soalan bm 1 pmr aras mudah

13
1 PMR BAHASA MELAYU KERTAS 1 1 JAM Arahan am: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Soalan 1 - 7 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Sepanjang saya bersekolah di situ, saya tidak____________ dikenakan tindakan disiplin. A akan B pernah C dapat D boleh 2. ” _____________ akan berangkat untuk pergi menunaikan haji pada malam ini juga,” titah sultan. A Saya B Beta C Patik D Hamba

Upload: florence-lee

Post on 19-Jun-2015

607 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan bm 1 pmr aras mudah

1

PMR

BAHASA MELAYU

KERTAS 1

1 JAM

Arahan am: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan

diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu

jawapan sahaja.

Soalan 1 - 7

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Sepanjang saya bersekolah di situ, saya tidak____________ dikenakan tindakan

disiplin.

A akan

B pernah

C dapat

D boleh

2. ” _____________ akan berangkat untuk pergi menunaikan haji pada malam ini juga,” titah

sultan.

A Saya

B Beta

C Patik

D Hamba

Page 2: Soalan bm 1 pmr aras mudah

2

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Hj.Rosli menerima sepucuk surat ___________ rakannya yang berada di Sarawak.

A daripada

B untuk

C pada

D dari

4. Kamu ____________ datang ke rumah saya esok jika kamu kelapangan.

A sudah

B pernah

C boleh

D masih

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Kami melihat kerja-kerja ______________ daun teh ketika melawat ke Cameron

Highlangs.

A mencantas

B memotong

C memetik

D mencabut

Page 3: Soalan bm 1 pmr aras mudah

3

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah

6. Banyak ____________ tidak melepaskan peluang untuk menaiki kereta lembu jika

berkunjung ke Melaka.

A pelancong

B pengembara

C pemerhati

D pelawat

7. _____________ kah cara kamu menyelesaikan masalah itu?

A Bagaimana

B Berapa

C Mana

D Siapa

Soalan 8 - 14

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan

itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan

D.Pilih jawapan yang paling sesuai.

8. Anak lembu kepunyaan Pak Rahman yang sedang meragut rumput di tepi A B belukar itu dimakan oleh seekor ular sawa. Tiada kesalahan. C D

Page 4: Soalan bm 1 pmr aras mudah

4

9. Pihak Kesultanan Sulu yang bertapak di Lahad Datu perlu serah diri sebelum A B digempur oleh pasukan keselamatan negara.Tiada kesalahan. C D

10. Jalan menuju ke kawasan pedalaman i tu l intang-pukang bagai

A B C

ular kena palu. Tiada kesalahan

D

11. Lima buah senapang M16 berjaya dirampas oleh pihak Polis semasa mengeledah kem

A B

latihan musuh di Pulau Angsa baru-baru ini. Tiada kesalahan.

C D

12. Suara penyanyi itu sungguh enak apabila mendendangkan lagu sempena majlis

A B

perkahwinan kakak saya. Tiada kesalahan.

C D

13. Kapal perang tentera Amerika karam di Laut Pasifik setelah dibom oleh jet pejuang

A B

tentera Jepun semasa peperangan dunia kedua. Tiada kesalahan.

C D

14. Encik Wan Adnan memberitahu pekerjanya lalu dia akan bercuti selama seminggu.

A B C Tiada kesalahan. D

Page 5: Soalan bm 1 pmr aras mudah

5

Soalan 15 - 17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

15. I Bunga mawar yang dibeli oleh emak berkedut kerana dilanggar orang semasa

menaiki bas.

II Dokumen penting itu telah berkedut kerana direnyukkan oleh adik sebentar tadi.

III Kulit nenek berkedut kerana usianya yang sudah lanjut.

IV Kain baju yang tidak berlipat itu berkedut seribu dan perlu digosok.

A I dan II sahaja

B III dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja

D II, III, dan IV sahaja

16. I Hajah Mariam suka makan nasi kerabu.

II Hari yang paling Cikgu Aminah suka ialah hari ulang tahun perkahwinannya.

III Orang yang banyak suka ialah orang yang paling bahagia dalam hidupnya.

IV Jangan suka berlebihan nanti ditimpa duka.

A I dan II sahaja

B I, II, dan IV sahaja

C III dan IV sahaja

D II, III, dan IV sahaja

17. I Perniagaan En.Wee sudah jatuh.

II Pokok kelapa di depan rumah Kamal baru sahaja jatuh ditiup angin.

III Kesultanan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.

IV ”Pegang pinggan itu baik-baik supaya tidak jatuh nanti,” kata ibu.

A I dan II sahaja

B II dan III sahaja

C III dan IV sahaja D II, III, dan lV sahaja

Page 6: Soalan bm 1 pmr aras mudah

6

Soalan 18 - 21

Sebahagian daripada ayat-ayat berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin

mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda

menganggap bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah

menandakan A, B, atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan, tandakan D.

18 Faruqi sering mengingati terhadap nasihat Cikgu Eh Chat supaya belajar dengan bersungguh-

sungguh.

A sering teringat

B sering teringat akan

C sering mengingatkan

D sering mengingati terhadap

19 Banyak buah-buahan yang dijual oleh Wak Jono dibawa dari dusunnya di Muar.

A Pelbagai jenis buah-buahan

B Pelbagai buah-buahan

C Banyak buah-buahan

D Buah-buahan

20 Beberapa lori yang membawa balak telah terbalik apabila melanggar seekor gajah.

A Beberapa buah lori-lori

B Beberapa buah lori

C Beberapa lori

D Berapa lori

21 Ketua Polis Negara mengucapkan syabas diatas keberanian anggotanya dalam menjalankan tugas

di Sabah.

A atas keberanian anggotanya

B ke atas keberanian anggotanya

C di atas keberanian anggotanya

D diatas keberanian anggotanya

Page 7: Soalan bm 1 pmr aras mudah

7

Soalan 22 - 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau mahsud yang paling hampir dengan ayat yang

dicetak tebal.

22 Memancing merupakan hobi yang menyeronokkan untuk memenuhi masa lapang.

A Seronok apabila memancing semasa masa lapang.

B Hobi memancing boleh memenuhi melalui masa lapang.

C Masa lapang atau masa senggang perlu dipenuhi dengan memancing.

D Masa lapang boleh dipenuhi dengan hobi memancing yang menyeronokkan.

23 Mangsa banjir dipindahkan ke sekolah-sekolah yang berdekatan

A Sekolah-sekolah yang berdekatan menjadi tempat perpindahan mangsa banjir

B Sekolah-sekolah yang berdekatan menjadi mangsa perpindahan banjir.

C Musim banjir selalu menyebabkan penduduk terpaksa berpindah.

D M an gs a b an j i r p e r lu be r p i nd ah ap ab i l a b an j i r b e r l ak u

24 Cikgu Rosl i menangkap beberapa orang pelajar yang merokok d i

dalam tandas .

A Cikgu Rosli berada di dalam tandas apabila menangkap beberapa orang

pelajar.

B Pelajar yang merokok perlu diambil tindakan yang sewajarnya oleh Cikgu

Rosli. .

C Beberapa orang pel a ja r t e lah d i t angkap o leh Cikgu Ros l i d i da lam

tandas ke rana merokok

D Pagi tadi Cikgu Rosli ke tandas untuk menangkap pelajar yang merokok.

Page 8: Soalan bm 1 pmr aras mudah

8

Soalan 25 - 27

Pilih ayat-ayat yang betul.

25 I Dua ekor kerbau mati digelek kereta api dari Kuala Lumpur malam

tadi .

II. Ayah berjanji akan membawa kami pergi makan angin di Pulau Tioman

III Penduduk kampung saling tolong-menolong untuk menjayakan majlis perkahwinan

anak Penghulu Ali

IV ”Nyanyikan saya sebuah lagu,” pinta Siti.

A I, II dan III sahaja

B II, III dan IV sahaja

C II dan III sahaja

D II dan IV sahaja

26 I Jamuan tengahari yang diadakan diHotel Riverview terpaksa dibatalkan

II Gencatan senjata perlu dilakukan demi keselamatan penduduk setempat.

III Pelbagai barang perhiasan ada dijual di kedai cenderahati itu.

IV Perjanjian Pangkor telah ditandatangani di Pulau Pangkor pada tahun

1875.

A I, III dan IV sahaja

B II, III dan IV sahaja

C I, II dan IV sahaja

D I, II, III dan IV

Page 9: Soalan bm 1 pmr aras mudah

9

27 I Pertempuran itu berlanjutan hampir tiga setengah jam.

II Halaman rumah Mak Wan sungguh ceria kerana dia pembersih orangnya

III Gaya hidup sihat patut diamalkan oleh setiap orang.

IV Pelancong dari luar negara semakin tertarik akan negara kita.

A I dan IV sahaja

B II dan III sahaja

C II, III, dan IV sahaja

D I, II, III, dan IV

Soalan 28 - 30

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pemyataan-pernyataan yang

berikut.

Kera mendapat bunga 28 Peribahasa di atas bermaksud

A Orang yang tidak tahu menghargai sesuatu yang elok

B Orang yang memperoleh sesuatu yang diidam-idamkan

C Orang yang mendapat hadiah istimewa

D .Orang yang menerima rasuah

29 Ramlah ialah____________Ramli sejak di bangku sekolah lagi.

A buah hati

B buah tangan

C buah fikiran

D buah mulut

Page 10: Soalan bm 1 pmr aras mudah

10

30 Fatin dan Farah selalu bergaduh walaupun mereka adik beradik. Perangai mereka diibaratkan..

A seperti ayam dengan itik

B seperti katak bawah tempurung

C seperti anjing dengan kucing

D seperti tikus baiki labu

Soalan 31 - 35

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

CIKGU HALIL : (Suara tinggi) Hari ini ada sesuatu yang ingin saya cakapkan. Masalah disiplin

antara murid semua. Disiplin sudah mulai merosot sejak kebelakangan ini. Sebentar tadi,

Zalina telah memberi saya sepucuk surat. Kenapa ini terus terjadi? Semasa bersekolah, kamu

semua dilarang berutus surat yang boleh menjatuhkan moral kamu. (Mengangkat surat)

Siapa yang tulis surat ini? Masing-masing pandang-memandang sesama sendiri.

ZALINA tunduk

CIKGU HALIL : Lebih baik kamu mengaku.

BADAR : (Berani) Saya cadangkan kita tubuhkan jawatankuasa penyiasat kelas ini.

CIKGU HALIL : Cadangan yang baik, sebelum saya sendiri menyiasat. Lebih baik kamu mengaku.

Jika kamu mengaku, saya tidak akan mengenakan sebarang hukuman.

ZALI tunduk.

CIKGU HALIL : Baiklah. Jika kamu semua tidak mengaku, keluarkan buku latihan Bahasa Melayu

dan buku karangan kamu. Letak di atas meja. Semua murid mengeluarkan buku.

CIKGU HALIL : Zalina, pastikan semua sudah mengeluarkan buku.

ZALINA : (Bangun) Baik, Cikgu. Zalina memeriksa setiap meja.

ZALINA : Zali tertinggal buku latihan, cikgu.

CIKGU HALIL : Tidak mengapa, asalkan ada buku karangan. CIKGU HALIL meneliti setiap buku

sepintas lalu. Tiba di meja ZALI, dia berhenti agak lama.

(Dipetik daripada Drama, Surat Untuk Ina

antologi Kasut Kelopak Jantung, Tingkatan 1,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

Page 11: Soalan bm 1 pmr aras mudah

11

31. Mengapakah Cikgu Halil meninggikan suaranya?

A kerana terdapat murid yang ponteng sekolah.

B kerana terdapat murid yang mengutus surat di sekolah.

C kerana terdapat murid yang merokok di sekolah

D kerana terdapat murid yang tidak siap kerja sekolah.

32. Apakah yang dicadangkan oleh Badar?

A. mengupah penyiasat persendirian.

B membuat laporan kepada pihak Polis.

C menubuhkan jawatankuasa penyiasat

D mengadakan mesyuarat jawatankuasa kelas.

33. Di manakah peristiwa ini berlaku?

A di kantin sekolah

B di makmal sains

C di bilik kelas

D di kedai buku

34. Yang berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam drama ini.

A Kita mestilah sentiasa berjimat cermat.

B Kita mestilah berusaha supaya berjaya.

C Kita hendaklah sentiasa membaca surat.

D Kita haruslah mengaku kesalahan yang kita lakukan.

35. Apakah kesudahan drama ini?

A Zalina memaafi Zali.

B Zali kena tangkap oleh polis.

C Zalina berhenti sekolah.

D Zali lari dari kelas.

Page 12: Soalan bm 1 pmr aras mudah

12

Soalan 36 - 40

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Burung-burung Pagi

Kau telah bangun

Mengirai sayapmu

Entah siul keberapa kau nyanyikan

Membuka mataku

Aku bangun

Masih kuap sekali di pintu

Dan setompok cahaya matahari di dadaku

Kerjaku sudah menanti

Kulihat kau mematuk pasir pertama

Melintas kota tandus dari pepohon

Apakah ada ulat-ulat lemak bagimu

Atau secebis roti busuk

Dan remah anak-anak sekolah

Rezekimu

Bagiku kota ini terlalu sempit bagimu

Tapi kau yang hanya

Sejemput daging

Begitu yakin dengan

Sayapmu yang kecil

A Wahab Ali

(Dipetik daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius , Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Page 13: Soalan bm 1 pmr aras mudah

13

36. Siapakah ’kau’ yang dimaksudkan dalam baris-baris sajak rangkap pertama?

A Pekerja kilang.

B Seekor burung.

C Kupu-kupu malam

D Seorang pejuang.

37 Penyajak amat mengagumi semangat burung kerana

A selalu bangun pagi

B suka senaman

C suka makan roti

D gigih berusaha mencari rezeki

38 Antara nilai yang terkandung dalam sajak ini termasuklah

A semangat patriotik

B rendah diri

C baik hati

D kegigihan

Kota tandus

39 Apakah unsur keindahan bahasa yang digunakann dalam baris sajak di atas?

A inversi

B metafora

C paradoks

D hiperbola

40 Apakah tema sajak ini?

A Hidup yang bahagia

B Taat kepada ibu bapa

C Kegigihan mencari rezeki

D Tanggungjawab kepada negara