pembentangan isu dan cbrn guru smsa kump 2 tajuk 1 part ke2

29
Globalisasi dalam Pendidikan

Upload: juwairiyah-muhamed

Post on 16-Dec-2015

242 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

fgftgf

TRANSCRIPT

Slide 1

2.perkataan monodialisation yang mana semuanya bermaksud seantero dunia.mentafsirkan global bermaksud mengenai dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada umumnya.Manakala, globalisasi pula bererti fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.menyatakan globalisasi ialah proses menyingkirkan batasan atau sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan.

Meluaskan program pensiswazahan guru-tingkat kualiti dan taraf profesionalisme keguruanMeluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan guru dalam latihan dari aspek pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme. adanya peluang melanjutkan pelajaran-memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu tempoh yang telah ditetapkan -mampu meningkatkan lagi taraf profesionalisme keguruan.

Pengetahuan Globalguru perlu sentiasa mengekalkan nilai intelektualnya merupakan agen perubahan dalam menghasilkan produk berkualiti atau modal insan yang diperlukan Guru perlulah peka dengan perkembangan semasa

guru menjadi sumber rujukan dan teladan bagi masyarakat di sekeliling.

Meningkatkan Kemahiran ICT dan interaksi globalmeluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik darjah. Contohnya, dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi penyediaan pengalaman murid tanpa terbatas.

Contohnya, murid berpeluang melihat keadaan gunung berapi, keadaan di kutub utara dan menyelami di dasar laut menerusi carian laman video pendidikan di internet.

Meningkatkan kualiti pendidikMeluaskan lagi program pensiswazahan guru bagi memperbaiki taraf kualiti dan taraf profesionalisme guru setanding dengan guru-guru di negara luar agar produk yang dihasilkan mampu membangunkan negara kita dengan lebih maju dan berjaya.

langkah telah dilakukan untuk menghadapi cabaran globalisasi pendidikanmenubuhkan Multimedia Super Corridor (MSC)mengembangkan sekolah-sekolah bestari. mereformasikan kurikulum sekolah dengan melaksanakan pengajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris atau dikenali sebagai PSMI dan penswastaan pendidikan tinggi dengan memberi peluang untuk penubuhan kolej dan universiti swasta dalam negeri.

ciri-ciri guru dalam cabaran globalisasi pendidikanmempunyai iltizam yang tinggimelibatkan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas bagi melahirkan modal insan kelas pertama.perlu berorientasikan maklumat : sungguh-sungguh mengejar maklumat baru yang berkaitan pendidikan serta isu-isu semasa.

berpandangan jauh mempunyai visi terutamnya dalam perkembangan pendidikan demi mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan negara dalam alaf baru. berpandangan positif iaitu memperlihatkan reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulumnya dalam perspektif yang positif yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan negara contohya peka kepada perubahan dalam setiap aspek, sedar tentang keperluan negara dan bersikap positif terhadap pembelajaran. berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan dengan menguasai kemahiran belajar.

Dengan globalisasi ianya meletakkan profesion keguruan sebagai satu profesion yang penting. Ini kerana berjayanya sesebuah negara adalah dengan berjayanya negara itu menghasilkan modal insan berguna yang akan membangunkan negaranya setaraf dengan negara maju yang lain.

Pembentukan Jati DiriMenurut Hussein Ahmad ( 2001) menyatakan bahawa institusi latihan dan pendidikan bagi orang-orang dewasa yang sudah mempunyai kerjaya perlu diperbanyakkan untuk membangun dan mengembangkan potensi sumber manusia bagi membolehkannya memberi sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan negara dan juga perkembangan diri individu itu sendiri. mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasaiperubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti:

1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.

2.Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.

Perubahan Kurikulum3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.

4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru.

Perkembangan profesionalisme guru.meningkatkan kualiti guru sama ada dari segi kelayakan akademik, kepakaran dalam pengajaran, kualiti professional dan kualiti personal atau kepimpinan guru dalam organisasi sekolah dan masyarakat, meluaskan pengetahuan guru bersifat global, kemahiran ICT dan interaksi global membolehkan guru meluaskan konsep pembelajaran mengatasi halangan bilik darjah dan birokrasi sekolah, meluaskan peluang kepada guru perkhidmatan dan guru-guru dalam latihan dari segi pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme dan sebagainya.

PENGARUH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIAKSIDefinisi Teknologi Maklumat dan Komunikasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi.

Senn (1998)menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu-guna. Gabungan ketiga-tiga komponen ini mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya.Pengaruh/ Kesan/ Impak Teknologi Maklumat dan KomunikasiAlat penyebaran maklumat- medium : audio, video, dokumen- sumber : internet

Kewujudan situasi kehidupan sebenar secara maya- tertumpu kepada bidang sains- contoh : pembentukan pelangi, kitaran rama-rama

Memanipulasikan dan menganalisis data- data nombor : dianalisis melalui perisian excell- pengiraan statistik yang mudah- contoh : menghitung peratusan dengan mudah

Kewujudan komunikasi tanpa sempadan dan masa- dapat berhubung dengan sesiapa sahaja walau dekat atau jauh- masa yang berbeza tidak menjadi halanganPembentukan resos digital- perpustakaan digital : dapat mengakses bahan pengajaran dan penyelidikan tanpa mengira masa.- berlaku perkongsian maklumat

Memperkembangkan kemahiran aras tinggi- kolaborasi : berlaku di mana-mana, tanpa mengira siapa, dan masa berbezaPendidikan jarak jauh - wujud dengan ada rangkaian pendidikan yang lengkap. - tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. - Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.Perdagangan elektronik - ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan. - pengguna tidak perlu melangkah keluar dari rumah untuk membeli-belah. - boleh membeli-belah 24 jam sehari tanpa gangguan kesesakan, cuaca dan jurujual yang membosankan. Selain itu, lokasi juga tidak menjadi masalah kerana perkhidmatan yang dibekalkan akan menjamin pembelian tersebut dijalankan dengan senang. - Halangan yang wujud cumalah kos penghantaran yang mahal bagi lokasi yang jauh.Cabaran guruMendidik generasi muda dalam penggunaan internet secara berkesan.

Mewujudkan budaya internet yang sihat.