skrip pengacaraan majlis watikah pelantikan

Upload: datuk-seri-izzul-syahmi

Post on 18-Jul-2015

1.803 views

Category:

Documents


26 download

TRANSCRIPT

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2012/2013 & MAJLIS PERTUKARAN TUAN PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

28 MAC 2012 DEWAN BENDAHARA

Bil. 1.

Perkara/Teks Mengumumkan perarakan masuk Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2012/2013.

Tindakan

1.

Mengumumkan ketibaan

1. Yang Berbahagia En. Zakaria bin Hussin Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

Diiringi oleh,

2. Yang Berusaha En Kamaruddin bin Hashim Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

3. Tuan Haji Ramli bin Abdullah Pegawai Eksekutif Kanan

Masuk ke Dewan Bendahara,

**nyanyian lagu Negaraku**

2.

**setelah semua mengambil tempat**

Kita mulakan majlis kita pada petang ini dengan ummul kitab Al-Fatihah

3.

1. Yang Berbahagia En Zakaria bin Hussin Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan 2. Yang Berusaha En Kamaruddin bin Hashim Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru

Kampus Sultan Mizan 3. Tuan Haji Ramli bin Abdullah, Pegawai Eksekutif Kanan 4. Ketua-ketua jabatan 5. Ketua-ketua unit 6. Pensyarah-pensyarah kanan 7. Pensyarah Pelajar 8. Barisan pensyarah 9. Pegawai Eksekutif kanan dan staf sokongan 10. Saudara Yang Dipertua Perwakilan Pelajar dan barisan exco sesi 2012/2013 11. Seterusnya hadirin hadirat warga yang dihormati sekalian. penasihat Jawatankuasa Perwakilan

Assalamualaikum w.b.t ,salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

4.

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk kita berkumpul di Dewan Bendahara Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan pada petang yang berbahagia ini, untuk dua majlis yang amat penting iaitu Watikah Pelantikan Jawatankuasa

Perwakilan Pelajar bagi sesi 2012/2013 dan Majlis Pertukaran Yang Berbahagia Tuan Pengarah yang akan maneruskan perkhidmatan beliau di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu Darul Iman.

5.

Tetak buluh panjang sepuluh, Laksana dititing kias ibarat, Mari susun jari sepuluh, Kepada tuhan diminta berkat.

Bagi memberkati majlis pada petang ini, majlis menjemput dan mempersilakan saudara Muaz bin Said untuk mengetuai pembacaan doa. Dipersilakan.

**bacaan doa**

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas pembacaan doa sebentar tadi.

6.

Hadirin yang dihormati sekalian pada petang ini kita berkumpul untuk satu majlis yang amat bermakna kepada kita semua khususnya kepada barisan kepimpinan

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar kerana pada hari ini mereka secara rasminya akan dilantik dan dianugerahkan watikah pelantikan mereka dalam majlis yang gilang gemilang ini.

7.

Tuan-tuan

dan

puan-puan Perwakilan

pada Pelajar

hari akan

ini

barisan

Jawatankuasa perlantikan

menerima Yang

watikah

masing-masing

daripada

Berbahagia Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, semoga segala tugas yang diamanahkan dapat dijalankan dengan penuh dedikasi dan cemerlang.

8.

Tuan-tuan dan puan-puan untuk menyempurnakan majlis penyampaian watikah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013, majlis menjemput dan mempersilakan En Kamaruddin bin Hashim Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Sultan Mizan untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia En Zakaria bin Husin Pengarah Institut Pendidikan menyerahkan Guru Kampus Sultan Mizan kepada untuk barisan

watikah

pelantikan

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sekalian. Dengan penuh takzimnya, dipersilakan.

**setelah VIP bersedia**

9.

1. Dijemput Saudara Asraf Hadzwan b. Ahmad Safian Yang Di-Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

2. Dijemput Saudara Che Mohd Rozairi Bin Che Mohd Nor Naib Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

3. Dipersilakan Saudari Nurulaini Binti Ab Rahim. Setiausaha Agung Kehormat

4. Dipersilakan Saudari Nur Hanisah binti Ahmad Saifudin Selaku Naib Setiausaha Agung Kehormat

5. Dipersilakan Saudari Nursakinah binti Izer Bendahari Agung Kehormat

5. Dijemput Saudara Wan Mohd Saufi bin Wan Mustafa Naib Bendahari Agung Kehormat

10.

Bagi Biro Pengurusan Professional dan Akademik.

Dijemput Ketua Exco Saudara Mohamad Fikri Hafiz B. Ramzi

Dipersilakan Timbalan Exco Saudari Norazira Bt Arifin

Setiausaha Biro Pengurusan Professional dan Akademik Saudara Tan Chian Yee

11.

Bagi Biro Kebajikan Sosial dan Pengaduan Awam.

Dijemput Saudara Muhammad Hafis bin Abd Rahman Selaku Ketua Exco

Dijemput Saudara Muhammad Zhariff Bin Hasnan Selaku Timbalan Ketua Exco

Dipersilakan Saudari Siti Aisyah bt Yahaya Selaku Setiausaha Biro Kebajikan Sosial dan Pengaduan Awam

12.

Seterusnya bagi Biro Hal Ehwal Agama Islam & Kerohanian.

Dijemput Ketua Exco Saudara Ahmad Syakir bin Makhtaruddin

Dijemput Timbalan Exco Saudara Mohamad Hanif B. Mat Daud Dipersilakan Setiausaha Biro Hal Ehwal Agama Islam & Kerohanian. Saudari Asmidah Binti Ahmad

13.

Bagi Biro Hal Ehwal Wanita

Dipersilakan Saudari Ummi Kalsom Binti Abdullah Selaku Ketua Exco

Dipersilakan Saudari Nurshuhana binti Safruddin Selaku Timbalan Exco

Dipersilakan Saudari Siti Roszalia Binti Mohamed Selaku Setiausaha Biro Hal Ehwal Wanita

14.

Seterusnya Biro Perhubungan Antarabangsa dan Pengurusan Am.

Dijemput Ketua Exco Saudara Muhammad Amri Bin Azmi Timbalan Exco:

Dijemput Timbalan Exco Vehnoo Pirieyan A/L V.Subramaniam

Dijemput Setiausaha Biro Perhubungan Antarabangsa dan Pengurusan Am Saudari Nurain Basyirah Bt Mohd Khalid

15.

Bagi Biro Teknologi Maklumat dan Penerbitan.

Dijemput Saudara Adi Izdihar Bin Ibrahim Selaku Ketua Exco

Dijemput Saudara Mohd Syazwan Bin Mohd Zamri Selaku Timbalan Exco

Dijemput Saudara Azrul hafiz bin Sham Setiausaha Biro Teknologi Maklumat dan Penerbitan.

16.

Untuk Biro Kediaman Pelajar. Dijemput Saudara Khairul Hafifi Bin Salleh Selaku Ketua Exco

Dijemput Saudara Fareez Bin Abu Bakar Selaku Timbalan Exco

Dijemput Saudar Zainol Harith Bin Muhamad Selaku Setiausaha Biro Kediaman Pelajar

17.

Seterusnya Biro Kebudayaan, Kesenian dan Perpaduan

Dijemput Ketua Exco Saudara Ameer Firdaus B. Onn.

Dijemput Timbalan Exco Saudara Tan Boon Hua

Dipersilakan Setiausaha Biro Kebudayaan, Kesenian dan Perpaduan Shobana A/P S.Vijayakumar

18.

Biro Sukan dan Rekreasi Dijemput Saudara Hanif Husaini B. Ahmad Fakhruradzi Selaku Ketua Exco

Dipersilakan Saudari Patricia Binti Alin Selaku Timbalan Exco

Dijemput Saudara Muhammad Zaheed b. Abd Rajak Selaku Setiausaha Biro Sukan dan Rekreasi

19.

Seterusnya Bagi Biro Keusahawanan. Dipersilakan Ketua Exco Saudari Farahana binti Amin

Dijemput Timbalan Exco Saudara Izhar Iqmal B. Ishak

Akhir sekali dijemput Setiausaha Biro Keusahawanan Saudari Farina Natasha Binti Hafizi

20.

Demikianlah tadi selesainya upacara penyerahan watikah pelantikan Pendidikan 2012/2013. Jawatankuasa Guru Kampus Terima kasih Perwakilan Pelajar Institut

Sultan Mizan bagi sesi diucapkan kepada Yang

Berbahagia En Zakaria bin Husin Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan dan Yang Berusaha En Kamaruddin bin Hashim Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan atas kesudian menyempurnakan penyampaian watikah

pelantikan tersebut.

21.

Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Semoga majlis yang gilang gemilang ini

merupakan satu manifestasi pengiktirafan seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan kepada anda semua dalam menjalankan tugas. Semoga jambatan dan hubungan antara pihak pentadbiran dan guru-guru pelatih khususnya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang baru dilantik ini akan semakin kukuh dan harmonis. InsyaAllah.

22.

Baiklah. Hadirin sekalian, seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan Yang Dipertua Jawatankuasa

Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan sesi 2012/2013 Saudara Asraf Hadzwan bin Ahmad Safian untuk mambaca ucapan penerimaan tugas seterusnya mengetuai bacaan ikrar oleh barisan

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sekalian. Hal ini disusuli dengan penyerahan ikrar oleh Yang Dipertua kepada Yang Berbahagia Tuan Pengarah. Dipersilakan.

**baca ikrar & serah ikrar**

Majlis merakamkan ucapan terima kasih. 23. Demikianlah tadi ucapan penerimaan tugas dan ikrar yang telah dilafazkan oleh saudara Yang Dipertua dan

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013 yang menggambarkan keikhlasan, kesungguhan dan

keiltizaman seluruh kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sekalian. Tahniah dan syabas kepada anda semua.

24.

Bagi meneruskan agenda kita pada hari ini,majlis menjemput saudara Asraf Hadzwan bin Ahmad Safian

untuk menyampaikan ucaptama beliau selaku Yang Dipertua Perwakilan Pelajar.Dipersilakan

**ucapan Yang Dipertua**

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

25.

Seterusnya,majlis

menjemput

Tuan

Haji

Ramli

bin

Abdullah, Pegawai Eksekutif Kanan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan untuk menyampaikan

ucapan.Dipersilakan.

**ucapan staf**

Majlis meramkan ribuan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Minta daun diberi daun, Dalam daun ada bidara, Minta pantun diberi pantun, Dalam pantun ada bicara

Rumput bukan sebarang rumput, Rumput tumbuh di padang raja, Jemput bukan sebarang jemput, Jemput minta sepatah kata.

Kini,tibalah kita ke kemuncak majlis, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang

Berbahagia Encik Zakaria Bin Hussin,Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,untuk

menyampaikan sepatah dua kata.Dipersilakan

(ucapan pengarah) Majlis merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia pengarah atas ucapan sebentar tadi.Diharap seluruh warga institut mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang disampaikan.

26.

Tenang-tenang air dilaut, Sampan kolek mudik ketanjung, Hati terkenang mulut menyebut, Budi tuan rasa nak junjung.

Tuan-tuan

dan

puan-puan kepada

sekalian, Yang

sebagai

tanda Tuan

kenang-kenangan

Berbahagia

Pengarah, warga institut telah menyediakan sedikit cenderahati. Diharap yang berbahagia Tuan Pengarah sudi menerima buah tangan yang tidak seberapanya ini. 27. Bagi menyempurnakan upacara penyampaian

cenderamata kepada Yang Berbahagia Tuan Pengarah, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha En Kamaruddin bin Hashim untuk menjemput dan

mempersilakan Yang Berbahagia En Zakaria bin Husin Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan menerima cenderahati daripada warga institut.

***rujuk senarai cenderahati*** ***Pensyarah, JPP, Pelajar***

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia En Zakaria bin Husin dan En Kamaruddin bin Hashim atas kesudian meyempurnakan upacara sebentar tadi.

28.

Kini marilah kita sama-sama saksikan persembahan nyanyian oleh ............................................... dan ...................................................................... dengan lagu ............................................

**nyanyian**

Terima kasih atas persembahan yang sangat menarik sebentar tadi.

Nyanyian 3 buah lagu mengambil tertib. 1. Lagu Guru Malaysia 2. Lagu IPG 3. Lagu Selamat Sultan Nyanyian ini akan diiringi oleh pasukan koir Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan dibawah

bimbingan Encik Khir Anuar bin Jaafar.Dipersilakan.

**nyanyian**

Dengan berakhirnya nyanyian itu tadi,maka sempurnalah sudah majlis kita pada petang ini. Sekalung tahniah diucapkan Pelajar kepada yang barisan baharu.

Jawatankuasa

Perwakilan

Diharapkan JPP yang baharu ini akan terus menjadi perantara antara pelajar dan pentadbir. Selamat Jalan dan selamat menjalankan tugas ditempat baharu diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Pengarah. Diharapkan satu tahun di bumi IPG Kampus Sultan Mizan akan menjadi kenangan yang manis dan pengalaman yang bermakna kepada Tuan Pengarah. Anak cina pasang lukah, Lukah dipasang ditanjung jati, Didalam hati tidak kulupa, Sebagai rambut bersimpul mati.

Burung merpati terbang seribu, Hinggap seekor ditengah laman, Hendak mati dihujung kuku, Hendak berkubur ditapak tangan.

Mawar mekar tengah halaman, Daun nira dibuat alas, Jasamu tuan kenang berzaman, Allah sahaja mampu membalas,

Kita tangguhkan majlis kita pada petang ini dengan Surah Al Ashr dan tasbih Kafarah. Wassalam.

Mengumumkan perarakan keluar

1. Yang Berbahagia En. Zakaria bin Husin Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

Diiringi oleh,

2. Yang Berusaha En Kamaruddin bin Hashim Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

3. Tuan Haji Ramli bin Abdullah Pegawai Eksekutif Kanan

4. Serta barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan sesi 2012/2013

Dari Dewan Bendahara. Pengumuman : Jemput semua vip, pensyarah dan jpp ke bilik santapan vip utk sedikit jamuan