soalan assingnment kegiatan profesional (permainan)

Upload: dadymama-lin

Post on 07-Oct-2015

56 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

soalan

TRANSCRIPT

TUGASAN

________________________________________________________________________

HBPE3103KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)SEMESTER JANUARI 2015________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MsWord melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda tidak dibenarkan untuk menukar teks/frasa tugasan tersebut kepada format grafik seperti .jpeg / .gif / print screen / dan lain-lain format berkaitan.4. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 5. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.6. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri.7. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. Fail tugasan yang dihantar mestilah dalam format MS-WORD (filename.doc). Sila pastikan fail adalah VERSI TERKINI yang BETUL. Fail yang tersalah hantar hendaklah dihantar semula secara on-line sebelum tamat tempoh penghantaran. 8. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 9hb 22hb Mac 2015. Serahan selepas 22hb Mac 2015 TIDAK akan diterima. 9. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri. 10. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrars Announcement di myVLE).11. Anda perlu memastikan RESIT yang dikeluarkan bagi penghantaran tugasan disimpan sebagai bukti penghantaran. Kegagalan mengemukakan resit dalam sebarang isu yang timbul berkaitan penghantaran tugasan akan mengakibatkan tugasan dianggap TIDAK dihantar.PENILAIAN Tugasan ini menyumbang sehingga 25% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan. Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula. PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30%: potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50%: potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

SOALAN TUGASAN

Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), permainan tidak lagi diajar seperti yang terkandung dalam sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Kemahiran khusus setiap permainan kini diserap sebagai kemahiran asas perkembangan motor kanak-kanak dan disampaikan melalui aktiviti yang berkonsepkan Teaching Games for Understanding (TGfU). Sehubungan dengan itu, enam jenis permainan yang dibincangkan dalam modul HBPE3103 boleh dikategorikan mengikut konsep TGfU sebagai permainan serangan, dan permainan jaring.

Anda dikehendaki menyiapkan satu tugasan yang merangkumi aspek-aspek berikut:

(a)Berikan maklumat tentang TGfU dan perlu disokong dengan rujukan.

(b)Banding bezakan dua kategori permainan TGfU dari segi objektif, struktur, taktik dan strategi, dan contoh permainan.

(c)Jelaskan bagaimana mengajar satu kemahiran asas dalam permainan untuk kategori serangan, dan kategori jaring kepada kanak-kanak sekolah rendah berpandukan konsep TGfU.

(d)Catatkan refleksi kendiri mengenai tugasan ini.

[Jumlah: 40 markah]

Rubrik Tugasan HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)SEMESTER JANUARI 2015

KriteriaWajaranTidak LengkapLemahSederhanaBaikCemerlangMarkah Penuh

01234

Pengenalan (5 atau lebih rujukan terkini dalam pengenalan 2006-2015)1.5Tiada maklumat disediakan. Maklumat yang disediakan tidak lengkap.

Pengenalan yang sukar difahami. Maklumat yang disediakan agak lengkap. Pengenalan agak mudah difahami. Maklumat yang disediakan lengkap.

Pengenalan mudah difahami. Maklumat yang disediakan sangat lengkap dan teliti.

Pengenalan sangat mudah difahami.6

Perbandingan Permainan serangan dari aspek: Objektif Struktur Taktik dan strategi Contoh permainan

1.5Tiada perbandingan dan contoh diberikan. Perbandingan fakta tidak jelas bagi setiap aspek. Contoh permainan yang dikategorikan tidak relevan. Perbandingan fakta agak jelas bagi setiap aspek. Contoh permainan yang dikategorikan agak relevan. Perbandingan fakta yang jelas bagi setiap aspek. Contoh permainan yang dikategorikan agak relevan. Perbandingan fakta yang sangat jelas bagi setiap aspek. Contoh permainan yang dikategorikan sangat relevan. Perbandingan permainan serangan yang boleh dicontohi.6

Permainan jaring dari aspek: Objektif Struktur Taktik dan strategi Contoh permainan1.5Tiada perbandingan dan contoh diberikan. Perbandingan fakta tidak jelas bagi setiap aspek. Contoh permainan yang dikategorikan tidak relevan. Perbandingan fakta agak jelas bagi setiap aspek. Contoh permainan yang dikategorikan agak relevan. Perbandingan fakta yang jelas bagi setiap aspek. Contoh permainan yang dikategorikan agak relevan. Perbandingan fakta yang sangat jelas bagi setiap aspek. Contoh permainan yang dikategorikan sangat relevan. Perbandingan permainan jarring yang boleh dicontohi.6

Mengajar kemahiran asas permainan dalam kategori

Serangan

2Kaedah mengajar tidak dibincangkan. Kaedah mengajar yang tidak jelas.

Kaedah mengajar yang sukar dilaksanakan. Kaedah mengajar yang agak jelas.

Kaedah mengajar yang agak mudah dilaksanakan. Kaedah mengajar yang jelas.

Kaedah mengajar yang mudah dilaksanakan. Kaedah mengajar yang sangat jelas.

Kaedah mengajar yang sangat mudah dilaksanakan.

Kaedah mengajar yang boleh dicontohi.8

Mengajar kemahiran asas permainan dalam kategori

Jaring

2Kaedah mengajar tidak dibincangkan. Kaedah mengajar yang tidak jelas.

Kaedah mengajar yang sukar dilaksanakan. Kaedah mengajar yang agak jelas.

Kaedah mengajar yang agak mudah dilaksanakan. Kaedah mengajar yang jelas.

Kaedah mengajar yang mudah dilaksanakan. Kaedah mengajar yang sangat jelas.

Kaedah mengajar yang sangat mudah dilaksanakan.

Kaedah mengajar yang boleh dicontohi.8

Refleksi kendiri

1.5Tidak memberi sebarang idea atau pendapat tentang tugasan.

Pendapat yang kabur. Perbincangan pengetahuan yang diperoleh bagi diaplikasikan dalam karier seorang pendidik sangat tidak menarik.

Pendapat yang agak jelas. Perbincangan pengetahuan yang diperoleh bagi diaplikasikan dalam karier seorang pendidik agak menarik.

Pendapat yang jelas. Perbincangan pengetahuan yang diperoleh bagi diaplikasikan dalam karier seorang pendidik menarik.

Pendapat yang sangat jelas. Perbincangan pengetahuan yang diperoleh bagi diaplikasikan dalam karier seorang pendidik sangat menarik.

6

JUMLAH MARKAH40

21