skrip fiqh wanita

4
PROGRAM SOAL-JAWAB AGAMA: FIQH WANITA (SKRIP EMCEE) 7.45PM-10.40PM, 4 Dec 2014 DEWAN SYARAHAN, PUSAT ISLAM UNIMAS ATURCARA EMCEE SKRIP Ketibaan tetamu jemputan Hanis Mohon perhatian. Majlis pada malam ini adalah majlis semi formal. Bagi memastikan kelancaran majlis, mohon para hadirin dapat mematikan telefon bimbit atau menukarkannya dalam tetapan senyap sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu majlis. Para hadirin juga diingatkan supaya tidak menepuk tangan secara berlebihan ketika majlis berlangsung. Diminta semua hadirin untuk mengambil tempat masing- masing sementara menantikan para tetamu jemputan tiba. Diminta muslimat untuk memenuhi ruangan di bahagian kanan saya manakala muslimin di bahagian kiri saya. Kerjasama dan kesabaran anda amat kami hargai. Terima kasih. ` Ketibaan VVIP Hanis Mohon kerjasama hadirin untuk berdiri. Mengumumkan ketibaan 1. Yang Berbahagia Cik Siti Nor Ain binti Hj. Musa, Pengetua Kolej Sakura. 2. Dan Diiringi barisan tetamu jemputan. Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi mengalunkan bacaan Asma’ul Husna. (ASMA’UL HUSNA)

Upload: hanishanis

Post on 12-Nov-2015

287 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

f

TRANSCRIPT

PROGRAM SOAL-JAWAB AGAMA: FIQH WANITA(SKRIP EMCEE)7.45PM-10.40PM, 4 Dec 2014DEWAN SYARAHAN, PUSAT ISLAM UNIMASATURCARAEMCEESKRIP

Ketibaan tetamu jemputanHanisMohon perhatian. Majlis pada malam ini adalah majlis semi formal.

Bagi memastikan kelancaran majlis, mohon para hadirin dapat mematikan telefon bimbit atau menukarkannya dalam tetapan senyap sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu majlis.

Para hadirin juga diingatkan supaya tidak menepuk tangan secara berlebihan ketika majlis berlangsung.

Diminta semua hadirin untuk mengambil tempat masing-masing sementara menantikan para tetamu jemputan tiba.

Diminta muslimat untuk memenuhi ruangan di bahagian kanan saya manakala muslimin di bahagian kiri saya.

Kerjasama dan kesabaran anda amat kami hargai. Terima kasih.`

Ketibaan VVIPHanisMohon kerjasama hadirin untuk berdiri.

Mengumumkan ketibaan

1. Yang Berbahagia Cik Siti Nor Ain binti Hj. Musa, Pengetua Kolej Sakura.

2. Dan Diiringi barisan tetamu jemputan.

Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi mengalunkan bacaan Asmaul Husna.

(ASMAUL HUSNA)

Hadirin dipersilakan duduk.

YANG BERBAHAGIA CIK SITI NOR AIN BINTI HJ. MUSA, PENGETUA KOLEJ SAKURA

YANG BERUSAHA FELO KOLEJ SAKURA, DR FARAH AKMAL BT IDRUS

YANG BERUSAHA, PENGARAH PROGRAM, SAUDARI NURUL FARAH AIN BT MOHAMAD

TUAN-TUAN, PUAN-PUAN

SETERUSNYA, HADIRIN HADIRAT SEKALIAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE PROGRAM SOAL-JAWAB: FIQH WANITA.

Bacaan DoaHanisBagi memberkati majlis pada hari ini, majlis dengan ini menjemput saudara

LUQMANULHAKIM BIN MOHD AMIR

untuk mengetuai bacaan doa.Majlis mempersilakan.

(BACAAN DOA)

Amin Amin Ya Rabbal Al-amin.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Untuk pengetahuan semua, program soal jawab fiqh wanita pada malam ini merupakan anjuran Jawatankuasa Surau Kolej Sakura (JASSA) sesi 2014-2015

ForumHanisSebelum memulakan sesi soal jawab, moleklah kiranya saya memperkenalkan saudara moderator kita pada malam ini

BELIAU MERUPAKAN PELAJAR TAHUN KEDUA FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF YANG JUGA MERUPAKAN MANTAN TIMBALAN PENGERUSI UNIT SURAU CEMPAKA SESI 2013-2014. TIDAK LAIN TIDAK BUKAN SAUDARA DIDIN WAHYUDI BIN MOHAMAD ZAINI.

Tanpa melengahkan masa lagi, dijemput barisan panel jemputan untuk naik ke atas pentas bersama-sama moderator soal jawab Fiqh wanita pada malam ini.

Majlis mempersilakan.

Penyampaian CenderahatiHanisSeterusnya,

PenutupanHanisHadirin yang dihormati,

Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian para tetamu dan dif-dif jemputan kerana sudi hadir ke Program Soal Jawab Fiqh WanitaKami pihak penganjur memohon maaf atas segala kesilapan dan kelemahan yang berlaku sepanjang majlis ini berlangsung.

Keberangkatan pulangHanisKalau ada sumur di ladang,Boleh hamba menumpang mandi,Kalau ada umur yang panjang,Bolehlah kita berjumpa lagi.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayahAssalamualaikum w.b.t.

Mengumumkan keberangkatan pulang Yang Berbahagia Cik Siti Nor Ain Binti Hj. Musa, Pengetua Kolej Sakura.

Diiringi barisan tetamu jemputan untuk menikmati sedikit jamuan ringkas

PengumumanhanisPARA PELAJAR DIMINTA UNTUK TUNGGU SEBENTAR

DIINGATKAN JUGA, PENGHUNI KOLEJ SAKURA DIMINTA UNTUK SIGN-OUT.

PARA PELAJAR DIBENARKAN BERSURAI.