a. Senarai Jawatankuasa

Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri

Naib Pengerusi : Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri

Setiausaha : Ketua Sektor, Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP), JPN

Ahli : Semua Ketua Sektor JPN Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri (JNJK) Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Semua Ketua Penolong Pengarah, JPNSemua Pegawai Pelajaran DaerahYDP Majlis PengetuaYDP Majlis Guru BesarYDP Majlis Guru Cemerlang

b. Senarai Tugas

i. Memastikan pengoperasian PBS di negeri mengikut garis panduan yang ditetapkan.

ii. Mengadakan empat kali mesyuarat jawatankuasa peringkat negeri;

iii. Mengadakan mesyuarat penataran peringkat negeri;

iii. Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; dan

iv. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat negeri untuk dihantar kepada LP dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Page 28: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

18

2.1.3 Peringkat Daerah

a. Senarai Jawatankuasa

Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah

Naib Pengerusi : Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah

Setiausaha : Penolong PPD (Peperiksaan / PBS)

Ahli : Semua Pengetua Semua Guru BesarSemua Penolong PPD Semua Penyelaras Pusat Kegiatan Guru

b. Senarai Tugas

i. Memastikan pengoperasian PBS di daerah mengikut garis panduan yang ditetapkan.

ii. Mengadakan empat kali mesyuarat jawatankuasa peringkat daerah;

iii. Mengadakan mesyuarat penataran peringkat daerah;

iv. Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; dan

v. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat daerah untuk dihantar ke JPN.

Page 29: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

19

2.1.4 Peringkat Sekolah

a. Senarai Jawatankuasa Induk PBS

i. Sekolah Rendah

Pengerusi : Guru Besar

Naib Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran (PS dan PP)Penolong Kanan HEM (PPsi / Pembudayaan PBS)Penolong Kanan Ko-Kurikulum (PAJSK)Penyelia Petang (jika berkenaan)Penolong Kanan Pendidikan Khas (jika berkenaan)

Setiausaha : Setiausaha Peperiksaan / Setiausaha PBS

Ahli : Ketua Panitia yang dilantik (Latihan / Penataran)Ketua Panitia yang dilantik (Penyelarasan)Ketua Panitia yang dilantik (Pementoran)Ketua Panitia yang dilantik (Pemantauan)Ketua Panitia yang dilantik (Pengesanan)Ketua Panitia yang dilantik (PS dan PP) Guru Cemerlang Guru DisiplinGuru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi) Guru Penolong yang dilantik (PAJSK)Jurulatih Utama (Setiap mata pelajaran)

ii. Sekolah Menengah (Gred A)

Pengerusi : Pengetua

Naib Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran (PS dan PP)Penolong Kanan HEM (PPsi / Pembudayaan PBS)Penolong Kanan Ko-Kurikulum (PAJSK)Penyelia Petang (jika berkenaan)Penolong Kanan Pendidikan Khas (jika berkenaan)

Setiausaha : Setiausaha Peperiksaan / Setiausaha PBS

Ahli : Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) yang dilantik (Latihan / Penataran)GKMP yang dilantik (Penyelarasan)GKMP yang dilantik (Pementoran)GKMP yang dilantik (Pemantauan)GKMP yang dilantik (Pengesanan)Semua Ketua Panitia (PS dan PP) Guru Cemerlang Guru DisiplinGuru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi) Guru Penolong yang dilantik (PAJSK)Jurulatih Utama (Setiap mata pelajaran)

Page 30: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

20

iii. Sekolah Menengah (Gred B)

Pengerusi : Pengetua

Naib Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran (PS dan PP)Penolong Kanan HEM (PPsi / Pembudayaan PBS)Penolong Kanan Ko-Kurikulum (PAJSK)Penyelia Petang (jika berkenaan)Penolong Kanan Pendidikan Khas (jika berkenaan)

Setiausaha : Setiausaha Peperiksaan / Setiausaha PBS

Ahli : GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Latihan / Penataran)GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Penyelarasan)GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Pementoran)GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Pemantauan)GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Pengesanan)Semua Ketua Panitia (PS dan PP)Guru CemerlangGuru Disiplin Guru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi) Guru Penolong yang dilantik (PAJSK)Jurulatih Utama (Setiap mata pelajaran)

Nota: Pelantikan JK PBS ini tertakluk kepada keperluan sekolah dan bergantung kepada keperluan pihak lain. Seorang guru boleh memegang lebih daripada satu portfolio.

b. Senarai Tugas

i. Memastikan pengoperasian PBS di sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan.

ii. Mengadakan mesyuarat sekurang- kurangnya empat kali setahun.

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

• Agenda Mesyuarat Pertama (Awal Tahun):

- Menjelaskan konsep, dasar pelaksanaan dan komponen PBS.

- Menyediakan agihan tugas jawatankuasa dan carta organisasi JK PBS.

- Melantik Pentaksir Sekolah.

- Menetapkan sistem fail PBS.

- Mengedarkan surat pekeliling / surat siaran pelaksanaan PBS.

- Memaklumkan peraturan-peraturan am pelaksanaan PBS.

Page 31: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

21

- Menetapkan Jadual Kerja Pelaksanaan (Carta Gantt)

PS / PP / PAJSK / PPsi Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan dan Jaringan)Latihan / PenataranPenyelarasanPementoranPemantauanPelaporan Prestasi Murid dalam SPPBS

- Pengurusan evidens di tempat yang selamat dan bersistematik.

- Pengurusan pelaksanaan PBS bagi kes-kes khas.

- Hal-hal lain.

• Agenda Mesyuarat Kedua (Suku Tahun Pertama):

- Pengesahan Minit Mesyuarat Pertama.

- Isu-Isu Pelaksanaan dan kes-kes khas PBS.

- Laporan Jawatankuasa PBS:

PS / PP / PAJSK / PPsi Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan danJaringan)Latihan / PenataranPenyelarasanPementoranPemantauanPelaporan Prestasi Murid dalam SPPBS

- Hal-hal lain.

• Agenda Mesyuarat Ketiga (Suku Tahun Kedua):

- Pengesahan Minit Mesyuarat Kedua.

- Isu-Isu Pelaksanaan dan Kes-kes Khas PBS.

- Laporan Jawatankuasa PBS:

PS / PP / PAJSK / PPsiProgram Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan danJaringan)Latihan / PenataranPenyelarasanPementoranPemantauanPelaporan Prestasi Murid dalam SPPBS

- Hal-hal lain.

Page 32: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

22

• Agenda Mesyuarat Keempat (Post Mortem)

- Pengesahan Minit Mesyuarat Ketiga.

- Post Mortem Pelaksanaan PBS.

- Tindakan Susulan dan Penambahbaikan Pelaksanaan PBS.

- Perancangan Pelaksanaan PBS Tahun Hadapan.

- Hal-hal lain.

iii. Semua keputusan mesyuarat hendaklah diminitkan dan menjadi dasar atau punca kuasa kepada pengoperasian / pelaksanaan PBS di sekolah.

iv. Pentadbir sekolah bertanggungjawab mengeluarkan surat pelantikan pentaksir sekolah, login dan kata laluan SPPBS.

Page 33: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

23

2.2 JADUAL PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Jadual 4 menunjukkan jadual pengoperasian PBS yang perlu dilaksanakan di sekolah rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012.

Jadual 4 : Jadual Pengoperasian PBS

a. Pelaksanaan PBS hendaklah mematuhi Jadual Pengoperasian PBS yang disediakan oleh LP.

b. Semua isu berkaitan pengoperasian PBS hendaklah dijadikan agenda Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum peringkat negeri, daerah dan sekolah.

BIL PERKARA TEMPOH TINDAKAN

i. Mengedarkan Surat Pekeliling ke JPN.

Mengikut Keperluan LP

ii. Mengedarkan Surat Pekeliling ke PPD dan Sekolah.

Mengikut Keperluan JPN

iii. Mengedarkan Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke JPN.

Disember LP

iv. Mengedarkan Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke PPD dan Sekolah.

Disember JPN

v. Mesyuarat Jawatankuasa PBS Januari - Mac, April - Jun, Julai - September Oktober - Disember

JPN / PPD /

Sekolah

vi. Pendaftaran SPPBS. Januari - Februari Sekolah

vii. Tempoh pelaksanaan PBS. Mengikut jadual yang ditetapkan oleh LP

Sekolah

viii. Penjaminan Kualiti:

Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan dan Pengesanan.

Sepanjang tahun mengikut keperluan

Sekolah / PPD / JPN / LP / Bahagian KPM

ix. Pengumpulan penguasaan murid dalam SPPBS.

Sehingga hari terakhir sesi persekolahan tahun semasa

Sekolah

x. Pelaporan murid. Mengikut keperluan Sekolah

Page 34: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

24

2.3 PENJAMINAN KUALITI

Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam pentaksiran ialah kesahan dan kebolehpercayaan skor,kebolehtadbiran instrumen dan keadilan kepada calon.

Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui:

2.3.1 Pementoran

2.3.2 Penyelarasan

2.3.3 Pemantauan

2.3.4 Pengesanan

2.3.1 Pementoran

Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru. Pementoran dalam konteks Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu proses yang dijalankan untuk penjaminan kualiti bagi membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.

a. Tempoh Pelaksanaan:

Aktiviti pementoran dijalankan sebelum, semasa dan / atau selepas pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.

b. Objektif Pementoran:

i. Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan dan pengurusan PBS.

ii. Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang dibimbing.

iii. Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing.

iv. Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS.

v. Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru yang dibimbing.

Page 35: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

25

c. Jenis Pementoran:

i. Formal

Pementoran formal dijalankan oleh JK PBS secara berjadual dalam mesyuarat atau sesi peningkatan profesionalisme guru.

ii. Informal

Pementoran informal dijalankan oleh JK PBS sebelum, semasa atau selepas pelaksanaan PBS tanpa jadual yang ditetapkan.

d. Mentor:

i. Mentor dalaman terdiri daripada:

• GKMP / Ketua Bidang

• Ketua Panitia

• Guru Cemerlang

• Jurulatih Utama

• Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS

ii. Mentor luaran terdiri daripada:

• Petugas yang dilantik oleh LP

• Petugas yang dilantik oleh JPN

• Petugas yang dilantik oleh PPD

e. Peranan Mentor:

i. Membimbing guru menggunakan standard prestasi dan aplikasi SPPBS.

ii. Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran.

iii. Memberi pendedahan pelbagai jenis instrumen pentaksiran.

iv. Memastikan pelaksanaan pentaksiran seiring dengan P&P.

v. Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran.

vi. Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru yang dibimbing.

Page 36: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

26

Rajah 2 menunjukkan carta alir pementoran.

MULA

JK PBS merancang pelaksanaan pementoran

Memberi bimbingan

Menjalankan pementoran

Guru faham mengenai pelaksanaan PBS

Menghantar laporan pementoran kepada JK PBS PPD/JPN/LP

TAMAT

Rajah 2 : Carta Alir Pementoran

Tidak

Ya

Page 37: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

27

2.3.2 Penyelarasan

Penyelarasan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan keseragaman pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon serta kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran.

a. Tempoh Pelaksanaan:

Kekerapan aktiviti penyelarasan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS.

b. Objektif Penyelarasan:

i. Menyeragamkan kefahaman terhadap kehendak tugasan dan kriteria penskoran.

ii. Menyeragamkan skor pentaksiran sekolah yang diberikan oleh guru berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen standard prestasi.

iii. Menyeragamkan skor pentaksiran pusat yang diberikan oleh guru berdasarkan kriteria penskoran sesuatu tugasan yang ditetapkan.

iv. Menyeragamkan alat, bahan dan situasi mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk menghasilkan skor yang terlaras.

v. Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBSoleh guru di sekolah.

vi. Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan dan prestasi murid.

vii. Memastikan skor yang diberikan adalah adil bagi semua murid.

c. Jenis Penyelarasan:

i. Penyelarasan dalaman dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai tugasan dan penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran dalam sekolah yang sama.

ii. Penyelarasan luaran dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai tugasan dan penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran di seluruh negara.

Page 38: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

28

d. Personal

i. Penyelaras dalaman

• GKMP

• Guru Cemerlang

• Ketua Panitia

• Jurulatih Utama

• Guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS

ii. Penyelaras luaran

• Petugas yang dilantik oleh LP

• Petugas yang dilantik oleh JPN

• Petugas yang dilantik oleh PPD

e. Pelaksanaan Penyelarasan:

i. Sebelum Penyelarasan:

• JK PBS peringkat JPN, PPD dan sekolah menentukan tarikh, tempat dan masa penyelarasan.

• Mengadakan perbincangan mengenai

- Kefahaman tentang standard prestasi atau tugasan.

- Kesesuaian instrumen yang digunakan.

- Kefahaman tentang penskoran.

- Pemilihan evidens murid untuk penyelarasan skor.

ii. Semasa Penyelarasan:

• Memilih evidens murid mengikut aras pencapaian.

• Membanding skor yang diberikan oleh guru.

• Menyelaras pemberian skor.

iii. Selepas Penyelarasan:

• Menyediakan laporan penyelarasan.

• Menyelaras skor murid, jika perlu.

Page 39: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

29

Rajah 3 menunjukkan carta alir penyelarasan dalaman.

MULA

Pengetua / Guru Besar Melantik Penyelaras

Mengadakan Taklimat Penyelarasan

Guru menilai semula hasil kerja murid

Menjalankan penyelarasan bersama guru mata pelajaran

Menyelaraskan skor guru dengan skor yang telah ditetapkan oleh LP

Skor yang dberikan oleh guru selaras dengan skor LP

JK PBS mengesahkan skor

Setiausaha Peperiksaan menghantar skor ke LP

JK PBS menyediakan laporan penyelarasan

TAMAT

Rajah 3: Carta Alir Penyelarasan Dalaman

Ya

Tidak

Page 40: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

30

Rajah 4 menunjukkan carta alir penyelarasan luaran.

MULA

LP/JPN melantik Penyelaras

Mengadakan Taklimat Penyelarasan

Guru menilai semula hasil kerja murid

Menjalankan penyelarasan bersama guru mata pelajaran

Menyelaraskan skor guru dengan skor yang telah ditetapkan oleh LP

Skor yang dberikan oleh guru selaras dengan skor LP

Penyelaras Luaran mengesahkan skor

Setiausaha Peperiksaan menghantar skor ke LP

Penyelaras Luaran menyediakan laporan penyelarasan unuk dihantar kepada LP

TAMAT

Rajah 4 : Carta Alir Penyelarasan Luaran

Ya

Tidak

Page 41: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

31

2.3.3 Pemantauan

Pemantauan adalah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh LP.

Kekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS.

a. Objektif Pemantauan :

i. Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi

ii. Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.

iiii. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS oleh guru.

iv. Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran.

v. Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan.

b. Pemantau:

i. Pemantau dalaman:

Pemantauan dalaman dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pemantau dalamanialah :

• Pengetua / Guru Besar

• Guru Penolong Kanan

• GKMP

• Guru Cemerlang

• Ketua Panitia

• Jurulatih Utama

• Guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar

ii. Pemantau luaran :

Pemantauan luaran dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN, LP dan pegawai dari bahagian-bahagian lain dalam KPM. Pemantau luaran ialah:

• Pegawai LP

• Pegawai JPN

• Pegawai PPD

• Pegawai dari Bahagian-bahagian lain Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

• Pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN dan LP

Page 42: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

32

c. Pelaksanaan Pemantauan:

i. Sebelum Pemantauan:

• JK PBS peringkat JPN, PPD dan sekolah merancang pemantauan PBS.

• Menyediakan instrumen pemantauan.

ii. Semasa pemantauan:

• Menyemak bahan dan maklumat yang dipantau.

• Membuat pemerhatian pelaksanaan PBS.

• Menggunakan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan untuk memberi khidmat nasihat.

iii. Selepas pemantauan:

• Melaporkan dapatan pemantauan.

• Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan pelaksanaan PBS.

• Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pelaksanaan PBS.

Page 43: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

33

Rajah 5 menunjukkan carta alir pemantauan dalaman.

MULA

Pengetua / Guru Besar melantik Pemantau

Mengadakan Taklimat Pemantauan

Memberi bimbingan Menjalankan Pemantauan PBS

Menyediakan laporan Pemantauan

PBS dilaksanakan mengikut prosedur LP

Pengetua / Guru Besar menghantar laporan pemantauan sekolah ke PPD

PPD menghantar laporan pemantauan daerah ke JPN

JPN menghantar laporan pemantauan negeri ke LP

TAMAT

Rajah 5: Carta Alir Pemantauan Dalaman

Ya

Tidak

Page 44: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

34

Rajah 6 menunjukkan carta alir pemantauan luaran.

MULA

LP/JPN/PPD menyediakan jadual pemantauan

Memberi bimbingan Menjalankan pemantauan di sekolah

Menyemak dokumen pelaksanaan PBS

Menyediakan laporan pemantauan

Membincangkan hasil dapatan dengan Pengetua/Guru Besar

PBS dilaksanakan mengikut prosedur LP

Membuat analisis dan laporan dapatan pemantauan

Menghantar laporan pemantauan ke LP

TAMAT

Rajah 6: Carta Alir Pemantauan Luaran

Ya

Tidak

Page 45: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

35

2.3.4 Pengesanan

Pengesanan ialah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan instrumen pentaksiran yang digunakan mampu menghasilkan skor yang sah dan boleh dipercayai.

Oleh kerana PBS ialah satu proses pentaksiran yang dilakukan secara berterusan maka kekerapan aktiviti pengesanan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS.

a. Objektif Pengesanan :

i. Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran.

ii. Memastikan skor yang diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

iii. Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran.

iv. Mencadangkan kepelbagaian instrumen pentaksiran

b. Pengesanan:

i. Pengesanan Dalaman

Pengesanan dalaman dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PSuntuk mendapatkan evidens tentang penguasaan murid. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan dan penskoran yang diberikan oleh guru untuk mentaksir murid. Pegawai pengesanan dalaman:

• GKMP

• Guru Cemerlang

• Ketua Panitia

• Jurulatih Utama

• Guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru besar / JK PBS

ii. Pengesanan Luar

Pengesanan luar dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PP. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan dan penskoran yang dibina oleh Lembaga Peperiksaan. Pegawai pengesanan luaran:

• Petugas yang dilantik oleh LP

Page 46: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

36

c. Pelaksanaan Pengesanan:

i. Sebelum pengesanan:

• Pegawai LP menentukan tarikh, tempat, masa pengesanan.

• Menyemak Dokumen Standard Prestasi dan instrumen pentaksiran pusat yang berkenaan.

ii. Semasa pengesanan:

• Menyenaraikan isu kebolehtadbiran dan kesesuaian instrumen pentaksiran.

• Mencadangkan penyelesaian.

iii. Selepas pengesanan:

• Memastikan cadangan penyelesaian dilaksanakan.

• Membuat penambaikan instrumen pentaksiran.

• Melaksanakan program pengesanan semula.

Page 47: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

37

Rajah 7 menunjukkan carta alir pengesanan.

MULA

LP Melantik Pegawai Pengesanan

Mengadakan Taklimat Pengesanan

Menjalankan pengesanan instrumen

Instrumen disediakan mengikut prinsip pembinaan instrumen LP

Menyediakan laporan

Menghantar laporan :- Pengesanan dalaman

Pegawai Pengesanan kepada Pengetua / Guru Besar

- Pengesanan LuaranPegawai Pengesanan kepada Pengarah Peperiksaan LP

TAMAT

Rajah 7 : Carta Alir Pengesanan

Tidak

Penambahbaikan instrumen

Ya

Page 48: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

38

Jadual 5 dibawah menunjukkan jadual kerja Penjaminan Kualiti dalam pelaksanaan PBS.

Aspek Penjaminan Kualiti Tempoh Tindakan

Pementoran Mengikut keperluan JPN / PPD /Sekolah

Penyelarasan

Pentaksiran Sekolah:Sepanjang tempoh pelaksanaan PBS mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS

Pentaksiran Pusat:Setelah murid selesai melaksanakan tugasan.

LP/JPN / PPD /Sekolah

Pemantauan Sepanjang tempoh pelaksanaan PBS mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS.

JPN / PPD /Sekolah

PengesananSemasa dan / atau selepas satu kitaran pelaksanaan PBS.

JPN / PPD

Jadual 5 : Jadual Kerja Penjaminan Kualiti Pelaksanaan PBS

Page 49: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

39

2.4 PENGURUSAN EVIDENS PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

2.4.1 Definisi Evidens

Evidens ialah bahan bukti yang perlu diuruskan secara sistematik mengikut keputusan JK PBS. Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens bahan.

Evidens murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan boleh buat secara lisan atau perlakuan.

Evidens bahan merujuk kepada apa-apa bukti produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain yang dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens bahan boleh disediakan secara individu atau berkumpulan.

Ciri-ciri evidens adalah:

a. Sah - evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan menggambarkan penguasaan / pencapaian standard yang telah ditetapkan.

b. Autentik - murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerjanya sendiri.

c. Kecukupan - evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan kemampuan murid.

d. Semasa - evidens dapat membuktikan murid dapat membuat tugasanmengikut piawaian semasa.

e. Tekal - evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan.

Page 50: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

40

a. Jenis-jenis Evidens PS

i. Penulisan

- Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentuk perkataan dan gagasan lain yang mewakili bahasa atau maklumat.

- Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui tulisan.

ii. Bahan cetakan

Hasil kerja murid yang menggunakan pelbagai medium cetakan.

iii. Persembahan

Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempamerkan bakat melalui pelbagai aktiviti.

Catatan :Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan juga adalah satu evidens murid.

iv. Foto

Gambar yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek.

v. Grafik

- Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar, foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna.

- Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambarkan perkara yang wujud dalam dunia sebenar.

vi. Artifak

- Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan sejarah atau telah dibuat sekian lama.

- Bahan yang dihasilkan seperti arca.

vii. Laporan

Penulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan. viii. Model

Bentuk fizikal objek yang tidak berdasarkan skala sebenar.

2.4.2 Evidens Pentaksiran Sekolah

Page 51: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

41

xi. Produk

Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan.

x. Rakaman

Perekodan / pelaporan dalam bentuk audio visual.

xi. Bahan Informasi Komunikasi dan Teknologi (ICT)

Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan ICT.

xii. Proses

Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan.

Page 52: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

42

b Penyimpanan dan pelupusan evidens

i. Penyimpanan

Evidens murid disimpan dalam dua jenis fail seperti berikut:

. Fail Perkembangan Murid

• Fail Perkembangan Murid (FPM) ialah fail yang menyimpan evidens perkembangan pembelajaran murid.

• Seorang murid mempunyai satu FPM yang mengandungi evidens semua mata pelajaran.

• Setiap evidens hendaklah direkodkan dalam Rekod Perkembangan Murid (RPM). RPM diletakkan dihadapan evidens setiap mata pelajaran.

• Fail ini menyimpan evidens terkini bagi setiap deskriptor dan evidens terdahulu dikembalikan kepada murid.

. Fail Showcase

Fail Showcase (FS) ialah fail yang menyimpan setiap evidens terbaikbagi semua deskriptor untuk semua mata pelajaran.

FS hendaklah dijadikan rujukan piawaian evidens.

FS hendaklah disediakan mengikut tahun/tingkatan atau kelas.

Nota:Pihak sekolah dikehendaki menyediakan FPM dan FS seperti di atas.Kaedah penyediaan tertakluk kepada keputusan JK PBS sekolah.

ii. Pelupusan

• Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam aplikasi SPPBS.

• Evidens yang tidak dituntut oleh murid boleh dilupuskan selepas dua minggu daripada tempoh direkod dalam aplikasi SPPBS.

Page 53: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

43

Rajah 8 menunjukkan carta alir FPM.

MULA

Guru menyediakan intrumen pentaksiran

Murid mengulangi semula

Guru mentaksir murid

Guru memeriksa evidens murid

Tidak Evidens murid mencapai tahap penguasaan

Ya

Guru merekodkan penguasaan murid dalam SPPBS / Rekod Perkembangan Murid

Guru menyimpan evidens terkini bagi setiap deskriptor dan evidens terdahuludikembalikan kepada murid.

TAMAT

Rajah 8 : Carta Alir Fail Perkembangan Murid

Page 54: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

44

Rajah 9 menunjukkan carta alir FS.

MULA

JK PBS sekolah membuat penetapan kaedah pengurusan FS

Panitia membuat pemilihan evidens yang terbaik bagi setiap deskriptor dalam semua band

Panitia menyimpan setiap evidens terbaik bagi semua deskriptor untuk semua mata pelajaran

TAMAT

Rajah 9 : Carta Alir Fail Showcase

Page 55: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

45

PENTAKSIRAN SEKOLAH

REKOD PERKEMBANGAN MURID

TAHUN/TINGKATAN

MATA PELAJARAN

BAND DESKRIPTOR

EVIDENS 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 1 √ Buku

Latihan √ Lisan √

Page 56: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

46

CONTOH MATRIK DESKRIPTOR DAN EVIDENS TAHUN 1

BIL MATA PELAJARAN TAWAR DESKRIPTOR EVIDENS BACA/ LISAN TULIS

1. Bahasa Malaysia √ 21 32 15 17

2. Bahasa Inggeris √ 29 30 21 23

3. Bahasa Cina

4. Bahasa Tamil

5. Matematik √ 19 28 1 29

6. Pendidikan Jasmani √ 12 24 22 5

7. Pendidikan Kesihatan √ 25 37 12 29

8. Pendidikan Islam √ 48 52 41 11

9. Pendidikan Moral √ 84 93 0 93

10. Dunia Seni Visual √ 28 81 20 8

11. Dunia Muzik √ 16 66 55 0

12. Dunia Sains & Teknologi √ 28 28 0 28

13. Bahasa Arab √ 25 38 26 12

14. Bahasa Cina SK

15. Bahasa Tamil SK

16. Bahasa Kadazandusun

17. Bahasa Iban

18. Bahasa Malaysia SJK

19. Bahasa Malaysia SJK

JUMLAH 335 509 213 255

Page 57: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

47

2.4.3 Evidens Pentaksiran Pusat

a. Jenis-jenis Evidens PP:

i. Penulisan

- Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentuk perkataan dan gagasan lain yang mewakili bahasa atau maklumat.

- Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui tulisan.

ii. Bahan cetakan

Hasil kerja murid yang menggunakan pelbagai medium cetakan.

iii. Persembahan

Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempamerkan bakat melalui pelbagai aktiviti.

iv. Foto

Gambar yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek.

v. Grafik

- Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar, foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna.

- Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambarkan perkara yang wujud dalam dunia sebenar.

vi. Artifak

- Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan sejarah atau telah dibuat sekian lama.

- Bahan yang dihasilkan seperti arca.

vii. Laporan

Penulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan.

viii. Produk

Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan.

ix. Rakaman

Perekodan / pelaporan dalam bentuk audio visual.

Page 58: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

48

x. Bahan Informasi Komunikasi danTeknologi (ICT)

Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan ICT.

xii. Proses

Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan.

b. Penyimpanan dan Pelupusan Evidens

i. Penyimpanan.

- Evidens disimpan dalam bentuk hardcopy, softcopy atau dalam bentuk apasekalipun sebagai bahan bukti.

- Evidens disimpan di tempat yang selamat, bersistematik dan mematuhi prosedur keselamatan sebagai bahan bukti bagi tujuan penjaminan kualiti.

ii. Pelupusan

- Evidens diserahkan kepada murid selepas enam minggu dari tarikh tamat pelaksanaan tugasan.

- Evidens yang tidak dituntut oleh calon boleh dilupuskan selepas dua minggu daripada tempoh penyimpanan tamat.

2.4.4 Evidens Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

a. Evidens PAJSK adalah seperti berikut:

i. Borang Rekod SEGAK dan BMI

ii. Borang Rekod Kehadiran

iii. Borang Rumusan Aktiviti Sukan / Kokurikulum

iv. Borang Rumusan Aktiviti Ekstrakurikulum

b. Penyimpanan dan pelupusan evidens :

i. Penyimpanan

- Evidens murid disimpan dalam Fail Perkembangan Murid sebelum direkod dalam aplikasi SPPBS.

ii. Pelupusan

- Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam aplikasi SPPBS.

- Evidens yang tidak dituntut oleh murid boleh dilupuskan selepas duaminggu daripada tempoh direkod dalam aplikasi SPPBS

Page 59: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

49

2.4.5 Evidens Pentaksiran Psikometrik

a. Evidens PPsi adalah Borang Profil Psikometrik (BPP) murid.

b. Penyimpanan dan pelupusan evidens :

i. Penyimpanan

- BPP adalah TERHAD. Evidens murid disimpan dalam Fail Pentaksiran Psikometrik oleh guru bimbingan dan kaunseling.

- Fail disimpan di tempat yang selamat secara sistematik mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh LP.

ii. Pelupusan

- Evidens murid yang telah direkodkan boleh dilupuskan selepas dua minggu.

Page 60: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Page 61: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

BAB 3

PENTAKSIRAN SEKOLAH

Page 62: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Sekolah BAB 3

52

PS ialah komponen utama dalam proses P&P kerana pentaksiran ini berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses P&P.

PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dari aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya.

PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.

PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

PS mempunyai ciri-ciri berikut:

PS dilaksanakan secara:

3.0 PENTAKSIRAN SEKOLAH

a. Holistik iaitu mampu memberikan maklumat keseluruhan tentang pengetahuan dan kemahiran yang dicapai oleh murid.

b. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P.

c. Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.

d. Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.

a. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P.

b. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun.

Page 63: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Sekolah BAB 3

53

3.1 Mata Pelajaran Pentaksiran Sekolah Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah Rendah

Jadual 6 menunjukkan mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

BIL MATA PELAJARAN1 Bahasa Malaysia SK2 Bahasa Malaysia SJK3 Bahasa Inggeris SK4 Bahasa Inggeris SJK5 Bahasa Arab6 Bahasa Cina SK7 Bahasa Cina SJK8 Bahasa Tamil SK9 Bahasa Tamil SJK10 Bahasa Iban11 Bahasa Kadazandusun12 Matematik13 Dunia Sains Dan Teknologi14 Pendidikan Islam15 Pendidikan Moral16 Dunia Seni Visual17 Dunia Muzik18 Pendidikan Jasmani19 Pendidikan Kesihatan

Jadual 6 : Mata Pelajaran KSSR

Page 64: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Sekolah BAB 3

54

Jadual 7 menunjukkan mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) .

BIL MATA PELAJARAN1 Bahasa Melayu 2 Bahasa Inggeris3 Bahasa Arab4 Bahasa Cina 5 Bahasa Tamil 6 Bahasa Iban7 Bahasa Kadazandusun8 Mathematics9 Science10 Pendidikan Islam11 Pendidikan Moral12 Sejarah13 Geografi14 Pendidikan Seni Visual15 Pendidikan Muzik16 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan17 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan18 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal19 Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga20 Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian21 Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan

Jadual 7 : Mata Pelajaran KBSM

Page 65: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Sekolah BAB 3

55

3.2 Pentaksiran Rujukan Standard

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran.

Dalam pentaksiran ini, standard prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Dalam hal ini, pentaksiran berperanan sebagai proses untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi. Pernyataan standard prestasi ini ditetapkan mengikut tahap-tahap penguasaan seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu. Ini bertujuan untuk membolehkan semua pihak yang berkepentingan mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik mereka sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembinaan negara bangsa mengikutkeupayaan dan kebolehan masing-masing.

Rajah 10 menunjukkan hubung kait antara dokumen kurikulum dengan dokumen standard prestasi.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

DOKUMENKURIKULUM

DOKUMENSTANDARD PRESTASI

MatlamatObjektifStandard KandunganStandard Pembelajaran

PENTAKSIRANPernyataan StandardDeskriptorEvidens

Hasil Pembelajaran Laporan Penguasaan Murid

Rajah 10 : Hubung Kait antara Dokumen Kurikulum dengan Dokumen Standard Prestasi

Page 66: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Sekolah BAB 3

56

Dokumen kurikulum dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM.Dokumen ini mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses P&P.

Dokumen Standard Prestasi (DSP) dibangunkan oleh LP. Dokumen ini mengandungi panduan untuk mentaksir dan melapor penguasaan murid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

3.3 Standard Prestasi

Standard prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang tahap-tahap penguasaan seseorang murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran yang dipelajari. Dalam satu tempoh pembelajaran, murid ditaksir berdasarkan penanda aras (benchmark)yang terdapat dalam standard prestasi. Guru menggunakan standard prestasi sebagai rujukan untuk menentukan aktiviti pentaksiran dilaksanakan secara adil dan berfokus.

Standard Prestasi juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak yang berkepentingan untuk menunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan.

Dengan menggunakan Standard Prestasi:

Selain itu, standard prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur untuk menentukan tahap dan standard pendidikan negara berbanding negara lain.

a. Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.

b. Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah, apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid.

c. Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka selepas melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu.

d. Pihak yang berkepentingan tahu matlamat kurikulum dan kualiti murid yang melalui sistem pendidikan negara.

Page 67: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Sekolah BAB 3

57

3.4 Kerangka Standard Prestasi

Pernyataan Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik atau umum tentang tahap pertumbuhan dan penguasaan murid dalam pembelajaran.

Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut band iaitu Band 1, Band 2,Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6 yang disusun mengikut hierarki. Pernyataan Standard ini diperjelaskan lagi dengan deskriptor yang menyatakan tentang tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran

Jadual 8 menunjukkan kerangka utama Pernyataan Standard.

BAND STANDARD

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

2 Tahu dan Faham

1 Tahu

Jadual 8 : Kerangka Utama Pernyataan Standard

Jadual 9 menunjukkan penerangan terperinci tentang kerangka Pernyataan Standard.

BAND STANDARD

6 Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.

5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

3 Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

2 Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

1 Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

Jadual 9 : Penerangan Terperinci tentang Kerangka Pernyataan Standard

Page 68: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Sekolah BAB 3

58

Jadual 10 menunjukkan pernyataan dalam Standard Prestasi dan tafsirannya.

PERNYATAAN TAFSIRAN

Band Satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan tahap penguasaan murid.

Standard Satu penyataan tentang suatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran secara holistik tentang tahap penguasaan murid.

Pernyataan Standard

Pernyataan Standard bagi sesuatu mata pelajaran diguna pakai sepanjang tempoh peringkat pembelajaran (Sekolah rendah : Tahun 1 hingga Tahun 6 dan Sekolah menengah rendah : Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3) dan digubal berdasarkan Objektif Mata Pelajaran berkenaan.

Deskriptor Deskriptor merujuk kepada perkara yang murid seharusnya tahu dan boleh buat berdasarkan standard pembelajaran yang diterakan dalam Standard Kurikulum bagi mata pelajaran berkenaan. Deskriptor setiap pernyataan standard adalah berbeza bagi setiap tahun pembelajaran.

Evidens (murid) Pernyataan yang menerangkan bagaimana murid menunjukkan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan sesuatu deskriptor.

Evidens (bahan) Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses.

Jadual 10 : Pernyataan dalam Standard Prestasi dan Tafsirannya

Jadual 11 menunjukkan hubung kait antara Pernyataan Standard, Deskriptor dan Evidens.

Jadual 11 : Hubung Kait antara Pernyataan Standard, Deskriptor dan Evidens

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS654321

Penerangan generik / umum tentang tahap kemajuan pembelajaran

APA yang murid tahu dan boleh buat

BAGAIMANA murid menunjukkan apa yang mereka tahu dan boleh buat

Page 69: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Sekolah BAB 3

59

3.5 Penggunaan Standard Prestasi Dalam Pentaksiran Sekolah

a. Guru memilih tajuk dan merancang perkara yang akan diajar dengan memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam dokumen kurikulum.

b. Guru akan menentukan kaedah pengajaran serta mengenalpasti kaedah pentaksiran. Guru menyediakan bahan-bahan pengajaran dan seterusnya menyampaikan kandungan mata pelajaran tersebut kepada murid dengan menggunakan pelbagai strategi mengikut kreativiti guru.

c. Guru seterusnya akan mentaksir tahap penguasaan murid tentang perkara yang diajar. Pentaksiran boleh dilaksanakan menggunakan pelbagai strategi dan instrumen pentaksiran yang bersesuaian bagi perkara yang ditaksir berdasarkan DSP. Guru juga boleh melakukan pentaksiran secara formal atau tidak formal.

d. Guru menilai prestasi murid. Guru akan merujuk DSP untuk melaporkan tahap prestasimurid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid, sama ada dalam bentuk proses, produk atau diri murid itu sendiri.

e. Murid yang tidak menguasai standard yang ditetapkan, guru akan menjalankan sesi pemulihan untuk membimbing dan membantu murid tersebut dengan menentukan strategi pengajaran yang sesuai

f. Murid yang telah menguasai standard kurikulum yang ditetapkan, guru akan merekod dan melaporkan tahap penguasaan murid serta meneruskan P&P yang berikutnya berdasarkan pemeringkatan dalam dokumen kurikulum.

g. Guru memilih tajuk untuk pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

Page 70: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Sekolah BAB 3

60

Rajah 11 menunjukkan penggunaan Standard Prestasi dalam PS.

Guru memilih tajuk yang perlu diajar

Guru merancang pengajaran, pembelajaran dan menyediakan kaedah pentaksiran

Guru melaksanakan pengajaran dan pentaksiran

Guru menilai prestasi murid

Guru merekod dan melapor tahap penguasaan murid berdasarkan evidens

Guru memilih tajuk untuk pengajaran yang seterusnya

TAMAT

Rajah 11 : Penggunaan Standard Prestasi dalam PS.

MULA

Pemulihan

Murid belum menguasai tahap

penguasaan

Murid menguasaitahap penguasaan

Page 71: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Sekolah BAB 3

61

3.6 Instrumen Pentaksiran

3.6.1 Jenis-Jenis Instrumen

Pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran yang digunakan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan ialah :

a. PemerhatianInstrumen yang memerlukan murid melakukan tugasan dengan cara melihat atau mengawasi sesuatu perkara secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa yang dihasratkan.

b. Soal Jawab

c. Pensil dan kertas / Ujian BertulisInstrumen yang menggunakan item objektif atau subjektif

d. PersembahanInstrumen yang bersifat lebih fleksibel melibatkan tugasan menyeluruh yangmerangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelbagai situasi dan konteks. Persembahan meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dan amali.

e. ProjekProjek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang ditentukan melibatkan aktiviti pengumpulan maklumat dan penyediaan laporan. Instrumen ini boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan. Pelaksanaan instrumen ini membolehkan murid mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan.

f. ProdukTugasan yang memerlukan murid melaksanakan atau membuat atau menghasilkansatu produk berdasarkan tugasan yang diberikan.

g. AmaliTugasan yang memerlukan murid mempraktikkan atau melakukan apa yang telah dipelajari dalam bentuk teori.

h. Lembaran Kerja

i. Tugasan bertulis / Karya PenulisanInstrumen yang memerlukan murid menghasilkan laporan /dokumen /karya kreativiti dalam bentuk penulisan mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan berpandukan kepada tugasan yang diberi.

j. Kuiz

k. Senarai semak

l. Tugasan rumah

Page 72: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Sekolah BAB 3

62

3.6.2 Prosedur Pembinaan Instrumen Pentaksiran

3.7 Kaedah Perekodan dan Pelaporan

3.7.1 Perekodan

Guru mata pelajaran perlu merekodkan setiap evidens yang dikuasai oleh murid dalam sistem aplikasi SPPBS pada bila-bila masa mengikut kesesuaian.

3.7.2 Pelaporan

Pelaporan ialah proses guru menentukan tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran yang diajar berdasarkan deskriptor dan evidens yang terdapat dalam DSP. Pelaporan boleh dilakukan secara formatif dan kumulatif.

a. Pelaporan Formatif

Evidens murid atau evidens bahan yang digunakan sebagai bukti pentaksiran tentang penguasaan murid.

b. Pelaporan Kumulatif

Pernyataan deskriptor yang digunakan sebagai pelaporan yang menunjukkan prestasi murid.

a. Guru merujuk kandungan fakta dalam dokumen kurikulum.

b. Guru merujuk evidens dalam DSP.

c. Guru bina instrumen pentaksiran mengikut evidens.

d. Guru menilai instrumen dari aspek sistem 9-poin.

Page 73: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

BAB 4

PENTAKSIRAN PUSAT

Page 74: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Pusat BAB 4

64

4.0 PENTAKSIRAN PUSAT

Pentaksiran Pusat (PP) adalah satu daripada komponen yang terdapat dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan ianya penting bagi menilai pengetahuan dan kemahiran murid secara menyeluruh dalam satu-satu peringkat pembelajaran. PP merupakan suatupentaksiran yang dilaksanakan oleh sekolah di mana instrumen pentaksiran, tugasan, peraturan pentaksiran, garis panduan, peraturan penskoran, penggredan dan pelaporan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

Dalam pelaksanaan PP, ianya dijalankan secara one-off sahaja, di mana pentaksiran semula tidak dibenarkan. Pelaksanaannya berdasarkan Jadual Pentaksiran Pusat yang dikeluarkan oleh LP. PP bagi peringkat sekolah rendah dilaksanakan pada Tahap 2 manakala PP bagi peringkat menengah rendah dilaksanakan di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.

Dalam melaksanakan PP di sekolah, ianya bermula selepas guru memuat turun arahan tugasan dan pelaksanaan yang dikeluarkan oleh LP. Seterusnya pihak sekolah dikehendaki menjalankan aktiviti merancang, melaksana dan menskor mengikut jadual yang ditetapkan.

4.1 OBJEKTIF PENTAKSIRAN PUSAT

a. PP menentusahkan pencapaian akademik murid dalam PS.

b. PP mengukur penguasaan pengetahuan dan kemahiran murid secara autentik.

c. PP mengukur kemahiran berfikir aras tinggi dan sahsiah dengan kepelbagaian instrumen.

Page 75: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Pusat BAB 4

65

4.2 MATA PELAJARAN PENTAKSIRAN PUSAT PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAN PERINGKAT MENENGAH RENDAH

Jadual 12 menunjukkan mata pelajaran KSSR yang melaksanakan PP pada Tahap 2.

BIL MATA PELAJARAN1 Bahasa Malaysia SK2 Bahasa Malaysia SJK3 Bahasa Inggeris SK4 Bahasa Inggeris SJK5 Bahasa Cina 6 Bahasa Cina SK 7 Bahasa Tamil8 Bahasa Tamil SK9 Matematik10 Sains11 Reka Bentuk Dan Teknologi12 Teknologi Maklumat Dan Komunikasi13 Pendidikan Jasmani14 Pendidikan Kesihatan15 Pendidikan Muzik16 Pendidikan Seni Visual17 Pendidikan Islam18 Pendidikan Moral19 Bahasa Arab20 Bahasa Iban21 Bahasa Kadazandusun

Jadual 12 : Mata Pelajaran KSSR

Page 76: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Pusat BAB 4

66

Jadual 13 menunjukkan mata pelajaran KBSM yang melaksanakan PP di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.

BIL MATA PELAJARAN1 Bahasa Melayu 2 Bahasa Inggeris3 Bahasa Arab4 Bahasa Cina 5 Bahasa Tamil 6 Bahasa Iban7 Bahasa Kadazandusun8 Mathematics9 Science10 Pendidikan Islam11 Pendidikan Moral12 Sejarah13 Geografi14 Pendidikan Seni Visual15 Pendidikan Muzik16 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan17 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan18 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal19 Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga20 Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian21 Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan

Jadual 13 : Mata Pelajaran KBSM

Page 77: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Pusat BAB 4

67

4.3 PRINSIP PENTAKSIRAN PUSAT

PP bagi peringkat sekolah rendah dan peringkat menengah rendah adalah berdasarkan kepada prinsip yang dibangunkan oleh LP. Prinsip PP dibangunkan adalah untuk memastikan pelaksanaan PP mengikut garis panduan dan peraturan yang dikeluarkan oleh LP.

Rajah 12 menunjukkan prinsip PP.

PRINSIP PENTAKSIRAN PUSAT

Format dan tugasan

disediakan oleh LP

Dilaksanakan di sekolah

Pelaporan ditentukan

oleh LP

Tugasan berbeza setiap tahun

Ditaksir oleh pihak sekolah

Penjaminan Kualiti dan Standard

dilaksanakan di pelbagai peringkat

Tempoh pelaksanaan ditentukan

oleh LP

Penskoran berdasarkan tugasan yang

diberi

Rajah 12: Prinsip Pentaksiran Pusat

Page 78: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Pusat BAB 4

68

4.4 JENIS INSTRUMEN

Pelbagai instrumen pentaksiran boleh digunakan dalam mentaksir PP bagi sesuatu mata pelajaran mengikut kesesuaian dan kebolehlaksanaan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan ialah ;

a. Tugasan bertulisTugasan yang memerlukan murid membuat laporan atau dokumen mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan, menghasilkan karya kreatif, ciptaan, gubahan dalam bentuk tulisan.

b. Kerja amaliTugasan yang memerlukan murid melakukan suatu proses kerja dan / atau menghasilkan sesuatu produk.

c. ProjekTugasan yang memerlukan murid menghasilkan produk dan membuat pelaporan tentang produk yang dihasilkan.

d. PemerhatianTugasan yang memerlukan murid memerhati atau mengawasi sesuatu perkara secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa yang dihasratkan.

e. PersembahanTugasan yang memerlukan murid menunjukkan / melakukan / beraksi / mempraktikkan sesuatu aktiviti yang mempamerkan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap secara lisan dan bukan lisan.

f. DemonstrasiTugasan yang memerlukan murid menunjuk cara dengan melakukan sesuatu aktiviti yang memberi kefahaman tentang sesuatu perkara secara lisan.

g. Kajian lapanganTugasan yang memerlukan murid membuat kajian di luar bilik darjah atau di makmal untuk mendapatkan data dan maklumat.

h. Kajian kesTugasan yang memerlukan murid membuat kajian berdasarkan data dan / atau maklumat yang diperoleh.

i. Ujian bertulisTugasan yang memerlukan murid memberikan respons secara bertulis kepadainstrumen ujian objektif atau subjektif.

j. Ujian lisanTugasan yang memerlukan murid memberi respons secara lisan.

k. KuizTugasan yang menguji pengetahuan murid dengan mengemukakan soalan-soalan untuk dijawab secara lisan atau bertulis dalam satu sesi khusus yang dirancang.

Page 79: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Pusat BAB 4

69

4.5 TUGASAN PENTAKSIRAN PUSAT

Rajah 13 : Jenis Tugasan Pentaksiran Pusat

a. Skop Tugasan

Skop tugasan PP merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum (DSK) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk peringkat sekolah rendah dan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) untuk peringkat menengah rendah.

b. Jenis Tugasan

Jenis tugasan PP terdiri daripada Tugasan Jangka Pendek (TJPk) dan Tugasan Jangka Panjang (TJPg)

JENIS TUGASAN

Tugasan Jangka Pendek(Tidak melebihi satu

minggu)

Tugasan Jangka Panjang(Tidak melebihi tiga

minggu)

i. TJPk

TJPk ialah tugasan yang dibangunkan oleh LP berdasarkan DSK / HSP mengikut tahun / tingkatan dan dilaksanakan di sekolah dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu tidak melebihi satu minggu. Konstruk yang ditaksir ialah pengetahuan, kemahiran dan nilai. TJPk disediakan lengkap dengan peraturan penskoran bagi membolehkan guru melaksanakan penskoran. Kaedah penskoran bergantung kepada tugasan yang diberi dan prestasi murid boleh dilaporkan dalam bentuk markah atau gred. Penskoran juga boleh dilaksanakan merujuk rubrik yang dibekalkan.

Tugasan mengambil kira kebolehlaksanaan dan kebolehtadbiran di sekolah. Pihak sekolah dikehendaki menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan. Tugasan ini dilaksanakan secara individu.

ii. TJPg

TJPg ialah tugasan yang dibangunkan oleh LP berdasarkan DSK / HSP mengikut tahun / tingkatan dan dilaksanakan di sekolah dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu tidak melebihi tiga minggu. Konstruk yang ditaksir ialah pengetahuan, kemahiran dan nilai. TJPg juga mengandungi peraturan penskoran bagi membolehkan guru membuat penskoran. Kaedah penskoran bergantung kepada tugasan yang diberi dan prestasi murid boleh dilaporkan dalam bentuk markah atau gred. Penskoran juga boleh dilaksanakan merujuk rubrik yang akan dikeluarkan oleh LP.

Tugasan mengambil kira kebolehlaksanaan dan kebolehtadbiran di sekolah. Pihak sekolah dikehendaki menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan. Tugasan ini boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan. Jika secara berkumpulan penskoran akan diberi secara individu.

Page 80: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Pusat BAB 4

70

Jadual 14 menunjukkan istilah dan tafsiran yang digunakan dalam PP.

ISTILAH TAFSIRAN

Penskoran Pemberian markah atau gred kepada perkara yang ditaksir berdasarkan prestasi individu merujuk kepada skema atau peraturan tertentu.

Pelaporan Rumusan prestasi individu dalam bentuk gred atau deskriptif.

Pentaksiran semula Proses melaksanakan pentaksiran kali kedua dan seterusnya.

Autentik Bukti atau evidens yang tulen yang dihasilkan dalam situasi sebenar.

Menentusahkan Mengesahkan / pembuktian kebenaran dan ketepatan sesuatu pencapaian atau penguasaan.

Rubrik Rubrik ialah alat penskoran yang secara terang menunjukkan prestasi yang diharapkan untuk sesuatu tugasan atau sesuatu kerja. Ia mengandungi set kriteria dan skor yang perlu dicapai.

Jadual 14 : Istilah dan Tafsiran yang digunakan dalam PP

c. Skor

Skor yang diberi bergantung kepada tugasan dan berbeza bagi setiap tahun. Skor yang diperoleh murid bagi sesuatu tugasan menunjukkan prestasi murid untuk sama ada TJPk atau TJPg.

Pemberian skor adalah berdasarkan kepada pencapaian individu walaupun tugasan yang dilaksanakan adalah secara berkumpulan.

Penskoran Prestasi

i. Markah

Angka yang diberi untuk menunjukkan prestasi murid dalam sesuatu mata pelajaran selepas sesuatu ujian atau pentaksiran dilaksanakan.

ii. Gred

Huruf atau angka atau kombinasi huruf dan angka bagi menunjukkan ukuran prestasi murid yang telah dirumuskan berdasarkan markah yang diperoleh.

Page 81: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Pusat BAB 4

71

4.6 PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PUSAT Pelaksanaan PP melibatkan aktiviti merancang, melaksana dan menskor di peringkat sekolah manakala penggredan dan pelaporan di LP.

Rajah 14 menunjukkan aktiviti pelaksanaan PP.

Rajah 14 : Aktiviti Pelaksanaan PP

a.

b.

c.

Merancang

Merupakan aktiviti utama dalam pelaksanaan PP. Ia bermula selepas LP mengeluarkan surat siaran tentang tarikh muat turun tugasan dan jadual pelaksanaan PP bagi tahun itu untuk setiap mata pelajaran. Pihak sekolah dikehendaki memuat turun tugasan dan menyediakan jadual pelaksanaan PP. Pihak sekolah juga dikehendaki menyediakan peralatan, bahan dan tempat bagi tujuan pentaksiran serta memperbanyakkan salinan tugasan untuk diedarkan kepada setiap murid.

Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan tempat penyimpanan evidens yang dihasilkan oleh murid.

Melaksana

Guru memberi taklimat atau penerangan kepada murid tentang tarikh, tempoh pelaksanaan, perkara yang ditaksir, peralatan yang digunakan, persediaan bahan dan aspek keselamatan sebelum murid melaksanakan tugasan yang diberi.

Guru memastikan pelaksanaan PP merujuk kepada jadual pelaksanaan yang ditetapkan dan aktiviti pentaksiran.

Menskor

Guru melaksanakan penskoran berdasarkan skema atau peraturan tertentu yang dikeluarkan oleh LP dalam tempoh yang ditetapkan. Guru dikehendaki menggunakan borang yang standard (jika ada) supaya keselarasan dapat diwujudkan antara pentaksir.

Guru menerima arahan tugasan daripada LP, menyediakan jadual pelaksanaan dan bahan

MERANCANG

Murid melakukan tugasan berdasarkan jadual yang ditetapkan

MELAKSANA

Guru mentaksir pencapaian murid berdasarkan peraturan penskoran yang dibekalkan oleh LP

MENSKOR

Page 82: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Pusat BAB 4

72

Rajah 15 menunjukkan carta alir pelaksanaan PP di sekolah.

Guru menerima arahan tugasandari LP

Penyelarasan tugasan

Guru menyediakan jadual pelaksanaan dan bahan

Murid melaksanakan tugasan

Guru memberi skor hasil kerja murid

Guru merekod prestasi murid berdasarkan skor

TAMAT

Rajah 15 : Carta Alir Pelaksanaan PP di sekolah

Penskoran tidak menepati peraturan

penskoran

Penskoran menepatiperaturan penskoran

MULA

Penyelarasan Skor

Page 83: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Pusat BAB 4

73

4.7 PERANAN PIHAK YANG TERLIBAT

PP memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid, ibu bapa dan pihak yang berkepentingan.

a. Pentadbir Sekolah

i. Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PP.

ii. Merancang pelaksanaan PP.

iii. Menyediakan peralatan, bahan dan jadual pelaksanaan PP.

iv. Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PP.

v. Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan evidens.

b. Guru

i. Melaksanakan pentaksiran.

ii. Memberi skor.

iii. Mengumpul rekod dan data pencapaian murid.

c. Murid

i. Mengetahui dan memahami tugasan.

ii. Melaksanakan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan / dijadualkan.

iii. Menghasilkan evidens.

d. Ibu Bapa

i. Mengetahui dan memahami sistem pentaksiran.

ii. Menggalakkan anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan.

e. Pihak yang berkepentingan contoh PIBG

i. Memberi pelbagai bentuk sokongan dalam aktiviti pentaksiran.

ii. Memberi komitmen terhadap usaha bagi menjayakan PP.

Page 84: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Page 85: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

BAB 5

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKANDAN KOKURIKULUM

Page 86: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5

76

5.0 PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM

PAJSK adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan serta mengukur penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum.

PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalamatau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid. PAJSK dibangunkan untuk melengkapisistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik dan bersepadu. Ia jugasejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan danperkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) sepertiyang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

5.1 KOMPONEN PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM

PAJSK merangkumi lima komponen; SEGAK, BMI, sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum seperti dalam Rajah 16.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum

SEGAK Kokurikulum

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK)

Mengukur tahap kecergasan

Sukan / Permainan

Kelab / Persatuan

Unit Uniform Ektrakurikulum

Penyertaan, Penglibatan danPencapaian dalam sukan dan permainan:-Sekolah-Daerah / Zon -Negeri-Negara-Antarabangsa

Penyertaan, Penglibatan dan Pencapaian dalam kelab dan persatuan:-Sekolah-Daerah / Zon-Negeri-Negara-Antarabangsa

Penyertaan, Penglibatan danPencapaian dalam unit uniform:-Sekolah-Daerah / Zon-Negeri-Negara-Antarabangsa

Penyertaan dan penglibatan secara sukarela di sekolah / di luar sekolah / luar negara / dalam negaraBMI

Body Mass Index (BMI)

Merekodkan tentang ketinggian dan berat badan bagi menentukan tahap jisim badan

Rajah 16 : Komponen PAJSK

Page 87: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5

77

5.2 PENTAKSIRAN SEGAK

SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan Melunjur".

a. Objektif SEGAK ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid.

b. Konstruk yang diukur:

i. Perkembangan fizikal murid

ii. Kecergasan

iii. Senaman

c. Pelaksanaan Pentaksiran SEGAK:

i. SEGAK dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada pertengahan dan akhir tahun persekolahan tahun semasa.

ii. Kemasukan skor SEGAK boleh dilakukan bermula dari awal Januari sehingga 31 Mac untuk penggal pertama dan dari awal April sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua.

iii. Semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan peringkat menengah rendah diwajibkan terlibat dalam pentaksiran ini.

iv. Guru Pendidikan Jasmani akan merekod skor murid semasa melaksanakan aktiviti SEGAK dan guru kelas akan memasukkan skor dalam aplikasi PAJSK SPPBS yang disediakan oleh LP.

v. Guru kelas mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK SPPBS.

Page 88: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5

78

5.3 PENTAKSIRAN BMI BMI dalam PAJSK tertumpu kepada mengukur berat badan dan ketinggian seseorang murid menggunakan piawaian ukuran BMI.

a. Objektif Pentaksiran BMI:

i. Mengukur BMI murid.

ii. Menentukan tahap keseimbangan lemak badan dengan ukuran ketinggian dan berat badan seseorang murid.

b. Konstruk yang diukur:

i. Tinggi

ii. Berat

iii. Tafsiran BMI

c. Pelaksanaan Pentaksiran BMI:

i. Pentaksiran BMI dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada pertengahan dan akhir tahun persekolahan tahun semasa.

ii. Kemasukan skor BMI boleh dilakukan bermula dari awal Januari sehingga 31 Mac untuk penggal pertama dan dari awal April sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua.

iii. Semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan peringkat menengah rendah diwajibkan terlibat

iv. Guru Pendidikan Jasmani merekod berat badan dan ketinggian murid serta guru kelas merekod skor BMI dalam aplikasi PAJSK SPPBS yang disediakan oleh LP.

v. Guru kelas mencetak pelaporan tafsiran BMI yang dijana oleh aplikasi PAJSK SPPBS.

Page 89: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5

79

5.4 PENTAKSIRAN SUKAN DAN KOKURIKULUM Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dalam PAJSK adalah untuk mengukur aktiviti sukan dan kokurikulum yang ditetapkan oleh KPM yang bertujuan untuk membangunkan modal insan dalam usaha memupuk nilai, sahsiah serta pembangunan diri seseorang murid. Konstruk dan pelaksanaan pentaksiran sukan dan pentaksiran kokurikulum dalam PAJSK adalah serupa.

Aktiviti sukan merangkumi aktiviti permainan dan pertandingan di peringkat sekolah, daerah /zon, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.

Aktiviti kokurikulum merangkumi aktiviti murid dalam persatuan, kelab dan pasukan beruniform di peringkat sekolah, daerah / zon, negeri, kebangsaan atau antarabangsa. (Rajah 16 menunjukkan komponen PAJSK) a. Objektif Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum ialah memberi skor kepada aktiviti sukan

dan kokurikulum murid.

Konstruk yang diukur:

i. Penyertaan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.

ii. Penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.

iii. Pencapaian atau prestasi murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.

b. Pelaksanaan Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum:

iv. Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dilaksanakan secara berterusan bagi setiap aktiviti mengikut perancangan dan pelaksanaan yang ditetapkan oleh sekolah, PPD atau JPN.

v. Semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan peringkat menengah rendah diwajibkan terlibat.

vi. Guru penasihat aktiviti sukan dan guru penasihat kokurikulum merekod setiap aktiviti sukan dan kokurikulum menggunakan Borang Rumusan Aktiviti Sukan / Kokurikulum dan guru kelas akan memasukkan skor dalam aplikasi PAJSK SPPBS yang disediakan oleh LP.

vii. Guru kelas mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK SPPBS apabila diperlukan.

viii. Pemberatan wajaran aktiviti sukan dan kokurikulum adalah berdasarkan tiga aspek seperti dalam Jadual 15.

Page 90: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5

80

Aspek Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum seperti dalam Jadual 15.

Aspek(110 Markah)

Penglibatan(50 Markah)

Penyertaan (40 Markah)

Prestasi(20 Markah)

Elemen Elemen Elemen

Jawatan Peringkat KomitmenKhidmat

Sumbangan Kehadiran Pencapaian

Nilai Skor Nilai Skor Nilai Skor10 20 10 10 40 20

Jadual 15 : Aspek Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum

Page 91: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5

81

5.5 PENTAKSIRAN AKTIVITI EKSTRAKURIKULUM

Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum merupakan satu usaha untuk mendapatkan maklumat, membuat penilaian dan memberi skor untuk aktiviti bermanfaat yang dijalankan sama ada di sekolah atau di luar waktu persekolahan dan mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga dan pengesahan pihak sekolah. Aktiviti ekstrakurikulum merupakan aktiviti yang boleh membentuk keperibadian yang terpuji, membina sahsiah yang baik, mendorong melakukan kerja amal untuk kepentingan masyarakat setempat dan umum.

a. Objektif Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum adalah untuk mengumpul maklumat dan memberi skor kepada aktiviti ekstrakurikulum murid.

b. Konstruk yang diukur:

i. Perkhidmatan

ii. Anugerah daripada badan-badan lain

iii. Khidmat masyarakat

iv. Program NILAM

c. Pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum:

i. Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun semasa dan pada bila-bila masa di luar waktu persekolahan.

ii. Penglibatan murid adalah secara sukarela. Penyertaan dan keselamatan murid dalam aktiviti ekstrakurikulum adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa, waris atau penjaga.

iii. Pengesahan aktiviti ekstrakurikulum murid hendaklah dibuat melalui tandatangan dan cap penganjur.

iv. Guru kelas merekod aktiviti ekstrakurikulum menggunakan Borang Rumusan Aktiviti Ekstrakurikulum dan memasukkan skor dalam aplikasi PAJSK SPPBS yang disediakan oleh LP di hujung persekolahan.

v. Guru kelas mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK SPPBS apabila diperlukan.

vi. Pemberatan wajaran aktiviti ekstrakurikulum adalah berdasarkan empat aspek iaitu perkhidmatan, anugerah daripada badan-badan lain, khidmat masyarakat dan program NILAM.

Page 92: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5

82

Aspek penglibatan murid merangkumi empat elemen seperti dalam Jadual 16.

Aspek Elemen Skor

Perkhidmatan Jawatan 10

Anugerah Rujuk Dokumen Anugerah 10

Khidmat Masyarakat Komitmen 10

NILAM Rujuk Dokumen NILAM 10

Jadual 16 : Jadual Elemen Berdasarkan Aspek Ekstrakurikulum

5.6 BORANG-BORANG PAJSK

5.6.1 Borang Rekod SEGAK dan BMI

5.6.2 Borang Rekod Kehadiran

5.6.3 Borang Rumusan Aktiviti Sukan / Kokurikulum

5.6.4 Borang Rumusan Aktiviti Ekstrakurikulum

Page 93: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5

83

BORANG REKOD SEGAK DAN BMI(BORANG HENDAKLAH DIISI OLEH GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN

JASMANI)

NAMA MURID KELAS

PERKARA PENGGAL 1 PENGGAL 2

BODY MASS INDEX(BMI)

Tarikh: Tarikh:

SEGAK

UJIAN NAIK TURUN BANGKU

Tarikh:

UJIAN NAIK TURUN BANGKU

Tarikh:

UJIAN TEKAN TUBI

Tarikh:

UJIAN TEKAN TUBI

Tarikh:

UJIAN RINGKUK TUBI SEPARA

Tarikh:

UJIAN RINGKUK TUBI SEPARA

Tarikh:

UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR

Tarikh:

UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR

Tarikh:

.................................................. ...............................................................Tanda tangan murid Pengesahan Guru Mata Pelajaran Pendidikan

Jasmani

( ) ( )Nama Murid Nama dan Cap Guru

Catatan: *Murid berkeperluan khas dikecualikan * sila tanda jika berkenaan

BERAT

BADAN (kg)

BERAT

BADAN (kg)

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5

83

BORANG REKOD SEGAK DAN BMI(BORANG HENDAKLAH DIISI OLEH GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN

JASMANI)

NAMA MURID KELAS

PERKARA PENGGAL 1 PENGGAL 2

BODY MASS INDEX(BMI)

Tarikh: Tarikh:

SEGAK

UJIAN NAIK TURUN BANGKU

Tarikh:

UJIAN NAIK TURUN BANGKU

Tarikh:

UJIAN TEKAN TUBI

Tarikh:

UJIAN TEKAN TUBI

Tarikh:

UJIAN RINGKUK TUBI SEPARA

Tarikh:

UJIAN RINGKUK TUBI SEPARA

Tarikh:

UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR

Tarikh:

UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR

Tarikh:

.................................................. ...............................................................Tanda tangan murid Pengesahan Guru Mata Pelajaran Pendidikan

Jasmani

( ) ( )Nama Murid Nama dan Cap Guru

Catatan: *Murid berkeperluan khas dikecualikan * sila tanda jika berkenaan

BERAT

BADAN (kg)

BERAT

BADAN (kg)

Page 94: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5

84

BORANG REKOD KEHADIRAN / PENYERTAAN UNTUK SUKAN / KOKURIKULUM / EKSTRAKURIKULUM

TAHUN…………….

NAMA SEKOLAH KATEGORI KEGIATAN JAWATAN

NAMA MURID TINGKATAN/KELAS

Bil Aktiviti Tarikh T.T.Guru

Penasihat / Penganjur

1 2 3 4 5 6 7 8 9

10 11 12 13 14 15 16 17 18 19

NAMA GURU PENASIHAT 1 2 3 4 5

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5

84

BORANG REKOD KEHADIRAN / PENYERTAAN UNTUK SUKAN / KOKURIKULUM / EKSTRAKURIKULUM

TAHUN…………….

NAMA SEKOLAH KATEGORI KEGIATAN JAWATAN

NAMA MURID TINGKATAN/KELAS

Bil Aktiviti Tarikh T.T.Guru

Penasihat / Penganjur

1 2 3 4 5 6 7 8 9

10 11 12 13 14 15 16 17 18 19

NAMA GURU PENASIHAT 1 2 3 4 5

84

Page 95: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5

85

Page 96: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5

86

Page 97: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

BAB 6

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

Page 98: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Psikometrik BAB 6

88

6.0 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

PPsi ialah suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan tret psikologi. Tret psikologi yang diukur merangkumi aptitud dan personaliti murid. Hasil dapatan PPsi dapat digunakan untuk membantu mempertingkatkan pembelajaran murid.

PPsi menggunakan instrumen pentaksiran yang tidak berasaskan kurikulum dan prosespengajaran dan pembelajaran. PPsi mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dankebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran.

Manual Pentaksiran Psikometrik diedarkan kepada sekolah sebagai panduan melaksanakan PPsi.

6.1 KOMPONEN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

Komponen PPsi yang diuji di peringkat menengah rendah terdiri daripada Ujian Aptitud dan Ujian Personaliti seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 17.

PentaksiranPsikometrik

Aptitud Personaliti

Aptitud Am

Aptitud Khusus Tret Minat

Kerjaya

Rajah 17: Komponen dalam Pentaksiran Psikometrik

Page 99: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Psikometrik BAB 6

89

6.2 UJIAN APTITUD KHUSUS

Ujian Aptitud Khusus ialah instrumen untuk mendapatkan maklumat khusus tentang struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid.

a. Objektif Ujian Aptitud Khusus:

i. Mengenal pasti potensi murid pada peringkat umur tertentu.

ii. Membantu guru mengenal pasti strategi, kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan.

iii. Membantu murid mengenal potensi diri.

iv. Meramalkan kejayaan murid dalam alam pembelajaran dan kerjaya.

b. Konstruk Ujian Aptitud Khusus:

i. Verbal Linguistik (pintar perkataan): keupayaan seseorang individu menggunakan bahasa, memahami maklumat dan memberi respons dalam pelbagai bentuk set komunikasi.

ii. Visual – Ruang – Bukan Verbal (pintar visual dan ruang): keupayaan seseorang individu mengguna, menganggar dan mengintepretasi ruang.

iii. Logik Matematik (pintar nombor): keupayaan seseorang individu menggunakan nombor dalam kehidupan seharian untuk membuat penyelesaian secara logikal.

iv. Muzik (pintar muzik): keupayaan seseorang individu menghargai, menghayati dan menggubah muzik.

v. Naturalis (pintar alam semulajadi): keupayaan seseorang individu mengenalpasti, menghargai alam semulajadi.

vi. Kinestatik – Jasmani (pintar jasmani): keupayaan seseorang individu mengawal dan memahami pergerakan tubuh.

vii. Interpersonal (pintar sosial): keupayaan seseorang individu berkomunikasi, berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain.

viii. Intrapersonal (pintar kendiri):

keupayaan seseorang individu memahami dan menilai kekuatan, kelemahan, bakat dan minat kendiri.

ix. Existential (pintar kewujudan) : peka dan berkebolehan membincangkan hal-hal kewujudan seperti mencari makna dalam kehidupan.

c. Pelaksanaan Ujian Aptitud Khusus:

i. Ujian ini dilaksanakan kepada murid Tingkatan Tiga.

Page 100: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Psikometrik BAB 6

90

ii. Instrumen Ujian Aptitud Khusus disediakan oleh LP.

iii. Pelaporan akan disediakan oleh pihak sekolah.

6.3 UJIAN PERSONALITI Ujian Personaliti ialah instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang sahsiah unik setiap murid. Ujian personaliti terbahagi kepada dua inventori iaitu inventori tret personaliti dan inventori minat kerjaya.

a. Objektif Ujian Personaliti:

i. Membantu guru mengenal pasti personaliti murid supaya dapat menggunakan strategi P&P yang sesuai.

ii. Membantu murid dan ibu bapa mengenal pasti personaliti murid dan menyedari potensi diri.

iii. Menyediakan profil murid yang lengkap untuk rujukan dan kegunaan dalam pendidikan dan perkembangan individu.

b. Instrumen

i. Inventori Tret Personaliti

Konstruk dalam Inventori Tret Personaliti yang ditaksir adalah bersesuaian dengan budaya dan keperluan di Malaysia.

ii. Inventori Minat Kerjaya

Konstruk dalam Inventori Minat Kerjaya yang ditaksir adalah berdasarkan Teori Tipologi Holland.

c. Pelaksanaan Ujian Personaliti:

i. Ujian ini dilaksanakan pada bila-bila masa mengikut keperluan dan tidak berjadual.

ii. Inventori Tret Personaliti diwajibkan untuk murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.

iii. Inventori Minat Kerjaya diwajibkan untuk murid Tingkatan Satu, Tingkatan Tiga dan Tingkatan 5.

iv. Instrumen disediakan oleh LP dan ditadbir oleh sekolah.

v. Pelaporan disediakan oleh pihak sekolah.

Page 101: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Psikometrik BAB 6

91

Rajah 18 menunjukan konstruk dan keterangan Inventori Tret Personaliti.

Konstruk Keterangan

Intelektual Individu yang berminat kepada aktiviti-aktiviti yang memberikan cabaran dari segi intelektual. Mementingkan aktiviti yang berbentuk kognitif dan ilmiah.

Kreatif Individu yang berkebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan idea baharu dan asli.

Kepelbagaian Individu yang dapat menghayati pelbagai situasi bagi mendapatkan pengalaman baharu ke arah perubahan yang berterusan.

Struktur Individu yang suka kepada kekemasan, kebersihan serta perkara-perkara yang berstruktur, berulang-ulang dan terperinci. Individu mempunyai pendirian dan keputusan yang tetap.

Analitikal Individu yang sangat sensitif kepada persekitaran, suka membuat pemerhatian dan akan menganalisis sesuatu perkara sebelum membuat sesuatu keputusan. Sukar mempercayai sesuatu tanpa fakta dan sangat berhati-hati dalam membuat keputusan.

Menolong Individu yang berkeinginan untuk menunjukkan atau meluahkan simpati, kasih sayang dan juga memberi bantuan serta membuat kebaikan kepada orang lain.

Ekstrovert Individu yang suka dikelilingi, berinteraksi dan bekerja dengan orang ramai.

Kritik Diri Individu beranggapan bahawa orang lain adalah lebih baik daripada dirinya.

Autonomi Individu yang lebih sukakan kebebasan dalam tindakan dan dapat mengawal serta menentukan aktiviti-aktiviti hariannya.

Agresif Individu yang terlalu kritikal terhadap orang lain, tegas, berani dan tidak suka dimanipulasi.

Pencapaian Individu yang bermotivasi, mahukan status yang tinggi dan suka kepada persaingan.

Resilien Individu yang cekal dan bermotivasi untuk menghabiskan atau menyelesaikan semua tugas.

Mengawal Individu yang suka mengawal orang lain atau lebih suka memimpin daripada dipimpin.

Wawasan Individu yang boleh menjangkau, melihat, membayangkan masa hadapan dengan jelas dan pandangannya terperinci. Individu sentiasa bertenaga dan sangat efektif dalam sesuatu kerja. Melihat perkara besar yang tidak dilihat oleh orang lain

Kejujuran Individu yang ikhlas dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Rajah 18 : Konstruk Dan Keterangan Inventori Tret Personaliti

Page 102: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Psikometrik BAB 6

92

Rajah 19 menunjukan konstruk dan keterangan Inventori Minat Kerjaya

Konstruk Keterangan

Realistik (Membuat)

Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan.

Contoh pekerjaan: jurutera, jurubina, animator, pengaturcara komputer, juruterbang, ahli radiologi, pustakawan, juruteknik elektronik, chef, atlet, ahli bomba dan penyelamat, pemandu, tentera, operator mesin, mekanik, ahli perkebunan dan pembuat perabot.

Ciri-ciri personaliti: praktikal, mekanikal, materialistik, suka menggunakan peralatan dan mesin, introvert, akur, natural (semula jadi), berhemah, tulen, tegas dan berprinsip.

Investigatif(Memikir)

Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.

Contoh pekerjaan: pegawai perubatan, aktuari, ahli farmasi, psikatrik, ahli ekonomi, ahli kajicuaca, ahli biologi, ahli botani, ahli agronomi, ahli fizik, ahli kaji bintang, ahli kimia, ahli kajibumi, penyelidik sains, angkasawan, ahli antropologi, profesor, guru sains dan matematik.

Ciri-ciri personaliti: analitikal, rasional, teliti, intelektual, introvert, introspektif, optimistik, ingin tahu, teoris, jitu dan pemerhati.

Artistik(Mencipta)

Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original, bebas, kreatif, inovatif dan artistik. Suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang-ulang. Mempunyai apresiasi yang tinggi dan menghargai hasil seni kreatif.

Contoh pekerjaan: arkitek, penulis seni kreatif, artis, pemimpin orkestra, pengubah lagu, pengarang, pelukis, wartawan hiburan, kartunis, pereka grafik, pereka fesyen, juruhias dalaman, jurufoto, dan jurusolek.

Ciri-ciri personaliti: imaginatif, intuitif, ekspresif, estetik, emosional, introspektif, reflektif, tulen, bebas, sensitif dan idealistik.

Page 103: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Pentaksiran Psikometrik BAB 6

93

Sosial(Menolong)

Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi, kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial.

Contoh pekerjaan: guru, pensyarah, kaunselor, pekerja sosial, pegawai perhubungan awam, penyambut tetamu, pegawai kebajikan, jururawat, paramedik, pramugari / pramugara dan pemandu pelancong.

Ciri-ciri personaliti: suka bersosial, suka menolong, bekerjasama, mesra, peramah, sabar, ekstrovert, empati, baik hati, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

Enterprising(Memujuk)

Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan, perniagaan dan keusahawanan. Wujudnya suasana pengaruh-mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.

Contoh pekerjaan: usahawan, pengarah syarikat, spekulator, eksekutif pengiklanan, eksekutif pemasaran, agen insuran, pengarah publisiti, peguam, ahli politik, pengurus hotel, pengurus bank, wartawan, jurujual, jurulatih dan agen pelancongan.

Ciri-ciri personaliti: kepimpinan, sukakan pencapaian, bertenaga, daya pujuk yang tinggi, suka mempengaruhi, kebolehan manipulasi, suka meneroka (adventurous), yakin diri, optimistik, mudah mesra, berwawasan, bercita-cita tinggi, berusaha, sosial, suka menonjolkan diri, ekstrovert dan bijak berkomunikasi.

Konvensional(Mengurus)

Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor, dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan.

Contoh pekerjaan: kerani, setiausaha, penyimpan kira-kira, guru perdagangan, guru perakaunan, akauntan, jurutrengkas, pegawai bank, pegawai cukai, operator komputer, penilai harta, juru audit, juruwang dan pegawai perangkaan.

Ciri-ciri personaliti: berstruktur tinggi, teliti, daya tahan tinggi, akur, praktikal, mengikut aturan, defensif, menurut perintah, cermat, cekap dan rutin.

Rajah 19 : Konstruk Dan Keterangan Inventori Minat Kerjaya

Page 104: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Page 105: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

BAB 7

SISTEM PENGURUSANPENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

(SPPBS)

Page 106: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) BAB 7

96

7.0 SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan secara berterusan bagi melihat perkembangan murid secara menyeluruh. Sehubungan dengan itu, selaras dengan konsep ICT sebagai pengupaya, LP telah menyediakan sistem aplikasi SPPBS bagi tujuan merekod dan menyimpan data akademik dan bukan akademik. Data-data yang disimpan dapat diautomasikan dengan cekap danberkesan bagi penghasilan pelaporan sama ada di peringkat sekolah, PPD, JPN atau KPM.

Panduan penggunaan sistem ini boleh dimuat turun sama ada melalui laman web LP http://www.moe.gov.my/lp atau pada menu BANTUAN di dalam sistem SPPBS.

Lembaga Peperiksaan juga telah mewujudkan Meja Bantuan peringkat pertama yang bertanggungjawab sebagai ’Single point of contact’ berkaitan aplikasi SPPBS kepada pengguna.

Meja Bantuan SPPBS boleh dihubungi melalui:

[email protected]• Telefon 03-8884 3158• Faks 03-8884 3156

Page 107: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

LAMPIRAN

Page 108: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

LAMPIRAN 1

Page 109: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Page 110: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Page 111: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Page 112: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Page 113: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Page 114: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

LAMPIRAN 2

Page 115: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Page 116: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Page 117: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

LAMPIRAN 3

Page 118: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

LAMPIRAN 4

Page 119: Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012