soalan 2 persekitaran dalam bilik darjah

Upload: khairi-azmi

Post on 08-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Soalan 2 Persekitaran Dalam Bilik Darjah

    1/7

    PERSEKITARAN DAN IKLIM BILIK DARJAH

    2.1 Lukiskan pelan bilik darjah yang anda bersama mentor melaksanakan

    pengajaran pembelajaran.

    PAPAN PUTIH

    MEJA GURU

    PAPAN KENYATAANPAPAN KENYATAANPAPAN KENYATAAN

  • 8/7/2019 Soalan 2 Persekitaran Dalam Bilik Darjah

    2/7

    2.2 Huraikan bagaimanakah bahan dan sumber pengajaran pembelajaran

    dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan.

    Melalui tinjauan yang saya buat ketika melihat kelas Tahun Satu, bahan

    dan sumber pembelajaran dipamerkan seperti berikut:

    Kad-kad dan poster-poster bersaiz kecil bagi mata pelajaran yang diajar

    telah digantung di bahagian atas (syiling) dengan tali.

    Kad-kad dan poster-poster bersaiz besar ditampal di bahagian kiri, kanan,

    dan belakang dinding kelas.

    Bahagian dinding belakang kelas dibahagikan kepada beberapa bahagian

    untuk setiap mata pelajaran.

    Bahan-bahan telah disusun dengan cara dan kedudukan yang menarik

    dengan bantuan guru.

    Ketika saya berada di dalam kelas Tahun 2 pula, bahan pengajaran juga

    turut dipamerkan dengan cara berikut:

    Terdapat mural-mural berkaitan tajuk sains seperti living things telah

    dilukis di dinding di dalam kelas.

    Kata-kata hikmah turut ditulis dan dicat dengan cantik sebagai sumber

    untuk menaikkan semangat murid-murid untuk belajar.

    Seterusnya, saya turut melakukan pemerhatian di kelas-kelas lain dan

    melihat cara penyusunan bahan dan sumber pembelajaran, dan kriteria seperti

    berikut:

    Terdapat akuarium yang berisi ikan, telah menjadi salah satu sumber

    pembelajaran yang diletak di dalam kelas.

    Diletakkan di bahagian tepi dinding dan dipasang dengan lampu sebagai

    hiasan.

  • 8/7/2019 Soalan 2 Persekitaran Dalam Bilik Darjah

    3/7

    2.3 Catatkan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah

    digunakan oleh murid.

    Pengedaran kertas aktiviti dan latihan oleh guru.

    Bahan ini dapat membantu murid untuk memperoleh latihan yang lebih

    selain daripada latihan yang diberikan semasa proses P&P di dalam

    kelas. Ini juga menjadi salah satu cara untuk meningkatkan

    pemahaman murid mengenai tajuk yang dipelajari.

    Penggunaan ICT

    Murid-murid berpeluang untuk menjalani proses pembelajaran dengan

    menggunakan sumber ICT, iaitu seperti komputer dan LCD. Sumber

    ini menjadi salah satu sumber yang dapat membantu meningkatkan

    minat murid untuk belajar. Ini juga, menjadi satu cara yang menarik

    kerana cara belajar berlainan daripada biasa.

    Penerangan daripada guru di papan hitam

    Cara ini penting untuk memberi kefahaman kepada murid mengenai

    topik yang diajar. Penerangan yang jelas diperlukan oleh murid

    supaya mereka lebih mudah meneruskan pembelajaran yang

    seterusnya. Murid-murid juga dalam masa yang sama dapat

    berpeluang untuk menulis dan menjawab soalan di papan hitam yang

    telah ditulis oleh guru. Secara tidak langsung, penglibatan mereka

    dapat membantu dalam perkembangan mental, fizikal, rohani dan

    emosi.

    Kad-kad dan poster tentang mata pelajaran

    Poster dan kad-kad yang digantung di kelas dapat membantu murid

    untuk melihat dan membacanya di kelas. Dalam masa yang sama,

    dapat menjadikan kelas lebih menarik dengan susunan poster-poster

    yang sesuai dan menepati keperluan murid-murid di dalam kelas.

  • 8/7/2019 Soalan 2 Persekitaran Dalam Bilik Darjah

    4/7

    2.4 Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang

    berasaskan ICT?

    Berdasarkan temubual yang dijalankan, murid-murid diberikan peluang

    untuk menggunakan dan menikmati sumber pembelajaran berasaskan ICT.

    Penggunaan ICT sememangnya wajib bagi semua murid terutama dalam

    pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Murid-murid juga perlu

    belajar menggunakan

    Makmal Komputer sekurang-kurangnya dua waktu seminggu. Jadual

    penggunaan telah disediakan untuk proses pembelajaran menggunakan sumber

    ICT. Dalam penggunaan ICT tersebut, murid-murid diberi latihan dan aktiviti

    menggunakan CD yang disediakan.

    Di kelas pula, penggunaan LCD juga ada digunakan. Hal ini juga,

    berikutan laptop dibekalkan kepada para guru panitia. Oleh demikaian, ia

    memudahkan para guru untuk membuat proses pengajaran dalam kelas

    berdasarkan sumber ICT. Mata pelajaran-mata pelajaran lain juga turut ada

    menggunakan pembelajaran menggunakan sumber ICT.

  • 8/7/2019 Soalan 2 Persekitaran Dalam Bilik Darjah

    5/7

    2.5 Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap

    aktiviti pembelajaran.

    Ketika pembelajaran di dalam kelas, secara keseluruhan murid-murid

    memberikan komitmen yang baik kepada guru semasa belajar. Namun, tidak

    dinafikan terdapat juga murid yang pasif dan aktif. Menurut guru yang

    ditemuramah, keadaan ini timbul disebabkan minat mereka untuk belajar sesuatu

    mata pelajaran tersebut.

    Murid-murid yang berminat biasanya akan aktif, manakala yang tidak

    berminat akan menunjukkan sikap tidak minat mereka dengan cara pasif ketika

    aktiviti dijalankan. Selain itu juga, bentuk aktiviti yang dijalankan di dalam kelas

    juga turut mempengaruhi penglibatan mereka. Biasanya, murid-murid akan aktif

    apabila aktiviti yang berbentuk permainan dijalankan.

    Bentuk-bentuk bacaan, kurang menarik minat mereka untuk melibatkan

    diri. Guru pula memberi peluang kepada kesemua murid untuk terlibat dalam

    aktiviti yang dijalankan. Tiada sebarang sikap pilih kasih atau pun fokus kepada

    sesetengah murid sahaja untuk mereka melibatkan diri berlaku. Selain itu, saya

    berpeluang melihat pula keadaan murid belajar ketika meninjau mereka dalam

    proses P&P. Kelas yang saya tinjau ialah kelas Tahun 2. Murid-murid tekun

    dalam membuat latihan yang diberi oleh guru dan tidak segan silu bertanya

    kepada guru.

  • 8/7/2019 Soalan 2 Persekitaran Dalam Bilik Darjah

    6/7

    2.6 Kenal pasti cara murid-murid dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan

    tertentu.

    Memandangkan sekolah ini merupakan sekolah kurang murid, jadi

    bilangan murid-murid di dalam sesebuah kelas adalah tidak mencapai tahap 10

    orang dan ke atas. Oleh itu, bagi kelas-kelas yang mempunyai bilangan murid

    yang agak sedikit seperti 5 orang, maka pembahagian kumpulan tidak dibuat.

    Kumpulan pembelajaran terus dibentuk dengan bilangan 5 orang tersebut.

    Walau bagaimanapun, Guru-guru di sekolah ini berpendapat dan mereka

    memilih untuk membahagikan murid-murid dalam kumpulan tertentu secara

    bercampur sekiranya di dalam kelas akan mempunyai bilangan murid yang ramai

    seperti sekolah-sekolah gred A misalnya. Istilah bercampur ini, bermaksud di

    dalam kumpulan akan terdapat murid-murid yang berlainan tahap pencapaian

    akademik dan gred.

    Guru-guru memilih cara sedemikian supaya murid-murid dapat membantu

    antara satu sama lain dalam proses pembelajaran. Saya juga berpendapat

    bahawa cara sedemikian memberi faedah kepada murid-murid. Hal ini kerana,

    mereka akan dapat membantu rakan-rakan yang kurang menguasai pelajaran

    yang dipelajari di kelas sekiranya guru-guru tidak berada di kelas.

    Perbincangan dapat berlaku antara mereka dan ini dapat mewujudkan

    semangat untuk belajar yang baik. Dalam pada itu, cara ini juga akan dapat

    mengelakkan murid-murid yang lemah merasa rendah diri dengan kelemahan

    mereka dalam penguasaan pelajaran. Apabila ada rakan yang membantu, ini

    akan membantu dalam menaikkan semangat mereka untuk belajar.

  • 8/7/2019 Soalan 2 Persekitaran Dalam Bilik Darjah

    7/7

    Ketika berpeluang masuk ke dalam kelas Tahun 2, murid-murid duduk

    secara berpasangan. Hal ini berikutan murid-murid Tahun 2, hanya seramai 9

    orang. Oleh itu, guru memilih untuk meletakkan murid untuk duduk secara

    berpasangan. Cara ini juga, dilihat dapat mewujudkan sikap tolong-menolong

    antara murid untuk membantu antara satu sama lain dalam proses

    pembelajaran.