kurikulum permainan

Upload: mustaqim-arifin

Post on 09-Jul-2015

265 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KURIKULUM PERMAINAN: BOLA BALINGOLEH: SITI NOR AZAH BINTI AZIZAN SITI NAZIRAH BINTI HASBULLAH SHAZANA BINTI SUHAIMIN

ANSUR MAJU KEMAHIRAN MENGANTAR: HANTARAN ARAS DADA

Aktiviti Ansur Maju 1

AKTIVITI ANSUR MAJU 1 Aktiviti menghantar dan menangkap bola yang dihantar pada aras dada. Secara jarak dekat. Jarak yang digunakan ialah 2.5 meter. Aktiviti ini dijalankan secara berpasangan. Penghantar bola perlu menghantar bola kepada pasangan dengan menggunakan aras dada. Penerima bola perlu menangkap bola menggunakan teknik yang betul. Langkah ikut lajak juga perlu dilakukan bagi menyerap dan memindahkan daya. Penerima akan menghantar bola kepada pasangannya kembali. Bagimelatih pelajar untuk memahirkan kemahiran menghantar dan menerima bola pada aras dada. Aktiviti ini adalah aktiviti ansur maju pada tahap rendah.

Aktiviti Ansur Maju 2

AKTIVITI ANSUR MAJU 2

Aktiviti menghantar dan menangkap bola yang dihantar pada aras dada Secara jarak yang lebih jauh daripada jarak sebelumnya. Jarak yang dicadangkan untuk digunakan ialah 5 meter. Aktiviti ini dijalankan secara berpasangan. Penghantar bola perlu menghantar bola kepada pasangan dengan menggunakan aras dada. Langkah ikut lajak perlu dilakukan bagi menyerap dan memindahkan daya. Penerima bola perlu menangkap bola menggunakan teknik menangkap bola yang betul. Setelah itu, penerima akan menghantar bola kepada pasangannya pula. Hal ini adalah untuk melatih murid-murid untuk memahirkan diri dalam kemahiran menghantar dan menerima bola pada aras dada. Aktiviti ini adalah aktiviti ansur maju pada tahap sederhana.

Aktiviti Ansur Maju 3

AKTIVITI ANSUR MAJU 3 Aktiviti menghantar dan menangkap bola yang dihantar pada aras dada secara bergerak. Aktiviti ini turut dijalankan secara berpasangan. Penghantar bola perlu menghantar bola kepada pasangan yang telah bergerak ke kanan dengan menggunakan hantaran aras dada. Penerima bola pula perlu menangkap bola menggunakan teknik menangkap bola yang betul. Setelah itu, penerima akan menghantar bola kembali kepada pasangannya yang juga turut bergerak ke arah kanan juga. Hal ini adalah untuk melatih kedua-dua pelajar untuk memahirkan kemahiran menghantar dan menerima bola pada aras dada dalam keadaan bergerak Boleh dipraktikkan semasa dalam permainan bola baling.

Aktiviti Ansur Maju 4

AKTIVITI ANSUR MAJU 4 aktiviti menghantar dan menangkap bola yang dihantar pada aras dada secara bergerak dan di halang oleh pihak lawan. dijalankan secara bertiga-tiga. Penghantar bola perlu menghantar bola kepada pasangan yang telah bergerak mencari ruang ke kanan atau ke kiri dengan menggunakan hantaran aras dada. Penghantar perlu memastikan bahawa hantaran bola yang dilakukan sampai kepada penerima bola. Manakala penerima bola pula dikehendaki menangkap bola menggunakan teknik menangkap bola yang betul. Penghalang juga perlu menghalang hantaran kepada penerima dan jika ada peluang, penghalang juga boleh mengambil bola yang dihantar kepada penerima. Setelah itu, penerima akan menghantar bola kembali kepada pasangannya yang juga turut bergerak ke arah kanan dan kiri untuk mencari ruang untuk lari daripada penghalang. untuk melatih murid-murid untuk memahirkan kemahiran menghantar dan menerima serta menghadang bola yang dihantar pada aras dada dalam keadaan bergerak dan aktiviti ini boleh diaplikasikan semasa dalam permainan bola baling.

JENIS-JENIS KEMAHIRAN MENGHANTAR BOLA

1. Hantaran Aras Dada

HANTARAN ARAS DADAFasa Persediaan : Penghantar bola dan penerima bola mestilah berada dalam keadaan sedia. Penghantar memegang bola pada aras dada dan menghadap rakan yang akan menerima bola tersebut. Penerima bola juga perlu bersedia dengan kedudukan tangan pada aras dada. Fasa Pelaksanaan : Penghantar bola mestilah menggunakan kedua-dua tangan dan menolak bola kepada penerima bola dengan menggunakan tolakan jari. Manakala penerima bola pula perlu menangkap bola menggunakan kedua-dua belah tangan. Fasa Ikut Lajak : Tangan penghantar bola mestilah mengikut lajak di akhir tolakan bola tersebut. Kaki dominan penghantar bola juga perlu mengikut lajak dengan dipindahkan ke hadapan bagi memindahkan daya ke kaki dominan. Penerima pula perlu menangkap bola dan menyerap daya hantaran bola tersebut dengan menarik tangan ke dada.

2. Hantaran Lantunan

HANTARAN LANTUNANFasa Persediaan : Penghantar bola dan penerima bola mestilah berada dalam keadaan sedia. Penghantar memegang bola dan menghadap rakan yang akan menerima bola tersebut. Penerima bola juga perlu bersedia dengan kedudukan tangan untuk menangkap bola. Fasa Pelaksanaan : Penghantar bola akan menolak bola tersebut dengan kedua-dua belah tangan dengan menggunakan tolakan jari. Penerima pula perlu menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan. Lantunan yang di lakukan oleh penghantar bola mestilah dalam dua per tiga daripada jarak antara penghantar dengan penerima bola.

Fasa Ikut Lajak: Tangan penghantar bola mestilah mengikut lajak di akhir tolakan bola kepada penerima bola. Kaki dominan penghantar bola juga perlu mengikut lajak dengan dipindahkan ke hadapan bagi memindahkan daya ke kaki dominan. Penerima pula perlu menangkap bola dan menyerap daya hantaran bola tersebut dengan menarik tangan ke dada.

3. Hantaran Sisi

HANTARAN SISIFasa Persediaan: Penghantar bola dan penerima bola mestilah berada dalam keadaan sedia. Penghantar memegang bola dan berada pada kedudukan sisi rakan yang akan menerima bola tersebut. Penerima bola juga perlu bersedia dengan kedudukan tangan untuk menangkap bola dan berada pada bahagian sisi penghantar bola. Fasa pelaksanaan: Penghantar bola akan menghantar bola tersebut dengan sebelah tangan dengan menggunakan tolakan jari. Penerima pula perlu menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan. Lantunan yang di lakukan oleh penghantar bola mestilah dalam dua per tiga daripada jarak antara penghantar dengan penerima bola. Fasa Ikut Lajak: Tangan penghantar bola mestilah mengikut lajak di akhir tolakan bola kepada penerima bola. Kaki dominan penghantar bola juga perlu mengikut lajak dengan dipindahkan ke hadapan bagi memindahkan daya ke kaki dominan. Penerima pula perlu menangkap bola dan menyerap daya hantaran bola tersebut dengan menarik tangan ke dada.

4. Hantaran Lower Arm

HANTARAN LOWER ARMFasa persediaan: Penghantar bola dan penerima bola mestilah berada dalam keadaan sedia. Penghantar memegang bola dan berada pada kedudukan hadapan rakan yang akan menerima bola tersebut. Penerima bola juga perlu bersedia dengan kedudukan tangan untuk menangkap bola dan berada pada bahagian hadapan penghantar bola.

Fasa Pelaksanaan: Penghantar bola akan menghantar bola tersebut dengan sebelah tangan dengan menggunakan tolakan. Penerima pula perlu menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.Fasa Ikut Lajak: Tangan penghantar bola mestilah mengikut lajak di akhir tolakan bola kepada penerima bola. Kaki dominan penghantar bola juga perlu mengikut lajak dengan dipindahkan ke hadapan bagi memindahkan daya ke kaki dominan. Penerima pula perlu menangkap bola dan menyerap daya hantaran bola tersebut dengan menarik tangan ke dada.

5. Hantaran Upper Arm

HANTARAN UPPER ARMFasa persediaan: Penghantar bola dan penerima bola mestilah berada dalam keadaan sedia. Penghantar memegang bola dan berada pada kedudukan hadapan rakan yang akan menerima bola tersebut. Penerima bola juga perlu bersedia dengan kedudukan tangan untuk menangkap bola dan berada pada bahagian hadapan penghantar bola.

Fasa pelaksanaan: Penghantar bola akan menghantar bola tersebut dengan sebelah tangan dengan menggunakan daya tolakan pada bahagian atas kepala. Penerima pula perlu menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.Fasa ikut lajak: Tangan penghantar bola mestilah mengikut lajak di akhir tolakan bola kepada penerima bola. Kaki dominan penghantar bola juga perlu mengikut lajak dengan dipindahkan ke hadapan bagi memindahkan daya ke kaki dominan. Penerima pula perlu menangkap bola dan menyerap daya hantaran bola tersebut dengan menarik tangan ke dada.

TAMATTERIMA KASIH