slide pembentangan wacana bahasa melayu kump 8

34

Upload: hafizoro9817

Post on 25-Jun-2015

402 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8
Page 2: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

PENGENALAN

Page 3: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

ASMAH HAJI OMAR (1986: 208)• Unit bahasa yang melebihi batas ayat dan

pengertian ini membawa maksud bahawa wacana boleh terdiri daripada beberapa ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku, dan sebagainya.

HARIMURTI KRIDALAKSANA (1982: 204)• Merujuk kepada kesatuan bahasa yang paling

lengkap dalam hirarki dalam tatabahasa yang tertinggi, sesuatu wacana, dapat direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, ayat/perenggan.

DEFINISI WACANA

Page 4: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

• Sehubungan itu, wacana adalah satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi di atas ayat atau klausa dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan serta mempunyai awal dan akhir, yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis.

Page 5: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

CIRI – CIRI WACANA

CIRI-CIRI WACANA

TAUTAN RUNTUTAN TUJUAN KHALAYAK MAKLUMAT KEADAAN INTER-TEKS

Page 6: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

SKOP KAJIAN

Page 7: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

OBJEKTIF KAJIAN- Mengetahui pengertian wacana bahasa Melayu- Memahami ciri-ciri yang wujud dalam wacana.

BAHAN KAJIAN- Artikel yang bertajuk Citra Keislaman dan

Kemelayuan di Nusantara (A. Aziz Deraman, hlmn:38-41)

- Artikel dalam majalah Dewan Budaya terbitan DBP, keluaran Januari 2010 (Jilid 32, Bilangan 01)

Page 8: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

KAEDAH KAJIAN- Kaedah kepustakaan

BATASAN KAJIAN- Penggunaan bahan kajian yang jumlahnya tidak

kurang daripada 1000 patah perkataan.

PERMASALAHAN KAJIAN- Menetapkan jenis bahan yang hendak dianalisa- Mendapatkan sumber rujukan yang lengkap

berkaitan wacana bahasa Melayu.

Page 9: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

ANALISIS DATA

Page 10: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

TAUTAN

• Dikenali juga sebagai kohesi.• Keserasian hubungan antara satu unsur

linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap.

Page 11: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

CONTOH 1

“Melayu khusus ini juga adalah penduduk asal yang mendiami selatan Thailand, Melayu-Champa, Mindanao, Kalimantan, Sumatera dan yang paling penting di wilayah Borneo itu ialah Melayu-Brunei. Kesemua daerah itu memiliki sejarah dan tradisi pemerintahan yang hebat ”

- Terdapat tautan antara kedua-dua ayat.- Kata ‘kesemua daerah itu’ dalam ayat kedua merujuk

kepada ‘selatan Thailand, Melayu- Champa, Mindanao, Kalimantan, Sumatera, dan wilayah Borneo’.

- Kedua-dua ayat yang diberikan ini mempunyai makna yang dapat difahami pembaca

Page 12: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

CONTOH 2

“… ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’, ‘Gunung yang tinggi sama didaki, lurah sama dituruni’ bahkan kalau mahu dikaitkan dengan budaya komersialisme, perhatikan saja dalam ‘Alah membeli menang memakai’. Kesemua genre sastera yang bersifat falsafah dan pemikiran ini semestinya dikembalikan semula penghayatannya di tengah-tengah masyarakat…”

- Terdapat tautan antara kedua-dua ayat.- Kata ‘Kesemua genre sastera yang bersifat falsafah dan

pemikiran ini’ dalam ayat kedua merujuk kepada ‘Berat sama dipikul, sama dijinjing’ ‘Gunung yang tinggi sama didaki, lurah sama dituruni’ dan ‘Alah membeli menang memakai’.

- Kedua-dua ayat yang diberikan ini mempunyai makna yang dapat difahami pembaca

Page 13: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

RUNTUTAN

• Runtutan atau koheran merupakan kesinambungan idea yg terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna.

• Oleh itu, runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna.

Page 14: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

CONTOH 1

“Kepelbagaian bangsa serumpun Melayu itu adalah suatu sumber kekuatan dan realiti, kerana adanya ‘kesatuan dalam kepelbagaian’, dimotokan sebagai ‘Bhinneka Tunggal Ika’ di Indonesia, atau ‘Bersekutu Bertambah Mutu’ dan ‘Bersatu Tegoh Bercerai Roboh’ di Malaysia”.

- Dalam ayat ini, sumber kekuatan dan realiti, ‘kesatuan dalam kepelbagaian’, ‘Bhinneka Tunggal Ika’,‘Bersekutu Bertambah Mutu’ dan ‘Bersatu Tegoh Bercerai Roboh’ menunjukkan kesinambungan idea yang diketengahkan dalam teks ini.

Page 15: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

CONTOH 2

“Kini Melayu di Malaysia berhadapan dengan segala macam isu dan masalah. Politik kian kacau dan perpecahan kian melebar.”

- Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan masalah, kacau, dan perpecahan.

- Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebut bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna.

Page 16: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

TUJUAN

• Wacana mestilah mempunyai tujuan tertentu sama ada berbentuk tulisan ataupun bentuk lisan

• wacana ditentukan oleh penulis ataupun pembicaranya

• Tujuan menentukan jenis wacana yang digunakan

Page 17: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

CONTOH 1

“Apa yang berlaku kepada Melayu Malaysia, buruk baiknya tetap akan terkesan ke atas umat Melayu besar dan kehidupan Nusantara”.

• Tujuan penulis adalah ingin memberitahu bahawa sekiranya berlaku sesuatu kepada bangsa Melayu contohnya di Malaysia, umat Melayu yang berada di Nusantara dan di tempat lain juga turut merasai kesannya. Hal ini kerana mereka berada dalam satu rumpun yang sama.

Page 18: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

CONTOH 2

“Itu bukti sejarah dan kebenaran ilmu. Itulah juga bukti bagaimana citra keislamaan begitu berpengaruh dan telah merobah keperibadian Melayu daripada pengaruh Hindu-Buddha kepada zaman baharu sesudah itu yang mengutamakan intelektualisme dan rasionalisme dengan kecemerlangan peradaban Islamnya”.

• Penulis ingin menegaskan bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua franca dan juga dianggap sebagai bahasa agama Islam.

• Penulis juga menyatakan bahawa Islam telah mengubah kepercayaan mereka terhadap fahaman Hindu Buddha kepada ajaran agama Islam yang mengutamakan intelektualisme dan rasionalisme.

Page 19: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

KHALAYAK

• Merujuk kepada sesuatu wacana sama ada bentuk tulisan mahupun bentuk lisan perlulah mempunyai pembaca ataupun pendengar merupakan golongan penerima/khalayak sesuatu wacana.

• Wacana yang melibatkan khalayak pendengar marupakan hubungan antara penutur dengan pendengar manakala khalayak pembaca pula ialah hubungan antara penulis dengan pembaca.

Page 20: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

• Seseorang penulis akan menghasilkan sesuatu wacana mestilah tahu sasaran khalayak yang hendak ditujukan wacana tersebut dan penulis akan menggunakan laras yang berlainan/sesuai berdasarkan khalayak yang ditujukan wacana tersebut.

• Misalnya, hubungan antara penulis wacana dengan khalayak dapat dikaitkan dengan tujuan dan penerimaan sesuatu wacana itu. Seorang penutur akan menggunakan bahasa mesra sekiranya khalayaknya merupakan kaum keluarga yang rapat dengannya menakala khalayak yang mempunyai jurang sosial akan digunakan bahasa yang lebih bersifat formal.

Page 21: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

CONTOH 1

“Kita belum lagi dapat membaca karya-karya besar atau pemikiran besar seperti yang pernah dilakukan oleh Syeikh Abdul Rauf Singkel, Syeikh Shamsuddin al-Sumatrani, Hamzah Fansuri, Hamka, Raja Ali Haji, dan ratusan yang lain”.

• Contoh di atas, ditujukan kepada semua golongan pembaca untuk bersama-sama berfikir tentang pendapatnya itu.

• Penulis menggunakan kata ganti nama diri ke-3, iaitu ‘kita’ yang menunjukkan hubungan yang bersifat formal antara penulis dengan pembaca

Page 22: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

CONTOH 2

“Melayu mesti menunjukkan bahawa sesungguhnya Islam itu menyatukan rohani dan hak jasmani, hak kemanusiaan kerana itu adalah roh dan jasad, sebagaimana juga nanti kita membangun dan membina negara bangsa itu secara berimbang, fizikal dan spiritualnya”.

• Penulis juga menyeru pembaca terutamanya orang Islam tentang peranan Islam yang penting untuk membangun dan membina negara bangsa.

• Wacana ini menunjukkan hubungan yang formal antara penulis dan pembaca yang merupakan khalayak.

Page 23: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

MAKLUMAT• Maklumat boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu

maklumat lama dan maklumat baru .

• Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan pada peringkat awal dan diulang-ulang dalam konteks yang berikutnya.

• Maklumat baru ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan oleh penulis kerana khlayak tidak mengetahui maklumat tersebut sebelum ini.

Page 24: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

CONTOH 1

“Wilayah Nusantara adalah bahagian daripada geobudaya Alam Melayu dan merupakan induk kepada kesatuan dunia Melayu besar yang kini hampir mencecah 300 juta nyawa”.

• “Wilayah Nusantara adalah bahagian daripada geobudaya Alam Melayu dan merupakan induk kepada kesatuan dunia” merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya.

• Manakala, hampir mencecah 300 juta nyawa merupakan maklumat baru kerana pendengar baru sahaja mengetahui perkara tersebut.

Page 25: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

CONTOH 2

“Islam menjadi citra pegangan agama anggaran kira-kira 60% penduduk Asia Tenggara dengan 90% di Indonesia, 65% di Malaysia, hampir 100% di Brunei, 30% di Singapura dan 10% di Thailand”.

• Maklumat lama adalah Islam menjadi citra pegangan agama.

• Manakala, anggaran peratusan penduduk yang menjadikan Islam sebagai pegangan agama merupakan maklumat baru yang ingin penulis kongsikan dengan pembaca.

Page 26: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

KEADAAN• Berkaitan faktor yang menjadikan wacana relevan dengan

situasi sesuatu ujaran.

• Wacana yang diujarkan perlulah sesuai dengan keadaan dan pemeran yang ditujukan oleh wacana itu.

• Pemilihan kata, frasa atau ayat adalah penting.

• Berkaitan hubungan antara penghasil wacana dengan khalayak.

• Wacana berbentuk lisan (hubungan secara langsung) manakala wacana berbentuk tulisan (hubungan secara tidak langsung)

Page 27: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

CONTOH

“Itulah suatu premis yang pernah penulis sebut dalam buku Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia karya penulis sendiri, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)”.

• Dalam teks ini, terdapat hubungan tak langsung antara pembaca dengan penulis.

• Penulis juga menggunakan bahasa yang formal kerana golongan sasaran wacananya terdiri daripada orang yang belum dikenali.

Page 28: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

INTERTEKS• Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung

kepada wacana yang lain.

• Hal ini bererti wacana-wacana lain juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah.

• Dengan kata lain, kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang dibaca atau didengarnya itu.

Page 29: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

CONTOH 1 (Inter-teks yang hadir di hadapan teks)

“Dunia Melayu tidak boleh dipisahkan dengan Islam. Secara dasar dan konsepnya kebudayaan Melayu dalam erti kata luas dan sempit adalah kebudayaan yang bertolak daripada ajaran Islam yang sumber kebenarannya berpandukan naqal yakni al-Quran dan al-Hadis dan aqal yang membuka seluas-luasnya pintu ijtihad. Ketiga-tiga sumber ini menuntut pemikiran, kehendak-kehendak manusia dalam mencipta kebudayaan sesuai dengan manusia dan alam geografinya.”

Page 30: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

• Petikan ini dipetik daripada teks lain, yang dihasilkan oleh penulis sendiri iaitu buku Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia untuk dijadikan sebagai bahan yang dapat membantu pembaca memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca dengan mudah.

• Petikan ini juga telah diletakkan di awal teks sebagai permulaan kepada wacana yang terdapat di dalam teks dan juga sebagai salah satu gaya penulisan yang digunakan oleh penulis untuk menarik minat pembaca.

Page 31: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

CONTOH 2 (Inter-teks yang hadir di tengah-tengah teks)

Jika Bung Hatta, semasa di pengadilan Belanda tahun 1928 yang menyebut, “Hanya ada satu negara, yang pantas menjadi negaraku. Ia tumbuh dengan perbuatan, dan perbuatan itu adalah perbuatanku.”

• Petikan ini merupakan interteks kerana petikan ini dipetik daripada ucapan Bung Hatta (1928) yang diselitkan didalam teks ini yang dijadikan contoh atau bukti untuk memperkukuhkan hujahannya.

Page 32: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

CONTOH 3 (Inter-teks yang hadir di penghujung teks)

Maksud firman Allah SWT: “Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan” (al-Baqarah: 143).

• Petikan ayat al-Quran daripada surah al-Baqarah:143 ini telah dipetik dan diletakkan di akhir teks sebagai penutup teks bagi memberi kesedaran kepada pembaca untuk meningkatkan martabat bangsa Melayu dan Islam.

• Petikan ini merupakan interteks yang dapat membantu penulis untuk menyampaikan pesanannya dengan mudah dan pembaca juga akan turut dapat memahaminya dengan mudah.

Page 33: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

KESIMPULAN

Page 34: Slide Pembentangan Wacana Bahasa Melayu Kump 8

• Berdasarkan teks yang dikaji, terdapat ketujuh-tujuh ciri-ciri wacana yang terdiri daripada tujuh tahap ketekstualan yang amat penting dalam sesebuah teks untuk menghasilkan teks yang berkesan dan mudah difahami.

• Sesebuah wacana yang baik perlu memperlihatkan pertautan dan kesinambungan idea.

• Hal ini penting untuk memperlihatkan kesatuan bagi menghasilkan wacana yang utuh.

• Wacana juga penting bagi menghasilkan penulisan yang bermutu selain daripada boleh menyempurnakan sesuatu idea yang ingin disampaikan oleh penulis.