skema penggal 2

10
SKEMA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 1 TINGKATAN 4 2015 BAHAGIAN A – 4 soalan jawab semua (40 MARKAH) Soalan 1 [10 markah] (a) i) Berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud “Tanah di antara dua Sungai” [1 markah] ii) Wilayah Mesopotamia terletak di antara sungai Tigris dan Sungai Euphrates [1 markah] (b) Kerajaan yang membentuk Tamadun Mesopotamia [2 markah] i. Kerajaan Sumeria 3500 2340 SM ii. Kerajaan Akkad 2371 2006 SM iii. Kerajaan Ur 2113 2006 SM iv. Kerajaan Babylon Awal atau Lama 2000 1530 SM v. Kerajaan Kassites 1530 1100 SM vi. Kerajaan Assyria 1100 0626 SM vii. Kerajaan Chaldea 0626 0539 SM (c) Bentuk sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia Sistem Teokrasi [1 markah] (d) Sumbangan tamadun Mesopotamia [3 markah] i. Kod Undang-undang Hammurabi yang menjadi dasar perundangan tamadun Mesopotamia ii. Sistem tulisan cuneiform iii. Tradisi kesusasteraan Epik Gilgamesh iv. Perkembangan bidang astronomi pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang, dan matahari v. Perkembangan bidang ilmu matematik vi. Penciptaan kalendar berasaskan sistem solar 12 bulan setahun vii. Perkembangan bidang ilmu perubatan khusus untuk golongan tentera viii. Penciptaan roda penghasilan kereta kuda untuk peperangan ix. Penciptaan kincir air untuk tujuan pertanian x. Penggunaan kapal layar xi. Cara membuat batu bata dari tanah liat xii. Senibina pembinaan arca dan zigurat xiii. Empayar raja Sargon (sistem pemerintahan) xiv. Masyarakat yang berestetika xv. Isi lain yang berkaitan (e) Kemahiran masyarakat Mesopotamia [2 markah] i. Kemahiran menggubal undang-undang ii. Kemahiran membina bandar yang sistematik iii. Kemahiran mencipta tulisan iv. Kemahiran memperkembangkan ilmu astronomi v. Kemahiran mencipta kalendar vi. Kemahiran mengkatalog ubat-ubatan vii. Lain-lain isi yang berkaitan 1

Upload: junaidi-mohamed

Post on 24-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

sejarah SPM, sejarah tingkatan 4, tamadun awal manusia, tamadun manusia

TRANSCRIPT

Page 1: SKEMA PENGGAL 2

SKEMA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 1 TINGKATAN 4 2015

BAHAGIAN A – 4 soalan jawab semua (40 MARKAH)

Soalan 1 [10 markah](a) i) Berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud “Tanah di antara dua Sungai” [1 markah]

ii) Wilayah Mesopotamia terletak di antara sungai Tigris dan Sungai Euphrates [1 markah]

(b) Kerajaan yang membentuk Tamadun Mesopotamia [2 markah]i. Kerajaan Sumeria 3500 – 2340 SMii. Kerajaan Akkad 2371 – 2006 SMiii. Kerajaan Ur 2113 – 2006 SMiv. Kerajaan Babylon Awal atau Lama 2000 – 1530 SMv. Kerajaan Kassites 1530 – 1100 SMvi. Kerajaan Assyria 1100 – 0626 SMvii. Kerajaan Chaldea 0626 – 0539 SM

(c) Bentuk sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia – Sistem Teokrasi [1 markah]

(d) Sumbangan tamadun Mesopotamia [3 markah]i. Kod Undang-undang Hammurabi yang menjadi dasar perundangan tamadun Mesopotamiaii. Sistem tulisan cuneiformiii. Tradisi kesusasteraan – Epik Gilgameshiv. Perkembangan bidang astronomi – pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang, dan

matahariv. Perkembangan bidang ilmu matematikvi. Penciptaan kalendar berasaskan sistem solar – 12 bulan setahunvii. Perkembangan bidang ilmu perubatan – khusus untuk golongan tenteraviii. Penciptaan roda – penghasilan kereta kuda untuk peperangan ix. Penciptaan kincir air untuk tujuan pertanianx. Penggunaan kapal layar xi. Cara membuat batu bata dari tanah liat xii. Senibina – pembinaan arca dan ziguratxiii. Empayar – raja Sargon (sistem pemerintahan)xiv. Masyarakat yang berestetikaxv. Isi lain yang berkaitan

(e) Kemahiran masyarakat Mesopotamia [2 markah]i. Kemahiran menggubal undang-undangii. Kemahiran membina bandar yang sistematikiii. Kemahiran mencipta tulisaniv. Kemahiran memperkembangkan ilmu astronomiv. Kemahiran mencipta kalendarvi. Kemahiran mengkatalog ubat-ubatanvii. Lain-lain isi yang berkaitan

1

Page 2: SKEMA PENGGAL 2

2. Tamadun Hwang Ho merupakan antara tamadun terawal di dunia dan diperintah oleh beberapa dinasti seperti berikut:

(a) Anyang

(b) i. Kezaliman pemerintah Shangii. Kebangkitan golongan hambaiii. Kepercayaan kepada negara daripada tuhan

(c) dua ciri bandar dalam tamadun Hwang Ho.i. Terletak di tanah Tinggi Sungai Huanii. Terdapat istana, kuil, dan pusat pentadbiraniii. Golongan pembesar dan agama tinggal di kawasan bandariv. Dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohv. Dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh golongan petani

(d) Langkah yang pemerintah Dinasti Chou untuk mendapatkan sokongan i. Ikrar taat setia kepada pemerintahii. Pemberian hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba, dan binatangiii. Diminta melindungi rajaiv. Memberikan bantuan tentera pada masa perangv. Diberi hak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan

(e) Cara menunjukkan kesetiaan kepada negara?i. Melafazkan ikrar taat setiaii. Mematuhi undang-undang negaraiii. Mematuhi prinsip rukun negaraiv. Memelihara perpaduan dalam negarav. Lain-lain isi yang berkaitan

2

Page 3: SKEMA PENGGAL 2

3. Pemerintahan dan pentadbiran dalam tamadun Yunani, Rom, India, dan China digambarkan melalui idea-idea baru yang diperkenalkan untuk meningkatkan lagi keberkesanan sistem pemerintahan.(a) Tiga bentuk pemerintahan yang pernah diamalkan di negara kota Athens.

i. Sistem beraja – Oligarki – Aristokrasi - Tirani / Ditaktor - Demokrasi

(b) Golongan bangsawan yang dikenali sebagai patrician

(c) Keamanan Rom – keamanan empayar Rom yang meliputi bangsa pelbagai benua (Asia, Afrika, & Eropah) selama 200 tahun

(d) Berikan dua sumbangan maharaja Asoka dalam pemerintahannya di India selepas memenangi Perang Kalinga dalam tahun 261 S. M.?i. Menggunakan dasar yang lebih lembut dan terbuka dalam pentadbiranii. Penekanan terhadap agama Buddha – penghantaran mubalighiii. Tidak menggunakan kekuatan tentera

(e) Bagaimanakah jawatankuasa yang dikenali sebagai Hon Kao Tsu dalam tamadun China memilih bakal pegawai-pegawai dalam sistem birokrasi awam kerajaan?Pencapaian dalam peperiksaan awam kerajaan

(f) Sekiranya anda adalah seorang pemerintah, nyatakan idea-idea baru yang boleh anda berikan untuk meningkatkan kehidupan bertamadun masyarakat negara kita pada hari ini?i. Menggunakan teknologi yang terkini dalam pemerintahanii. Pengurusan sumber asli negara dengan sistematikiii. Meningkatkan penguasaan golongan muda terhadap agamaiv. Mengukuhkan sistem pertahanan negara - Mana-mana isi yang berkaitan

4. Peningkatan penting dalam tamadun manusia.(a) Tujuan utama pendidikan dalam masyarakat negara kota di Yunani berikut?

i. Athens: Melahirkan manusia yang seimbang pencapaian rohani dan jasmaniii. Sparta: Melahirkan warganegara tentera yang sempurna, gagah, dan setia kepada negara kota

(b) Dua manfaat yang diperolehi t melalui kewujudan pusat-pusat pendidikan empayar Rom?i. Kelahiran jurutera yang dapat membina sistem pengairan, bangunan, dan jalan rayaii. Melahirkan ahli falsafahiii. Melahirkan sejarawan yang menulis tentang kegemilangan Rom

(c) Dua universiti yang wujud melalui perkembangan sistem pendidikan dalam tamadun India.i. Universiti Taxila – Abad pertama masihiii. Universiti Nalanda – Abad ke-5 Masihi

(d) Matlamat pendidikan dalam masyarakat tamadun China?Lulus peperiksaan awam kerajaan – menjadi pegawai kerajaan

(e) Sebagai seorang pelajar, berikan tiga peranan anda untuk meningkatkan sistem pendidikan negera kita pada hari ini.i. Meningkatkan kemahiran sendiri mengikut bidang yang diminatiii. Menggunakan peralatan ICT dalam proses pembelajaran kendiriiii. Berusaha berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan rakan sebayaiv. Berusaha meningkatkan pengetahuan melalui pembacaanv. Mana-mana isi yang berkaitan

3

Page 4: SKEMA PENGGAL 2

BAHAGIAN B (60 markah)

Jawab 3 soalan daripada pilihan yang berikut

SOALAN 5(a) Nyatakan pengertian tamadun [4 markah]

1) Perkataan tamadun berasal daripada i. Bahasa Arab: Perkataan Mudun dan Madain bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan

bandarii. Bahasa Inggeris: Perkataan Civilization berasal dari perkataan Greek iaitu Civitas yang

bermaksud bandariii. Bahasa Melayu: Perkataan Peradaban bermaksud kebudayaan dan kemajuan

2) Tamadun ialah tahap kemajuan yang dicapai oleh sesuatu bangsa atau masyarakat dalam aspek kebendaan, keagamaan, ekonomi, politik, dan sosial

3) Sekumpulan manusia atau komuniti yang mengamalkan cara hidup bermasyarakat dalam komuniti yang tetap, aman, dan tersusun

4) Peningkatan taraf hidup sesebuah masyarakat dalam pelbagai aspek tertentu

(b) Jelaskan konsep tamadun menurut pandangan Islam dan menurut pandangan Barat [3 markah]1) Konsep tamadun menurut pandangan Islam

i. Mestilah merangkumi pembangunan dalam aspek lahiriah dan rohaniah – pembangunan kedua-dua aspek ditekankan sebagai kayu ukur utama

ii. Menurut pandangan Syed Naquib al-Attas, “ tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat

iii. Pandangan tersebut turut disokong oleh sarjana barat seperti Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohaniah amat penting dalam konsep tamadun

2) Konsep tamadun menurut pandangan Barat [ 3 markah]i. Bagi masyarakat barat tamadun dikaitkan dengan pencapaian atau pembangunan lahiriah

terutamanya dalam aspek kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian, dan pembandaran

ii. Sarjana seperti a. Gordon Childe – “pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam

sesebuah masyarakatb. Darcy Riberio dan R. A. Buchanan – menolak unsur rohaniah dan hanya menekankan

kepentingan dan pembangunan lahiriah

(c) Bincangkan ciri-ciri sebuah masyarakat yang bertamadun [10 markah]1) Manusia mula hidup secara menetap – kewujudan petempatan kekal2) Wujudnya struktur sosial yang teratur dalam masyarakat – kehidupan yang berorganisasi3) Adanya satu sistem pemerintahan yang sistematik4) Pengkhususan pekerjaan berlaku – terutamanya dalam bidang ekonomi5) Agama dan kepercayaan menjadi asas dan pegangan masyarakat6) Bahasa dan sistem tulisan dicipta7) Sains dan teknologi digunakan untuk memudahkan kehidupan8) Kehidupan di bandar – wujudnya negara kota kesan daripada petempatan kekal

*** Jawapan calon perlu dikaitkan dengan corak masyarakat berdasarkan contoh tamadun tertentu / yang dipilih oleh calon

4

Page 5: SKEMA PENGGAL 2

6. Tamadun Mesir Purba dianggap “anugerah daripada Sungai Nil” yang menyebabkan bumi Mesir menjadi subur dan seterusnya membentuk tamadun yang mengagumkan.a. Huraikan struktur pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Mesir Purba [6 markah]

F1 Pemerintah tertinggi digelar firaunF2 Firaun menjadi ketua pemerintahF3 Firaun menjadi ketua pendeta, ketua hakim, dan ketua pahlawanF4 Firaun dibantu oleh golongan bangsawan, rahib dan jurutulisF5 Mengiktiraf golongan wanita sebagai pemerintahF6 Firaun Hatsh berjaya membina terusan dan sistem pengairanF7 Golongan bangsawan menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan dan menguruskan

pengagihan bekalan makananF8 Golongan bangsawan terdiri daripada pegawai, penasihat dan gabenor wilayahF9 Rahib mengurus hal ehwal keagamaanF10

Jurutulis membantu pentadbiran dengan menulis rekod kerajaan

b. Jelaskan perkembangan sistem kepercayaan masyarakat Mesir Purba [6 markah]F1 Percaya kepada konsep politeismeF2 Setiap tuhan dikaitkan dengna unsur alam seperti Re (Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan

Langit) dan Amun (Tuhan Angin)F3 Percaya kepada kehidupan selepas matiF4 Mayat disimpan dan dijaga dengan telitiF5 Makam mayat dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas matiF6 Solekan mayat dan alat kebesaran yang ditanam menentukan status mayat

c. Apakah sumbangan tamadun Mesir Purba yang boleh dicontohi untukmemajukan negara kita? [8 markah]

F1 Seni bina piramidF2 Teknik pembinaan bangunan menggunakan batu bataF3 Penyimpanan rekod menggunakan kertas F4 Tulisan yang cantik, halus dan penuh seni / hieroglifF5 Memulakan pendidikan di peringkat umur yang rendahF6 Sistem pendidikan diurus oleh rumah ibadatF7 Sistem pendidikan bertujuan melahirkan pegawai kerajaan terlatihF8 Pengajaran ilmu geometri, matematik, dan sains dalam pendidikanF9 Memumiakan mayatF10

Menguasai teknik pembedahan

F11

Pengawalan banjir menggunakan ilmu matemtik

F12

Memperkenalkan kalendar 365 hari dalam setahun

F13

Penyimpanan rekod khazanah bangsa

5

Page 6: SKEMA PENGGAL 2

7. Era kecemerlangan tamadun Indus berlaku antara tahun 2500 – 1800 S. M.a. Nyatakan pembentukan tamadun tersebut [6 markah]

F1 Terletak di kawasan lembah sungai IndusF2 Dikenali sebagai tamadun HarrappaF3 Terletak di bahagian Barat Laut IndiaF4 Penduduk nomad membentuk petempatan kekal di sepanjang sungai IndusF5 Mereka menjalankan pertanianF6 Membawa kepada pertambahan pendudukF7 Penduduk membina kampung dan berkembang menjadi bandarF8 Muncul dua bandar utama iaitu Mohenjo-Daro dan Harrappa (dikenali sebagai bandar

terancang)F9 Wujud sistem petadbiran yang sistematikF10

Wujud organisasi sosial dalam masyarakat

b. Apakah keistimewaan bandar-bandar yang terdapat dalam tamadun Indusyang boleh dicontohi? [10 markah]

F1 Bandar dikelilingi oleh tembokF2 Terbahagi kepada dua bahagianF3 Bahagian utama – pusat pentadbiran, keagamaan, tempat mandi awam, tempat

penyimpanan hasil pertanianF4 Bahagian kedua – kawasan perumahanF5 Disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empatF6 Dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lainF7 Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancangF8 Bandar-bandar dihubungi dengan sungai yang menjadi jalan perhubunganF9 Menggunakan batu bata daripada tanah liat yang melalui proses pembakarandengan suhu

yang tinggi untuk membina rumahF10

Teratur dan sistematik

F11

Mana-mana isi yang berkaitan dan munasabah

c. Apakah pengajaran sikap daripada masyarakat tamadun Indus yang bolehdijadikan iktibar generasi pada hari ini? [4 markah]

F1 Menenerima pendangan dan bertukar pendapat dengan pihak lainF2 Pertukaran teknologi dan ilmuF3 Meningkatkan hubungan antarabangsaF4 Menjamin keamanan dan keselamatan tamadunF5 Mana-mana isi yang berkaitan

6

Page 7: SKEMA PENGGAL 2

8. Tamadun Hwang Ho telah muncul di sekitar lembah Sungai Hwang Ho yangjuga dikenali sebagai Sungai Kuning.a. Jelaskan ciri-ciri penting Tamadun Hwang Ho [8 markah]

F1 Golongan hamba dijadikan korban dalam upacara keagamaanF2 Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohanF3 Pembesar diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua agama dalam upacara korbanF4 Sistem pemerintahan Dinasti Shang berbentuk pemerintahan beraja dan pengganti raja

dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelakiF5 Masyarakat percaya kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan dan raja-raja Shang tidak

perlu mendapat pengesahan politik F6 Mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politeismeF7 Menyembah tuhan syurga (Shang-Ti) dan tuhan bumi (Tu) dan penyembahan terhadap

sungai, bukit dan gunungF8 Jumpaan tulang binatang dan kulit kura-kura di Anyang (kemahiran dalam teknologi

makanan)F9 Golongan artisan mereka cipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan

makanan, senjata dan barangan tembikarF10

Rekahan pada tulang “oracle” menimbulkan idea untuk mencipta tulisan ideogram

b. Nyatakan sumbangan-sumbangan penting tamadun Hwang Hoterhadap peradaban manusia. [8 markah]

F1 Mempengaruhi sistem pemerintahan Cina kunoF2 Sistem pemerintahan monarki diteruskan sehingga ke zaman Dinasti ChingF3 Perubahan gelaran raja kepada maharajaF4 Konsep anak dari syurga dan mandat dari syurga dikaitkan dengan maharajaF5 Amalan putaran dinasti diteruskanF6 Pembinaan sistem pengairanF7 Pengairan kawasan pertanian untuk mengelak banjirF8 Kemajuan dalam teknologi pembajakanF9 Penciptaan cangkul dan sabitF10

Penggunaan batas untuk tujuan penanaman

F11

Penggunaan alatan besi untuk tujuan pertanian menggantikan alatan kayu

F12

Penciptaan barang-barang tembikar seperti bekas makanan dan minuman

F13

Teknologi gangsa seperti senjata, perisai hiasan pada kereta kuda dan peralatan keagamaan

c. Berdasarkan kegemilangan tamadun Hwang Ho, bagaimanakah kitadapat meningkatkan perkembangan ekonomi negara dengan pesat? [4 markah]

F1 Bersikap inovatif

7

Page 8: SKEMA PENGGAL 2

F2 Berusaha membaiki / meningkatkan kehidupan sedia adaF3 Mewujudkan keamanan negaraF4 Mewujudkan sistem pemerintahan yang kuat / adilF5 Mempunyai corak sistem pemerintahan yang sistematikF6 Memilih pemerintah yang berwibawaF7 Mementingkan perkembangan pendidikan negaraF8 Mana-mana isi yang munasabah

9. Tamadun Yunani telah berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau disekitarnya yang dikelilingi oleh laut Aegean dan Laut Mediterranean. Ia bermula dengan pembentukkan petempatan manusia yang dikenali sebagai polis.(a) Nyatakan ciri negara kota yang terdapat dalam tamadun Yunani. [4 markah]

1. Walaupun terdapat banyak negara kota dalam tamadun Yunani tetapi yang paling menonjol ialah Athens, Sparta, dan Corinth – Lokasi terletak berhampiran dengan laut Mediterranean

2. Setiap negara kota adalah unit yang bebas dan mempunyai sistem undang-undang dan corak pemerintahan tersendiri selain turut memiliki beberapa tuhan

3. Masyarakat dalam setiap negara kota sentiasa bersatu padu dan mempunyai unit tentera sendiri – peperangan sering berlaku antara negara kota tersebut dan setiap negara kota akan bersatu sekiranya menerima serangan dari luar (cthnya semasa serangan tentera Parsi)

4. Jumlah penduduk yang berbeza – Cthnya: Athens 40 000 orang & Aegina 3 000 orang5. Setiap warganegara menumpahkan taat setia kepada negara kota dan sanggup

mempertahankannya dari serangan musuh6. Masyarakat dalam setiap negara kota inginkan kebebasan dan tidak suka dikongkong –

buktinya melalui kepelbagaian corak pemerintahan negara kota7. Setiap negara kota mempunyai

i. Acropolis iaitu pusat pentadbiran atau ibu kota yang mempunyai tembok-tembok pertahanan, rumah ibadat, bangunan kerajaan, dan kuil Parthenon

ii. Agora iaitu pusat kegiatan ekonomi seperti pasar-pasar dan tempat pertemuan rakyat untuk bermesyuarat

iii. Kawasan pertanian di luar kota untuk membekalkan makanan kepada penduduk kota

(b) Bagaimanakah sistem pemerintahan demokrasi dilaksanakan di Athens? [6 markah]F1 Terdapat Dewan Perhimpunan dan Dewan MajlisF2 Berbentuk penyertaan langsung daripada rakyatF3 Semua warganegara lelaki berpeluang menjadi ahli Dewan PerhimpunanF4 Tempoh menjadi ahli Dewan antara 6 bulan hingga setahunF5 Dewan Perhimpunan bersidang 3 kali sebulanF6 Setiap ahli Dewan Perhimpunan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaanF7 Segala keperluan Dewan Perhimpunan dikendalikan oleh MajlisF8 Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan PerhimpunanF9 Dewan Perhimpunan berkuasa penuh terhadap Majlis, Majistret dan Juri

(c) Jelaskan pelaksanaan sistem pemerintahan di Sparta, Yunani. [4 markah]F1 Sistem pemerintahan tentera diamalkan

8

Page 9: SKEMA PENGGAL 2

F2 Sistem pertahanan diberikan perhatian pentingF3 Anak lelaki dari awal dilatih menjadi askar yang baikF4 Melaksanakan sistem latihan ketenteraan untuk anak lelakiF5 Sparta berjaya melahirkan tentera yang bersemangat patriotik dan handal

(d) Huraikan kepentingan sistem demokrasi yang diamalkan di negara kita. [6 markah]F1 Rakyat terlibat dalam memilih / membentuk kerajaanF2 Rakyat boleh bersuara / mengemukan pandanganF3 Pemimpin tidak berkuasa mutlakF4 Menjamin hak asasi rakyatF5 Tidak bersifat kejamF6 Meningkatkan perkembangan ekonomiF7 Mana-mana isi berkaitan

10. Peraturan dan undang-undang sangat penting untuk mengawal tingkah lakumanusia. Oleh itu, wujud pelbagai undang-undang pada tamadun awal dunia.a. Terangkan perkembangan undang-undang bertulis di tamadun Rom. [6 markah]

F1 Undang-undang terawal muncul pada Zaman RepublikF2 Undang-undang pertama ialah Hukum Kanun 12F3 Hukum Kanun 12 dipahat di pada kayuF4 Hukum Kanun 12 yang dipahat di kayu dikenali sebagai Papan Dua BelasF5 Papan Dua Belas diletak di tempat awam untuk tatapan orang ramaiF6 Maharaja Justinian telah mengumpul, menyatukan dan membukukan undang-undang Rom

yang banyak dan rumitF7 Terdapat hakim-hakim yang mahir dalam undang-undang di RomF8 Usaha Maharaja Justinian melahirkan Kod Undang-undang RomF9 Kod undang-undang Rom dikenali sebagai Undang-undang JustinianF10

Intipati Undang-undang Justinian masih kekal hingga kini

b. Nyatakan prinsip undang-undang yang diamalkan dalam tamadun China. [10 markah]F1 Berasaskan falsafah legalismeF2 2 prinsip utama iaitu hukuman berat dan bersifat kolektifF3 Menggunakan undang-undang yang tegas dan kukuh untuk mengawal tingkah laku

manusiaF4 Tidak harus wujud belas kasihan dalam menjalankan undang-undangF5 Undang-undang dan penguatkuasanya harus dipelihara dalam apa jua keadaanF6 Undang-undang digunakan untuk membendung tindakan liar manusiaF7 Raja memiliki kuasa yang utuhF8 Prinsip undang-undang Dinasti Chin dan Dinasti Han turut dilaksanakanF9 Undang-undang Dinasti Chin yang berasaskan falsafah legalisme diperkenalkan oleh Han

Fei TzuF10

Raja memiliki budi pekerti yang baik

F11

Raja perlu menjaga keharmonian manusia dan masyarakat

c. Apakah kepentingan undang-undang kepada sesebuah negara? [4 markah]F1 Mengekalkan kedaulatan negaraF2 Mengawal tingkah laku manusia dalam masyarakat

9

Page 10: SKEMA PENGGAL 2

F3 Patuh kepada undang-undangF4 Melicinkan pentadbiran negaraF5 Mewujudkan keamanan negaraF6 Mana-mana isi yang berkaitan

10