aras sukar - latihan

21
1 PERBENGKELAN IMBUHAN: Imbuhan tergolong dalam empat jenis : Imbuhan awalan Imbuhan akhiran Imbuhan apitan Imbuhan pinjaman Imbuhan Awalan Imbuhan Awalan Contoh beR- berdiri,berbunga,berlawan,bersepah meN- mencuri, menulis, membaca, menarah se- sehari,serumah,sepinggan,sebagai pe- penulis,pemborong, peramah, pesalah di- dibasuh, dimasak, ditendang, direbus mempeR- memperisteri, memperbesar, memperlebar Imbuhan Akhiran Imbuhan Akhiran Contoh -an pindaan, amalan, lautan, makanan -i baiki, tangisi, dekati, hampiri, jauhi -kan larikan, belikan, ceritakan, sampaikan Latihan 1: Tulis BETUL bagi perkataan yang betul ejaannya dan SALAH bagi perkataan yang salah ejaannya. 1. memperdalam : ………….. 2. menggosok:……………. 3. berbaik: …………….. 4. mengkirim:…………… 5. masakkan:…………… 6. dandanan :…………….. 7. menyangkul:…………… 8. berkerjasama:……………… 9. kesejukan :……………… 10. mengelap :………………

Upload: adle-fahsha

Post on 15-Dec-2014

142 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

latihan bm1

TRANSCRIPT

Page 1: Aras Sukar - Latihan

1

PERBENGKELAN

IMBUHAN:

Imbuhan tergolong dalam empat jenis :

Imbuhan awalan

Imbuhan akhiran

Imbuhan apitan

Imbuhan pinjaman

Imbuhan Awalan

Imbuhan Awalan Contoh

beR- berdiri,berbunga,berlawan,bersepah

meN- mencuri, menulis, membaca, menarah

se- sehari,serumah,sepinggan,sebagai

pe- penulis,pemborong, peramah, pesalah

di- dibasuh, dimasak, ditendang, direbus

mempeR- memperisteri, memperbesar, memperlebar

Imbuhan Akhiran

Imbuhan Akhiran Contoh

-an pindaan, amalan, lautan, makanan

-i baiki, tangisi, dekati, hampiri, jauhi

-kan larikan, belikan, ceritakan, sampaikan

Latihan 1:

Tulis BETUL bagi perkataan yang betul ejaannya dan SALAH bagi perkataan yang

salah ejaannya.

1. memperdalam : …………..

2. menggosok:…………….

3. berbaik: ……………..

4. mengkirim:……………

5. masakkan:……………

6. dandanan :……………..

7. menyangkul:……………

8. berkerjasama:………………

9. kesejukan :………………

10. mengelap :………………

Page 2: Aras Sukar - Latihan

2

Latihan 2:

Tulis ayat di bawah ini semula dengan melengkapkan imbuhan awalan atau akhiran yang

sesuai pada kata-kata yang tertentu.

1. Masa pandu di jalan raya, kita hendaklah berhati-hati.

2. Sejak belakang ini, hasil tangkap nelayan makin kurang.

3. Tugas orang jururawat ialah jaga dan rawat orang sakit.

4. Dua orang jenayah telah jaya meloloskan diri daripada kepung pihak polis.

5. Cikgu Ali suruh kami pakai pakaian sukan masa latih di padang.

Latihan 3:

3. Dia hampir …………apabila kakinya tersepak batu

di tepi jalan itu.

A terpusing B tersungkur

C terbalik

2. Orang tua itu terpaksa ……………….untuk berjalan

kerana kakinya tidak kuat.

A berkayu B bersimen

C berkuda D bertongkat

1. Persembahan penyanyi Norfaizah pada malam itu

berjaya………………. hati penonton.

A mencuit B mengangkat

C memikat

4. Samad …………. kayu dengan menggunakan

sebilah kapak.

A terbelah B belahkan

C membelah

Page 3: Aras Sukar - Latihan

3

Betulkan ayat di bawah:

1. Tolong membuka pintu itu.

2. Tolong mengemaskan alat-alat mainan itu.

3. Tolong mengasahkan pensel saya.

4. Tolong menggunting kertas ini.

5. Tolong menyelesaikan masalah ini.

Imbuhan Apitan dan Pinjaman.

Imbuhan apitan merupakan imbuhan yang hadir serentak di hadapan dan di akhir kata

dasar.

Contoh:

Imbuhan pinjaman merupakan imbuhan yang dipinjamkan daripada bahasa lain.

Contoh:

Sanskrit maha-, pra-, tata-, panca-, swa-, tuna-, eka-,

dwi-, tri-

Arab Parsi bi-,

Yunani-Latin-Inggeris anti-, pra-, mono-, poli-, auto-, sub-, supra-,

5. Ahmad ………….orang tua itu melintas jalan.

A memimpin B dipimpin

C terpimpin D berpimpin

ber…an

per…an

ke…an

meN…kan

ber…kan

ber…an

meN…i

memper…kan

memper…i

di…kan

di…i

Page 4: Aras Sukar - Latihan

4

Contoh akhiran pinjaman:

Sanskrit -wan, -man, -wati, -nita

Arab Parsi -wi, -lah, -in, -at, -ah

Yunani-Latin-Inggeris -isme, -ik, -is, -al, -is

Latihan 1:

1. Mereka sedang …….(jalan) latihan bola sepak di padang sekolah.

2. Shamsiah dan keluarganya sedang menikmati ……(pandang) indah di tepi pantai.

3. Perompak itu telah ……(jatuh) hukuman penjara selama sepuluh tahun.

4. Petani itu berusaha tanpa ( kenal) penat lelah.

5. Kehandalan Samad bermain catur tidak dapat saya (tanding)

Latihan 2:

Betulkan penggunaan perkataan berimbuhan yang digarisi dalam ayat-ayat di bawah.

1. Tidak lama lagi, Cikgu Aris akan tertinggal kita.

2. Pengadil itu selalu menyebelahkan pasukan tuan rumah.

3. Saya tidak dapat tandingi Sulaiman yang begitu handal bermain badminton.

4. Said mengenalkan sepupunya kepada saya dan Sharif.

5. “Jangan dekatkan pantai itu, ombaknya terlalu tinggi,”nasihat Saleh kepada

rakan-rakannya.

Latihan 3:

Gunakan imbuhan akhiran -man,-wan dan wati pada perkataan yang digarisi.

1. Penyanyi rupa itu selalu muncul di kaca televisyen.

2. Abang Karim ialah seorang warta.

3. Kini, Syamsul telah menjadi juta.

4. Kakak saya bercita-cita menjadi seorang peraga.

5. Wayang bangsa disertai nyanyian dan tarian.

Latihan 4:

1. Jala sering …..pendapat dan bergaduh dengan

abangnya.

A tentang B bertentangan

C menentang

Page 5: Aras Sukar - Latihan

5

2. Semua salinan sijil itu perlu …….. bersama-sama

dengan borang permohonan.

A ditampalkan B dilampirkan

C digantungkan D dipakukan

3. Petani itu memberitahu …….tentang penemuan

tapak kaki haiwan ganjil di kawasan kebunnya.

A mahaguru B wartawan

C jutawan

4. Banyak …… membantu pihak penyelamat semasa

menjalankan operasi pemindahan mangsa banjir.

A wartawan B sukarelawan

C budayawan

5. Menteri itu menggunakan khidmat …… kerana dia

tidak dapat berbahasa German.

A juruulas B jurulatih

C jurutulis D jurubahasa

Page 6: Aras Sukar - Latihan

6

PENGGUNAAN KATA YANG TEPAT

1. Perkataan yang hampir-hampir sama makna dan kesesuaian hanya dapat

ditentukan berdasarkan struktur dan situasi ayat.

2. Kesilapan memilih perkataan akan membawa maksud yang berbeza daripada

situasi sebenar.

Contoh :

akhir habis

selesai tamat

Akhir:

Kemudian sekali

Habis:

Tidak ada yang tinggal lagi

Selesai:

Sudah siap dikerjakan

Latihan membina ayat bagi menunjukkan perbezaan makna.

1. a) kusam :..............................................................................................................

b) kelam ;...............................................................................................................

c) muram :..............................................................................................................

2. a) memotong:....................................................................................................

b) mengerat :......................................................................................................

c) membelah : ...................................................................................................

d) melapah :.......................................................................................................

Latihan bergambar

1. Ikan yang dibakar oleh ayah .................. kerana ayah

terlupa untuk mengangkatnya.

A hangit B rentung

C garing

Page 7: Aras Sukar - Latihan

7

GOLONGAN KATA

Kata Nama Am

Kategori Kata Nama Am

manusia nelayan,.............,..............,..................

benda meja,....................,.................,......................

haiwan itik,.......................,.................,.....................

tempat pasar,...................,..................,....................

tumbuhan timun,...................,..................,...................

abstrak siang,.....................,...................,.................

Kata Nama Khas

Kategori Kata Nama Khas

manusia Jamil,.......................,.....................,...............

benda Utusan Malaysia,...................,......................

haiwan Si Tompok,......................,............................

tempat Muar,.......................,....................................

konsep Islam, Aidiladha,.......................,...................

2. Pokok kelapa itu ................... ke arah matahari terbit.

A senget B condong

C bengkok D serong

3. Emak ...................... minyak masak ke dalam kuali

sebelum menggoreng ikan.

A merenjis B menjirus

C menyiram D menuang

4. Anak-anak kapal dagang itu ....................... sauh

di muara sungai.

A menurunkan B melabuhkan

C menjatuhkan

Page 8: Aras Sukar - Latihan

8

Kata Ganti Nama Diri Pertama

Kata Ganti Nama Diri Ayat contoh

aku

saya

daku

hamba

patik

beta

kami

kita

Kata Ganti Nama Diri Kedua

Kata Ganti Nama Diri Ayat contoh

awak

engkau

dikau

anda

tuan hamba

tuanku

kalian

kamu

Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Kata Ganti Nama Diri Ayat contoh

dia

beliau

ia

baginda

mereka

nya

Kata Ganti Nama Diri Singkat

Kata Ganti Nama Singkat Ayat contoh

ku

kau

mu

Page 9: Aras Sukar - Latihan

9

Kata Tanya

Kata Tanya Ayat contoh

apa

siapa

bila

mana

berapa

bagaimana

mengapa

Kata Sandang

Kata Sandang Ayat contoh

Si

Sang

Penjodoh Bilangan

Penjodoh Bilangan Ayat contoh

angkatan

baris

batang

bentuk

berkas

bidang

biji

bilah

buah

buku

butir

carik / cebis

gugus

helai

hiris

ikat

jambak

kaki

kawan

kepal

keping

kerat

ketul

kotak

kuntum

laras

lembar

naskhah

Page 10: Aras Sukar - Latihan

10

papan

pasang

rawan

ruas

rumpun

sikat / sisir

suap

tandan

tangkai

teguk

timbun

titik

ulas

untai

urat

utas

Kata Sendi

Kata Sendi Ayat contoh

pada

kepada

akan / terhadap

dari

daripada

bagi / untuk

di

dengan

hingga / sampai

ke

oleh

sebagai

sejak / semenjak

seperti / bagai /macam / bak

tentang

demi

Kata Adjektif

Jenis / Kata Adjektif Ayat contoh

Sifat/keadaan

- sihat, kasar, licin, bijak.

Warna

- biru, merah, hijau

Ukuran

- panjang, pendek

Bentuk

- bulat, bengkok

Page 11: Aras Sukar - Latihan

11

Waktu

- cepat, lambat, laju, pantas

Cara

- lincah, berhati-hati, cermat

Jarak

- nyaris, sepelaung, jauh,

hampir

Perasaan

- sedih, gembira, duka,

benci, sayang

Pancaindera

- kelat, masam, pahit, keras

Kekerapan

- sering, selalu, kadang-

kadang

Kata Sendi

Kata Sendi Ayat contoh

Pada

- Menyatakan masa, tempat,

perbuatan, manusia, binatang, unsur

abstrak

Kepada

- Menyatakan arah yang merujuk

kepada manusia, haiwan, pecahan

dan institusi

Akan / Terhadap

- Menyatakan sikap atau perasaan

Dari

- Menyatakan waktu, masa dan,

tempat

Daripada

- Menyatakan asal sesuatu, orang,

perbandingan dan keanggotaan

Page 12: Aras Sukar - Latihan

12

Bagi / Untuk

- Menyatakan maksud buat dan waktu

yang ditentukan

Di

- Menyatakan tempat

Dengan

- Menyatakan maksud bersama-sama,

perbandingan, dan cara sesuatu

dilakukan.

Hingga / Sampai

- Menyatakan had masa, waktu,

tempat, dan peringkat.

Oleh

- Digunakan selepas kata kerja pasif

yang berlawanan di- dan ter-

Sebagai

- Menyatakan makna menjadi dan

seakan

Sejak / Semenjak

- Menyatakan suatu jangka masa

Seperti / Bagai / Macam / Bak

- Menyatakan perbandingan, kiasan,

dan perasaan

Tentang

- Menyatakan maksud berkaitan

dengan sesuatu hal

Demi

- Menyakatakan untuk bagi maksud

tujuan

Kata Hubung

- Untuk menghubungkan dua atau lebih kata,frasa, klausa atau ayat.

- Ada tiga jenis kata hubung.

a) kata hubung gabungan

b) kata hubung pancangan

c) kata hubung berpasangan

Kata Hubung Gabungan

Kata Hubung Gabungan / Penggunaan Ayat contoh

Atau

- Untuk menunjukkan perkara atau hal

yang dipilih

Dan

- Untuk menggabungkan dua unsur yang

setara

Page 13: Aras Sukar - Latihan

13

Kecuali / Melainkan

- Untuk menunjukkan kekecualian

Lalu

- Untuk dua perbuatan yang dilakukan

secara berturut-turut

Maka

- Untuk menyatakan maksud setelah itu

atau oleh sebab itu

Serta

- Digunakan selepas kata hubung tetapi

atau untuk menunjukkan tokokan

- Untuk menyatakan maksud, turut serta /

bersama-sama

Kata Hubung Pancangan

Kata Hubung Pancangan / Penggunaan Contoh ayat

Agar / Supaya

- Untuk menerangkan tujuan

Apabila

- Untuk menerangkan masa

Bahawa

- Untuk menyambungkan ayat utama

dengan ayat kecil

Hingga / Sehingga / Sampai

- Untuk menyatakan sesuatu yang sampai

had tertentu

Jika / Kalau / Sekiranya

- Untuk menyatakan syarat

Kerana

- Untuk menunjukkan sebab atau alasan

Manakala

- Untuk menunjukkan ketika, sewaktu,

apabila , bilamana

Sebelum / Selepas / Setelah /Sejak

- Untuk menunjukkan masa

Selagi / Selama

- Untuk menunjukkan hal yang masih

belum berhenti

Page 14: Aras Sukar - Latihan

14

Kata Hubung Berpasangan

Baik…mahupun

- Untuk menunjukkan maksud sama sahaja

Bukan sahaja….bahkan sahaja

- Untuk menunjukkan maksud serta atau

di samping itu juga

Daripada…….lebih baik

- Untuk menunjukkan pertentangan

maklumat

Entah…..entah

- Untuk menunjukkan perasaan waswas

terhadap seuatu

Jangankan…..pun / Jangankan….malahan

- Untuk menunjukkan persamaan ciri yang

ada pada dua watak atau perkara

Semakin …. Semakin

- Untuk menunjukkan semakin bertambah

Sungguhpun …..namun / Sungguhpuh …

tetapi

- Untuk menunjukkan sesuatu sifat yang

saling bertentangan

Sedangkan….tambahan pula / Sedangkan

……..inikan pula

- Untuk menunjukkan sesuatu kerja yang

tidak mampu dilakukan berbanding

dengan

PERIBAHASA

Simpulan bahasa – bentuk peribahasa yang paling ringkas

Bidalan - peribahasa yang digunakan untuk memberikan pengajaran dan

nasihat

Pepatah – peribahasa yang mengandungi nasihat, pengajaran, dan panduan

hidup

Perumpamaan – peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan yang lain dan

mempunyai maksud yang berlainan daripada kelompok kata yang

membentuknya.

Memadankan peribahasa dengan makna.

Simpulan bahasa Makna

Minta nyawa

Terang hati

Jalan keluar

Masuk akal

Page 15: Aras Sukar - Latihan

15

Buah mulut

Sekangkang kera

Bongkok sabut

Tangan terbuka

Bodoh sepat

Menuliskan peribahasa yang sesuai berdasar pernyataan yang diberi.

1. Samad tidak suka bergaul dengan murid-murid lain di sekolahnya.

....................................................................................

2. Aini berkahwin dahulu daripada kakaknya setelah dilamar oleh Farhan.

....................................................................................

3. Said tidak mengendahkan nasihat ayah dan ibunya agar tidak keluar lewat malam.

.....................................................................................

4. Aiman menabung sejak kecil lagi. Kini, wang simpanannya sudah hampir

RM1,000.

........................................................................................

5. Siti menerima kehadiran Ali ke rumahnya dengan memberi layanan yang mesra.

.....................................................................................

6. Lily hanya menggosok baju apabila disuruh oleh ibunya.

.....................................................................................

7. Kamal tercengang-cengang ketika mula-mula tiba di Kuala Lumpur.

......................................................................................

8. Selain bekerja tetap, Ain juga bekerja sambilan di restoran ini.

......................................................................................

9. Kehidupan Mariah sungguh bahagia kerana ibu bapanya menjaga dengan penuh

kasih sayang.

.......................................................................................

10. Murid-murid di dalam kelas itu mendengar dengan teliti apabila Cikgu Nani

membuat sesuatu pengumuman.

.......................................................................................

Page 16: Aras Sukar - Latihan

16

Latihan bergambar

1. Leman makan sedikit ……………. selepas makan tengah

hari.

A tahi minyak B pembasuh mulut

C buah tangan D durian runtuh

2. Saya sungguh menyesal berkelah di pantai itu kerana

keadaannya tidak seperti apa-apa yang diceritakan.

A Marahkan nyamuk kelambu dibakar.

B Mencurahkan garam ke laut.

C Indah khabar dari rupa.

D Sudah terhantuk baru tengadah.

3. Saya tidak mahu makan di restoran yang ………… itu lagi.

A gulung tikar B potong leher

C buruk siku D minta nyawa

4. Oleh sebab selalu ……………, Majid telah dibuang kerja

oleh majikannya.

A curi tulang B curi hati

C ringan tulang

5. Anuar tinggal …………… apabila rumahnya hangus dijilat

api pagi tadi.

A nyawa ikan B putih tulang

C sehelai sepinggang D sekangkang kera

6. Rakan-rakan Milah menasihatinya agar berhati-hati dan

tidak terpedaya oleh pujuk rayu ………………. itu.

A ibu keladi B buaya tembaga

C anak gahara D bidan terjun

Page 17: Aras Sukar - Latihan

17

Kata Banyak Makna

Sesuatu perkataan yang mempunyai kepelbagaian makna dan dapat dilihat perbezaannya

melalui konteks ayat yang berlainan.

Contoh:

1. asli - tulen, jati

- bukan tiruan

- penduduk asal, peribumi

2. balik - kembali, pulang

- melakukan semula

- bahagian belakang atau yang lain

Latihan :

Bina ayat berpandukan perkataan yang diberi untuk menunjukkan perbezaan dari segi

maknanya.

1. a) baik – sembuh : ......................................................................................

......................................................................................

b) baik – kelakuan : ....................................................................................

....................................................................................

2. a) tinggal – menetap; diam : ......................................................................

.....................................................................

b) tinggal – bakinya : ..................................................................................

.................................................................................

c) tinggal – lupakan : .................................................................................

.................................................................................

Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul.

1. I. Kain yang dipakai oleh kanak-kanak itu sungguh tipis.

II Kakak saya kelihatan cantik walaupun mengenakan solekan yang tipis.

III Tulisan budak itu tipis kerana dia menggunakan pensel yang tajam.

IV Peluang pasukan Helang untuk menang semakin tipis apabila banyak pemain

pasukan itu yang tercedera.

A. I, II, dan III sahaja B. I, II dan IV sahaja

C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

Page 18: Aras Sukar - Latihan

18

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Ayat Aktif - Ayat yang mengutamakan subjek dan mempunyai kata verja berimbuhan

awalan me-, mem-, men-, meng-, dan menge-.

Ayat Pasif - Ayat yang mengutamakan objek asal sebagai judul.

Latihan menyusun perkataan menjadi ayat aktif dan pasif.

1. Sepiring kuih membawa Puan Fatimah.

……………………………………………………………………………………

2. Makanan saki baki oleh emak itu dibuang.

................................................................................................................................

3. Asli menyanyikan Natasha sebuah lagu berentak.

...............................................................................................................................

4. Belum engkau pulangkan itu majalah.

...............................................................................................................................

5. Makanan itu beli kami di warung.

...............................................................................................................................

6. Mendengar dan nasihat guru mesti ibu bapa kita.

..............................................................................................................................

7. Dibersihkan oleh mereka kawasan sedang itu.

..............................................................................................................................

8. Kerusi itu dibeli oleh Datin Mona di Taiwan dan almari antik.

..............................................................................................................................

9. Sekolah kita patut patuhi undang-undang.

..............................................................................................................................

10. Dilawati oleh beliau akan tapak projek itu.

.............................................................................................................................

Page 19: Aras Sukar - Latihan

19

LATIHAN

Kata Pemeri

Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.

Kata Pemeri Maksud Ayat contoh

ialah

.menunjukkan persamaan

.hadir di hadapan frasa nama

1. Kereta yang berada di tepi padang itu

ialah kereta Proton Wira.

2. Agama rasmi negara kita ialah agama

Islam.

3. Bapanya ialah seorang doktor gigi.

Adalah .menunjukkan huraian atau

keterangan

.hadir di hadapan frasa nama /

frasa sendi / kata hubung

.hadir di hadapan kata adjektif

1. Menabung adalah hobi yang baik.

2. Kasut yang dipakaianya itu adalah

daripada kulit.

3. Makanan yang ditempahnya itu adalah

untuk anak-anak yatim.

4. Jawapan yang diberikannya itu adalah

benar.

Nota:

*Kata pemeri ‘adalah’ tidak digunakan bersama dengan kata nafi dan dalam ayat-

ayat pasif.

*Terdapat kekecualian bagi penggunaan kata nafi ‘tidak’.

Contoh :

1. Kenyataan itu adalah tidak benar. ( √ )

2. Keputusan itu adalah tidak adil. ( √ )

3. Lukisan ini adalah tidak cantik. ( x )

4. Murid-murid adalah diarah berkumpul di padang sekolah. (x )

*Perlu diingat bahawa kata-kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau

kata kerja.

Contoh:

1. Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.

2. Adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan pada bulan

hadapan.

3. Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Isnin.

Ayat-ayat di atas seharusnya berbentuk seperti yang berikut:-

Dengan ini

Anda diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.

Ibu bapa

Tuan-tuan

Dengan hormat

Dengan ini dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan

Tuan/Anda pada bulan hadapan

Page 20: Aras Sukar - Latihan

20

Terdapat kekecualian bagi penggunaan kata nafi ‘tidak’.

Latihan 1: Tulis kata pemeri yang sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di

bawah:-

1. Puan Anjali __________ Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tasik Perdana.

2. Gajah ____________ haiwan darat yang terbesar di dunia.

3. Masjid ____________ tempat beribadat bagi orang yang beragama Islam.

4. Aris __________ pekerja sambilan di Syarikat Unggul.

5. Tujuan pertandingan itu diadakan _________ untuk mencungkil bakat murid- murid.

6. A.Samad Said ____________ seorang Tokoh Sastrawan yang banyak berjasa

kepada negara.

7. Basikal baru itu __________ untuk adik sempena hari ulang tahunnya yang ke – 9.

8. Nasi ___________ makanan asasi bagi penduduk Malaysia.

9. Makanan yang ditempahnya itu _________ untuk pasukan bola sepak Kampung

Sri Paya.

10. Jalaludin ___________ seorang pelakon yang sungguh berbakat.

Latihan 2:-

Tandakan ( √ ) atau ( x ) pada ayat-ayat yang diberi.

1. Sungai Rejang ialah sungai yang paling panjang di Malaysia. ( )

2. Lagu “Negaraku” ialah berasal daripada lagu “Terang Bulan”. ( )

3. Permainan sepak raga adalah permainan tradisional orang Melayu. ( )

4. Ular sawa ialah antara ular yang terpanjang di dunia. ( )

5. Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara Malaysia.( )

6. Encik Razak ialah pengurus syarikat perkapalan itu. ( )

7. Kereta baru Encik Ghapor adalah kereta buatan Malaysia. ( )

8. Gas hidrojen ialah antara gas yang terkandung dalam udara.( )

9. Yasmin dan Tracia adalah murid tahun 4 sekolah itu. ( )

10. Makanan di atas meja itu ialah untuk para tetamu.( )

11. Masjid adalah tempat beribadat bagi orang yang beragama Islam.( )

12. Tuduhannya itu adalah tidak benar sama sekali.( )

13. Taufik adalah anak buah Encik Johan. ( )

14. Salinan sijil yang dikehendaki adalah seperti yang dilampirkan.( )

15. Perbincangan itu ialah tentang pencemaran udara. ( )

16. Keluarganya ialah daripada golongan yang berada.( )

17. Kedudukan kedai basikal itu adalah di antara dua buah kedai elektrik.( )

18. Perjuangan itu ialah demi masa depan negara. ( )

19. Penglibatan dalam kegiatan sukan ialah dengan kebenaran bapanya. ( )

20. Asam pedas ialah antara makanan kegemaran Jamilul.( )

21. Kebakaran itu ialah disebabkan oleh api ubat nyamuk. ( )

22. Anak patung itu ialah untuk adik. ( )

23. Tajuk sajak itu adalah “Sesuap Nasi”.( )

24. Ikan lumba-lumba ialah sejenis haiwan mamalia.( )

25. Cikgu Nazri adalah seorang guru di Sekolah Kebangsaan Mersing.( )

26. Hisham adalah rakan sekolah Saiful.( )

27. Nasi kerabu ialah makanan yang popolur di negeri Kelantan.( )

Page 21: Aras Sukar - Latihan

21

28. Haji Kamil adalah antara orang yang terpenting di taman perumahan itu.( )

29. Mesyuarat itu ialah tentang cara-cara mengindahkan kawasan sekolah.( )

30. Cerita yang disampaikan oleh lelaki itu ialah tidak benar.( )

31. Adalah tidak wajar dia berkata demikian kepada orang tua. ( )

32. Bungkusan kecil itu adalah daripada kakak saya. ( )

33. Hazwani ialah anak kesayangan Puan Hamidah.( )

34. Ketupat dan rendang adalah masakan utama ketika sambutan Hari Raya Puasa.( )

35. Itu adalah jadual kelas Tahun 6 Cekap. ( )

36. Adalah lebih baik kamu pulang awal hari ini.( )

37. Pendapatan Ah Long ialah bergantung kepada hasil tangkapan yang diperolehnya.( )

38. Saya percaya bahawa berita itu adalah benar. ( )

39. Kegiatan kokurikulum ialah salah satu daripada aktiviti yang djalankan di sekolah.( )

40. Berjimat cermat ialah satu amalan yang baik. ( )