skrip susan dan kris

9
Tutorial minggu 8 Pelajar melaksanakan aktiviti membina kemahiran asertif seperti dalam Lampiran 3 secara berkumpulan.

Upload: chloewan13

Post on 08-Sep-2015

249 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Tutorial minggu 8

Pelajar melaksanakan aktiviti membina kemahiran asertif seperti dalam Lampiran 3 secara berkumpulan.

Skrip

Cikgu menunjukkan isyarat supaya senyap kepada Susan dan Kris.

Cikgu: Murid-murid masih ingat apakah peraturan kelas kita semasa guru mengajar?

Murid: Peraturan kelas kita ialah menumpu perhatian semasa cikgu mengajar, saling menghantar nota dan membuat bising adalah tidak dibenarkan.

Cikgu: Betul murid-murid, jadi bolehkah anda semua pandang ke depan dan mendengar apa yang disampaikan oleh cikgu?

(Susan dan Kris pandang ke depan, beberapa minit kemudian, mereka masih menghantar nota dan gelak)

Cikgu: Susan dan Kris, peraturan kita ialah JANGAN MENGHANTAR NOTA dan MEMBUAT BISING semasa cikgu mengajar. Ini ialah amaran pertama daripada cikgu.

Cikgu (tunjuk pada peraturan yang lekat pada papan kenyataan): Murid-murid apakah tindakan yang akan diambil seperti yang kita telah bincangkan sebelum ini sekiranya tidak mengubah?

Murid (pandang ke papan kenyataan): Time out dan berdiri di belakang kelas, cikgu.

Cikgu: Bagus, anda semua masih ingat peraturan kita.

Susan dan Kris hanya menumpu perhatian sekejap sahaja dan teruskan membuat bising dan gelak ketika guru mengajar.

Cikgu: Susan dan Kris, anda berdua dikena time out 10 minit di belakang kelas kerana anda berdua masing membuat bising dan saling menghantar nota semasa cikgu mengajar. Susan di sebelah kiri belakang kelas dan Kris di sebelah kanan.

Apabila Susan dan Kris menjadi senyap guru mengarah mereka kembali ke tempat masing-masing dan memberi amaran sekiranya mengulang perbuatan tersebut mereka perlu mengulangi apa yang telah guru menyampaikan di depan kelas kalau tidak, mereka akan didenda membersihkan kelas selepas sekolah.

Kesan daripada tindakan pembetulan ini hanya mengekal beberapa minit sahaja.

Cikgu: Susan dan Kris, sila tampil ke depan dan memberitahu rakan-rakan apa yang telah cikgu sampaikan tadi.

Susan:

Kris:

Cikgu: Susan dan Kris, anda tidak mampu menyebut apa-apa yang telah saya sampaikan. Jadi apakan tindakan yang anda akan terima?

Susan dan Kris: Membersihkan kelas.

Cikgu: Selepas sekolah, anda berdua tinggal dalam kelas dan membersihkannya sehingga saya memberi arahan anda boleh balik.

Susan dan Kris : Baiklah cikgu.

Selepas sekolah, Susan dan Kris membersihkan kelas.Guru membuat pemantauan dan memberi nasihat setelah mereka menyiapkan tindakan pembetulan.

Cikgu: Susan dan Kris, apakah sebab anda tidak menumpu perhatian?Kita sudah membincangkan dan anda telah bersetuju dengan peraturan membuat bising akan didenda, masih ingat?

Susan dan Kris memberi alasan mereka tidak berminat pada topic yang diajar oleh cikgu mereka.

Cikgu: Namun begitu, anda tidak boleh membuat bising sehingga mengganggu rakan yang lain untuk mendengar. Hari esok anda berdua sila berjumpa dengan cikgu di pejabat sejurus selepas waktu persekolahan, cikgu akan sekali lagi menyampaikan isi yang telah diajar tadi, anda berdua perlu menumpu perhatian anda, setuju?

Susan dan Kris: Setuju, terima kasih cikgu.