slide thesis

7
BAHAGIA HINGGA KE SYURGA”: SATU KAJIAN KEPUASAN PERKAHWINAN DI SELANGOR NOOR A’ISYAH BT ABD RAHMAN [P83082] SKPP6013 KAEDAH PENYELIDIKAN TERAPAN DAN TEKNIK KUANTITATIF

Upload: noor-aisyah

Post on 12-Feb-2016

12 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPUASAN PERKAHWINAN

TRANSCRIPT

Page 1: SLIDE THESIS

“BAHAGIA HINGGA KE SYURGA”: SATU KAJIAN KEPUASAN

PERKAHWINAN DI SELANGORNOOR A’ISYAH BT ABD RAHMAN [P83082]

SKPP6013 KAEDAH PENYELIDIKAN TERAPAN DAN TEKNIK KUANTITATIF

Page 2: SLIDE THESIS

PERMASALAHAN KAJIAN• Kebanyakan pasangan yang berkahwin berjaya mencari elemen kebahagiaan

dalam perkahwinan dan berpuas hati dalam hubungan. Ada sebahagian yang lain kurang dari sudut perhubungan dan memberi kesan yang tidak mereka kehendaki (kemurungan bagi perempuan yang berkahwin pada usia muda, kurang kuasa dalam menentukan keputusan, dan penderaan mental dari mentua (Ali et al., 2009)

• JAKIM melaporkan sebanyak 135,136 perkahwinan didaftarkan pada 2009, manakala 27,116 kes perceraian pula direkodkan pada tahun berkenaan dan ianya bersamaan satu perceraian pada setiap 15 minit dalam kalangan umat Islam di Malaysia. Laporan JAKIM pada tahun 2010 pula memaparkan sebanyak 28,035 pasangan telah bercerai.

• Pengkaji berminat untuk mengetahui elemen yang menyumbang kepuasan dalam perkahwinan daripada segi faktor demografik, personaliti, dan corak komunikasi

Page 3: SLIDE THESIS

KAJIAN LEPAS

Page 4: SLIDE THESIS

KAJIAN LEPAS

Page 5: SLIDE THESIS

KAJIAN LEPAS

Page 6: SLIDE THESIS

PERSOALAN KAJIANHasil daripada pembacaan yang telah dilakukan dan dengan pengetahuan sedia ada, pelbagai persoalan telah muncul. Antaranya adalah :

1. Adakah terdapat hubungan antara corak komunikasi pasangan (saling membina, mempertahan diri-mengundur diri) dengan kepuasan perkahwinan?

2. Adakah terdapat hubungan antara tret personaliti (ekstraversi, keterbukaan, kehematan, kepersetujuan, neurotikisme) dengan kepuasan perkahwinan?

3.  Adalah terdapat perbezaan kepuasan perkahwinan di antara lelaki dan wanita?

4.  Adakah terdapat perbezaan dalam kepuasan perkahwinan berdasarkan faktor umur?

5. Adakah terdapat perbezaan dalam kepuasan perkahwinan berdasarkan tempoh perkahwinan?

6. Sejauh manakah personaliti (ekstraversi, keterbukaan, kehematan, kepersetujuan, neurotikisme) meramal kepuasan perkahwinan?

Page 7: SLIDE THESIS

OBJEKTIF KAJIANBerdasarkan permasalahan dan rasional kajian seperti yang telah dihuraikan, kajian ini dijalankan untuk :

1. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara corak komunikasi pasangan (saling membantu, mempertahan diri-mengundur diri) dengan kepuasan perkahwinan.

2. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara tret personaliti (ekstraversi, keterbukaan, kehematan, kepersetujuan, neurotikisme) dengan kepuasan perkahwinan.

3. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara faktor umur dan kepuasan perkahwinan

4. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara tempoh perkahwinan dan kepuasan perkahwinan

5. Mengenalpasti sama ada terdapat terdapat perbezaan kepuasan perkahwinan di antara lelaki dan wanita.

6. Mengenalpasti sejauh mana personaliti (ekstraversi, keterbukaan, kehematan, kepersetujuan, neurotikisme) meramal tahap kepuasan perkahwinan