kuliah mingguan fiqh wanita (siri 7)

35

Upload: platform-siswa-islam-malaysia-prism-uk

Post on 12-Jul-2015

121 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)
Page 2: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)

3. Apa yang disyariatkan sebelum melaksanakan solat (azan, iqamah, solat berjemaah)4. Tatacara solat

Page 3: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)

Azan dari segi bahasa : pemberitahuan, pengumuman

Azan dari segi istilah syarak: Perkataan yang khusus untuk memberitahu masuknya waktu solat yang difardhukan.

Iqamah pula bermaksud pemakluman bahawa sudah tiba masa untuk menunaikan solat fardhu.

Pensyariatan azan dan iqamah: Sunat Muakkad. Iaitu mengikut mazhab Maliki dan yg paling rajih bagi mazhab Syafie. Adapun bagi mazhab yg lain, hukum keduanya adalah wajib.

Page 4: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)
Page 5: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)

Solat yang didahului dgn azan dan iqamah ialah solat fardhu sahaja iaitu solat 5 waktu, yang ditunaikan secara berjemaah dan secara jemaah tersebut adalah bermukim. Iaitu bukan dalam keadaan musafir.

Tidak dimulai dengan azan dan iqamah sekiranya solat tersebut adalah selain dari solat fardhu kerana solat tersebut boleh ditunaikan bila2 masa sahaja, tidak ada waktu2 yg tertentu untuk melaksanakannya.

Page 6: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)

Tidak diwajibkan azan ke atas org yg bermusafir tetapi digalakkan kepada mereka untuk azan, sekiranya mereka berjemaah tidak ditegah kepada mereka sekiranya meninggalkan azan, tetapi ditegah sekiranya mereka meninggalkan iqamah.

Page 7: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)

Tidak diwajibkan azan dan iqamah bagi org yg solat bersendirian, tetapi sekiranya orf tersebut azan dan iqamah juga maka itu adalah lebih baik kerana keduanya adalah zikrullahi Taala. Maksudnya, afdhal bagi setiap Muslim yg bersolat, samada bersendirian, dia azan dan solat kecuali solat qadha’ atau dalam bukan waktu, azan tidak dikuatkan suara. Solat fardhu yg di dalam waktu, di galakkan menguatkan suara ketika azan.

Page 8: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)

Bagi yg sudah luput waktunya, digalakkan ketika waktu qadha’ tersebut azan pada solat pertama, dan iqamah pada solat2 selepasnya. Sekiranya tidak berazan, tidak mengapa.

Sekiranya seseorang melakukan solat jama’ antara 2 solat, solat tersebut dilakukan dalam pertama iaitu jama’ taqdim, solat yg pertama diazan dan diiqamahkan kemudian untuk solat kedua diqamatkan.

Sekiranya jama’ ta’khir, dimulai dgn iqamah pada setiap solat. Sekiranya hanya dimulai dgn 1 iqamah, maka tidak mengapa.

Page 9: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)

Tidak diwajibkan ke atas wanita untuk melaungkan azan dan iqamah. Ini kerana seperti yg disebutkan oleh Ibn qudamah dalam al-mughni, asal disyariatkan azan ialah untuk mengumumkan/melaungkan/memberitahu tentang masuknya waktu, maka ia memerlukan kpd mengangkat suara dan ini tidak disyariatkan dilakukan oleh wanita. Dan tidak disyariatkan juga kpd wanita untuk keluar solat secara berjemaah, maka mereka tidak perlu kpd azan dan iqamah.

Page 10: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)

Sekiranya wanita Muslimah ingin juga melakukan azan dan iqamah, maka ianya adalah zikrullah, tidak mengapa. Ada ulama seperti Thawuus dalam kitab al-muhalla bahawa saidatina aisyah juga azan dan qamat. Ini terdapat dalam mazhab Hanbali. Dalam mazhab syafie dan Ibn qudamah juga mengatakan sedemikian iaitu tidak mengapa sekiranya wanita ingin azan dan iqamah.

Adapun bagi mazhab Maliki pula, mereka mengatakan azan adalah dikhususkan kpd lelaki sahaja kerana isyarat kpd masuk waktu. Maksudnya muazzin hanyalah bg lelaki. Tetapi iqamah blh dilakukan oleh lelaki dan juga wanita.

Bagi mazhab hanafi, tidak disunatkan wanita untuk azan dan iqamah.

Pendapat yg rajih : Harus hukumnya wanita azan dan iqamah.

Page 11: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)
Page 12: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)
Page 13: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)

Kalimah (( Al-Solatu Khairun Minnawm )) disunatkan disebut di dalam azan waktu subuh selepas menyebut (( Hayya alal falah )). Ini disebut oleh ramai ulama : ibn umar, hassan al-basri, ibn sirin, al-zuhri, malik, thawri, syafie dll.

Makruh menyebut kalimah ini di dalam azan solat yg lain kerana solat subuh adalah di dalam waktu tidur kebanyakan manusia. Maka kalimah ini dikhususkan hanya kepada solat subuh.

Page 14: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)

Disyariatkan azan bagi solat 5 waktu yg telah dikhususkan kepada waktu yg tertentu. Maka disyaratkan sahnya azan ialah mestilah dalam waktu solat tersebut. Azan yg dilaungkan diluar dari waktu solat adalah tidak diambil kira, tiada khilaf ttg hal ini.

Dikecualikan azan ketika sebelum masuk solat subuh. Azan ini disebut oleh Rasulullah SAW : (( Bilal azan pada waktu malam, maka makanlah dan minumlah sehingga dilaungkan azan daripada Ibn Umi Maktum )).

Dikhususkan azan yg diluar waktu solat ini pada waktu fajar sahaja kerana fajar ialah waktu tidur kebanyakan manusia,maka ia adalah untuk memberi perhatian kpd mereka akan masuknya waktu subuh.

Digalakkan azan solat 5 waktu pada awal waktu untuk memberitahu manusia ttg masuknya waktu dan membolehkan manusia bersedia melaksanakan solat.

Page 15: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)

Tertib seperti yg disyariatkan oleh Nabi SAW. Maksudnya dari segi lafaz dan waktu disyariatkan.

Ada ‘gap’ di antara azan dan iqamah iaitu dgn kadar waktu wudhuk dan solat 2 rakaat. Syarat ini adalah digalakkan.

Azan dan iqamah adalah dari org yg sama, ini bagi pendapat mazhab hanbali dan syafie.

Azan adalah bersifat volunteer bukan diupah. Ini pendapat mazhab az-zahiriyah. Adapun pendapat ulama lain dibolehkan upah.

Azan dilakukan dalam keadaan dipanjang-panjangkan samada suara yg keras atau mendayu2, berbeza dgn iqamah yg dilafazkan secara laju dan bersegera. Kerana azan adalah untuk menyatakan masuk waktu dan mengajak manusia yg masih berada jauh dari masjid.

Page 16: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)

Lelaki Muslim Beraqal Dibolehkan kanak-kanak yg beraqal, baligh lebih

afdhal. Seseorang yg tahu ttg sunnah, tahu masuknya

waktu, suara merdu, berdiri, boleh yg bermusafir,

Mengadap kiblat, dan ketika menyebut hayya alassolah memandang sedikit ke kanan, dan ketika menyebut hayya alal falah, memandang sedikit ke kiri tanpa mengubah kaki, dan meletakkan jari di telinga.

Mengangkat suara ketika berada dalam jemaah, begitu juga iqamah, tetapi tingkatan suara lebih rendah dari suara ketika azan.

Page 17: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)

Bertaqwa Adil Bersuci, harus sekiranya dalam keadaan

berhadas kecil, tapi makruh dalam keadaan berjunub.

Page 18: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)

Azan seorang wanita hanyalah untuk dirinya dan jemaah di kalangan wanita sahaja.

Ringkasan dari perbahasan ulama, azan seorang wanita untuk lelaki dan org umum adalah tidak sah. Begitu juga dengan iqamah.

Ini kerana suara wanita adalah aurat.

Page 19: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)

Dituntut menjawab azan dan iqamah seperti yang dikatakan oleh muazzin. Kecuali beberapa lafaz seperti Hayya Alassolahh, dan Hayya alal falah..maka jawablah: La haw la wa la quwwata illa billah.

Jawab azan hendaklah setelah muazzin selesai daripada melaungkan lafaznya. Sekiranya menjawab semasa azan, maka dihilangkan syafaat ketika hari qiyamat. Seperti sabda Nabi SAW:

Page 20: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)
Page 21: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)

Orang tersebut hendaklah memberhentikan bacaan al-quran dan menjawab lafaz azan oleh muazzin.

Seseorang yg memasuki masjid ketika azan, tidak digalakkan keluar dari masjid kecuali darurat atau uzur. Digalakkan menunggu azan selesai baru lah duduk, setelah menjawab azan dan solat 2 rakaat tahiyyatul masjid.

Sekiranya tidak berbuat demikian, tidak mengapa.

Page 22: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)
Page 23: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)

Solat berjemaah bagi solat 5 waktu ialah sunat muakkad. Ini bagi pendapat maliki, syafie, dan hanafi.

Ada juga yg berpendapat bahawa ianya adalah wajib iaitu bagi pendapat sebahagian mazhab syafie.

Ada ramai lagi ulama yg mewajibkan solat berjemaah ini termasuk al-auzaie, abu thaur, syaikh2 hanafi dan hanbali. Tetapi tidak lah sampai kepada menjadi syarat sah solat.

Sehinggakan ada yg mengatakan jemaah ini adalah syarat sah solat. Ini adalah pendapat mazhab az-zahiriyah.

Page 24: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)
Page 25: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)

Ulama telah berselisih pendapat berkenaan hukum ini. DAZ menyatakan semua ulama ttg ini beserta sandaran dalil. Beliau juga telah mengeluarkan pendapat yg rajih.

Mazhab Hanafi: wajib berjemaah hanya bagi lelaki, tidak wajib bagi wanita kerana keluarnya mereka untuk berjemaah boleh mendatangkan fitnah. Tetapi bagi wanita yg telah tua dirukhsahkan untuk keluar berjemaah pada waktu subuh, maghrib, isyak dan solat hari raya. Ini kerana wanita tua kurang mendatangkan fitnah dan waktu2 tersebut tidak terdapat ramai orang yg keluar pada waktu tersebut.

Page 26: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)

Mazhab syafie: Mereka membahagikan wanita kepada beberapa golongan iaitu wanita yang menarik perhatian atau cantik dan muda, wanita yg kurang menarik perhatian atau tua, wanita warga emas.

Wanita golongan pertama selagi boleh ditegah untuk berjemaah di masjid oleh suami atau wali, walaupun tidak memakai minyak wangi atau berhias. Mereka ini adalah dikalangan yg mempunyai rupa paras yg cantik, muda dan boleh memikat mana2 lelaki yg memandangnya. (mushtahaat)

Page 27: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)

Golongan kedua ialah wanita yang tidak menarik perhatian lelaki, di kalangan wanita yg mempunyai rupa paras yg biasa-biasa, sudah berumur. Sekiranya mereka ini bermake up dan berwangi-wangian juga ditegah. Dan mesti ditegah juga oleh suami mereka.

Golongan ketiga ialah warga emas. Sekiranya tidak berhias dan berwangi-wangian. Dan disunatkan kepada suami untuk mengizinkan mereka ke masjid untuk berjemaah sekiranya mereka meminta izin.

Apapun, solat wanita di rumah adalah lebih afdhal walaupun mereka tidak mendatangkan fitnah. Kehadiran wanita ke amsjid tidaklah ditegah 100% selagi mana mendapat izin suami, seperti hadith nabi,

Page 28: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)

Mazhab Maliki dan hanbali: Diharuskan wanita ke masjid sekiranya tidak mendatangkan fitnah. Apapun solat di rumah adalah lebih baik.

Pendapat yg rajih : Hukum wanita keluat ke masjid adalah HARUS dan BUKAN WAJIB. Dan WAJIB meminta izin dari org2 yg wajib mereka izin seperti suami dan wali. Solat di rumah adalah lebih baik.

Page 29: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)
Page 30: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)
Page 31: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)

Solat bersendirian yang sahih dan betul. Solat orang yg sakit. Solat orang yg musafir. Solat org yg dalam keadaan takut atau

kecemasan. Solat jemaah dalam keadaan aman. Solat jemaah dalam keadaan Imam yg uzur. Solat jemaah dalam keadaan takut atau

kecemasan.

Page 32: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)

Asalnya, solat wanita adalah sama dengan solat lelaki.

1. Tawajuh kepada qiblat dan takbiratul ihram.

Page 33: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)

Niat solat Mengangkat tangan ketika takbir Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri Doa iftitah Membaca al-fatihah Membaca al-fatihah dengan bahasa arab. Membaca surah selepas al-fatihah dan berhenti sebentar

selepasnya. Takbir untuk rukuk Itmiknan dalam rukuk I’tidal Takbir untuk sujud Bangun dari sujud, dan sujud semula selepas duduk

sementara. Bangun dari sujud dna bangun dengan takbir. Rakaat kedua Duduk Tasyahud Membaca tahiyyat Tasyahud awal dan akhir

Page 34: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)

Rukun solat, perkara wajib solat. perkara sunat dalam solat. Yg membatalkan solat. Yg makruh dalam solat. Perkara yg dilakukan selepas solat.

Page 35: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)

Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada satu perasaan yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?